Anda di halaman 1dari 3

Nota karangan Kesimpulan / Conclusion

Contoh 1 Akhirnya, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan masalah jenayah ini tanpa perlu menuding jari mencari kesalahan pula. Sementara itu pihak kerajaan harus mencari alternatif untuk menangani isu pembuangan kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak. Kegagalan mengawal jenayah ini mampu menjejaskan imej negara pada mata masyarakat dunia. Mungkin peribahasa sudah terantuk baru tengadah memberikan kita satu pandangan supaya bersedia sedia sebelum masalah itu berlaku. Contoh 2 Golongan muda-mudi diibaratkan tonggak pembangunan negara yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan negara. Dalam masa menongkah arus remaja, golongan ini sudah tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Namun kesilapan awal seharusnya dibetulkan secepat mungkin agar kesilapan yang sama tidak diulangi dan tidak dibiarkan begitu sahaja. Masyarakat umum sememangnya dapat menyekat pengaliran masalah ini sekiranya masing-masing sedar pentingya sikap tidak mementingkan diri sendiri di tangga.Sebaliknya bantuan dan keperihatinan masyarakat boleh diibaratkan pemangkin yang dapat mambanteras masalah golongan muda-mudi dn membantu mereka melalui pancaroba hidup dengan lebih tabah. Kita tidak mahu sudah terhantuk baru terngadah. Contoh 3 Konklusinya,semua golongan harus mengamalkan usaha yang pragmatik agar imej negara tidak tercalar di mata dunia.Janganlah kita mengerling enteng dan hanya akan sedar sekiranya berlaku kematian dalam kalangan mangsa ragut seperti kata peribahasa Melayu,sudah terhantuk baru terngadah. Contoh 4 Kesimpulannya,ibu bapa dan ahli keluarga memainkan peranan yang penting dalam menangani gejala social.Semua pihak terutama ahli keluarga seharusnya bekerjasama dalam usaha untuk mengekang gejala social yang semakin merumcing ini.Tanpa usaha yang bersepadu,dikhuatiri aspirasi negara iaitu pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara hanya berada di awing awangan dan angan angan mat jenin sahaja.Semoga dengan usaha yang dijalankan,negara akan harmoni seperti slogan keluargaku syurgaku dan semakin hari semakin sayang patut dihayati seisi komuniti supaya dapat melahirkan masyarakat yang madani dan sakinah.

Kosa kata
1.Maracapada = kini 2.Pidana = perbuatan jenayah 3.Drastik = segera 4.Diimplementasikan = dilaksanakan 5.Membejat = mengurang/mengekang/menghalang 6.Inisiatif = daya usaha 7.kehausan wang = mata duitan/terlalu mengejar wang 8.Ironinya = secara bertentangan 9.Obsesi = ketaksuban 10.Anjakan paradigma = perubahan yang lebih baik 11.Alpa = lupa/leka 12.Persepsi = tanggapan 13.Izhar = nyata/jelas 14.Dominan = kuat pengaruh 15.Lokal = setempat 16.Mengerling enteng = tidak ambil berat 17.Impak = kesan 18.Mangkin yang efektif = usaha yang berkesan 19.Holistik = keseluruhan 20.Pragmatik = bersifat praktikal 21.Meditasi : perbuatan duduk dan sebagainya dgn menumpukan sepenuh fikiran (emosi) ter-hadap sesuatu dengan mendalam 22. Manifestasi : melahirkan, memperli-hatkan, menunjukkan, menjadikan nyata

23.Mazkur

: tertulis, termak-tub, tercatat

24.Nilamkandi : permata nilam 25.Khizanatulkitab: perpustakaan, kutub-khananah,bahan bacaan selain kitab 26.Meninabobokkan : menyanyi supaya tidur (anak),mendodoikan 27.Terpelengak : tercengang kerana terperanjat (hairan) 28.Rosyom 29.Keuletan : muka masam (kerana marah, sombong) : ketabahan hati (dalam menghadapi sesuatu),

30.Sambalewa : tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu 31.Superlatif : bentuk kata menggam-barkan yang paling atau ter-, darjah (tingkatan) yang tertinggi. 32.Mengiri : menuju ke sebelah kiri. menepi (menuju, berundur) ke sebelah kiri. 33.Khudu 34.Prakarsa : sifat rendah hati : inisiatif, daya usaha, ikhtiar

Anda mungkin juga menyukai