Anda di halaman 1dari 10

Kes Rasuah

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan
konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin
tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat
luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam
aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai
kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah
ini semakin menular dalam masyarakat kita.
Sebenarnya, setiap kakitangan kerajaan harus mengamalkan nilai amanah dalam
menjalankan urusannya untuk menjamin kemajuan dan keamanan Negara. Mereka harus
mempunyai sikap bertanggungjawab yang kekal kerana mereka diamanah untuk
menguatkuasakan undang-undang dan menegakkan keadilan. Tambahan pula, kakitangan
kerajaan yang amanah dapat menimbulkan kepercayaan rakyat terhadapnya. sesebuah
Negara akan berkembang maju dan mencapai keamanan jika wujudnya kepercayaan antara
rakyat terhadap pihak kerajaan. Oleh itu, amalan rasuah harus dibanteraskan kerana itu
bukan sahaja mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan tetapi juga
membentuk masyarakat yang tidak sihat. Secara tidak langsung, imej Negara akan terjejas.
Di samping itu, setiap kakitangan kerajaan juga harus mengamalkan nilai mematuhi
peraturandan undang-undang. Mereka yang sepatut menjadikan contoh kepada rakyat malah
telah mewujudkan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Sehubungan dengan
itu, masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana undang-undang
yang longgar terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain telah menyebabkan
ramai pekerja awam mengambil kesempatandaripada kelemahan itu untuk mengambil wang
secara haram ini. Hal ini telah membuktikan betapa pentingnya untuk seorang kakitangan
kerajaan untuk menerima dan memahuthi peraturan serta undang-undang Negara.
Konklusinya, kakitangan kerajaan harus berpegang teguh kepada amanah serta mematuhi
peraturaan dan undang-undang supaya masalah rasuah dapat dibanteraskan.
Menjaga Keamanan Negara Tanggungjawab Bersama
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang mampu menikmati keamanan dan
kestabilan politik yang jarang ditemui di negara-negara lain. Keadaan ini membolehkan
ekonomi negara berkembang maju dan menyediakan peluang pekerjaan yang luas dalam
pelbagai sektor. Namun demikian, Malaysia tetap menghadapi cabaran-cabaran dalam usaha
mengekalkan keamanan negaramalah keaamanan sejagat.
Sebagai rakyat Malaysia, nilai cinta akan Negara harus sentiasa diamalkan. Kita harus
sentiasamempunyai perasaan sayang akan negara dengan berusaha untuk menepis segala
ancaman dalamandan luaran yang cuba menggugat keamanan serta keharmonian negara.
Misalnya, negara kita sedangmenghadapi ancaman najis dadah yang semakin menular dan
meningkat saban tahun. Negara bakal kehilangan tenaga kerja serta kepimpinan pelapis jika
masalah ini berterusan terjadi. Untuk mengawal ancaman ini menjadi kudis yang merebak,
setiap anggota masyarakat perlu mengambil kesedaran dan membantu kerajaan dalam
menangani permasalahan ini. Masyarakat harus sentiasa meletakkankepentingan negara
melebihi kepentingan diri dengan menjauhi diri daripada dadah supaya peratusanpenagih
tegar dapat diturunkan serta sekali gus mengekalkan keamanan negara.
Di samping itu, setiap warganegara harus saling membantu dan bekerjasama supaya
keamanan negara tercapai. Sudah acap kali kita dengar tentang berita kes jenayah yang
dikaitkan dengan golongan remaja seperti vandalisme, gengsterisme, dan buli. Kejadian ini
telah mengugat keamanan negara secaratidak langsung. Usaha membina yang dilakukan
pada setiap peringkat amat penting untuk membanteraskan jenayah ini, misalnya ibu bapa
berperanan bagi mendidik dan menyampaikan ajaran agama kepada anak mereka supaya
mereka tidak akan terjebak ke dalam kancah jenayah tersebut.Sebenarnya, usaha ini harus
dilakukan bersama antara semua pihak untuk mencapai keamanan dankesejahteraan negara.
Pihak sekolah juga dipertanggungjawabkan untuk menasihati pelajar agarkesannya terbabit
dalam jenayah-jenayah itu.
Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk mengekalkan keamanan negara
daripada anasir yang buruk. Kehidupan yang aman dan damai merupakan teras kepada
pembangunan negara yang maju.
Kemalangan Jalan Raya
Setiap hari,apabila kita membaca akhbar mesti kita menemui berita yang tentang
kemalangan jalan raya terutamanya ketika hari perayaan. Walaupun sudah diingatkan agar
para pemandu berhemah ketika memandu dan jangan terlalu bergembira untuk
mengelakkan tragedi di jalan raya,kemalangan tetap juga berlaku. Mengapakah keadaan ini
boleh berlaku?Apakah rakyat Malaysia tidak sayang akan diri sendiri dan keluarga masing-
masing?
Banyak sebab yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Paling utama ialah sikap
pengguna jalan raya.Mereka patut mengamalkan nilai hemah tinggi. Mereka patut beradab
sopan dan berbudi pekerti mulia dalam semasa di jalan raya. Tanpa ada urusan
penting,mereka gemar memandu laju dengan alasan kereta yang dinaiki cukup canggih untuk
menderum di jalan raya dengan cara tidak memandu dengan berhati-hati dan lampu isyarat
tidak dipatuhi. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka boleh menyusahkan penggunajalan
raya yang lain.
Selain itu,sikap pengguna patut mngamalkan nilai toleransi . Mereka patut bertolak
ansur,sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya. Apabila
mereka menghadapi kesesakan di jalan raya,mereka patut sabar dan mengawal perasaan diri
daripada memotong kenderaan di hadapan dengan sesuka hati.
Di samping itu,anak muda pula menjadikan jalan raya sebagai gelanggang perlumbaan
haram. Disebabkan ingin menang,mereka akan memandu selaju mungkin dengan melupakan
keadaan motosikal mereka dan kenderaan orang lain serta lupa akan keluarga dan nyawa
diri. Mereka seharusnya mengamalkan nilai rasional. Mereka sewajarnya berfikir
berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar.
Kesimpulannya,kita perlulah merenung secara mendalam akan masalah peningkatan
kemalangan jalan raya ini. Jika masalah ini tidak diatasi segera,jalan raya bukan lagi laluan
yang selamat. Pengguna jalan raya perlu ditanamkan akan perasaan sayang diri,sayang
keluarga dan sayangi orang lain agar menjadikan diri sentiasa berhemah ketika memandu.
Tanggungjawab seorang anak
Sekumpulan besar anak-anak zaman sekarang melupakan tanggungjawab dirinya untuk
menjaga dan mentaati ibu bapa mereka. Mereka sering memberialasan seperti sibuk dalam
kerjaya atau kerjanya dan tidak mempunyai masayang lebih untuk menjaga ibu bapa mereka.
Anak-anak sepatutnya memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa mereka dengan penuh
amanah. Anak-anak haruslah mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga iaitu
kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan
keluarga bahagia. Anak-anak yang bekerjaluar atau bersekolah di luar patutlah sentiasa
menelefon atau mengutus suratuntuk mengetahui keadaan hidup ibu bapa mereka. Sebaik-
baiknya anak-anak haruslah tinggal bersama ibu bapa dan menjaga mereka.
Amalan menziarahi ibu bapa tidak seharusnya terbatas pada hari-hari perayaan sahaja.
Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, kita haruslah sentiasa menziarahi ibu bapa
walaupun kita sibuk dalam kerja. Seseorang anak harus mengamalkan nilai kasih sayang
terhadap keluarga iaitu perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan
terhadap keluarga. Kita jugaharus mengingati jasa ibu bapa yang bersusah-payah untuk
mendidik dan menjaga kita dengan baik.
Selain itu, sebagai seorang anak, kita juga perlu sentiasa menghormati ibu bapa walaupun ibu
bapa seseorang mendidiknya dengan tegas. Hal ini keranaibu bapa ingin membesarkan kita
menjada seorang yang berdisiplin dan berguna kepada negara. Dengan ini, nilai hormat dan
taat kepada anggota keluarga harus diamalkan oleh anak-anak. Anak-anak perlu memuliakan
setiap anggota keluarga terutamanya ibu bapa. Anak-anak patutlah menerima dan
mendengar nasihat atau teguran yang diberi oleh ibu bapa. Lantaran itu, anak-anak juga
patut menghormati pendapat dan pandangan ibu bapa.
Kesimpulannya, saya berazam akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak.
Saya juga sedar bahawa tanggungjawab seorang anak amat diperlukan untuk mewujudkan
sebuah keluarga yang bahagia.
Remaja lari dari rumah dapat diatasi sekiranya serta ibu bapa memainkan peranan masing-
masing demi kesejahteraan hidup bersama. Dengan merujuk kepada beberapa nilai murni di
bawah, kedua-dua pihak ini dapat memainkan peranan bagi bagi menangani masalah ini.
Peranan yang perlu diamalkan oleh remaja serta ibu bapa demi kesejahteraan hidup bersama
adalah mengamalkan nilai rasional, iaitu remaja dan ibu bapa juga boleh berfikir
tentangkesan buruknya keluarga yang tidak aman damai serta kebaikannya tinggal sebagai
satu keluarga. Sebagai contoh, keluarga tersebut akan sentiasa hidup dalam keadaan
harmoni kerana setelah berfikir masak-masak, mereka sedar bahawa jika berlakunya
perpecahan ketenteraman keluarga, pasti susah untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Selain itu, ibu bapa serta remaja harus mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang
wajar supaya mereka dapat berfikir tentang kesan buruk dan baik tindakan mereka. Sebagai
contoh, ibu bapa dan juga remaja akan sentiasa memikirkan kepentingan semua individu
sebelum mengambil tindakan kerana mereka sedar bahawa jika tersalah mengambil
tindakan, susah untuk memperbaikinyamasalah tersebut.
Di samping itu, kedua-dua pihak ini haruslah menanamkan nilai tanggungjawab
terhadapkeluarga, iaitu kewajipan untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Sebagai contoh,
pihak- pihak ini bersatu padu dan hidup aman damai untuk mengeratkan hubungan antara
satu samalain. Tambahan pula, nilai tanggungjawab terhadap keluarga dapat melahirkan
keluargabahagia, meningkatkan imej dan juga menjaga maruah keluarga. Seperti
contoh,tanggungjawab yang dilaksanakan oleh setiap individu keluarga lama kemudian
akanmewujudkan sebuah keluarga yang amat mementingkan tali hubungan antara satu sama
lain sertamewujudkan sebuah keluarga yang bermaruah.
Nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga juga merupakan nilai yang harusdilahirkan
sejak muda lagi. Ibu bapa serta remaja juga harus memuliakan setiap anggotakeluarga
supaya dapat mencipta asas pembentukan keluarga yang harmoni untuk anggotakeluarga
mereka bersatu dan mengelakkan konflik antara satu sama lain. Sebagai contoh,anggota
keluarga remaja dan ibu bapa sentiasa menyokong antara satu sama lain walaupundalam
keadaan yang amat cemas dan kritikal.
Selain itu, remaja dan juga ibu bapa haruslah berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan terhadap anggota keluarganya. Seperticontoh, remaja dan ibu bapa duduk
bersama-sama bersama anggota keluarganya sekiranya adaisu-isu yang serius dan perlu
dibincangkan supaya dapat membawa idea yang sesuai untuk menyelesaikan isu tersebut.

Masyarakat perlu ada nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar, iaitu sikap memelihara
alam sekeliling supaya dapat mengelakkan ancaman kepupusan flora dan fauna.Sebagai
contoh, masyarakat tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka dan
penebangan hutan dan sebaliknya, berganding bahu memelihara flora dan fauna di
sekelilingnya.Selain itu, nilai ini membolehkan masyarakat untuk mendidik diri masing-
masing bagaimana caranya untuk memulihara alam sekeliling. Sebagai contoh, masyarakat
telah mengalakkan kerajaan untuk menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang dan
juga mewujudkan ladang hutan supaya dapat mengekalkan kewujudan species flora tersebut.
Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar juga adalah satu nilai yang perlu ditanam dalam
kalangan masyarakat, iaitu sikap yang prihatin terhadap persoalan alam sekeliling agar dapat
menghargai dan menyedari kepentingan alam sekitar yang bersih. Sebagai contoh,
masyarakat sentiasa memastikan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan
serta kesejahteraan mereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar
membolehkan masyarakat untuk berusaha menyelesaikan sebarang konflik flora dan fauna
yang sedang dihadapinya supaya dapat mengekalkan keunikan alam sekitar. Seperti
contohnya, masyarakat sering bekerjasama mencari penyelesaian untuk menangani masalah
seperti pembakaran terbuka di kawasan mereka agar keselamatan dan juga keselesaan hidup
dapat dijamin pada masa yangakan datang.
Masyarakat juga haruslah mempunyai nilai keharmonian antara manusia dengan alam
sekitar, iaitu sikap saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam
sekeliling agar dapat menjamin alam sekitar yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagai
contoh, masyarakat sering mengguna semula atau mengitar semula supaya dapat
mengurangkan permintaan bahan mentah untuk diproses dan akhirnya, menjimatkan masa
serta tenaga.
Selain itu, nilai ini dapat mewujudkan kualiti kehidupan terpelihara agar insan-insan pada
masa depan boleh menikmati keindahan serta keunikan yang telah dijaga dengan teliti.
Contohnya, masyarakat memelihara kualiti kehidupan dengan menanam pokok serta tidak
membuangsampah merata-rata dan juga tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh
mencemarkan udara.
Bidang : Kekeluargaan
Tajuk : Persediann menyambut perayaan Tahun Baru Cina
Penganjur : Ng Yew Fatt, ketua keluarga
Matlamat : Mewujudkan suasana yang bersih, ceria dan selesa untuk perayaan Tahun Baru
Cina.
Objektif : 1. Mengamalkan sesuatu kebiasaan yang diwarisi turun-temurun selama ini
bersama keluarga.
2. Mewujudkan kerjasama dan hubungan yang erat di kalangan anggota keluarga.
3. Melahirkan anggota keluarga yang saggup melaksanakan kewajipannya terhadap keluarga.
Perjalanan Projek: Aktiviti persediaan menyambut Tahun Baru Cina dijalankan pada 13
Febuari 2010 iaitu pada hari Sabtu dari jam 1.00pm hingga 5.00pm. Saya sekeluarga telah
melibatkan diri dalam aktiviti persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami telah mengadakan perbincangan antara ahli
keluarga tentang agihan tugas. Dalam perbincangan, saya telah menyumbang idea supaya
pintu pintu gerbang rumah kami dicat semula.
Semasa perjalanan aktiviti, saya dan ahli keluarga menyumbangkan tenaga untuk gotong
royong tersebut. Kami bekerjasama untuk memastikan kerja-kerja berjalan lancar. Saya
diamanah untuk menukarkan bantal tas dan bed cover baru. Kami telah bersukarela untuk
melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dengan tungkus lumus. Sikap kasih sayang
terhadap keluargadapat diterapkan apabila kami sanggup bantu-membantu antara satu sama
lain semasa melakukan tugas. Selaku ahli keluarga, saya mematuhi segala arahan ketua
keluarga supaya keadaan terkawal dan wujudnya suasana harmoni.
Tepat pada pukul 5.00pm, semua tugas telah kami siapkan. Aktiviti persediaan meyambut
perayaan Tahun Baru Cina ini amat berjaya atas kerjasama antara ahli keluarga.
Peranan Saya: Semasa aktiviti persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dilancarkan,
saya memastikan semua arahan dan tugas yang diarahkan oleh ketua keluarga dilakukan
dengan baik dan penuh tanggungjawab. Saya tidak merungut atau tidak berpuas hati apabila
diamanahkanuntuk membuat persediaan bersama keluarga untuk perayaan Tahun Baru Cina
kerana saya sepatutnya mengekalkan tradisi kekeluargaan ini. Saya juga menyumbangkan
idea bagi mengecat pintu gerbang supaya aktiviti gotong-royong ini lebih sempurna. Saya
turut merakamkan gambar foto sepanjang aktiviti dijalankan.
Kesan yang diperoleh: Aktiviti kerja amal iaitu persediaan menyambut perayaan Tahun Baru
Cina telah membuatkan saya berasa insaf tentang kepentingan mengamalkan sesuatu
kebiasaan yang diwarisi turun-temurun bersama keluarga. Saya dapat memahami bahawa
jikalau anggota keluarga tidakmengamalkan tanggungjawab ini, situasi keluarga akan
menjadi kurang aman dan damai. Hal ini juga memberikan kesedaran kepada saya bahawa
tugas persediaan sebelum sesuatu perayaan merupakan tanggungjawab setiap anggota
keluarga. Pengajaran yang saya dapat ialah kita patut mengamalkan nilai tanggungjawab
terhadap keluarga. Akhirnya, saya juga bersyukur kerana aktiviti kerja amal ini telah
mengubah sikap saya bagi sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti keluarga supaya
kesejahteraan hidup dapat dicapai.
Bidang : Alam Sekitar
Tajuk : Kitar semula bersama rakan
Penganjur : Ng Chi San, ketua kumpulan
Matlamat : Mengurangkan pembaziran sumber alam semula jadi serta mengurangkan kadar
pencemaran.
Objektif : 1. Menunjukkan sikap prihatin terhadap keadaan alam sekitar.
2. Mewujudkan kerjasama dan hubungan yang erat di kalangan pelajar.
3. Melahirkan warga Negara yang mencintai alam sekitar.
Perjalanan Projek: Aktiviti kitar semula bersama rakan dijalankan pada 21 Jun 2010 iaitu pada
hari Isnin dari jam 2.00pm hingga 5.00pm. Saya dengan seorang rakan telah hadir untuk
aktiviti kitar semula bersama rakan ini di rumah saya sendiri.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami telah membuat perancangan untuk
mendapatkan bahan tidak terpakai yang dapat dikitar semula. Dalam perbincangan, saya
telah menyumbangkan idea supaya mengumpulkan bahan tersebut daripada jiran terdekat
supaya dihantar ke tong ktiar semula.
Semasa perjalanan aktiviti, saya dan rakan telah bekerjasama untuk memastikan aktiviti ini
berjalan lancar dengan memegang sikap menyayangi dan menghargai alam sekitar. Saya
berperanan untuk mendapatkan bahan daripada jiran-jiran terdahulu. Selepas itu, kami
membersihkan bahan-bahan tersebut lalu mengkatergorikan mereka ke tiga jenis, iaitu
kertas, kaca,aluminium dan plastik. Kami tidak pernah mengabaikan mana-mana bahan yang
dapat dikitar semula kerana itu tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan
keharmonian antara manusia dengan alam sekitar.
Tepat pada waktu 5.00pm, semua bahan yang telah dikategori telah dihantar ke tong kitar
semula terdekat untuk dikitar semula. Aktiviti ini telah dijayakan akhirnya.
Peranan Saya: Semasa aktiviti kitar semula bersama rakan dilancarkan, saya memastikan
semua perkara persediaan dilengkapkan seperti menyediakan bag plastik besar. Saya juga
menyumbangkan idea bahawa mengumpulkan bahan tidak terpakai yang dapat dikitar
semula daripada jiran-jiran. Saya tidak pernah merungut atau tidak berpuas hati kerana
pengekalan alam sektiar merupakan tanggungjawab bersama. Saya juga amat bekerjasama
dengan rakan untuk mencapai matlamat sama iaitu memelihara dan memulihara alam
sekitar.
Kesan Yang Diperoleh: Aktiviti kerja amal iaitu kitar semula bersama rakan telah
membuatkan saya berasa insaf tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam
sekitar. Saya dapat memahami bahawa jika pengeluaran sumber bumi tanpa terhad ini terus
berlaku, maka sampah sarap akan bertambah berturut-turut dalam kuantiti besar. Hal ini
juga memberi kesedaran kepada saya bahawa tugas memelihara dan memulihara alam
sekitar bukan sahaja tanggungjawab pihak kerajaan tetapi setiap individu. Pengajaran yang
saya dapat ialah kita patut mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar serta
peka terhadap isu-isu alam sekitar supaya hubungan harmoni antara manusia dengan alam
sekitar dapat dijamin. Akhirnya, saya bersyukur kerana aktiviti kerja amal ini telah mengajar
saya untuk memelihara dan memulihara alam sekitar pada setiap masa.
Bidang : Alam Sekitar
Tajuk : Gotong royong di padang kawasan perumahan
Penganjur : Ng Chi San, ketua kumpulan
Matlamat : Mewujudkan suasana padang di kawasan perumahan yang bersih dan selesa
untuk diistirehat.
Objektif : 1. Menunjukkan sikap prihatin terhadap keadaan kawasan perumahan.
2. Menjalin hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekitar.
3. Melahirkan masyarakat yang mencintai kebersihan persekitaran.
Perjalanan Projek: Aktiviti gotong royong di padang kawasan perumahan dijalankan pada 20
Ogos 2010 iaitu pada hari Jumaat dari jam 2.00pm hingga 5.00pm. Seramai 5 orang pelajar
termasuk saya, telah hadir bersama untuk aktiviti gotong royong di padang kawasan
perumahan.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut, kami telah mengadakan perbincangan tentang agihan
tugas. Dalam perbincangan tersebut, saya telah menyumbangkan idea supaya sampah-sarap
yang kami kutip seperti kertas, tin aluminium dan botol kaca dapat dihantar ke tong kitar
semula.
Semasa perjalanan aktiviti, saya dan ahli-ahli kumpulan telah bekerjasama untuk menjayakan
aktiviti gotong royong di padang kawasan perumahan. Saya berperanan untuk mengutip tin-
tin aluminium kosong yang dibuang merata-rata tempat untuk dikitar semula. Sikap peka
terhadap isu-isu alam sekitar telah kita tunjukan dalam tindakan mengutip bahan untuk
dikitar semula kerana masalah kekurangan sumber alam semakin ketara. Kami juga mengutip
cabang pokok yang besar dan berbahaya untuk dibuang kemudian. Selaku ketua kumpualn,
saya telah mengatur strategi yang berkesan supaya aktiviti gotong royong ini dapat
dijalankan secara lancar dan efektif.
Tepat pada pukul 5.00pm, semua sampah-sarap yang dapat dikitar semula telah dihantar
ketong kitar semula mengikut jenis. Keadaan padang telah dipulih menjadi bersih sekali.
Peranan Saya: Semasa aktiviti gotong royong di kawasan perumahan dijalankan, saya selaku
ketua kumpulan telah mengarah ahli kumpulan untuk menjalankan tugas masing-masing.
Saya telah juga menyumbangkan idea bahawa sampah-sarap yang dapat dikitar semula
dihantar ke tong kitar semula selepas itu. Selain itu, saya telah bersungguh-sungguh megutip
tin aluminium dan cabang pokok di sekitar padang. Dalam sepanjang masa aktiviti dijalankan,
saya telah berperanan untuk merakamkan gambar foto untuk tujuan menlengkapkan kerja
kursus.
Kesan Yang Diperoleh: Aktiviti kerja amal ini iaitu gotong royong di padang kawasan
perumahan telah membuatkan saya berasa insaf tentang kepentingan menghargai dan
menjaga kebersihan padang kawasan perumahan. Saya dapat memahami bahawa padang
merupakan tempat rekreasi penduduk tempatan dan tidak patut dicemarkan supaya
penduduk dapat sentiasa menggunakan infrastrutur ini sepenuhnya. Hal ini juga memberi
kesedaran kepada saya bahawa tugas menjaga kebersihan kawasan perumahan merupakan
tanggungjawab penduduk tempatan. Pengajaran yang saya dapat ialah kita patut
mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar untuk menjamin kesejahteraan
hidup bersama. Akhirnya, saya bersyukur kerana aktiviti kerja amal ini telah mempengaruhi
saya untuk sentiasa menghargai dan menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
: KEKELUARGAAN
TAJUK : SAMBUTAN HARI JADI IBU
TARIKH : __/___/2011
TEMPAT : ALAMAT RUMAH ANDA
AHLI : ANGGOTA KELUARGA
OBJEKTIF KERJA AMAL 1
Memenuhi syarat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Menyambut Hari jadi Ibu bagi menunjukkan kasih saying.
Menunjukkan rasa kesyukuran saya terhadap ibu yang telahmembesarkan saya.
MATLAMAT
Matlamat kerja kursus ini ialah untuk menyemaikan perasaan menghargai jasa ibu dan bapa
dalam kalangan pelajar. Sambutan Hari jadi ibu dapat mengeratkan hubungan sesame
anggota keluarga. KonsepRumahku Syurgaku dapat dbentuk dalam kalangan rakyat
Malaysia.Keluarga yang bahagia dapat menjamin pembangunan negara yangberterusan.
PERSEDIAAN DANPELAKSANAAN
Saya beserta kakak dan abang saya telah berkumpul dan membincangkan pendapat kami
tentang sambutan hari jadi ibu. Kakak saya telah bersetuju membelikan kek kepada bapa dan
kakak saya manakala abang saya pula akan membelikan hadian buat ibu saya.Kami
sekeluarga amat riang kerana dapat menyambut sempena Hari jadi ibu saya. Kami juga
berpeluang membalas jasa ibu saya yang telah membesarkan kami menjadi insan yang
berguna kepada masyarakat.Maklumat sambutan hari jadi ibu saya ialah seperti yang berikut
Tarikh :
Masa :
Tempat : Alamat Rumah Anda
Bapa dan ibu saya dibawa ke ruang tamu. Ibu terkejut melihat kek yang terhidang di atas
meja. Emak saya memotong kek dan disuapkankepada kami.

Anda mungkin juga menyukai