Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Menurut N. Rajendran dan Ee (1994), moral berasal daripada perkataan Latin iaitu
moralis yang bermaksud tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila sesebuah
masyarakat. Istilah moral meliputi sifat-sifat luhur seperti baik hati, belas kasihan, tolong-
menolong, bersih, berani, adil, kasih sayang, toleransi, bersosialisasi dan rajin. Noresah
(2005), menjelaskan moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan
tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai
penentu. Oleh itu, pertimbangan sosial bergantung kepada suasana atau keadaan yang
membentuk individu seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.
Oleh hal yang demikian, kerja kursus ini akan mengupas mengenai aliran pemikiran
intuisionis dan menjelaskan kepentingannya dalam membentuk tingkah laku individu yang
bermoral. Abdul (1999), menjelaskan aliran pemikiran intuisionis membawa maksud satu
proses melihat atau memahami secara intelek atau naluri dan membuat keputusan
dengan tidak mempertimbangkan kesan, akibat, tingkah laku dan reaksi. Selain itu, kerja
kursus ini turut membincangkan satu isu moral melalui akhbar yang bertajuk Membina
Generasi Muda Kaya Budi Bahasa Dan Nilai Murni yang sesuai dengan pembentukan
masyarakat Malaysia menjadi insan bermoral yang mengamalkan nilai rasional.
Tuntasnya, kerja kursus ini akan membincangkan hujah dan pandangan yang
berkesan mengenai isu moral tersebut serta nilai murni yang boleh diterapkan dalam
melahirkan masyarakat Malaysia yang bermoral dan berakhlak mulia melalui aliran
pemikiran intuisionis.

1
2.0 Aliran Pemikiran Intuisionis dan Kepentingannya Dalam Membentuk Tingkah Laku
Manusia
Intuisi berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermaksud saya memandang
tepat pada sesuatu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, intuisi adalah daya atau
kebolehan memahami iaitu mengetahui dan merasai sesuatu tanpa berfikir atau membuat
pertimbangan secara sedar atau gerak hati. Oleh itu, aliran pemikiran intuisionis merujuk
kepada proses melihat dan memahami secara spontan. Proses melihat ini telah
diterangkan berdasarkan hakikat bahawa pengetahuan moral amat jelas dengan
tersendirinya dan tidak dapat dinafikan.
Menurut Abdul dan Chang (1994), aliran pemikiran intuisionis menyatakan apa yang
baik terbukti dengan sendiri. Tambahan itu, menurut Sharifah (1984) yang menjelaskan
pendekatan intuisionis ini masih memerlukan penilaian atau pertimbangan moral untuk
memberikan jawapan-jawapan mengenai persoalan teorikal. Namun demikian, perkara
yang sering menimbulkan tentangan dalam pendekatan aliran pemikiran intuisionis ialah
perihal mencari prinsip-prinsip asas biasanya atau dengan sengaja terhenti terlalu cepat
di peringkat arbitrari.
Di samping itu, dalam membentuk tingkah laku individu yang bermoral melalui aliran
pemikiran intuisionis menjelaskan bahawa ciri-ciri pemikiran intuisionis yang perlu
diterapkan setiap individu iaitu melihat atau memahami secara spontan, melalui gerak hati
atau naluri, melalui pengalaman hidup dan sesuatu perkara berbeza mengikut pandangan
individu. Oleh itu, Hena et. al (1992) menjelaskan aliran pemikiran intuisionis dibuat
melalui pendirian sewenang-wenangnya dan secara teoritikal di mana pendirian teoritikal
dilakukan kerana tidak terdapat satu implikasi bahawa sesuatu keputusan patut
menghasilkan satu tindakan bermoral.
Kepentingan mengamalkan aliran pemikiran intuisionis dalam membentuk tingkah laku
manusia iaitu dapat menentukan apa yang baik dan buruk mengikut naluri. Hal ini
demikian kerana pemikiran intuisionis berdasarkan kepada gerak hati. Dengan itu,
tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang
dirasai di dalam hatinya. Contohnya, seorang pelajar yang ingin mengikut rakan lain
ponteng sekolah tetapi naluri mengatakan tindakan tersebut mengundang kepada tingkah
laku negatif dan bertindak untuk mengikut gerak hati agar tidak terlibat. Implikasinya,
mengamalkan pemikiran intuisionis dapat membentuk tingkah laku manusia yang
bermoral dengan adanya naluri yang positif dalam mengambil sebarang tindakan.
Selain itu, mengamalkan aliran pemikiran intuisionis dapat memberi penilaian awal
yang bertujuan untuk menilai perwatakan atau personaliti seterusnya dapat memahami
seseorang. Menurut Ee (1988), dalam membentuk tingkah laku bermoral, pemikiran
intuisionis dalam memberi penilaian awal memberi impak yang positif kerana seseorang

2
dapat menilai perwatakan seseorang yang dikenali bukan sahaja dari sudut dalaman
bahkan luaran untuk memahami seseorang. Misalnya, seseorang guru akan membuat
penilaian awal terhadap perwatakan murid-muridnya bagi memahami personaliti dari
sudut positif seterusnya berusaha membentuk tingkah laku murid-murid yang berakhlak
mulia. Oleh itu, pemikiran intuisionis dalam membentuk tingkah laku positif dengan
membuat penilaian awal jelas dapat memahami seseorang individu sebelum melakukan
tindakan.
Tambahan itu, mengamalkan pemikiran intuisionis dapat membuat penilaian
berdasarkan pengalaman hidup seterusnya membantu seseorang menentukan kebaikan
dan keburukan sesuatu tindakan. Ee (1992), turut menjelaskan penilaian melalui
pengalaman ini dapat membentuk tingkah laku bermoral bergantung kepada perjalanan
kehidupan yang bermakna dan menilai kehidupan persekitaran sekeliling. Sekiranya
pengalaman hidup seseorang itu penuh cabaran dan berusaha membuat penilaian awal
melalui pengalaman hidup persekitaran sekeliling bagi mengelakkan tingkah laku negatif.
Contohnya, gerak hati orang tua menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan
timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor. Implikasinya,
seseorang yang sentiasa berfikiran intuisionis akan membuat penilaian awal dengan
berfikiran rasional sebelum melakukan tindakan.
Seterusnya, individu yang berfikiran intuisionis dapat membuat keputusan dengan
tidak mempertimbangkan kesan, akibat, tingkah laku dan reaksi orang lain kerana
mempunyai gerak hati dan penilaian awal yang tepat. Hal ini demikian kerana seseorang
yang berfikiran intuisionis akan berusaha mengikut naluri dan menyatakan yang baik
terbukti dengan sendiri. Pada masa yang sama, pengalaman hidup yang dilalui memberi
pengajaran bahawa kesan dan akibat daripada tingkah laku tersebut akan mengundang
reaksi atau tanggapan negatif orang lain walaupun tindakan tersebut berbeza dengan
pandangan individu lain. Contohnya, pelajar yang menghadiri kelas tuisyen malam
mengundang reaksi negatif orang lain kerana tingkah laku orang yang keluar malam
disalahertikan iaitu beranggapan akan melakukan masalah sosial yang di luar batasan.
Kepentingan mengamalkan pemikiran intuisionis turut membentuk individu untuk
cepat membuat keputusan dan mudah menerima arahan dalam melakukan sesuatu
tindakan. Abdullah Zhidi et. al (2013) menjelaskan tindakan yang dilakukan dengan cepat
sentiasa menilai dari aspek kesan, akibat dan implikasinya kepada diri sendiri dalam
membentuk tingkah laku yang bermoral. Dalam aspek mudah menerima arahan kerana
individu tersebut dapat melihat dan memahami secara spontan dan mengambil tindakan
yang mengundang kepada kebaikan diri sendiri. Misalnya, mudah menerima pendapat
orang lain kerana tindakan tersebut mengambil kira penglihatan dan memahami hasil kerja
individu tersebut dalam mengeluarkan pendapat dan kebolehpercayaan.

3
3.0 Isu Membina Generasi Muda Kaya Budi Bahasa dan Nilai Murni dalam Aliran
Pemikiran Intuisionis dengan menerapkan Nilai Rasional yang diamalkan oleh
Masyarakat Malaysia bagi melahirkan insan berakhlak mulia

Program peningkatan budi bahasa dan nilai murni dalam kalangan masyarakat
Malaysia patut diberi keutamaan dan dijadikan agenda utama ketika kita melangkah ke
hadapan untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Namun demikian, generasi muda
yang merupakan bakal pemimpin masa depan negara semakin hari semakin
membimbingkan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Oleh itu, menerapkan
nilai rasional dalam diri setiap masyarakat di Malaysia dengan mengamalkan aliran
pemikiran intuisionis iaitu memandang tepat pada sesuatu amat penting dalam melahirkan
masyarakat Malaysia yang kaya budi bahasa dan nilai murni.
Dalam melahirkan insan berakhlak mulia, pembangunan negara tidak wajar hanya
membabitkan bidang kemahiran dan kepakaran tertentu tetapi perlu seiring dengan
pembangunan moral, nilai murni dan budi pekerti tinggi. Menurut Ee (1998), dalam
mengamalkan aliran pemikiran intuisionis, penerapan nilai rasional menjadi tunjang
kerana gerak hati yang positif dapat melihat dan memahami sesuatu secara spontan. Hal
ini demikian kerana masyarakat yang mempunyai akhlak yang baik akan melahirkan
masyarakat yang mempunyai sikap rasional dalam melakukan sesuatu tindakan dan
seterusnya menjana kepada pembangunan negara.
Tambahan itu, negara kita perlu memiliki rakyat berbudi bahasa, bertanggungjawab,
hormat-menghormati, amanah, jujur serta berintegriti kerana sistem nilai murni menjadi
kayu pengukur sebenar negara maju. Hujah ini menjelaskan bahawa negara kita tidak
harus bergantung kepada pembangunan pesat tetapi pembangunan moral masih jauh
ketinggalan. Negara Malaysia harus menjadi contoh kepada negara lain kerana terdiri
daripada masyarakat yang berbilang kaum dan harus menanam sikap hormat-
menghormati, berbudi bahasa dan rasional dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut
Abdul (1999), pemikiran intuisionis dalam mengamalkan nilai rasional menekankan apa
yang baik terbukti dengan sendiri kerana kita mampu berfikir dan menilai dari sudut yang
positif.
Namun demikian, segelintir remaja yang merupakan pewaris masa depan negara
melakukan tindakan biadap dan tidak sopan dengan bertindak tidak rasional yang mana
gambar pemimpin negara dipijak di khayalak. Perkara ini memberikan tanggapan dan

4
kesan yang negatif kerana anak muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan
bertindak di luar batasan dengan tidak mengamalkan nilai rasional sebelum melakukan
sesuatu tindakan. Oleh itu, penerapan nilai murni menjadi teras dalam membentuk
generasi muda yang kaya budi bahasa dan melahirkan insan berakhlak mulia.
Sungguhpun masyarakat dan negara berbangga dengan kemajuan dan
pembangunan ekonomi sekarang namun perlu kita berhati-hati dengan apa yang
tersembunyi dalam pelbagai masalah sosial. Noriati et. al (2016), menjelaskan
perkembangan kemajuan sains dan teknologi memberikan impak kepada remaja lebih
mudah terdedah kepada maklumat dan perhubungan berunsur positif atau negatif.
Penerapan pemikiran intuisionis dengan mengamalkan nilai rasional dapat membimbing
individu untuk berfikir dan menilai sebelum melakukan sebarang tindakan. Oleh itu, dalam
melakukan sesuatu tindakan generasi muda harus mengetahui implikasi, kesan dan
kepentingannya dalam membentuk insan yang berakhlak mulia.
Selain itu, masyarakat Malaysia masih mempunyai mentaliti kelas ketiga walaupun
pembangunan infrastruktur negara berada di kelas pertama. Hal ini demikian kerana
dibuktikan dengan beberapa sindrom negatif seperti tabiat membuang sampah di merata
tempat, memandu kurang sopan, kurang kesedaran sivik terhadap harta benda awam dan
kekasaran terhadap pelanggan. Sindrom negatif ini memberi kesan yang negatif kerana
tanggapan pelancong atau pelabur luar akan menilai kesedaran penerapan nilai moral
dalam mengamalkan nilai rasional. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu dalam
mengatasi masalah ini bagi melahirkan masyarakat yang bukan sahaja mempunyai
infrastruktur bertaraf kelas pertama tetapi mempunyai mentaliti kelas pertama.
Dalam melahirkan insan yang berakhlak mulia, semua pihak harus berganding bahu
membanteras gejala-gejala negatif yang semakin mendapat perhatian pelbagai pihak.
Dalam usaha ke arah menangani pelbagai masalah sosial yang wujud, ibu bapa perlu
sentiasa prihatin serta mengawasi anak mereka seterusnya mempertingkatkan komitmen
bagi membina sebuah keluarga yang harmoni dan memupuk nilai positif terhadap anak-
anak. Ibu bapa dalam membentuk tingkah laku anak-anak tidak harus berfokuskan kepada
penerapan nilai dan disiplin tetapi turut menekankan aspek rohani. Oleh itu, ibu bapa yang
berfikir secara rasional akan bersikap intuisionis iaitu menilai sesuatu melalui pengalaman
hidup yang bermakna.
Seterusnya, pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus berganding
bahu bagi meningkatkan usaha mengatasi masalah sosial yang berlaku. Pihak kerajaan
dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan boleh menganjur pelbagai program yang
melibatkan lapisan masyarakat seperti kempen, ceramah, rumah terbuka dan sebagainya.
Implikasinya, masyarakat akan mengetahui tanggungjawab masing-masing dan berusaha
menyahut saranan pihak kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang cinta akan negara.

5
Oleh itu, dalam melahirkan insan yang berakhlak mulia peranan kerajaan harus
melibatkan generasi muda dalam apa jua program kerana mereka merupakan pemimpin
masa depan negara yang membentuk pembangunan moral masyarakat.
Di samping itu, pendidikan di rumah turut memainkan peranan penting dalam
melahirkan insan yang berakhlak mulia. Ibu bapa bukan sahaja sebagai pengasuh,
pembimbing tetapi turut sebagai contoh teladan kepada anak-anak supaya mereka
menerapkan amalan yang baik dengan persekitaran luar. Menurut Koo et. al (2003),
amalan dan tingkah laku ibu bapa di rumah akan sentiasa dijadikan contoh oleh anak-
anak seperti penerapan amalan budi bahasa di sekolah. Hal ini menjelaskan bahawa ibu
bapa yang berfikiran rasional sentiasa menekankan sikap dan sistem nilai harus dipupuk
kepada setiap ahli keluarga seterusnya bagi memastikan anak dibesarkan dalam suasana
harmoni dan baik serta diterapkan nilai murni dalam menghadapi pelbagai cabaran masa
hadapan.
Pendidikan formal di sekolah turut memainkan peranan penting dalam melahirkan
generasi muda yang kaya budi bahasa dan nilai murni. Mohd Fuad et. al (2013),
menjelaskan guru-guru dalam menerapkan murid-murid yang berbudi bahasa melalui sesi
pengajaran dan pembelajaran di kelas. Hal ini menjelaskan bahawa pembelajaran subjek
yang menekankan nilai moral seperti subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan
Pendidikan Sivik Kewarganegaraan amat memberi pembelajaran yang bermakna kerana
murid-murid akan berfikir rasional dalam melakukan sesuatu tindakan. Pada masa yang
sama, pihak sekolah boleh menganjurkan pelbagai program dan aktiviti yang melibatkan
murid-murid dan guru. Misalnya, kempen berbudi bahasa, sudut nilai moral di dinding
bangunan sekolah, aktiviti penerapan nilai moral dan program kemasyarakatan. Oleh itu,
pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid harus berganding bahu dalam menganjurkan
pelbagai aktiviti di sekolah kerana melalui program seperti ini generasi muda akan
memperoleh kesedaran sivik yang bermakna.
Seterusnya, peranan generasi muda yang merupakan penggerak kemajuan negara
dan semua pihak perlu berusaha supaya generasi muda diingatkan tidak terus hanyut
dalam masalah sosial yang tidak bermanfaat. Hal ini demikian kerana generasi muda
masa kini mesti aktif, kreatif, inovatif dan membina kekuatan dalaman untuk menempa
cabaran dunia yang serba moden. Menurut Chin (2005), generasi muda harus melibatkan
diri secara aktif dalam program atau aktiviti yang berfaedah kerana ini bukan sahaja
memperkembangkan bakat malah menerapkan nilai moral dalam diri setiap generasi
muda. Implikasinya, pembangunan negara akan berkembang jika generasi muda
menerapkan nilai berbudi bahasa dan seterusnya melahirkan pewaris masa hadapan
yang berjiwa kepimpinan yang tinggi.

6
Tuntasnya, isu moral dan peranan pelbagai pihak dalam mengatasi masalah ini
menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia.
Oleh itu, dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran alaf baru, pembentukan moral
dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia perlu diperhebat bagi
memupuk tingkah laku serta budaya hidup yang harmoni. Penerapan nilai rasional
menjadi tunjang dalam mengamalkan aliran pemikiran intuisionis kerana dapat
mewujudkan persekitaran yang kondusif ke arah pembentukan akhlak yang murni bagi
melawan arus budaya kuning yang begitu kuat melanda persekitaran masyarakat
Malaysia sekarang.

7
4.0 Penutup
Aliran pemikiran intuisionis dalam membentuk tingkah laku manusia dengan
mengamalkan nilai rasional amat sesuai dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang
berakhlak mulia. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa
haruslah berganding bahu dalam meningkatkan pembangunan moral, nilai murni dan budi
pekerti tinggi sejajar dengan pembangunan negara iaitu membabitkan bidang kemahiran
dan kepakaran. Hal ini menjelaskan bahawa aliran pemikiran intuisionis dalam
membentuk individu berakhlak mulia memandang berat pemahaman secara intelektual
dan bertindak mengikut gerak hati berdasarkan maklumat dan persekitaran.
Tambahan itu, dalam mengamalkan aliran pemikiran intuisionis mempunyai
kepentingannya iaitu dapat menentukan apa yang baik atau buruk mengikut naluri dan
penilaian awal yang dibuat bertujuan untuk menilai personaliti dan memahami seseorang.
Seterusnya, isu-isu yang melibatkan moral masyarakat Malaysia menjadi tunjang dalam
menerapkan nilai rasional iaitu mengambil tindakan dan pertimbangan yang wajar dalam
pemikiran dan perlakuan. Penyelesaian dan pendekatan yang dirancang serta
dilaksanakan menerusi program penerapan dan peningkatan nilai murni di kalangan
masyarakat menjadi pemangkin dalam melahirkan insan berakhlak mulia terutamanya
generasi muda yang menjadi peneraju masa hadapan negara.
Kesimpulannya, aliran pemikiran intusionis dalam menerapkan nilai rasional amat
berhubung kait kerana ini mampu melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia.
Oleh itu, ini akan menjadi pemangkin kepada masyarakat Malaysia dapat berdaya saing
dengan negara maju yang lain kerana terdapatnya masyarakat yang bertindak secara
rasional dalam apa jua tindakan dan pemikiran seterusnya dapat merealisasikan hasrat
negara Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020.

(2007 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai