Anda di halaman 1dari 2

Soalan Bahagian B : 06.07.

2021( SELASA )

UNIT 7 - BERPERIKEMANUSIAAN MEMBENTUK MASYARAKAT SEJAHTERA

Poster yang berikut adalah berkaitan dengan larangan mengeksploitasi kanak-kanak untuk tujuan
tertentu.

EKSPLOITASI
KANAK-KANAK
TIDAK WAJAR MENJADIKAN KANAK-KANAK
SEBAGAI “ ALAT “ UNTUK MENGUTIP DERMA

Bagaimanakah pengalaman nilai-nilai murni dapat membantu mencegah perlakuan tidak


berperikemanusiaan seperti eksploitasi kanak-kanak ? Berikan hujah anda berdasarkan nilai-
nilai yang dipelajari. ( 10 markah )

Panduan menjawab :
Kehendak soalan : cara-cara mencegah perlakuan tidak berperikemanusiaan
Nilai ( N ) : 1. nilai bertanggungjawab, 2. nilai rasional, 3. nilai kasih sayang, 4. nilai harga diri
Watak ( W ) : lapisan masyarakat / anggota masyarakat
Isu ( I ) : eksploitasi kanak-kanak
Huraian ( H ) : 1. Menjaga kebajikan kanak-kanak.
2. Bertindak wajar dalam menjaga dan mengasihi kanak-kanak.
3. Kanak-kanak berhak dihormati dan dilindungi bersama.
4. Melaporkan kejadian penderaan atau penculikan
5. Tidak menyembunyi kejadian eksploitasi kanak-kanak
6. Tidak bersubahat dengan sebarang sindiket
7. Memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa
8. Tidak memberi derma kepada pengemis kanak-kanak

SKEMA JAWAPAN :
Setiap anggota masyarakat ( W ) harus mengamalkan nilai bertanggungjawab ( N1 ) dalam isu
di atas, iaitu eksploitasi kanak-kanak ( I ). Kita harus mempunyai tanggungjawab menjaga kebajikan
kanak-kanak sebaik mungkin ( H1 ), umpamanya menyediakan makanan, pakaian dan tempat
tinggal yang selamat ( C1 ).Selain itu, semua anggota masyarakat ( W ) harus juga mengamalkan
nilai kasih sayang ( N3 ) dalam mencengah perlakuan tidak berperikemanusiaan tersebut ( I ). Kita
patut bertindak wajar dalam menjaga dan mengasihi kanak-kanak ( H2 ) seperti menjaga emosi
mereka ( C2 ). Ini kerana kanak-kanak berhak dihormati dan dilindungi bersama ( H3 ). Dalam hal ini,
semua lapisan masyarakat hendaklah mengamalkan nilai rasional ( N2 ) dalam membantu
mencegah isu tersebut. Kita harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa ( H7 )
apabila mendapati kes eksploitasi kanak-kanak, umpamanya melaporkan kejadian penderaan atau
penculikan kanak-kanak( H4 ). Kita bukan sahaja tidak boleh bersubahat dengan sebarang sindiket (
H6 ) malah tidak memberi derma kepada pengemis kanak-kanak ( H8 ).

Anda mungkin juga menyukai