Anda di halaman 1dari 2

Kerjaya Meniti Jaya

Pada era pascakemerdekaan ini, kerjaya merupakan perkembangan dan kemajuan seseorang dari
segi pekerjaan dalam mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Namun begitu, bidang pekerjaan
yang begitu banyak seringkali menyukarkan seseorang untuk menentu hala tuju hidup mereka
terutamanya para remaja yang telah habis sekolah atau para siswazah. Skop pekerjaan yang meluas
dan mencabar juga menjadi cabaran kerana terdapat persaingan yang hebat dan pakar dalam
pelbagai bidang. Dengan generasi muda yang lebih pakar dalam bidang teknologi dan menggunakan
gajet, ramai generasi muda gemar menceburi kerjaya menjadi influencer, pemain permainan online
professional,pereka aplikasi dan juruterbang dron. Perkara ini tidak mustahil untuk pekerjaan baharu
dapat diwujudkan dan dimajukan. Persoalannya, apakah persediaan yang perlu disiap siagakan oleh
generasi kini bagi mencapai kerjaya impian mereka?

Bagi membuktikan seseorang pekerja itu dapat melakukan tugas yang baik, mereka haruslah
mempunyai keputusan dan pencapaian yang cemerlang. Para siswazah yang ingin mencapai kerjaya
impian mereka wajarlah memenuhi diri dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan tentang bidang yang
ingin menceburi. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seseorang itu memperolehi ilmu
pengetahuan yang banyak dengan membaca bahan ilmiah, mereka sekaligus dapat mematangkan
fikiran. Persis kata bahasa Melayu, jauhari juga mengenal manikam bahawa seseorang mampu
melaksanakan pekerjaan yang berkaitan bidang yang diceburinya. Dengan itu, amalan membaca
mampu meningkatkan pemikiran kritis seorang pekerja dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi
membaca itu jambatan ilmu.

Jika dilihat dari perspektif yang lain pula, para siswazah perlu mempunyai daya saing yang tinggi.
Golongan pemuda-pemudi ini perlu berhadapan dengan cabaran dunia yang kian mencabar dengan
bidang yang ingin diceburi. Remaja di Malaysia sememangnya berbeza dengan remaja di luar negara
kerana mereka sudah diajar sejak kecil untuk berdikari. Oleh hal yang demikian, remaja di luar
negara terutamanya di Amerika Syarikat jauh lebih matang dan mempunyai daya saing yang tinggi.
Oleh sebab itu, kita perlulah sentiasa bersiap sedia dan tidak mudah berputus asa apabila
berhadapan dengan pelbagai rintangan dan cabaran sekali gus membekalkan diri dengan semangat
juang yang tinggi untuk mencapai impian kerjaya kerana bak kata mutiara, jika tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. Misalnya, mampu menghasilkan teknologi gajet dan robotik yang
setanding dengan teknologi gajet remaja yang lain. Sudah terang lagi bersuluh sememangnya
seseorang dapat mencapai kejayaan dalam bidang diceburi jika mereka memiliki daya saing yang
tinggi.

Dalam pada itu, seorang pekerja haruslah mempunyai kemahiran sosial yang mantap bagi
memastikan dirinya lebih menonjol daripada pekerja yang lain. Selain majikan lebih bergantung dan
mempercayai seseorang berkebolehan dalam melakukan tugas denga baik, majikan juga menilai
kemahiran berkomuniksi pekerja. Hal ini wujud akibat daripada, kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah mampu menyenangkan kerja
kita kerana ia merupakan kemahiran asas sosial yang kita telah perolehi sejak kecil lagi. Oleh sebab
itu, kita perlu melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kokurikulum sejak kecil kerana meluntur buluh
biarlah dari rebungnya. Kesannya, remaja perlu mempunyai kemahiran sosial dan menjadi seperti
garam jatuh di air untuk mencapai kerjaya impian mereka.

Di samping itu, bagi mencapai impian kejayaan, kita perlulah mempunyai minda yang kreatif dan
inovatif. Hal ini tercetus apabila seseorang itu dapat berfikir di luar kotak untuk melakukan perkara
yang boleh memberikan impak yang luar biasanya kepada masa hadapan. Oleh sebab itu, pemikiran
yang kreatif dan inovatif dapat menangani cabaran-cabaran yang bakal kita tempuhi kelak. Kreativit
juga boleh dianggap sebagai hasil iaitu sebagai contoh Thomas Edison orang yang petama berjaya
menghasilkan mentol lampu dengan pemikirannya yang kreatif. Bagi sesetengah kanak-kanak,
mereka mempunyai sedikit hasil orientasi kerana mereka cepat bosan namun jika digalakkan dan
dimotivasikan, akan menjadi hasil yang mereka banggai. Saya yakin rakyat Malaysia mengenali
peribahasa ini, belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam jika kanak-kanak dan remaja
digalakkan lagi untuk mempunyai minda yang kreatif. Natijahnya, mempunyai minda yang kreatif
dapat membantu kita mencapai impian kerjaya yang diingini.

Tuntasnya, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Semua terserah kepada
usaha masing-masing untuk berjaya atau memenuhi impian sendiri. Oleh itu, kita perlulah
menyiapkan diri dengan persediaan-persediaan ini untuk mencapai kejayaan diri kerana saya
percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Seperti kata-kata tokoh perniagaan,
Soichioro Honda mengatakan “ada pepatah Jepun yang mengatakan ‘Angkat layar dengan tangan
Anda yang lebih kuat’, maksudnya anda harus mengejar peluang yang muncul dalam hidup dengan
kemampuan diri yang terbaik.”

Anda mungkin juga menyukai