Anda di halaman 1dari 10

Topik 2

KEMAHIRAN MENANGANI
KONFLIK MORAL
Maksud konflik moral
• Konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu,idea, kepentingan
• Konflik boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti konflik yang melibatkan soal
kehendak atau matlamat, perasaan, pendapat dan nilai
• Konflik moral dijelaskan sebagai pertentangan di antara dua nilai yang saling
bertembung dalam satu keadaan
• Yang penting apabila berhadapan dengan konflik moral kita harus melihat dari
semua sudut dan mengambil kira segala kepentingan sebelum membuat keputusan
Strategi menangani konflik moral
• Strategi analisis nilai

• Strategi pengurusan tekanan


• Strategi pencairan masalah
Strategi pencairan masalah
• Strategi menguruskan konflik yang melibatkan pembinaan satu atau lebih
alternative bagi menghindarkan sesuatu masalah berlaku
• Strategi ini melibatkan pembinaan satu atau lebih alternative bagi
menghindarkan sesuatu masalah berlaku
Strategi analisis nilai
• Telah diperkenalkan oleh fraenkel. J.r dan comb untuk menyelesaikan
dilemma konflik moral
• Konflik moral diatasi dengan mengesan unsur-unsur nilai dan fakta yang
terdapat dalam konflik terlebih dahulu
• Setiap kekuatan dan kelemahan ditinjau teliti
• Perlu berfikir secara rasional dan logic tenang sebarang fakta relevan yag
wujud dalam konflik tersebut sebelum mengambil sebarang pertimbangan
nilai
Langkah strategi nilai
Kenalpasti nilai-nilai yang berkonflik

Kenalpasti fakta-fakta yang sedia ada dalam konflik atau dilema

Berdasarkan nilai-nilai konflik dan fakta yang sedia ada, senaraikan alternative
yang boleh dibuat untuk menyelesaikan konflik

Dalam menentukan alternative yang patut diambil fikirkan kesan serta


keputusan yang akan timbul hasil dari pada alternative yang telah diambil

Setelah dianalisis kesan-kesan terhadap setiap alternative pilih satu daripada


alternative tersebut
Strategi pengurusan tekanan
• Setiap konflik yang dialami oleh seseorang individu pasti akan meninggalkan
tekanan
• Antara penyakit menyerang individu yang tidak dapat mengawal stress adalah
kemurungan, sakit jantung, darah tinggi,kelesuan fizikal dan mental
• Teknik pengurusan stress yang paling berkesan bagi mengawal konflik moral
dicadangkan oleh albert ellis iaitu teknik penyangkaran pemikiran tidak
rasional
Maksud pemikiran tidak rasional
• Berfikiran dan bersangka yang buruk
• Berfikiran negatif
• Selalu menggunakan perkataan mesti, patut
Cara mengatasi pemikiran tidak rasional
• Seseorang itu hendaklah menambah pemikiran rasionalnya dan mengurangkan
kepercayaan tidak rasional
• Ambil masa 10 minit sehari untuk bertanya diri sendiri soalan dibawah
-apakah bukti yang wujud/ sedia ada tentang kekurangan/ kepincangan/kepercayaan
tersebut
-adakah wujud bukti tentang kesahihan atau kebenaran kepercayaan ini
Apakah perkara paling buruk yang berkemungkinan boleh berlaku pada diri saya
sekirnayasaya tidak mendapat apa yang saya fikir saya mesti dapat atau apa yang saya
fikir tidak dapat berlaku
Rujukan
• Nasrulnizamwati Mohamed.2007.pendidikan seksual kepada remaja.penerbitan
hartamas.kuala lumpur
• Azlela hanafee.2006.Ancaman jenayah da keselamatan.associated educational distributors m
sdn bhd.melaka
• Jasiman ahmad.2006.Pencemaran alam sekitar.associated educational distributors m sdn bhd
.Melaka
• Noor azilawati mohd sabda.2007.Masalah buli dan penyelesaian.penerbit hartamas kuala
lumpur
• Noor azilawati mohd sabda.2007.tanah runtuh dan kemsunahan alam.penerbit hartamas
kuala lumpur

Anda mungkin juga menyukai