Anda di halaman 1dari 10

2008 Oktober 10

Isi Penting Karangan

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Kesalahan yang dikaitkan dengan masalah sosial:


Mencuri, memeras ugut, penyeluk saku, merokok, mengambil dadah ringan seperti ganja
ponteng sekolah, ponteng kelas,merogol, khalwat, hubungan sejenis, sumbang muhrim atau mahram,
melepak, bergaduh, tidak menghormati orang yang lebih tua,mengunjungi pusat hiburan seperti disko,
pengambilan pil khayal

Punca
1. Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab
2. keadaan keluarga porak-peranda
3. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dan memberikan kebebasan
4. Pengaruh rakan sebaya
5. Pengaruh media massa seperti filem lucah dan ganas
6. Masyarakat tidak prihatin dan memandang rendah masalah ini

Kesan masalah sosial dalam kalangan remaja


1. Merugikan masa dan tenaga anak-anak
2. Ibu bapa dan ahli keluarga mendapat malu
3. Masyarakat memandang hina remaja tersebut
4. Akan ditertawakan oleh rakan-rakan
5. Masa depan hancur
6. Negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan

Langkah-langkah mengatasi masalah sosial


1. Ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak
2. Peka terhadap perubahan sikap anak-anak
3. Menyelesaikan masalah keluarga
4. Meluangkan masa berbincang dan bersama keluarga
5. Mewujudkan semula fungsi “Rumahku Syurgaku”
6. Memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak.

PEKERJA ASING

Maklumat am
pendatang asing
datang dari negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, India, China, dan banyak lagi
- ada yang membawa penyakit berjangkit ke Malaysia
setiap tahun, lebih 10,000 ribu pendatang haram ditangkap - meninggalkan anak-anak dan isteri di rumah

Punca kedatangan mereka


1. Kemiskinan
2. Peluang pekerjaan di negara asal terhad
3. Ingin lari daripada kes jenayah yang dilakukan di negara asal
4. Negara asal tidak aman à peperangan, bencana alam, rusuhan kaum
5. Majikan tempatan suka menggaji mereka - gaji rendah
6. Sanggup bekerja untuk jangka masa panjang dan kerja berat
Kesan (Kebaikan)
1. Dapat menampung kekurangan pekerja di sektor perladangan, pertanian
2. Membantu mempercepat proses pembangunan negara
3. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran negara dalam pelbagai sektor
4. Meningkatkan percambahan idea antara pekerja asing dan tempatan demi kemajuan

Kesan (Keburukan)
1. Menimbulkan keadaan sesak
2. Bertambahnya kadar jenayah
3. Menularkan kemasukan budaya yang tidak sihat dari negara asal mereka
4. Menyempitkan peluang pekerjaan rakyat tempatan
5. pengeluaran nilai mata wang ringgit (merugikan negara)

Langkah Mengatasinya
1. Pengawasan kawasan sempadan harus diperketat
2. Penghantaran pulang pendatang haram yang ditangkap
3. Memperketat undang-undang
4. Kerajaan harus membenarkan sektor tertentu sahaja yang boleh menggaji pekerja asing

RASUAH

Punca
1. Keimanan yang tidak kuat untuk menolak rasuah
2. Ingin cepat menjadi kaya dengan senang dan mudah
3. Kesalahan menerima rasuah tidak diketahui oleh pegawai atasan
4. Tindakan mengesan rasuah sukar dan memakan masa yang panjang
5. Penerima dan pemberi rasuah mempunyai pelbagai taktik dalam menghulurkan rasuah
6. Orang ramai tidak mahu memberi kerjasama dalam membanterasnya
7. Tidak mahu membayar kadar saman yang terlalu tinggi

Kesan
1. Wujud ketidakadilan dalam masyarakat
2. Profesion Keselamatan akan dipandang hina
3. Golongan miskin terus tertindas
4. Golongan yang membuat kesalahan terus dapat menyembunyikan kesalahan
5. Jenayah terus meningkat tetapi tidak dapat dibanteras
6. Masyarakat luar akan melabelkan Malaysia sebagai sarang rasuah

Langkah-langkah Mengatasinya
1. Memberikan kesedaran kepada orang ramai
2. Menerapkan nilai-nilai murni dan menerangkan natijah rasuah sejak bangku sekolah lagi.
3. Melatih kakitangan kerajaan dan swasta agar lebih bersikap profesional
4. Mengambil tindakan tegas ke atas penerima dan pemberi rasuah
5. Memperkasa dan Mengubah suai fungsi Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar lebih berfungsi dan
digeruni
6. Mengikut cara Polis Diraja Hong Kong - Setiap saman yang dikeluarkan oleh pegawai polis akan
menyebabkan mereka diberi komisen dan elaun.
7. Kempen memerangi amalan rasuah harus diperhebat di setiap pelosok negara.

TEKNOLOGI MAKLUMAT
Kebaikannya
1. Membantu memajukan bidang perniagaan
2. Memudahkan perhubungan sesama pekerja atau pelanggan
3. memberikan pulangan yang menguntungkan dalam bidang perniagaan
4. Bercambahnya kafe siber yang menyediakan kemudahan internet
5. Memperoleh pelbagai maklumat
6. Memperluas pengetahuan pelbagai golongan masyarakat
7. Mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera
8. Mewujudkan persaingan yang sihat dalam arus globalisasi

Keburukannya
1. Mengubah struktur dan budaya masyarakat
2. memberi peluang kepada pihak musuh untuk mencuri maklumat dari sesebuah negara
3. Mewujudkan sindrom ketagihan di kalangan pengguna internet
4. Masyarakat terdedah kepada unsur-unsur negatif
5. Meningkatkan masalah sosial
6. membuang masa golongan remaja yang menyalahgunakan internet dengan mewujudkan kegiatan
“lepak siber”

Langkah-langkah Mengatasinya
1. Menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah siber
2. Masyarakat harus diseru agar tidak menyalahgunakan internet untuk tujuan negatif
3. Kerajaan harus berusaha membina aplikasi yang dapat menjaring dan menapis kemasukan unsur-unsur
negatif dalam keadaan dasar langit terbuka.
4. Pelajar mesti dididik supaya tidak membuat sesuatu yang mengkhianati negara.
5. Pihak sekolah harus menyalurkan pendidikan dari segi kepentingan teknologi maklumat dalam
pembelajaran daripada menanam pemikir4an negatif.
6. Ibu bapa harus berupaya mengetahui kebaikan dan keburukan teknologi dan berusaha dalam mendidik
anak-anak mengetahui natijah penyalahgunaan internet.

KAFE SIBER

Kebaikannya
1. Mengembangkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat
2. Memberi kemudahan kepada sesiapa yang tidak mempunyai kemudahan melayari internet di rumah
3. Membantu para pelajar mendapatkan maklumat
4. Menggalakkan perhubungan antara manusia
5. Mengembangkan peluang perniagaan
6. Menambah kadar celik komputer di kalangan rakyat Malaysia

Kesan Penyalahgunaannya
1. Melihat dan menyebarkan gambar lucah
2. Menggunakan kata-kata lucah ketika berbual dalam ruangan sembang
3. Penggunaan identiti palsu dalam menjalinkan hubungan
4. Kafe siber menjadi sarang ponteng sekolah, melepak dan pengumpulan kegiatan gengsterisme
5. Kafe siber menjadi tempat bermadu kasih di kalangan remaja
6. Pemikiran pengguna kafe siber dicemari dengan unsur-unsur negatif
7. Kafe siber juga menjadi tempat pelajar belajar merokok, melayari dan berjudi dalam internet
Langkah-langkah mengatasinya
1. Penubuhan kafe sber harus mendapat pemantauan pihak berkuasa
2. Peraturan ketat harus diperkenalkan kepada pengusaha kafe siber yang ingin menjalankan perniagaan
tersebut.
3. Kafe siber harus dijadikan tempat larangan pelajar yang berpakaian uniform, merokok dan pelayaran
laman web lucah.
4. Pusat siber tidak dibenarkan beroperasi sekurang-kurangnya 2 kilometer dari sekolah atau pusat tuisyen
5. Ibu bapa harus mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka.
6. Pemantauan juga harus dilakukan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

BENCANA ALAM ( Gempa bumi, Banjir kilat, hakisan tanah )

Punca Bencana alam


1. Kegiatan pembalakan tidak terkawal
2. Menerima tempias negara-negara jiran
3. Cengkaman tanah longgar
4. Pembangunan yang tidak sistematik
5. Sistem saliran diabaikan dalam pembangunan sesuatu tempat
6. Kurangnya kesedaran sivik di kalangan rakyat

Kesan Banjir kilat, tanah runtuh atau hakisan tanah


1. Kematian meningkat
2. Penyakit berjangkit menular
3. Kerugian harta benda dan dokumen penting
4. Memberi kesan kepada bidang pembangunan dan ekonomi
5. Harta rumah di kawasan berhampiran akan jatuh mendadak
6. Jalan raya terpaksa ditutup dan kesesakan berlaku
7. Anak-anak tidak dapat menghadiri kelas
8. Penduduk tidak dapat pergi bekerja

Cadangan untuk mengatasi masalah


1. Media massa perlulah segera menyebarkan maklumat tentang kemungkinan berlakunya bencana alam
agar penduduk bersiap sedia.
2. Pihak bertanggungjawab harus mendidik penduduk tentang cara menyelamatkan diri
3. Kemudahan peralatan yang berteknologi tinggi perlu disediakan
4. Mengharamkan pembinaan bangunan-bangunan tinggi di lereng bukit
5. Bangunan yang tinggi wajar dibina di tempat yang berkedudukan lebih rendah dan berisiko menghadapi
banjir
6. Sistem saliran, sungai, parit, dan longkang perlu diperdalam dan diperluas
7. Pembalakan dan penerokaan haruslah dilakukan dengan lebih terancang
8. Penambahan loji-loji bekalan air perlu untuk menampung kegunaan pada musim kemarau
9. Bekalan makanan mesti mencukupi di samping pakaian.

PENCEMARAN ALAM

Punca pencemaran bunyi


1. Kilang
2. Kawasan Perindustrian
3. Tinggal berdekatan dengan jalan raya
4. Anak-anak bising

Kesan
1. Hidup tidak selesa
2. Kesihatan terjejas
3. Hilang semangat
4. Cepat marah

Cadangan untuk mengatasi masalah


1. Beli rumah di kawasan yang sunyi dan mendamaikan
2. Tenangkan fikiran
3. Membuat aduan kepada pihak berkuasa
4. Pindah rumah

Punca pencemaran sungai


1. Pembuangan sisa-sisa toksik dari kilang
2. Penduduk membuang sampah ke dalam sungai sesuka hati
3. Tidak menghargai alam sekitar
4. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Kesan
1. Hidupan akuatik terjejas
2. Air sungai tercemar
3. Sumber air terjejas
4. menyusahkan penduduk di pinggir sungai

Cadangan untuk mengatasi masalah


1. Penguatkuasaan undang-undang
2. Meningkatkan kesedaran
3. Membuat aduan kepada pihak berkuasa
4. Kempen secara besar-besaran

KEMALANGAN JALAN RAYA


Punca
1. Kecuaian pemandu yang tidak berdisiplin
2. Minum minuman keras semasa memandu
3. Makan dan minum serta kurang memberikan tumpuan
4. Pengabaian servis kereta
5. Mendengar telefon bimbit sambil memandu
6. Keadaan jalan raya kurang sempurna dan berlubang-lubang
7. Lebuh raya yang terlalu lurus dan mengantuk pemandu
8. Papan tanda kurang jelas
9. Faktor geografi / cuaca seperti angin lintang dan tanah mendap
10. Perlumbaan haram atau tiada lesen memandu
Kesan
1. Kadar kematian meningkat
2. Mangsa cedera parah / mengalami kecacatan
3. Mengakibatkan kerugian
4. Kesesakan jalan berlaku
5. Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain
6. Melambatkan perjalanan ke sesuatu destinasi
Langkah mengatasinya
Mendapat rehat yang mencukupi sebelum memandu perjalanan yang jauh
Memasang papan tanda yang jelas terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi
Meningkatkan kadar saman bagi pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan
Membina jalan yang tidak terlalu lurus
Memperbanyak perhentian atau kawasan rehat dan tandas
Merancang perjalanan
Membina jejantas untuk pejalan kaki
Mengawal had laju terutama di kawasan yang berselekoh dan berisiko tinggi
Menaik taraf kualiti jalan raya
Jangan makan, minum atau menggunakan telefon bimbit tanpa alat pendengar

KESESAKAN LALU LINTAS


Punca
1. Taraf hidup meningkat menyebabkan masyarakat mampu memiliki lebih daripada sebuah kenderaan
2. Jalan raya sempit
3. Penggunaan kenderaan yang terlalu kerap untuk pergi ke sesuatu tempat
4. Pengangkutan awam yang tidak selesa dan sistematik
5. Teksi lebih mahal
6. Tidak biasa berkongsi kenderaan
7. Menganggap penggunaan motosikal dan basikal memalukan

Kesan
1. Masyarakat kota terperangkap berjam-jam lamanya di jalan raya
2. Pencemaran asap karbon monoksida
3. Kos hidup meningkat
4. Lambat tidak di tempat kerja
5. Membuang masa dan tenaga
6. Menyebabkan keletihan dan mempengaruhi kualiti kerja
7. Pembangunan akan dianggap tidak seimbang

Langkah
1. Penggunaan kenderaan awam harus dipertingkatkan
2. Menyediakan kemudahan awam yang selesa, mudah dan murah tambangnya
3. mengawal kemasukan jumlah kenderaan di jalan yang sempit
4. memperlebar jalan
5. Kenderaan yang lama dan mudah rosak tidak harus masuk ke jalan yang sesak
6. Kawalan polis trafik pada waktu puncak kesibukan
7. Berkongsi kereta dengan orang yang dikenali atau rakan sepejabat
8. Menggunakan kenderaan ringan seperti motosikal, basikal untuk perjalanan yang dekat

BUDAYA MEMBACA
Usaha meningkatkan minat membaca
1. Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak
2. Menyediakan perpustakaan mini di rumah
3. Memperbanyak perpustakaan awam dengan dilengkapi buku-buku berkualiti
4. Syarikat penerbitan tidak harus berhenti menerbitkan buku yang bermutu
5. Cukai buku import harus dikurangkan agar dapat menggalakkan pembelian buku bacaan
6. Kempen secara besar-besaran harus dilancarkan

MEMPROMOSI BUAH-BUAHAN TEMPATAN


Usaha mempromosi
1. Kempen makan buah-buahan tempatan
2. Pihak pengusaha hotel harus memperkenalkan jus buah-buahan tempatan kepada pelanggan
3. Menurunkan harga buah-buahan tempatan
4. Menyiarkan dokumentari tentang khasiat buah-buahan tempatan
5. Menambah kawasan penanaman buah-buahan tempatan
6. Menggantikan minuman bergas dengan jus buah-buahan tempatan yang lebih berkhasiat
7. Ibu bapa harus menyahut seruan kerajaan

*Ingat Dalam Penulisan Karangan Tidak boleh wujud perkataan berikut:

1. Ini kerana
2. Selain daripada itu
3. Oleh kerana
4. Sejak dari
5. Demi untuk
6. Hukum DM à Banyak lori-lori
7. Walaupun….namun,
8. Singkatan kata
9. Kesalahan penggunaan dari dan daripada

2008 Oktober 3
Karangan Bergambar PMR Ramalan 9- Kebaikan Sektor Pelancongan kepada Negara

Lihat iklan kempen Cuti-cuti Malaysia di bwah dengan teliti, kemudian tulis sebuah karangan tentang
kebaikan sektor pelancongan kepada negara kita. Karangan anda hendaklah kurang daripada 120
patah perkataan.
Negara Malaysia sudah menjadi destinasi pelancongan bertaraf lima bintang sejak kempen Cuti-cuti
Malaysia dilancarkan. Realitinya, sektor pelancongan banyak membawa kebaikan kepada negara.

Dari segi ekonomi, negara kita mendapat banyak keuntungan. Hal ini demikian kerana aktiviti
pelancongan meningkatkan peluang pekerjaan dan perniagaan. Fenomena yang sihat ini sekali gus
menstabilkan ekonomi negara.

Di samping itu, pengaliran masuk mata wang asing ke Malaysia dapat membaik pulih kegawatan ekonomi
yang pernah melanda negara. Kedudukan ringgit terus kukuh dan stabil setaraf mata wang asing utama.
Hal ini demikian kerana peningkatan aktiviti jual beli di dalam negara.

Sementara itu, sektor pelancongan turut menjadi pemangkin pembangunan negara. Hal ini demikian
kerana kita dapat membangunkan negara dengan lebih lancar akibat keperluan sektor pelancongan. Olel
hal yang demikian, Wawasan 2020 yang menjadi aspirasi kerajaan mampu dicapai mengikut jadual.

Konklusinya, kempen pelancongan di Malaysia perlulah dipergiat lagi. Dengan kemajuan sektor ini,
kerajaan dapat membangunkan pelbagai bidang maslahat yang lain.

2008 Oktober 2
Karangan Panjang PMR Ramalan 1 - Karangan Berformat Laporan.

Karangan Panjang PMR Ramalan 1 ialah Karangan Jenis Laporan. Baca dan perhatikan format di bawah.
Saya berharap para pelajar mempelajari dan mengingati formatnya.

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar
ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada
empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan
Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah
menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh
minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh
pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik
mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi
penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli
rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat
tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.

Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke
bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung
kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting
kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana
kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar
dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.

Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus
lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat
prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan
mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap
diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja
yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.

Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan
penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati
dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan
pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan
perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan
semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip “genggam bara api biar jadi abu”.

Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa
dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi
baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh
peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di
sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas
untuk pulang ke sekolah.

Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga
disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka
yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar
seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya
menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami
berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Suria.

Laporan disediakan oleh,


29 JUN 2008.

Amalina
(SITI NUR AMALINA BINTI AZMAN DARUS)
Setiausaha Persatuan Geografi
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.
Karangan Bergambar PMR Ramalan 8 - Cara-cara Menghargai Jasa Tokoh Negarawan

Gambar di bawah menunjukkan negarawan yang terbilang dari dahulu hingga sekarang. Huraikan cara-
cara menghargai jasa tokoh negarawan. Karangan anda hendaklah kurang daripada 120 patah kata.

Negara Malaysia mempunyai banyak tokoh yang tersohor. Antaranya ialah Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, dan Tun Dr. Mahathir Mohammed. Oleh sebab itu, kita
mestilah menghargai jasa mereka kerana “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”.

Cara untuk menghargai negarawan adalah dengan pembinaan muzium negarawan. Di dalam muzium
tersebut, kita patutlah menghimpunkan bukti-bukti jasa mereka. Hal ini penting agar masyarakat tahu
bahawa tanpa jasa negarawan, negara kita masih berada di takuk lama.

Selain itu, bangunan dan jalan utama negara bolehlah dinamakan dengan nama mereka. Hal ini
membuktikan bahawa kerajaan mahu warganegara mengapresiasi bakti mereka kepada nusa. Pelancong
asing juga dapat mengenali negarawan.

Biodata mereka wajarlah kita kaji. Dengan ini, pelajar dapat meneladani sikap positif negarawan. Saya
percaya, cara ini dapat melahirkan generasi baharu yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Kesimpulannya, jasa negarawan mesti segar dalam ingatan kita. Janganlah kita menjadi warga yang
bersikap seperti kacang lupakan kulitnya.