Anda di halaman 1dari 3

Nasionalisme adalah satu ideologi atau kefahaman yang meletakkan negara dan bangsa pada

tempat yang tinggi. Atau yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan


sesebuah negara (dalam bahasa Inggeris "nation") dengan mewujudkan satu
konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia. Ia berbeza dengan patriotisme.

Para nasionalis menganggap negara adalah berdasarkan beberapa "kesahihan politik" (political
legitimacy). Ia berpunca dari teori romantisme iaitu "identiti budaya", hujah liberalisme yang
menganggap kesahihan politik adalah berpunca dari kehendak rakyat, atau gabungan kedua-dua
teori.

Dalam zaman moden ini, nasionalisme merujuk kepada amalan politik dan ketenteraan yang
berlandaskan nasionalisme secara etnik serta keagamaan, seperi yang dinyatakan di bawah. Para
saintis politik biasanya menumpukan penyelidikan mereka kepada nasionalisme yang ekstrim
seperti nasional sosialisme, pengasingan dan sebagainya.

MAKSUD NASIONALISME

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan negara dan bangsa. Perasaan tersebut
membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. Nasionalisme tidak terhad kepada
pembebasan kuasa politik sahaja, tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan
pengaruh kebudayaan asing.

Gerakan nasionalisme juga merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa


sahaja bentuk tekanan atau penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar. Penentangan masyarakat
tempatan didorong oleh hasrat untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah.

Penentangan terhadap British telah dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan
sejak abad ke-19. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh pula telah bermula pada awal abad
ke-20.
LANGKAH MEMUPUK SEMANGAT NASIONALISME

Pihak sekolah menerapkan nilai-nilai patriotik dalam kalangan pelajar di sekolah. Usaha
tersebut dapat dilaksanakan dengan memberi kesedaran kepada pelajar melalui Kem Jati Diri.
Pihak sekolah menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam program sambutanBulan
Kemerdekaan di sekolah.Para pelajar didedahkan dengan program mengenang jasa tokoh
pejuang negara. Selain itu pihak sekolah mengisi program mata pelajaran sejarah dengan Kuiz
Sejarah,Pertandingan Ikon Sejarah,menghasilkan Buku Skrap Tokoh Nasionalis Tanah Air dan
lain-lain agar pelajar dapat mengambil iktibar daripada perjuangan mereka.
Ibubapa berperanan memupuk semangat patriotisme di peringkat akar umbi. Ibubapa
haruslah menyerlahkan semangat patriotisme dengan memasang bendara jalur gemilang di
rumah dan kenderaan apabila menjelang hari kemerdekaan supaya menjadi contoh yang boleh
diteladani anak-anak.
Pihak kerajaan patut menjayakan Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro Tatanegara
( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut diteruskan
kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam kalangan generasi muda.
Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan semangat patriotik melalui televisyen dan
radio. Jabatan Penerangan perlu mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media
arus perdana hendaklah memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti
filem Bukit Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain.
Anggota masyarakat digalakkan mengadakan majlis rumah terbuka sempena sambutan
perayaan kaum masing-masing. Majlis tersebut membolehkan masyarakat beramah mesra yang
akan mengeratkan hubungan sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum.
Hubungan yang erat menjadi simbol perpaduan, kemakmuran dan keamanan negara.

Masyarakat Malaysia juga hendaklah bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan


pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September sebagai hari perpaduan negara. Sepanjang
sambutan itu, kita akan sama-sama menyanyikan Lagu Negaraku serta mengadakan
persembahan kebudayaan pelbagai kaum. Kita akan menjayakan kempen mengibarkan Jalur
Gemilang dan menyertai aktiviti perarakan kemerdekaan. Penyertaan ini akan membangkitkan
perasaan bangga menjadi warga Malaysia.

Kerajaan
Pihak kerajaan patut menjayakan Konsep 1 Malaysia melalui kursus Biro Tatanegara
( BTN) kepada penjawat awam. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) patut diteruskan
kerana program ini melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam kalangan generasi muda.
Kementerian Penerangan Malaysia perlu menyuburkan semangat patriotik melalui televisyen dan
radio. Jabatan Penerangan perlu mengadakan kempen cinta negara kepada masyarakat. Media
arus perdana hendaklah memperbanyakkan tayangan filem yang berunsurkan patriotisme seperti
filem Bukit Kepong, Paloh, Leftenan Adnan, Sarjan Hasan dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai