Anda di halaman 1dari 6

CARA-CARA MENGENANG

JASA PENJUANG TANAH AIR

AHLI KUMPULAN : 1.HARRINEESRI A/P RAMACHANDRAN


2.RANITHERAA A/P MANES
3.SHAVINDERA A/P KUMARAMANGALAM
4.SHESHARVINI A/P NATHAN

KELAS: 3 UNIVERSITI MALAYA


Pendahuluan
Pejuang merupakan orang yang mencapai atau membebaskan
tanah air daripada penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan tanah
airnya. Sumbangan dan jasa bakti yang diberikan oleh mereka akan
tetap menjadi kenangan dan diingati oleh setiap insan di Malaysia.
Nama tokoh-tokoh seperti negarawan merebak bagaikan virus
pandemik yang melanda negara dan semakin mendapat perhatian
semua pihak. Contohnya, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak,
Tun Sambathan dan ramai lagi. Pengorbanan yang mereka lakukan
mestilah dihormati sehingga akhir nafas kita. Perkara ini sesuai
dengan peribahasa gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati
meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama. Pihak
media turut acap kali menguar-uarkan informasi tentang kepentingan
mengenang jasa pejuang tanah air saban hari namun segala inisiatif
tersebut menjadi ibarat hujan jatuh ke pasir. Jika dikaji sehingga akar
umbi ,terdapat pelbagai cara yang boleh dilaksanakan untuk
mengenang akan jasa pejuang tanah air dalam kalbu rakyat Malysia
ISI 1 – MEMBINA MEMORIAL
Sebagai pembuka tirai bicara ini, antara cara yang perlu diambil
oleh pihak kerajaan ialah membina memorial pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Hai ini bermakna cara ini melahirkan ruang dan
peluang kepada masyarakat untuk mengunjungi ke tempat tersebut
dan mengetahui tentang jasa pengorbanan yang dilakukan oleh
pejuang tanah air kita. Dengan cara ini, perasaan cinta akan nusa
akan menimbul di batin masyarakat. Natijahnya, kerajaan perlulah
membina tempat memorial agar melahirkan masyarakt yang
menghargai jasa dan budi negara. Perkara ini persis dengan
peribahasa seperti tak kenal maka taka cinta.
Isi 2
Seterusnya, jika dilihat daripada lensa perbincangan ini, cara lain yang lebih efektif yang
boleh diambil oleh pihak masyarakat ialah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian. Nilai-nilai murni seperti bersatu padu, hormat-menghormati dan toleransi amalan afdal
untuk menjalikan hubungan yang baik antara kaum tanpa  mengira warna kulit, adat budaya dan
agama. Mari kita ambil contoh, masyarakat haruslah mengelakkan daripada menggunakan kata-
kata kesat dengan kaum lain untuk mengelakkan pergaduhan, pertengkaran dan perselisihan faham
dan juga mengamalkan amalan toleransi yang sihat semasa program seperti gotong-royong yang
menganjurkan oleh tempat kediaman. Dengan cara ini, kaum yang berbeza di negara ini dapat
menjalani kehidupan yang harmoni dan bahagia.Hubungan antara kaum lain juga tentu kekal lama
apabila masyarakat menghormati persaan orang lain .Akhirnya, demi menjalani kehidupan ibarat
muafakat membawa berkat,nilai-nilai positif wajar diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat .
Penutup
Daripada penerangan di atas, jelaslah bahawa, mengenang jasa pejuang tanah air dapat
diwujudkan dalam kalangan semua pihak dengan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya
sebelum nasi menjadi bubur. Insan di negara ini haruslah sedar bahawa pejuang tanah air telah
banyak menyumbangkan untuk negara kita dan juga sedar akan jasa negarawan dalam ingatan
kita .Golongan dewasa seperti ibu bapa mestilah mendidik anak-anak tentang jasa pejuang tanah air
sejak usia muda lagi bak kata peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kemerosotan
mengenang jasa pejuang tanah air boleh meranapkan imej negara dan meperlahankan kemajuan
negara. Ayuh rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menyemai kenangan jasa pejuang tanah
air dalam diri masing-masing supaya rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan yang persis
dengan peribahasa seikat bagai sirih,serumpun bagai serai dan janganalah kita menjadi masyarakat
yang bagai kacang lupakan kulit.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai