Anda di halaman 1dari 22

BAB SATU

FALSAFAH ILMU

Tajuk 2 - Sumber Ilmu

Objektif:

Menjelaskan sumber-sumber ilmu.


 Menerangkan konsep-konsep wahyu, akal dan indera.
 Menerangkan hierarki ilmu.
SUMBER ILMU

o Dalam falsafah barat, terdapat beberapa


aliran pemikiran yang berbeza tentang
sumber ilmu.

o Islam datang dengan memperkenalkan


ilmu bersumberkan wahyu.

o Di samping wahyu, Islam juga mengiktiraf


sumber-sumber lain iaitu akal & indera.
SUMBER ILMU

WAHYU INDERA

AKAL
Sumber utama ilmu WAHYU
Diturunkan dari langit melalui Jibril
Ilmu tanzil
kepada para rasul

Sumber wahyu Al-Quran


utama & pertama

DEFINISI AL-QURAN
“Kalam Allah yang qadim dan mukjiz (melemahkan
musuh) diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. dan membaca-
nya dikira ibadat”
Firman Allah: “Kitab ini tidak ada keraguan padanya
sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa”
AL-BAQARAH : 2

 Ilmu yang benar mestilah selari dengan al-Quran.

 Selain sebagai petunjuk, al-Quran adalah kitab ilmu –


mengandungi konsep asas ilmu.
 Namun perincian ilmu ditinggalkan kepada manusia
untuk memikirkannya - dengan kekuatan akal.

 Al-Quran hanya menggariskan konsep asas agar manusia


tidak tersesat jalan dalam penerokaan ilmu.
Contoh-contoh perbicaraan ilmu dalam al-Quran:
Jenis wahyu kedua daripada Allah : Hadis / Sunnah

Nabi Muhammad SAW tidak berkata-kata kecuali


berupa wahyu. Firman Allah:
‫ق َع ِن ْالهَ َوى‬
ُ ‫نط‬ َ ‫ِإ ْن هُ َو ِإاَّل َوحْ ٌي ي‬
ِ َ‫ُوحى َو َما ي‬
“Tiadalah yang diucapkannya (Muhammad) itu
menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu tidak lain
hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya…”
Surah an-Najmi : 53-54

Hadis berperanan menghuraikan ayat Quran yang umum.


Menurut Sheikh Yusuf al-Qardhawi – terdapat bab khusus tentang ilmu –
terdapat beratus-ratus hadis tentang ilmu.
Contoh-contoh hadis berkaitan ilmu:
“Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim”
- Riwayat Imam Bukhari
DEFINISI HADIS @ AS-SUNNAH
“Sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW
sama ada perkataan, perbuatan dan taqrir (pengakuan).
- Ulamak Hadis

Sunnah Fi’liyyah Segala perbuatan Nabi Muhammad SAW seperti


(Sunnah Perbuatan) menunaikan solat lima waktu.

Segala perkataan dan ucapan Nabi Muhammad


BAHAGIAN Sunnah Qawliyyah
SAW seperti sabda Baginda : Sebarkanlah
SUNNAH (Sunnah Perbuatan)
salam…”

Sunnah Taqririyyah Sesuatu yang diakui dan diizinkan oleh Nabi


(Sunnah Muhammad SAW dengan cara diam tanpa
Pengakuan) membantah terhadap perbuatan dan percakapan
sahabat di hadapan baginda, seperti sahabat
memakan dhab.
Sumber Ilmu kedua :
AKAL
 Antara kelebihan manusia – kemampuan akalnya.
 Akal – alat untuk berfikir. Antara anugerah terbesar
 daripada Allah untuk manusia.
 Allah mengangkat darjat manusia berbanding makhluk
 yang lain dengan kekuatan akalnya.
 Firman Allah: (maksudnya)

 Sesungguhnya Kami memuliakan keturunan Adam, dan


 Kami memberikan mereka kemudahan untuk menggunakan
 Kenderaan di daratan dan di lautan, Kami berikan rezeki
 Kepada mereka daripada jenis yang baik-baik serta Kami
 Telah lebihkan kedudukan mereka berbanding dengan
 Sekelian makhluk yang lain.
 [ Al-Isra’ : 70]
Al-Quran dan akal

Banyak ayat yang Allah meminta manusia


menggunakan anugerah akal :
“Tidakkah kamu berakal?”
“Tidakkah kamu mengambil pengajaran?”
“Tidakkah kamu berfikir?”

“Sesungguhnya Kami (Allah) penuhkan neraka Jahannam itu


dengan kebanyakan drpd jin dan manusia. Mereka dikurniakan
hati/akal tetapi tidak berfikir dengannya (akan keagungan Allah)
dikurniakan mata tetapi tidak melihat (tanda kebesaran Allah),
dikurniakan telinga tetapi tidak mendengar (ayat-ayat Allah),
mereka itu ibarat binatang ternak bahkan lebih sesat daripada itu.
Surah al-A’raf : 172
Fungsi dan Peranan Akal

 Membezakan antara baik-buruk, benar-salah, dan seumpamanya.


 Berfikir dan merenung ciptaan Allah untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
 Meneroka dan menghasilkan inovasi dan pemikiran yang membina.
 Menginsafi dan mengenali hakikat dan peranan diri.

Kedudukan Akal Dalam Islam

Bagaimanapun hebatnya kemampuan akal, masih tetap terbatas –


kerana akal hanya boleh mengkaji dan menyelidiki perkara-perkara
bersifat lahiriah dan fizikal. Akal tidak mampu memikirkan persoalan
ghaib. Oleh itu akal masih memerlukan panduan dan bimbingan wahyu
dalam memahami sesuatu.
Indera

 Indera atau pancaindera iaitu pengalaman pancaindera / deria.


 Manusia dibekalkan dengan lima deria – penglihatan, pendengaran,
 rasa, bau dan sentuhan.

 Ilmu diperolehi melalui pengalaman, pembacaan, ujikaji,


 penyelidikan, pengamatan, penglihatan dan sebagainya –
 sama ada secara terus atau dengan bantuan alat.
Pancaindera adalah sumber ilmu yang paling rendah.
Ia membantu akal dalam menilai sesuatu. Akal kemudian
mentafsir dan menilai maklumat untuk menjadi bahan ilmu.
Islam mengiktiraf indera

 Islam menerima indera sebagai salah satu sumber ilmu.


 Penciptaan indera dan akal saling membantu untuk
 mencari kebenaran hakiki

Firman Allah:
“Sesungguhnya Kami (Allah) penuhkan neraka Jahannam itu dengan
kebanyakan drpd jin dan manusia. Mereka dikurniakan hati/akal tetapi
tidak berfikir dengannya (akan keagungan Allah) dikurniakan mata tetapi
tidak melihat (tanda kebesaran Allah), dikurniakan telinga tetapi tidak
mendengar (ayat-ayat Allah), mereka itu ibarat binatang ternak bahkan
lebih sesat daripada itu.
al-A’raf : 172
Hierarki Sumber Ilmu

Wahyu adalah sumber ilmu tertinggi dan utama.


Sifat wahyu sentiasa benar dan pasti benar – kerana ia datang
daripada Allah Yang Maha Benar.

Ilmu yang bersumberkan selain wahyu – akal dan pancaindera –


diakui benar apabila ia selari dan tidak bercanggah dengan wahyu.

Sumber ilmu kedua adalah akal dan ketiga adalah pancaindera.


Akal dan indera bersifat terbatas dan ada kelemahan. Oleh itu akal
mestilah berpandukan wahyu agar tidak terbabas dan tersasar
daripada hakikat kebenaran.
Wahyu dan ilmu

Dr Danial Zainal Abidin mengatakan:


“Al-Quran dan Sunnah merangsang umat Islam memiliki
minda saintifik - minda yg mementingkan bukti & dalil, -
berjaya melahirkan saintis Muslim yang agung dan
terkemuka di dunia.”

“Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui


cerapan - analisis dengan menggunakan pancaindera serta
fahaman yang lahir daripadanya.”

"Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji


namun menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki oleh
manusia - Justeru sains Islam menjadikan wahyu sebagai
sumber
rujukan tertinggi”
”Teori BIG BANG”
Alam ini pada asalnya bercantum padu,
Kemudian berlaku satu letupan yg kuat
pada 10 – 20 bilion tahun lalu –
Hasil letupan itu berlaku proses pengembangan
& mewujudkan angkasa lepas, galaksi,
matahari dan lain-lain.
Teori ini diutarakan oleh Albert Einstein dan
Alexander Friedmann.

Al-Quran sudahpun menyatakan hal tersebut


dalam Surah al-Anbia’ (21): ayat 30  
”Tidakkah orang2 kafir itu memikirkan dan
mempercayai bahawa sesungguhnya
langit dan bumi itu pada asalnya bercantum
sebagai benda yang satu, lalu Kami (Allah)
memisahkan antara keduanya.”
“Keajaiban Al-Quran Dalam Telaah Sains Modern”
Pengarang - Dr. Zakir Naik, Dr. Gary Miller

Kesan Cap Jari


Setelah penelitian yang dilakukan oleh Francis
Golt pada tahun 1880, cap jari menjadi method
latihan identifikasi. Tidak ada dua orang di dunia
ini yang mempunyai pola cap jari yang sama, itulah
alasan kepolisan di seluruh dunia menggunakan
cap jari untuk mengidentifikasi penjahat.
Punca Sakit
Dulu para saintis menjangka kesakitan disebabkan oleh signal dari
otak. Tetapi penemuan terkini membuktikan bahawa terdapat apa
yang dikatakan "pain receptors“ di bawah kulit yang
menyebabkan
sesaorang itu merasa sakit.

Hakikatnya Allah telah menjelaskan hal ini:


"Sesungguhnya orang-orang yang kafir
kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami
masukkan ke dalam neraka. Setiap kali kulit
mereka hangus, Kami gantikan kulit mereka
dengan kulit yang lain, supaya mereka
merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana”
Surah An-Nisa ayat 56
Kesimpulannya:

 Wahyu (Quran & Hadis) adalah sumber ilmu


yang tertinggi dan utama dalam Islam.
 Sarjana barat turut mengakui hal ini- mereka
juga mengkaji & menyelidik ayat al-Quran.
 Kajian berasaskan wahyu membawa manusia
mengakui kebesaran & kekuasaan Allah –
lalu tunduk patuh hanya kepada Allah.
Perbezaan Perspektif Islam-Barat

 Aliran pemikiran barat hanya menerima akal dan indera sahaja


sebagai sumber ilmu
 Mereka menolak sumber ilmu berbentuk metafizik @ ghaib
seperti wahyu.
 Kesannya – wujud suatu jurang yang jauh antara Barat dan Islam.
 Penolakan wahyu memberi kesan yang besar terhadap
kepercayaan adanya hari akhirat, pembalasan Syurga – Neraka
dan sebagainya.

 Dalam Islam – perkara yang wajib diimani – “Sam’iyyat” –


hanya diperolehi melalui wahyu.
 Perkara itu tidak akan dapat dibuktikan oleh ilmu indera
atau akal semata-mata.
 Apabila Barat menolak wahyu ertinya mereka menolak agama.
 Sigmund Freud mengatakan – “Agama tidak lagi diperlukan
kerana tempatnya telah diambil alih oleh sains”.
Perbezaan Perspektif Islam-Barat

 Perbezaan antara dua pemikiran tamadun;


Barat dan Islam – Paksi sumber ilmu barat hanya
mendatar “vertical” ; berdasarkan indera dan akal.
 Paksi ilmu Islam berbentuk “horizontal “– menerima indera,
akal dan wahyu.
 Di sinilah kelebihan sumber ilmu Islam kerana
mengiktiraf Pencipta.
 Peranan wahyu mengawal sumber ilmu lain supaya selari
dengan wahyu.

Anda mungkin juga menyukai