Anda di halaman 1dari 59

PKES3053

TOPIK 2
PENCEGAHAN KECEDERAAN

PKES3053 6/16/2017 1
DEFINISI DAN PENCEGAHAN (1)
▪ Pencegahan kecederaan merupakan satu usaha ke arah
mencegah (sebelum kemalangan berlaku) atau
mengurangkan keparahan kecederaan anggota akibat
mekanisme luaran (seperti kemalangan).
▪ Pencegahan kecederaan adalah satu komponen
keselamatan dan kesihatan awam, dan matlamatnya ialah
untuk meningkatkan kesihatan orang awam dengan
mencegah kecederaan dan seterusnya meningkatkan kualiti
hidup.
PKES3053 6/16/2017 2
DEFINISI DAN PENCEGAHAN (2)
▪ Strategi pencegahan kecederaan merangkumi pelbagai
pendekatan, kebanyakannya diklasifikasikan di bawah ‘3E’
pencegahan kecederaan:
- Pendidikan (Education)
- Modifikasi kejuruteraan (Engineering modifications)
- Penguatkuasaan/enakmen (Enactment)

PKES3053 6/16/2017 3
KESELAMATAN DI AIR (1)
• Kanak-kanak boleh lemas dalam masa kurang
daripada dua minit walaupun jumlah air yang
sangat sedikit, termasuk dalam tab mandi.
• Kanak-kanak tidak harus dibiarkan bersendirian di
dalam atau dekat dengan air.

PKES3053 6/16/2017 4
KESELAMATAN DI AIR (2)
Di mana terdapatnya air, adalah penting untuk:
▪ Menutup telaga dan tangki air supaya kanak-
kanak tidak dapat membukanya.
▪ Telangkupkan tab dan baldi apabila tidak
digunakan dan sentiasa mengawasi kanak-kanak
bermandi.
▪ Mengajar kanak-kanak mengelakkan diri dari
longkang dan parit.
PKES3053 6/16/2017 5
KESELAMATAN DI AIR (3)
▪ Keluarga yang tinggal berdekatan dengan sumber air
perlu mendirikan pagar di sekeliling rumah dan tutup pintu
pagar untuk mencegah kanak-kanak pergi ke sumber air
tersebut.
▪ Pagarkan kolam dengan adang menegak yang rapat untuk
mencegah kanak-kanak pergi ke kolam tersebut.
▪ Keluarga yang tinggal di atas air perlu mendirikan adang
menegak di jendela dan pintu untuk mencegah kanak-
kanak terjatuh ke dalam air.

PKES3053 6/16/2017 6
KESELAMATAN DI AIR (4)
▪ Mengajar kanak-kanak bagaimana untuk berenang semasa
mereka muda.
▪ Memastikan kanak-kanak yang tidak boleh berenang
memakai jaket keselamatan yang diiktiraf semasa bermain
di dalam air atau di atas bot.
▪ Sentiasa mengawasi kanak-kanak yang sedang berenang.
▪ Mengajar kanak-kanak untuk tidak berenang di air deras
dan tidak berenang bersendirian.

PKES3053 6/16/2017 7
KESELAMATAN DI AIR (5)
▪ Di kawasan yang sentiasa banjir, perlu ada
pengawasan kanak-kanak apabila air semakin
menaik.
▪ Memastikan semua ahli sekeluarga termasuk kanak-
kanak memahami dan mengetahui tempat selamat
untuk dituju apabila perlunya meninggalkan rumah
akibat banjir.

PKES3053 6/16/2017 8
KESELAMATAN DI AIR (6)
Sebesar mana masalah ini?
▪ Menurut data dari Amerika Syarikat (2005 – 2014), satu daripada setiap
lima orang yang mati akibat lemas adalah kanak-kanak 14 tahun dan ke
bawah.
▪ Untuk setiap kanak-kanak yang mati akibat lemas, lima kanak-kanak
akan menerima rawatan kecemasan akibat kecederaan lemas yang
tidak membawa maut.
▪ Kecederaan lemas yang tidak membawa maut ini boleh menyebabkan
kerosakan otak yang serius yang akan mengakibatkan kecacatan
jangka panjang seperti masalah memori, masalah pembelajaran dan
kehilangan fungsi asas yang kekal (lumpuh).
PKES3053 6/16/2017 9
KESELAMATAN DI AIR (7)
Siapakah paling berisiko?
▪ Lelaki: Hampir 80% manusia yang mati akibat lemas
ialah lelaki.
▪ Kanak-kanak: Kanak-kanak antara 1 - 4 tahun
mempunyai kadar kematian yang tinggi akibat lemas.
▪ Kebanyakan kes kelemasan berlaku di kolam renang
di rumah.
PKES3053 6/16/2017 10
KESELAMATAN DI AIR (8)
Faktor-faktor yang menyebabkan risiko lemas:
▪ Kurangnya kebolehan untuk berenang.
▪ Kurangnya halangan seperti pagar atau tempat
memegang.
▪ Kurangnya pengawasan semasa berenang.
▪ Gagal memakai jaket keselamatan.
▪ Meminum alkohol
▪ Serangan masalah kesihatan (seperti sawan)

PKES3053 6/16/2017 11
KESELAMATAN DI AIR (9)
Dapatan kajian:
▪ Kemahiran berenang membantu
▪ Belajar CPR – tempoh memberi bantuan amat
penting
▪ Jaket keselamatan dapat mengurangkan risiko

PKES3053 6/16/2017 12
KESELAMATAN DI AIR (10)
Panduan untuk memastikan anda selamat semasa berada di air:
• Sentiasa ada pengawasan semasa berada di dalam atau di sekitar kawasan air
• Menggunakan sistem buddy
• Memastikan masalah serangan kesihatan sentiasa diawasi
• Belajar berenang dan CPR
• Mainan kanak-kanak yang mengandungi udara bukan alat keselamatan
• Elak meminum alkohol
• Jangan benarkan perenang menahan nafas di dalam air untuk suatu jangka masa
yang lama
• Ambil tahu tentang keadaan iklim dan ramalan cuaca sebelum berenang

PKES3053 6/16/2017 13
KESELAMATAN DI RUMAH (1)
▪ Lebih ramai manusia mengalami kecederaan di rumah
berbanding di tempat lain.
▪ Keselamatan di rumah merupakan suatu risiko kepada
mereka yang mempunyai masalah kesukaran berjalan,
rabun mata atau kelemahan dan kelesuan anggota.
▪ Kebimbangan utama ialah risiko jatuh dan risiko ini
boleh diminimumkan jika langkah-langkah keselamatan
diambil.

PKES3053 6/16/2017 14
KESELAMATAN DI RUMAH (2)
Perkara-perkara yang boleh dilakukan apabila mengalami
kecederaan:
▪ Dapatkan bantuan serta merta. Simpan telefon dan
nombor kecemasan di tempat yang rendah. Ini
memudahkan anda mencapai jika terjatuh dan sukar
untuk bangun.
▪ Dapatkan nasihat doktor walaupun anda berasakan anda
tidak cedera parah.

PKES3053 6/16/2017 15
KESELAMATAN DI RUMAH (3)
▪ Jika anda mempunyai cara berjalan yang tidak stabil, gunakan
tongkat.
▪ Jangan berpegang kepada perabot atau dinding untuk sokongan.
▪ Pakai kasut bertapak tidak mudah tergelincir, tanpa bertumit,
selesa, serta mempunyai sokongan dalaman yang baik sepanjang
masa.
▪ Peka terhadap objek yang mungkin menyebabkan anda
tersandung. Pastikan laluan sentiasa bebas daripada halangan.
▪ Baiki lubang atau permukaan yang kasar di lantai, laluan atau
tangga.
PKES3053 6/16/2017 16
KESELAMATAN DI RUMAH (4)
▪ Segera lap lantai jika terdapat tumpahan cecair.
▪ Elak bergegas melintas jalan atau menjawab telefon atau
membuka pintu.
▪ Jangan mengilap lantai.
▪ Pastikan permaidani sentiasa rata di atas lantai.
▪ Pasangkan susur tangga di kedua-dua belah tangga dan bebas
daripada objek.
▪ Bangun dari tempat duduk secara perlahan untuk mendapatkan
keseimbangan.

PKES3053 6/16/2017 17
KESELAMATAN DI RUMAH (5)
▪ Untuk mengekalkan keseimbangan semasa mengambil
objek dari lantai, rendahkan badan, bengkokkan lutut dan
bukannya membongkok ke bawah.
▪ Duduk di atas kerusi yang mempunyai tempat letak
tangan yang dapat membantu anda untuk bangun atau
duduk.
▪ Pasangkan lampu sebelum berjalan ke dalam bilik yang
gelap. Pasang lampu terang di sekitar rumah.

PKES3053 6/16/2017 18
KESELAMATAN DI RUMAH (6)
▪ Sediakan satu senarai nombor telefon kecemasan dan alamat dan
letakkan di tempat yang mudah dicapai.
▪ Jika berlaku kebakaran, adakan pelan kecemasan. Sediakan alat
pemadam api.
▪ Simpan lampu picit di lokasi yang mudah dicapai.
▪ Pakai gelang pengenalan perubatan, jika ada.
▪ Jika hidup bersendirian, pastikan ahli keluarga atau rakan
berkomunikasi setiap hari.

PKES3053 6/16/2017 19
KESELAMATAN DI RUMAH (7)
Keselamatan di Bilik Tidur:
▪ Letak katil di tempat yang mudah untuk menyalakan lampu atau
menjawab telefon.
▪ Gunakan lampu tidur untuk menyalakan laluan dari katil ke
tandas.
Keselamatan di Bilik Mandi:
▪ Hadkan masa bermandi untuk mengelakkan keadaan lemah
badan.
▪ Dapatkan seseorang membantu untuk bermandi jika mengalamai
keadaan lemah badan.
PKES3053 6/16/2017 20
KESELAMATAN DI RUMAH (8)
▪ Letakkan pelapik getah atau yang tidak menggelincir di dalam tab
atau lantai bilik mandi.
▪ Pasang palang di dinding atau tepi tab.
▪ Gunakan kerusi mandi dengan genggaman getah jika rasa kurang
stabil.
▪ Sentiasa pastikan lantai kering untuk mengelakkan tergelincir.
▪ Gunakan semburan mandi (showerhead) untuk memudahkan
mandian dan cucian.
▪ Untuk mengelakkan luka terbakar, tetapkan suhu air panas yang
sesuai.
PKES3053 6/16/2017 21
KESELAMATAN DI RUMAH (9)
Keselamatan di Dapur:
▪ Tolak makanan dalam bekas yang berat di sepanjang meja dan
jangan mengangkatnya jika lengan adalah lemah.
▪ Letakkan makanan dalam bekas yang kecil, mudah diambil dan
diurus.
▪ Letak item yang lazim digunakan di tempat yang mudah dicapai.
▪ Untuk mengelakkan kebakaran, pastikan pakaian yang longgar,
tuala dan langsir berjauhan dari dapur pembakar.

PKES3053 6/16/2017 22
KESELAMATAN DI RUMAH (10)
▪ Luka terbakar boleh dielak dengan memastikan kanak-kanak
berjauhan dari api, dapur, makanan dan cecair panas, dan
pendedahan kepada wayar elektrik.
▪ Salah satu jenis luka terbakar yang lazim berlaku ialah sentuhan
terus dengan api atau menyentuh permukaan panas.

Untuk mengelak daripada luka terbakar ini:


▪ Jauhkan kanak-kanak dari api dapur, mancis, lilin, cecair mudah
terbakar seperti parafin dan minyak tanah.
▪ Letak dapur di tempat rata dan jauh dari kanak-kanak.
PKES3053 6/16/2017 23
KESELAMATAN DI RUMAH (11)
▪ Jangan biarkan kanak-kanak bersendirian menghampiri
api atau menjaga api semasa memasak.
▪ Jauhkan kanak-kanak dari pemanas, seterika panas atau
alat-alat yang panas.
▪ Jangan tinggalkan kanak-kanak bersendirian di dalam
bilik dengan lilin yang sedang bernyala.

PKES3053 6/16/2017 24
KESELAMATAN DI RUMAH (12)
Salah satu luka terbakar ialah melecur (scalding) akibat terkena
makanan atau cecair panas. Untuk mengelakkannya:
▪ Pastikan semua pemegang bekas masakan berjauhan dari capaian
kanak-kanak.
▪ Simpan makanan dan cecair panas di tempat yang selamat dan
berjauhan dari capaian kanak-kanak.
▪ Jangan membenarkan kanak-kanak memasang pili air panas di
bilik mandi atau mandi bersendirian.

PKES3053 6/16/2017 25
KESELAMATAN DI RUMAH (13)
▪ Sentiasa kekalkan suhu air pemanas di paras sederhana
untuk mengelakkan melecur jika kanak-kanak memasang
pemanas air.
▪ Mengajar kanak-kanak jangan bermain di sekeliling orang
yang sedang minum minuman panas atau di dapur
apabila makanan sedang disediakan.
▪ Jangan mendukung kanak-kanak apabila sedang minum
minuman panas atau makan makanan panas.

PKES3053 6/16/2017 26
KESELAMATAN DI RUMAH (14)
Kanak-kanak boleh mengalami kejutan atau luka terbakar yang
serius jika mereka terkena elektrik. Untuk mengelakkan keadaan
ini:
▪ Ajar kanak-kanak jangan meletakkan jari atau objek ke dalam
soket elektrik.
▪ Tutup soket elektrik.
▪ Simpan wayar elektrik berjauhan dari capaian kanak-kanak.
▪ Tutup wayar elektrik yang terdedah dengan pita penebat.

PKES3053 6/16/2017 27
KESELAMATAN DI RUMAH (15)
▪ Luka jatuh adalah satu kecederaan utama dalam kalangan kanak-
kanak.
▪ Tangga, balkoni, bumbung, tingkap, kawasan bermain dan
tempat tidur haruslah selamat.
▪ Menggunakan palang menegak untuk melindungi kanak-kanak
dari terjatuh.
▪ Kanak-kanak lazimnya terjatuh semasa mereka belajar berjalan,
berlari dan melompat.
▪ Kebanyakan kes terjatuh ini menyebabkan kecederaan ringan
seperti melecet dan lebam.
PKES3053 6/16/2017 28
KESELAMATAN DI RUMAH (16)
▪ Kadang-kadang kes terjatuh boleh menyebabkan patah
tulang, kecederaan kepala atau kecederaan serius
termasuk maut.
▪ Bayi yang tidak diawasi boleh terjatuh dari katil, kanak-
kanak boleh terjatuh dari tangga, tingkap atau balkoni.
▪ Kanak-kanak suka memanjat. Mereka boleh mengalami
kecederaan serius jika terjatuh dari tempat tinggi atau
cuba memanjat ke atas perabot berat menyebabkan
perabot tersebut menghempap mereka.
PKES3053 6/16/2017 29
KESELAMATAN DI RUMAH (17)
Selain pengawasan, langkah-langkah untuk mencegah kanak-kanak
daripada mengalami luka terjatuh yang serius termasuk:
▪ Mencegah kanak-kanak dari memanjat tempat yang tidak selamat.
▪ Jangan membenarkan kanak-kanak bermain di tangga dan balkoni.
▪ Pastikan rumah bersih, terang dan bebas daripada objek tajam dan
permukaan kasar.
▪ Jangan biarkan bayi tanpa jagaan.
▪ Jauhkan perabot seperti katil, meja dan kerusi dari tingkap.
▪ Jangan letakkan mainan kanak-kanak di tempat yang tinggi.

PKES3053 6/16/2017 30
KESELAMATAN DI RUMAH (18)
Ahli keluarga boleh mengurangkan risiko kecederaan kanak-kanak daripada
objek berkaca dan tajam jika mereka:
▪ Menyimpan botol berkaca dari capaian kanak-kanak.
▪ Memastikan rumah dan kawasan bermain bebas daripada serpihan kaca dan
sampah.
▪ Menyimpan pisau, alat pemotong dan gunting di dalam laci atau kabinet
berkunci.
▪ Membuang sampah termasuk serpihan botol dan tin kosong secara selamat.
▪ Mendidik kanak-kanak tentang bahaya membaling batu atau objek tajam
atau bermain dengan pisau atau gunting.
▪ Beg plastik harus dijauhkan daripada kanak-kanak untuk mengelakkan lemas.

PKES3053 6/16/2017 31
KESELAMATAN DI RUMAH (19)
Ibu bapa atau penjaga seharusnya:
▪ Memastikan kawasan bermain dan tempat tidur bebas
daripada objek kecil seperti butang, manik, belon,
penutup pen, syiling, bijian dan sebagainya.
▪ Periksa mainan baharu dengan cermat sebelum memberi
kepada kanak-kanak untuk memastikan tiadanya
bahagian yang tajam atau longgar yang boleh tertanggal
atau pecah dan boleh ditelan atau mencederakan kanak-
kanak.
PKES3053 6/16/2017 32
KESELAMATAN DI RUMAH (20)
▪ Jangan berikan kanak-kanak makanan seperti
kacang, gula-gula keras, atau makanan yang
mengandungi bijian yang boleh mengakibatkan
tercekik.
▪ Sentiasa mengawasi kanak-kanak semasa makan,
dan potong atau koyakkan makanan kanak-kanak
kepada bentuk atau cebisan kecil supaya mudah
dikunyah dan ditelan.
PKES3053 6/16/2017 33
KESELAMATAN DI RUMAH (21)
▪ Batuk, tersumbat, pernafasan yang luar biasa atau
tidak berupaya mengeluarkan bunyi menunjukkan
masalah pernafasan dan kemungkinan tercekik.
▪ Ibu bapa dan penjaga harus mengesyaki kanak-
kanak tercekik apabila kanak-kanak menghadapi
masalah pernafasan, walaupun tiada sesiapa yang
nampak kanak-kanak tersebut memasukkan objek
ke dalam mulut.
PKES3053 6/16/2017 34
KESELAMATAN DI JALAN RAYA (1)
▪ Kanak-kanak akan sentiasa berisiko apabila berada di
atas atau berdekatan dengan jalan raya.
▪ Mereka tidak seharusnya bermain di atas atau berdekatan
dengan jalan raya dan seseorang dewasa perlu sentiasa
bersama-sama mereka apabila berdekatan jalan raya atau
hendak melintas jalan raya.
▪ Kanak-kanak harus memakai helmet apabila menaiki
basikal atau motosikal dan helmet tersebut hendaklah
sentiasa disemat dengan selamat, bersesuaian dengan
saiz kepala.

PKES3053 6/16/2017 35
KESELAMATAN DI JALAN RAYA (2)
Kanak-kanak tidak berfikir sebelum mereka berlari ke jalan
raya. Ahli keluarga perlu:
▪ Memerhati dan mengawasi kanak-kanak dengan cermat.
▪ Memagari rumah dan menutup pagar untuk mencegah
kanak-kanak dari berlari ke jalan raya.
▪ Mendidik kanak-kanak tidak melintas atau berjalan di atas
jalan raya kecuali ditemani oleh orang dewasa atau
remaja.

PKES3053 6/16/2017 36
KESELAMATAN DI JALAN RAYA (3)
▪ Mencegah kanak-kanak daripada bermain dekat jalan
raya.
▪ Mendidik kanak-kanak untuk tidak mengejar bola, mainan
yang bergerak atau layang-layang yang telah menghala
ke jalan raya.
▪ Mengarahkan kanak-kanak berjalan di tepi jalan raya
menghadap kenderaan.
▪ Jika terdapatnya laluan pejalan kaki, arahkan kanak-kanak
menggunakannya.
PKES3053 6/16/2017 37
KESELAMATAN DI JALAN RAYA (4)
Apabila melintas jalan raya, kanak-kanak harus dididik tentang:
▪ Berhenti di tepi jalan raya.
▪ Pandang kedua-dua belah jalan raya (ke arah kiri dan ke arah kanan).
▪ Dengar sama ada terdapatnya kenderaan sebelum melintas.
▪ Pegang tangan orang yang menemani kanak-kanak.
▪ Berjalan dan jangan berlari.
▪ Di kawasan bandar, gunakan lintasan pejalan kaki.
▪ Elak dari melintas jalan raya di lengkungan atau antara kereta yang
berhenti.
▪ Elak dari melintas jalan raya yang mempunyai kenderaan laju.
PKES3053 6/16/2017 38
KESELAMATAN DI JALAN RAYA (5)
▪ Kanak-kanak juga berisiko tinggi mengalami kecederaan jika mereka
duduk di kerusi hadapan kenderaan atau di atas motosikal.
▪ Di dalam kereta, kanak-kanak seharusnya menggunakan tali pinggang
keselamatan yang bersesuaian dengan umur sehinggalah mereka
mencapai ketinggian 150cm atau berumur 10 tahun, atau apabila
mereka sudah boleh menggunakan tali pinggang keselamatan orang
dewasa.
▪ Kemalangan berbasikal lazimnya menyebabkan kecederaan dan
kematian dalam kalangan kanak-kanak. Semua kanak-kanak mesti
belajar tentang keselamatan jalan raya dan memakai helmet basikal
semasa menunggang basikal.

PKES3053 6/16/2017 39
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (1)
▪ Taman dan alat permainan di luar rumah menawarkan kanak-kanak
udara segar, kawan, dan senaman.
▪ Oleh itu adalah penting untuk ibu bapa memastikan peralatan yang
rosak, permukaan yang tidak rata, dan tingkah laku yang cuai tidak
merosakkan keseronokan bermain.
▪ Setiap tahun, terdapat lebih daripada 200,000 kanak-kanak yang
dirawat di hospital untuk kecederaan akibat bermain di taman
permainan.
▪ Kebanyakan kemalangan ini dapat dicegah melalui pengawasan yang
baik.

PKES3053 6/16/2017 40
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (2)
• Anda boleh menjadikan taman permainan kanak-kanak seronok
dan selamat dengan memeriksa peralatan yang berpotensi
menyebabkan bahaya dan mematuhi peraturan keselamatan yang
ada.
• Mendidik kanak-kanak bagaimana untuk bermain dengan selamat
adalah penting.
• Jika mereka mengetahui peraturan bermain di taman permainan,
mereka dapat mengurangkan risiko mengalami kecederaan.

PKES3053 6/16/2017 41
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (3)
Pengawasan Orang Dewasa
▪ Pengawasan oleh orang dewasa boleh bantu mencegah kecederaan
dengan memastikan kanak-kanak menggunakan peralatan taman
permainan dengan betul.
▪ Jika berlaku kecederaan, orang dewasa boleh membantu kanak-kanak dan
melaksanakan rawatan bantu mula dengan serta merta.
▪ Kanak-kanak seharusnya sentiasa mempunyai pengawasan orang dewasa
di taman permainan.
▪ Kanak-kanak lazimnya tidak dapat menganggar jarak dengan tepat dan
kurang berupaya meramal situasi yang berbahaya.

PKES3053 6/16/2017 42
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (4)
Keselamatan Reka Bentuk Taman Permainan
▪ Faktor penting dalam menilai keselamatan taman permainan kanak-kanak
ialah permukaan, reka bentuk dan ruang, pemeriksaan serta penjagaan
peralatan.

Permukaan
▪ Satu permukaan yang baik untuk taman permainan adalah faktor penting
dalam mengurangkan kecederaan dan tahap kecederaan yang berlaku apabila
kanak-kanak terjatuh.
▪ Permukaan di bawah peralatan permainan haruslah cukup lembut dan tebal
untuk menyerap daya impak apabila kanak-kanak terjatuh.
PKES3053 6/16/2017 43
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (5)
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan:
▪ Permukaan konkrit, asphalt, dan simen adalah tidak selamat.
Rumput, tanah dan tanah liat adalah juga tidak selamat kerana
cuaca dan hakisan boleh mengurangkan keupayaan untuk
menyerap impak jatuh.
▪ Permukaan taman permainan harus bebas daripada lopak air dan
kotoran yang boleh menyebabkan kanak-kanak tergelincir dan
jatuh.

PKES3053 6/16/2017 44
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (6)
Reka bentuk dan Ruang
▪ Peralatan taman permainan harus direka bentuk untuk
tiga kumpulan umur yang berbeza iaitu kumpulan kanak-
kanak di bawah 2 tahun, 2 – 5 tahun (pra sekolah), dan 5 –
12 tahun (kanak-kanak sekolah).
▪ Untuk taman permainan yang selamat, kawasan
permainan untuk kanak-kanak muda diasingkan dari
kanak-kanak yang lebih berumur.
PKES3053 6/16/2017 45
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (7)
▪ Kanak-kanak muda tidak seharusnya bermain dengan
peralatan yang direka bentuk untuk kanak-kanak yang
lebih berumur kerana saiz peralatan tidak sesuai dengan
mereka dan boleh menyebabkan kecederaan.
▪ Begitu juga dengan peralatan yang direka bentuk untuk
kanak-kanak muda. Peralatan yang kecil boleh
menyebabkan masalah kepada kanak-kanak yang lebih
berumur.

PKES3053 6/16/2017 46
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (8)
Mendidik kanak-kanak tentang keselamatan taman
permainan:
▪ Peralatan taman permainan kanak-kanak dan pengawasan
orang dewasa adalah amat penting.
▪ Kanak-kanak perlu tahu bagaimana untuk menjaga
keselamatan dan bertanggungjawab apabila berada di
taman permainan.

PKES3053 6/16/2017 47
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (9)
Ajar kanak-kanak:
▪ Jangan menolak semasa bermain di gelongsor, jongkang-jongkit,
ayunan dan peralatan lain.
▪ Gunakan peralatan dengan cermat – jangan berdiri di atas ayunan.
▪ Sentiasa pastikan tiada kanak-kanak berdekatan apabila hendak
melompat dari peralatan main, dan mendarat dengan kedua-dua
belah kaki sambil membengkokkan lutut.
▪ Tinggalkan basikal, dan beg jauh dari peralatan dan kawasan main
supaya tiada sesiapa yang tersandung.

PKES3053 6/16/2017 48
KESELAMATAN DI TAMAN
DAN PADANG PERMAINAN (10)
▪ Jangan gunakan peralatan taman permainan yang basah
kerana kelembapan boleh menyebabkan keadaan permukaan
menjadi licin.
▪ Di waktu cuaca panas, periksa peralatan logam sama ada
terlalu panas atau tidak untuk mengelak berlakunya melecur
pada kulit.
▪ Pakai pakaian yang tiada unjuran (tali pintal) kerana ini boleh
menyebabkan kemalangan akibat unjuran tersepit pada
peralatan.

PKES3053 6/16/2017 49
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEPADA
PENYELAMAT DAN MANGSA (1)
▪ Perkara yang paling penting ketika memberi pertolongan cemas /
bantu mula ialah melindungi diri anda dari sebarang kecederaan atau
jangkitan.
▪ Salah satu peraturan utama pertolongan cemas / bantu mula ialah
memastikan situasi adalah selamat.
▪ Anda hendaklah beringat kerana jangkitan merupakan satu risiko
walaupun adalah kecederaan ringan dan anda perlu berjaga-jaga bagi
menghindarkan jangkitan dari mangsa atau anda memindahkan
jangkitan yang ada pada diri anda.
▪ Anda juga harus memberi perhatian terhadap kesihatan psikologi
dan rasa tertekan dengan lebih efektif
PKES3053 6/16/2017 50
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEPADA
PENYELAMAT DAN MANGSA (2)
Keselamatan Peribadi
▪ Dalam situasi kecemasan yang bahaya, jangan cuba bertindak
berani.
▪ Jika anda meletakkan diri dalam keadaan berisiko, anda tidak
akan berupaya menolong mangsa dengan lebih berkesan.
▪ Periksa situasi kecemasan terlebih dahulu dan pastikan selamat
untuk anda.
▪ Sentiasa bertenang dan mengingat prosedur-prosedur
pertolongan cemas / bantu mula.

PKES3053 6/16/2017 51
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEPADA
PENYELAMAT DAN MANGSA (3)
Perlindungan dari Jangkitan
▪ Mencegah jangkitan bersilang adalah aspek yang penting dalam
pertolongan cemas / bantu mula.
▪ Langkah-langkah mudah seperti mencuci tangan dan memakai
sarung tangan pakai buang dapat membekalkan perlindungan
yang secukupnya.
▪ Semua ahli pertolongan cemas / bantu mula diingatkan supaya
mendapat suntikan terhadap hepatitis B.

PKES3053 6/16/2017 52
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEPADA
PENYELAMAT DAN MANGSA (4)
Garis Panduan bagi Mencegah Jangkitan Bersilang (1)
▪ Sebelum merawat mangsa, cuci tangan dengan air dan sabun, jika ada.
▪ Jika boleh, bawa sarung tangan pelindung pakai buang sepanjang
masa dan gunakannya ketika memberi rawatan.
▪ Jika tiada, minta mangsa membalut lukanya sendiri atau balut tangan
anda dengan karung plastik yang bersih.
▪ Balut luka atau lecet pada tangan anda dengan pembalut kalis air.
▪ Pakai apron plastik apabila merawat tubuh yang penuh dengan cecair
bagi melindungi mata anda.

PKES3053 6/16/2017 53
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEPADA
PENYELAMAT DAN MANGSA (5)
Garis Panduan bagi Mencegah Jangkitan Bersilang (2)
▪ Elak daripada menyentuh luka atau menyentuh mana-mana
bahagian pembalut yang telah digunakan ke atas luka.
▪ Cuba jangan menarik nafas, batuk atau bersin ke atas luka ketika
anda merawat mangsa.
▪ Berhati-hati agar tidak tercucuk dengan sebarang jarum yang
terdapat pada mangsa atau anda terluka akibat terkena kaca.
▪ Jika ada perisai muka atau topeng poket, gunakan untuk memberi
bantuan pernafasan.

PKES3053 6/16/2017 54
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEPADA
PENYELAMAT DAN MANGSA (6)
Mengendalikan Sisa Buangan (1)
▪ Untuk mencegah jangkitan, buang bahan-bahan buangan dengan
cermat, sebaik sahaja selesai membuat rawatan.
▪ Masukkan bahan-bahan yang kotor dan sarung tangan yang telah
digunakan ke dalam karung plastik, sebaik-baiknya gunakan
karung khas berwarna kuning yang dilabelkan Biohazard Bag.
▪ Untuk membuang objek tajam seperti jarum, gunakan bekas
plastik yang direka bentuk khusus yang dinamakan Sharps
Container.

PKES3053 6/16/2017 55
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KEPADA
PENYELAMAT DAN MANGSA (7)
Mengendalikan Sisa Buangan (2)
▪ Tutup bekas atau karung dengan ketat dan tandakan bekas
mengandungi bahan buangan klinikal.
▪ Karung Biohazard hendaklah dimusnahkan menerusi proses
pembakaran.
▪ Jika alat-alat kemudahan pembakaran sukar diperoleh, mintalah
bantuan pihak ambulans atau pusat kesihatan atau jabatan alam
sekitar atau pihak berkuasa tempatan untuk menguruskan
pembuangan sisa-sisa tersebut.

PKES3053 6/16/2017 56
RUJUKAN (1)
Ab. Alim Abdul Rahim. (1998). Buku panduan pertolongan cemas. Shah Alam,
Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sd. Bhd.
Azizah Ismail. (2005). Pertolongan cemas dan rawatan kecemasan. Petaling Jaya,
Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Injury Prevention
and Control, Division of Unintentional Injury Prevention. Retrieved 20 June 2016,
Retrieved from http://www.cdc.gov/homeandrecreationalsafety/water-
safety/waterinjuries-factsheet.html
Durani, Y. (2014). Play ground safety. Retrieved 20 June 2016, Retrieved from
http://kidshealth.org/en/parents/playground.html#

PKES3053 6/16/2017 57
RUJUKAN (2)
Home Injury Prevention: A helpful guide for patients and their caregivers.
Retrieved 20 June 2016, Retrieved from
http://www.myasthenia.org/portals/0/docs/home_injury_prevention.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. (2012). Manual pertolongan cemas (Edisi 4).
Ampang, KL: Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
St. John Ambulance, St. Andrew’s Ambulance Association, & The British Red Cross
Society. (2008). Manual pertolongan cemas: Manual rasmi UK, pemberi khidmat
pertolongan cemas yang utama (Terjemahan Bahasa Malaysia). Petaling Jaya,
Selangor: Golden Books Centre Sdn. Bhd.
UNICEF, WHO, UNESCO, UNFPA, UNDP, UNAIDS, WFP and the World Bank. (2010).
Facts for life (4th ed.). New York: United Nations Children’s Fund.

PKES3053 6/16/2017 58
Disediakan oleh:

ENCIK CHIA CHIOW MING


PENSYARAH AKADEMIK
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS (PKES3053)


PISMP AMBILAN JUN 2016 (SEMESTER 1 TAHUN 2)
SEMESTER JUN – NOVEMBER 2017

PKES3053 6/16/2017 59

Anda mungkin juga menyukai