Anda di halaman 1dari 5

KATA BANYAK MAKNA

Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa Melayu yang mempunyai makna lebih daripada satu makna.

Senarai kata ganda banyak makna.

Kata Ganda Maksud Ayat Contoh

mengada-ada 1 menunjuk-nunjuk 1 Sejak bergelar bintang filem, Sarinah


2 berkata atau membuat yang mula mengada-ada dan beraksi
bukan-bukan sombong.
2 “Jangan kamu mengada-ada di hadapan
orang tua-tua,” kata ibu kepadaku.
agar-agar 1 sejenis lumut laut 1 Penyelam-penyelam itu sedang mencari
2 sejenis kuih agar-agar di dalam laut.
2. Agar-agar santan yang dijual di gerai
kuih itu sungguh enak rasanya.
alang-alang 1 tidak bersungguh-sungguh 1 Pengurus kilang itu menegur para
2 sedikit, kurang pekerjanya yang bertugas dengan
alang-alang sahaja.
2 Alang-alang mandi biar basah.
anak-anak 1 banyak budak 1 Anak-anak itu sudah berkumpul untuk
2 patung meraikan Hari Kanak-kanak.
2 Adik suka bermain anak-anak bersama
kawan-kawannya.
angan-angan 1 cita-cita 1 Angan-angannya hendak menjadi
2 gambaran/bayangan dalam angkasawan pertama Malaysia.
fikiran 2 Panggilan ibunya dari dapur tiba-tiba
melenyapkan angan-angan Zubaidah.
angin-angin 1 desas-desus 1 Angin-angin mengatakan bahawa harga
2 gelagat minyak petrol akan turun.
2 Melihat angin-angin Perdana Menteri,
pilihan raya mungkin akan diadakan
pada tahun ini juga.
apa-apa 1 segala apa 1 Pesakit itu tidak memberikan apa-apa
2 sesuatu reaksi tentang ubat yang diminumnya
itu.
2 “Ada apa-apa yang kamu belum
faham?” tanya Cikgu Murad kepada
murid-muridnya.
api-api 1 sejenis serangga perosak 1 Tanaman bunga orkid itu musnah
2 tumbuhan yang tumbuh pada diserang api-api.
pokok lain 2 Pokok api-api itu tumbuh subur pada
pohon beringin.
baik-baik 1 dengan rapi 1 “Simpan wang ini baik-baik,” pesan
2 hati-hati Encik Mohan kepada anaknya.
2 Kata anggota polis itu, “Baik-baik
ketika kamu melintas jalan raya.”
banyak-banyak 1 dalam jumlah yang banyak 1 Peniaga gerai minuman itu membuat
2 sungguh-sungguh roti canai banyak-banyak.
2 “Terima kasih banyak-banyak,” kata
peminta sedekah itu kepada dermawan
itu.
bayang-bayang 1 gambar pada cermin 1 Asmah melihat bayang-bayangnya
2 rupa yang tak jelas dalam sendiri di cermin muka.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


gelap 2 Ternampak bayang-bayang orang
terhendap-hendap di luar rumah itu.
bulat-bulat 1 bentuk bulat 1 Guli yang dimainkan oleh kanak-kanak
2 dengan begitu sahaja itu bulat-bulat belaka.
2 Dibelinya buah-buah durian itu bulat-
bulat tanpa tawar-menawar harganya.
cita-cita 1 harapan 1 Cita-cita Majid ingin melanjutkan
2 maksud pelajaran ke menara gading.
2 Dia menabung wangnya dalam ASB
dengan cita-cita untuk mendapatkan
dividen yang baik.
datang-datang 1 setibanya 1 Datang-datang dia ke mari untuk
2 selalu datang meminjam wang sahaja.
2. “Datang-datanglah ke dusun kami
apabila tiba musim durian nanti,” kata
Pak Saman.
diam-diam 1 tidak memberitahu sesiapa 1 Pasangan teruna dan dara itu bernikah
2 tidak berbuat apa-apa diam-diam di negara jiran.
2 Ibu itu meminta anak-anaknya duduk
diam-diam ketika beliau sedang
memandu kereta.
terengah-engah 1 tercungap-cungap 1 Dia menamatkan larian jarak jauh itu
2 tergesa-gesa dengan terengah-engah.
2 Puan Mariam bertolak ke pajabat
dengan terengah-engah sehingga
tertinggal tas tangannya.
gilang-gemilang 1 terang-benderang 1 Dewan tarian itu kelihatan gilang-
2 cantik sekali gemilang bermandikan cahaya lampu
berwarna-warni.
2 Pakaian primadona itu gilang-gemilang.
hangat-hangat 1 sementara masih hangat 1 Mi rebus itu elok dimakan hangat-
2 tidak bersungguh-sungguh hangat.
2 Segala usahanya merupakan hangat-
hangat tahi ayam sahaja.
berhati-hati 1 memberi perhatian 1 Nenek berpesan, “Berhati-hati selalu
2 berawas-awas sebelum cucu diperdaya orang.”
2 Sentiasalah berhati-hati ketika berada
di jalan raya.
ikut-ikut 1 meniru 1 Kassim mula ikut-ikut kumpulan budak-
2 turut campur budak nakal itu merokok.
2 Banyak kaki bola yang ikut-ikut
bermain di padang ketika petang.
kira-kira 1 lebih kurang 1 Kira-kira 20 ribu penonton
2 ilmu hisab menyaksikan Kosert Bollywood di
Stadium Nasional.
2 Semua murid belajar kira-kira waktu di
sekolah rendah.
kuda-kuda 1 kayu penyangga tulang 1 Sebelum memasang atap, tukang rumah
bumbung rumah itu memasang kuda-kuda dahulu.
2 penopang papan hitam 2 Kuda-kuda papan hitam itu hampir
patah.
langit-langit 1 bahagian atas rongga mulut 1 Langit-langit saya luka kerana tercucuk
2 kain yang dipasang di bawah tulang ikan.
atap 2 Langit-langit di bilik rumah yang usang
itu sudah reput sama sekali

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu


main-mainan 1 benda yang digunakan untuk 1 Adik kecilku gemar bermain dengan
bermain main-mainan.
2 barang tiruan yang kelihatan 2 Perompak itu menggunakan pistol
asli main-mainan untuk mengancam tukang
emas itu.
mana-mana 1 barang apa pun 1 “Pilihlah mana-mana baju yang encik
2 siapa-siapa suka,” kata jurujual itu.
2 “Mana-mana yang setuju sila angkat
tangan,” kata pengerusi mesyuarat itu.
mati-matian 1 dengan bersungguh-sungguh 1 Askar-askar itu berjuang bermati-
2 berpura-pura mati matian demi mempertahankan negara.
2 Tawanan perang itu terbaring mati-
matian ketika dihampiri oleh askar-
askar musuh.
mentah-mentah 1 tidak dimasak 1 Ibu gemar makan ulam mentah-mentah.
2 dengan begitu sahaja 2 Pinangan lelaki tua itu ditolak mentah-
mentah oleh ibu bapa gadis remaja itu.
minta-minta 1 mengemis 1 Terdapat beberapa orang minta-minta di
2 moga-moga kaki lima restoran besar itu.
2 Minta-minta luluslah kamu semua
dalam peperiksaan akhir nanti.
bermuka-muka 1 beberapa banyak muka surat 1 Dia menulis bermuka-muka surat
2 berpura-pura kepada sahabat penanya.
2 Sikapnya yang bermuka-muka amat
merugikan dirinya sendiri.
mula-mula 1 pada awalnya 1 Salmah menjadi wanita yang mula-
2 sejak mula sampai di kemuncak gunung itu.
2 Mula-mula sampai di Cameron
Highlands, kami kagum dengan cuaca
sejuknya.
orang-orang 1 boneka 1 Raja yang lemah memerintah itu
2 patung untuk menakutkan dianggap seperti orang-orang sahaja.
burung 2 Banyak petani menegakkan orang-
orang di tengah-tengah sawah masing-
masing.
perlahan-lahan 1 tidak tergesa-gesa 1 Lori tangki itu dipandu perlahan-lahan
2 tidak kuat sahaja.
2 “Tolong cakap perlahan-lahan,” pinta
jururawat itu kepada pelawat di dalam
wad pesakit itu.
berputar-putar 1 berpusing-pusing 1 Hakim mahkamah menegur saksi yang
2 berbelok-belok sedang memberi keterangan berputar-
putar.
2 Pemandu teksi itu membawa
penumpangnya berputar-putar di
sekitar bandar untuk mengelakkan
kesesakan jalan raya.
rata-rata 1 rata sekali 1 Jentolak itu sedang menolak longgokan
2 dihitung panjang tanah itu rata-rata.
2 Rata-rata pendapatan peniaga itu
sebanyak RM50 sehari.
merayau-rayau 1 mengembara 1 Rombongan pendaki gunung yang
2 berkeliaran tersesat itu merayau-rayau mencari
khemah mereka.
2 Kambing-kambing yang terlepas itu

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 3 Alam Bahasa Melayu


merayau-rayau mencari makanan.
rupa-rupanya 1 barangkali 1 Rupa-rupanya aku hanya bermimpi.
2 sebaliknya 2 Jurujual yang berniat hendak menipu
pelanggannya rupa-rupanya tidak
demikian jadinya.
sangat-sangat 1 terlalu 1 Rumah ialah tempat perlindungan yang
2 sungguh-sungguh sangat-sangat diperlukan manusia.
2 Wanita sangat-sangat mengambil berat
tentang kecantikan wajah mereka.
satu-satu 1 satu demi satu 1 “Cuba kira benda itu satu-satu,” kata
2 sesuatu ayah.
2 Pergilah berjumpa doktor jika anda
menghidap satu-satu penyakit.
semak-semak 1 belukar 1 Tanah dusun yang terbiar itu dipenuhi
2 kusut (fikran) semak-semak.
2 Penuntut yang terkandas dalam
peperiksaan itu terasa semak-semak di
dada.
sia-sia 1 tidak bermanfaat 1 Pelajar yang cerdik itu tidak pernah
2 kurang berhati-hati membuang masanya dengan sia-sia.
2 Banyak orang menuduh orang lain
dengan sia-sia sahaja.
bersiap-siap 1 berjaga-jaga 1 Penduduk yang tinggal berhampiran
2 berkemas Sungai Pahang sudah bersiap-siap
untuk menghadapi musim banjir.
2. Pak long sedang bersiap-siap untuk
mengahwinkan anak bongsunya itu.
siapa-siapa 1 orang yang tertentu 1 Saya tidak mengenali siapa-siapa di
2 barang siapa dalam teksi yang dinaiki itu.
2 Siapa-siapa yang datang lewat ke
sekolah akan didenda oleh guru disiplin.
tahu-menahu 1 tidak tahu apa-apa 1 Kami tidak tahu menahu tentang
2 tidak ambil peduli kehilangan wang di dalam laci meja itu.
2 Terdapat kalangan ibu bapa yang tidak
tahu-menahu tentang gerak-geri anak
mereka di luar waktu sekolah.
tegak-tegak 1 sentiasa tegak (berdiri) 1 Rekrut-rekrut tentera itu mesti berdiri
2 dengan begitu sahaja tegak-tegak ketika dalam latihan
berbaris.
2 Samseng itu cabut lari tegak-tegak
setelah dibelasah oleh orang ramai.
terumbang- 1 tenggelam timbul di dalam air 1 Sampan kotak itu terumbang-ambing
ambing 2 gelisah dipukul ombak.
2. Pengurus syarikat kilang haram itu
terumbang-ambing kerana syarikatnya
disaman oleh pegawai penguatkuasa
Majlis Daerah.
bertingkat- 1 bertindih-tindih 1 Rumah pangsa baru itu dibina
tingkat 2 sedikit demi sedikit bertingkat-tingkat.
2 Sepanjang tempoh kerjaya beliau,
pangkat Encik Bidin naik bertingkat-
tingkat.
umang-umang 1 ketam laut yang kecil 1 Kanak-kanak gemar mencari umang-
2 orang yang suka bergaya umang di tepi pantai.
dengan pakaian orang lain 2 “Aku benci pada Aminah kerana dia itu

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 4 Alam Bahasa Melayu


umang-umang, suka memakai bajuku,”
kata Lela kepada Saniah.
undang-undang 1 sesuatu peraturan 1 Semua undang-undang negara mesti
2 peraturan sesebuah dipatuhi oleh rakyat.
perbadanan 2 Tiap-tiap ahli kelab dikehendaki
menurut undang-undang kelab itu.
untung-untung 1 barangkali 1 “Ceritakanlah masalah awak, untung-
2 mudah-mudahan untung dapat saya membantu,” kata
Haida kepada Ali.
2. Seman ingin berhijrah ke bandar,
untung-untung dia mendapat pekerjaan
di sana nanti.
ura-ura 1 cadangan 1 Ura-ura hendak melawat Zoo Negara
2 perbincangan itu telah kami batalkan.
2 Ura-ura tentang sambutan Hari Guru
akan diadakan oleh Kelab Bahasa
Melayu pada hari esok.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 5 Alam Bahasa Melayu