Anda di halaman 1dari 5

SULIT

ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 2017


RUJUKAN PEMERIKSA
_____________________________________________________________________

SOALAN LISAN INDIVIDU


KATEGORI BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1. ESTETIK, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN

Pakaian tradisional merupakan identiti sesuatu kaum atau bangsa. Nyatakan


pakaian radisional kaum -kaum terbesar di Malaysia yang anda tahu?
 Melayu – Baju Melayu, baju kurung, baju kebaya
 Cina - Samfoo, Cheongsam
 India - Dhoti, sari

Andainya anda seorang pereka fesyen pakaian dan diberi peluang mereka baju
bercirikan Malaysia, huraikan tentang kelebihan dan keistimewaan pakaian rekaan
anda itu.

 Corak
 Warna
 Bentuk/potongan
 - sebarang cadangan/ulasan yang berkaitan diterima.

2. EKONOMI, KEWANGAN&KEUSAHAWANAN

Adakah anda bersetuju bahawa menabung suatu sikap yang patut diamalkan dari
usia muda? Mengapa?
 Ya.
 langkah berjimat
 simpanan untuk masa kecemasan
 pengurusan kewangan yang lebih baik
 membantu kewangan keluarga
 tidak membazir dalam berbelanja
 berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit

3. ISU SOSIAL

Gejala sosial seperti masalah ponteng, pergaduhan, buli, vandalisme, melayari


laman sosial negatif dan sebagainya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja
masa kini makin meningkat. Pada pendapat anda apakah punca-punca yang
menyebabkan berlakunya isu tersebut?

P ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 201


SULIT

ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 2017


RUJUKAN PEMERIKSA
_____________________________________________________________________

 Kurang didikan agama/moral diri kanak-kanak dan remaja


 Sikap tidak mengambil berat/kawalan dari ibu bapa
 Pengaruh rakan sebaya/kumpulan rakan yang bersikap negatif.
 Sikap individualistik masyarakat masa kini yang tidak mahu mengambil tahu
tentang hal orang lain
 Pengaruh negatif media massa
 Kemudahan gajet tanpa kawalan dan pemantauan.
 Naluri ingin mencuba dalam kalangan kanak-kanak dan remaja

4. PERTANIAN

Pertanian membekalkan sumber keperluan makanan sebagai nadi kehidupan


manusia. Sektor pertanian di Malaysia kini dilihat sebagai pemangkin utama dalam
merancakkan perkembangan ekonomi negara. Bincangkan.

 Memastikan bekalan makanan mencukupi. Kerajaan Malaysia mahu


memastikan negara tidak mengimport atau mahu mengurangkan
kebergantungan kepada negara luar.
 Menyediakan peluang pekerjaan. Sektor pertanian bukan sahaja bermaksud
bekerja di lading, malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran.
 Menjana pendapatan negara dan masyarakat. Hasil tani yang dituai oleh petani
kecil-kecilan dapatlah dijual kepada pemborong dengan harga yang berpatutan
untuk dijadikan penyambung rezeki. Tanaman komersial pula, dapat
menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jelaskan bagaimana aplikasi teknologi dan inovasi dalam bidang pertanian


adalah penjana sebenar industri pertanian negara.

 Peningkatan produktiviti pertanian.


 Teknologi maklumat dapat membantu petani untuk mendapatkan maklumat
yang relevan dan tepat mengenai pertanian dalam menghasilkan produk yang
lebih maksima.
 Teknologi dan inovasi juga dapat membantu memudahkan kerja-kerja pertanian
dijalankan.

P ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 201


SULIT

ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 2017


RUJUKAN PEMERIKSA
_____________________________________________________________________

5. KESELAMATAN

Kemudahan internet tidak dinafikan memberi banyak manfaat kepada manusia.


Malangnya, internet juga mempunyai keburukan kerana ia mengandungi ancaman
terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan remaja.Kemukakan cadangan
anda untuk mengatasi ancaman keselamatan dalam talian.

 Pendidikan kesedaran ancaman keselamatan laman sosial perlu disebarluaskan


untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
 Didikan awal dan kawalan dari ibu bapa berkaitan penggunaan gajet atau
telefon pintar.
 Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam mengawal kemudahan akses laman
sosial yang berkaitan.
 Berkongsi data dan fakta ancaman keselamatan sesama rakan.

6. KEKELUARGAAN

‘Keluarga BahagiaTonggakKemajuan Negara’. Bincangkan.


 Frasa tonggak sebagai pemangkin atau penentu
 Kemajuan negara pula diertikan sebagai kecemerlangan sesebuah negara
dalam segenap aspek
 Keluarga yang mampu mendidik anak-anak memahami ajaran agama mampu
menjadikan seseorang yang beramal dengan agama secara sempurna akan
mempunyai kestabilan emosi. Orang yang mempunyai kestabilan emosi tidak
akan mengganggu orang lain ataupun merosakkan keamanan negara.
 Keluarga bahagia ialah keluarga yangmampu memberi pendidikan formal
kerana negara sangat memerlukan rakyat yang mampu menyumbang tenaga
dan fikiran ke arah pembangunan negara.
 Keluarga bahagia ialah keluarga yang mencintai perpaduan. Cogan kata yang
selalu disebut, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh sewajarnya dijadikan
pegangan oleh semua ahli masyarakat.
 Keluarga bahagia ialah keluarga yang mendapat kasih sayangseseorang yang
tidak mendapat kasih sayang tidak akan dapat bertolak ansur dengan orang lain
ketika bekerjaSuasana kerja yang baik akan menyebabkan peningkatan
produktiviti dan memajukan negara.

P ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 201


SULIT

ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 2017


RUJUKAN PEMERIKSA
_____________________________________________________________________

Jika anda merupakan pengerusi Rukun Tetangga di kawasan perumahan anda.


Apakah yang anda akan lakukan dalam menerapkan sikap kekeluargaan
dikalangan pendudukan di kawasan tersebut.

 Mengadakan ceramah kekeluargaan.


 Mengadakan aktiviti seperti hari keluarga.
 Mengadakan kempen Keluarga Bahagia.

7. PERPADUAN

Rukun negara kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan mengajar rakyat untuk
bersopan dengan satu sama lain dan mengelakkan pergaduhan. Terangkan
bagaimana rukun negara kelima itu dapat membantu rakyat Malaysia bersatu padu.
 Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan
sekarang.
 Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan
amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
 Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk
seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang
akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
 Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
 Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan masyarakat yang
dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam konteks hubungan
etnik di Malaysia.
 Jika rakyat tidak mengamalkan prinsip ini maka boleh mengakibatkan
kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaum
dan sebagainya.
 Keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatupadu, bermaruah
dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia
sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang danTerbilang.

Terangkan bagaimanaperanan media massa dalam membantu membentuk


perpaduan dikalangan masyarakat berdasarkan prinsip rukun negara kelima
tersebut.

P ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 201


SULIT

ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 2017


RUJUKAN PEMERIKSA
_____________________________________________________________________

 Mengadakan kempen kesopanan dan ketatasusilaan.


 Mewujudkan iklan-iklan yang berkaitan
 Menayang lebih banyak tayangan yang mempunyai ciri-ciri kesopanan dan
ketatasusilaan.

8. KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

“Kebersihan mempengaruhi kesihatan individu”. Sejauh manakah anda bersetuju


dengan petikan tersebut?

 Kebersihan meliputi hal-hal seperti kebersihan badan, kebersihan persekitaran


tempat tinggal, kebersihan makanan, kebersihan pakaian dan sebagainya.
 Bagimengekalkan kebersihan badan perkara-perkara seperti mandi, mengosok
gigi, mencuci muka, mengemaskan rambut, mencuci tangan sebelum makan,
menjaga kebersihan pakaian sangat perlu kerana tubuh badan yang kotor akan
menimbulkan pelbagai penyakit.
 Persekitaran yang kotor dan tercemar mengundang kepada penularan wabak
penyakit yang mengundang tahap kesihatan

Pada pendapat anda bagaimanakah sekolah dapat membina perlakuan amalan


kebersihan untuk kesihatan dalam pembelajaran formal di sekolah.

 Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan


dalam menjalani kehidupan seharian.
 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen wargasekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan.
 Mewujudkan iklim, serta identiti sekolah sebaga iinstitusi yang sihat dan bersih.
 Menyediakan menu yang sihat di kantin sekolah.

P ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI SABAH 201

Anda mungkin juga menyukai