Anda di halaman 1dari 2

 Sesungguhnya / Sebenarnya / Bahawasanya / Padahal / Pada hakikat

 Ikatan silaturahim / ukhuwah yang renggang antara … dengan … dapat dikukuhkan


 Setiap hari / saban hari
 Masa senggang / masa lapang
 Mengelolakan masa dengan bijak / memanfaatkan masa
 Kemaslahatan / kebaikan / faedah
 Gejala lepak … kian gawat / meruncing / berleluasa / menular
 Kerajaan acap kali / sering mengingatkan rakyat tentang kepentingan menjaga
kesihatan namun usaha ini bagai menumpahkan air ke daun keladi.
 Menggamit / menarik pelancong dari luar Negara
 Seyogianya / sepatutnya / seharusnya
 Modus operandi / cara / langkah / inisiatif / pendekatan
 Kemelut / masalah
 Memusatkan / memberikan / menfokuskan perhatian
 senario yang menggusarkan fikiran masyarakat / memuncakkan kebimbangan
masyarakat
 Menggembleng tenaga / memusatkan tenaga
 Dipandang enteng / remeh
 Ibu bapa juga diberi mandat / berperanan untuk mengawasi anak-anak mereka…
 Langkah yang bestari / drastic / efektif / drastic / tentative
 Bergelandang / melepak / berkeliaran di mana-mana tanpa arah sehingga dinihari /
fajar
 … penting untuk mereka menempuh masa depan yang penuh ranjau / pancaroba /
cabaran

 Perlu memantapkan didikan moral dan agama dalam jiwa kita supaya adanya
kesedaran bahawa yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
 Saban hari masyarakat dihidangkan dengan berita tentang … yang terpampang di
dada-dada surat khabar dan dijadikan sebagai buah mulut hangat yang dibincang dari
kedai kopi hingga ke sidang parlimen.
 Oleh itu, kerjasama daripada … merupakan penawar yang paling berkesan bagi
mengatasi kemelut ini hingga akar umbi supaya tidak menggusarkan fikiran
masyarakat lagi.
 Segenap lapisan masyarakat juga melahirkan rasa bimbang kerana banyak
keburukannya.
 “Bumi yang tiada rimba umpama hamba. Bumi dicemar manusia jahil ketawa.” Lirik
lagu ini begitu indah dialunkan. Namun begitu, maksud yang tersirat dalam lirik
tersebut bertujuan menyedarkan kita betapa pentingnya alam sekitar yang bebas
daripada pencemaran kepada kita bagi menjalani kehidupan yang bermakna.
 Negara Bersih Rakyat Sihat. Slogan popular ini hanya akan menjadi kenyataan jika
setiap orang berusaha menjaga kebersihan persekitaran dengan sempurna dan tidak
bersikap sambalewa terhadap tanggungjawab ini yang diamanahkan oleh Tuhan kita.
 … bertuah menjadi rakyat di bumi gemilang ini.
 “Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa”
 Walhasil, pelajar mesti dikekang daripada melibatkan diri dalam … kerana mereka
merupakan orang yang bakal mengambil alih peranan meneraju negara ke arah
kegemilangan.
 Masalah ini nescaya dapat ditangani dengan adanya penggemblengan tenaga
daripada semua pihak kerana “Hendak seibu daya, tak hendak seribu dalih.”
 Agar Wawasan 2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata
 … remaja yang menyimpang jauh daripada aspek agama, nilai budaya dan akhlak.

Anda mungkin juga menyukai