Anda di halaman 1dari 9

Virus dari Langit Global

(Nur Suhada Sayuti)


Maksud Sajak

Rangkap Maksud
1 Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah
mempengaruhi fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan
keseronokan pada diri telah menjadi darah daging generasi muda.

2 Nilai yang baik telah diterapkan seiring pembangunan fizikal kepada generasi
muda telah musnah. Generasi muda kini telah dipengaruhi dan dilanda dengan
pelbagai budaya serta nilai yang negatif.

3 Anasir yang tidak baik datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan
menjajah minda generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi
dipedulikan oleh generasi muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir
yang tidak sihat telah menyebabkan harapan kepada generasi muda semakin
musnah.

Tema

Jati diri generasi muda semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden.

Persoalan

i. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh
budaya mementingkan keseronokan.

ii. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia luar..

iii. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah meresapi
generasi muda jika tidak ditangani dengan baik.
Bentuk

i. Bebas
ii. Terdapat tiga rangkap
iii. Jumlah patah perkataan antara 3 hingga 6
iv. Jumlah baris tidak sama
Rangkap 1 dan 2 : 8 baris dan rangkap 3 : 13 baris
v. Baris-baris ayat dan rima akhir
 Rangkap 1 terdapat 8 baris. Rima akhir abacdeec
 Rangkap 2 terdapat 8 baris. Rima akhir abcddedd

Gaya Bahasa

Gaya bahasa

i. Kata ganda
Contoh : virus-virus

ii. Personifikasi
Contoh : diterap angin hitam social

iii. Anafora
Contoh : Virus biadaban
Virus hedonism

iv. Metafora
Contoh : tabir ketulusan

v. Sinkof
Contoh: ku di noda

vi. Asonansi - pengulangan vokal a


Contoh : meracuni akal dan sukma

vii. Aliterasi – pengulangan konsonan m


Contoh : meniti pembuluh-pembuluh darah

Nilai

i. Nilai kebersihan fizikal dan mental


Contoh: generasi muda perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental agar tidak mudah
terpengaruh dengan budaya yang negatif.

ii. Nilai kesyukuran


Contoh: generasi muda perlu bersyukur dengan peradaban sendiri.

iii. Nilai kebebasan


Contoh: kebebasan tanpa kawalan akan menyebabkan generasi muda akan mudah
terpengaruh dengan anasir yang negatif.

iv. Nilai kasih sayang


Contoh: kasih sayang golongan dewasa atau tua terhadap generasi muda.
Timbul kerisauan terhadap generasi muda yang mudah terpengaruh
dengan budaya negatif.

Pengajaran

i. Kita hendaklah mempunyai ketulusan hati dan tingkah laku yang baik. Contohnya kita
tidak mudah terpengaruh dengan budaya moden yang bersifat negatif.

ii. Kita haruslah bersyukur dengan segala nikmat yang ada. Misalnya kita harus bangga
dengan peradaban budaya dan nilai kita sendiri.

iii. Kita haruslah menggunakan kebebasan yang ada dengan cara yang betul. Seperti
menerima budaya dan nilai yang baik dan meninggalkan budaya dan nilai yang negatif.

iv. Kita haruslah menyayangi generasi muda yang akan mewarisi kepimpinan pada masa
hadapan. Mereka seharusnya tidak dibiarkan hanyut dengan budaya moden yang tidak
menguntungkan negara.
Citra Pelangi 1 Malaysia

(A.Halim Ali)
Maksud Sajak

Rangkap Maksud
1 Impian dan angan-angan perlu ada pada setiap orang untuk direalisasikan
pada masa hadapan.

2 Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, penyajak berharap


perbezaan itu dapat mencapai satu tujuan yang sama. Penyajak berharap
dengan wadah satu bahasa perpaduan dapat dicapai walaupun mempunyai
pelbagai bangsa.

3 Penyajak berharap kita semua dapat saling bermaafan dan saling kasih
mengasihi antara satu sama lain di bawah rumpun melayu walaupun kita
mempunyai kepelbagaian bangsa. Penyajak berharap kepelbagaian bangsa
dapat memupuk kesefahaman dalam fikiran dan tindakan kerana negara kita
hanya ada satu bukan ada dua. Perbezaan pendapat hanyalah perkara biasa
dan diharapkan kita akan dapat bersatu demi tanah air.

Tema
Bertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersama-sama
memajukan dan membangunkan negara.

Persoalan

i. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan menjadi


kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan.
ii. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk mengeratkan hubungan
antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi untuk saling kenal
mengenali dan saling memahami.
iii. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk di antara pelbagai bangsa di negara melalui
satu bahasa.
iv. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam sebuah negara
yang mempunyai pelbagai bangsa.
v. Persoalan bersatu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta.
vi. Persoalan saling bermaafan dan bertolak ansur antara satu sama dengan yang lain di
bawah satu negara.
vii. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun melayu yang berhemah dalam
menangani sesuatu perkara.
viii. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan keamanan negara.

Bentuk

vi. Bebas
vii. Terdapat tiga rangkap
viii. Jumlah patah perkataan antara 2 hingga 7
ix. Jumlah baris tidak sama
Rangkap 1 : 5 baris
Rangkap 2 : 8 baris
Rangkap 3 : 18 baris
x. Baris-baris ayat dan rima akhir
 Rangkap 1 terdapat 5 baris. Rima akhir abcda
 Rangkap 2 terdapat 8 baris. Rima akhir aaaabaaa

Gaya Bahasa

Gaya bahasa

i. Kata ganda
Contoh: duduk-duduk.
ii. Metafora
Contoh: sumur nusantara

iii. Hiperbola
Contoh: sejuta mimpi

iv. Pemilihan diksi (bahasa istana)


Contoh: santap

v. Asonansi - pengulangan vokal a


Contoh : mari kita himpunkan angannya

vi. Aliterasi – pengulangan konsonan n


Contoh : menjadi mentari pagi
Nilai
i. Nilai berhemah tinggi.
Berhemah tinggi dalam memupuk perpaduan di antara kaum.

ii. Nilai kasih sayang


Kasih sayang perlu ada di antara setiap bangsa dan kaum agar kemakmuran negara
dapat dikecapi.

iii. Nilai hormat menghormati


Nilai ini perlu ada bagi mengekalkan keharmonian dalam negara. Segala masalah dapat
diselesaikan dengan bikasana.

iv. Nilai Kejujuran


Kejujuran di antara kaum tanpa prasangka yang tidak baik akan dapat mengelakkan
perselisihan faham antara kaum.

v. Nilai keadilan
Keadilan kepada semua kaum akan menjadikan negara ini semakin bertambah makmur.

vi. Nilai kebebasan


Kebebasana perlu ada dalam negara bagi melahirkan masyarakat yang dapat
menyuarakan pendapat selagi tidak bertentangan dengan undang-undang. Perbezaan
pendapat tidak salah selagi tidak membawa kepada pepecahan kaum.

vii. Nilai patriotisme


Sentiasa mencintai negara dan hidup bertolenrasi dengan pelbagai kaum serta budaya
yang terdapat di dalam negara Malaysia.

Pengajaran
i. Kita mestilah mengamalkan nilai berhemah tinggi dalam memupuk perpaduan antara
kaum.

ii. Kita mestilah menyayangi antara satu sama lain walaupun berbeza kaum dan budaya
kerana kita tinggal dalam satu negara.

iii. Kita haruslah saling hormat menghormati antara satu sama lain dan tidak cuba untuk
menyakiti hati kaum yang lain agar perpaduan antara kaum semakin erat.

iv. Kita haruslah jujur kepada semua kaum lain. Menolong mereka yang dalam kesusahan
walaupun kita berbeza pendapat dan bangsa.

v. Kita mestilah adil kepada semua kaum demi kemakmuran negara kita yang tercinta.

vi. Kita mestilah memberi kebebasan kepada semua kaum selagi kebebasan itu tidak
melanggar undang-undang negara.

vii. Kita haruslah mencintai negara kita kerana inilah satu-satunya negara yang kita ada.
Jika kita tidak bersatu kesannya negara ini akan porak peranda.

Puisi Bahasa

(Abd. Rahim Omar)


Maksud Sajak

Rangkap Maksud
1 Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah
tersebar ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi menjadi
jambatan penghubung dan penyatuan dengan pelbagai bangsa serta budaya
yang berlainan.

2 Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi dan dari kerajaan Sriwijaya
hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ianya mampu menjadi medium ilmu
dan mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat
antarabangsa.

3 Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk
jati diri bangsa sehingga melahirkan tokoh cendiakawan dan pendeta yang
bijaksana.

4 Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan
masalah. Walaupun penjajah memperkecilkan bahasa kita dengan alasan
bahasa kita tiada kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan
hebat menjadi warisan negara bangsa.

Tema

Bertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.

Persoalan

i. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan pelbagai
bangsa dan budaya.
ii. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban
bangsa.
iii. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan terus
berkembang menjadi bahasa ilmu dan telah melahirkan ramai tokoh cendiakawan yang
bijaksana.
iv. Persoalan tekanan dan cabaran daripada musuh bahasa kita. Walaupun telah dijajah
bahasa kita tidak akan lupus dan tetap terus berkembang.

Bentuk

i. Bebas
ii. Terdapat empat rangkap
iii. Jumlah patah perkataan antara 2 hingga 7
iv. Jumlah baris tidak sama
Rangkap 1 : 9 baris
Rangkap 2 : 10 baris
Rangkap 3 : 6 baris
Rangkap 4: 16 baris
v. Baris-baris ayat dan rima akhir
 Rangkap 1 terdapat 9 baris. Rima akhir abccdbbbb
 Rangkap 2 terdapat 10 baris. Rima akhir abccdecebb

Gaya Bahasa

Gaya bahasa

i. Metafora
Contoh: puitis pena
ii. Personifikasi
Contoh: mencerna hikmah

iii. Hiperbola
Contoh: langit globalisasi

iv. Pemilihan diksi (bahasa arab)


Contoh: iltizam

v. Asonansi - pengulangan vokal a


Contoh : menjana penyatuan jalinan bangsa

vi. Aliterasi – pengulangan konsonan n


Contoh : antara rimbunan siratan budaya
Nilai
i. Nilai patriotisme
Mencintai bahasa dan mengangkat martabat bahasa menjadi bahasa ilmu.

ii. Nilai keberanian


Berani untuk menaikkan maruah bahasa dan bangsa.

iii. Nilai kasih sayang


Sayang akan kepada bahasa kita kerana iainya merupakan warisan sesuatu bangsa
dan negara.

iv. Nilai berhemah tinggi


Bahasa kita penuh dengan nilai estetika dan ilmu sehingga mampu membentuk jati diri
serta melahirkan para ilmuwan yang meneroka segala teori melalui wadah bahasa kita.

Pengajaran

i. Kita haruslah mempunyai rasa patriotisme terhadap bahasa kita kerana ianya
mengambarkan jati diri sesuatu bangsa.

ii. Kita mestilah berani untuk mempertahankan maruah bahasa dan bangsa kita.

iii. Kita hendaklah mempunyai rasa sayang kepada bahasa yang telah banyak membina
peradaban ilmu.

iv. Kita mestilah berhemah tinggi supaya bahasa kita akan disanjung dan dipandang tinggi
oleh orang lain.

Anda mungkin juga menyukai