Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Kokurikulum


Unit Beruniform : Tunas Kadet Remaja Sekolah
Tarikh : 03 Julai 2019
Masa : 7.40 pagi – 8.40 pagi (1 jam)
Tajuk : Pengurusan dan Gaya Diri
Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid-murid pernah didedahkan cara mengurus diri rumah dan sekolah
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
1. Menyenaraikan 5 tanggungjawab terhadap diri dan keluarga.
2. Menyatakan 5 kepentingan mengurus diri dengan bertanggungjawab.
3. Memelihara kesihatan tubuh badan
4. Mempelajari tanggungjawab sebagai seorang murid

Nilai : Berdikari, bertanggungjawab, hemah tinggi, bersyukur


Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, kertas mahjong, pembesar suara, LCD projector, lembaran kerja
Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi Nilai: Kesyukuran
1. Murid memerhati tayangan video mengenai
(5 minit)
pemakanan tidak berkhasiat. BBM: Tayangan video
2. Guru memilih murid untuk memberikan ulasan
mengenai video yang ditayangkan.
3. Guru mengaitkan video dengan tajuk.

Langkah 1 Nilai : Bertanggungjawab


1. Murid-murid ditayangkan persembahan
(20 minit)
multimedia (Powerpoint) yang bertajuk BBM : Tayangan PowerPoint
‘Pengurusan Diri’,
2. Guru bersoal jawab dengan murid pada setiap
tayangan slaid powerpoint yang ditunjukkan.

Soalan 1:
Makanan apakah yang tidak berkhasiat untuk
tubuh kita?

Jawapan murid:
- Makanan ringan, air gas, makanan yang
berminyak, makanan yang diawet, gula- gula,
dan lain-lain.
Soalan 2:
Apakah cara kita menjaga kebersihan diri?

Jawapan murid:
- Gosok gigi, mandi, pakai pakaian yang bersih,
basuh tangan sebelum makan.

Soalan 3:
- Apakah aktiviti yang sesuai untuk riadah?

Jawapan murid:

- Bermain basikal, bermain bola, berkelah,


berkhemah, siram pokok bunga, basuh kereta
ayah dan sebagainya.

Soalan 4:
- Apakah ciri penampilan diri yang positif?

Jawapan murid:
- Berpakaian kemas, bijak bertutur dengan
berhemah, yakin pada diri sendiri.

Langkah 2 Sumber P&P


1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
(30 minit)
- Kertas mahjong
2. Setiap kumpulan diberikan kertas mahjong dan
marker.
- Marker pen
3. Setiap kumpulan diberikan topik yang berbeza.
4. Dalam pasukan, bincangkan topik tersebut
Nilai Murni
dan catatkan perkara yang berkaitan dengan
- Bertanggungjawab
tajuk tersebut. - Hemah tinggi
5. Selesai tugasan, bergerak secara pasukan ke
Nilai Patriotisme
kumpulan lain untuk membuat penilaian di
- Berbangga dengan diri
samping memberi komen dan idea untuk
sendiri dan sayang diri sendiri.
kumpulan tersebut.
Penutup 1. Guru merumuskan mengenai tajuk
(5 minit)
pembelajaran pada hari tersebut.

Anda mungkin juga menyukai