Anda di halaman 1dari 1

Petikan Syarahan Menjaga Kebersihan Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guruguru dan rakan sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya menyampaikan syarahan yang bertajuk Pentingnya Menjaga Kebersihan. Hadirin yang budiman, Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Sikap ini patut dijadikan amalan dalam kehidupan kita. Kita bukan sahaja perlu menjaga kebersihan diri, rumah dan sekolah malah tempattempat awam juga harus diutamakan. Memandangkan negara kita semakin maju dalam sektor perindustrian, sudah tentu kilang-kilang mengeluarkan asap yang akan mencemarkan udara. Di samping itu, ada juga pihak yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Justeru itu, air sungai menjadi kotor dan beracun. Keadaan ini boleh membahayakan kesihatan penduduk kerana sungai merupakan sumber bekalan air yang utama. Selain itu, hidupan sungai akan pupus. Hadirin yang dihormati, Sekiranya negara kita bersih, sudah tentu dapat menarik kedatangan para pelancong. Secara tidak langsung, sektor pelancongan akan terus berkembang. Hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara selain menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan kerajaan terpaksa memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk memastikan kebersihan alam sekitar. Kempen-kempen kebersihan yang dijalankan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan. Jika persekitaran kita bersih, sudah tentu kita dapat menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit terutama sekali yang disebabkan oleh lalat, tikus, nyamuk dan sebagainya. Oleh itu, saya menyeru agar bersama-samalah kita menjaga kebersihan. Seperti cogan kata yang dilaungkan oleh kerajaan, negara bersih, rakyat sihat.

Petikan Syarahan Menjaga Kebersihan Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guruguru dan rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi peluang kepada saya menyampaikan syarahan yang bertajuk Pentingnya Menjaga Kebersihan. Hadirin yang budiman, Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Sikap ini patut dijadikan amalan dalam kehidupan kita. Kita bukan sahaja perlu menjaga kebersihan diri, rumah dan sekolah malah tempattempat awam juga harus diutamakan. Memandangkan negara kita semakin maju dalam sektor perindustrian, sudah tentu kilang-kilang mengeluarkan asap yang akan mencemarkan udara. Di samping itu, ada juga pihak yang membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Justeru itu, air sungai menjadi kotor dan beracun. Keadaan ini boleh membahayakan kesihatan penduduk kerana sungai merupakan sumber bekalan air yang utama. Selain itu, hidupan sungai akan pupus. Hadirin yang dihormati, Sekiranya negara kita bersih, sudah tentu dapat menarik kedatangan para pelancong. Secara tidak langsung, sektor pelancongan akan terus berkembang. Hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara selain menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan kerajaan terpaksa memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk memastikan kebersihan alam sekitar. Kempen-kempen kebersihan yang dijalankan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga kebersihan. Jika persekitaran kita bersih, sudah tentu kita dapat menjauhkan diri daripada dijangkiti penyakit terutama sekali yang disebabkan oleh lalat, tikus, nyamuk dan sebagainya. Oleh itu, saya menyeru agar bersama-samalah kita menjaga kebersihan. Seperti cogan kata yang dilaungkan oleh kerajaan, negara bersih, rakyat sihat.

Anda mungkin juga menyukai