Anda di halaman 1dari 11

Nama murid : ...........................................................................

Kelas : ..................................

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN
09410 PADANG SERAI, KEDAH.

PEPERIKSAAN AWAL TAHUN TINGKATAN 5


TAHUN 2022

BAHASA MELAYU
Kertas 2
Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

................................... ................................... ...................................


(MEGANATHAN A/L LACHIMANAN) (LADDA JULAPHONG A/P EDENG) (ABDUL TALIB BIN SULAIMAN)
Guru mata pelajaran Tingkatan 5 Guru Kanan Bahasa Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Sungai Karangan. SMK Sungai Karangan. SMK Sungai Karangan.
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]

1. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata majmuk
dan bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Sukan air ialah suatu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Sukan air terdiri
daripada luncur jet, luncur air, luncur angin, layang-layang, luncur udara, bersnorkel dan
selam skuba. Sukan air dapat mempercepat denyutan jantung bagi menghantar oksigen
ke seluruh bahagian badan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik di
Universiti South Carolina, Amerika Syarikat, mendapati bahawa jangka hayat perenang
berkemungkinan lebih panjang berbanding dengan atlet lain seperti atlet olahraga. Sukan
air juga memupuk nilai kerjasama melalui aktiviti selam skuba. Semua pihak haruslah
menyedari tanggungjawab kita dalam memajukan sukan air demi faedah bersama.
Dipetik dan diubah suai daripada
Merealisasikan Impian
Buku Teks Tingkatan 4, Bahasa Melayu.
[8 markah]

2. Baca petikan di bawah dengan teliti. Anda perlu menyalin semula ayat-ayat yang
bergaris dan klasifikasikan ayat-ayat tersebut sama ada ayat penyata, ayat tanya,
ayat seruan atau ayat perintah. Anda tidak perlu salin semula petikan tersebut.
Burhan berlari pantas ke kantin sekolah. Khabarnya, Cikgu Harun akan memilih
wakil ujian prakelayakan pertandingan dwitahunan badminton peringkat daerah Gombak
hari ini. Hatinya berkata pasti aku akan dipilih. Pihak sekolah akan membuat ujian
pemilihan esok. Cikgu, adakah pemenang daerah akan mewakili negeri Selangor? “Ya,
Burhan mereka yang terpilih akan dibawa ke peringkat daerah. “Jangan lupa petang ini
kita ada latihan badminton,” pesan Cikgu Harun. Burhan menganggukkan kepalanya.
“Wah, Burhan bersemangat betul kamu, cikgu yakin kamu boleh!” ujar Cikgu Harun.
Dipetik dan diubah suai daripada
Unit 10, Aku Anak Malaysia
Buku Teks Tingkatan 1, Bahasa Melayu.
[6 markah]

Contoh jawapan
1. Bermasalah, kenapa harus dibiarkan?
Ayat tanya.

2
3. Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal
pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Bahan 1

IKLAN JAWATAN KOSONG


Pihak kami ingin mengundang individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan
di bawah:
Jawatan : Juru ubat
Taraf jawatan : Kontrak
Kekosongan : Dua

Calon hendaklah mempunyai kelayakan berikut:


1. Calon mestilah warga negara Malaysia dan berumur 25 hingga 30 tahun.
2. Berkelulusan sekurang-kurangnya peringkat diploma dalam bidang Sains dan Farmasi.
3. Keutamaan diberikan pada calon yang berpengalaman.
4. Menguasai kemahiran komunikasi sekurang-kurangnya dwibahasa.
5. Mempunyai lesen pandu Kelas B atau D dan memiliki kenderaan sendiri.

Faedah bekerja di syarikat kami :


1. Potongan KWSP dan PERKESO
2. Elaun makan tengahari dan perubatan.
3. Program motivasi staff.

Sila hantarkan borang permohonan yang lengkap melalui emel ke alamat


serisentosa@gmail.com
Tarikh tutup permohonan pada 30 June 2022.

[9 markah]

Bahan 2

Juruhebah A Selamat pagi dan salam sejahtera. Selamat datang ke perlawanan


bowling peringkat kebangsaan kali ke-3.

Juruhebah B Untuk maklumat para hadirin, jadual boleh diambil di kaunter


urusetia yang terletak bersebelahan dengan gerai jualan
cenderamata.

Juruhebah A Sementara menunggu pertandingan bermula, semua ketua


kontinjen perlu mendapatkan kupon makanan di kaunter
pendaftaran bersebelahan dengan kiosk jualan kad pra-bayar
telefon bimbit.
[4 markah]

3
4. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.

Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara
yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka
Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya, ‘Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka
puas hatiku.’

Dipetik daripada
‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia.
[4 markah]

5. Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa di bawah.
(i) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
(ii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.
[4 markah]

4
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]

6. Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan bukanlah tiket untuk kejayaan masa
depan mereka. Kegagalan mereka pula bukanlah noktah untuk meraih kejayaan yang
seterusnya. Ibu bapa janganlah mengharapkan penghargaan orang atau kejayaan
anak-anak tetapi belajarlah menghargai dan bersyukur dengan apa-apa yang mampu
diberikan oleh mereka. Kesannya, anak-anak akan berasa gembira dan tenang.
Sebaliknya, ibu bapa yang tidak bersyukur dan reda dengan keputusan peperiksaan anak-
anak akan berasa bersalah kerana gagal memberikan bimbingan kepada anak-anak. Ibu
bapa juga akan berasa kecewa. Anak-anak pula akan berasa sedih kerana tidak dapat
memenuhi impian ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu meningkatkan emosi anak dan
keluarga dengan bersyukur dan reda.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Cemerlang Akademik, Cemerlang Akhlak’
oleh Datuk Profesor Dr. Muhaya Mohamad
Dewan Siswa, Bil.3/2020
Bahan 2

Setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan seperti Sijil Pelajaran


Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), reaksi dan
wajah-wajah murid yang mengambil slip keputusan menjadi perhatian lensa media.
Kebiasaannya, bagi yang berjaya, mereka menunjukkan pelbagai reaksi kegembiraan.
Bagi yang kurang berjaya, ada yang menangis dan menundukkan kepala mengenangkan
nasib mereka seterusnya. Tidak kurang juga sesetengah ibu bapa yang enggan menerima
hakikat bahawa anak-anak mereka telah memperoleh keputusan yang kurang
memberangsangkan. Lantaran itu, ibu bapa sedemikian menganggap keputusan
peperiksaan tersebut sebagai satu kegagalan yang amat sukar untuk diterima. Sentimen
dan emosi yang kurang baik ini akhirnya terbawa-bawa dalam kehidupan, sekali gus
memberiksan kesan yang negatif terhadap keyakinan serta keperibadian seseorang.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Kecemerlangan Akademik Bukan Segalanya, Namun Sikap Murid Utamakan
Akademik Bukan Terbentuk Semalaman’ oleh Matthew Chan
http://www.pendidik.com.my/2017/02/024

5
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata bukanlah noktah. [2 markah]

(ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kemukakan beberapa kesan terhadap ibu
bapa apabila anak-anak memperoleh keputusan peperiksaan yang kurang
memberangsangkan. [3 markah]

(iii) Setiap kali keputusan peperiksaan awam diumumkan, wajah-wajah murid yang
mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang menjadi perhatian lensa media.

Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan kaunselor untuk membantu murid


berkenaan melanjutkan pelajaran mereka? [3 markah]

(iv) Rakan anda akan menduduki peperiksaan awam pada akhir tahun ini. Namun, dia
tidak memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan seperti yang
diharapkannya. Situasi ini menyebabkan rakan anda mengalami stres.

Selain berjumpa dengan kaunselor, nyatakan tindakan-tindakan yang boleh


diambil oleh rakan anda untuk mengurangkan stres. [4 markah]

6
7. Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
RINTIHAN BUMI
Usia aku semakin lanjut
Kalau aku terbujur
Adakah yang ingin menjagaku
Aku semakin tua
Sudah terlalu uzur aku memelihara
Anak-anakku - manusia.
Setiap hari aku berdoa agar anak-anakku
Menjaga adab
Aku banyak kali menegur
Tetapi mereka tidak juga berubah
Aku hanya mampu menangis sehingga banjir
Aku pukul mereka dengan Tsunami
Tetapi mereka tidak menerima teguran itu untuk berubah.
Akhirnya apabila kau geram
Tuhan perintahkan aku mengoncang badan aku
Gempa maha dahsyat berlaku
Sehinggakan aku demam, mereka tetap terus
Mencabut pokok-pokokku
Apabila aku geram, keluarlah taufan tetapi mereka
Tetap tidak berubah.

Muhd. Syazwan Sahlan


Sungai Buluh, Selangor
Dewan Siswa, Bil 1/2018.

7
Bahan 2
“Tidakkah kamu tahu bahawa seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan.
Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan
hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon
juga terancam.”
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya, dan meranti tembaga di kawasan
simpan, 20 km dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng terputus-putus. Suaranya
ditenggelami kekecewaan yang pedih. “Apakah yang dapat saya lakukan. Apabila tiba di
sana, mereka sudah tiada pokok-pokok ini juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Mungkin kamu dapat menjadi pegawai
perhutanan negara, dan melaksanakan satu rancangan yang lebih agresif untuk
membanteras kelompok musuh ini, atau kamu dapat menjadi saintis, mencipta sesuatu
yang dapat menggantikan tempat kayu. Barulah hutan akan terselamat. Masa depan
pohon tulang pujaanmu juga akan terjamin,” hujah Jo.
Dipetik daripada cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’
oleh Seroja Theavy a/p Balakrishnan
antologi Anak Laut
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan Bahan 1, nyatakan rintihan bumi. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, berikan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar
akibat aktiviti manusia. [4 markah]

(iii) Alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab
bersama untuk memuliharanya.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan memulihara hutan di


negara ini? [3 markah]

(iv) Pada suatu petang, anda dan beberapa orang rakan sedang memancing ikan di
sebatang sungai berhampiran kawasan hutan simpan yang berada tidak jauh dari
kawasan anda. Tiba-tiba anda terdengar bunyi gergaji dan diikuti pokok yang
tumbang di kawasan hutan tersebut. Anda dan rakan cuba meninjau lokasi yang
mencurigakan dan mendapati dua orang awam sedang melakukan penebangan di
kawasan hutan simpan itu.

Sebagai rakyat yang prihatin, bagaimanakah anda dan rakan-rakan anda dapat
membantu pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini? [4 markah]

8
8. Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkah teks novel Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5.

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebelum pemuda itu dihantar ke hospital besar yang sebenarnya sebuah
hospital sakit jiwa, dia telah diberikan segelas susu yang sudah dicampurkan
dengan sedikit ubat penenang.
Kemudiannya, mereka ketahui juga cerita sebenar tentang pemuda tersebut.
Rupa-rupanya, pemuda itu ialah bekas penuntut di sebuah universiti tempatan
dalam jurusan perubatan juga. Namun, dia gagal dalam peperiksaan semester
terakhirnya. Akibat desas-desus negatif yang timbul daripada jiran tetangga,
tekanan yang tidak henti-henti daripada keluarganya dan juga teman wanitanya
yang berpunca daripada kegagalan itu, akhirnya pemuda itu mencari tempat
pelarian. Lari sehingga dia dianggap sebagai seorang yang hilang akal. Sekurang-
kurangnya, begitulah yang diceritakan oleh ibu tua Unong Siron kepada para
doktor dan jururawat yang kelihatan tekun mendengar ceritanya itu.
Dipetik daripada novel Pantai Kasih
karya Azmah Nordin
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pengarang ada menjelaskan punca-punca pemuda tersebut mengalami masalah


jiwa.

Nyatakan punca-punca tersebut.


[4 markah]

(ii) Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


(ii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v) Tirani karya Beb Sabariah
(vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, nyatakan dua peristiwa yang dapat
menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Huraikan sebab anda berpendapat demikian.
[6 markah]

9
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]

9. Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asalah petikan.

Bahan 1

Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Amalan ini
dilakukan pada setiap pagi dan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti belajar atau
bekerja. Ramai yang tidak mengetahui bahawa pengambilan sarapan merupakan pemula
aktif bagi metabolisme untuk membantu membakar kalori sepanjang hari. Tinjauan
Pemakanan Dewasa Malaysia melaporkan golongan dewasa berusia antara 18 hingga 39
tahun tidak gemar mengambil sarapan berbanding makan tengah hari dan malam.
Pengambilan sarapan secara tidak langsung dapat membekalkan tenaga dan nutrien
yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan seharian selain membantu
seseorang untuk fokus di tempat kerja atau sekolah. Masyarakat tidak menyedari bahawa
terdapat banyak impak negatif sekiranya mengabaikan sarapan. Orang yang tidak
bersarapan berasa lebih cepat lapar dan cenderung untuk makan dalam kuantiti yang
banyak pada waktu makan seterusnya. Sesetengah masyarakat berpendapat bahawa
makanan alternatif seperti madu dan minyak zaitun boleh diambil ketika sarapan kerana
makanan tersebut dapat membekalkan tenaga kepada pengambilnya.
Banyak kajian mendapati bahawa sarapan menurunkan tahap kolesterol jahat iaitu
lipoprotein berketumpatan rendah di dalam darah. Pengambilan sarapan juga dapat
mengurangkan risiko penyakit kronik dan mampu membantu individu yang mahu
menurunkan berat badan. Kolesterol ini amat membahayakan kesihatan diri kerana boleh
menyebabkan pemendakan lemak dan menyempitkan salur darah. Oleh hal yang
demikian, mereka yang mengabaikan sarapan boleh membawa kepada risiko mendapat
penyakit berbahaya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sarapan Cegah Penyakit’
Oleh Mohd. Faizal Mat Salleh,
Dewan Kosmik, Bil 9/2018.

10
Bahan 2

Tahukah anda kenapa pengambilan sarapan penting?

mengalas perut pada memberikan tenaga


waktu pagi. sepanjang hari.

memastikan memberikan nutrien


metabolisme badan yang diperlukan oleh
dalam tahap optimum. tubuh.

mengeratkan hubungan mengelakkan


kekeluargaan. pengambilan makanan
berlebihan.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai