Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Pengenalan

Moral berkait rapat dengan setiap tindakan atau perbuatan dalam kehidupan
seharian kita. Perkataan moral ini digunakan dalam banyak isu dan budaya tetapi masih
belum difahami dengan sepenuhnya. Moral merangkumi segala sifat luhur seperti
kejujuran, keadilan, bersopan-santun dan sebagainya (Mogan Raj, 2016).

1.1 Definisi Moral

Istilah moral berasal daripada bahasa Latin “moralis’ yang bermaksud tingkah laku
yang sesuai dengan tatasusila serta peraturan masyarakat di mana masyarakat bertindak
sebagai penentu (Nurul Fajriyah, 2017). Menurut Abdul Rahman Aroff(1999), moral boleh
digunapakai sebagai kod tingkah laku yang diterima dalam satu masyarakat. Mengikut
kamus Merriam-Webster (2019) pula, moral bermaksud kesedaran tingkah laku baik atau
buruk, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Ini bermakna moral
mengawal tingkah laku dan menghalang kita daripada melakukan perbuatan yang
dianggap salah. Selain itu, moral juga merujuk kepada tingkah laku yang berdasarkan
prinsip-prinsip yang diterima secara rasional (Rosila Yaacob, 2016). Maka sebagai
rumusan, moral boleh dimaksudkan sebagai cara-cara untuk melihat dan mempersoalkan
pelbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku berdasarkan persoalan benar
atau salah (TugasSekolah, 2019).

2.0 Aliran Pemikiran Moral


Aliran pemikiran berkaitan dengan fahaman dan keyakinan kita terhadap apa yang
kita fikir dan menapis apa yang orang lain fikir (Norina Hassan, 2013). Aliran pemikiran
individu banyak bergantung kepada pengalaman dan tahap akademik. Aliran pemikiran
moral dibahagikan kepada empat bahagian seperti berikut:

o Pemikiran naturalis
o Pemikiran rasionalis
o Pemikiran emotivis
o Pemikiran intuitionis

2.1 Pemikiran Naturalis

Naturalis ialah aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaannya yang


sebenar. Menurut Peters R.S. dalam Ethnics and Education, manusia mempunyai
keupayaan untuk berfikir dan boleh bertindak secara rasional dengan menggunakan akal.
Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak
mereka (Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Fu’ad & Roslina, 2016). Selain itu,
kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat
dikatakan berfikiran naturalis.

Sebagai contoh, isu gengsterisme telah berkait rapat dengan aliran pemikiran
naturalis. Kebanyakan masyarakat yang terjebak dalam kegiatan gengsterisme adalah
kerana pengaruh rakan sebaya. Mereka juga takut ditinggalkan oleh rakan sebaya.
Dengan itu, mereka menerima sahaja kehendak rakan masing-masing dan terjebak
dengan gejala gengsterisme dan melakukan perkara-perkara yang melanggar undang-
undang tanpa berfikir tentang kesan-kesannya.

2.2 Pemikiran emotivis

Pemikiran emotivis merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan


bahawa pertimbangan moral mengikut emosi, sikap atau perasaan. Perasaan ini
ditunjukkan melalui tingkah laku, air muka, nada suara dan kata-kata yang digunakan
(Eow, B. H., 2000). Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan
satu dimensi penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi
moral. Ini bermaksud golongan emotivis akan menganalisis masalah dari segi emosi dan
membuat keputusan tanpa dikaji terlebih dahulu (Chang, L.H., 2005).

Dalam konteks isu gengsterisme, perkara ini akan berlaku kerana perasaan
dendam dan marah terhadap sesuatu perkara disebabkan oleh cemburu. Apabila guru
bersikap pilih kasih kerana memberikan perhatian yang lebih kepada murid yang lebih
pandai, murid yang lemah akan berasa tersisih dan marah seterusnya mengambil
keputusan untuk membalas dendam terhadap murid yang lebih pandai dari mereka tanpa
memikirkan kesannya.

2.3 Pemikiran Intuisionis


Menurut Abdul Rahman Abdullah (2005), intuisi adalah naluri yang membolehkan
individu memahami hidup dari segi kerohanian. Dengan kata lain, pemikiran intuisionis
merupakan satu proses melihat dan memahami sesuatu perkara secara spontan. Ini
menunjukkan orang yang beraliran intuisionis akan bertindak mengikut apa yang dirasai
di dalam hatinya. Pemikiran intuisionis ini juga berkaitan dengan pengalaman sedia ada
dan unsur ini boleh melahirkan perasaan dalaman yang lebih bermakna dengan mengikut
pengetahuan dan kefahaman individu.

Dari sudut isu gengsterisme yang dibincangkan, isu ini boleh timbul
disebabkan remaja yang menganggap diri mereka senior di sekolah dan lebih arif tentang
apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka juga akan berasa diri mereka lebih
berkuasa dan lebih berpengaruh di sekolah. Ini telah menyebabkan mereka melakukan
perkara secara sesuka hati mengikut naluri masing-masing seperti kegiatan membuli
murid-murid junior. Hal ini berlaku kerana sifat ego murid yang tidak mahu kalah murid
junior.

2.4 Pemikiran Rasionalis

3.0 Jenis-jenis nilai

Nilai merupakan standard dan prinsip bagi mempertimbangkan sama ada manusia,
objek, idea, tingkah laku dan situasi yang sangat baik, berfaedah, diingini atau sebaliknya
di antara kedua-dua pola ini (Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Fu’ad & Roslina,
2016). Secara umumnya, terdapat enam jenis nilai utama yang sering digunakan oleh
individu dalam pelbagai konteks. Keenam-enam jenis nilai adalah seperti berikut :
i. Nilai instrumental
ii. Nilai intrinsik
iii. Nilai subjektif
iv. Nilai objektif
v. Nilai relatif
vi. Nilai mutlak

3.1 Banding Beza Antara Jenis-jenis Nilai Dalam Pendidikan Moral

Persamaan bagi nilai instrumental dan nilai intrinsik ialah kedua-dua nilai ini
digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai (Khoo & Tan, 1990). Perbezaan
antara dua nilai ialah nilai instrumental merupakan suatu kualiti yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai instrumental juga dijadikan satu
kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta membantu dalam menunjukkan arah
dan menjadi penentu dalam membuat pilihan dan tindakan. Akan tetapi, nilai ini
menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan. Misalnya,
kebanyakan remaja yang terjebak dalam gejala gengsterisme hanya dipengaruhi oleh
rakan sebaya. Mereka tidak mahu rakan sebaya meninggalkan mereka. Dengan itu,
remaja mengikut jejak langkah rakan sebaya mereka.

Namun, nilai intrinsik pula tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai
matlamat kerana nilai itu merupakan matlamat akhir (Kakak Pintar, 2005). Selain daripada
itu, nilai ini juga mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan. Contohnya, seseorang
remaja yang mempunyai harga diri dan jati diri akan menghindari segala gejala
gengsterisme di mana sahaja dia berada. Walaupun rakan sebaya meninggalkannya, dia
juga tidak akan melakukan perbuatan gengsterisme seperti membuli orang kerana dia
memahami perbuatan tersebut adalah salah dan secara tidak langsung akan menjatuhkan
maruah diri.

Selain itu, nilai subjektif dan nilai objektif juga mempunyai persamaan di mana
kedua-dua nilai ini digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai.
Dari segi perbezaan, nilai subjektif adalah nilai yang diterima atau ditolak oleh seseorang
individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu perkara
(Yuliyanti, 2015). Sebenarnya, nilai subjektif adalah berasal daripada dalaman individu.
Nilai subjektif juga berfungsi sebagai membayangkan keinginan, minat dan harapan
terhadap sesuatu perkara.
Misalnya, Ali seorang murid yang baik tetapi dia telah melakukan kegiatan
gengsterisme sekali sahaja di sekolah. Tujuannya hanya sekadar mempertahankan
adiknya yang dibuli di dalam kelas. Dia berasa tindakan yang diambil adalah betul kerana
dia berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang untuk melindungi
adiknya.

Namun begitu, nilai objektif adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai
ini diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman atau berpunca dari aspek
luar atas persetujuan orang ramai. Contoh bagi nilai ini ialah murid-murid lain akan
menganggap Ali yang melakukan kegiatan gengsterisme seorang murid yang jahat dan
tidak bermoral. Hal ini kerana pandangan masyarakat telah menetapkan bahawa
gengsterisme sebagai suatu gejala sosial. Dengan itu, maruah Ali telah terjatuh walaupun
dia hanya bertujuan untuk mempertahankan adiknya sahaja.

Di samping itu, terdapat persamaan antara nilai relatif dan mutlak. Kedua-dua nilai
ini digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai. Dari segi perbezaan, nilai relatif
merujuk kepada nilai yang diterima atau ditolak dengan berdasarkan peraturan
masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah tidak tertentu
dan berbeza antara masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah
mengikut semasa dan kriteria nilai samada benar atau salah bagi suatu topik perlu
dibincangkan. Sebagai contoh, negara barat telah menetapkan bahawa melakukan
perbuatan gengsterisme tidak bersalah dari sisi undang-undang sekiranya untuk
melindungi diri dan orang lain tetapi negara Malaysia berpandangan serius tentang isu ini
kerana membawa kesan kepada diri dan orang lain (Jas Laile Suzana Jaafar, 1997). Ini
membawa pengajaran kepada remaja supaya mengamalkan nilai relatif yang
mengutamakan pandangan dan peraturan dalam masyarakat yang mana mereka berada.

Secara umumnya, nilai mutlak pula tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi
sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umum dan diuji atau
terbukti samada baik atau buruk (Portal 1Klik, 2019). Nilai ini hampir sama bagi semua
situasi norma masyarakat. Contohnya, seseorang yang terlibat dalam gejala gengsterisme
akan ditangkap oleh polis. Ini telah membuktikan perbuatan gengster adalah tidak
bermoral dan akan menjadi ingatan mendalam kepada orang ramai dengan kekal
sepanjang masa. Ini juga dapat mengingatkan remaja supaya sentiasa berniat baik dan
mempunyai batasan terhadap segala perbuatan dan juga bertindak secara rasional.

4.0 Ciri-ciri individu bermoral dalam kehidupan dan peranan guru dalam menangani
cabaran global

Insan yang berakhlak mulia akan mengamalkan ketiga-tiga dimensi moral iaitu
penaakulan moral, emosi moral dan tindakan moral. Menurut Abdul Aziz (1997),
seseorang yang berakhlak mulia berupaya membuat penaakulan moral, iaitu boleh
membuat pertimbangan secara rasional dan berautonomi tanpa dipengaruhi oleh emosi
dan persekitaran. Ini bermaksud seseorang individu yang mempunyai pemikiran moral
dapat memikirkan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip
moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat.
Selain itu, individu bermoral perlu mempunyai ciri perasaan moral di mana individu
tersebut mengandungi sentimen, empati, simpati dan sebagainya (Vishalache
Balakrishnan, 2009). Perasaan yang bermoral akan mengawal perlakuan seseorang
individu dan secara tidak langsung menghalang seseorang individu melakukan sesuatu
tindakan yang anti sosial. Dengan adanya emosi moral, individu dapat membuat
keputusan yang adil dan rasional. Ciri-ciri individu bermoral yang lain ialah perlakuan
moral. Ini bermaksud perlakuan individu dapat membuat keputusan dengan penuh
bertanggungjawab tetapi mengikut kemampuan sendiri. Tindakan moral ini adalah hasil
daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang bertindak
secara bermoral.

Untuk melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia, guru memainkan
peranan yang penting kerana guru merupakan agen utama dalam menentukan perlakuan
murid. Guru perlu menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas. Dalam isu
gengsterisme, guru harus membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman gantung
sekolah terhadap murid yang terlibat selama seminggu tidak kira latar belakang murid
seperti keputusan, kedudukan di dalam kelas dan sebagainya. Hukuman gantung sekolah
bertujuan memberi amaran kepada murid dan membuat refleksi terhadap tindakan
mereka supaya mereka tidak mengulangi kesalahan mereka. Sebelum gantung sekolah,
guru juga perlu membawa kumpulan murid yang terlibat dalam gengsterisme untuk
berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan bimbingan kaunseling. Dengan itu,
punca gejala gengsterisme berlaku diketahui dan guru boleh menyelesaikan bersama-
sama dengan murid. Keputusan yang dibuat oleh guru perlu berdasarkan penaakulan
moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Tambahan pula, guru berperanan memberi bantuan dan semangat, memerhati


dan membentuk sahsiah yang murni dan mendisiplinkan murid-murid supaya patuh
kepada peraturan sekolah. Berdasarkan pandangan dari Azizi Yahaya & Jaafar Latif
(2006), guru seharusnya mengambil berat tentang murid yang terlibat dalam gejala
gengsterisme dengan memberitahu mereka tentang impak negatif sekiranya melakukan
perbuatan sedemikian. Sekiranya guru bertindak sedemikian, murid-murid dapat merasai
keprihatinan daripada guru terhadap mereka. Pada masa yang sama mereka akan berasa
gembira dan menimbulkan perasaan moral. Oleh itu, mereka akan mendengar nasihat
guru dan tidak lagi meneruskan gejala gengsterisme atau perbuatan lain yang tidak baik
di sekolah. Selain daripada itu, guru juga perlu memberi galakkan kepada mangsa yang
telah dibuli supaya mereka tidak berasa sedih dan secara tidak langsung membentuk
insan yang berketerampilan dari segi spiritual. Ini telah jelas menunjukkan perasaan yang
bermoral ini membawa kepada tindakan yang bermoral.

Lebih-lebih lagi, guru juga harus mendidik murid-murid tentang adab dan budi
pekerti. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru perlu menyampaikan
ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan yang bermoral.
Pada masa yang sama, guru perlu sentiasa mengingatkan murid agar berfikir secara
rasional dengan menggunakan akal sebelum bertindak. Contohnya, semasa guru
mengajar nilai murni tentang sayangi diri dan orang lain, guru perlu mendidik murid-murid
supaya tidak terjebak dengan segala aktiviti yang tidak bermoral seperti gengsterisme.
Hal ini kerana perbuatan tersebut akan menjatuhkan maruah seseorang. Oleh itu, murid-
murid boleh membezakan perbuatan yang baik dan buruk dan mereka akan mencari
alternatif lain untuk mengatasi sesuatu masalah selain daripada melakukan gejala
gengsterisme. Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan
moral yang mendorong seseorang untuk bertindak secara bermoral.

Dalam menangani isu gengsterisme ini, guru juga harus bekerjasama dengan
semua pihak amat penting bagi membanteras gejala ini. Misalnya, guru boleh meminta
pihak luar untuk menganjurkan program seperti Program Integrasi Negeri Tangani Anti
Sosial (PINTAS). Program seperti ini berupaya meningkatkan disiplin dan mengawal diri
ke atas salah laku seperti gejala gengsterisme. Dalam program ini, kesedaran para murid
akan meningkat dan langkah yang perlu diambil untuk keluar daripada perbuatan
gengsterisme akan diajar. Pada masa yang sama, guru berperanan untuk memahami
psikologi dan naluri pelajar supaya lebih mudah untuk memberi bimbingan kepada murid
(Zakky,2018). Kerjasama tersebut akan mewujudkan persekitaran yang bebas daripada
unsur-unsur keganasan dan gengsterisme. Ini telah menunjukkan perlakuan moral guru
untuk melahirkan murid yang bermoral.

Bukan itu sahaja, guru juga perlu menunjukkan komitmen yang tinggi dan
menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada murid. Guru perlu sentiasa melakukan
perbuatan yang baik dan menggunakan cara yang betul untuk menyelesaikan masalah
gengsterisme yang berlaku di sekolah. Sebagai contoh, guru yang sentiasa prihatin
terhadap murid akan dicontoh murid. Oleh itu, murid-murid akan mengikut perbuatan guru
dan juga mengambil berat terhadap rakan sebaya. Hubungan antara murid akan menjadi
rapat. Dengan ini jelaslah bahawa isu gengsterisme akan dikurangkan. Perlakuan guru
amat penting kerana akan menjadi teladan kepada murid.
5.0 Kesimpulan
Tuntasnya, murid-murid di sekolah adalah masyarakat yang bakal mencorakkan
masa depan negara. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang
peranan penting dalam ekonomi, politik dan kemasyarakatan di negara ini. Namun
demikian, cabaran seperti gengsterisme yang berlaku merupakan satu ancaman kepada
sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh
itu, peranan guru memainkan peranan yang penting dalam membendung masalah ini
kerana guru merupakan agen moral utama dalam melahirkan insan yang bermoral. Lebih-
lebih lagi, guru juga harus sentiasa menerapkan akhlak dan adab yang baik dalam
kalangan murid agar dapat dipraktikkan pada bila-bila masa.

Rujukan

Abdul Rahman Abdullah. (2005). Wacana falsafah ilmu: analisis konsep-konsep asas
dan falsafah pendidikan negara. Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Aroff. (1999). Pendidikan moral: teori etika dan amalan moral. Serdang,
Selangor, Malaysia: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2006). Membentuk identiti remaja. Bentong, Pahang,
Malaysia: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Chang, L.H. (2005). Konsep asas pendidikan moral. Jurnal Pendidikan Moral. 48(2), 336-
342. Diperoleh daripada http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/
kertas%20konsep%20moral.pdf
Eow, B. H. (2000). Pendidikan moral. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia:
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Jas Laile Suzana Jaafar. (1997). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan remaja.
Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kakak Pintar. (2015). Pengertian nilai, ciri nilai sosial, jenis-jenis, dan contohnya.
Diperoleh daripada https://www.kakakpintar.id/pengertian-nilai-ciri-nilai-sosial-
jenis-jenis-dan-contohnya/
Khoo & Tan. (1990).

Mogan Raj. (2016). Konsep-konsep asas moral. Diperoleh daripada


https://mykhazanah.wordpress.com/2010/01/25/unit-2/

Moral. (2019). Merriam-webster. Diperoleh daripada https://www.merriam-


webster.com/dictionary/moral
Norina Hassan. (2013). 4 aliran pemikiran moral. Diperoleh daripada
https://www.researchgate.net/publication/307762882_PEMIKIRAN_PENDIDIKAN
_MORAL_ALBERT_BANDURA

Nurul Fajriyah. (2017). Apa itu moral. Diperoleh daripada


https://www.kompasiana.com/nurie/58c55743b47a61ed27066c28/moral-apa-itu-
contohnya
Peters, R.S. (1966). Ethnics and education. Third Avanue, New York, NY: Routledge
Talylor & Friends Group
Portal 1Klik. (2019). Sifat nilai-nilai dan amalan yang dituntut. Diperoleh daripada
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/artikel/16116-sifat-nilai-nilai-
murni-dan-amalan-yang-dituntut

Rosila Yaacob. (2016). Nilai dan etika menolong. Diperoleh daripada


http://web.usm.my/mentor/download/MODULE%20NILAI%20&%20ETIKA%20M
ENOLONG%202.pdf

Tri Yuliyanti. Jenis-jenis nilai. Diperoleh daripada https://prezi.com/yv22zbno_nyk/jenis-


jenis-nilai/

TugasSekolah. (2019). Pengertian nilai dan jenis-jenis nilai. Diperoleh daripada


https://tugassekolah.co.id/2019/01/pengertian-nilai-dan-jenis-jenis-nilai.html
Vishalache Balakrishnan. (2009). Pendidikan moral untuk universiti dan kolej. Shah
Alam, Selangor, Malaysia: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Zakky. (2018). Pengertian moral menurut para ahli dan secara umum. Diperoleh daripada
https://www.zonareferensi.com/pengertian-moral/

Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam & Roslina Suratmu. (2016).
Pengantar pendidikan moral. Petaling Jaya, Selangor: Malaysia: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Anda mungkin juga menyukai