Anda di halaman 1dari 22

1

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS


FALKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
MANUSIA
SEMESTER 2 SESI 2012/2013


KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK ESEI ILMIAH





DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK
SITI NORBAYA BT MD.SAAD D20121061750


PUSAT PEMBELAJARAN: EL- A06 (A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. KHALIP BIN MUSA

TARIKH SERAH: 28 APRIL 2013

PEMARKAHAN






FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT




1. 0 PETA MINDA 3


2.0 PENGENALAN 4


3. 0 DEFINISI DAN KONSEP 6


4.0 PEMBENTUKAN 10


5.0 CABARAN DAN HALANGAN 13


6.0 CADANGAN PEMANTAPAN 16


7.0 PENUTUP 19


8.0 BIBLIOGRAFI 21


9.0 LAMPIRAN 22

















3
















































CADANGAN
PEMANTAPAN






CABARAN
DAN HALANGAN
PERANAN
DAN SUMBANGAN
FALSAFAH PENDIDIDKAN
KEBANGSAAN
- Memperkembangkan potensi
individu dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan
sahsiah.

DEFINISI
DAN KONSEP

PEMBENTUKAN
PETA MINDA FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
4



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan suasana proses
pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi
lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan
generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan shaja mencakupi aspek akademuk
seseorang pelajar malah melihat beberapa aspek lain seperti jasmani , emosi , rohani ,
intelek , dan sosial.

Pendidikan sangat penting , memandangkan dalam era globalisasi kini , setiap
perkara memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke
hadapan. Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk
megembangkan potensi individu , menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu
dengan betul , mempunyai peluang masa depan yang cerah , persiapan mengalami
perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.

Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian , kerajaan Malaysia bersetuju
menyelaraskan pendidikan di seluruh negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini
bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu , bertanggung jawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri ( self well- being ) serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.

2.0 Definisi dan konsep

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan falsafah berasal
daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos
(hikmah , bijaksana) . Jadi gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta
kepada kebijaksanaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris.
5


Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu ,
falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan
sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinaya wujud sesuatu.

Secara amnya falsafah ialah idea bernas tentang isu-isu sekeliling yang telah
dikaji oleh pemikir yang bijaksana. Bagi Mok Soong Sang (2009:172) falsafah ialah
pemikiran tentang pandangan yang benar , rasional dan bernas. Bagi beliau , tujuan
falsafah ialah bagi membuktikan kebenaran dan member arah hala tuju atau pedoman
untuk perkara penting dalam hidup. Menurut Choong Lean Keow (2008:73 ) falsafah
dirumuskan sebagai satu landasan yang baik bagi mencetuskan pejalanan idea-idea baru
dalam pelbagai bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia.

Pendidikan pula berasal daripada perkataan educare yang bermaksud
memelihara dan mengasuh . Dalam buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia yang
dikarang oleh Choong Lean Keow (2008:81) beliau memetik makna pendidikan daripada
kamus pendidikan yang membawa maksud pendidikan ialah satu proses menyeluruh
yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia . Ia juga
satu proses yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh
kemahiran sosial serta memperkembangkan peribadi. Pendidikan secara formal dijalankan
di sekolah .

Falsafah Pendidikan ialah gabungan diantara perkataan falsafah dan
pendidikan , jadi Falsafah Pendidikan ialah haluan pendidikan bagi menjayakan
program pengajaran dan pembelajaran supaya impaknya adalah sesuai dan selari
dengan mencapai setiap hasrat dan harapan negara. Menurut Mok Soong Sang
(2009:126) falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman , hala tuju , dan
pandangan yang dihubung kaitkan dengan pendidikan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua
aktiviti pendidikan di Malaysia . Kewujudan FPK secara tidak langsung melonjakkan
negara Malaysia untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pendidikan di
negara-negara membangun yang lain . Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-
6

sekolah sehinggalah ke peringkat university mempunyai sistem tersendiri yang sistematik
dan berperingkat . Berikut merupakan hasrat dalam FPK :
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi , dan jasmani .
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ,
berakhlak mulia , bertanggungjawab , berketerampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara .

Berdasakan hasrat yang terkandung dalam FPK ini , dapatlah dirumuska secara
ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang
baik , seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran untuk mencapai cita-
cita negara. Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia
yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat ang
berintergriti dan mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung
Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak .Dengan adanya perpaduan , negara akan
aman , sentosa dan bahagia dan seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.

3.0 Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Dalam menuju kepada sebuah negara bangsa , kestabilan politik , ekonomi dan
pendidikan amat diperlukan . Maka dengan itu dasar pendidikan yang mantap akan
menjadi asas kepada rujukan berfokus untuk mengelakkan dariapada konflik seperti
msaalah perpaduan kaum , ketidakpuasan hati antara kaum dan perpecahan . Keadaan
ini akan menyumbang kepada masalah pembangunan , keamanan , dan kemajuan
sesebuah negara . Dasar pendidikan negara adalah manifestasi daripada Falasafah
Pendidikan yang mula ditulis pada tahun 1988 , falsafah-falsafah yang terkandung di
dalamnya mengandungi maklumat , pelaksanaan pendidikan , cirri-ciri yang hendak
dibentuk dalam diri individu dan hal-hal yang berkait dengan bidang pendidikan .
SEbelum tahun 1988 , falsafah pendidikan bersifat tersirat sahaja iaitu hanya merujuk
kepada perkara-perkara asas daripada dasar kerajaan seperti Rukun negara , Dasar
Ekonomi dan ideologi kerajaan ketika itu.

7

Pembentukan Falsafah Pendidikan Negara bermula daripada pembentukan negara
Malaysia yang merdeka dan berdaulat . Ia bermula sejak Malaysia menuntut
kemerdekaan daripada penjajah British . Dasar pecah dan perintah oleh pihak Inggeris
pada sekian lama telah menjadi dasar pendidikan ketika itu , usaha-usaha perpaduan
sama ada anatara suku kaum yang ada atau anatara penduduk luar bandar dengan
penduduk bandar . Keadaan ini mengundang kepada hala tuju pendidikan rakyat yang
kabur pada ketika itu , sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan lebih kepada
pengekalan ideologi dan indentiti satu-satu kaum sahaja dan asasnya bersifat tidak
kukuh .

Perkembangan sistem pendidikan terus berkembang secara perlahan dan
berterusan , tetapi masih lagi wujud isu-isu seperti pengekalan identiti kaum sendiri ,
tiada tujuan pendidikan untuk kemajuan dan pembangunan negara bangsa serta tiada
usaha untuk tujuan perpaduan kaum bagi pembentukan negara Malaysia . Kesan dasar
pecah dan perintah oleh penjajah berjaya mewujudkan keadaan yang tidak stabil dan
bersatu padu ini . Tujuan penjajah untuk menangguhkan kemerdekann Tanah Melayu
ketika itu jelas dengan menjadikan alas an perpaduan kaum tidak dicapai ketika itu .

Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin politik tempatan telah sedar
untuk mengubah sistem pendidikan penjajah kepada sistem pendidikan kebangsaa selaras
usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa pada ketika itu . Pada tahun 1956 ,
satu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa pelajaran 1956 yang diketuai
oleh Tun Abdul Razak telah ditubuhkan . Laporan Jawatankuasa ini akan dilaksanakan
sebagai dasar pendidikan apabila Tanah Melayu telah merdeka kelak . Laporan ini juga
dikenali sebagai Penyata Razak 1956 yang seterusnya menjadi asas kepada Ordinan
Pelajaran 1957 , (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman 2008 ).

Selepas merdeka , Penyata Rahman Talib 1960 diwujudkan sebagai
kesinambungan Penyata Razak 1956 . Kementerian Pelajaran pada ketika itu banyak
merujuk kepada Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib dalam usaha mencipta
dasar pendidikan kepada rakyat Malaysia yang baru merdeka . Pokok utama dalam
menkaji kedua-dua penyata ini ialah isu perpaduan kaum , usaha pendidikan juga
terjurus kepada pembangunan sebuah negara yang baru merdeka , infrastruktur dan
8

kemudahan awam . Usaha ini juga mengharapkan agar keperluan sumber manusia
sebagai penggerak kemajuan negara bangsa akan dapat dipenuhi melalui pendidikan .

Falsafah pendidikan masih belum lengkap dan digunapakai sebagai dasar
pelajaran negara ketika itu . Walaubagaimana pun , pelbagai pindaan ke arah yag lebih
baik dalakukan dari masa ke semasa . Jawatankuasa Kabinet 1974 telah ditubuhkan
untuk mengkaji pelaksanaan sistem pendidikan sejak tahun 1961 . Daripada hasil
laporan Jawatankuasa 1974 , banyak pindaan dibuat dalam sistem pendidikan negara
seperti penekanan kepada keperluan asas iaitu 3 M (membaca,menulis dan mengira ) .
Selain itu , ditambahkan juga pendidikan kerohanian dan kurikulum menggunakan acuan
Malaysia ketika itu . Pengenalan KBSR 1982 dan KBSM 1988 juga merupakan kesan
dari Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 , selain permulaan kepada pembentukan
falsafah pendidikan negara . (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman 2008).

Laporan Jawatankuasa Kabinet telah diterbitkan pada tahun 1979 sebagai
permulaan falsafah pendidikan negara yang tersurat dan memenuhi keperluan rakyat
ketika itu . Ia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan FPN
diperkenalkan secara bertulis pada tahun 1988 . Antara asas pembinaan FPN ialah
pertama merangkumi pelbagai perkara termasuklah pembangunan insan , pembangunan
negara , keadaa rakyat yang berbilang kaum serta agama kearah kewujudan satu bangsa
Malaysia yang maju , berdaya saing serta mempunyai jati diri yang mantap melibatkan
intelek , rohani , emosi dan jasmani secara seimbang dengan berlandaskan kepada
ketuhanan .

FPN juga diasaskan kepada hasrat dan aspirasi negara dan dinyatakan secara
bertulis memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan
berakhlak, seimbang dan harmonis , yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan
memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara . Ini
seterusnya menjadi satu matlamat asas dan penting dalam sistem pendidikan
kebangsaan . Penekanan terhadap diri , masyarakat dan negara penting bagi
mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia . Walaupun terdapat pelbagai kaum di
Malaysia , ia merupakan satu tanggungjawab diri menyumbang kepada masyarakat yang
berbilang bangsa dan khasnya Malaysia tanpa ada prejudis terhadap kaum lain .

9

Asas FPN Juga megambil kira aspirasi proses pembangunan bangsa dan negara
yang agak panjang . Dalam falsafah ini , digariskan bahawa ianya harus selari dengan
kehendak agama Islam sebagai agama rasmi serta pembangunan negara . Pemahaman
terhadap asas penting ini kepada kaum-kaum penganut agama lain untuk mengakui
dengan jelasnya terhadap kedudukan agama Islam dalam perlembagaan Malaysia , oleh
itu FPN dibentuk berlandaskan syariah dan bukan ideologi sekular dalam pendidikan
kita . Falsafah Pendidikan Islam dimasukkan dalam FPN iaitu menekankan
perkembangan seimbang diri ndividu dari segi rohani , intelek , emosi dan fizikal yang
membawa kepada individu beriman , berilmu , berakhlak , bertakwa dan beramal soleh
untuk membina masyarakat , hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama
lain . (resolusi dan konsensus sedunia pendidikan Muslim , 1977).

Selain itu , dalam FPN juga menekankan nilai baik seperti yang terdapat dalam
falsafah barat , tetapi lebih daripada itu pemilihan nilai-nilai yang baik itu daripada
pelbagai sumber dan falsafah . Apabila unsur dan nilai baik ini dimasukkan dalam FPN
maka ia seharusnya diterima oleh lapisan masyarakat tanpa ada keraguan dan tiada
pihak akan menolaknya . FPN merupakan gabungan terbaik daripada pelbagai sudut , ini
memungkinkan sistem pendidikan negara terarah dengan lebih jelas dan sistematik serta
mudah difahami . Guru sebagai pelaksana FPN harus memahami secara total asas dan
nilai-nilai yang terdapat dalam FPN ini , dengan hala tuju yang jelas ini diharapkan
semua pihak akan berusaha merealisasikan FPN supaya pembangunan negara akan
berkembang lancar seiring dengan moral rakyat dan masyarakatnya yang baik dan
mulia .

FPN telah mengalami beberapa penambahbaikkan dalam usaha memantapkannya
harus dilaksanakan dengan strategi yang bersepadu . Jika dilihat kepada tujuan
pendidikan yang mahukan masyarakat yang makmur dan sejahtera antara manusia
sesama manusia , hubungan manusia dengan tuhan dan manusia dengan alam . Oleh
itu , strategi-strategi pelaksanaan FPN amat penting untuk merealisasikan tujuan ini .
Perkara paling penting ialah daripada pendidikan ini akan menghasilkan rakyat yang
berilmu , berakhlak , bertanggungjawab , berhak menikmati kebahagiaan hidup serta sedia
berbakti kepada keluarga , masyarakat , agama , bangsa dan negara .

10

Berdasarkan FPN , ia mempunyai usaha-usaha untuk meyediakan bekalan sumber
manusia dan ada yang menyentuh berkaitan soal pembangunan sosial manusia dalam
menerapkan unsur intergrasi dalam FPN ini . Ia merangkumi kepada penyediaan kepada
rakyat Malaysia peluang untuk menuntut ilmu dan kemahiran . Dengan ilmu dan
kemahiran ini dapatlah mereka melakukan kerja serta dapat membezakan antara perkara
baik dan perkara yang kurang elok untuk dipilih dalam kehidupan mereka nanti .
Keduanya ialah memperluaskan pengetahuan , kefahaman dan kesedaran tentang
tanggungjawab rakyat Malaysia yang demokratik . Ketiga memberi peluang pendidikan
kepada semua lapisan masyarakat tidak kira agama , kaum , umur , keturunan dan
keadaan fizikal . Kempat ialah untuk membolehkan seseorang itu menghayati Rukun
Negara untuk menjadikan seseorang rakyat Malaysia yang taat , progresif , patriotik ,
tolenrasi dan bermoral. (Abu Bakar Nordin & ikhsan Othman 2008).

FPN merangkumi juga definisi yang jelas dalam sistem pendidikan kebangsaan
iaitu bermula pada peringkat pra-sekolah hingga pendidikan tinggi dan begitu juga
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di dalam sisitem pendidikan kebangsaan .
FPN yang telah mantap dan menjadi asas kepada kebanyakan akta-akta pendidikan di
Malaysia seperti Akta Pendidikan 1966 , telah dikekalkan sifatnya , tetapi terdapat
beberapa penambahan perkataan bagi tujuan memantapkan lagi falsafah ini dan FPN
seterusnya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai nama
baharu falsafah pendidikan negara kita sekarang .

4.0 Peranan dan sumbangan Pendidikan Kebangsaan

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ini , maka negara sudah
mempunyai petunjuk bagi menentukan halatuju pendidikan di Malaysia . FPK ini bukan
sahaja penting bagi mencapai matlamat untuk melahirkan rakayat yang berilmu
pengetahuan malahan ia turut memainkan beberapa lagi peranan penting dalam usaha
untuk memeperkembangkan lagi mutu pendidikan di negara Malaysia . Berikut adalah
beberapa peranan hasil wujudnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

(i) Sebagai suluh yang memberi panduan asas untuk menentukan Matlamat
Pendidikan Negara .
11

Falsafah pendidikan dibina melalui 3 aspek iaitu menerusi laporan , dasar pemerintahan
sesebuah negara dan juga ideologi yang dianuti oleh sesebuah negara . Dengan
melakukan perincian terhadap 3 aspek ini lantas wujudlah Falsafah Pendidikan
kebangsaan yang dapat dijadikan pedoman buat para pendidik sekaligus memudahkan
cita-cita negara dalam usaha untuk mencapai Matlamat Pendidikan Negara .
(ii) Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat
Pendidikan Negara .
Selain dapat dijadikan pedoman buat para pendidik , Falasafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) juga dijadikan sebagai penanda bagi menentukan matlamat yang ingin dicapai .
Antara matlamat yang ingin dicapai adalah untuk memperolehi warganegara yang
bersepadu kendirinya yang dilengkapi oleh aspek jasmani , emosi , rohani , dan
intelektual yang diharapkan agar dapat menjadi masyarakat yang berguna .

(iii) Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa melaksanakan tugas
pendidikan .
Dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan para pendidik dapat mengetahui
matlamat pendidikannya yang perlu dicapai . FPK akan membimbing para pendidik bukan
sahaja bagi mempermudahkan lagi tugas pendidikan malah dapat dijadikan satu batasan
agar didikan yang disampaikan tidak tergelincir daripada apa yang ingin dicapai .

(iv) Menghilangkan salah faham , keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang
usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
Falsafah Pendidikan kebangsaan boleh dianggap sebagai sebuah manual atau rukun
yang perlu dipegang oleh para pendidik di Malaysia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran . Dengan adanya Falsafah Pendidikan kebangsaan , ia akan sentiasa
dirujuk oleh para pendidik sekiranya terdapat sebarang salah faham atau keraguan
dalam melaksanakan tugas dan aktiviti pendidikan .

Berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) , pendidikan di Malaysia
merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan .

12

Komponen-komponen utama dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan yang
menjadi panduan bagi melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan , berketerampilan ,
berakhlak mulia , bertanggugjawab , berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi
sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara adalah seperti berikut .

(i) Pendidikan suatu usaha berterusan . Hal ini dapat dilihat dan dihayati dengann
sistem pendidikan negara kita . Kerajaan mewajibkan kanak-kanak bersekolah seawal
usia tujuh tahun , malah ada akta yang membenarkan kerajaan menyaman ibu bapa
sekiranya gagal menghantar anak-anak ke sekolah seawal usia tersebut tetapi kerajaan
juga ada menyediakan tadika dengan bayaran yuran yang rendah iaitu Tadika Kemas .
Ini membuktikan kerajaan amat mementingkan pendidikan dan mahu ianya bermula
seawal usia dan diteruskan hingga ke akhir hayat . Bukti lain yang menunjukkan
kerajaan amat mementingkan pendidikan berterusan ialah kenaikan darjah dan tingkatan
secara automatik . Kenaikan darjah dan tingkatan secara automatik membolehkan pelajar
menuntut ilmu secara berterusan tanpa sekatan walaupun sesetengah pelajar tidak
berbakat dalam bidang akademik . Baru-baru ini kerajaan turut menghapuskan yuran
sekolah bagi membuka peluang kepada keluarga yang miskin menikmati pendidikan yang
berterusan .

Bagi meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerajaan juga telah
memperbanyakkan pusat-pusat pengajian tinggi . Kerajaan juga telah menyediakan
pelbagai bentuk bantuan kewangan untuk membiayai kos-kos pengajian di peringkat
tinggi . Contohnya kerajaan telah mewujudkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Negara (PTPTN) untuk menyediakan pinjaman kepada mereka yang berminat untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi . Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
tururt menyediakan biasiswa kepada mereka yang cemerlang untuk menyambung
pelajaran ke peringkat yang tinggi .

(ii) Memperkembangkan potensi individu . Dalam diri manusia ini sebenarnya
terkandung bakat yang terpendam , yang tidak disedari dan harus dicungkil . Bakat
mampu memajukan diri seseorang individu sekiranya dicungkil dan diasah dengan baik .
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) diselitkan dengan usaha untuk mencungkil bakat dan potensi pelajar .
Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mencungkil bakat seseorang ialah guru . Guru
13

bukan sahaja mencungkil bakat yang terpendam malahan memajukan serta membuka
peluang kepada pelajar berbakat untuk menonjolkan bakat tersebut kepada khalayak
kebangsaan dan juga antarabangsa .

Matapelajaran elektif yang diajar adalah bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar . Mata
pelajaran yang dimaksudkan ialah Pendidikan Seni Visual , Kemahiran Hidup , Pendidikan
Jasmani dan seluruh matapelajaran yang diajar di sekolah-sekolah teknik dan vokasional
Bagi mencungkil dan melihat bakat individu , kerajaan turut memperkenalkan
matapelajaran yang merentasi kurikulum dengan menyelitkannya dalam gerak kerja
kokurikulum . Kokurikulum bukan sahaja mengajar pelajar ilmu-ilmu sampingan yang tidak
diajar di dalam kelas tetapi juga kokurikulumm sebenarnya mencungkil minat dan bakat
pelajar . Dengan kokurikulum guru dapat memerhati dan mengembangkan lagi potensi
serta bakat yang terpendam di dalam diri pelajar .

Seluruh manusia sedia maklum bahawa tidak semua manusia itu pandai dalam bidang
akademik . FPK sebenarnya mengubah persepsi rakyat Malaysia apabila meletakkan
unsur memperkembangkan potensi individu sebagai unsur ke dua dalam FPK . Bakat
mnausia tidak semuanya sama diantara manusia yang bakatnya lebih terserlah dalam
bidang sukan , ada diantara mereka dalam bidang seni dan ada diantara mereka yang
lebih cemerlang dalam bidang ilmiah . Kesedaran ini menyebabkan kerajaan
menganjurkan berbagai pertandingan untuk memperkembangkan lagi bakat individu .
Contohnya kerajaan telah menubuhkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)
dengan harapan agar pihak tersebut dapat mencari bakat-bakat baru dan
memperkembangkannya .

5.0 Cabaran dan halangan .

Antara cabaran dan halangan yang perlu diberi perhatian meliputi keperluan terhadap
pembelajaran berterusan, penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat,
pengurusan pendidikan, pembentukan jati diri murid serta kualiti guru. Kelima-lima
cabaran dan halangan ini memerlukan penyelesaian yang bersepadu daripada semua
pihak agar perubahan pendidikan yang berlaku dalam negara kita ini tercapai dengan
sempurna dan baik .

14

Bagi mendapatkan kaedah penyelesaian kepada cabaran pendidikan iaitu pembentukan
jati diri murid, keperluan kepada guru untuk membentuk jati diri murid sepatutnya
bermula dari pra-sekolah lagi . Pada masa kini, Falsafah Pendidikan Negara sedang diuji
dengan keberkesanan pelaksanaannya dalam melahirkan individu murid yang mempunyai
keseimbangan dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, serta intelek .

Antara masalah yang menjadi penghalang dalam pelaksanaan FPK ialah datang
dari guru itu sendiri. Terdapat segolongan guru yang kurang menghayati FPK. Guru-guru
tersebut kurang proaktif dalam apa jua bentuk pengajaran dan program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah. Seorang guru harus mengamalkan pengajaran efektif.
Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada
perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh
itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran
yang diperlukan dalam perancangan. Pada mulanya mereka bersemangat untuk
melaksanakan program-program di sekolah. Lama-kelamaan semangat tersebut telah
hilang. Jikalau begini sikap guru di sekolah, apatah lagi murid-murid yang akan
mencontohi sikap mereka tersebut. Guru-guru tersebut menjalankan tugas dengan sambil
lewa sahaja. Kadang-kala sesi pengajaran dan sesi pembelajaran mereka tidak selari
dengan matlamat FPK. Ini mendatangkan masalah kepada para pelajar kerana mereka
tidak akan mendapat ilmu pengetahuan yang halal dan bermakna. Masalah juga akan
timbul apabila mereka menghadapi peperiksaan.

Selain itu, terdapat juga faktor guru yang tidak mengamalkan konsep FPK yang
mana matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia
secara harmonis dan seimbang. Mereka cuma mementingkan intelek sahaja. Mereka
mengabaikan aspek-aspek lain dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
mereka. Ini sudah melanggar matlamat FPK untuk melahirkan insan yang seimbang
dari segi JERI. Situasi sebegini biasa terjadi terutama sekali pada kelas yang bakal
menghadapi peperiksaan umum. Guru-guru tidak menggalakan para pelajar mereka untuk
mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum ketika di luar waktu kelas. Para pelajar akan
menghabiskan masa mereka dengan sesi pembelajaran mengikut jadual waktu. Selepas
itu mereka akan menghabiskan masa mereka dengan menghadiri kelas tambahan.
Para pelajar tidak mempunyai ruang untuk menghadiri aktiviti-aktiviti di luar waktu kelas
seperti persatuan serta unit beruniform. Hal sedemikian akan mendorong para pelajar
15

untuk mempunyai pemikirian bahawa kejayaan seseorang pada masa hadapan hanya
ditentukan dengan kecemerlangan dalam peperiksaan sahaja. Para pelajar sedikit demi sedikit
akan mengelakkan diri dari menyertai aktiviti-aktiviti di sekolah selain dari menghadirkan
diri ke kelas.

Selain itu, ibu bapa juga kurang memainkan peranan dalam menjayakan matlamat FPK.
Mereka kurang memberi sokongan yang baik kepada pihak sekolah dalam segala aktiviti
dan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Hakikatnya, pihak sekolah telah
merancang segala aktiviti dan program di sekolah untuk kepentingan anak-anak
mereka. Program-program tersebut bukan berdasarkan kurikulum sahaja malah meliputi
juga keperluan yang lain bagi seseorang murid yang meliputi aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek untuk perkembangan potensi murid-murid seperti mana terkandung
dalam FPK. Namun begitu, terdapat juga segelintir ibu bapa yang sekadar menghantar
anak anak mereka ke sekolah tanpa pantauan oleh mereka sendiri. Mereka menyerahkan
segala tanggungjawab untuk mendidik terhadap guru-guru.

Halangan juga datang dari murid itu sendiri. Terdapat segelintir murid-murid yang tidak
memberi sokongan terhadap aktiviti di sekolah. Alasan yang kerap diberikan ialah malas.
Murid-murid harus memberikan kerjasama terhadap guru-guru dan mengikuti segala
program yang dianjurkan. Faktor pengaruh daripada kawan juga memberi kesan kepada
murid-murid untuk tidak mengikuti pembelajaran berasaskan KBSR yang dirancang oleh
guru-guru. Mereka cenderung untuk mengikuti rakan-rakan yang berada di luar sekolah
untuk melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti ponteng kelas tambahan dan
sebagainya.

Kurangnya pengetahuan agama, moral dan sivik dalam diri murid-murid juga menjadi
faktor untuk menjadi penghalang dalam perlaksanaan FPK di sekolah. Ini menyebabkan,
guru-guru menghadapi masalah untuk menjayakan segala program berlandaskan KBSR
kerana murid-murid ini kurang mempunyai rasa hormat dan tanggungjawab terhadap
guru mereka untuk mengikuti program-program dan pembelajaran yang dilaksanakan.




16

6.0 Cadangan pemantapan

Sesungguhnya peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) . Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas . Sekolah juga merupakan tempat pemupukan
minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan seterusnya member sumbangan kepada
khazanah ilmu yang ada .

Untuk merealisasikan hasrat FPK , aspek-aspek kepimpinan , budaya sekolah , aktiviti ko-
kurikulum , peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara
menyeluruh .

Bagi memperkembangkan bakat dan mengurangkan rasa tidak minat untuk belajar di
sekolah , kerajaan sepatutnya menubuhkan sekolah yang beraliran khusus contohnya
sekolah muzik, sekolah lakonan, sekolah seni visual dan lain-lain lagi serta mengambil
pelajarnya seawal usia 13 tahun supaya minat serta bakat dapat dicungkil . Hal ini juga
sebenarnya memberi pendedahan awal kepada pelajar akan ilmu pengetahuan yang
sesuai dengan bakat mereka . Di Malaysia, matapelajaran ini memang dipelajari, tetapi
tidak diberi penenkanan yang khusus, jadi bakat dan potensi sebenar murid tidak dapat
dilihat dan dicungkil . Perhatian yang penuh tidak dapat diberikan oleh guru ketika
murid-murid belajar dan melibatkan diri dalam bidang kokurikulum . Bagi bidang sukan
pula, memang benar Malaysia mempunyai sekolah sukan antaranya Sekolah Sukan Bukit
Jalil tetapi bilangannya tidaklah sehebat nama dan fungsisnya . Kerajaan seharusnya
menubuhkan sekolah ini dengan lebih luas dan mempunyai kelengkapan yang canggih
serta jurulatih yang terlatih bersamaa-sama dengan pakar-pakar seperti pakar pemakanan
yang dapat membantu negara melahirkan atlet yang bertaraf dunia .

Bagi mewujudkan insan yang harmonis, perpaduan sangat diperlukan kerana masyarakat
Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum . Untuk mewujudkan hal ini, salah satu
cadangan ialah menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan memantapkan sekolah
kebangsaan . Sekolah Jenis Kebangsaan wajar dihapuskan bagi menghormati status dan
akta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan . Bahasa merupakan salah satu agen
perpaduan . Bagi mengelakkan pergaduhan, bahasa Cina dan bahasa Tamil patut diajar
17

di sekolah kebangsaan supaya semua murid mendapat kebaikan daripada bahasa
tersebut.

Keseimbangan dalam aspek JERIS boleh dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran.
Keseimbangan dalam aspek jasmani dipupuk melalui matapelajaran pendidikan jasmani.
Pendidikan jasmani merupakan salah satu cara untuk memupuk jasmani dalam
pendidikan . Bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal pelajar, kerajaan
memberi suntikan vaksin dan antibodi secara percuma di sekolah-sekolah. Bagi
menguatkan fizikal, sekolah sepatutnya melakukan senaman regangan sebelum
memulakan pelajaran . Aktiviti merentas desa harus dilakukan setiap bulan . Pemantauan
kesihatan daripada penguatkuasa kesihatan Malaysia adalah perlu . Kantin-kantin sekolah
juga dilarang menjual makanan segera dan makanan ringan . Multivitamin juga
sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan kepada setiap pelajar di Malaysia secara percuma
untuk menjamin tahap kecergasan pelajar .

Kerajaan sepatutnya menjadikan sekolah di Amerika sebagai model kepada sekolah-
sekolah di Malaysia . Sekolah-sekolah di Amerika bukan sahaja dilengkapi dengan guru
dan pelajar malahan setiap sekolah ada seorang doktor, ahli psikologi, ahli terapi dan
lain-lain lagi yang boleh membawa kebaikan kepada pelajar . Kemudahan-kemudahan
seperti klinik, taman permainan, gymnasium yang dilengkapi alat-alat sukan yang canggih
dan banyak lagi harus disediakan di sekolah-sekolah supaya sekolah menjadi tempat
nombor dua pelajar untuk menyempurnakan diri serta menjadi insan yang harmonis .

Kerajaan tidak seharusnya mengenakan cukai terhadap pembelian komputer . Ini bagi
memastikan setiap ibu bapa mampu membelikan kompuer kepada anak-anak mereka .
Tujuan memiliki komputer adalah untuk megaplikasikan pengajian jarak jauh kepada
pelajar-pelajar sekolah yang mendapat cuti sakit . Bagi memastikan hal ini berjaya,
penggunaan internet di seluruh pelosok Malaysia adalah perlu . Pengajian jarak jauh
dikalangan pelajar sekolah yang mendapat cuti sakit ini dapat mengelak pelajar
ketinggalan dalam matapelajaran . Pengajian jarak jauh dikalangan pelajar sekolah juga
memberi peluang kepada pelajar untuk mendalamai ICT ddan mengelakan kes buta IT .
Dengan ini misi pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan .

18

Sebenarnya untuk menjayakan segala usaha ini pengubahsuaian dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah perlu . Kebanyakan rakyat Malaysia yang lahir
pada hari ini adalah tidak seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah (JERIS) kerana system pendidikan negara yang terlalu mementingkan
pencapaian akademik semata-mata . Remaja semakin rosak akhlaknya . Pada Januari
hingga Mac 2007 ada seramai 1,550 orang (53.71%) yang menyalahgunakan dadah
adalah remaja . Masalah akhlak melibatkan remaja turut besar bilangannya . Hal ini
amat membimbangkan . Falsafah Pendidikan Kebangsaan sedang diuji dengan
keberkesanan pelaksanaannya dalam melahirkan individu murid yang mempunyai
keseimbangan dari segi JERIS . Dengan arus globalisasi yang melanda tanpa had ini
menyebabkan kemasukan pelbagai budaya bercanggah dengan budaya setempat
seterusnya terbitlah perlakuan dan sikap murid yang negatif .

Dalam usaha untuk membentuk jati diri murid, seharusnya perkara yang paling dekat
dengan mereka di sekolah perlu diberi perhatian oleh semua pihak iaitu keperibadian
guru . Guru merupakan insan yang paling rapat dengan murid di sekolah sepatutnya
menampilkan perwatakan yang positif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas . Perwatakan dan sifat guru yang amanah, bersopan-santun, jujur, penyayang,
penyabar, sedia berkorban, sedia memberi pertolongan dan berdedikasi perlu
diterampilkan supaya menjadi role model kepada pelajar di sekolah . Selain itu, guru
memainkan peranan penting untuk membawa watak orang yang taat kepada amalan
agama terutamanya berkaitan solat, puasa dan lain-lain yang penting dan menjadi
rujukan murid di sekolah .Dengan hal yang yang demikian, murid-murid di sekolah akan
berusaha untuk mencontohi sifat dan perwatakan guru di sekolah serta cuba untuk
mengaplikasikan amalan hidup beragama dalam kehidupan seharian mereka.

Dalam konteks pendidikan, sekolah sebagai agen sosialisasi untama bertanggungjawab
untuk membenteras masalah disiplin hingga ke akar umbi . Iklim dan persekitaran
sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari
aspek JERIS sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Masalah disiplin murid
akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya
dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal
keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa . Hal ini penting bagi memastikan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah .
19


Disiplin yang baik membawa faedah kepada guru dan juga murid . Faedah-faedah
tersebut contohnya seperti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan licin
dan teratur, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi,
murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin, keselamatan murid-murid
terjamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah.

7.0 Penutup

Dalam era globalisasi yang kian mencabar dan melalui modenisasi , konsep
pembangunan insan amat ditekankan sebagi usaha menjadikan negara kita setaraf
dengan negara-negara luar . Ini termasuklah demi perkembangan sejagat dalam bidang
sains dan teknologi berdasarkan acuan kita sendiri selari dengan hasrat Wawasan 2020
yang pernah diwar-warkan oleh mantan Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohamad
satu masa dahulu. Kita amat bertuah kerana tidak lama dahulu iaitu pada tahun 1988,
tergubahnya sebuah garis panduan yang diberi nama Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
ini . Oleh kerana itu, falsafah inilah yang membentuk system pendidikan negara
seterusnya melahirkan anak-anak Malaysia yang berjaya. Sebagai contoh, Datuk Dr.
Sheikh Muzzaphar Shukor agkasawan pertama negara kita adalah produk sistem
pendidikan negara kita.

Melalui penulisan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dibincangkan
dalam tugasan ini, dapatlah dirumuskan bahawa sesebuah falsafah yang digubal dalam
sistem pendidikan sesebuah negara memainkan peranan yang amat pentig . Falsafah
pendidikan menjadi satu pedoman, arah tuju dan pandangan terhadap perkara yang
berkaitan dengan pendidikan . Di dalamnya terkandung hasrat untuk dilaksanakan yang
menjadikan sistem pendidikan sebagai modusoperandinya . Maka dengan itu sistem
pendidikan adalah dibina berdasarkan falsafah pendidikan . Oleh yang demikian, dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan terkandungnya garis panduan yang menjelaskan arah
tujuan sistem pendidikan negara kita . Ia menjadi panduan setiap aktiviti pendidikan . Ia
tidak lepas dari menjadi cerminan pemikiran dan hasrat negara kita dalam melahirkan
ciri-ciri individu yang dikehendaki oleh negara . Justeru, tidak hairanlah Falsafah
Pendidikan Kebangsaan berpandangan jauh ke hadapan . Ini adalah kerana bagi
memajukan , menaikkan serta meningkatkan kemajuan negara di mata dunia .
20


Asasnya konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita adalah berteraskan kepada ilmu,
nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat negara ini.
Sistem pendidikan negara kita mengalami anjakan paradigma dengan wujudnya Falsafah
Pendidikan kebangsaan . Perubahan-perubahan berlaku dari tahun ke tahun sebagai
tujuan untuk menghasilkan peningkatan kualiti produk-produk generasi baru yang
berkualiti . Ini juga adalah kerana kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri
yang bersifat menyeluruh , sejagat dan bermotivasi . Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang merangkumi unsur-unsur menyeluruh iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek inilah
telah memantapkan kehidupan harmonis, seimbang dan cemerlang . Individu yang
seimbang inilah dijamin dapat memajukan negara kearah yang tiada taranya .
Tuntasnya sebagi guru, kita memainkan salah satu penggerak utama bagi menjayakan
Falsafah Pendidikan kebangsaan . Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai
tanggungjawab yang besar bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu
semata-mata, malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan
yang dicita-citakan negara . Transformasi pendidikan ini termasuklah dalam menjana
modal insan cemerlang dan memupuk minda kelas pertama . Ini tidak lain tidak bukan
untuk menjadikan masyarakat Malaysia satu masyarakat yang dipandang tinggi dengan
negara-negara luar, seterusnya meletakkan negara sebaris atau duduk sma rendah,
berdiri sama tinggi oleh masyarakat negara luar .

Kehadiran alaf baru yang diwarnai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan
multimedia amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat . Ia bukan
saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda, malah mencorakkan
gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka . Oleh yang demikian, syistem
pendidikan hendaklah dijalankan beriringan dengan kemajuan sosial, politik dan ekonomi
negara supaya insan yang dilahirkan oleh system pendidikan adalah insan yang yang
diidamkan oleh negara dan agama kita . Akhir sekali, diharapkan bahawa Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ini dapatlah menjadikan system pendidikan negara kita salah
satu pendidikan yang tersohor di mata dunia .




21

Bibliografi :

1. Choong Lean Keow (2008) . Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ,Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.

2. Mok Song Sang (2007) .Falsafah Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: PTS Publishing
Sdn.Bhd.

3. Abdul Fatah Hasan (2007) . Mengenal Falsafah Pendidikan, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd.

4. Sufean Hussin (2004) .Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Kementerian Pelajaran Malaysia (1988).Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala
Lumpur,: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan .

6. Undang-Undang Malaysia (1996). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Kuala
Lumpur : Percetakan Nasional Berhad.

7. Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan : Dewan Masyarakat.

Sumber Internet :

http://amirgassi.blogspot.com/2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.html dimuat
turun pada 4 April 2013.

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2011/12/implikasi-falsafah-pendidikan.html dimuat turun
pada 11 April 2013.

http://journalarticle.ukm.my/2315/ falsafah- pendidikan-kebangsaan dimuat turun pada 14
April 20113.

Hhtp://anannur.wordpress.com/2010/07/08/falsafah-pendidikan-essenlialisme dimuat turun
pada 16 April 2013.
22

LAMPIRAN :

Anda mungkin juga menyukai