Anda di halaman 1dari 16

TOPIK 5

TEORI MORAL BARAT

HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES):

Setelah mengikuti topik ini, pelajar dapat:

1. Menjelaskan teori-teori moral Barat (C2 : PLO 1).

2. Menyenaraikan secara ringkas jenis-jenis teori moral yang bersumber


dari barat (C1 : PLO 1)

PENDAHULUAN
Teori moral barat berdasarkan kepada falsafah-falsafah moral yang telah wujud
zaman Yunani kuno lagi. Teori berkaitan berlandaskan pemikiran rasional
manusia dan dikatakan bersifat relatif disebabkan pemikiran akal manusia
berubah-ubah.

Teori moral barat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu teori Sekularisme,
Teleologi dan Deontologi. Teori Teleologi mempunyai sub-teorinya iaitu Egoisme
dan Utilitarianisme, dan Teori Utilitarianisme mempunyai undang-undang dan
peraturannya.

Teori Sekularisme menolak unsur keagamaan dalam kehidupan. Teleologi


menyatakan sesuatu nilai sama ada betul atau salah adalah bergantung kepada
keputusan akhir sesuatu tindakan. Manakala Teori Deontologi lebih
mementingkan sifat perlakuan atau ciri-ciri peraturan itu dalam menentukan
sama ada nilai itu adalah betul atau salah, akibat atau kesan sesuatu perlakuan
adalah tidak dititikberatkan dalam teori ini.

1
1.Sekularisme

Sejarah:
Kemunculan sekularisme lahir daripada pergolakan yang berlaku dalam agama
kristian pada abad pertengahan. Kemunculan falsafah dan pemikiran baru ini
adalah berikutan tindak balas penganut agama tersebut terhadap kongkongan
dan penguasaan gereja ke atas mojoriti ahli masyarakat.

Peperangan Salib telah membuka mata orang kristian Eropah terhadap


perubahan termasuk menuntut kebebasan daripada semua bentuk kongkongan
gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yang tidak bercanggah
dengan kepentingannya. Ekoran tidakan kejam golongan gereja yang sekaligus
menjadi pemerintah ketika itu, masyarakat Eropah menjadi mangsa pihak gereja
apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam penjara dan digantung mati
kerana wujudnya fanatisme agama di kalangan pendokong agama kristian.
Ekoran daripada sikap yang terlalu fanatik dengan agama kristian, yang mahu
mencengkam keseluruhan kehidupan msyarakat kristian ketika itu. Maka
muncullah fahaman dan gerakan sekularisme yang bererti “memisahkan
agama(kristian) dari negara”. Istilah “Sekularisme” pertama kali digunakan oleh
penulis Inggeris George Holyoake pada tahun 1846.

Konsep dan Prinsip:


1. Suatu fahaman yang merujuk kepada penafian terhadap hal-hal
Kerohanian
2. Penolakan terhadap kewibawaan unsur-unsur kerohanian
3. Penafian tentang adanya hidup yang tetap (akhirat).
4. Pemisahan di antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan
dan kehidupan keduniaan.
5. Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merencana dan menyusun
dasar hidup manusia seterusnya melaksanakannya sendiri tanpa apa-apa
pergantungan dan hubung kait dengan Tuhan.
6. Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-perkara yang
berhubung dengan masalah ketuhanan sahaja

2
Kaedah dasar:
Franz von Magnis telah memantapkan lagi moral sekular melalui dua kaedah
iaitu kaedah sikap baik dan kaedah keadilan.

1.Kaedah Sikap Baik

Kaedah ini mewajibkan manusia bersikap baik. Contohnya bercakap benar, tidak
menyusahkan dan merugikan orang lain, dan menghormati kebebasan orang
lain.

2.Kaedah Keadilan

Kaedah ini menegaskan keadilan dalam mengagihkan yang baik dan yang buruk
dan hanya melibatkan manusia.

Kelemahan
Teori Sekularisme hanya berdasarkan pandangan dan pemikiran yg bersifat
relatif dan subjektif. Akibatnya, apa yang dikatakan “baik” oleh moral sekular itu
hanya menjadi “baik” menurut anggapan seseorang, sedangkan orang lain
menganggapnya “buruk”.

Selain itu, Teori Sekular tidak mempunyai “kekuatan” bersifat batin.

Penilaian bersifat relatif mengaburkan kenyataan bahawa “kekuatan moral” itu


adalah kekuatan batin yang selalu mendorong untuk melakukan kebaikan dan
menghindari keburukan.

Tambahan pula,Teori Sekularisme menolak peranan agama dalam pembentukan


moral manusia atas alasan adalah sukar untuk membuktikan bahawa untuk
menjadi bermoral seseorang itu mesti beragama.

Contoh:
 Golongan sekularisme telah memisahkan hal agama dari sudut ekonomi
dan akhirnya berlakulah amalan riba yang mana umat Islam sendiri telah
tertindas (S.S. Husain & S.A Ashraf. 1989).
 tidak berpuasa di bulan Ramadhan
 segelintir sahaja penganut-penganut kristian yang mengunjungi gereja-
gereja untuk beribadat

3
2. Teori Teleologi

Asal:
Teleologi berasal dari perkataan Yunani τέλος, telos, yang bererti akhir, tujuan,
maksud, dan λόγος, logos, perkataan. Teleologi adalah ajaran yang
menerangkan segala sesuatu dan segala kejadian menuju pada tujuan tertentu.
Istilah teleologi dikemukakan oleh Christian Wolff, seorang ahli falsafah Jerman
abad ke-18.

Pengertian:
Teori Teleologi mengatakan bahawa nilai “betul” atau “salah” bergantung kepada
kesan sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah
bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara
langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik dan buruk, betul
dan salah. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya
ia membawa lebih banyak atau bertujuan kebaikan daripada keburukan mengikut
peraturan yang berkenaan. Sekiranya kebaikan jelas kelihatan, sesuatu itu
dikatakan bermoral manakala hasil yang menampakkan keburukan dianggap
tidak bermoral.

Perspektif Teori:
Teori teleologi amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Teori Teleologi
mempunyai dua tujuan iaitu : Teleologi Hedonisme (hedone = kenikmatan) iaitu
tindakan bertujuan mencari kenikmatan dan kesenangan; Teleologis
Eudamonisme (eudamonia = kebahagiaan) iaitu tindakan yang bertujuan mencari
kebahagiaan hakiki(dalaman).

Teori teleologi boleh dilihat daripada dua perspektif, iaitu egoisme dan
utilitarianisme. Egoisme ialah tindakan yang pada dasarnya bertujuan untuk
mengejar kepentingan peribadi dan memajukan dirinnya sendiri. Contohnya,
menghormati orang lain supaya sendiri dihormati. Manakala Utilitarianisme, ialah
tindakan yang berguna dan membawa manfaat bagi semua pihak conntohnya,
merompak orang kaya dan mendermakan hasil rampasan kepada orang orang
miskin.

4
Kelemahan
Teori Teleologi perlu menentukan akibat perlakuan. Seseorang mungkin
menghadapi kesukaran untuk menilai semua akibat tersebut. Ini berikutan
daripada ketiadaan pengetahuan untuk menilai.

Teori Egoisme

Definisi:
Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika
menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu merugikan diri sendiri.
Teori Egoisme (Egoism) merujuk kepada setiap orang perlu bersifat keakuan,
iaitu sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang semata-mata untuk
memanfaatkan diri sendiri dan tidak mempedulikan perasaan orang lain, tidak
kira orang itu dilayan dengan buruk ataupun baik. Matlamat yang terutama ialah
untuk memberikan faedah kepada diri sendiri.

Sejarah:
Teori ini diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietche yang merupakan pengkritik
kuat utilitarianisme dan juga kuat menentang teori Kemoralan Sosial, iaitu teori
yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat. Beliau merupakan seorang
falsafah Jerman. Pemikiran beliau disebarkan dalam karya – karyanya yang
t e r k e n a l s e p e r t i A l s o S p a r c h Zarathustra, Ecce Homo, Der Antichrist.
Nietche menentang teori Utilitarianisme kerana asas pemikiran utilitarianisme
sangat mementingkan kesan sesuatu perbuatan terhadap majoriti masyarakat.
Manakala Nietsche lebih mementingkan individu. Beliau juga menentang teori
kemoralan sosial dan menyifatkannya sebagai kemoralan hamba abdi kerana
kebebasan individu telah disekat. Dalam teori kemoralan sosial, setiap individu
diwajibkan untuk menurut segala perintah yang wujud dalam masyarakat.

Teori ini mula berkembang sejak berkurun-kurun dahulu di mana wujudnya


pertentangan di antara golongan bangsawan yang kaya dan rakyat bawahan
yang miskin.Walaupun rakyat jelata mempunyai ramai orang tetapi mereka
sangat lemah.Manakala bangsawan lebih kuat daripada rakyat walaupun

5
bilangan mereka adalah sikit.Dikatakan bahawa golongan bangsawan pada
ketika itu melihat diri mereka sendiri sebagai golongan rakyat yang paling tinggi
dan berhak menggunakan rakyat jelata sebagai hamba abdi. Orang biasa ini
dipaksa dengan kejam supaya mereka bekerja untuk golongan atasan tanpa
dibayar apa-apa gaji.Ini telah menyebabkan perasaan benci dan dendam rakyat
jelata terhadap gologan bangsawan. Selain itu, kaum bangsawan telah
menganggap mereka sebagai durjana dan jahat. Usaha rakyat memperkenalkan
peraturan moral mengandungi konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah,
suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan
atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat
ini adalah hasil daripada pemberontakan.

Jadi, Nietzschememperkenalkan teori ini supaya kaum bangsawan dapat


berkembang dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang
moral.

Jenis dan Ciri – ciri:


Ciri-ciri Teori Egoisme ialah mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak
mengambil kira kepentingan orang lain. Selain itu, teori ini tidak ada sifat
kebaktian. Peraturan yang berasaskan teori ini bersifat individualistik.

Teori Egoisme dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau Egoisme Etika.

Egoisme Psikologi Egoisme Etika

Satu teori mengatakan bagaimana Satu teori mengatakan bagaimana


orang melakukan tindakan. seseorang perlu bertindak.

Semua orang adalah selfish. Semua orang perlu selfish.

Egoisme Etika dibahagi kepada 3 kategori, iaitu Egoisme Individu, Egoisme


Personal, dan Egoisme Universal.

6
Egoisme Individu Egoisme Personal Egoisme Universal

Setiap orang sepatutnya Setiap orang sepatutnya Setiap orang sepatutnya


bertindak demi bertindak demi selalu bertindak demi
kepentingan diri sendiri. kepentingan diri sendiri kepentingan diri masing-
tetapi tidak berhak masing tanpa
menentang apa yang menghiraukan
dibuat oleh orang lain. kepentingan orang lain
kecuali kepentingan-
kepentingan orang lain
itu juga dapat memenuhi
kepentingannya.

Manusia dibahagi kepada dua jenis:

Nietzche telah membahagikan manusia kepada dua jenis, iaitu Slave Morality
dan Master Morality.

Slave Morality Master Morality

Kepatuhan kepada agama dan nilai- Kehendak untuk berkuasa dan bebas
nilai masyarakat. daripada apa-apa sistem.

Contoh yang Berkaitan:

1. Tindakan peperangan

British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka. British


telah mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan
kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan
yang kuat. Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya
memberontak dengan menggunakan prinsip ketuhanan untuk

7
mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu
adalah bermoral.

2. Tindakan kegiatan pertubuhan

Kegiatan pertubuhan tidak boleh diwujud kerana kegiatan ini dianggap


sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya,
pertubuhan parti – parti politik.

Kelemahan – kelemahan:
Egoisme tidak bersifat murah hati dan hanya mementingkan kepentingan diri
sendiri. Teori yang tidak mementingkan nilai kebaktian telah menyebabkan tiada
orang melakukan kerja sukarela. Peraturan yang bersifat individualistik
menyebabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesutau
tindakan.

Teori Utilitarianisme

Definisi
Utilitarisme berasal dari kata Latin yang bererti “bermanfaat”. Teori utilitarianisme
dikenali sebagai Konsep Utiliti atau Prinsip Kebahagiaan Terbanyak.
Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat
moral). Secara umum, teori ini menggalakkan manusia mengambil tindakan yang
boleh menghasilkan kebaikan, keseronokan, faedah, kebahagiaan,
atau kegembiraan yang maksimum ke atas sebanyak mungkin orang yang
terlibat. Kegembiraan pihak majoriti adalah diutamakan berbanding dengan
kesedihan yang dihadapi oleh minoriti. Tingkah laku yang baik adalah yang
menghasilkan akibat-akibat baik sebanyak mungkin dibandingkan dengan akibat-
akibat buruknya.

Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya


melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling
8
banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada
sejumlah insan yang paling ramai.

Menurut suatu perumusan terkenal, dalam rangka pemikiran utilitarisme


(utilitarianism) kriteria untuk menentukan baik buruknya suatu perbuatan adalah
the greatest happiness of the greatest number, kebahagiaan terbesar dari jumlah
orang terbesar.

Kesimpulannya, tindakan yang membawakan kegembiraan atau keseronokan


kepada majoriti orang merupakan tindakan yang bermoral, manakala tindakan
yang menghasilkan kesusahan atau kesedihan merupakan tindakan yang tidak
bermoral.

Pengasas
Pengasas teori ini ialah Jeremy Bentham (1748-1832) dan seterusnya
dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873).

Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi


kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari
kebahagiaan, iaitu kesenorokan.

Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan


dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti. Menurut
Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk,
baru/lama dan objektif/subjektif. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan
pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan
kesihatan yang baik.

Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan


Terbanyak  yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik
mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan
oleh perlakuan itu. Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau
hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.

9
Penyokong
Quinton (1973), menggangap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan
ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai
berkenaan ialah kesenorokan dan kesakitan yang wujud bersamanya.

Jenis-jenis Utilitarianisme
Teori Utilitarianisme dibahagi kepada dua kategori iaitu Utilitarianisme Tindakan
dan Utilitarianisme Peraturan.

Dalam teori ini yang diperhitungkan bukan lagi akibat baik dan buruk dari masing-
masing tindakan sendiri, melainkan dari peraturan umum yang mendasari
tindakan itu. Jadi yang dipersoalkan sekarang adalah akibat-akibat baik dan
buruk dari suatu peraturan kalau berlaku umum. Kaedah dasarnya sekarang
berbunyi: "Bertindaklah selalu sesuai dengan kaedah-kaedah yang
penerapannya menghasilkan akibat baik yang lebih besar di dunia ini daripada
akibat buruknya."

Manakala,Utilitarianisme Peraturan merupakan perbaikan dari utilitarianisme


tindakan. Sesuatu itu dipandang baik kalau ia berguna dan tidak melanggar
peraturan yang ada. Menyatakan bahawa kita harus mengira-ngira, lalu
memutuskan hasil-hasil dari peraturan dan hukum-hukum.

Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti


berikut:

(a.)Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan


kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.
(b.)Istilah kebahagiaan:  Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.

Contoh yang berkaitan


(a.)Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme.
 Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu,
seseorang itu mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan
yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar dari segi moral

10
jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi
kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme
menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun
banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang
dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan
hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa.

 Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum


Malaysia merdeka, tindakan British mengeksploitasi bahan mentah
di negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan diri. Dalam
situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat.
Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya
menggunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik)
untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk
menakluki tanah melayu adalah bermoral. 

(b.)Pandangan tentang peraturan yang bermoral.


Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan
bagi semua yang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di
dalam kampus perguruan.

(c.) Tindakan mencuri


Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang
kaya dan kedekut dan kemudian diagihkan kepada si miskin dianggap
baik, kerana bilangan orang yang beruntung adalah melebihi daripada
seseorang kaya yang kena curi.

(d.)Tindakan membantu orang lain 


Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya
menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa
diri. Bagi contoh lain, seseorang itu dianggap tidak beretika apabila
tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi
berkesudahan dengan kecelakaan. 

11
Kelemahan-kelemahan teori
1. Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang
subjektif dan sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana
perasaan setiap individu adalah berbeza.
2. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu
adalah tidak sama dengan orang lain.
3. Manfaat merupakan konsep yang begitu luas sehingga dalam kenyataan
praktis akan menimbulkan kesulitan yang tidak sedikit.
4. Etika utilitarisme tidak pernah menganggap serius nilai suatu tindakan
pada dirinya sendiri dan hanya memperhatikan nilai suatu tindakan sejauh
berkaitan dengan akibatnya.
5. Etika utilitarisme tidak pernah menganggap serius kemahuan baik
seseorang.
6. Variabel yang dinilai tidak semuanya dapat dikualifikasi.
7. Seandainya ketiga kriteria dari etika utilitarisme saling bertentangan, maka
akan ada kesulitan dalam menentukan prioriti diantara ketiganya.
8. Etika utilitarisme membenarkan hak kelompok minoriti tertentu
dikorbankan demi kepentingan majoriti.

3.Teori Deontologi

Pengenalan
Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang
diharuskan atau diwajibkan".Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya
sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat
tindakan tersebut.

Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis Teori Deontologi iaitu


Deontologi Tindakan (Act) - Eksistensialisme (Etika Situasi) dan Deontologi
Peraturan (Rule) - Prinsip Kewajipan. Deontologi selalu dikaitkan dengan

12
Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah
mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia.

Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu
tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa
berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di
bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas
motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

a. Deontologi Peraturan-Prinsip Kewajipan

Menurut Kant, prinsip kemoralan ialah kewajipan (duty). Kecuali good will atau
tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat.Tekad baik diterangkan sebagai
taakulan praktikal (keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau peraturan).

Terdapat 2 ciri-ciri dalam prinsip ini iaitu konsep tekad baik dan perintah mutlak
tanpa syarat. Konsep tekad baik menegaskan sesuatu tindakan yang datang
daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan
perbuatan yang benar dari segi moral. Sesuatu tindakan mempunyai nilai moral
apabila dilakukan dengan kerelaan seseorang.Bagi perintah mutlak tanpa syarat
pula, perintah ini menjelaskan bahawa seseorang perlu mematuhi peraturan
yang dibentuk setiap masa tanpa sebarang pengecualian dan prinsip moral yang
ditetapkan oleh diri sendiri patut dipatuhi oleh orang lain . Kant menyatakan
bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan
pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan
kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat
lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara.

Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa


syarat.Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan
bukan atas apa yang dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik
bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi.

Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan


kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya
ialah satu tanggungjawab moral yang diakui. Satu-satu tindakan yang dianggap

13
betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata
untuk kepentingan diri.

b. Eksistensialisme
Jean Paul Satre adalah pelopor utama dalam eksistensialisme. Eksistensialisme
berasal daripada perkataan existent yang bermaksud wujud atau ada.
Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi
sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian
"kebebasan".

Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta


tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya.
Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.

Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa


terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa
dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia
hendak hidup.Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan
tingkah laku moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar
yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah".

Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan


moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan
pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila
individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirinya, dia
dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of


choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:

• Kebebasan jasmani

• Kebebasan kehendak

• Kebebasan moral

14
Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan
larangan.

Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu


yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. Dengan
menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan
kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang
dihadapinya, iaitu menilai secara teliti situasi berkenaan, kemudian membuat
pilihan dan keputusan moralnya sendiri.

Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand


choice).

c. Kategorikal Imperatif
Kewajipan atau undang-undang mutlak dikenali sebagai satu set prinsip moral
iaitu Categorical Imperative atau perintah mutlak/tanpa syarat. Prinsip moral yang
ditetapkan oleh individu itu mestilah juga dipatuhi oleh orang lain. Individu itu
mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak terhadapnya.

Praktikal Imperatif
Satu lagi formula yang penting ialah Practical Imperative yang menyatakan
bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat
perlakuan individu. Kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.

Kelemahan dan Kekuatan Teori Kant


Kekuatan

Melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan,


undang-undang dan agama Mewujudkan individu yang bertanggungjawab
terhadap dirinya
Sifat ikhlas adalah dasar utama teori ini. Tanpa kerelaan dan keikhlasan
sesuatu tindakan tiada nilainya.
Bolehkah kita mengetepikan langsung akibat suatu tindakan di dalam
menentukan satu sistem moral yang berkesan?

15
Kelemahan

Apakah faedah sesuatu sistem moral itu kalau tidak membawa akibat baik
terhadap diri kita sendiri, orang lain dan kedua-duanya?
Apa gunanya mengamalkan sistem moral yang begitu rigid sedangkan ia
tidak semestinya boleh membawa kebaikan pada masa-masa tertentu?

Kesimpulan
Teori moral barat mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Tiada kata putus
untuk menentukan fahaman moral barat yang sesuai diamalkan.Sebagai
tambahan, teori moral menjadi garis panduan moral dalam menentukan betul
atau salah sesuatu perbuatan.

16

Anda mungkin juga menyukai