Anda di halaman 1dari 5

Komuniti pembelajaran profesional(PLC) merupakan elemen penting dalam

bidang pendidikan. Untuk memastikan kualiti kepimpinan, profesionalisme dan kualiti guru
dapat modal insan bertaraf dunia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan dan mengimplementasikan konsep PLC dalam bidang pendidikan
Malaysia pada tahun 2011. Secara amnya, PLC merujuk kepada usaha para pendidik
yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat kajian
tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (Dufour, Eaker
& Manny, 2006). Pelaksanaan PLC juga dapat meningkatkan profesionalisme dan
keterampilan guru. Selain itu, PLC berteraskan lima strategi utama bertindak sebagai
usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. Salah satu strategi
ialah ‘lesson study’ yang bermaksud belajar menggunakan rancangan pengajaran harian
(RPH).

Dalam buku “The Teaching Gap” oleh Stigler & Hiebert (1999), strategi ‘lesson
study’ ialah model peningkatan pengajaran guru untuk jangka masa panjang dan berfokus
kepada pembelajaran murid. Antara langkah untuk melaksanakan strategi ini ialah satu
kumpulan guru dibentuk untuk membina RPH bersama-sama. Dalam proses penyediaan
RPH, idea yang konstruktif dari aspek pengetahuan, kemahiran dan pedagogi dikongsi
oleh guru untuk memastikan aktiviti dalam RPH adalah sempurna dan efektif. Pada masa
yang sama, elemen-elemen globalisasi juga harus diterapkan untuk menghasilkan inovasi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran(PdPc). Satu RPH untuk Tahun 2 tentang topik
Terang dan Gelap yang menerapkan inovasi aktiviti PdPc telah disediakan selepas
perbincangan guru. Hasil pembelajaran yang ingin dicapai juga ditentukan iaitu murid-
murid dapat membezakan objek sumber cahaya dan objek bukan sumber cahaya pada
akhir sesi pembelajaran.

Sejak beberapa tahun ini, pelbagai perisian telah digunakan untuk membangunkan
pembelajaran berasakan video dan banyak kajian telah dijalankan untuk penambahbaikan
dalam aktiviti pembelajaran di kelas (Noorhadi Yusof & Zurinah Tahir, 2017). Dengan
sistem pendidikan yang memfokuskan ke arah e-learning, penggunaan video
pembelajaran dapat menyokong dalam merancakkan lagi pembelajaran murid (Zainuddin
Abu Bakar, Ibrahim Kamaruddin, Ali Ibrahim & Rahmad Samad, 2008). Tidak dinafikan
bahawa RPH yang disediakan mengandungi satu inovasi aktiviti PdPc yang berciri global
iaitu rakaman video demonstrasi untuk menerangkan bulan bukan merupakan objek
sumber cahaya. PdPc juga dilaksanakan terhadap kelas Tahun 2 Anggerik. Semasa
melaksanakan pengajaran, satu lembaran aktiviti tentang pengklasifikasian objek sumber
cahaya dan objek bukan sumber cahaya telah diedarkan dan murid perlu berbincang
dalam kumpulan. Namun, terdapat kumpulan yang menjawab bulan merupakan sumber
cahaya. Dengan itu, satu kaedah yang kreatif iaitu rakaman video demonstrasi telah
ditayangkan untuk membetulkan konsep murid yang salah. Kegiatan pengamatan
dilakukan oleh guru yang lain sepanjang sesi PdPc dijalankan. Data-data atau maklumat
dikumpul untuk kegunaan pada sesi membuat refleksi.

Dalam video rakaman tersebut, apabila lampu suluh yang mewakili matahari
dibuka, cahaya akan dipantul dari matahari ke bulan melalui bumi. Dengan itu, bulan
kelihatan bercahaya. Penjelasan guru disertai dalam video semasa ditayangkan kepada
murid-murid. Menurut Rezki Perdani, Salhah Abdullah, Dini Farhana & Noranis Ismail
(2011), media yang bersifat audio visual khususnya video boleh menarik perhatian dan
memudahkan pemahaman melalui pemerhatian dan pendengaran. Sudah tentu murid-
murid boleh memahami konsep bulan yang betul dengan cepat dan berkesan melalui
video rakaman tersebut. Lebih-lebih lagi, kajian ke atas 1650 pelajar kolej telah mendapati
bahawa sebanyak 80% pelajar lebih berminat untuk menonton video untuk mengukuhkan
pemahaman mereka tentang topik yang telah dipelajari di kelas (Fabris, 2015). Justeru
itu, pembelajaran menggunakan video seperti yang dirancang di RPH ialah satu inovasi
yang dapat mewujudkan pembelajaran yang efektif dalam persekitaran pembelajaran atas
talian masa kini (Rand J. Spiro & Don Nix, 2014).

Bukan itu sahaja, sesuatu mesej yang dalam keadaan yang lebih realistik dapat
dipersembahkan melalui video rakaman tersebut (Rozinah Jamaudin, 2005). Ini mampu
memberikan perasaan kepada murid-murid yang mana mereka seolah-olah berada dalam
situasi atau keadaan yang sebenar. Contohnya, penerangan tentang sumber cahaya
bulan. Maka penggunaan video rakaman demonstrasi adalah sesuai kerana ia
menyerupai keadaan sebenar yang telah dirakam agar sistematik dan mudah difahami.
Noreliana Sharif (2012) berpandangan bahawa elemen-elemen dalam multimedia seperti
video, animasi dan simulasi dapat menolong menyampaikan isi pelajaran kepada murid
dalam bentuk yang mudah difahami dan lebih menarik berbanding buku atau media lain
dan ianya mampu memenuhi strategi belajar yang bervariasi. Justeru itu, jelaslah bahawa
hasil pembelajaran dapat dicapai kerana video rakaman demonstrasi tidak membosankan
dan secara tidak langsung berupaya memberi maklumat tentang bulan kepada murid-
murid.

Di samping itu, video rakaman demonstrasi juga dimuatnaik ke sosial media iaitu
laman web ‘YouTube’. Menurut Neufail (2009), laman web ‘YouTube' merupakan salah
satu platform untuk belajar secara atas talian secara percuma. Pautan web juga diberikan
kepada murid-murid pada akhir sesi PdPc dan mereka yang ingin memahami kandungan
video dengan lebih jelas boleh merujuk video rakaman tersebut melalui pautan web yang
diberikan pada bila-bila masa. Bukan itu sahaja, orang ramai di seluruh dunia juga boleh
mengakses laman web ‘YouTube’ untuk menonton dan memahami video rakaman
demonstrasi sebagai rujukan pembelajaran. Ini telah menunjukkan RPH ini telah
diterapkan dengan video yang berelemen-elemen globalisasi. Para pendidik juga boleh
melayari web tersebut untuk memuat turun video tersebut sebagai sumber pedagogi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Selepas pelaksanaan pengajaran, refleksi dan analisis tentang PcPc dibuat.


Pengajar diberikan peluang terlebih dahulu untuk memberi pandangan terhadap
pengajaran yang telah dilaksanakan (Azis Nik Pa & Noraini Idris, 2008). Guru-guru lain
yang menjadi pemerhati pula berbincang atau memberi komen secara mendalam tentang
kekuatan dan kelemahan pengajaran. Sekiranya terdapat kelemahan dalam pengajaran,
guru-guru berbincang dan memikirkan cara penambahbaikan dari segi hasil pembelajaran
murid, isi kandungan dan juga RPH. Namun, selepas menjalankan sesi PdPc didapati
hasil pembelajaran murid tercapai. Murid-murid mendapat ilmu pengetahuan baharu iaitu
bulan bukan objek sumber cahaya melalui video rakaman demonstrasi. Dengan ini telah
menunjukkan perbincangan dan perancangan pengajaran guru semasa menyediakan
RPH teratur kerana mewujudkan sesi PdPc yang berkesan serta memberi input kepada
murid-murid. Omardin Ashaari (2010) juga menyatakan guru perlu membuat perancangan
dengan teliti terlebih dahulu dengan menggunakan kaedah, strategi yang terbaik agar
pengajaran yang disampaikan itu berjalan dengan lancar berkesan dan bermakna.

Tuntasnya, strategi ‘lesson study’ yang terkandung dalam konsep Professional


Learning Community (PLC) telah berperanan sebagai panduan asas yang membolehkan
para pendidik untuk membuat kerangka atau perancangan pengajaran dan
pembelajaran(PdPc) secara sistematik. Strategi ini juga mampu menjana idea yang kreatif
dan inovatif untuk menghasilkan aktiviti PdPc yang berkesan untuk membantu murid-
murid mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Oleh itu, para pendidik haruslah
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai PLC supaya dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan dan memajukan lagi tahap pendidikan di Malaysia untuk
melahirkan generasi muda yang dapat menghadapi cabaran abad ke-21.
Rujukan

Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di


Malaysia: pengalaman 50 tahun merdeka. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dufour, Eaker & Manny. (2006). Apa itu professional learning community (PLC).
Diperoleh daripada https://www.pendidik2u.my/apa-itu-plc/

Fabris. (2015).

Rand J. Spiro & Don Nix. (2014). Cognition, education and multimedia: exploring ideas in
high technology. Hillslade, New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Inc
Publishers.

Misri Thariano. (2015). Strategi PLC: Lesson study. Diperoleh daripada


https://sipsisckulaijaya.wordpress.com/2015/01/18/strategi-plc-lesson-study/

Neufail. (2009). Penggunaan YouTube sebagai media pengajaran dan program


pendidikan keperawatan. Diperoleh daripada
https://www.kompasiana.com/www.rahmahidayati.com/551b22a78133116e0c9de
4dc/penggunaan-youtube-sebagai-media-pengajaran-dalam-program-
pendidikan-keperawatan

Noorhadi Mohd. Yusof & Zurinah Tahir. (2017). Kepentingan penggunaan media sosial
teknologi maklumat dalam pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and
Humanities. 12(03), 7-11

Noreliana Sharif. (2012). Kesan penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar


politeknik yang berbeza gaya kognitif. Diperoleh daripada
http://eprints.uthm.edu.my/4238/1/NORELIANA_BINTI_MD_SHARIF.pdf

Omardin Ashaari. (2010). Kreativiti guru dalam pengajaran mata pelajaran kemahiran
hidup. Diperoleh daripada https://www.researchgate.net/publication/
267038949_KREATIVITI_GURU_DALAM_PENGAJARAN_MATA_PELAJARAN
_KEMAHIRAN_HIDUP

Rezki Perdani, Salhah Abdullah, Dini Farhana & Noranis Ismail (2011). Teknologi
multimedia dalam pendidikan. Diperoleh daripada http://utmlead.utm.my/wp-
content/uploads/2014/01/elemenMM.pdf

Rozinah Jamaudin. (2005). Multimedia dalam pendidikan. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Stigler, J. W. & James Hiebert. (1999). The teaching gap. Best ideas from world’s
teachers for improving education in the classroom. New York, NY: Free Press

Zainuddin Abu Bakar, Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim & Rahmad Sukor Ab Samad.
(2008). Kemahiran ICT di kalangan guru pelatih IPTA Malaysia. Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.
Azis Nik Pa & Noraini Idris. (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di
Malaysia: pengalaman 50 tahun merdeka. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai