Anda di halaman 1dari 99

KARANGAN RESPON

1. ICT
2. Berjimat cermat
3. Memelihara tempat bersejarah
4. Menghargai jasa ibu bapa
5. Hutan
6. Pencemaran
7. Cabaran renaja
8. Sektor pelancongan
9. Sektor pertanian
10. Sastera
11.Keamanan dunia

TERBUKA 1

RANGKA KARANGAN

USAHA-USAHA MENGEMBANGKAN ICT

1. Pendahuluan
-Kepentingan ICT ke arah negara maju
- contoh bidang yang memerlukan ICT

2. Isi-Isi: Usaha-usaha

2.1 Isi 1: Penubuhan Sekolah Bestari


Mengapakan Sekolah Bestari ditubuhkan ?
bagi membentuk generasi muda yang celik IT
Bagaimanakah pengaplikasiannya ?
Sekolah Bestari menekankan budaya ilmu , kreatif dan penyayang bercirikan akses
kendiri,kadar kendiri dan terarah kendiri menyediakan pelajar-pelakar yang mampu
meneroka alam siber yang penuh bermaklumat.
2.2 Isi 2 :Memperkasa sistem pendidikan – penawaran subjek IT
Bila ?
Sejak 1998
Mengapa ?
Kea rah pelajar celik IT
Bagaimana ?
Penyediaan prasarana komputer di sekolah-sekolah terpilih

2.3 Isi 3 : Projek MSC/KRM


Mengapa?
memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
Bagaimana?
MSC yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti kerajaan elektronik, teleperubatan dan
banyak lagi akan diyakini menggalakkan pelabur asing membawa teknologi baru yang
canggih ke negara ini

2.4 Isi 4 : Peranan Media Massa


Bagaimana ?
omputer. Akhbar ini menjadi wadah bagi para pembaca menyampaian mesej, nasihat
dan panduan berkaitan bagi menarik masyarakat memiliki komputer selari dengan
kempen kerajaan “Sebuah Rumah , Sebuah Komputer”
Mengapa ?
merealisasikan Agenda ICT kerajaan.

2.5 Isi 5 : Peranan syarikat swasta


Siapa?
Syarikat Telekom Malaysia, Jaring dan
“ Time Engineering” Syarikat Telekom Malaysia
Bagaimana ?
Pelbagai tawaran diberi agar semua rakyat dapat pencapaian internet. Selian itu,
pelbagai program tunjuk ajar bergerak (road show)

Penutup
Jenis harapan dan cadangan

CONTOH KARANGAN USAHA-USAHA MENGEMBANGKAN ICT

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan masa kini
tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Penguasaan bidang ICT diperlukan agar
negara dapat terus bersaing pada persada global dan dapat duduk sama rendah dan diri
sama sama tinggi dengan negara-negara lain.Perkembangan dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi ini juga semakin penting dalam kebanyakan aspek kehidupan
manusia, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian, setiap
pihak harus menggarap pelbagai usaha untuk bersedia menguasai dan bergerak seiring
dengan arus perdana teknologi ICT ini.
Salah satu usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat
negara tidak ketinggalan dalam bidang ICT adalah melalui pelaksanaan konsep Sekolah
Bestari dalam Koridor Raya Multimedia. Hal ini memperlihatkan usaha kerajaan yang
berterusan bagi membentuk generasi muda yang celik IT .Konsep Sekolah Bestari yang
telah diperkenalkan sejak 1997 ini, merupakan satu institusi pembelajaran yang
menyediakan para pelajar menghadapi era ICT. Sekolah Bestari ini juga diharapkan
akan mampu menyediakan pelajar yang cekap teknologi maklumat untuk menghadapi
era globalisasi .Sekolah Bestari menekankan budaya ilmu , kreatif dan penyayang
bercirikan akses kendiri,kadar kendiri dan terarah kendiri menyediakan pelajar-pelakar
yang mampu meneroka alam siber yang penuh bermaklumat. Dengan usaha ini
golongan pelajar yang akan menjadi pemacu wawasan negara, akan bersikap reflektif
dan proaktif dan bukannya hanya menjadi katak di bawah tempurung yang langsung
tidak sedar akan kepentingan saling bergantung sercara global dalam semua a
memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
spek kehidupan.

Selain itu, kerajaan telah mengadakan anjakan paradigma dalam sistem


pendidikan negara ke arah memperkasa ICT. Pada penghujung tahun 1998, mata
pelajaran teknologi maklumat telah ditawarkan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia tahun 2000. Mata pelajaran ini dijadikan mata pelajaran pilihan dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam SPM. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pelajaran telah memtuskan untuk menawarkan mata pelajaran secara
percubaan di 15 buah sekolah menengah pada tahun 1999. Pada tahun 2000 pula pula,
bilangan sekolah ini telah ditambah kepada 30 buah sekolah lagi . Kerajaan juga telah
meluluskan pakej rangsangan bernilai RM4.3 bilion termasuk RM300 juta bagi
pembinaan makmal-makmal di 2000 sekolah memperlihatkan pembangunan positif ke
arah peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Kerajaan juga telah
mengarahkan agar kesemua maktab perguruan seluruh Malaysia dilengkapi jaringan
teknologi maklumat dan komunikasi menjelang berakhirnya Rancangan Malaysia
Kelapan . Hal ini dibuat bagi memastikan segenap lapisan masyarakat , terutamanya
golongan pelajar dan pendidik diberi pendedahan dan penguasaan ICT. Usaha ini jelas
menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan negara mampu
melahirkan pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran era teknologi maklumat
dan komunikasi ini.

Di samping itu, gagasan perdana yang telah dibuat oleh kerajaan untuk
memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
adalah melancarkan peojek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1995. MSC
ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Teknologi Maklumat (NITA) merangkumi kawasan
selebar 15X50 kilometer persegi meliputi “Kuala Lumpur City Center” , Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya dengan pembiayaan
sebanyak RM5.5 bilion.MSC yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti kerajaan
elektronik, teleperubatan dan banyak lagi akan diyakini menggalakkan pelabur asing
membawa teknologi baru yang canggih ke negara ini. Syarikat computer akan
menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D) di MSC akan mengeluarkan
produk yang sangat kompleks serta berdaya saing untuk menembusi pasaran global.
Contohnya, syarikat ‘Microsoft’, IBM, Intel dan Acer akan menjadikan MCS sebagai tapak
utama dalam menjalan R& D ke arah pembestarian produk mereka. Oleh itu, MSC akan
menjadi landasan dan wadah utama kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan teknologi yang akan mempu menjadikannya pemain utama pada
peringkat global.

Sementelahan pula, usaha pihak media massa juga tidak boleh dikesampingkan
dalam merealisasikan Agenda ICT kerajaan. Pihak akhbar Utusan Malaysia telah tampil
ke hadapan melalui pelbagai usaha dalam membudayakan masyarakat kita dengan
dunia teknologi maklumat dan komputer. Akhbar ini menjadi wadah bagi para pembaca
menyampaian mesej, nasihat dan panduan berkaitan bagi menarik masyarakat memiliki
computer selari dengan kempen kerajaan “Sebuah Rumah , Sebuah Komputer”. Utusan
Malaysia juga mengadakan program “Komputer Dalam Kelas” melalui “Portal Pendidikan
Utusan “ (KDK) yang difokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah
untuk mencapai bahan-bahan pembelajaran melalui
komputer. Dalam program ini juga, diharapkan sekolah-sekolah , terutamanya sekolah-
sekolah di luar bandar akan menyediakan laman web melalui internet. Selain Utusan
Malaysia, akhbar lain seperti Berita Harian, “The New Straits Times’ dan “The Star” turut
meyokong agenda teknologi maklumat negara dengan menyiarkan pelbagai rencana
tentang bidang ICT dari masa ke masa. Ruangan-ruangan mingguan seperti “Berita
Komputer”, “Intech” dan banyak lagi dapat memberi informasi terkini dan pendedahan
kepada para pembaca tentang bidang ICT yang sentiasa berubah.

Dari perspektif lain ,teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin dominon
mendapat tempat dalam segala aspek kehidupan manjusia . Salah satu pengaruh ICT
adalah melalui peranan internet yang telah mewujudkan fenomena dunia tanpa
sempadan. Dalam hal ini, pihak swasta telah bersama-sama pihak kerajaan telah
memastikan perkhidmatan internet dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Syarikat
Telekom Malaysia, Jaring dan
“ Time Engineering” merupakan antara swarikat swasta menyediakan perkhidmatan
internet yang cepat dan murah. Pelbagai tawaran diberi agar semua rakyat dapat
pencapaian internet. Selian itu, pelbagai program tunjuk ajar bergerak (road show)
diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara untuk memberi pendedahan kepada rakyat
tentang kepentingan ICT dalam kehidupan.

Tuntasnya, garapan usaha pelbagai pihak dalam memajukan bidang teknologi


pendidikan dan komunikasi (ICT) diharap akan menjadikan Malaysia bukan sahaja
pengguna teknologi malah penyumbang teknologi selaras dengan salah satu cabaran
yang terkandung dalam Wawasan 2020.John Naisbitt dalam bukunya “The Megatrends”
pernah menyatakan ,senjata yang paling ampuh dalam memacu kemajuan sesebuah
negara pada era globalisasi adalah maklumat dan maklumat yang dimaksudkan di sini
adalah teknologi maklumat. Oleh itu, gabungan tenaga dan penggemblengan tenaga
semua pihak , baik kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan akan menjadikan
masyarakat kira “Celik IT” ke arah pembentukan Malaysia yang “Cemerlang, Gemilang
dan Terbilang”.
KARANGAN RESPONS TERBUKA 2

KEPENTINGAN MENABUNG/ BERJIMAT.

Pepatah Melayu ada mengatakan ` sehari selembar benang, lama-


lama menjadi kain’. Peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan
sesuatu itu sedikit demi sedikit, lama- kelamaan sesuatu yang kita
lakukan itu menjadi banyak. Secara tersiratnya peribahasa ini
mengajak masyarakat kita mengamalkan sikap suka menabung.
Malah kerajaan juga telah melancarkan kempen ` menabung
menjamin masa depan’ dalam usaha menggalakkan masyarakat
menabung untuk masa hadapan.

Hakikatnya amalan menabung ini mempunyai faedah- faedah


yang tidak terkira banyaknya. Antaranya ialah amalan menabung ini
dapat melatih diri kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap
berjimat cermat merupakan sikap yang amat terpuji kerana ia dapat
mengelakkan diri dari melakukan pembaziran. Selain itu amalan ini
dapat melatih diri sentiasa beringat dan sikap ini wajar ditanam
dalam setiap diri individu semenjak kecil lagi. Pepatah`ingat
sementara belum kena, jimat sementara belum habis’ wajar dijadikan
iktibar dalam kehidupan kita. Malah ajaran agama sendiri melarang
kita melakukan pembaziran dan menuntut kita sentiasa menabung
untuk masa hadapan. Jelaslah sikap suka menabung haruslah
dijadikan amalan hidup setiap masyarakat di Malaysia.

Melalui amalan menabung ini juga, kita akan mempunyai wang


simpanan yang akan kita gunakan pada masa hadapan atau sewaktu
kecemasan. Ungkapan ` sediakan payung sebelum hujan’ amat
sesuai untuk digunakan dalam konteks ini. Hal ini disebabkan kita
sendiri tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan
seperti ditimpa musibah atau penyakit. Sekiranya kita mempunyai
tabungan yang cukup, kita tidak akan berasa bimbang apabila
sesuatu musibah menimpa kita. Oleh itu dengan adanya wang
simpanan itu akan menolong kita untuk menyelesaikan masalah dan
sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan.
Aktiviti menabung juga mengambarkan betapa bijaknya kita dalam
mengawal urusan kewangan. Kita sepatutnya bertindak dengan bijak
dalam menguruskan kewangan dan amalan menabung ini haruslah
dimasukkan dalam pengurusan kewangan kita. Kita sepatutnya
menabung sedikit dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa
menyimpan walaupun sedikit. Walaupun kadang kala kita berasa
amat payah untuk berbuat demikian tetapi dengan keazaman yang
kuat kita pasti boleh melakukannya seperti pepatah `alah bisa, tegal
biasa’.

Faedah yang seterusnya daripada amalan menabung ini ialah dapat


mengawal inflasi daripada berlaku. Hal ini berlaku apabila kita tidak
mengamalkan sikap suka menabung, wang akan memasuki pasaran
dengan banyaknya. Sekiranya keadaan ini berlaku, ia akan
meningkatkan harga barangan di pasaran. Inflasi bermaksud apabila
berlaku lebihan wang di pasaran berbanding barangan. Sekiranya
inflasi berlaku di negara kita sedikit sebanyak akan menjejaskan
ekonomi negara. Oleh itu rakyat haruslah sanggup berkorban demi
negara agar ekonomi negara akan sentiasa stabil dan makmur.

Amalan menabung bukan sahaja membawa faedah dalam diri


individu dan masyarakat malah ia juga memberi impak yang besar
kepada institusi kewangan negara. Aktiviti menabung akan
memperkukuh kedudukan bank di negara kita. Apabila kita
menyimpan wang di bank, wang ini dapat digunakan oleh pihak lain
bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan sebagainya melalui
pinjaman yang diberikan. Oleh itu secara tidak langsung akan dapat
menjana pertumbuhan ekonomi kita. Manakala pihak bank pula akan
mendapat keuntungan kerana mereka memperoleh laba daripada
skim pinjaman yang diwujudkan.

Tuntasnya, amalan menabung merupakan amalan yang baik dan


sangat dituntut oleh semua agama kerana impak yang positif. Oleh
yang demikian amalan ini perlulah diterapkan kepada semua lapisan
masyarkat di Malaysia melalui kempen dan sebagainya. Kata- kata
Kata-kata hikmat seperti ` Menabung Mencerahkan Masa Depan’
hendaklah menjadi ikutan dan pedoman rakyat Malaysia.

RANGKA JAWAPAN

1.0 PENDAHULUAN

-Pepatah Melayu ada mengatakan `sehari selembar benang, lama- lama


menjadi kain’ bermaksud jika kita melakukan sesuatu itu sedikit demi
sedikit, lama- kelamaan sesuatu yang kita lakukan itu akan menjadi
banyak.
-Secara tersiratnya peribahasa ini mengajak masyarakat kita
mengamalkan sikap suka menabung.
-Kerajaan melancarkan kempen ` menabung menjamin masa depan’
dalam usaha menggalakkan masyarakat menabung untuk masa hadapan.
2.0 ISI/ FAKTA

2.1 ISI 1

-Amalan menabung dapat melatih diri kita supaya sentiasa berjimat


cermat .
-Sikap berjimat cermat merupakan sikap terpuji kerana dapat
mengelakkan diri dari melakukan pembaziran.
-Dapat melatih diri sentiasa beringat dan sikap ini wajar ditanam dalam
setiap diri individu semenjak kecil lagi.
-Ajaran agama juga melarang kita dari melakukan pembaziran dan
menuntut kita sentiasa menabung untuk masa hadapan.-Pepatah `ingat
sementara belum kena, jimat sementara belum habis’ wajar dijadikan
iktibar dalam kehidupan kita.
-Jelaslah sikap suka menabung haruslah dijadikan amalan hidup setiap
masyarakat di Malaysia.

2.2 ISI 2

-Melalui amalan menabung, kita akan mempunyai wang simpanan yang


akan digunakan pada masa hadapan atau sewaktu kecemasan.
-Kita sendiri tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan
seperti ditimpa musibah ataupun penyakit.
-Ungkapan `sediakan payung sebelum hujan’ amat sesuai untuk
digunakan dalam konteks ini.
-Sekiranya kita mempunyai tabungan yang cukup kita tidak akan merasa
bimbang apabila sesuatu musibah menimpa kita.
-Oleh itu dengan adanya wang simpanan itu akan menolong kita untuk
menyelesaikan masalah dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban.

2.3 ISI 3

-Aktiviti menabung menggambarkan betapa bijaknya kita dalam


mengawal urusan kewangan.
-Kita mestilah bertindak dengan bijak dalam pengurusan kewangan kita .
-Menabung dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa menyimpan
walaupun sedikit.
- Walaupun payah untuk melakukannya tetapi dengan keazaman yang kuat
kita pasti boleh melakukannya seperti pepatah `alah bisa, tegal biasa.’

2.4 ISI 4

- Amalan menabung dapat mengawal inflasi daripada berlaku.


- Sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan wang akan
memasuki pasaran dengan banyaknya.
- Hal ini akan menyebabkan inflasi berleluasa.
- Senario ini akan menggugat kestabilan ekonomi sesebuah negara.
- Oleh itu setiap rakyat harus berkorban demi kemakmuran Negara
ini.

2.5 ISI 5

- Amalan menabung turut membawa faedah kepada institusi kewangan


negara.
- Hal ini kerana amalan menabung akan memperkukuh bank negara kita.
- Amalan menyimpan wang akan meransang aktiviti perniagaan menerusi
pinjaman yang disediakan oleh pihak bank.
- Secara tidak langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah
Negara.
- Akhirnya laba daripada skim pinjaman ini turut dinikmati oleh semua
lapisan masyarakat.

3.0 Penutup

-Tuntasnya amalan menabung merupakan budaya yang bukan saja


merupakan amalan mulia di sisi agama tetapi turut memberi impak positif.
-Hal ini demikian kerana menabung mencerahkan masa hadapan
seseorang.
-Budaya ini perlu disemai subur dalam diri individu dari peringkat akar
umbi lagi.
KARANGAN RESPON TERBUKA 3

Usaha-usaha Memelihara Bangunan Bersejarah

TAJUK : Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

- Kepentingan memelihara bangunan bersejarah kepada masyarakat dan


negara.
- Contoh-contoh bangunan bersejarah

2.0 Isi/Fakta : Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah.

2.1 Isi 1 : Pengumpulan dana

- Apakah kepentingan mengumpul dana?


- Dari manakah sumber dana boleh diperolehi?
- Berapakah anggaran kos yang diperlukan?

Penegasan Isi : Adalah lebih molek lagi jika pelbagai pihak sudi memikul
tanggungjawab bersama bagi memastikan
bangunan- bangunan tua di Negara kita tidak hilang
nilai sejarahnya.

2.2 Isi 2 : Membaik pulih bangunan bersejarah

- Bagaimanakah bangunan-bangunan bersejarah boleh dipulihara?


- Apakah langkah-langkah yang perlu diberi perhatian sebelum kerja-kerja
pemuliharaan dijalankan?
- Mengapakah bangunan-bangunan bersejarah perlu dikekalkan?

Penegasan Isi : Bangunan lama yang banyak menyimpan sejarah bangsa


sewajarnya dilestarikan dan dirawat, agar bukti
sejarah ini dapat dinikmati dan bermanfaat kepada
masyarakat Malaysia.

2.3 Isi 3 : Pelbagaikan fungsi bangunan bersejarah

- Bagaimanakah fungsi bangunan bersejarah boleh dipelbagaikan?


- Apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mempromosi
bangunan bersejarah yang telah diubah suai atau dibaik pulih ?
- Mengapakah penjagaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah perlu
dipertingkatkan?

Penegasan Isi : Intihanya, bangunan-bangunan bersejarah ini perlulah


dipastikan terus berfungsi dan dikenali oleh rakyat
tempatan mahupun pelancong asing agar
tidak hilang ditelan zaman.

2.4 Isi 4 : Perlindungan melalui perundangan

- Mengapakah undang-undang perlu digubal untuk memelihara bangunan


Bersejarah?
- Apakah syarat-syarat yang perlu dirangka untuk mengubal undang-
undang berkaitan?
- Wajarkah bangunan-bangunan bersejarah dirobohkan demi
pembangunan Negara?

Penegasan Isi :
Bangunan bersejarah semakin antik dan tua, semakin mahal harganya. Oleh itu,
diharapkan melalui undang-undang, bangunan-bangunan bersejarah akan terus kekal
dan terpelihara.
3.0 Penutup

- Masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan pemuliharaan


bangunan lama dan bersejarah.
- Bangunan lama yang bersejarah dapat mempertingkatkan imej dan
identiti negara.

KARANGAN RESPON TERBUKA 4

Usaha-usaha Memelihara Bangunan Bersejarah

Bangunan bersejarah merupakan daya tarikan bagi sesuatu tempat.


Kelestarian bangunan bersejarah adalah penting sebagai fakta sejarah untuk dihayati
oleh generasi baru, selain dapat digunakan untuk pendidikan dalam subjek Sejarah.
Bangunan sejarah merupakan bukti yang membentuk identiti bandar itu sendiri. Bandar
Georgetown di Pulau Pinang dan Bandar Melaka banyak mempunyai bangunan
bersejarah yang memperlihatkan seni bina kolonial dan Asia. Oleh sebab itu, bangunan-
bangunan tua bersejarah seharusnya dilindungi. Malangnya ada beberapa bangunan
bersejarah yang telah ditinggalkan begitu sahaja tanpa perhatian. Untuk itu diperlukan
satu perubahan sikap dalam kalangan generasi pada hari ini untuk mencintai,
menyayangi, menghormati dan melestarikan peninggalan bersejarah itu. Tidak kenal
maka tidak cinta. Kita tentunya tidak mahu bangunan bersejarah yang terdapat di tanah
air kita hanya tinggal cerita sahaja. Bayangkan jika generasi akan datang hanya dapat
mendengar kehebatan kesultanan melayu Melaka tanpa dapat melihat bangunan-
bangunan bersejarah yang berkaitan dengan cerita tersebut. Semua ini bakal terjadi
akibat kurang arif generasi masa kini dalam meneruskan usaha-usaha pemeliharaan
peninggalan sejarah leluhur mereka.

Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah wajar dilaksanakan agar


tinggalan sejarah ini dapat terus berdiri teguh menjadi lambang kebanggaan masyarakat
setempat. Antara usaha-usaha yang dapat dilakukan adalah mengumpul dana. Dana
amat diperlukan bagi menampung kos membaik pulih bangunan-bangunan tua lagi
bersejarah. Perbelanjaan bagi tujuan murni ini menelan belanja yang bukan sedikit.
Malah mencecah ratusan ribu sehingga jutaan ringgit. Contohnya, kos penyelenggaraan
Projek Rumah Tok Su yang terletak di Wisma Darul Aman, Alor Setar menelan belanja
sekitar RM 230,000.00. Perbadanan Pelancongan Negeri telah menjadikan Rumah Tok
Su sebagai Pusat Kesenian dan Kraf tangan Kampung Warisan Melayu. Pihak kerajaan
sewajarnya memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan membaik pulih bangunan
bersejarah. Adalah lebih molek lagi jika Badan-Badan Bukan Kerajaan sudi memikul
tanggungjawab bersama bagi memastikan bangunan-bangunan tua di negara kita tidak
hilang nilai sejarahnya.

Tahukah anda, lagi lama usia sesebuah bangunan itu, lagi banyak pula
nostalgianya. Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air. Apabila dana telah
berjaya dikumpulkan maka akan lebih mudahlah kerja-kerja membaik pulih dan
pemeliharaan bangunan-bangunan bersejarah dijalankan. Bangunan-bangunan
bersejarah sewajarnya dibaik pulih menggunakan material bangunan lama supaya
keasliannya tetap terpelihara. Bangunan-bangunan bersejarah juga perlulah dicat
menggunakan jenis cat tahan hujan yang berfungsi melindungi dinding daripada hujan
dan dalam waktu yang sama tetap memungkinkan dinding untuk bernafas. Bahagian-
bahagian yang rosak atau retak perlulah diperbaiki. Bangunan lama yang banyak
menyimpan sejarah bangsa sewajarnya dilestarikan dan dirawat, agar bukti sejarah ini
dapat dinikmati dan bermanfaat kepada masyarakat Malaysia.

Antara usaha lain yang dapat dilaksanakan bagi memastikan bangunan-


bangunan bersejarah tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, adalah melalui usaha
mempelbagaikan fungsi bangunan-bangunan tersebut. Contohnya bangunan Sultan
Abdul Samad yang terletak di Kuala Lumpur kini menjadi mahkamah selain daripada
menjadi daya penarik bagi pelancong asing. Bangunan-bangunan bersejarah seharusnya
digazetkan sebagai salah satu destinasi pelancongan. Katalog sejarah mengenai
bangunan tersebut perlu disediakan. Pihak berkenaan juga seharusnya membina
kemudahan jalan raya dan infrastruktur untuk memudahkan orang ramai mengunjungi
tempat-tempat tersebut. Penjagaan dan Pemuliharaan bangunan lama perlu
dipertingkatkan agar dapat menarik lebih banyak pelancong ke Malaysia. Selain daripada
menjadi destinasi pelancongan, bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai eksotik
ini bolehlah dijadikan pusat-pusat beli belah atau restoran-restoran yang bertaraf
eksklusif. Malah bangunan-bangunan tersebut juga boleh juga digunakan untuk
kegiatan sosial dan kebudayaan. Bangunan-bangunan lama yang terus digunakan sama
ada untuk tujuan kormesial, budaya mahupun sosial akan tetap ceria dan kekal
terpelihara. Intihanya, bangunan-bangunan bersejarah ini perlulah dipastikan terus
berfungsi dan dikenali oleh rakyat tempatan mahupun pelancong asing agar tidak hilang
ditelan zaman.

Seterusnya, untuk memastikan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita terus


terpelihara, maka satu rang undang-undang perlulah digubal. Undang-undang perlu
digubal untuk melarang struktur utama bangunan bersejarah diubah dan melarang
pemugaran bangunan bersejarah. Contohnya, disyaratkan bangunan yang berusia
melebihi 50 tahun dan memiliki sejarah setempat seharusnya dilindungi. Adakah wajar
bangunan-bangunan tua dirobohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan moden?
Kemusnahan gedung-gedung bersejarah ini pastinya merugikan sebahagian besar warga
kota. Akibat terlalu asyik mementingkan aspek ekonomi, aspek budaya dan sosial
dipinggirkan dalam perancangan bandar. Bangunan bersejarah merupakan bukti yang
membentuk identiti bandar itu sendiri. Oleh sebab itu, bangunan-bangunan tua
bersejarah seharusnya dilindungi oleh undang-undang. Hal ini bagi memastikan rakyat
tempatan mengetahui sejarah ibu pertiwi mereka. Justeru, masyarakat seharusnya buka
mata dan sedar bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai yang tidak dimiliki oleh
bangunan lain. Bangunan bersejarah semakin antik dan tua, semakin mahal harganya.
Oleh itu, diharapkan melalui undang-undang, bangunan-bangunan bersejarah akan
terus kekal dan terpelihara.

Intihanya, masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan pemuliharaan bangunan


lama yang bersejarah. Bangunan lama dapat memberi bukti yang konkrit tentang
sejarah masa silam kita. Di samping itu, penjagaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah akan dapat membentuk imej dan identiti negara. Berkemungkinan besar,
dengan cara menjaga dan memulihara bangunan lama yang bersejarah, kita akan dapat
menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita. Hal ini bukan sahaja dapat
memperkenalkan negara kita kepada dunia luar, tetapi juga dapat mengharumkan nama
Malaysia dengan menyertai pertandingan pemuliharaan warisan bangsa yang diadakan
oleh badan dunia tertentu. Boleh dikatakan, pemuliharaan bangunan lama yang
bersejarah dapat mempertingkatkan imej dan identiti negara di dalam dan di luar
negara. Dengan yang demikian, segala usaha perlu dipergiat untuk memastikan warisan
budaya bangsa kita tidak hilang ditelan zaman.
KARANGAN RESPON TERBUKA 5

Bagaimana Budaya Berjimat Cermat Dapat dipupuk dalam


Diri Rakyat

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

- sikap berjimat cermat menjadi tuntutan diri individu


- perlu diamalkan dalam diri individu agar tidak boros, berhutang, ditimpa
kemiskinan dan sebagainya.
- jimat cermat dituntut dalam agama Islam
-
2.0 Isi/fakta – Langkah-langkah berjimat cermat

2.1 Mendidik anak-anak sejak kecil lagi


- Apakah peribahasa yang sesuai dengan isi di atas?
- Mengapakah ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi?
-Bagaimanakah cara ibu bapa mendidik anak-anak supaya berjimat
cermat?
- Jelaskan contoh yang sesuai untuk mendidik anak-anak berjimat cermat
- Penegasan isi : Ibu bapa merupakan orang yang paling penting
mendidik anak-anal supaya berjimat cermat

2.2 Ibu bapa menjadi teladan untuk anak-anak

- Apakah teladan yang diberikan oleh ibu bapa dalam menggalakkan


berjimat cermat?
- Mengapakah ibu bapa menjadi idola kepada anak-anak?
- Bagaimanakah ibu bapa dapat menjadi teladan kepada anak-anak dalam
mengamalkan sikap berjimat cermat?
- Jelaskan contoh yang sesuai bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak
berjimat cermat
- Penegasan isi : Ibu bapa perlu memantau dan mengambil berat terhadap
perbelanjaan anak-anak

2.3 Peranan masyarakat

- Apakah peranan yang perlu diambil oleh masyarakat untuk berjimat


cermat?
- Mengapakah peranan masyarakat penting dalam berjimat cermat?
- Bagaimana peranan masyarakat penting dalam perbelanjaan harian
mereka?
- Jelaskan contoh yang biasa masyarakat terpedaya/tertipu dalam
perbelanjaan mereka
- Penegasan isi : Masyarakat perlu mengambil berat dan sentiasa prihatin
terhadap perbelanjaan harian mereka bagi memastikan masyarakat
mengamalkan sikap berjimat cermat

2.4 Peranan kerajaan

- Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menggalakkan


berjimat cermat
- Mengapa kerajaan menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat?
- Bagaimana kerajaan dapat menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat?
- Jelaskan contoh yang sesuai yang dijalankan oleh kerajaan untuk
menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat
Penegasan isi : Peranan kerajaan penting dalam menggalakkan rakyat supaya
berjimat cermat

3.0 Penutup
- Pelaksanaan berjimat cermat perlu dilaksanakan pada setiap peringkat.
- setiap individu perlu mengawal inflasi sifar bersama-sama
- menggunakan wang sebaik-baiknya

Sikap jimat cermat memang dituntut dalam diri setiap individu. Seseorang
yang mengamalkan sikap berjimat cermat dapat melatih diri individu agar tidak
boros, berhutang, ditimpa kemiskinan dan sebagainya. Apatah lagi amalan
berjimat cermat dituntut dalam agama Islam. Persoalannya, bagaimanakah
amalan berjimat cermat ini dapat ditanam dalam diri rakyat?

Amalan berjimat cermat ini dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak sejak
kecil lagi. Peribahasa Melayu ada menyatakan ‘Melentur buluh biarlah dari
rebung’. Hal inilah perlu dititikberatkan oleh kedua-dua ibu bapa kepada anak-
anak. Ibu bapa boleh terlibat secara langsung dalam mendidik anak-anak mereka
supaya berjimat cermat. Ibu bapa menggalakkan anak –anak menabung wang
saku lebihan perbelajaan sekolah atau wang yang diperoleh daripada pemberian
seseorang pada musim perayaan. Apabila wang tabungan anak-anak sudah
banyak ibu bapa boleh membawa anak-anak ke bank untuk membuka buku
akaun. Sikap ibu bapa yang suka berinteraksi dengan anak-anak dan
menceritakan tentang kebaikan menabung akan menambah minat anak-anak
untukmenambah tabungan. Anak-anak akan teruja untuk menambah wang
simpanan dan bercita-cita untuk menjadi jutawan. Jelaslah bahawa peranan ibu
bapa amat penting dalam mendidik anak-anak supaya berjimat cermat.

Di samping itu, ibu bapa yang sememangnya menjadi idola anak-anak


sepatutnya menunjukkan teladan yang baik. Sikap berjimat cermat ini perlu
dilaksanakan oleh ibu bapa dalam perbelanjaan harian mereka. Mereka mestilah
membeli barangan yang diperlukan saja dan menggurang membeli barang-
barang yang di luar keperluan. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya
tidak boros berbelanja. Mereka hendaklah membantu anak-anak merancang
keperluan yang hendak dibeli saja. Di samping itu juga ibu bapa hendaklah
mengehadkan pemberian wang saku kepada anak-anak ke sekolah. Ibu bapa
perlu sering memantau dan mengambilberat barangan yang dibeli oleh anak-
anak. Sikap ibu bapa yang sebegini dapat mendidik dan menggalakkan anak-
anak supaya berjimat cermat.

Amalan ini akan pincang sekiranya hanya satu pihak yang berusaha untuk
berjimat cermat. Pihak masyarakat perlu bijak menetapkan jumlah perbelanjaan
bulanannya supaya perbelanjaan tidak melebihi daripada keperluan. Hal ini jelas
berlaku apabila tiba musim jualan murah, harga runtuh, jualan mega dan
sebagainya. Biasanya situasi ini dapat dilihat semasa tiba musim perayaan.
Masyarakat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang sebenarnya ‘indah
khabar dari rupa’. Harga barangan tersebut sebenarnya telah dinaikkan harga
daripada harga sebenar dan diberi diskaun. Masyarakat yang tidak prihatin akan
terpedaya dan membeli barangan tersebut.

Peranan ibu bapa dan masyarakat saja tidak lengkap bagi menyedarkan
rakyat supaya berjimat cermat. Pihak berkuasa haruslah memperkasa kempen
berjimat cermat. Pihak kerajaan perlulah memperkasa dan memperhebat bagi
menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat. Kempen inflasi sifar yang pernah
dilaksanakan suatu ketika dulu perlu diteruskan bagi menggalakkan rakyat
berjimat cermat. Oleh itu pihak berkuasa perlulah mengadakan pelbagai
kempen bagi menyedarkan rakyat tentang kepentingan berjimat cermat.

Justeru itu, pelaksanaan menggalakkan rakyat berjimat cermat tidak akan


terlaksana sekiranya rakyat ambil mudah dan tidak merancang perbelanjaan.
Semua pihak haruslah berusaha mengawal inflasi sifar bersama-sama dan
menggunakan wang dengan sebaik-baiknya

KARANGAN RESPON TERBUKA 6

KEPENTINGAN HUTAN DAN USAHA-USAHA MEMELIHARA HUTAN

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan
- Hutan merupakan khazanah yang amat berharga dan banyak
mendatangkan kepentingan kepada hidupan di dunia.
- Terdapat pelbagai jenis hutan di Malaysia antaranya hutan gunung,
hutan hujan tropika, hutan paya dan hutan pantai.

2.0 Isi / fakta


Kepentingan Hutan
2.1 Hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna
-Menyediakan makanan dan perlindungan
-Flora dan fauna saling berkaitan antara satu sama lain.
- Hutan Endau Rompin dijadikan tempat perlindungan badak
sumbu
- Penegasan isi

2.2 Hutan menjadi sumber ekonomi kepada negara


- Hutan mempunyai pelbagai jenis kayu kayan yang berharga
-Digunakan dalam industri pembinaan,perabot,kraftangan dan
perubatan
- Penegasan isi

2.3 Menjadi kawasan tadahan hujan


- Hutan yang luas menadah dan mengumpul air ketika hujan
-Hutan Padang Terap dan Hutan Baling di Kedah merupakan
Kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu
-Penegasan isi

Usaha-usaha Memelihara Hutan


2.4 Mewartakan hutan simpan dan taman negara
-Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan untuk mengurus, memelihara dan
memulihara hutan di seluruh Malaysia
- Hutan Simpan Paya Laut Matang Perak dan Taman Negara Endau
Rompin diwartakan sebagai hutan simpan dan taman negara.
- Penegasan isi

2.5 Penguatkuasaan undang-undang


-Akta Perhutanan Negara ( Pindaan 93) dan Enakmen Industri
Berasaskan kayu (1985)
-Tindakan undang-undang dapat diambil dan hukuman yang berat boleh
dikenakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
-Penegasan isi

3.0 Penutup
- Hutan khazanah penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam.
- Tindakan tegas pelu diambil kepada pihak yang bertanggungjawab bagi
mengekalkan khazanah hutan untuk tatapan generasi akan datang.

KEPENTINGAN HUTAN DAN USAHA-USAHA MEMELIHARA HUTAN

Hutan merupakan khazanah alam yang sangat penting kepada manusia dan
seluruh penghuni alam yang lain. Hutan juga menyediakan eko-habitat semulajadi
kepada flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hutan di Malaysia antaranya ialah hutan
gunung, hutan hujan tropika, hutan paya dan hutan pantai. Namun begitu, sejak akhir-
akhir ini, terdapat pelbagai kegiatan manusia yang menyebabkan tumbuhan semulajadi
dan hidupan liar semakin terancam. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi
memelihara hutan agar tidak musnah.

Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Hal ini kerana hutan menyediakan
makanan dan perlindungan untuk pelbagai jenis mamalia, reptilia, amfibia, burung dan
juga serangga. Kebanyakan daripadanya merupakan penghuni asli hutan. Kehidupan
flora dan fauna saling bergantungan antara satu sama lain. Contohnya tumbuhan yang
terdapat di dalam hutan menjadi makanan kepada haiwan manakala oksigen yang
dibebaskan oleh tumbuhan pula diperlukan oleh haiwan untuk pernafasan. Beberapa
hutan di Malaysia telah dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar, khususnya bagi
haiwan-haiwan yang hampir pupus. Antaranya Hutan Endau- Rompin di Johor dijadikan
tempat perlindungan badak sumbu dan Hutan Sepilok Sabah dijadikan tempat
perlindungan orang utan. Kawasan-kawasan lain seperti Taman Negara Pahang, Taman
Negara Mulu Sarawak, dan Hutan Belum di Perak menjadi tempat perlindungan bagi
segala jenis hidupan liar. Oleh itu kepentingan hutan perlu dipertahankan untuk tatapan
generasi akan datang.

Selain itu, hutan juga merupakan sumber ekonomi kepada negara. Hutan di
Malaysia mempunyai kepelbagaian spesis tumbuhan yang mempunyai nilai komersial.
Terdapat 8000 spesis bunga dan 2600 spesis pokok di hutan ini.Pokok kayu ini dapat
dijadikan sumber pendapatan kepada negara. Pokok cengal, merbau,nyatoh, bitis, dan
kempas yang terdapat di hutan hujan tropika merupakan kayu balak yang sangat tinggi
nilainya. Kayu keras yang dihasilkan daripada pokok-pokok ini sesuai untuk dibuat
perabot serta digunakan dalam industri pembinaan. Daun pokok nipah dapat dibuat
atap. Mengkuang dan rotan pula dapat dijadikan bahan untuk kraftangan.Selain itu,
tumbuh-tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Senduduk Putih, dan
sebagainya dapat dijadikan ubat-ubatan. Oleh yang demikian, kepentingan hutan
sebagai tumbuhan semulajadi dapat memberi pulangan ekonomi kepada penduduk
khasnya negara dan wajarlah dipelihara bagi memastikan faedah-faedah yang
maksimum dan berterusan dapat dinikmati.

Hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagai kawasan tadahan hujan. Hutan
ini merupakan kawasan yang luas untuk menadah dan mengumpulkan air ketika
hujan.Hutan akan bertindak sebagai span berongga yang besar menyerap serta menapis
air lalu mengalirkannya perlahan-lahan ke anak sungai, empangan, kolam, dan tasik.
Contohnya, kawasan hutan Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah yang selaus 160 000
hektar merupakan kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu, Ahning, Muda, dan
Beris. Air daripada empangan ini menjadi sumber bekalan air yang utama di seluruh
negeri Kedah. Air yang diserap ke dalam tanah di kawasan hutan ini ditapis semulajadi
dan sangat bersih serta jernih. Oleh itu, hutan memainkan peranan penting sebagai
kawasan tadahan hujan.

Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan


pemuliharaan hutan di Malaysia. Antaranya mewartakan hutan simpan dan taman
negara sebagai kawasan perlindungan hidupan liar. Majlis Perhutanan Negara
ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara, dan memulihara hutan seluruh
Malaysia. Majlis ini mengawal semua kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan
hutan yang boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan
kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastikan keadaan
hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan
perlindungan hidupan liar, dan taman negara. Antara beberapa contoh kawasan hutan
tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut Matang di Perak, dan Hutan Simpan
Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula
termasuklah Taman Negara dan Taman Negara Endau-Rompin. Penebangan hutan dan
aktiviti perburuan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan. Oleh yang
demikian, mewartakan hutan simpan dan taman negara merupakan salah satu usaha
yang berkesan untuk memelihara hutan di negara kita.
Usaha lain yang dijalankan bagi memelihara hutan ialah melalui penguakuasaan
undang-undang. Jabatan Perhutanan Malaysia merupakan badan bertanggungjawab
untuk menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram
dan pemburuan hidupan liar. Antara termasuklah Akta Perhutanan Negara ( Pindaan
1993 ) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu ( 1985 ). Melalui akta ini, tindakan
undang-undang dapat diambil an hukuman yang berat boleh dikenakan terhadap pihak
yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan. Selain itu,
orang ramai juga boleh membuat aduan sekiaranya mengetahui ada pihak-pihak
tertentu yang telah melakukan pembalakan secara haram kepada pihak berkuasa. Oleh
itu penguatkuasaan undang-undang dapat menyelamatkan hutan negara kita daripada
terus dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuntasnya, hutan merupakan khazanah alam yang amat bernilai kepada


manusia dan seluruh penghuni bumi. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu
menjaga kepentingan dan memelihara hutan agar generasi akan datang dapat
menikmati khazanah negara ini.

KARANGAN RESPON TERBUKA 7


RANGKA JAWAPAN : Kepentingan/Faedah Industri Pelancongan
1.0 Pendahuluan

- Malaysia sebuah Negara yang menarik


- Terdapat pelbagai etnik dan kebudayaan di Malaysia

2.0 Isi / Fakta : Kepentingan Industri Pelancongan

2.1 Isi 1

- Faedah pelancongan daripada segi ekonomi


- Malaysia memperoleh keuntungan menerusi pertukaran wang asing
- Pendapatan negara (KDNK) bertambah

2.2 Isi 2

- Pelancongan membangunkan kawasan-kawasan pedalaman


- Wujud tempat-tempat yang baru dan menarik
- Kemudahan infrastruktur bertambah

2.3 Isi 3

- Alam sekitar terpelihara


- Undang-undang alam sekitar diketatkan
- Flora dan fauna dijaga dengan baik

2.4 Isi 4
- Pelancongan membantu memajukan industri lain
- Wujud peluang-peluang berniaga
- Industri kecil-kecilan diperluaskan

2.5 Isi 5
- Wujud peluang-peluang pekerjaan
- Ekonomi penduduk luar bandar meningkat
- Pengangguran dapat dikurangkan

2.6 Isi 6
- Warisan kebudayaan/kesenian dapat dikekalkan
- Bakat-bakat baru diketengahkan khasnya di kalangan remaja
- Gejala sosial dapat dielakkan

3.0 Penutup

- Industri pelancongan membantu meningkatkan ekonomi negara


- Usaha-usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan
KEPENTINGAN/FAEDAH INDUSTRI PELANCONGAN

Malaysia memang merupakan sebuah negara yang unik, menarik dan kaya
dengan khazanah alam. Keindahan alam semulajadinya hingga kini masih lagi
terpelihara. Pantai-pantai yang biru airnya, air terjun yang deras mengalir dan kehijauan
hutan yang mengasyikkan pandangan masih lagi mampu menarik pelancong dari dalam
dan luar negara. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai kebudayaan dan
kesenian memandangkan terdapat pelbagai etnik di negara ini. Justeru, tidak hairanlah
jika pelancong-pelancong asing ‘jatuh hati’ untuk datang ke negara kita bagi melihat
sendiri keindahan dan keunikannya.

Industri pelancongan banyak memberi faedah kepada negara kita khasnya


daripada segi ekonomi. Hal ini demikian kerana Malaysia memperoleh keuntungan
menerusi pertukaran wang asing yang merupakan salah satu penyumbang utama
kepada ekonomi Negara. Pendapatan ini diibaratkan seperti ‘bagai bulan jatuh ke riba’
kerana Malaysia telah dikurniakan dengan alam semula jadi yang menarik. Pendapatan
negara juga meningkat menerusi Keluaran Negara Kasar (KDNK). Malaysia pernah
meraih RM 11.2 bilion menerusi tukaran asing pada tahun lalu. Pelancong yang datang
dari pelbagai buah negara dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi negara kita.
Industri pelancongan juga dapat memajukan negara dengan wujudnya kawasan-
kawasan baru di negeri-negeri tertentu yang bukan hanya terdapat di bandar tetapi juga
di kawasan-kawasan luar bandar.Kawasan-kawasan pedalaman juga dapat dimajukan
dengan bertambahnya kemudahan infrastruktur di tempat tersebut. Pembangunan
sektor pelancongan akan membangunkan kawasan-kawasan pelancongan yang terletak
di kawasan pedalaman seperti di Gua Niah Sarawak, Air Terjun Kota Tinggi, Pulau
Langkawi, dan sebagainya. Banyak kemudahan asas akan disediakan oleh kerajaan di
kawasan-kawasan ini dan secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada
penduduk di kawasan itu.

Alam sekitar juga akan terpelihara akibat wujudnya kawasan-kawasan


pelancongan di kawasan-kawasan tertentu. Hal ini disebabkan, untuk menarik
pelancong datang ke Malaysia, alam semula jadi perlulah terpelihara daripada
pencemaran. Oleh itu, undang-undang berkaitan alam sekitar diperketatkan supaya
pencemaran seperti air, udara dan sebagainya dapat dielakkan. Wujudnya hutan
simpan, hutan lipur, taman negara dan sebagainya membuktikan negara kita masih lagi
terpelihara alam semula jadinya. Flora dan fauna juga dapat dilindungi daripada pupus.

Di samping itu, industri pelancongan juga membantu memajukan industri lain


seperti industri desa, industri tekstil, industri pembuatan dan sebagainya. Perusahaan-
perusahaan dan perniagaan secara kecil-kecilan dapat dimajukan dan diusahakan secara
bersungguh-sungguh. Industri kecil dan sederhana seperti membuat keropok lekor,
membuat kerepek pisang dan sebagainya dapat dikomersilkan untuk dijual di kawasan-
kawasan pelancongan. Industri tekstil seperti membuat batik juga turut berkembang di
negeri Kelantan dan Terengganu. Industri membuat batik juga turut bertambah
bilangannya dan diibaratkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Secara tidak
langsung, dengan majunya industri pelancongan, industri lain turut berkembang.

Industri pelancongan juga dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan


kepada rakyat Malaysia. Peluang-peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong,
pengurus hotel atau chalet, penyambut tetamu dan sebagainya dapat diwujudkan di
kawasan-kawasan pelancongan. Kaum wanita juga dapat menceburkan diri dalam
perniagaan secara kecil-kecilan seperti di kawasan-kawasan rekreasi yang menjadi
tumpuan pelancong. Jawatan-jawatan baru seperti pemandu, pembersih hotel, dan
sebagainya dapat diwujudkan di kawasan-kawasan pelancongan.Secara tidak langsung,
ekonomi masyarakat desa dapat ditingkatkan menerusi peluang-peluang pekerjaan-
pekerjaan tersebut. Hal ini akan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk
kawasan pedalaman khasnya golongan yang berpendapatan rendah.

Menerusi industri pelancongan juga, warisan kebudayaan setiap bangsa di


Malaysia juga dapat dikekalkan. Hal ini dapat dilihat melalui persembahan-persembahan
seperti nyanyian dondang sayang, tarian singa, persembahan wayang kulit, dikir barat
dan sebagainya yang ditontonkan di hotel-hotel. Aktiviti ini juga dapat memastikan
generasi baru mengetahui dan merasa bangga dengan keunikan serta keistimewaan
warisan kebudayaan mereka sendiri. Bakat-bakat baru juga dapat diketengahkan
seterusnya dapat mengelakkan gejala sosial daripada berlaku dalam kalangan remaja.
Selain itu, warisan kebudayaan tersebut dapat dikekalkan, ibarat kata pepatah ‘tak
lekang dek panas, tak lapuk dek hujan’. Anasir-anasir yang kurang sihat seperti
penagihan dadah, melepak dan sebagainya dapat dielakkan daripada berlaku dalam
kalangan remaja.

Pelancong-pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia akan


menceritakan apa yang dilihat kepada rakan-rakannya apabila mereka pulang ke tanah
airnya. Oleh itu, mereka akan mengajak rakan-rakan mereka untuk mengunjungi negara
kita. Keunikan dan kepelbagaian kebudayaan serta bahasa berjaya menarik hati
pelancong dari luar negara untuk datang semula ke Malaysia. Rakyat Malaysia turut
memperoleh faedah secara tidak langsung daripada industri pelancongan ini.

Tuntasnya,Memang tidak dapat dinafikan bahawa industri pelancongan lebih


banyak mendatangkan kebaikan kalau dibandingkan dengan industri-industri yang lain.
Kalaupun industri pelancongan mendatangkan kesan negatif seperti keruntuhan moral,
pengedaran dadah, dan sebagainya tetapi gejala ini dapat dibanteras dengan undang-
undang yang ketat di negara ini. Oleh itu, semua pihak seperti kerajaan dan swasta
harus memainkan peranan penting untuk memastikan industri pelancongan semakin
maju. Usaha-usaha perlu dilakukan untuk menarik pelancong asing datang ke Malaysia
bagi meningkatkan ekonomi Negara.

KARANGAN RESPON TERBUKA 8

Usaha-usaha Mengekalkan Keamanan Dunia

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

2.0 Isi/Fakta

2.1 Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


 Apakah peranan PBB ?
 Mengapakah PBB perlu campur tangan dalam menyelesaikan
pertelingkahan pemimpin-pemimpin dunia?
 Bagaimanakah peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dapat
mengekalkan keamanan dunia?
 Contoh
 Penegasan Isi
2.2 Mewujudkan persefahaman dalam aspek politik dan ekonomi dalam
kalangan Pemimpin dunia
 Apakah persefahaman yang diperlukan?
 Mengapakan perlunya persefahaman?
 Bagaimanakah cara untuk mencapai persefahaman?
 Contoh
 Penegasan Isi
2.3 Penganjuran Sukan Di Peringkat Antarabangsa
 Apakah kebaikan penganjuran sukan di peringkat antarabangsa?
 Mengapakah penganjuran sukan di peringkat antarabangsa dapat
mengekalkan keamanan dunia?
 Bagaimanakah penganjuran sukan di peringkat antarabangsa
dapat mengekalkan keamanan dunia?
 Contoh
 Penegasan isi

3.0 Penutup

CONTOH KARANGAN (USAHA-USAHA MENGEKALKAN KEAMANAN DUNIA)

Dunia kini semakin maju dengan pelbagai penemuan yang


mengagumkan. Dalam usaha mengejar kemajuan dan kehidupan yang serba
moden, masyarakat kini semakin lupa dan alpa dalam mengekalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan mereka. Hal ini menyebabkan masyarakat milenium
kini sering bertelagah dalam menuju era globalisasi. Hal ini akan menjejaskan
usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan dalam masyarakat dan seterusnya
kepada dunia. Media massa sering memaparkan isu-isu keganasan dan
peperangan yang berlaku di arena antarabangsa. Oleh itu usaha-usaha perlu
dilakukan untuk mengekalkan keamanan dunia.
Selepas perang dunia kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
telah ditubuhkan bagi memelihara keamanan dunia. Malangnya sehingga hari
ini PBB masih belum berjaya mengawal keamanan dunia, malah sering dilabel
sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Hal ini demikian kerana banyak
terdapat bukti di depan kita. Pertikaian, pergolakan, pembunuhan, pergeseran
dan peperangan terus berlaku di sana sini di seluruh dunia. Contoh yang paling
menarik perhatian kita ialah konflik antara Palestin dengan Israel yang
bermula sejak tahun 1948 dan kini sudah berlarutan lebih setengah abad.
Kebelakangan ini, serangan bom “berani mati” dan keganasan terhadap musuh
seolah-olah menjadi perkara biasa antara kumpulan Hamas Palestin dengan
rejim Yahudi itu. Secara tuntasnya, semua usaha menangani masalah
antarabangsa yang dilaksanakan di bawah lembayung PBB itu begitu mudah
dipersendakan dan diketepikan oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika
Syarikat. Oleh itu, reformasi ke atas struktur PBB dan Majlis Keselamatannya
perlu dilaksanakan segera agar PBB dapat memainkan peranannya bagi
mengekalkan keamanan dunia. Tegasnya kuasa veto anggota-anggota Majlis
Keselamatan perlu dihapuskan demi menjamin PBB sebagai sebuah badan
dunia yang efektif dan berwibawa untuk mewujudkan keamanan di dunia ini.

Usaha seterusnya yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keamanan


dunia ialah mewujudkan persefahaman politik dan ekonomi dalam kalangan
pemimpin dunia. Persefahaman antara pemimpin ini perlu diwujudkan bagi
membincangkan masalah-masalah global dan mencari jalan penyelesaian di
meja rundingan yang memberi manfaat kepada semua. Pemimpin-pemimpin
Negara juga boleh mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negara lain. Hal ini
dapat mengelakkan berlakunya perselisihan pendapat dan seterusnya
mengelakkan peperangan. Contoh persefahaman dalam bidang ekonomi dapat
diwujudkan melalui beberapa pakatan ekonomi seperti Kawasan Perdagangan
Bebas Amerika Utara (NAFTA) Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Dagangan
Dunia (WTO), dan Gagasan Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG). Melalui
pakatan-pakatan ini syarat-syarat yang lebih adil dan memberikan faedah
bersama dapat dirundingkan demi kebaikan bersama seterusnya menjadi suatu
pakatan ekonomi yang perkasa dalam menghadapi sebarang kemelut ekonomi
dunia.

Keamanan dunia juga dapat diwujudkan melalui penganjuran sukan di


peringkat antarabangsa. Melalui penganjuran sukan ini, kerjasama dan
hubungan diplomatik dapat dijalinkan. Lazimnya, sebelum sesuatu
penganjuran sukan dijalankan, semua pemimpin negara-negara yang terlibat
akan mengadakan perundingan bagi melancarkan perjalanan sukan yang
dianjurkan. Contoh sukan yang dianjurkan di peringkat antarabangsa ialah
Sukan Komanwel, Sukan Olimpik, Piala Thomas, Le Tour D’Langkawi dan
Pertandingan Liga Bola Sepak Dunia. Secara tuntasnya melalui penganjuran
aktiviti sukan ini pemimpin dan rakyat akan saling bekerjasama sebelum dan
semasa sukan tersebut dijalankan. Hal ini akan mewujudkan kerjasama yang
baik antara Negara yang terlibat dan seterusnya mengekalkan keamanan
dunia.
Intihanya, jelaslah di sini peranan dan kerjasama semua pihak amat
penting dalam usaha-usaha mengekalkan keamanan dunia. PBB jangan
hanya tunduk terhadap arahan dan menjadi ‘kuda tunggangan’ kuasa tunggal
dunia iaitu Amerika Syarikat. Keamanan dunia perlu dikekalkan demi
kesejahteraan semua.
KARANGAN RESPON TERBUKA 9

Punca Pencemaran Alam

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan
-Alam maya yang sihat merupakan pencetus kesejahteraan sarwajagat
-Dunia kini seperti padang jarak padang tekukur dan semakin gersang
-Pencemaran merupakan satu fenomena perubahan atmosfera, sungai
dan tanah secara berterusan.
-Takrifan yang sinonim dengan pencemaran ialah gangguan atau
kerosakan terhadap sumber alam semulajadi.

2.0 Isi/ Fakta


2.1 Isi 1: Kegiatan industri yang tidak terkawal

-Kegiatan industri yang tidak terkawal menyumbang ke arah


pencemaran air.
-Pencemaran air berpunca daripada pembuangan bahan domestik
ke dalam sistem saliran.
-Segala kotoran ini dialirkan ke sistem saliran tanpa melalui
proses rawatan
-Senario ini berterusan kerana negara kita masih ketandusan
tenaga kepakaran kepakaran dalam bidang yang menelan
belanja jutaan ringgit.
-Oleh itu, kemelut pencemaran air ini masih berlanjutan.

2.2 Isi 2: Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya

-Peningkatan kenderaan di jalan raya merupakan antara penyebab


utama pencemaran udara .
-Selain pencemaran air,atmosfera di negara ini juga turut dicemari
oleh bendasing yang mengancam hidupan di muka bumi ini.
-Industri automobil yang mendatangkan keuntungan pada ekonomi
negara dan sikap memandang enteng tanggungjawab memulihara
alam sekitar turut menyebabkan pencemaran alam sekitar kian
parah.
-Senario ini turut dimangkinkan oleh pembebasan gas-gas beracun
sama ada dari kilang dan kenderaan bermotor.
-Hal ini demikian merupakan pembunuh dalam senyap hidupan di
dunia yang fana ini.
-Dalam nada yang serupa pencemaran air merupakan fenomena
yang semakin membarah di negara ini.

2.3 Isi 3: Kegiatan pembangunan tidak mesra alam

-Kegiatan pembangunan yang tidak terancang dan tidak mesra


alam mengakibatkan pencemaran terma semakin berleluasa
-Hal ini terjadi sekiranya pembebasan haba yang berlebihan dan
mengancam kesihatan manusia.
-Faktor perdana yang memangkin pembebasan haba kerana
segelintir pengusaha yang berkiblatkan keuntungan.
-Ironinya pencemaran terma ini ini didominasi oleh faktor yang
berkaitan dengan pembinaan sistem janakuasa elektrik dan reaktor
nuklear serta bangunan pencakar yang bercermin.
-Hal ini demikian terjadi apabila segala tindak-tanduk manusia tidak
berkonsepkan mesra alam.

2.4 Isi 4: Pembangunan kawasan petempatan tanpa kawalan

-Pembinaan kawasan petempatan tanpa kawalan turut


meningkatkan tahap pencemaran alam sekitar.
-Antara pencemaran yang semakin meracuni kehidupan jagatraya
ini ialah pencemaran bunyi terhasil daripada bunyi yang
keterlaluan dan memekakkan sistem pendengaran yang mencecah
80 desibel.
-Pencemaran bunyi sering terjadi di kawasan pembangunan
industri yang melibatkan pemprosesan material, jentera, kenderaan
dan sebagainya.
-Pencemaran bunyi ini kesan daripada cerucuk-cerucuk besi yang
perlu ditanam ke dalam tanah untuk pembinaan bangunan tinggi.
-Senario ini turut terjadi di kawasan kuari yang mengeluarkan bunyi
yang amat membingitkan.
-Hal ini turut dialami oleh penghuni yang menetap di kawasan yang
berhampiran dengan jalan-jalan utama.
-Sudah terang lagi bersuluh, pencemaran ini bertitik tolak daripada
kegiatan perindustrian yang semakin bermaharajalela di negara ini.

2.5 Isi 5: Masyarakat yang kurang kesedaran

-Sikap segelintir masyarakat yang bertindak seperti ‘enau dalam


belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ merupakan antara
penyumbang pencemaran alam yang kian kritikal.
-Hal ini kerana mereka seolah-olah tidak berasa berdosa
membuang segala bahan-bahan tercemar ke lokasi yang tertentu.
-Bahan buangan yang dinyah lupus ini seperti minyak, sisa-sisa
toksik, sampah sarap dan sebagainya.
-Kejadian ini sering dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai
kesedaran bahawa pelestarian alam sekitar merupakan
tanggungjawab setiap lapisan masyarakat.

3.0 Penutup
-Intihanya pencemaran alam terjadi berpunca daripada tangan-tangan
manusia yang sewenang-wenangnya merosakkan muka bumi ini.
-Mereka rakus meneroka alam ciptaan Allah
-Senario ini merupakan dilema yang harus ditangani kerana sebelum
bencana alam akan meranapkan sebuah kehidupan di muka bumi ini.

Contoh karangan

Alam maya yang sihat merupakan pencetus kesejahteraan sarwajagat.


Namun dunia kini seolah-olah menjadi padang jarak padang tekukur hasil
daripada tangan-tangan manusia yang terlalu sadis. Pencemaran seolah-olah
telah bermaharajalela di jagatraya ini. Pencemaran merupakan satu fenomena
perubahan atmosfera, sungai atau tanah secara berterusan yang akan
mendatangkan musibah terhadap penghuni muka bumi ini. Takrifan yang agak
sinonim dengan pencemaran ialah gangguan atau kerosakan terhadap sumber
alam semulajadi akibat pengumpulan bahan pencemar yang boleh diurai atau
sebaliknya seperti bahan organik dan logam berat. Terdapat beberapa faktor
yang memangkin pencemaran alam sekitar yang semakin bermaharajalela.

Kegiatan perindustrian yang tidak terkawal turut mengakibatkan


pencemaran alam sekitar kian berleluasa. Pencemaran alam berpunca daripada
pembuangan bahan domestik seperti sampah sarap, kertas bungkusan plastik
surat khabar, tin-tin dan botol-botol . Pencemaran berlaku apabila sumber air
sama ada dari laut, sungai, tasik dan sebagainya dikotori oleh bahan-bahan
kimia, zarah-zarah yang mengandungi bahan-bahan mikrorganisme yang akan
mengancam kehidupan penghuni alam ini. Air kumbahan yang mengandungi
sisa buangan manusia disalurkan ke laut tanpa melalui proses rawatan. Selain
itu bahan-bahan pertanian yang terdiri daripada agrokimia seperti pestisid,
fungisid dan baja turut mencemari sumber bekalan air. Pencemaran air
berterusan kerana negara kita masih ketandusan tenaga kepakaran dalam
bidang merawat sistem kumbahan yang menelan belanja yang amat tinggi.

Selain faktor tersebut, peningkatan jumlah kenderaan turut mengancam


alam maya ini.Penghuni jagatraya ini turut diancam oleh pencemaran udara yang
terjadi apabila terdapat bendasing dalam kepekatan yang mengganggu dan
membahayakan kehidupan manusia, flora dan fauna di muka bumi ini.
Pembakaran sampah sarap dan hutan secara terbuka serta tanpa kawalan akan
memburukkan lagi keadaan. Pengusaha kawasan perindustrian yang
memandang enteng tanggungjawab menjaga alam sekitar turut menyumbang
peningkatan masalah pencemaran. Hal ini kerana gas-gas beracun yang
dibebaskan sama ada dari kilang atau kenderaan bermotor tanpa disedari
merupakan pembunuh dalam senyap hidupan di muka bumi ini. Dalam nada
yang serupa pencemaran ini didominasi oleh keghairahan manusia meneroka
alam semulajadi tanpa menghiraukan natijah yang akan menimpa hidupan di
muka bumi ini.
Dalam nada yang serupa, tindak tanduk manusia yang tidak mesa alam
turut meningkatkan pencemaran terma yang mengganggu gugat kehidupan
dijagatraya ini sekiranya berlaku pembebasan haba yang berlebihan dan
membahayakan kesihatan manusia waima hidupan yang lain . Faktor pemangkin
pembebasan haba ini kerana ada sesetengah pengusaha kilang yang sewenang-
wenangnya memandang enteng berkaitan dengan penyaluran air panas yang
telah digunakan ke dalam sistem saliran seperti sungai dan perparitan.
Pencemaran ini juga berpunca daripada stesen janakuasa elektrik atau reaktor
nuklear yang menghasilkan haba yang banyak. Bangunan pencakar langit yang
bercermin terutama di kota kosmopolitan juga menyebabkan pantulan cahaya
sang suria ke atmosfera dan mengakibatkan pencemaran terma di mayapada ini.

Antara faktor perdana yang memangkin pencemaran alam ialah


peningkatan kawasan petempatan tanpa kawalan yang memangkin bunyi bising
yang keterlaluan dan boleh memekakkan sistem pendengaran yang secara
saintifiknya mencecah 80 desibel. Pencemaran alam sering terjadi di kawasan
pembangunan industri. Kawasan ini sering dilanda bunyi yang amat bising hasil
daripada pemprosesan material, jentera, kenderaan dan sebagainya. Aktiviti ini
secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang ramai yang
berpunca daripada perasaan resah gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran
dan elemen yang lain. Penghuni yang berhampiran dengan kawasan
petempatan juga turut diganggu oleh pencemaran bunyi yang dikeluarkan oleh
cerucuk-cerucuk besi yang perlu ditanam ke dalam tanah untuk pembinaan
bangunan-bangunan tinggi. Hal ini turut terjadi di kawasan kauri yang
mengeluarkan bunyi yang membingitkan akibat proses pemecahan batuan.
Kawasan jalan-jalan utama yang berhampiran dengan kawasan petempatan
turut menyumbang kadar kebisingan yang maksimum kerana bunyi-bunyi yang
terhasil daripada kenderaan awam dan persendirian. Semua senario yang
dipaparkan sering dialami oleh penghuni kota kosmopolitan.

Tanpa kita sedari kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat turut


menjadi faktor utama pencemaran alam turut menimbulkan kemelut yang
berpanjangan akibat daripada perubahan terhadap kesuburan, warna dan
hakisan ke atas sesuatu kawasan. Pencemaran tanah disebabkan bahan
buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Bahan tercemar yang terdiri
daripada pencemar organik, kimia dan fizik akan menimbulkan pencemaran
pada tahap kritikal jika tahap kesuburan tanah hilang. Bahan buangan kilang
yang dinyah lupus seperti minyak, sisa-sisa toksik dan sebagainya, oleh segelintir
pihak yang tidak bertanggungjawab membiarkannya begitu sahaja atau ditanam
ke dalam tanah. Hal ini antara faktor pencemaran tanah akan berlaku. Selain
itu aktiviti segelintir masyarakat yang ibarat melepaskan pucuk masing-masing
membuang sampah merata-rata tempat. Hal ini terjadi kerana individu yang
tidak mempunyai kesedaran bahawa pelestarian alam sekitar merupakan
tanggungjawab setiap lapisan masyarakat.

Intihanya pencemaran alam terjadi kesan daripada tangan-tangan


manusia yang sewenang-wenangnya merosakkan muka bumi ini. Mereka
melakukan perkara ini kerana kerakusan insan meneroka alam sekitar tanpa ada
rasa bahawa alam sekitar merupakan anugerah oleh Allah untuk dikelolakan
demi manfaat sejagat. Senario ini merupakan dilema yang harus ditangani
segera sebelum bencana alam yang semakin mengganas akan meranapkan
sebuah kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia sebagai
khalifah di muka bumi ini. Konklusinya, pencemaran alam amat sinonim dengan
tindak tanduk manusia yang terlalu alpa dan berkiblatkan keuntungan semata-
mata.

KARANGAN RESPON TERBUKA 10

USAHA-USAHA MEMAJU DAN MEMODENKAN


SEKTOR PERTANIAN

Malaysia dikenali juga sebagai sebuah negara membangun yang menjana

ekonominya di samping sedang berusaha menjadi sebuah negara yang maju dalam

bidang teknologi maklumat dan perindustrian namun sektor pertanian tidak diabaikan

kerana sektor ini dapat menyumbang kepada sosioekonomi negara.Ketika merasmikan

mesyuarat agung Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) ke-30 pada hujung tahun

lalu, Perdana Menteri yakin bahawa sektor pertanian akan menjadi sumber

pertumbuhan ekonomi negara yang baru.


Pelbagai usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan sektor pertanian di

negara ini. Antaranya ialah kerajaan perlu memberikan subsidi dan bantuan dari aspek

kewangan dan ilmu kepakaran dalam bidang ini. Bantuan ini perlu diberikan kepada

pekebun-pekebun kecil yang baru memulakan sektor ini supaya berkembang menjadi

peladang yang berjaya. Ini adalah sebagai tanda sokongan kerajaan yang menggalakan

rakyatnya supaya terlibat dalam sektor ini.

Jabatan-jabatan kerajaan atau jabatan berkanun harus menjalankan

penyelidikan dan menghasilkan baka yang baik dan berkualiti. Justeru, dapat membantu

peladang untuk memperluaskan dan mendatangkan pendapatan yang lebih lumayan. Ini

secara tidak langsung juga menyumbang pendapatan kepada negara. Penyelidikan ini

perlu dijalankan oleh MARDI dan FAMA. Selain itu, pihak Universiti Pertanian Malaysia

perlu membuat banyak penyelidikan terhadap benih padi agar dapat menghasilkan

benih padi yang tahan daripada serangan penyakit.

Kerajaan juga, perlu memperkenalkan dan memberi bantuan dari segi

penggunaan teknologi moden dalam bidang pemprosesan, teknikal dan pengurusan

kepada peladang yang menjalankan pertanian secara komersial. Justeru itu, pertanian

komersial ini mendapat sambutan yang tinggi dalam pasaran berikutan pertumbuhan

kilang-kilang pemprosesan yang memerlukan bahan mentah untuk kegunaan harian

contohnya minyak masak. Kerajaan juga perlu menyediakan pembiayaan pinjaman dan

dana kepada golongan petani yang memerlukannya. Sehubungan dengan ini, pihak

swasta dapat menjayakan projek-projek pertanian dan industri asas tani dengan
kerjasama semua pihak. Bank Pertanian Malaysia dan MARA dapat menyediakan dana

dan pinjaman mudah untuk membantu petani.

Selain itu, sebuah institusi kerajaan dalam pemasaran hasil pertanian perlu

diwujudkan. Ini kerana di negara kita terdapat lebih kurang 130, 000 pengusaha kebun

kecil yang menjalankan pertanian secara kecil-kecilan dengan menjual hasil mereka

kepada orang tengah dengan harga yang murah menyebabakan mereka tidak mendapat

pulangan yang setimpal dengan usaha mereka.Oleh itu, jabatan ini berperanan untuk

mengatasi orang tengah dengan memasarkan hasil pertanian terus ke pasaran yang

lebih terbuka.Secara tidak langsung, ia dapat memajukan serta membangunkan

ekonomi pekebun kecil kearah pasaran global.

Pihak kementerian pendidikan juga harus mengambil peranan dengan

menghantar pelajar-pelajar yang mengambil jurusan bioteknologi, kejuruteraan

mikrobiologi dan lain-lain yang melibatkan pertanian ke Institut pengajian di negara

yang moden dan maju dalam pertanian contohnya negara Thailand yang kini berjaya

mengklonkan seekor lembu dan menghasilkan baka buah mangga yang lebih berkualiti.

Hal ini demikian kerana bioteknologi diiktiraf sebagai pemacu utama pembangunan

negara pada masa kini dan masa hadapan. Sikap keterbukaan Malaysia untuk belajar

membangunkan sektor ekonomi dengan meniru dan mengadaptasi idea dan teknologi

luar, terutamanya dalam proses pengeluaran barangan perindustrian berasaskan

pertanian akan mampu mencapai kejayaan dan kemakmuran dalam sektor ini dengan

menghasilkan produk yang dicipta oleh rakyat tempatan bercirikan Malaysia.


Sehubungan dengan ini , kerajaan perlu menarik golongan tenaga professional

dan kreatif yang telah menyumbang pengetahuan, kepakaran, dan idea mereka kepada

negara luar supaya segera pulang ke negara ini. Golongan ini amat diperlukan untuk

membantu menghasilkan barangan berjenama Malaysia.Kerajaan juga akan menaikkan

taraf institute pertanian bagi melahirkan usahawan tani yang berdaya maju. Usahawan

ini diharapkan mampu melahirkan lebih banyak industri hiliran dan jenama produk

Malaysia. Kementerian Pertanian dan Asas Tani juga diharapkan akan memainkan

peranan utama sebagai penggerak dan pemudahcara dengan kementerian-kementerian

lain termasuk Perbendaharaan.

Kempen dan ceramah kesedaran perlu diadakan di kalangan pekebun kecil

supaya bergabung dengan program-program usahasama yang dianjurkan oleh kerajaan

untuk merealisasikan matlamat kerajaan dalam pasaran global terutamanya dalam

bidang pertanian.,contohnya rancangan FELDA. Di samping itu, pihak-pihak yang

tertentu perlu mempromosikan hasil pertanian negara kita yang kaya dengan zat,

ketahanan daripada penyakit dan sesuai dipasarkan ke peringkat antarabangsa yang

dianjurkan oleh FAMA.

Tuntasnya, usaha-usaha untuk memodenkan dan memajukan hasil pertanian ini

dapat menghasilkan diversiti dalam sektor ekonomi. Hal ini kerana ,peningkatan dan

hasil pertanian dapat mengurangkan import makanan sebanyak 6 billion ringgit setahun.

Di samping itu, senario ini juga boleh mengurangkan pengaliran mata wang ke luar

negara sesuai dengan peribahasa “ beringat sebelum kena berjimat sebelum habis”

RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan
- Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang menjana ekonomi dari aspek

perindustrian, namun pertanian tidak diabaikan.

- Sektor pertanian dapat menjana ekonomi Negara.

- Menurut Perdana Menteri sektor ini mampu menjana ekonomi negara yang baru

2.0 Rangka jawapan

2.1- Pihak tertentu membuat penyelidikan ( R & D) baka benih agar dapat menghasilkan

benih yang berkualiti dan mempunyai daya tahan daripada serangan penyakit.

- Universiti Pertanian Malaysia perlu membuat kajian dan dapat membantu petani-petani

menanam dan menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi serta hasil petani akan

meningkat .

2.2 Memberi bantuan dari aspek teknikal dan pengurusan moden dalam penanaman dan

juga penjagaan tanaman.

-Jabatan Pertanian perlu membuat pemantuan dari aspek penjagaan, pengurusan

pertanian dan memberikan pembiayaan dan subsidi baja.

-Penggunaan teknologi moden dapat meningkatkan lagi pertanian serta petani dapat

berdaya saing dalam pengeluaran.

2.3 Kerajaan menghantar pelajar-pelajar berkursus dan mempelajari bidang-bidang

teknikal dan mempelajari bidang bioteknologi.

- Melahirkan saintis untuk membuat pengklonan pada baka binatang ,benih pertanian

dalam usaha mewujudkan klon yang berkualiti tinggi.

2.4 Mengadakan bengkel dan ceramah pertanian agar petani mengetahui teknik

penanaman pertanian dengan kaedah yang lebih saintifik dan moden.


- Pegawai-pegawai pertanian dapat memantau dan menerangkan kepada petani

mengenai penggunaan teknologi.

Kesimpulan

Usaha-usaha untuk memaju dan meningkatkan hasil pertanian dapat menghasilkan

diversiti dalam sektor ekonomi, agar petani lebih berdaing saing dalam sektor pertanian.

KARANGAN RESPON TERBUKA

Kemajuan bidang pengangkutan awam di Malaysia dan peranannya dalam


pembangunan negara.

Bagi sesebuah negara, sama ada negara maju ataupun negara yaang sedang
membangun, kemajuan pengangkutan awamnya amat penting keranan bidang ini
menjamin wujudnya sistem perhubungan yang dapat menjana pembangunan sesebuah
negara.Oleh itu, Malaysia memberikan tumpuan sewajarnya terhadap perkembangan
prasarana ini.Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai sistem
pengangkutan awam antara yang terbaik di dunia.Dalam menempah arus globalisasi,
semua kawasan-kawasan di Malaysia sepatutnya dapat dihubungi dengan menggunakan
sistem pengangkutam awam yang efisien.Jika tidak, Malaysia akan dianggap sebagai
sebuah negara yang jauh ketinggalan ke belakang. Pengangkutan awam membawa
maksud sistem pengangkutan bermotor seperti teksi,bas,kapal terbang dan kereta api
yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang
yang telah ditetapkan.Pembangunan negara pula bermaksud usaha atau kegiatan
membangunkan,memajukan atau mengembangkan sesebuah negara .Perkembangan
dalam pengangkutan awam di Malaysia pada masa kini telah menimbulkan pelbagai
kesan terhadap pembangunan sesebuah negara dari segi pembangunan sosial, taburan
penduduk, dan alam sekitar.

Dewasa ini, kemajuan dalam bidang pengangkutan awam di Malaysia semakin


hari semakin berkembang dengan pesatnya.Hal ini kerana, pada masa kini
pengangkutan awam masih menjadi pilihan utama masyarakat di Malaysia untuk
bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain walaupun kenderaan
persendirian semakin bertambah bilangannya.Pada ketika ini, di Malaysia mempunyai
beberapa syarikat yang mengendalikan pengangkutan awam atau perkhidmatan udara
termasuklah Penerbangan Malaysia( MAS), Pelangi Airways, Air Asia dan Transmile Air
yang menawarkan perkhidmatan mengangkut barangan dan penumpang di dalam dan
di luar negara.Hal ini sejajar kerana Malaysia yang kini mengorak langkah untuk menjadi
sebuah negara maju telah mempunyai lapangan terbang yang bertaraf dunia iaitu KLIA.
Selain daripada pengangkutan awam bas dan teksi, pengangkutan awam lain yang
terdapat di Malaysia pada era ini ialah terdapatnya perkhidmatan komuter dan sistem
transit aliran ringan seperti STAR , LRT, KL Monorel dan ERL ( Express Rail
Link ).Kemajuan pengangkutan awam di Malaysaia banyak digerakkan oleh terdapatnya
sistem jalan raya , jalan kereta api, lapangan terbang dan lebuh raya yang moden yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang canggih.

Sehubungan dengan itu, perkembangan dalam pengangkutan awam ini


seterusnya dapat memberi impak dan berperanan dalam memajukan rakyat Malaysia
amnya dan negara Malaysia khususnya.Perkembangan dalam pengangkutan awam
penting dalam menjana perkembangan ekonomi di Malaysia. Hal ini kerana, dengan
adanya sistem pengangkutan awam seperti teksi, monorel, transit aliran ringan
membolehkan sektor pelancongan di negara kita berkembang dengan pesatnya.Oleh
yang demikian, para pelancong yang berkunjung ke negara kita boleh menggunakan
sistem pengangkutan awam ini untuk pergi ke destinasi pelancongan yang ingin mereka
tujui. Contoh-contoh pusat pelancongan yang boleh dikunjungi dengan pengangkutan
awam ialah Muzium Negara, Sunway Lagoon, Bukit Fraser, dan Genting Highland
.Manakala pusat-pusat pelancongan yang berpulau boleh dihubungkan dengan tanah
besar melalui perkhidmatan feri atau kapal terbang.Selanjutnya, dengan kemudahan
lapangan terbang yang tercanggih dan efisien di dunia seperti Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi daya penarik para pelancong yang datang
dari luar negara seperti dari Arab Saudi, Amerika Syarikat, Australia, Korea dan Jepun
untuk berkunjung ke Malaysia. Hal ini seterusnya, dapat meningkatkan sumber
pendapatan Malaysia dari segi kunjungan para pelancong.Oleh itu, sememangnya tidak
dapat dinafikan pengangkutan awam memainkan peranan yang penting dalam menjana
pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Tuntasnya,pembangunan dalam bidang ekonomi akibat kepesatan kemajuan


pengangkutan awam juga boleh membuka peluang penduduk di Malaysia dalam bidang
pengangkutan .Hal ini demikian kernana, pengangkutan bas awam seperti bas ekspress,
teksi, perkhidmatan membaiki kereta, perniagaan gerai dan stesen minyak akan
membuka ruang yang luas bagi sumber pendapatan penduduk di Malaysia.Rakyat
Malaysia boleh bekerja dalam bidang-bidang pengangkutan awam seperti pemandu bas
awam, pemandu bas ekspress, pemandu teksi, bekerja di kaunter-kaunter menjual tiket
bas, feri ,komuter, transit aliran ringan, dan juga kapal terbang. Hal ini sesungguhnya
memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia yang berkecimpung dalam
bidang tersebut. Sebagai contohnya, seseorang yang mengusahakan syarikat teksi
sudah tentu mempunyai pendapatan yang lumayan.Oleh itu, sememangnya jelas
bahawa dengan kepesatan kemajuan dalam bidang pengangkutan awam boleh
meningkatkan peluang pekerjaan penduduk di Malaysia seterusnya meningkatkan
pembangunan negara.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan awam ini juga boleh mengakibatkan


pengaliran wang asing dari luar negara ke dalam negara. Hal ini melalui perkhidmatan
yang ditawarkan oleh pemandu teksi sebagai contohnya kepada para pelancong dari
luar negara. Seterusnya juga, pengaliran wang sentiasa berlaku dalam urusan
perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan sama ada oleh pihak swasta atau
pun pihak kerajaan.Hal ini sememangnya jelas menunjukkan perniagaan yang berkaitan
dengan bidang pengangkutan awam dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan
rakyat Malaysia amnya dan negara khususnya.

Dengan adanya sistem pengangkutan awam iaitu komuter dan LRT yang
dikendalikan oleh pihak swasta dapat mempercekap sistem pengangkutan dan dapat
mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat meletak kenderaan .
Dengan adanya kedua-dua sistem pengangkutan awam tersebut membolehkan dua
bandar besar iaitu Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dapat dihubungi dalam jangka masa
yang cepat.Segala urusan para penduduk di kedua-dua bandar tersebut dapat
ditingkatkan. Keadaan ini seterusnya dapat membantu membangunkan kedua-dua
bandar tersebut.Pembangunan kedua-dua bandar ini boleh juga diteruskan kepada
bandar-bandar yang lain pada masa akan datang.
Selain itu, perkembangan dalam bidang pengangkutan awam juga berperanan
penting dalam perkembangan sosial penduduk iaitu meningkatkan mobiliti penduduk di
negara ini. Dengan adanya pembinaan jaringan jalan raya dan landasan kereta api
membolehkan penduduk menggunakan pengangkutan awam untuk menjalankan urusan
harian dengan lebih cekap. Sebagai contohnya, perkhidmatan udara antara kawasan
pedalaman dengan pekan atau bandar di Sabah dan Sarawak memudahkan pergerakan
penduduknya. Perkhidmatan udara yang disediakan oleh Sistem Penerbangan Malaysia
(MAS ) dan Syarikat Air Asia dapat meningkatakan intergasi anatara penduduk yang
berada di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.Hal ini seterusnya dapat
membolehkan urusan harian penduduk dapat dilaksanakan dalam masa satu hari
dengan adanya sistem pengangkutan awam yang terkini.Hal ini juga dapat
membolehkan penduduk dari satu tempat ke tempat lain berhubung dengan cepat
dalam melaksanakan sesuatu urusan kerana adanya darjah ketersampaian ke sesuatu
tempat yang tinggi dan akan melancarkan segala urusan berkaitan dengan
pembangunan negara.

Seterusnya, pengangkutan awam juga berperanan meningkatkan


perkembangan sosial iaitu dalam pendidikan di Malaysia. Hal ini kerana, dengan
menggunakan perkhidmatan bas sekolah atau bas awam membolehkan para pelajar
sekolah mendapat pendidikan yang sempurna dan boleh pergi ke sekolah pada masa
yang telah ditetapkan.Para pelajar dapat menerjah kecemerlangan pendidikan kerana
adanya sistem pengangkutan awam yang baik. Sebagai contohnya, dengan adanya
sistem kereta api di kawasan Tumpat, Kelantan membolehkan para pelajar mendapat
pendidikan walaupun terpaksa melalui jangka masa perjalanan dari rumah ke sekolah
mengambil masa yang agak panjang. Hal ini juga tidak terkecuali kepada para
penduduk yang tingggal di bandar-bandar besar, di pedalaman Sabah dan Sarawak.
Dengan adanya pengangkutan awam inilah yang dapat memberi nafas dan semangat
dan seterusnya menjadi pembakar semangat serta daya juang yang tinggi kepada para
pelajar di kawasan pedalaman untuk menempah kecemerlangan dan kegemilangan
dalam bidang pendidikan. Sudah terang lagi bersuluh,betapa pengangkutan awam
berperanan menjana pembangunan rakyat Malaysia dalam bidang pendidikan.Hal ini
selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi Wawasan 2020 yang
berketrampilan, mempunyai daya saing dan juang yang tinggi tetapi masih mengekalkan
ciri-ciri ketimuran dan maju mengikut acuan sendiri seterusnya menjadi pemangkin
kepada kemajuan negara Malaysia pada masa akan datang.
Konklusinya, rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan kemajuan dalam
bidang pengangkutan awam yang semakin berkembang pesat sejajar dengan
perkembangan globalisasi.Seharusnya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kepada
kemajuan negara Malaysia harus menyokong usaha-usaha kerajaan menggalakkan
rakyat menggunakan pengangkutan awam.Sememangnya kemajuan bidang
pengangkutan awam ini memberi impak yang positif kepada perkembangan bidang
ekonomi dan sosial rakyat Malaysia kerana hal ini selanjutnya akan dapat membawa
kepada pembangunan negara Malaysia khususnya. Rakyat Malaysia harus
menggembleng tenaga seperti kata pepatah `ringan sama dijdjinjing,berat sama
dipikul”iaitu bersama-sama berusaha agar dapat melahirkan negara Malaysia yang maju
dari segi ekonomi, sosial dan politiknya. Seterusnya dapat menjadi negara maju selaras
dengan aspirasi dalam Wawasan 2020 dan menjadi sebuah negara yang setanding
dengan negara-negara lain di dunia.

KARANGAN RESPON TERBUKA

KARYA SASTERA KURANG DIMINATI OLEH MASYARAKAT PADA HARI


INI. BINCANGKAN SEBAB-SEBAB KARYA SASTERA KURANG
DIMINATI.

Rangka Jawapan

1.0 Pendahuluan:
Masyarakat hari ini tidak mengendahkan khazanah kesusasteraan bangsa yang
menjadi warisan turun-temurun akibat terlalu ghairah memburu kejayaan.

Karya sastera sebenarnya sarat dengan unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai


yang wajar dijadikan teladan dan iktibar oleh masyarakat.

Oleh yang demikian, karya-karya sastera ini wajar diterapkan dalam diri setiap
individu dan seterusnya mencorakkan sahsiah masyarakat.

2.0 Isi / Fakta

2.1 Tanggapan masyarakat bahawa karya sastera tiada nilai komersial

Mengapakah tanggapan masyarakat bahawa karya sastera tiada nilai komersial


punca karya sastera diminati?
.

Bagaimanakah dasar-dasar kerajaan menyebabkan karya-karya sastera kurang di


minati?
Banyak sekolah yang tidak menawarkan aliran kesusasteraan melayu sebagai
salah pelajaran elektif.

Rumusan / penegasan isi :


Oleh yang demikian, jelaslah bahawa dasar kerajaan telah menyebabkan
tanggapan masyarakat terhadap karya sastera sangat rendah.

2.2 Bahasa yang digunakan sukar difahami.

Mengapakah bahasa yang digunakan oleh penulis karya sastera sukar difahami
oleh khalayak pembaca?

Bagaimanakah bahasa yang sukar difahami menyebabkan karya sastera kurang


diminati?

Contoh :

Rumusan / Penegasan isi:


Jelaslah bahawa, bahasa yang sukar difahami telah menyebabkan karya sastera
kurang diminiati.

2.3 Kurangnya publisiti dan promosi secara besar-besaran terhadap karya sastera
oleh pihak yang bertanggungjawab.

Mengapakah kurang publisiti dan promosi besar-besaran terhadap karya sastera


oleh pihak yang bertanggungjawab?

Bagaimanakah kurang pendedahan terhadap karya sastera menyebabkan karya


sastera kurang diminati.

Contoh :

Rumusan / Penegasan isi


Oleh itu, ternyata bahawa kurangnya publisiti dan promosi besar-besaran
terhadap karya sastera telah menyebabkan karya tersebut kurang diminati.

2.4 Amalan membaca yang kurang dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Mengapakah amalan membaca yang kurang dalam masyarakat menyebabkan


karya sastera kurang diminati?

Bagaimanakah bahan-bahan bacaan ringan dan berbentuk hiburan telah


menyebabkan karya sastera kurang diminati?
3.0 Penutup :
Galakan daripada pihak kerajaan dan pihak swasta haruslah berganding bahu.
Mengubah pendekatan yang lebih menarik dan sistematik.
Usaha yang lebih komprehensif perlu dilakukan untuk mendekatkan karya
sastera kepada masyarakat.
Bantuan boleh dihulurkan oleh sasterawan dan persatuan penulis untuk
mengetengahkan karya-karya sastera ke pangkuan masyarakat.
Bak kata pepatah “ Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat
sagunya”.

KARANGAN RESPON TERBUKA

KARYA SASTERA KURANG DIMINATI OLEH MASYARAKAT PADA HARI


INI. BINCANGKAN SEBAB-SEBAB KARYA SASTERA KURANG
DIMINATI.
Masyarakat hari ini tidak mengendahkan khazanah kesusasteraan bangsa yang
menjadi warisan turun-temurun akibat terlalu ghairah memburu kejayaan. Karya sastera
sebenarnya sarat dengan unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai yang wajar dijadikan
teladan dan iktibar oleh masyarakat. Oleh yang demikian, karya-karya sastera ini wajar
diterapkan dalam diri setiap individu dan seterusnya mencorakkan sahsiah masyarakat.
Sungguhpun begitu, masyarakat hari ini, kurang meminati karya sastera.

Masyarakat hari menganggap bahawa bidang sastera tiada nilai komersial. Hal
ini demikian kerana dasar kerajaan yang lebih menitikberatkan bidang sains dan
teknologi dalam bidang pendidikan. Ibu bapa juga tidak menggalakkan anak-anak
memilih bidang kesusasteraan malah menggalakkan anak-anak memilih bidang sains
dan teknologi walaupun terbukti anak-anak mereka tidak berkelayakan. Mereka
mempunyai persepsi bahawa bidang sastera tidak menjanjikan peluang kerjaya. Pelajar
sendiri tidak nampak kepentingan mempelajari sastera untuk kelangsungan masa depan
mereka. Semenjak tahun 2000, Kementerian Pelajaran menggalakkan semua sekolah
membuat pembahagian iaitu 60 peratus pelajar untuk aliran sains dan teknologi
manakala hanya 40 peratus pelajar dalam aliran sastera. Sehubungan itu, terdapat
banyak sekolah yang tidak menawarkan aliran kesusasteraan melayu sebagai salah satu
mata pelajaran elektif. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa dasar kerajaan telah
menyebabkan tanggapan masyarakat terhadap karya sastera sangat rendah.
Bahasa yang digunakan dalam karya sastera sukar difahami oleh masyarakat.
Bahasa yang digunakan oleh penulis karya-karya sastera mengandungi gaya bahasa
yang tinggi nilai estetikanya. Terdapat juga penulis yang menggunakan bahasa yang
terlalu puitis dan berbunga-bunga sehingga menenggelamkan mesej yang ingin
disampaikan. Impilikasinya, pembaca akan berasa bosan kerana tidak memahami dan
menghayati karya sastera tersebut. Mereka akan menolak karya sastera sebagai bahan
bacaan mereka pada masa hadapan. Contohnya penggunaan bahasa dalam prosa
tradisional “Kepahlawanan Tun Berahim Bapa” yang menggunakan bahasa melayu
klasik. Pembaca sukar memahami karya sastera. Oleh itu, jelaslah bahawa, bahasa yang
sukar difahami telah menyebabkan karya sastera kurang diminati.

Kurangnya publisiti dan promosi secara besar-besaran terhadap karya sastera


oleh pihak yang bertanggungjawab juga merupakan salah satu faktor karya sastera ini
kurang diminati. Masyarakat kurang didedahkan dengan perkembangan dunia
kesusasteraan, misalnya karya-karya sastera yang baru dihasilkan, sayembara-
sayembara puisi dan sebagainya. Pendedahan terhadap karya sastera tidak dilakukan
secara komprehensif oleh pihak kerajaan dan pihak swasta. Pihak swasta misalnya lebih
berminat kepada bidang yang lebih mendatangkan keuntungan yang lumayan.Oleh itu,
ternyata bahawa kurangnya publisiti dan promosi besar-besaran terhadap karya sastera
telah menyebabkan karya tersebut kurang diminati.

Selain itu, amalan membaca yang kurang dalam kalangan masyarakat Malaysia
juga menjadi salah satu sebab karya sastera kurang diminati.Statistik menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun. Masyarakat Malaysia
khususnya generasi muda lebih gemar membaca bahan-bahan bacaan ringan dan
berbentuk hiburan. Mereka tidak cenderung memikirkan persoalan-persoalan berat yang
dikemukakan oleh penulis karya sastera. Mereka menganggap bahawa membaca karya
sastera tidak akan mendatangkan faedah. Di samping itu, kos bahan bacaan karya
sastera tinggi dan tidak mampu dimiliki. Tambahan pula, perpustakaan awam juga
kurang menyediakan bahan bacaan yang menjurus kepada bidang sastera. Implikasinya,
masyarakat kurang minat membaca karya sastera dan akhirnya karya sastera semakin
terpinggir.

Tuntasnya, untuk memupuk minat masyarakat terhadap karya sastera , pihak


kerajaan dan pihak swasta haruslah berganding bahu mengubah pendekatan yang lebih
menarik dan sistematik. Selain itu, usaha yang lebih komprehensif perlu dilakukan untuk
mendekatkan karya sastera kepada masyarakat. Bantuan boleh dihulurkan oleh
sasterawan dan persatuan penulis untuk mengetengahkan karya-karya sastera ke
pangkuan masyarakat. Usaha sama daripada semua pihak haruslah digembleng agar
karya sastera dapat dimartabatkan, bak kata pepatah “kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya”.
KARANGAN RESPON TERBUKA 13

TAJUK : Langkah-langkah membendung masalah pencemaran alam

Rangka Jawapan

1.0 Keadaan alam sekitar sekarang

- Udara begitu kotor(cth)


- Air parit berkeladak [cth]
- Hujan tidak menentu[cth]
- Keadaan ini tidak perlu dibiarkan berterusan

2.0 Isi/Fakta : Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran alam

2.1 Isi 1 : Kilang-kilang perindustrian baharu didirikan di kawasan yang jauh


dari kediaman manusia dan sumber air

- Mengapakah kilang perlu didirikan jauh dari kediaman?


- Apakah kesan jika kilang didirikan di kawasan kediaman dan sumber
air?

Penegasan Isi : Asap kilang yang beracun dan kebisingan bunyi tidak akan
menganggu ketenteraman orang ramai dan mengelakkan sis buangan
tidak mencemari sumber air.

2.2 Isi 2 : Menyediakan loji pelupusan sisa toksik

- Bagaimanakah cara merawat sisa toksik?


- Apakah kesan air kumbahan haiwan yang tidak dialirkan ke loji
pembentungan?

Penegasan Isi : Jika apa yang diperkatakan ini dilaksanakan,sungai, laut


dan tasik merupakan tempat selamat untuk bermandi-manda dan selamat
kepada hidupan air.

2.3 Isi 3 : Kerajaan menggubal undang-undang yang lebih tegas

- Apakah tindakan yang harus dikenakan terhadap pemilik kilang yang


degil?
- Bagaimanakah pihak berkuasa memantau kilang-kilang?

Penegasan Isi : Selama ini orang ramai berasa kuang yakin terhadp
tindakan pihak berkuasa apabila laporan yang dibuat tidak diambil
tindakan.

2.4 Isi 4 : Kegiatan tebus guna

- Bagaimanakah cara untuk mengelakkan bumi agar tidak tercemar?


- Apakah kebaikan kegiatan tebus guna?

Penegasan Isi : Kegiatan tebus guna ini secara tidak langsung dapat
mengelakkan pembaziran dan menghargai anugerah tuhan.

2.5 Isi 5 : Usaha menghijaukan alam sekitar

- Apakah cara-cara untuk menghijaukan alam sekitar?


- Mengapa pokok-pokok penutup bumi penting ditanam?
- Apakah peranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan?

Penegasan Isi : Usaha menghijaukan alam sekitar ini dapat mengelakkan


hakisan tanah dan kandungan oksigen dalam udara dapat
dikekalkan,malah bahan pencemar di udara dapat diserap oleh tumbuhan
hijau terebut.

3.0 Penutup

- Sesungguhnya semua berpunca aripada manusia.Alam yang


indah adalah anugerah Tuhan untuk dinikmati oleh setiap manusia tetapi
manusia sering alpa.Jadi, jika inginkan alam sekitar tidak tercemar
kerjasama semua pihak dari pemerintah hinggalah rakyat jelata perlu
dipupuk.Jangan bersikap tutup mata tetapi perlu pasang telinga lalu
bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa.

KARANGAN RESPON TERBUKA 14

KEPENTINGAN ICT DALAM BIDANG PENDIDIKAN

1.Pendahuluan.
Dewasa ini kepentingan komputer dan kesan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi semakin meluas dan proaktif Hal ini terbukti apabila komputer digunakan
secara meluas dalam pelbagai bidang bahkan menjadi nadi pembangunan pesat negara
dalam era teknologi maklumat.Lanjutan daripada penggunaan Teknologi Maklumat dan
komunikasi dijangka dapat membantu pelajar memudahkan kerja dan menjimatkan
masa,bersedia menceburi alam pekerjaan,mengurangkan beban guru,melahirkan
pelajar-pelajar yang cendikiawan dan pelajar dapat membuat rujukan.

2. PERANAN/ KEPENTINGAN ICT DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Dewasa ini kepentingan komputer dan kesan penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi semakin meluas dan proaktif.Hal ini terbukti apabila komputer digunakan
secara meluas dalam pelbagai bidang bahkan menjadi nadi pembangunan pesat negara
dalam era teknologi maklumat.Lanjutan daripada penggunaan Teknologi Maklumat dan
komunikasi dijangka dapat membantu pelajar memudahkan kerja dan menjimatkan
masa,bersedia menceburi alam pekerjaan,mengurangkan beban guru,melahirkan
pelajar-pelajar yang cendikiawan dan pelajardapat membuat rujukan.
Dalam era globalisasi ini, kepentingan komputer di Malaysia semakin pesat
membangun bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Kerancakan penggunaan ICT
memudahkan pengurusan pentadbiran dan pengurusan masa pelajar yang lebih
berinovatif sejajar dengan pembangunan fizikal dan kemajuan material. Jika
mengikut sistem pendidikan tradisional, para pelajar akan pergi ke bilik kuliah dan
pensyarah akan menyampaikan kuliahnya.Tetapi dengan adanya internet. Pendidikan
jarak jauh seperti yang dilakukan oleh Universiti Terbuka Malaysia dapat dijalankan
dengan mudah.Pelajar dapat memilih kursus tanpa perlu ke universiti,sebaliknya duduk
di rumah. Dengan menggunakan CD-rom, pembelajaran dan pembinaan ilmu dapat
dijalankan mengikut kesesuaian masa sendiri.Untuk menghubungi pensyarah , boleh
dijalankan dengan menghubungi e-mel peribadi pensyarah
terbabit.Bayangkanlah,betapa banyaknya masa terbuang jika mengikut sistem lama –
masa terbuang untuk ke bilik pensyarah,kemudian menunggu di luar bilik
pensyarah.Bagi seorang pelajar, masa itu emas dan setiap detik amat berharga.
.Demikianlah peranan ICT dapat menjimatkan masa dan melancarkan
kerja.Komputer bukan sahaja menyelesaikan masalah manusia malah memenuhi
falsafah pendidikan negara yang mementingkan kecemerlangan akademik dan
kecemerlangan kemahiran.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi satu kemestian dalam kehidupan
kita sebagaimana arus ledakan ICT yang ditunjangi oleh pengetahuan maklumat dan
ilmu. Faktor ini dapat membentuk masyarakat lebih proaktif agar mampu bersaing
dengan masyarakat antarabangsa.Hal inilah yang menyebabkan pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan mata pelajaran Teknologi Maklumat pada
tahun 1999 untuk pelajar tingkatan 4 dalam persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) sebagai mata pelajaran elektif.

Situasi ini memberi faedah kepada pelajar agar lebih bersedia mempunyai kemahiran
dalam bidang komputer apabila meninggalkan alam persekolahan dan menceburi alam
pekerjaan supaya mereka kelak tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung. Oleh
itu, pelajar seharusnya memberi tumpuan yang lebih banyak untuk mempelajari
kemahiran ICT agar tidak ketinggalan dalam Teknologi Maklumat.

Dalam pada itu ,peranan komputer sebagai alat teknologi berkesan dalam
mengurangkan beban guru tidak dapat disangkal.Hal ini sedemikian dapat dilihat
dalam memproses markah-markah pelajar,memeriksa kertas-kertas
objektif,menyediakan kertas-kertas soalan .Selain itu komputer juga boleh digunakan
untuk menyimpan data dan maklumat Seterusnya pembelajaran melalui komputer
mempunyai nilai tambah, iaitu menjana pelajar lebih berdikari dan bermotivasi untuk
mendapatkan pendidikan tinggi sesuai dengan konsep kesaksamaan peluang dalam
pendidikan. Kecemerlangan ini adalah untuk diri mereka dan negara. Diharapkan hal
ini dapat memberi manfaat, meningkatkan kecemerlangan dan menambahkan jumlah
celik komputer. Penyimpanan data ,hebahan maklumat mengenai kemasuakan pelajar
ke universiti dan kolej serta kuliah jarak jauh juga boleh dikendalikan dengan mudah.Di
samping ,itu pelbagai bidang ilmu boleh dilayari melalui internet demi menambahkan
ilmu seseorang itu .namun setiap ilmu itu perlu diteliti dengan betul dan berkesan agar
kita tidak dapat ilmu tidak berasas.Tidak dinafikan kini ,ramai mahasiswa luar kampus di
seluruh dunia menggunakan internet untuk mengikuti kuliah mereka ataupun para
siswazah yang mendapatkan maklumat atau rujukan melalui internet untuk menyiapkan
tesis. Kemajuan dalam kehidupan ataupun. modenisasi masyarakat masa kini juga ada
kaitannya dengan ciptaan internet.Gaya hidup ,cara berfikir, dan tindakan dalam
pelbagai bidang kehidupan seharian terserlah dan terbukti lebih sofistikated atau
kompleks.Setiap individu itu dapat mengikis kecetekan pengetahuan mereka dengan
merujuk kepada maklumat dan ilmu pengetahuan yang diperolehi menerusi
internet.Pelajar-pelajar masa kini juga berjaya menyiapkan tugasan mereka contohnya
tugasan Kajian Tempatan yang baik dengan menggunakan internet sebagai
rujukan.Mereka yang sentiasa melayari internet lebih cepat mengetahui perkembanga
terkini dalam bidang politik,ekonomi,social,perubatan,keagamaan,mahupun sukan.
Dengan wujudnya akhbar elektronik seperti The Straits Times,Berita Harian,Nanyang,
Utusan Melayu ,pelajar-pelajar dapat membaca lebih awal dan cepat tidak perlu keluar
dari bilik mereka. Malah mereka juga boleh membaca akhbar-akhbar luar negara seperti
The Washington Post.Wall Street Journal danLondon Times.

Dalam menyahut wawasan 2020 ini sekolah merupakan tulang belakang kearah
mencapai impiam murni kerajaan ,sehubungan ini penggunaan ICT di sekolah-sekolah
dapat melahirkan cendikiawan-cendikiawan muda yang bakal meningkatkan taraf
sosioekonomi negara kita.Walaupun kita boleh berbangga dengan apa yang dicapai
setakat ini,namun kita masih perlu pembaharuan dalam sistem pendidikan kita agar
negara kita tidak ketinggalan dalam mengejar arus pembangunan yang pesat.Bak kata
pepatah, kita tidak mahu “ayam dikepuk mati kelaparan itik di kolam mati kehausan.”,
dalam negara yang kaya ini. Sebagai contoh, sekolah bestari diwujudkan secara
peringkat di setiap sekolah.Teknologi Maklumat seperti telekonferensing pengkalan
data,dan mel elektronik dengan seluruh dunia.Pelajar akan belajar mengikut
kemampuan mereka tanpa dipaksa menghabiskan sukatan pelajaran.Pendidikan jarak
jauh juga diadakan Bagi pelajar pintar ,diharap dapat mengikuti pelajaran yang lebih
tinggi tanpa disekat oleh faktor kelas dan usia.Guru pula berperanan sebagai
pembimbing dan terus memberi galakan pelajarnya mengembangkan bakat dan
kebolehan masing-masing . Cara ini diyakini mampu melahirkan ramai cendikiawan.

Konklusinya, semua pihak perlu memastikan maklumat di hujung jari meliputi


pelbagai bidang ilmu merupakan pembelajaran sepanjang hayat dunia tanpa sempadan
dapat diaplikasikan sepenuhnya. Di samping itu penggunaan ICT memerlukan
pengawalan dan pemantauan pihak kerajaan agar teknologi tersebut tidak
disalahgunakan dan tidak memudaratkan pengguna. Amalan peribahasa sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tiada berguna sememangnya perlu diamalkan kerana
kemahiran komputer dan Teknologi Maklumat perlu dipelajari malah menjadi nadi
kelangsungan hidup generasi masa depan.
KARANGAN RESPON TERBUKA 15

Tajuk : Cara-cara Menghargai Jasa Ibu Bapa

Soalan

Jasa ibu bapa sangat besar nilainya dan tidak terbalas oleh anak-anak. Jelaskan
cara-cara menghargai jasa ibu bapa.

Rangka Karangan

1.0 Pendahuluan
- ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan setiap anak
- tanpa ibu bapa tiadalah anak
- ibu bapa telah banyak berkorban untuk memastikan anak-anak membesar
dengan sempurna
- ibu bapa terpaksa bekerja keras semata-mata untuk membolehkan anak-
anak mendapat pendidikan yang sempurna
- sebagai anak kita mestilah menghargai jasa ibu bapa
2.0 Isi/Fakta

Cara-cara Menghargai Jasa Ibu Bapa


Isi 1 : Membantu ibu bapa membuat kerja rumah
- Apakah cara-cara menghargai jasa ibu bapa?
- Mengapakah anak-anak perlu membantu ibu bapa membuat kerja rumah?
- Bagaimanakah cara anak-anak membantu ibu bapa membuat kerja rumah?
- Contoh/Bukti: Menolong ibu memasak, menjaga adik-adik, membantu bapa
mencuci kereta, membersihkan persekitaran rumah
- Rumusan isi : Justeru ibu bapa akan berasa senang hati kerana beban tugas
mereka di rumah bertambah ringan

Isi 2 : Menjaga ibu bapa selepas mereka tua


- Apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk menghargai jasa ibu bapa?
- Mengapakah anak-anak perlu menjaga ibu bapa setelah mereka tua?
- Bagaimanakah anak-anak menjaga ibu bapa setelah mereka tua?
- Contoh/Bukti : Membawa ibu bapa tinggal bersama, melayan mereka dengan
sabar, menjaga makan minum mereka dengan sempurna
- Rumusan isi : Oleh hal yang demikian, anak-anak hendaklah menjaga ibu
bapa baik dari segi jasmani mahupun rohani

Isi 3 : Mengunjungi ibu bapa jika tinggal berasingan


- Apakah cara lain menghargai jasa ibu bapa?
- Mengapakah kita perlu mengunjungi ibu bapa?
- Bagaimanakah caranya mengunjungi ibu bapa?
- Contoh / bukti : pulang ke kampung sebulan sekali, bertanya khabar,
membawa makanan dan barang kesukaan mereka
- Rumusan isi : Dengan cara ini ibu bapa tidak akan berasa sunyi dan tersisih
walaupun anak-anak tinggal berjauhan

Isi 4 : Berjaya dalam pelajaran


- Apakah cara lain menghargai jasa ibu bapa?
- Mengapa kita perlu berjaya dalam pelajaran?
- Bagaimanakah kejayaan anak-anak dapat membalas jasa ibu bapa?
- Contoh/Bukti : anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan, berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mendapat
pekerjaan yang baik
- Rumusan isi : Kejayaan anak-anak melambangkan kejayaan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak.

3.0 Penutup/Kesimpulan

Kesimpulannya, jasa ibu bapa terhadap anak-anak tidak ternilai. Ibu bapa tidak
mengharapkan anak-anak membalas jasa dengan menghamburkan wang atau
kemewahan tetapi cukuplah sekadar anak-anak mengambil berat terhadap diri mereka
dan prihatin terhadap masalah mereka pada saat mereka menghadapi hari-hari tua. Jika
kita menghargai jasa ibu bapa kita, setelah kita tua, anak-anak kita pasti akan
menghargai jasa kita. Usahlah kita menjadi anak-anak yang tidak mengenang jasa
seperti Si Tenggang yang melupakan ibunya setelah menjadi kaya.

Karangan Contoh
Jasa ibu bapa sangat besar nilainya dan tidak terbalas oleh anak-anak.
Jelaskan cara-cara menghargai jasa ibu bapa.

Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan setiap anak.
Tanpa ibu bapa tiadalah anak. Ibu bapa telah banyak berkorban untuk memastikan
anak-anak membesar dengan sempurna dan bekerja keras membanting tulang untuk
membolehkan anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya. Selain itu ibu bapa
terpaksa bersekang mata menjaga anak-anak semasa mereka sakit. Mereka juga
sanggup berlapar untuk memastikan anak-anak mendapat makanan yang mencukupi
dan sentiasa dalam keadaan sihat. Pendek kata, jasa ibu bapa sangat besar dan tidak
dapat dinilai dengan wang ringgit. Oleh hal yang demikian, sebagai anak kita mestilah
menghargai jasa ibu bapa.

Salah satu cara menghargai jasa ibu bapa adalah dengan membantu ibu bapa
membuat kerja di rumah. Hal ini kerana ibu bapa telah berpenat lelah sepanjang hari
bekerja mencari nafkah untuk menyara keluarga dengan harapan anak-anak dapat
membesar dalam keadaan yang baik seperti anak-anak orang lain. Oleh itu , sewaktu
balik dari kerja mereka akan berasa letih dan tidak bermaya sekiranya mereka bekerja
sebagai buruh di bawah sinaran mentari yang terik . Maka sebagai seorang anak, kita
boleh membuat kerja di rumah seperti menolong ibu memasak dan menjaga adik yang
masih kecil ataupun membantu bapa membersihkan kawasan perumahan dan mencuci
kereta untuk meringankan beban tugas ibu bapa. Justeru, ibu bapa akan berasa senang
hati kerana anak mereka telah menunjukkan kematangan berfikir. Pada masa yang
sama , beban tugas ibu bapa di rumah dapat diringankan.

Di samping itu , tanggungjawab menjaga ibu bapa selepas mereka tua juga
merupakan salah satu cara menghargai jasa ibu bapa. Namun, senario masa kini
menunjukkan bahawa anak-anak zaman kini mempunyai konsep yang salah dari segi
perkataan ” menjaga ”. Kebanyakan mereka berpendapat dengan memberi duit adalah
mencukupi untuk ibu bapa mereka dan ada anak-anak yang sanggup menghantar ibu
bapa mereka ke rumah orang tua kerana berpendapat ibu bapa mereka yang tua itu
merupakan suatu beban. Oleh itu, tanggapan yang salah ini haruslah dikikis daripada
pemikiran mereka. Anak-anak sepatutnya menganggap bahawa menjaga ibu bapa yang
tua merupakan suatu tanggungjawab yang suci dan perlu dilaksanakan dengan baik
kerana ibu bapa mereka telah menjaga mereka dengan baik sejak kecil lagi . Sikap ini
sebenarnya secara tidak langsung akan dicontohi oleh anak-anak mereka juga . Sebagai
contoh jika seseorang anak melayan ibu bapa mereka dengan kata tutur yang kesat dan
tidak sopan , anak-anak akan mengikut kelakuan mereka juga. Bak kata pepatah
jangan kita menjadi seperti ”ketam mengajar anaknya berjalan lurus”. Oleh itu, anak-
anak haruslah menjaga ibu bapa dengan baik dari segi jasmani mahupun rohani.
Sebagai contoh anak-anak haruslah melayan ibu bapa mereka dengan sabar dan
sentiasa menggembirakan mereka.

Selain itu, kita boleh mengunjungi ibu bapa sekiranya tinggal berasingan
daripada mereka sebagai salah satu cara menghargai jasa ibu bapa. Hal ini demikian
kerana ibu bapa akan berasa gembira dan diri mereka dihargai. anak-anak masih
mengingati mereka dan mengambil berat terhadap diri mereka walaupun tinggal
berasingan. Sebagai anak, kita hendaklah pulang ke kampung sekurang-kurangnya
sebulan sekali untuk menziarahi ibu bapa. Pada masa yang sama, kita perlu bertanya
khabar dan membawa makanan atau barang kesukaan mereka sebagai buah tangan.
Dengan cara ini, ibu bapa tidak akan berasa sunyi dan rasa tersisih walaupun anak-anak
tinggal berjauhan dengan mereka.

Belajar dengan bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran juga


merupakan satu cara menghargai jasa ibu bapa. Jika anak-anak memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam pelajaran, ibu bapa akan berasa bangga dan berpuas hati kerana
segala usaha dan wang yang dicurahkan telah membuahkan hasil. Tambahan pula jika
seseorang anak itu berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan mendapat
pekerjaan yang baik.Segala penat lelah ibu bapa selama ini tidak tersia-sia. Mereka
boleh tersenyum puas dan bercerita dengan jiran tetangga atau saudara mara tentang
kejayaan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana kejayaan anak-anak
melambangkan kejayaan ibu bapa mendidik anak-anak. Selain itu, anak-anak yang
mendapat pekerjaan yang baik dapat membantu meringankan beban kewangan
keluarga dengan membiayai pembelajaran adik-adik yang masih bersekolah dan
meningkatkan taraf hidup keluarga.

Kesimpulannya, jasa ibu bapa terhadap anak-anak tidak ternilai. Ibu bapa tidak
mengharapkan anak-anak membalas jasa dengan menghamburkan wang ringgit atau
kemewahan tetapi cukuplah sekadar anak-anak mengambil berat terhadap diri mereka
dan prihatin terhadap masalah mereka pada saat mereka menghadapi hari-hari tua. Jika
kita menghargai jasa ibu bapa kita, setelah kita tua, anak-anak kita pasti akan
menghargai jasa kita. Usahlah kita menjadi “seperti kacang lupakan kulit” atau menjadi
anak yang tidak mengenang jasa seperti Si Tenggang yang melupakan ibunya setelah
menjadi kaya.
KARANGAN RESPON TERBUKA 16

TAJUK : Cara-cara karya sastera dapat memupuk nilai-nilai murni


dalam diri pembaca.
Soalan : Karya-karya sastera dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri
pembaca.
Bincangkan.

Rangka Jawapan:

1.0 Pendahuluan :
- Komponen sastera dalam bahasa Melayu diperkenalkan kepada para
pelajar di sekolah menengah mulai tahun 2000
- Komponen sastera terpilih ini mengandungi pelbagai nilai murni
- menyediakan pucuk pimpinan Negara yang bernilai murni
- menyahut cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan masyarakat
bermoral.

2.0 Isi / Fakta:

2.1 Karya-karya sastera banyak membawa nilai keagamaan untuk


pembaca
- Bagaimanakah karya sastera dapat membawa nilai keagamaan?
- Mengapakah nilai keagamaan amat penting dewasa ini?
- Apakah gejala negatif yang berleluasa akibat kurangnya didikan agama dalam
masyarakat dewasa ini?
- Contoh / Bukti

2.2 Karya-karya sastera dapat memupuk semangat patriotik dalam diri


pembaca
- Mengapakah nilai patriotik amat penting dipupuk?
- Apakah kesannya jika rakyat tidak mempunyai semangat patriotk?
- Bagaimana karya sastera dapat memupuk semangat patriotik?
- Bagaimanakah nilai murni ini dapat mempengaruhi sikap para pelajar?
- Contoh / Bukti

2.3 Karya-karya sastera dapat memupuk nilai cinta akan alam sekitar.
- Karya yang bagaimanakah mengandung nilai tersebut?
- Bagaimanakah nilai cinta akan alam sekitar ini dapat melestarikan alam sekitar?
- Apakah peranan yang dapat dimainkan oleh pembaca yang membaca karya-
karya sastera yang mengandungi nilai cinta akan alam sekitar?
- Mengapakah alam sekitar perlu dipulihara dan dipelihara
- Contoh / Bukti

2.4 Karya-karya sastera dapat menerapkan nilai kasih sayang dalam diri pembaca
- Apakah tujuan nilai kasih sayang diterapkan dalam diri pembaca ?
- Bagaimanakah nilai kasih sayang dapat disampaikan melalui karya-karya
sastera?
- Mengapakah masyarakat dewasa ini ketandusan nilai kasih sayang?
- Apakah kesannya terhadap Negara jika nilai ini tidak dipupuk dalam diri
pembaca?
- Contoh / Bukti

2.5 Karya-karya sastera boleh memupuk perpaduan kaum dalam kalangan


masyarakat.
- Bagaimanakah fenomena hubungan kaum di negara kita?
- Bagaimanakah karya sastera dapat memupuk nilai bersatu-padu di negara kita?
- Mengapakah perpaduan kaum amat penting dipelihara oleh semua rakyat?
- Apakah kesan baik yang akan diperoleh negara jika rakyatnya hidup bersatu-
padu
- Contoh / Bukti

3.0 Penutup:

- Setiap lapisan rakyat perlu membaca banyak karya sastera untuk menguasai
nilai-nilai murni terutamanya golongan muda / pelajar
- Dapat membantu merealisasikan matlamat Wawasan 2020
- Dapat meningkatkan imej Negara

KARANGAN CONTOH

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan komponen sastera


dalam Bahasa Melayu kepada para pelajar sekolah menengah sejak tahun 2000.
Komponen sastera terpilih ini mengandungi pelbagai nilai murni. Sehubungan dengan
itu, kesan daripada pemupukan nilai-nilai murni dalam diri pelajar akan melahirkan
pucuk pimpinan Negara yang bernilai murni. Oleh itu, kita harus menghayati karya-karya
sastera untuk menyahut cabaran Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat yang
bermoral.
Dewasa ini, masyarakat lebih suka menumpukan hal-hal keduniaan sehinggakan
mereka alpa dengan dunia keagamaan. Oleh itu, bahan-bahan sastera dapat
memaparkan nilai-nilai keagamaan seperti taat dan percaya kepada tuhan, hormat
kepada manusia dan lain-lain. Dengan ini, para pembaca dapat mendisiplinkan diri
daripada terlibat dengan gejala sosial seperti maksiat, pembuangan bayi,
penyalahgunaan dadah, ‘black metal’ dan sebagainya yang semakin serius dalam
kalangan remaja. Contoh karya sastera yang dapat dihayati oleh pembaca adalah prosa
tradisional ‘Sabor’, iaitu sebuah hasil karya sastera yang diambil daripada Antologi
Kerusi. Dalam cerita ini, Sabor digambarkan sebagai watak yang warak dan mempunyai
iman yang kuat sehingga berjaya menolak permintaan isteri saudaranya, Siti Saidah
yang ingin berlaku curang dengannya. Jelaslah bahawa dengan membaca bahan
sastera, kita dapat membentuk keperibadian yang mulia dengan menjadi insan yang
beriman, bertakwa dan bertawakal.
Pendedahan kepada bahan-bahan sastera juga dapat menyemai semangat
patriotik dalam kalangan pembaca. Generasi muda pada masa kini kurang mendapat
pendedahan tentang semangat patriotik. Misalnya, kebanyakan pelajar menghabiskan
masa dalam pelajaran mereka, tetapi semangat cintakan negara tidak harus dilupakan.
Melalui karya-karya sastera, para pembaca dapat membentuk keperibadian yang mulia
secara tidak langsung. Unsur-unsur patriotik ini dapat dilihat dalam cerita Pertarungan
Hang Tuah dan Hang Jebat yang banyak memberi ikhtibar kepada kita tentang
kepentingan seseorang menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada
pemimpin atau pemerintah. Akibat belot dan khianat, Hang Jebat ditikam oleh Hang
Tuah. Sesungguhnya, jelaslah bahawa bahan-bahan sastera sama ada cerpen, drama
atau novel dapat membangkitkan semangat kebangsaan kepada pembaca dan
membentuk keperibadian yang mulia.
Selain itu, karya-karya sastera turut memaparkan nilai cinta akan alam sekitar.
Hal ini kerana, pencemaran alam sekitar semakin kronik berlaku di negara kita
disebabkan sikap individualistik masyarakat Malaysia. Pencemaran yang serius berlaku
dinegara kita berpunca daripada pembangunan yang semakin mendadak dan tidak
terkawal. Kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar harus disemai dalam
jiwa rakyat. Nilai ini dapat dipaparkan menerusi cerpen ‘Lambaian Malar Hijau’ karya
Saroja Theavy. Cerpen ini mengisahkan watak utama yang cinta kepada alam sekitar
dan hutan malar hijau. Watak Daneng tidak rela hutan terpupus. Suntikan semangat
daripada Cikgu Jo, Daneng telah menimba ilmu dan muncul sebagai pejuang dan
pemulihara alam semula jadi yang dicintainya. Secara tidak langsung, pembaca akan
mencontohi semangat Daneng dan mendapat ikhtibar daripada pencemaran alam
sekitar. Jelaslah bahawa bahan-bahan sastera dapat membentuk keperibadian yang
mulia dalam kalangan pembaca.
Karya-karya sastera memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai
kasih sayang. Misalnya, dalam novel ‘Seteguh Karang’ penulis mengisahkan Awanis yang
merupakan seorang yang penyayang. Awanis sayang akan adik angkatnya, Anita
walaupun dia mengetahui bahawa Anita bukan adik kandungnya. Sikap yang ada pada
Awanis perlu diamalkan oleh masyarakat pada zaman ini. Hal ini kerana, masyarakat kini
sentiasa bersikap tidak suka menjaga tepi kain orang lain dan tidak mengambil kisah
apa-apa yang berlaku di sekitar mereka. Ada sesetengah masyarakat pula, tidak
mengenang budi ornag lain seperti kata papatah ‘bagai kacang lupakan kulit’.
Masyarakat kini tidak lagi mengamalkan nilai kasih sayang. Oleh itu, secara tidak
langsung, dengan mempelajari karya-karya sastera dapat melahirkan keperibadiaan
yang murni dalam kalangan pembaca.
Perpaduan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya di
Negara kita yang mempunyai masyarakat majmuk. Sebarang ancaman dari dalam dan
luar dapat diatasi dengan mudah dengan adanya perpaduan. Namun, sejak akhir-akhir
ini, masyarakat tidak mengamalkan semangat perpaduan kerana lebih bersikap
individualistik. Drama ‘Titik-titik Perjuangan’ mengisahkan penduduk kampung yang
bekerjasama untuk menuntut kemerdekaan negara mereka. Penduduk kampung juga
menyedarkan seorang pegawai tentang pentingnya semangat perpaduan. Maka, dengan
mempelajari bahan-bahan sastera, secara tidak langsung akan melahirkan masyarakat
yang berperibadi mulia. Bak kata pepatah ‘bagai aur dengan tebing’.
Kesimpulannya, remaja merupakan harapan bangsa dan negara. Pembangunan
negara bergantung kepada remaja masa kini. Justeru, bahan-bahan bacaan sastera
memainkan peranan yang penting dalam sesebuah generasi. Walau bagaimanapun,
bahan-bahan sastera harus dikaji dengan lebih mendalam. Dengan ini, visi Wawasan
2020 pasti akan berjaya dicapai dengan kerjasama daripada seluruh lapisan masyarakat.
Imej negara dapat ditingkatkan kerana mempunyai generasi yang berakhlak, bermoral
dan bersahsiah mulia.

KARANGAN RESPON TERBUKA 17

KECEMERLANGAN ANAK-ANAK BERMULA DARI RUMAH

Peranan institusi keluarga amat penting dalam melahirkan


anak-anak yang cemerlang. Huraikan pendapat anda tentang
pernyataan tersebut.
Rangka Jawapan:

1.0 Pendahuluan:
Peribahasa:” Anak umpama kain putih, ibu bapalah pencoraknya”.(AR)
Setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga perlu ada matlamat dan
tanggungjawab terhadap generasi yang akan dilahirkan.(AS)

Apakah peranan ibu bapa dalam melahirkan anak-anak cemerlang (AA).

2.0 Peranan ibu bapa dalam melahirkan anak-anak cemerlang.

2.1 Isi 1
Ilmu keibubapaan.
Apakah pentingnya ilmu keibubapaan?

Mengapa ilmu keibubapaan penting dalam melahirkan anak-


anak cemerlang?

Bagaimanakah cara ilmu keibubapaan ini dapat membantu


melahirkan anak-anak cemerlang?
Contoh: Kursus praperkahwinan dan kursus keibubapaan.
Rumusan/Penegasan Isi:
Ilmu keibubapaan penting dalam melahirkan anak-anak cemerlang.

2.2 Isi 2
Keluarga Bahagia
Apakah itu keluarga bahagia?

Mengapa keluarga bahagia perlu diwujudkan?

Bagaimanakah keluarga bahagia dapat melahirkan anak-anak cemerlang?

Contoh : “Rumahku Syurgaku”

Rumusan/Penegasan Isi: Kebahagiaan rumah tangga adalah tonggak


kecemerlangan anak-anak.

2.3 Isi 3
Role Model
Siapakah role model kepada anak-anak?

Mengapakah anak-anak memerlukan role model?

Bagaimana menjadi role model cemerlang?

Contoh: Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?


Rumusan/Penegasan:
Sikap dan sifat ibu bapa penting dalam menjana kecemerlangan anak-anak.

2.4 Isi 4 : Pemudahcara,Penggalak dan Pembimbing

Siapakah pemudahcara, penggalak dan pembimbing kepada anak-anak?

Mengapakah anak-anak memerlukan pemudahcara, penggalak dan


pembimbing?

Bagaimana pemudahcara,penggalak dan pembimbing ini memainkan


peranan mereka?

Contoh: Pendengar yang setia.

Rumusan/Penegasan:
Anak-anak memerlukan ibu bapa dalam meraih kecemerlangan.

3.0: Penutup:

Ibu bapa perlu cemerlang jika mahu melihat anak-anak cemerlang.


Ilmu, sikap, perbuatan, cara bertindak dan penampilannya perlu cemerlang.
“Jangan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus” tetapi ikutlah laungan
pemimpin kita “Kepimpinan melalui teladan”.

KARANGAN :

Institusi keluarga yang lengkap perlu ada bapa, ibu, anak-anak dan saudara-
mara. Setiap unit mempunyai peranan yang jelas dan tersendiri. Ibu bapa dianggap
mempunyai peranan yang paling penting dalam keluarga kerana “anak-anak umpama
kain putih, ibubapalah yang menjadi pencoraknya”. Oleh yang demikian, setiap
pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga perlu menentukan matlamat dan corak
keluarga yang ingin dimilikinya. Persoalannya apakah peranan ibu bapa dalam
melahirkan anak-anak yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang pelajaran tetapi
dalam keseluruhan kehidupannya?

Sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan pasangan yang bakal melayari


bahtera rumah tangga perlu melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan demi
melahirkan ibu bapa yang prihatin suatu hari kelak. Ilmu keibubapaan ialah ilmu yang
dikutip melalui kursus-kursus secara formal atau tidak formal. Misalnya kursus pra
perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam atau kursus keibubapaan
anjuran badan-badan swasta. Pengisian ilmu keibubapaan yang merangkumi
tanggugjawab suami, isteri dan anak-anak serta batasan-batasan hak mereka ini
diharapkan dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah kerana pengetahuan
agama dan moral dalam keluarga dapat membentuk sahsiah atau disiplin anak-anak.
Kita sedia maklum disiplin yang kukuh adalah pencerna kecemerlangan dan
kegemilangan anak-anak.

Rumahku Syurgaku adalah impian setiap pasangan sama ada yang baru atau
yang sudah lama berumahtangga. Apa itu rumah yang menjadi syurga dalam keluarga?
Tidak lain dan tidak bukan ialah keluarga yang bahagia. Dalam hal ini, ibu bapa amat
berperanan dalam melahirkan keluarga yang harmoni, aman dan damai. Menurut
Dr.Hassan Ali, Pengarah Akademi Keluarga Bahagia Malaysia, kesejahteraan bermula
dari rumah, maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh
dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak. Kesejahteraan di rumah dapat
mewujudkan keluarga penyayang. Oleh itu ibubapa harus peka dan faham serta
mempunyai iltizam terhadap insan yang utuh dari segi emosi, akhlak dan moraliti dalam
mengharungi ranjau serta liku yang sentiasa menghambat kesejahteraan keluarga.
Anak-anak yang membesar dalam lingkungan kebahagiaan lebih mudah menerima
perkara-perkara yang positif dalam membina diri mereka. Mereka juga lebih tenang dan
lebih senang menerima pelajaran bagi memastikan kecemerlangan mereka dalam
bidang akademik. Mereka tidak akan mencari jalan lain untuk mencari hala tuju kerana
mereka sudah ada keluarga bahagia yang menjadi tulang belakang mereka. Jadi jelaslah
bahawa, keluarga yang bahagia amat penting dalam menjadikan anak-anak cemerlang.

Proses pembentukan sahsiah bermula dari alam rahim hingga ke akhir hayat. Ibu
bapa perlu bertindak sebagai agen pertama dalam pembentukan sahsiah dan penjana
kecemerlangan anak-anak. Justeru, mereka mesti menjadi role model kepada anak-anak
bagi mengelakkan anak-anak daripada terjebak ke kancah negatif. Untuk menjadi role
model yang cemerlang, mereka perlu memulakannya daripada diri mereka sendiri.
Sebagai contoh, dari segi penampilan diri, ibu bapa yang menjadi role model ini perlu
berketrampilan sopan dan tidak melanggar batasan agama dan budaya. Mereka juga
perlu menjadi pengurus rumah tangga yang cemerlang iaitu dari segi pengurusan masa,
pengurusan diri, pengurusan anak-anak sehinggalah kepada pengurusan kewangan.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke
nasi”, “bapa borek anak rintik”, malah kalau bapa kencing berdiri anak-anak kencing
berlari. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memastikan diri mereka dari segi
tingkah laku dan emosi adalah yang terbaik supaya menjadi contoh yang terbaik untuk
anak-anak mencapai kecemerlangan.

Ibu bapa merupakan sumber inspirasi anak-anak. Sentuhan kasih sayang dan
dakapan mesra menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan anak-anak. Lantaran itu,
ibu bapa seharusnya menjadi pemudah cara kepada anak-anak supaya mereka terkeluar
daripada belenggu masalah. Sebagai contoh, apabila anak-anak berhadapan dengan
masalah pelajaran atau gangguan emosi, ibu bapa akan menjadi pendengar yang setia
dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Terdapat juga anak-anak yang
mengalami tekanan sehingga mereka hilang kawalan diri dan putus asa, ibu bapalah
orang pertama yang seharusnya menghidupkan kembali semangat mereka dan
memberikan bimbingan untuk meneruskan kehidupan. Jika tidak, mereka pasti akan
mencari orang luar yang belum tentu dapat menjadi penggalak dan pembimbing ke
jalan yang benar. Anak-anak sebenarnya memerlukan bimbingan dan motivasi daripada
ibu bapa sendiri lebih daripada orang lain.
Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar
untuk menafikan bahawa kecemerlangan ibu bapa menjadi modal insan yang utama
untuk menjana kecemerlangan anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh
menjadi “seperti ketam mengajar anak-anak berjalan lurus” tetapi sahutlah laungan
pemimpin negara kita “kepimpinan melalui teladan”. “Sebelum nasi menjadi bubur”,
atau jika tidak mahu “tanam padi tumbuhnya lalang” maka bertindaklah dari sekarang
untuk mejadi ibu bapa yang cemerlang bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang.

KARANGAN RESPON TERBUKA 18


PERANAN ICT DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Rangka Jawapan
1.0 Pendahuluan:
-ICT menjadi pemangkin Wawasan 2020
-Kerajaan membangunkan MSC
-Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakyat negara
maju.
2.0 Isi/Fakta
2.1 ICT meningkatkan pengurusan dan pentadbiran Negara
-mewujudkan kerajaan elektronik
-menjimatkan masa, tenaga dan wang kerajaan dan rakyat
-maklumat di hujung jari
-meningkatkan keyakinan pelabur asing

2.2 ICT memajukan sistem pendidikan


-mempercepat penubuhan Sekolah Bestari
-berkongsi maklumat menerusi dasar Langit Terbuka
-melahirkan lebih ramai cendekiawan
-melahirkan cendekiawan yang akan membangunkan negara

2.3 ICT meningkatkan kemajuan ekonomi negara


-perdagangan bertaraf antarabangsa dapat dijalankan
-peniaga dapat memahami kehendak semasa para pengguna
-Malaysia menjadi pusat pemasaran tanpa sempadan

2.4 Teleperubatan meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan


-menjimatkan masa dan wang pesakit
-penemuan terbaru dan kaedah terkini rawatan dapat dikongsi bersama
-pengetahuan rakyat tentang aspek kesihatan dapat ditingkatkan

2.5 Bioteknologi dapat memajukan bidang pertanian


-petani mengetahui penghasilan produk baru
-pertanian diusahakan dalam skala besar
-memberi nilai tambah pada industri kecil/sederhana
-pemasaran secara maya.
3.0 Kesimpulan:
-ICT menjadi nadi kehidupan
-Rakyat perlu menguasai ICT

PERANAN ICT DALAM PEMBANGUNAN NEGARA


Gelombang revolusi ketiga yang melanda dunia telah mengubah cara hidup
rakyat Malaysia. Revolusi yang bertunjangkan Teknologi maklumat (ICT) ini merupakan
kombinasi komputer, telekomunikasi dan sistem maklumat yang menjadi pemangkin
untuk merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Revolusi ini juga dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang berpendidikan dan bermaklumat agar kita setanding dan
berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan rakyat negara maju yang lain.
Lantaran itu, kerajaan tidak teragak-agak untuk membuat pelaburan yang besar untuk
memajukan bidang ini dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia(MSC) kerana bidang
ini dapat membangunkan negara dengan lebih pesat.

ICT dapat meningkatkan pengurusan dan pentadbiran negara. Hasrat


negara untuk mewujudkan kerajaan elektronik (e-kerajaan ) akan lebih cepat tercapai.
Semua urusan kerajaan akan dijalankan melalui media elektronik. Pengurusan dokumen-
dokumen, permohonan pelbagai jenis lesen serta pembaharuan permit-permit yang
berkaitan dapat dijalankan dengan mudah, cepat dan tepat. Ringkasnya, data dan
maklumat dapat diproses dengan segera. Secara langsung, hal ini akan menjimatkan
masa, tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat kerana segala maklumat berada di
hujung jari. Selain itu, dasar kerajaan juga dapat disebarkan secara meluas kepada
rakyat. Pendek kata , pentadbiran kerajaan dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap
lantas dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan orang luar.

Lanjutan daripada itu, ICT dapat memajukan sistem pendidikan di negara


kita. Penubuhan Sekolah Bestari dapat direalisasikan. Pelajar-pelajar menggunakan
komputer dalam pembelajaran. Bahan pembelajaran disediakan dalam pakej multimedia
yang dimuatkan dalam komputer. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator. Pelajar-
pelajar pintar dapat mengikuti pelajaran lebih tinggi tanpa batasan kelas dan umur.
Keadaaan ini akan dapat melahirkan lebih ramai cendekiawan yang dapat membantu
dalam pembangunan negara. Di samping itu, pelajar-pelajar sekolah bestari turut dapat
berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar di sekolah di seluruh negara dan dunia
melalui persidangan video atau penggunaan e-mel. Dasar langit terbuka yang ada
sekarang dapat melahirkan generasi berilmu dan bermaklumat, yang sama-sama akan
memajukan negara. Sistem pendidikan jarak jauh juga dapat dilancarkan. Keadaan ini
menawarkan peluang pendidikan yang lebih luas di samping menjimatkan kos.
Kemudahan ini akan melahirkan modal insan yang mahir menerajui sektor
telekomunikasi negara suatu hari ini. Pendek kata, ICT membolehkan sistem pendidikan
Malaysia bertaraf dunia.

Kemajuan ICT juga dapat meningkatkan kemajuan ekonomi negara.


Perdagangan anatarabangsa dapat dijalankan. Peniaga dan pengusaha dapat
mengendalikan perniagaan mereka di seluruh dunia. Mereka dapat menghubungi
sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui persidangan video, mesin faksimili, Internet dan
e-mel. Pengaplikasian dunia tanpa sempadan, membolehkan para peniaga dapat
mengikuti perkembangan terkini pasaran saham antarabangsa dan domestik. Setiap
masa mereka dapat mengikuti trend terkini perniagaan dunia di samping memahami
kehendak para pengguna. Dengan ini dapatlah golongan peniaga ini membuat
keputusan yang berkaitan urusan perniagaan dengan bijak dan tepat. Mereka juga
mampu menjalin hubungan dagangan dengan rangkaian yang lebih luas sama ada di
dalam negara, mahupun di luar negara. Di samping itu, Malaysia juga boleh menjadi
pusat pemasaran tanpa sempadan. Pelbagai kemudahan seperti perlindungan undang-
undang, tempat kediaman berkualiti serta kemudahan telekomunikasi disediakan. Maka,
hasrat kerajaan untuk menjadi hub bagi pelbagai jenis barangan pengguna dapat
direalisasikan. Intihanya, Malaysia mampu menjadi pusat perdagangan antarabangsa

ICT juga dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan menerusi


teleperubatan. Menerusi kaedah teleperubatan, doktor tempatan dapat berinteraksi
secara terus dengan pakar-pakar perubatan lain di seluruh dunia. Perbincangan sesama
mereka dapat dijalankan secara terus dan cepat tanpa membazirkan masa dan wang.
Pakar-pakar luar negara tidak perlu berada di dalam bilik pesakit negara kita ketika
rawatan diberikan. Pakar-pakar tersebut akan merawat pesakit di Malaysia melalui
kaedah teleperubatan ini dengan bantuan doktor tempatan. Seterusnya, setiap
penemuan terbaru dalam bidang perubatan dan kaedah rawatan terkini juga dapat
disebarkan serta-merta. Dengan itu, pakar perubatan kita setanding dengan pakar luar
negara dan secara tidak langsung taraf kesihatan dan pengetahuan rakyat tentang
kesihatan turut meningkat. Secara keseluruhannya, ICT membolehkan rawatan yang
lebih cepat, selamat dan menjimatkan dapat dinikmati oleh rakyat di negara ini.

Tidak ketinggalan juga, ICT dapat memajukan pelbagai bidang yang


diusahakan di negara kita. Umpamanya bidang pertanian. Menerusi ICT,
pelbagai teknik atau kaedah terkini dalam bidang ini dapat diketahui oleh para
pengusaha. Para petani juga dapat mengetahui penghasilan pelbagai produk baru yang
patut diterokai dan diusahakan. Pendek kata, bioteknologi yang begitu diberi penekanan
oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian Pertanian Malaysia, akan merevolusikan
bidang ini pada suatu hari nanti. Pastinya pihak kerajaan mengharapkan pengusaha
tempatan akan dapat membangunkan bidang pertanian moden dalam skala besar yang
lebih besar, dan seterusnya menghasilkan pulangan yang lebih lumayan. Lanjutan
daripada itu, ICT juga dapat memberi nilai tambah kepada industri-industri kecil dan
sederhana yang diusahakan oleh rakyat tempatan. Umpamanya, Projek Agribazaar
diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu pengusaha-pengusaha memasarkan
produk-produk mereka secara maya tanpa melibatkan orang tengah. Secara tidak
langsung, keadaan ini pastinya akan dapat meningkatkan taraf hidup rakyat,
terutamanya yang berada di luar bandar.

Kesimpulannya, kepentingan ICT tiada batasannya kerana


kemampuannya mambangunkan dan melonjakkan pelbagai bidang yang diusahakan
dalam kehidupan kita. Jadi, memandangkan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju
menjelang tahun 2020 maka, kita sebagai warga yang prihatin dan bertanggungjawab
perlu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi yang menjadi nadi kehidupan
masa ini, supaya kita tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

KARANGAN RESPON TERBUKA 19

RANGKA KARANGAN

TAJUK: KEPENTINGAN PERTANIAN

1.0 Pendahuluan
- Satu daripada lima teras dalam RMK 9
- menjadi pemangkin ekonomi negara dasar buku hijau
- diberi perhatian dan amat penting kepada Negara

2.0 Isi/Fakta

2.1 Isi 1 : menyumbang kepada pendapatan negara

- apakah hasil pertanian yang disumbangkan?


- bagaimanakah pertanian dapat menyumbangkan kepada penndapatan
Negara?

Penegasan Isi : Jelaslah di sini bahawa pertanian amat penting kepada


negara.

2.2 Isi 2 : sektor pertanian membuka peluang pekerjaan kepada


rakyat.

- Sejak bilakah sector pertanian menjadi pekerjaan tradisi?


- apakah jenis pekerjaan mengikut bangsa?
- apakah yang sedang b erlaku kini?
- siapakah individu yang telah berjaya dalam bidang pertanian?

Penegasan Isi: Jadi,megah dinyatakan di sini bahawa sektor


pertanian sememangnya memberi peluang
pekerjaan yang luas kepada rakyat

2.3 Isi 3 : menyumbang kepada sumber bahan mentah untuk sektor


industri kecil, sederhana (IKS),dan industri berat.

- Apakah bahan mentah tersebut?


- Apakah kesannya kepada bidang perindustrian?

Penegasan Isi : Sesungguhnya,bidang pertanian telah menyumbang


kepada kemajuan mutu jaringan pengangkutan.
2.4 Isi 4 : sektor pertanian juga dapat memajukan dan memperbaiki
mutu jaringan pengangkutan

- apakah contoh jaringan pengangkutan ?


- bagaimana pertanian dapat memajukan dan memperbaiki mutu
jaringan pengangkutan?

Penegasan isi : Sesungguhnya,bidang pertanian telah menyumbang


kepada kemajuan mutu jaringan pengangkutan.

Penutup:
3.0 Cadangan: masyarakat janganlah memandang rendah,
menganaktirikan atau terus melupakan bidang ini.

Harapan: menempatkan sektor pertanian ini sebaris dengan sektor


perindustrian sedikit masa lagi

TAJUK: KEPENTINGAN PERTANIAN

Pertanian- apabila menyebut sahaja perkataan ini,fikiran menjadi lesu dek


minda yang sempit tentangnya.Kita cenderung untuk menidakkan sumbangan
pertanian kepada negara.Kita terus juga alpa lantas menolak kenyataan bahawa
sector pertanian banyak memberi sumbangan kepada kemakmuran
negara.Mungkin selama ini pun kita menyimpan keyakinan bahawa hanya sektor
perindustrian yang memainkan peranan utama dalam usaha memajukan
Negara.Namun,sebenarnya kepercayaan ini meleset sekali.Sektor pertanian
diberi perhatian dan dibugarkan kembali oleh kerajaan. Seimbang dengan
merealisasikan satu daripada lima teras utama yang terkandung di dalam RMK
9,pertanian merupakan satu cabang yang boleh menjadi pemangkin ekonomi
negara serta pada masa yang sama dapat memelihara alam sekitar.Pelbagai cara
atau inisiatif dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyat terlibat
dalam sektor pertanian salahnya satunya ialah “ dasar buku hijau”.Hal ini
menunjukkan bahawa sektor pertanian amat penting kepada negara dan kini
diberi perhatian baru oleh pihak kerajaan.

Satu kepentingan pertanian kepada negara ialah sebagai sumber


pendapatan negara iaitu melalui hasil eksport.Jelas di sini bahawa kepentingan
pertanian bukan sahaja dapat dilihat dari segi sebagai pembekal makanan asasi
seperti beras,tepung dan bijirin,tetapi sektor ini merupakan penjana sumber
pendapatan negara melalui hasil eksport.Terdapat banyak makanan yang
dihasilkan di dalam negara yang dieksport seperti makanan yang dihasilkan oleh
usahawan-usahawan makanan ringan.Contohnya keropok dan kerepek
merupakan makanan ringan buatan Malaysia yang sangat terkenal di Negara-
negara seperti Amerika Syarikat,Australia dan Jepun.Dengan pengeksportan hasil
pertanian ini,pengaliran wang dari Negara luar ke Negara kita semakin
lumayan.Akhirnya,pendapatan negara bertambah.Hidup rakyat pun senang
kerana pepatah ada menyebut,” kenyang perut sukalah hati”!Tampak jelas di sini
bahawa pertanian amat penting kepada negara.

Selain itu,sektor pertanian membuka peluang pekerjaan kepada


rakyat.Sejak zaman penjajah,pertanian merupakan pekerjaan tradisi sesetengah
golongan masyarakat di samping bidang perniagaan.Masyararkat berbangsa
Melayu sangat popular dengan bertani sawah padi.Masyarakat Cina pula
bertanam sayur,dan masyarakat India berladang getah.Fenomena ini masih
berlaku sehingga kini,malah berkembang melampaui batas kaum dan peralatan
yang digunakan secanggih peredaran masa.Kini,sektor pertanian menjanjikan
pelbagai pekerjaan dan pendapatan yang lumayan.Baik dari peringkat paling
asas atau bawah sehinggalah kepada peringkat pentadbiran dan
pengurusan.Malah, ramai juga individu yang berjaya menjadi petani moden
berjaya dan bertaraf jutawan seperti Encik Mahmud bin Awang,pengusaha
penanaman organik pertama di Malaysia.Tidak hairanlah ramai graduan universiti
bergiat dalam sektor pertanian.Masing-masing menggantung cita-cita untuk
mengikut jejak Encik Mahmud bin Awang.Jadi,megah dinyatakan di sini bahawa
sektor pertanian sememangnya memberi peluang pekerjaan yang luas kepada
rakyat,dan memberi pengharapan kepada individu yang jitu meraih kemewahan!

Dalam pada itu,sektor ini juga menyumbang kepada sumber bahan mentah
untuk sektor industri kecil, sederhana (IKS),dan industri berat.Hal ini disebabkan
bahan mentah seperti getah,minyak, dan makanan diperlukan dalam
perindustrian membuat tayar,tilam,minyak masak,petroleum,sabun,beras,dan
sebaginya.Sebagai contoh yang lebih jelas,industri membuat tayar memerlukan
getah sebagai bahan mentah.Dengan adanya perladangan getah,maka sumber
bahan mentah untuk industri ini menjadi mudah didapati.Hal ini akan menjadi
lebih lancar apabila sistem pengangkutan yang lebih baik diwujudkan hasil
daripada kegiatan pertanian yang berhubungkait dengan sektor
perindustrian.Justeru,tidak dapat dinafikan bahawa sektor pertanian memberi
sumbangan besar kepada sumber bahan mentah sektor industri
kecil,sederhana,dan juga industri berat.

Seperti yang telah disentuh di atas, sektor pertanian juga dapat


memajukan dan memperbaiki mutu jaringan pengangkutan.Contohnya
pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua untuk menghubungkan di antara
Semenanjung Malaysia dengan Pulau Pinang.Dengan ini,hasil tanaman seperti
sayur-sayuran,buah-buahan dan beras dari Kedah dan Perlis dapat dihantar ke
Pulau Pinang untuk pasaran dengan mudah.Terdapat juga pelabuhan
antarabangsa yang dibina atas tujuan mengeksport hasil pertanian ke luar
negara.Contoh yang terdekat ialah Pelabuhan Kelang yang menjadi destinasi
pengeksportan bahan-bahan mentah hasil pertanian seperti getah,kelapa
sawit,bunga,buah-buahan dan sebagainya ke negara luar. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengeratkan hubungan dua hala antara negara pengimport dan
negara pengeksport,seperti kata pepatah hidup sandar menyandar,bagai aur
dengan tebingnya. Sekiranya kemajuan pertanian tidak diiringi dengan kemajuan
system perhubungan,bagaimanakah kita dapat mengoptimumkan kegiatan
pertanian negara? Sesungguhnya,bidang pertanian telah menyumbang kepada
kemajuan mutu jaringan pengangkutan.Tak tumbuh tak melata,tak sungguh
orang tak kata!

Intihannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa bidang pertanian


merupakan sektor yang penting dalam sesebuah negara.Pertanian bukan sahaja
memberikan sumber pendapatan kepada negara tetapi menyumbang lebih
daripada itu.Oleh itu,masyarakat janganlah memandang rendah,
menganaktirikan atau terus melupakan bidang ini.Sebaliknya,kita harus bergerak
seiring dengan pihak kerajaan bagi memajukan lagi sektor ini.Kita haruslah
menggantung cita-cita dan harapan untuk menempatkan sektor pertanian ini
sebaris dengan sektor perindustrian sedikit masa lagi.Kata orang tidak rugi
berbudi pada tanah!
KARANGAN RESPON TERBUKA 20

KERJAYA DAN CABARAN KEPADA REMAJA

Perkembangan dunia masa ini telah mendedahkan para remaja kepada kerjaya
yang lebih kompleks. Hal ini disebabkan idea globalisasi dan ledakan teknologi
maklumat semakin mendapat sambutan serta dorongan daripada pelbagai pihak,
terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun dan maju. Kesan langsung
daripada itu ialah dorongan terhadap kewujudan bidang - bidang baru serta
percambahan kerjaya daripada bidang-bidang yang sedia ada.

Kerjaya kini menjadi semakin berfokus dan menjurus kepada tugasan-tugasan


khusus. Kewujudan pengkhususan ini secara tidak langsung telah memacu
perkembangan industri ke hadapan dengan begitu pantas dan lebih agresif. Hal ini
disebabkan wujud bidang-bidang khusus seperti Multimedia, Kejuruteraan Sistem dan
Rangkaian, Animasi dan ICT. Jika 20 tahun yang lalu, kita hanya mendengar kerjaya di
bidang Sains Komputer, tetapi kini telah wujud bidang-bidang khusus seperti
Multimedia, Kejuruteraan Sistem dan Rangkaian, Animasi dan ICT. Oleh yang demikian,
memberi fokus kepada bidang-bidang khusus dalam pekerjaan merupakan salah satu
cabaran dalam bidang kerjaya remaja.

Globalisasi pula telah menghasilkan pelbagai kerjaya baru yang mungkin, pada
awalnya begitu janggal dalam kalangan para remaja. Kewujudan perniagaan secara on-
line dan perniagaan jualan langsung telah membuka dimensi baru kepada kaedah
berniaga yang selama ini dimonopoli oleh dunia perniagaan konvensional. Kini,
masyarakat telah mula dapat menerima sistem baru ini dalam kehidupan seharian
mereka. Kerjaya dalam bidang ini turut menjanjikan pulangan yang lumayan.

Dalam aspek yang lain pula, kini telah wujud satu masalah baru dalam kalangan
para remaja untuk menentukan kerjaya mereka. Terlalu banyak peluang kerjaya yang
terbentang menyebabkan mereka gagal mengenalpasti dan memahami secara
mendalam kerjaya yang ingin diceburi. Lantas, kebanyakan remaja hanya mula
memikirkan kerjaya mereka selepas menamatkan alam persekolahan atau mendapat
keputusan peperiksaan. Pilihan kerjaya kini adalah berdasarkan kepada keputusan
peperiksaan , bukan lagi minat dan cita-cita sebenar mereka. Namun remaja harus
bersikap positif dan percaya bahawa “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.
Justeru, terlalu banyak peluang kerjaya yang wujud telah memberi cabaran dan
tamparan hebat kepada remaja untuk membuat pilihan yang tepat.

Fenomena ini sebenarnya telah menjadikan para remaja hari ini kurang berdaya
saing apabila berada dalam alam pekerjaan. Seringkali kita mendengar keluhan dan
rasa tidak puas hati yang diluahkan oleh mereka selepas beberapa tahun bekerja.
Perasaan ini sebenarnya merupakan kesan langsung yang wujud apabila remaja
merasakan yang mereka berada dalam keadaan ‘ at a wrong time, in a wrong place”.
Contohnya,kerjaya yang diceburi bukan pilihan atau minat remaja. Kebanyakan mereka
akan menganggap bahawa kerja itu hanya untuk makan gaji atau “sekadar melepaskan
batuk di tangga sahaja”. Tuntasnya, jelaslah kepada kita bahawa remaja menjadi
kurang berdaya saing disebabkan oleh kerjaya yang diceburi bukannya pilihan utama
mereka.

Sistem pendidikan kini tidak mendedahkan remaja kepada kerjaya pilihan


mereka pada usia yang muda sehingga remaja tidak menunjukkan minat yang
mendalam untuk mencapai cita-cita mereka. Sistem pendidikan di negara kita juga tidak
banyak membantu dalam menjuruskan pendidikan ke arah kerjaya para remaja
tersebut. Contohnya, mata pelajaran yang ditawarkan seperti bidang
kesusasteraan,kemanusiaan dan sosiologi tidak menjurus kepada alam pekerjaan
sebenar. Hal ini berbeza dengan negara-negara maju yang lain kerana mampu
melahirkan generasi yang lebih bersikap positif dan agresif dalam bidang yang mereka
ceburi pada usia yang muda. Oleh yang demikian, sistem pendidikan yang sedia ada
merupakan satu cabaran kepada kerjaya remaja masa kini.

Persoalan penting yang harus diberikan perhatian kini adalah apakah para
remaja kita sebenarnya telah bersedia untuk memahami cabaran ini dan bersedia untuk
menghadapinya ? Para remaja harus disedarkan bahawa limpahan kerjaya yang wujud
masa kini tidak menjanjikan pulangan yang lumayan jika mereka tidak benar-benar
memahami keperluan dan cabaran kerjaya tersebut. Kerjaya yang bersifat khusus ini
sebenarnya dibangunkan untuk melahirkan tenaga mahir dan pakar dalam bidang
tersebut. Sebagai contoh, kerjaya di bidang multimedia memerlukan mereka yang
benar-benar menguasai bukan sahaja penggunaan ‘ software’ tetapi juga pakar dalam
mengolah bahasa pengatucaraan dan teknik sebenar dalam perfileman. Hal ini
kemudiannya diterjemahkan kepada hasil kerja yang berkualiti dan mampu diterima oleh
pasaran. Para remaja perlu sedar dan bersedia untuk mengorbankan tenaga dan usaha
yang bukan sedikit untuk menguasai semua cabang ini.

Selain daripada itu, para remaja juga harus sedar bahawa limpahan kerjaya
masa kini tidak bermakna mereka akan dengan mudah memperoleh peluang pekerjaan
setelah tamat pengajian mereka. Perkara ini disebabkan tidak semua kerjaya diperlukan
oleh industri pada skala yang besar. Akibatnya akan berlaku keadaan para graduan
sesuatu bidang terpaksa beralih arah kepada kerjaya lain lantaran kegagalan mencari
pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Kita sering mendengar bagaimana
bidang perguruan menjadi pilihan terakhir mereka yang berkelulusan daripada bidang
lain disebabkan desakan untuk mendapatkan kerja.

Kurang pengorbanan terhadap kerjaya yang diceburi juga merupakan cabaran


dalam kerjaya remaja. Remaja kurang kesedaran bahawa minat yang benar-benar
mendalam harus ada dan dipupuk sejak awal lagi. Malah mereka harus bersedia untuk
berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk terus berada dalam kerjaya yang
mereka impikan itu. Seorang pelukis contohnya, akan memerlukan masa selama
bertahun-tahun bergelumang dalam bidang ini sebelum nama dan hasil kerjanya diiktiraf
oleh masyarakat. Keadaan ini bukan sahaja merupakan suatu beban dan cabaran,
tetapi juga memerlukan daya tahan yang amat tinggi dalam diri mereka. Usaha yang
bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil. Bak kata pepatah, “kalau tidak
dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya”. Kesimpulannya,kurangnya sifat
tanggungjawab dan sanggup berkorban merupakan cabaran kepada kerjaya remaja.
Justeru, adalah amat penting untuk para remaja hari ini diberikan pemahaman
dan sokongan padu daripada pelbagai pihak supaya mereka dapat memilih kerjaya yang
benar-benar sesuai dan mampu dilakukan oleh mereka. Unit Bimbingan dan Kaunseling
di peringkat sekolah mestilah mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat terkini
bagi membolehkan para remaja mendapatkan panduan yang diperlukan seterusnya
mampu membantu mereka dalam membuat pilihan yang lebih bijak.

Tajuk : Kerjaya dan Cabaran Kepada Remaja

1.0 Pendahuluan
 Mendedahkan remaja kepada alam kerjaya yang lebih kompleks.
 Ledakan teknologi maklumat semakin mendapat sambutan dan
dorongan daripada pelbagai pihak ( negara maju dan
membangun ).
 Wujud bidang-bidang baru dalam pekerjaan / percambahan
kerjaya dalam bidang –bidang sedia ada.

2.0 Isi/ Fakta :

2.1 Memberikan fokus kepada bidang-bidang khusus

Apakah cabaran-cabaran kepada remaja dalam bidang kerjaya ?

Mengapakah kita perlu memberi fokus kepada bidang-bidang


khusus terhadap kerjaya remaja

Bagaimanakah cara kita hendak memberikan focus kepada


bidang-bidang tertentu untuk kerjaya remaja.

Contoh
-Sains komputer(multimedia )

Rumusan/ Penegasan isi


Oleh yang demikian, memberi focus kepada bidang-bidang
khusus dalam pekerjaan merupakan salah satu cabaran dalam
bidang kerjaya remaja.

2.2 Terlalu banyak peluang kerjaya

Mengapakah terlalu banyak wujudnya peluang kerjaya


Bagaimanakah peluang kerjaya yang banyak memberi cabaran
kepada remaja

Contoh
- Bidang teknologi maklumat,perubatan, komunikasi dan
sebagainya

Rumusan/ penegasan isi


Justeru, terlalu banyak peluang kerjaya yang wujud memberi
cabaran/tamparan hebat kepada remaja untuk membuat pilihan.

2.3 Remaja menjadi kurang berdaya saing

Mengapakah remaja menjadi kurang berdaya saing apabila


memasuki alam pekerjaan

Bagaimanakah alam pekerjaan yang diceburi oleh remaja


menyebabkannya menjadi kurang berdaya saing

Contoh
- Kerjaya yang diceburi bukan pilihan atau minat remaja.

Rumusan/ Penegasan isi


Tuntasnya, jelaslah kepada kita bahawa remaja menjadi kurang
berdaya saing disebabkan oleh kerjaya yang diceburi bukannya
pilihan utama/ cita-citanya.

2.4 Sistem pendidikan sedia ada

Mengapakah sistem pendidikan sedia ada memberi cabaran


kepada remaja dalam bidang kerjaya

Bagaimanakah sistem pendidikan sedia ada memberi cabaran


kepada remaja dalam bidang kerjaya

Contoh
- Mata pelajaran yang ditawarkan seperti bidang
kesusasteraan,kemanusiaan dan sosiologi tidak menjurus kepada
alam pekerjaan sebenar.

Rumusan/ Penegasan isi


Oleh yang demikian, system pendidikan yang sedia ada
merupakan satu cabaran kepada kerjaya remaja
2.5 Kurang pengorbanan terhadap kerjaya yang diceburi

Mengapakah remaja kurang pengorbanan terhadap kerjaya yang


diceburi

Bagaimanakah kerjaya yang diceburi menjadikan remaja kurang


pengorbanan

Contoh
- Pengorbanan dari segi masa, wang ringgit dan tenaga

Rumusan/ Penegasan isi


Kesimpulannya,kurang sifat tanggungjawab dan berkorban
merupakan cabaran kepada kerjaya remaja

3.0 Kesimpulan
 Remaja perlu diberi pemahaman dan sokongan padu daripada
pelbagai pihak dalam memilih kerjaya yang benar-benar sesuai
 Unit Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah memainkan
peranan membantu remaja memilih jurusan yang sesuai.
KARANGAN RESPON TERBUKA 21

RANGKA JAWAPAN : Sejauh manakah program kitar semula itu


berjaya?

1.0 Pendahuluaan

- Program kitar semula diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan


pencemaran alam.
- Kitar semula juga bertujuan untuk mengurangkan masalah pembuangan
sampah di negara kita

2.0 Isi/Fakta : Tidak setuju program kitar semula ini berjaya

2.1 Isi 1

- Tidak ada kesedaran tentang pentingnya kitar semula


- Sikap masyarakat yang mengambil mudah setiap bahan yang dibuang
kerana ia bukan tanggungjawab mereka.
- Masyarakat tahu tentang kebaikan kitar semula kepada mereka dan
generasi akan datang.
- Contohnya pembuangan sampah sarap ke dalam laut, sungai dan
tasik.
- Oleh itu, kesedaran di kalangan anggota masyarakat amat penting
bagi memastikan program kitar semula berjaya.

2.2 Isi 2

- Kurangnya pusat- pusat kitar semula


- Pihak PBT hanya mengadakan pusat kitar semula di bandar-bandar
besar sahaja.
- Seharusnya pusat kitar semula juga terdapat di luar bandar bagi
membolehkan penduduk luar bandar mengadakan kitar semula
- Contohnya : Tong-tong kitar semula diletakkan di tempat ibadat dan
stesen pengangkutan awam.
- Oleh itu, perbanyakan pusat kitar semula dan tong kitar semula.

2.3 Isi 3

- kurangnya penguatkuasaan dan pemantauan dari PBT


- tugas dan tanggungjawab PBT yang terlalu banyak menyebabkan
kurang penumpuan terhadap kitar semula.
- Seharusnya satu badan khas dalam PBT ditubuhkan agar program ini
dapat di pantau dan usaha –usaha untuk menarik minat masyarakat
perlu dijalankan .
- Contohnya PBT tidak akan memungut sampah yang tidak diasingkan
dan tindakan undang-undang dikenakan kepada pengguna yang
terlibat.
- Rumusannya penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan
diperlukan untuk memastikan program ini dapat dijayakan.

2.4 Isi 4

- kurangnya pendedahan tentang kitar semula


- masyarakat tidak tahu bahan apa yang boleh di kitar semula dan
bagaimana hendak mengitar semula
- masyarakat juga tidak tahu bahan apa yang dihasilkan dari kitar
semula
- contohnya memperbanyakkan kempen kitar semula di media-media
massa
- Kerajaan dan NGO perlulah bekerjasama mengadakan kempen kitar
semula
-
2.5 Isi 5

- Kurang pendidikan tentang kitar semula


- Pendidikan kitar semula perlu dijalankan dari rumah.
- Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak
mereka tentang kitar semula.
- Contohnya ibu bapa menjadi contoh kepada anak-anak dengan
menjalankan kitar semula di rumah.
- Kitar semula bermula di rumah

Penutup
- semua pihak perlu berganding bahu dan bantu membantu
menjayakan program kitar semula.

Sejauh manakah program kitar semula itu berjaya?

1.0. Pendahuluan

Rakyat sedar bahawa Malaysia menghadapi masalah pelupusan sisa


pepejal yang berlebihan dan kebanyakan tapak pelupusan sampah secara
kambus tanah sudah penuh serta tidak dapat menampung sampah yang banyak.
Lembah Kelang sahaja menghasilkan kira-kira 4270 tan sampah sehari.Dari
kajian yang dijalankan sebanyak 1.2 kilogram sampah dihasilkan oleh seorang
dalam masa satu hari di Lembah Kelang
Hal ini, menunjukkan bahawa kaedah lain yang lebih baik dan mempunyai kesan
pencemaran yang paling minimum harus dicari untuk mengatasi masalah
tersebut. Kaedah yang terbaik untuk melupuskan sampah adalah dengan kitar
semula sampah yang telah gunakan.

Program kitar semula telah diperkenalkan di negara kita bertujuan untuk


mengurangkan masalah pembuangan sampah di negara ini. Melalui program
kitar semula, bahan –bahan buangan tertentu seperti botol plastik,beg plastik,
kaca, kertas , tin tin aluminium dan sebagainya boleh di kitar semula untuk
menghasilkan bahan baru atau untuk diguna semula . Walaupun sudah sekian
lama diperkenalkan namun, program ini masih belum mencapai sasarannya.
Mengapakah keadaan ini terjadi , dan di manakah silapnya?. Usaha murni
kerajaan ini sepatutnya disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana ia bukan
sahaja dapat mengurangkan masalah ketiadaan tempat pelupusan sampah
malah dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran alam di negara kita
yang berpunca dari pembuangan sampah yang dibuang ke dalam sungai, laut
dan tasik.
Antara sebab mengapa program yang dijalankan kerajaan ini kurang
berjaya kerana kurangnya kesedaran di kalangan anggota masyarakat tentang
peri pentingnya kita menjaga alam sekitar kita . Masyarakat mengambil mudah
isu-isu yang berkaitan alam sekitar kerana mereka beranggapan bahawa kitar
semula tidak akan memberikan apa-apa kebaikan kepada mereka. Namun
hakikatnya kini isu pencemaran menjadi agenda utama di dada-dada akhbar dan
media massa yang lain. Ini menunjukkan betapa seriusnya pencemaran yang
berlaku di Malaysia.Masyarakat sepatutnya sedar tentang pentingnya menjaga
alam sekitar kita. Salah satu caranya dengan mengamalkan kitar semula
terutamanya sisa buangan di rumah. Dengan cara ini, masalah kekurangkan
tapak pelupusan sampah mungkin akan dapat diatasi.

Selain itu, kurangnya pusat kitar semula di kebanyakan majlis


pembandaran dan majlis kerajaan tempatan menyebabkan penduduk tidak tahu
dimana untuk mereka hantarkan barang-barang yang telah diasingkan untuk di
kitar semula. Ini kerana kebanyakkan pusat kitar semula terdapat hanya di
bandar-bandar besar sahaja. Oleh itu, masyarakat luar bandar lebih suka
membakar sampah sarap atau membuangnya . Sepatutnya puasat-pusat kitar
semula diperbanyakkan bukan sahaja di bandar-bandar besar malah di kawasan
luar bandar juga. Ini dapat memberi peluang kepada masyarakat luar bandar
agar sama-sama menjayakan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara yang bersih dan indah. Di samping itu, kerajaan juga perlu
memperbanyakkan tong-tong kitar semula bukan sahaja di pusat-pusat membeli
belah malah boleh juga diletakkan di masjid, kuil, gereja , stesen bas, stesen
teksi, komuter, LRT dan sebagainya. Ini kerana kawasan-kawasan ini juga
merupakan kawasan tumpuan orang ramai. Dengan cara ini, di harap dapat
memudahkan masyarakat untuk menyertai kempen kerajaan ini dengan
memperbanyakan tong-tong kitar semula dan pusat kitar semula .

Di samping itu, kurangnya penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak-


pihak berwajib menyebabkan usaha murni kerajaan ini tidak berjaya. Walaupun
telah lama diperkenalkan dan pelbagai kempen telah dijalankan untuk
menimbulkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya kitar semula namun
rakyat masih memandang remeh usaha kerajaan ini. Seharusnya, pihak PBT
perlu menjalankan penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan agar
kempen kerajaan ini berjaya dilaksanakan. Antara langkah yang boleh diambil
oleh PBT ialah tidak memungut sampah yang tidak diasingkan mengikut bahan
yang boleh dikitar semula . Jika masyarakat gagal berbuat demikian, tindakan
undang-undang akan dikenakan.

Di samping itu program kitar semula juga gagal mencapai matlamatnya


kerana kurangnya pendedahan yang diberikan kepada masyarakat tentang
bahan-bahan yang boleh di kitar semula, di mana tempat pengumpulan bahan
tersebut dan untuk apa kita perlu kitar semula bahan –bahan tersebut.
Masyarakat sepatutnya didedahkan tentang pentingnya kitar semula kerana
dengan kitar semula bahan yang digunakan , kita dapat mengurangkan
pembuangan bahan yang sukar reput seperti beg plastik, botol plastik dan tin-tin
aluninium yang memakan masa bertahun-tahun untuk reput dan lenyap. Dengan
cara ini kita dapat menjaga alam sekitar di samping dapat mengurangkan kos
untuk menghasilkan bahan baru. Contohnya dengan kitar semula tin aluminium
dapat mengurangkan aktiviti perlombongan bauksit yang semakin berkurangan.
Selain itu, kerajaan perlu memperbanyakkan kempen-kempen kitar semula
terutama di media cetek dan media elektronik. Selain peranan kerajaan peranan
badan bukan kerajaan juga penting dalam memastikan usaha kerajaan ini
mencapai matlamatnya. Badan bukan kerajaan ( NGO) ini boleh sama-sama
berganding bahu dengan pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran dan
pendidikan kepada masyarakat tentang pentingnya program kitar semula dalam
kehidupan seharian kita. Dengan kitar semula, alam terpelihara , generasi
terjaga dan warisan negara kekal selamanya.

Pendidikan bermula di rumah, begitu juga dengan kitar semula.


Sepatutnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak
mereka tentang kitar semula. Seperti mana yang kita sedia maklum ibu bapa
adalah orang yang paling hampir dengan anak-anak mereka,oleh itu mereka
berperanan mendidik anak-anak mereka tentang kitar semula , kepentingan
serta kesannya kepada generasi akan datang.Sekirannya anak-anak dididik sejak
kecil tentang kitar semula maka tidak mustahil usaha murni kerajaan ini akan
berjaya kerana anak-anak ini akan menjadi pemimpin di masa akan datang.
Sekirannya telah disemai semangat cintakan alam sekitar dalam jiwa mereka kita
tidak perlu risau lagi tentang masa depan alam sekitar negara kita. Bak kata
pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu peranan ibu bapa adalah
penting dalam memastikan program kerajaan ini dapat dijalankan bukan sahaja
untuk dua atau tiga tahun sahaja malah untuk selama-lamanya.

Kesimpulannya, slogan “ Fikir dulu sebelum buang "perlu direnungi


bersama kerana setiap apa yang kita lakukan akan mendatangkan kebaikan pada
kita di masa akan datang. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bantu
membantu antara satu sama lain sekirannya kita ingin melihat usaha murni
kerajaan ini terlaksana dan memberikan manfaat kepada kita bukan sahaja kini
malah untuk generasi akan datang.Bak kata pepatah “ gunung sama di daki,
lurah sama dituruni”.
KARANGAN RESPON TERBUKA 22
SOALAN 8
TAJUK
. Pada masa kini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh
seseorang usahawan. Bincangkan

RANGKA KARANGAN
1.0 Pendahuluan
 Peribahasa yang sesuai
 Prinsip seseorang usahawan

2.0 Isi / Fakta

2.1 Cabaran era globalisasi


 Apakah cabaran-cabaran usahawan kini ?
 Mengapakah era ini menjadi cabaran bagi seseorang usahawan?
 Bagaimanakah era ini dapat menjamin kesejahteraan sesebuah perniagaan ?
 Contoh.
 Rumusan / Penegasan isi
Oleh yang demikian, jelaslah bahawan era dunia tanpa sempadan ini benar-benar
merupakan cabaran kepada seseorang usahawan.

2.2 Ledakan teknologi maklumat


 Apakah cabaran-cabaran usahawan masa kini?
 Mengapakah ledakan teknologi maklumat ini menjadi cabaran kepada usahawan?
 Bagaimanakah teknologi maklumat mempengaruhi kredibiliti dan kualiti
seseorang usahawan?
 Contoh .
 Penegasan isi.
Ternyata penguasaan kemahiran teknologi maklumat terkini amat mencabar
kredibiliti seseorang usahawan.
2.3 Karenah birokrasi
 Apakah cabaran-cabaran usahawan masa kini?
 Mengapakah karenah birokrasi menjadi cabaran kepada usahawan?
 Bagaimanakah faktor ini menguji kebijaksanaan dan kejujuran seseorang
usahawan dalam mengatasi masalah ini?
 Contoh
 Penegasan isi.
Oleh hal yang demikian, ternyata karenah birokrasi merupakan satu cabaran bagi
seseorang usahawan.

2.4 Pengaruh politik dunia


 Apakah cabaran-cabaran usahawan masa kini?
 Mengapakah keadaan politik dunia menjadi cabaran kepada seseorang
usahawan?
 Bagaimanakah kestabilan politik dunia menjadi cabaran kepada kemajuan atau
kejatuhan sesebuah perniagaan ?.
 Contoh
 Penegasan isi.
Oleh hal yang demikian, kestabilan politik dunia merupakan satu cabaran bagi
seseorang usahawan untuk memastikan perniagaan mereka terus utuh.

Penutup
Setiap usahawan perlu menghadapi dan menangani cabaran dengan bijak dan
sabar.

CONTOH KARANGAN

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-berenang ke tepian, bersakit-sakit


dahulu, bersenang-senang kemudian” merupakan peribahasa Melayu yang
sering menjadi pegangan seorang usahawan yang gemilang. Setiap usahawan
menganggap sesuatu risiko dan perit jerih dalam memajukan perniagaan sebagai
asam garam dunia mereka. Kejayaan tidak akan wujud tanpa cabaran. Lebih-lebih
lagi usahawan masa kini yang terpaksa menghadapi pelbagai cabaran bagi
memastikan mereka terus berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.
Kedatangan era globalisasi merupakan cabaran utama yang terpaksa dihadapi
oleh usahawan pada masa kini. Ramai yang mengatakan era ini menyumbang
kepada kesejahteraan umat manusia di muka bumi. Namun, tidak kurang mereka
yang menganggap globalisasi sebagai tamparan hebat kepada setiap usahawan. Hal
ini memandangkan dalam dunia perniagaan global, perdagangan antarabangsa
dikawal oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Banyak syarikat baru akan
muncul “Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan”. Hanya syarikat yang
benar-benar hebat dan utuh sahaja mampu bersaing dalam pasaran dunia tanpa
sempadan ini. Sebagai contoh, syarikat gergasi hipermarket Giant yang telah berjaya
menembusi pasaran banyak negara khusus di Malaysia sendiri. Keadaan ini benar-
benar menimbulkan persaingan dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) negara
kita. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa era globalisasi merupakan salah satu
cabaran kepada seseorang usahawan.
Sehubungan dengan ini, tidak dapat disangkal lagi akan berlakulah ledakan
teknologi maklumat yang turut menjadi cabaran bagi seseorang usahawan. Justeru,
setiap usahawan terpaksa menguasai ilmu dan kemahiran teknologi maklumat yang
akan menjadi media tunjang dalam setiap urus niaga. Syarikat-syarikat teknologi
maklumat di seluruh dunia akan berlumba-lumba menghasilkan perkakasan dan
perisian baru. Teknologi baru akan sentiasa muncul seterusnya memaksa usahawan
memerah otak menguasainya. Contohnya syarikat Microsoft dan Silicone Valley
yang kerap kali muncul di kaca televisyen dengan produk baru masing-masing.
Ternyata ledakan teknologi maklumat benar-benar mencabar kredibiliti dan kualiti
seseorang usahawan.
Seterusnya, karenah birokrasi juga merupakan cabaran bagi seseorang
usahawan. Karenah birokrasi menyebabkan usahawan terpaksa melalui pelbagai
peringkat untuk mencapai sesuatu yang pasti menyulitkan keadaan. Akibatnya,
sesetengah usahawan mengambil jalan pintas menggunakan saluran politik masing-
masing seterusnya menimbulkan ketidakpuashatian pelbagai pihak. Dalam hal ini
kebijaksanaan dan kejujuran seseorang usahawan betul-betul teruji ibarat “Diluah
mati emak, ditelan mati bapak”. Contohnya, seorang usahawan bumiputera
yang ingin menembusi pasaran di negara kita sendiri terpaksa turun naik ke pelbagai
jabatan untuk mendapatkan kebenaran berniaga. Malah terdapat sesetengah
usahawan yang terpaksa menggunakan sogokan agar proses tersebut lebih mudah
dan cepat. Sebagai usahawan yang mementingkan kehalalan, senario ini memang
merupakan cabaran yang amat berat bagi mereka.
Keadaan politik dunia yang tidak stabil pada masa kini menjadi cabaran kepada
setiap usahawan di dunia terutamanya usahawan-usahawan di negara membangun
seperti Malaysia. Pergolakan politik dunia turut menggugat kestabilan ekonomi
sesebuah negara. Apabila dunia tidak lagi aman, permusuhan akan berleluasa yang
mengakibatkan penindasan berlaku di sana sini. Hal ini terbukti apabila peperangan
yang meletus di negara teluk telah menyebabkan kenaikan harga minyak dunia yang
mendadak. Usahawan-usahawan tempatan negara terpaksa mencari jalan
menghadapi situasi ini. Oleh itu, benarlah kestabilan politik dunia merupakan satu
cabaran bagi setiap usahawan pada masa kini.
Begitulah cabaran-cabaran pada masa kini yang memaksa usahawan
bertungkus-lumus berikhtiar dan bersabar untuk mencapat matlamatnya hingga
mendapat kejayaan yang boleh dibanggakan. Setiap usahawan percaya bahawa
kalau tidak “Dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Seseorang
usahawan juga perlu yakin bahawa “Rajin dan usaha tangga kejayaan”. Setiap
cabaran yang datang pasti ada hikmah di sebaliknya. Yang penting kemampuan
seseorang usahawan dalam menangani cabaran-cabaran tersebut.
KARANGAN RESPON TERBUKA 23

Latihan Karangan Respon Terbuka SPM

Kemerosotan disiplin pelajar hari ini telah mencapai tahap yang agak
membimbangkan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca berlakunya masalah ini dan
usaha-usaha untuk membendung masalah ini daripada berleluasa?

Disiplin merupakan faktor utama bagi pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran. Namun begitu, dewasa ini kita banyak disogokkan dengan berita-berita
dan kisah-kisah mengenai salah laku pelajar yang bukan sahaja menjejaskan prestasi
mereka sebagai pelajar tetapi juga menjurus kepada jenayah-jenayah berat. Fenomena
ini semakin membimbangkan banyak pihak terutama ibu bapa, guru-guru, pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia, dan masyarakat. Pelbagai usaha telah dan sedang
dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat agar masalah ini dapat dibendung. Namun,
apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kes dua orang pelajar yang menunjukkan parang
kepada warden asrama tidak lama dulu menjadi bukti betapa meruncingnya disiplin
pelajar masa kini. Walaupun perbuatan mereka itu hanyalah untuk mengertak dan
menakut-nakutkan warden mereka sahaja, namun perbuatan mereka itu tetap boleh
dikategorikan sebagai kes jenayah yang berat. Mereka melakukan perbuatan itu semata-
mata tidak berpuas hati terhadap warden yang merotan rakan mereka setelah didapati
bersalah menceroboh asrama pelajar junior. Justeru, kita haruslah mencari dan
mengetahui terlebih dahulu punca-punca berlakunya masalah disiplin ini sebelum
berusaha mengatasinya.
Ibu bapa merupakan insan yang banyak mempengaruhi corak kehidupan dan
sahsiah para pelajar. Ibu bapa juga menjadi contoh dan idola kepada anak-anak.
Namun begitu, ada antara ibu bapa yang terlupa tentang tanggung jawab mereka. Ada
antara mereka yang terlalu mengejar kebendaan dan harta hingga mengabaikan anak-
anak di rumah. Memang tidak dinafikan bahawa dalam zaman yang serba moden ini kita
memerlukan material yang kukuh agar kita tidak terus ketinggalan. Namun, tanggung
jawab sebagai ibu bapa tidak harus diabaikan. Inilah punca utama mengapa pelajar
tidak berdisiplin. Anak-anak yang terabai ini tidak dikawal sepenuhnya. Segala tindak
tanduk mereka tidak pernah ditegur sama ada baik atau buruk. Mereka bebas
melakukan apa-apa sahaja tanpa bimbingan daripada ibu bapa. Sikap bebas dan buas
mereka di rumah akan terus dibawa ke sekolah hingga menyebabkan masalah disiplin
ini berleluasa. Di sini, kita harus menerima hakikat bahawa ibu bapa menjadi punca
utama masalah disiplin pelajar semakin meruncing dewasa ini.
Sekolah merupakan satu institusi suci tempat menimba ilmu. Namun, dalam
kesucian institusi ini, ada kekurangan yang berlaku. Pihak sekolah seharusnya lebih peka
dengan masalah disiplin yang berlaku. Sikap acuh tidak acuh pihak sekolah
menambahburukkan lagi masalah ini. Ada juga pihak sekolah yang menutup sebelah
mata dengan masalah disiplin yang berlaku. Mereka tidak mengambil tindakan
sewajarnya pada pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Ini mungkin kerana mereka
tidak mahu memanjangkan kes tersebut atau takut berhadapan dengan risiko yang
bakal dilakukan oleh pelajar yang berdendam dengan guru-guru yang mengambil
tindakan disiplin terhadap mereka. Jelaslah bahawa sekolah turut menyumbang kepada
berleluasanya masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini.
Pelajar-pelajar yang berada di sekolah datang daripada latar belakang keluarga
yang berbilang status. Ada pula antara keluarga pelajar-pelajar ini yang terlalu protaktif.
Mereka terlalu membela anak-anak mereka walaupun mereka sedar anak-anak mereka
telah melakukan kesalahan dan melanggar disiplin sekolah. Mereka sanggup melakukan
apa-apa sahaja asalkan anak-anak mereka tidak diambil tindakan oleh pihak sekolah.
Mereka melakukan semua ini semata-mata untuk mengelakkan rasa malu. Ada juga
kalangan ibu bapa ini yang mengambil tindakan lebih drastik dengan cuba mengambil
tindakan mahkamah terhadap guru-guru dan pihak sekolah yang mengenakan tindakan
disiplin pada anak mereka. Bagi pihak anak-anak pula, mereka rasa terselamat kerana
jika mereka melakukan kesalahan disiplin, sudah pasti ada pihak yang akan
menyelamatkan mereka daripada dikenakan tindakan. Tindakan ibu bapa yang terlalu
protaktif ini akan memburukkan lagi keadaan disiplin pelajar-pelajar.
Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai kuasa yang penuh terhadap
sekolah-sekolah di negara ini, bukan hanya dalam bidang akedemik tetapi juga bidang-
bidang yang lain termasuklah disiplin pelajar-pelajar. Namun begitu, berlaku kekeliruan
dan sedikit kecelaruan berkenaan disiplin pelajar-pelajar. Pihak kementerian tidak
memberi satu garis panduan yang lengkap tentang pelaksanaan kawalan disiplin pelajar-
pelajar. Keadaan ini memberi bebanan kepada pihak sekolah kerana pihak sekolah
terpaksa merangka dasar kawalan disiplin pelajar sendiri. Di sini akan berlaku kekeliruan
dan kecelaruan terutamanya bentuk hukuman yang bakal dijatuhkan nanti. Selain itu,
kesalahan-kesalahan yang dilakukan juga menjadi masalah pada pihak sekolah untuk
dikategorikan. Mana satu kesalahan kecil dan yang mana satu kesalahan besar. Ini
semua adalah kekangan dan menjadi punca disiplin pelajar semakin merudum.
Peranan pihak sekolah amat penting dalam menangani masalah disiplin pelajar
dan ianya tidak harus dikesampingkan. Pihak sekolah adalah sebagai wahana yang
menanamkan semangat tidak mudah putus asa kepada para pelajarnya, serta
membantu mereka dalam menentukan kerjaya dan hala tuju kehidupan masing-masing
bak kata pepatah ”melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Pihak sekolah harus
menanam nilai-nilai moral dalam sanubari setiap pelajar melalui kurikulum dan
kokurikulum. Penekanan dalam aspek pembentukan sahsiah insan harus dititikberatkan
terutamanya dalam bidang akedemik. Jelaslah, pihak sekolah berperanan penting untuk
membendung kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar.
Ibu bapa merupakan insan yang membentuk anak-anak sejak awal lagi sebelum
anak-anak melangkah ke alam persekolahan. Merekalah yang memberi kasih sayang,
meluangkan masa bersama anak-anak dan membentuk sebahagian besar sahsiah dan
keperibadian mereka. Bak kata pepatah ”bagaimana acuan, begitulah kuihnya” dan
”bapa borek, anak rintik” dengan jelas menegaskan peranan dan sumbangan ibu bapa
yang begitu besar dalam kehidupan anak-anak sama ada secara disedari atau tidak.
Jadi, ibu bapalah yang lebih memahami anak-anak dan berupaya menangani masalah
disiplin dalam kalangan mereka. Didikan agama dan moral yang sempurna juga perlu
dibekalkan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Selain itu, teladan positif perlu ditunjukkan
oleh ibu bapa agar menjadi ikutan anak-anak. Wawasan hidup anak-anak juga
ditentukan oleh ibu bapa. Merekalah yang menggariskan hala tuju dalam usaha
mengukir kejayaan hidup anak-anak. Jelaslah, ibu bapa harus mengubah sikap supaya
dapat melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) juga mampu menyumbang tenaga dalam
menyelesaikan masalah disiplin pelajar ini. Ibu bapa dan guru adalah insan yang paling
rapat dan berkepentingan dalam kehidupan pelajar. Golongan inilah yang harus memikul
tanggungjawab bagi menyelesaikan fenomena yang kronik ini. Pihak PIBG harus terlebih
dahulu mengenal pasti pelajar-pelajar yang bermasalah. Tiada gunanya membawa
semua pelajar menghadiri ceramah umum berkaitan disiplin kerana kebanyakan pelajar
sekolah memang sudah sedia berdisiplin. Masalahnya adalah dengan segelintir pelajar
yang terpesong daripada landasan akhlak yang sepatutnya. Mereka ini harus dikenal
pasti, dipilih dan diketengahkan untuk perhatian PIBG. Masalah dan punca kepada
masalah mereka harus dicerakin. Di sinilah peranan guru kaunseling. Mereka harus
memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar bermasalah tadi. Bimbingan dan program
khas boleh diadakan untuk mereka di bawah kelolaan dan perhatian PIBG. Dengan cara
ini pelajar bermasalah pasti dapat mengubah sikap dan kembali ke pangkal jalan.
Nyatalah bahawa PIBG berperanan penting membantu usaha-usaha menangani masalah
disiplin pelajar.
Media massa tidak kira media cetak atau media elektronik harus memainkan
peranan yang lebih bermakna bagi membanteras gejala disiplin pelajar. Kini, negara kita
mempunyai lebih daripada 40 saluran televisyen (ASTRO) yang menyajikan pelbagai
program untuk masyarakat. Bukankah mendidik masyarakat salah satu daripada
tanaggung jawab sosial mereka? Syarikat televisyen di negara kita harus menyiarkan
lebih banyak rancangan berunsur agama dan pembentukan sahsiah daripada rancangan
hiburan semata-mata. Dengan ini, barulah rancangan kerajaan membanteras gejala
disiplin pelajar dapat berjalan lancar. Jelaslah, media massa turut memainkan peranan
membendung masalah ini.
Kesimpulannya, tugas membentuk pelajar yang berdisiplin memerlukan usaha
yang berterusan daripada semua pihak. Pelaksanaannya juga memakan masa yang
lama. Namun, itu semua bukan halangan untuk melihat disiplin pelajar-pelajar semakin
baik. Pembentukan disiplin yang baik ini perlu dilaksanakan dari awal kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Disiplin yang baik bukan hanya melahirkan pelajar yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang tetapi juga bakal melahirkan pemimpin yang
berwibawa terutamanya dari segi ketrampilan dan sahsiah diri.

RANGKA KARANGAN

Kemerosotan disiplin pelajar hari ini telah mencapai tahap yang agaka
membimbangkan.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca dan usaha-usaha untuk
membendung masalah ini daripad berleluasa?

1.0 Pendahuluan
- Kemerosotan disiplin pelajar semakin serius belakangan ini.
- Masalah disiplin di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).
- Terdapat beberapa punca berlakunya masalah ini dan usaha-usaha untuk
membendungnya.

2.0 Isi/Fakta
Punca-punca
2.1 Ibu bapa
- Apakah kesan jika ibu bapa mengabaikan tanggung jawab mereka
terhadap anak-anak?
- Mengapakah ibu bapa mengabaikan anak-anak?
- Bagaimanakah ibu bapa boleh menjadi pencetus masalah disiplin anak-
anak?
- Rumusan isi: Jelaslah ibu bapa merupakan punca utama masalah
disiplin pelajar.

2.2 Sekolah
- Apakah peranan sekolah?
- Mengapakah pihak sekolah enggan mengambil tindakan disiplin
terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah?
- Rumusan isi: Jelaslah, sekolah menjadi punca kemerosotan
masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

2.3 Latar belakang keluarga


- Apakah yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak takut melakukan
kesalahan di sekolah?
- Mengapakah ibu bapa terlalu membela anak-anak yang melanggar
disiplin sekolah?
- Rumusan isi: Jelaslah, faktor latar belakang keluarga menyumbang
kepada masalah disiplin pelajar.

2.4 Kementerian Pelajaran Malaysia


- Apakah peranan kementerian?
- Mengapakah berlakunya ketidakseragaman pelaksanaan kawalan
disiplin di sekolah?
- Bagaimanakah pihak sekolah menangani masalah ini?
- Rumusan isi: Kementerian Pelajaran merupakan antara penyumbang
kepada masalah disiplin pelajar di sekolah.

Usaha-usaha
2.5 Sekolah
- Apakah peranan pihak sekolah?
- Mengapakah gejala salah laku pelajar merupakan satu ancaman
kepada masyarakat?
- Bagaimanakah pihak sekolah berperanan sebagai wahana
menentukan hala tuju para pelajar?
- Rumusan isi: Jelaslah, sekolah berperanan penting untuk membendung
kemerosotan disiplin pelajar.

2.6 Ibu bapa


- Apakah peranan ibu bapa?
- Mengapakah ibu bapa menjadi model kepada anak-anak?
- Bagaimanakah ibu bapa dapat melahirkan remaja yang berakhlak
mulia?
- Rumusan isi: Jelaslah, ibu bapa perlu mengubah sikap mereka untuk
memastikan masalah disiplin anak-anak dapat dibendung.

2.7 PIBG
- Apakah peranan PIBG?
- Mengapakah pelajar-pelajar yang bermasalah perlu diberi perhatian?
- Bagaimanakah pelajar-pelajar dibimbing?
- Rumusan isi: PIBG berperanan penting membantu usaha-usaha
menangani masalah disiplin pelajar.

2.8 Media massa


- Apakah peranan media massa?
- Mengapakah media massa perlu bersama-sama memikul tanggung
jawab mendidik masyarakat?
- Bagaimanakah media massa membantu kerajaan membanteras gejala
salah laku pelajar?
- Rumusan isi: Media massa turut memainkan peranan membendung
masalah ini.

3.0 Penutup
Kesimpulannya, semua pihak perlu menggembeleng tenaga membendung
masalah ini untuk melahirkan ganerasi yang berwawasan.
KARANGAN RESPON TERBUKA 24

Mengapa kita perlu memelihara budaya dan warisan

1.0 Pengenalan
 Generasi muda masa kini kurang meminati permainan tradisional seperti wau,
sepak raga bulatan, gasing, congkak, ting-ting, dan sebagainya – ini disebabkan
masyarakat muda, kini dilanda ciptaan moden seperti permainan video,
permainan komputer, dan lumba kereta kawalan jarak jauh – minat terhadap
permainan tradisional seharusnya dipupuk di kalangan orang muda.

2.0 Usaha-usaha / Langkah-langkah

2.1 .Minat boleh dipupuk melalui pendidikan


– sejak sekolah rendah lagi perlu diberi pendedahan
contohnya permainan congkak ,gasing-diadakan pertandingan atau
menubuhkan persatuan permainan tradisional di sekolah
- melalui mata pelajaran kokurikulum atau merentas kurikulum.
2.2 Mempopularkan permainan tersebut kepada segenap lapisan masyarakat
- - melalui majlis-majlis seperti sambutan Citrawarna Malaysia, Hari Keluarga
- Temasya Sukaneka, Sukan Rakyat, dan sebagainya.
2.3 Mengadakan kempen dan memberikan publisiti meluas
– pelbagai jenis permainan tradisional sama ada melalui media cetak
mahupun
media elektronik
– untuk memulihkan dan meningkatkan minat masyarakat.
2.4 Menganjurkan pertandingan dan peraduan permainan rakyat untuk menarik
perhatian ramai
– di luar Bandar dan di dalam Bandar
– pertubuhan belia, Rakan Muda, Program Khidmat Negara dan persatuan
kebudayaan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan-
_ serta pihak swasta perlu memberi galakan kepada masyarakat muda dengan
menganjurkan pertandingan-pertandingan permainan tradisional.

2.5 Mengadakan tunjuk cara di tempat-tempat khusus-

- misalnya di kompleks membeli-belah dan taman-taman Budaya yang


dibina di setiap negeri

- pertunjukan-pertunjukan permainan tersebut dapat meningkatkan minat


masyarakat dari semasa ke semasa.
.
2.6 Industri yang berkait rapat dengan kesenian tradisional perlu digalakkan
industri membuat permainan tradisional seperti wau dan gasing harus
dimajukan
- diberi bantuan sama ada bantuan kewangan atau bantuan khidmat nasihat.
3.0 Penutup

- Minat generasi muda terhadap permainan tradisional harus dipupuk


memandangkan permainan tersebut merupakan warisan nenek moyang kita.

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional seperti permainan congkak, wau, gasing, batu seremban,


atau sepak raga memang popular pada suatu ketika dahulu. Namun, permainan
tradisional ini semakin dilupakan walaupun permainan tersebut banyak faedahnya.
Oleh itu, pihak yang berkaitan, umpamanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan wajar mengambil pelbagai langkah untuk memperkenalkan semula
permainan tradisional kepada generasi muda.Pendedahan permainan ini perlu diberi
kepada kanak-kanak dari bangku sekoloah lagi umpama melentur buluh biarlah dari
rebungnya.teori-teori ini perlu ditekankan dari semasa ke semasa agar mereka dapat
memahirkan diri dengan permainan tersebut.

Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan perlu memperkenalkan dan


mempromosikan permainan tradisional kepada murid-murid sekolah dan pelajar di
menara gading. Promosi yang meluas harus dilakukan supaya golongan muda
mengenal permainan tradisional yang semakin terpinggir itu. Jika kementerian
tersebut sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mempromosikan
tempat-tempat pelancongan di negara ini, sudah sewajarnya mereka melakukan hal
yang sama terhadap permainan tradisional.misalnya,kita perlu didedahkan dengan
permainan gasing serta pemilihan gasing yang baik,kayu gasing yang tahan,cara
mengikat tali gasing, cara memutar dan sebagainya bak pepatah alah bias tegal
biasa.

Oleh sebab banyak generasi baru yang tidak tahu bermain permainan tradisional,
maka Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan wajar menyediakan jurulatih
untuk memberikan tunjuk ajar kepada golongan ini melalui bengkel-bengkel yang
diadakan di sekolah atau universiti. Dalam bengkel-bengkel itu juga boleh diadakan
pertunjukan atau demonstrasi permainan tradisional yang menarik. Dengan cara ini,
diharapkan agar hati generasi muda akan terpikat untuk bermain congkak, gasing,
wau, dan sebagainya.Contohnya, bermain batu seremban pada masa dahulu hanya
menggunakan batu yang dilambung dan dibaling dengan pelbagai gaya dan teknik
yang menarik. Bagaimanapaun batu itu tentulah tidak sesuai digunakan pada masa
ini.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan juga disarankan bekerjasama


dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengajurkan pertandingan permainan
tradisional di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Kedua-dua kementerian ini
perlu berbincang untuk memilih satu atau dua permainan tradisional yang benar-
benar mampu memikat generasi muda. Lebih menarik jika rakaman pertandingan itu
disiarkan di televisyen seperti mana yang dilakukan terhadap sukan-sukan lain di
negara kita.
Peranan kerajaan dan pihak swasta amat besar dalam menghidupkan kembali
permainan tradisional ini supaya tidak pupus. Pihak kerajaan dan swasta bolehlah
membantu pengusaha tempatan yang berminat menghasilkan bahan-bahan dan
alat-alat permainan tradisional ini seperti mengadakan kilang-kilang untuk
penghasilan papan congkak,layang-layang,gasing dan sebagainya. Penghasilannya
boleh dilakukan dengan cara menarik dan kreatif serta dapat memikat hati rakyat.

Permainan tradisonal semakin pupus di negara kita akibat daripada pengaruh


kebudayaan barat. Mereka berjaya membawa masuk berbagai-bagai permainan
canggih dan menarik . Generasi kini lebih gemar untuk bermain permainan
video,komputer ,catur, monopoli dan sebagainya. Malah permainan ini diajar sejak di
peringkat sekolah rendah lagi. Justeru itu,tidak hairanlah jika mereka lebih
menguasai permainan moden ini daripada permainan tradisional.

Sesungguhnya, jika langkah-langkah di atas dilakukan secara bersungguh-


sungguh, permainan tradisional yang banyak manfaatnya itu akan kembali menjadi
mainan rakyat di Negara ini dan dapat dipastikan kesinambungannya. Tidak
mustahil permainan itu mampu mendidik remaja agar tidak membuang massa jika
usaha semua pihak berusaha menghidupkan semula permainan tradisional ini seperti
mengadakan permainan ini di hotel. Pihak media massa juga berperanan dengan
memberi pendedahan sebanyak mungkin kepada rakyat serta mengadakan kempen-
kempen secara lebih berkesan lagi.
KARANGAN RESPON TERBUKA 25

RANGKA JAWAPAN
USAHA-USAHA MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA

1.0 Pendahuluan

Peribahasa “ Tak Kenal Maka Tak Cinta “


Kebanyakan pelancong tidak mengetahui tentang negara kita.
Malaysia mempunyai banyak destinasi pelancongan.
Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memajukan sektor
pelancongan negara.

2.0 Mengklasifikasikan setiap destinasi pelancongan.


Apakah jenis-jenis industri pelancongan di Malaysia?
Mengapakah perlu wujud jenis-jenis destinasi pelancongan?
Bagaimanakah ia wujud?
( Contoh )
Destinasi Pelancongan berasaskan Tempat-tempat Menarik seperti
Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara
Bako .
Destinasi Pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan
melalui penganjuran Sukan Antarabangsa seperti Formula 1 di
Sepang dan Le Tour De Langkawi yang menjadi acara tahunan di
Pulau Langkawi.
Rumusan/penegasan isi.
Menjadikan sektor pelancongan mempunyai identiti tersendiri bagi
menarik minat pelancong.

3.0 Keperluan prasarana untuk industri pelancongan.


Apakah prasarana yang perlu ?
Mengapakah prasarana tersebut perlu ?
Bagaimanakah prasarana tersebut dapat dilengkapkan ?
( Contoh )
Terdapat rumah rehat yang lengkap dengan bilik mandi, bilik tidur,
televisyen dan berhawa dingin untuk para pemandu di kawasan
Rawat dan Rehat Air Keroh, Melaka.
Rumusan / penegasan isi.
Jelasnya, keperluan prasarana yang mencukupi dan selesa dapat
membantu untuk menarik minat pelancong dan sekaligus
memajukan sector pelancongandi Negara kita.
4.0 Promosi pelancongan.
Apakah yang perlu dipromosikan?
Mengapakah perlu dipromosikan ?
Bagaimanakah promosi dapat dilakukan ?
Contoh
Iklan - Cuti-cuti Malaysia di internet.
Pesta jualan – Buah-buahan tempatan seperti Durian.
Rumusan / penegasan isi.
Jelasnya, melalui promosi besar-besaran yang dilakukan pasti
dapat menarik minat pelancong mengunjugi tempat-tempat
tersebut.

5.0 Pemantauan Industri Pelancongan.


Apakah pemantauan Industri Pelancongan ?
Mengapakah Industri Pelancongan perlu dipantau?
Bagaimanakah cara pemantauan dapat dilaksanakan.
Contoh
Menubuhkan pejabat-pejabat baru di luar Negara,
menambahkan lebih ramai kakitangan professional dan promosi
yang lebih agresif.
Rumusan / penegasan isi
Ringkasnya, pemantauan secara berterusan adalah perlu untuk
memastikan setiap masalah dan kelemahan dapat di atasi.

6.0 Memberi pakej pelancongan istimewa .


Apakah pakej pelancongan istimewa ?
Mengapakah pakej ini penting ?
Bagaimanakah usaha ini dapat direalisasikan ?
Contoh.
Genting Highlands mengadalan pakej serendah RM 88.00
semalam
merangkumi penginapan di First World Hotel, makan pagi,
tengahari dan malam serta melawat di Taman Tema.
Rumusan / penegasan isi
Jelasnya, melalui kerjasama pihak hotel dan agensi pelancongan
dengan pemberian pakej istimewa kepada para pelancong,
sudah pasti sektor ini akan lebih maju dan mendapat sambutan
yang menggalakkan.

7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak haruslah berkerjasama dalam
memastikan setiap usaha yang dilakukan dapat memajukan sector
pelancongan Negara kita.
KARANGAN CONTOH

Tak kenal maka tak cinta. Peribahasa tersebut jelas menyatakan bahawa untuk
mencintai atau menyayangi haruslah mengenali terlebih dahulu. Sejauh manakah
perkenalan tersebut perlu dalam menyemarakkan perasaan cinta dan menambat hati
seseorang ? Pastilah perkenalan tersebut disusuli dengan pertemuan dan pelbagai usaha
akan dilakukan agar lebih mengenali dan menyayangi. Begitulah analogi yang dapat
digambarkan tentang sektor pelancongan di Malaysia. Kebanyakan pelancong tidak
mengenali dan mengetahui akan keistimewaan negara kita dari aspek industri
pelancongan. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan hasrat Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi
pilihan, pelbagai usaha perlulah dilakukan untuk memajukan sektor tersebut.
Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh
dikomersilkan. Antaranya termasuklah destinasi pelancongan berasaskan Kebudayaan,
Industri Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat Menarik, Sukan dan Agrotourism.
Klasifikasi ini penting kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan
memudahkan mereka membuat pilihan untuk melancong ke tempat-tempat tersebut.
Kebiasaannya, tempat tersebut wujud melalaui identiti dan keistimewaan
tersendiri.Contohnya, destinasi pelancongan berasaskan Tempat-tempat Menarik seperti
Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara Bako . Selain
itu,destinasi pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui penganjuran
Sukan Antarabangsa seperti Formula 1 di Sepang dan Le Tour De Langkawi yang
menjadi acara tahunan di Pulau Langkawi.Jelasnya. sektor pelancongan yang
mempunyai identiti tersendiri dapat menarik minat pelancong.
Kekangan yang sering wujud dalam menarik minat pelancong mengunjungi
destinasi tertentu di Malaysia ialah dari segi prasarana yang kurang. Prasarana ini amat
perlu kepada para pengunjung meliputi tandas awam yang bersih, telefon yang
berfungsi, pengangkutan awam yang selamat dan menepati masa serta pelbagai lagi.
Selain itu kerajaan perlu memperbanyak tempat penginapan seperti hotel, chalet dan
sebagainya.mewujudkan pusat-pusat informasi pelancong dengan lebih banyak lagi dan
menyediakan kawasan letak kereta yang luas dan selamat. Prasarana tersebut perlu
untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pelancong. Contohnya, kemudahan
Rumah Rehat yang baru dibuka untuk pemandu-pemandu di kawasan Rawat dan Rehat
Air Keroh Melaka.Jelasnya, kerajaan perlu mengenalpasti keperluan di setiap tempat dan
menyediakan mengikut kemahuan pelancong. Kemudahan ini perlu diwujudkan secara
meluas dan mencukupi.
Promosi merupakan satu cara untuk memperkenalkan dan menarik minat
seseorang terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan. Oleh yang demikian promosi
destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia merupakan satu usaha yang perlu demi
memperkenalkan sektor tersebut pada mata umum. Promosi ini dapat dilakukan melalui
iklan-iklan di media cetak dan media elektronik termasuklah di laman-laman web.
pameran di tempat-tempat awam seperti pasaraya,pertandingan-pertandingan dan
pesta jualan. Contohnya pertandingan memancing ‘Joran’ anjuran Berita Harian yang
diadakan saban tahun secara tidak langsung turut mempromosikan tempat-tempat
menarik di Malaysia seperti Pulau Tioman, Tasik Kenyir dan Empangan Temenggor.
Ringkasnya, Promosi perlulah giat dilakukan dalam usaha memperkenalkan destinasi
menarik di Malaysia.
Pemantauan merupakan satu kawalan yang dilakukan untuk mengetahui
perkembangan terhadap sesuatu perkara. Pemantauan in merupakan aspek yang sangat
penting dalam usaha memastikan mutu sesuatu produk atau perkhidmatan itu sentiasa
mencapai ke aras yang terbaik. Pemantauan untuk industri pelancongan ini boleh
dilakukan melalui penubuhan badan tertentu dan memperbanyakkan pejabat awam di
dalam dan luar Negara. Selain itu, kakitangan profesional perlu dilantik dengan lebih
ramai lagi. Contoh badan yang telah diwujudkan ialah, Badan Penggalakan Pelancong.
Jelasnya, pemantauan secara berkala perlu dilakukan agar masalah dan halangan yang
dihadapi dalam usaha memajukan sektor ini dapat dikesan segera dan diatasi dengan
sebaiknya.
Ketika musim cuti umum dan perayaan, kebanyakan keluarga akan mengambil
kesempatan untuk bercuti. Pelbagai destinasi menjadi pilihan mengikut kemampuan
masing-masing. Oleh yang demikian, kerjasama agensi pelancongan sangat diharapkan
dalam menggalakan perkembangan sector pelancongan di Negara kita. Agensi-agensi
pelancongan haruslah berkerjasama dalam menyediakan pakej istimewa yang
berpatutan dari segi kos dan kesesuaian aktiviti. Pakej seperti ini sangat perlu dalam
usaha menarik minat pelbagai golongan terutama yang berpendapatan sederhana untuk
menyahut seruan kerajaan iaitu ‘ Cuti-cuti Malaysia’. Usaha ini dapat direalisaikan
melalui kerjasama antara kerajaan dan agensi pelancongan. Contohnya seperti yang
telah dilakukan oleh ‘First World Hotel’. Agensi tersebut telah menyediakan pakej yang
murah, serendah RM 88.00 untuk satu malam meliputi penginapan, makan malam,
sarapan, makan tengahari dan lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej
istimewa tersebut, sudah pasti pelbagai golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat
kerajaan untuk memajukan sector pelancongan di Negara kita.
Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, jika usaha
yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah hasrat untuk melihat sektor
pelancongan di Negara kita merentasi benua dan dunia akan menjadi nyata. Segala
usaha yang dirancang dan direncana memerlukan bantuan dan kerjasama dari semua
pihak. Semoga melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab serta cintakan negara ,
nama Malaysia akan menjadi sebutan dan pilihan utama seluruh penduduk dunia untuk
merehatkan minda.
KARANGAN RESPON TERBUKA 26

USAHA-USAHA MEMUPUK MINAT PELAJAR TERHADAP KARYA-KARYA SASTERA

1.0 Pendahuluan

- Takrif Kesusasteraan Melayu ialah hasil seni dalam bentuk prosa atau puisi
yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
- Kesusateraan dapat memperlihatkan keindahan bahasa Melayu yang pernah
menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca di Asia tenggara.
- Remaja khususnya pelajar tidak berminat dan mengendahkan bidang
kesusasteraan pada era globalisasi.
- Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk memupuk minat pelajar terhadap karya
sastera.

2.0 Isi/ Fakta : Usaha-usaha memupuk minat pelajar terhadap karya sastera

2.1 Isi 1 : Peranan pihak swasta dan kerajaan.

Apakah usaha-usaha untuk memupuk minat pelajar terhadap karya sastera?.


Peranan pihak swasta dan kerajaan.

Mengapa peranan pihak swasta dan kerajaan dapat memupuk minat pelajar ?.
Hal ini demikian kerana pihak tersebut mampu melaksanakan usaha-usaha untuk
menarik minat pelajar terhadap karya sastera melalui aktiviti yang dianjurkan.

Bagaimanakah pihak terbabit menarik minat pelajar terhadap karya sastera ?.


Melalui penganjuran pertandingan-pertandingan khusus untuk pelajar.Tawaran
hadiah yang lumayan

Contoh
Pertandingan menulis cerpen dan sayembara puisi mencipta sajak dan
sebagainya

Rumusan/penegasan isi
Oleh yang demikian,jelaslah bahawa peranan pihak swsta dan kerajaan mampu
melahirkan pelajar yang meminati sastera pada masa hadapan.

2.2 Isi 2 : Peranan Media Massa

Apakah usaha-usaha untuk memupuk minat pelajar terhadap karya sastera ?.


Melalui peranan media massa.

Mengapakah peranan media massa dapat memupuk minat pelajar terhadap


karya sastera ?.
Media massa berfungsi sebagai wadah untuk menyebarkan maklumat kepada
orang ramai.Maklumat yang berkaitan dengan sastera dapat dipaparkan melalui
media massa.
Bagaimanakah media massa dapat memupuk minat pelajar terhadap karya
sastera ?.
Melalui media cetak dan media elektronik

Contoh
Penyiaran filem-filem lama seperti filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,
slot-slot sastera seperti pembacaan pantun dan deklamasi sajak, filem-filem
animasi yang menyelitkan kisah legenda seperti ‘Silat Lagenda’ dan ‘Putih’.

Rumusan/penegasan isi
Konklusinya, media massa mampu menarik minat pelajar terhadap karya sastera
melalui penggunaan teknologi moden dan canggih.

2.3 Isi 3 : Peranan Institusi Pendidikan

Apakah usaha-usaha untuk menarik minat pelajar terhadap karya sastera ?.


Melalui peranan institusi pendidikan

Mengapakah institusi pendidikan dapat menarik minat pelajar terhadap karya


sastera ?.
Kementerian Pelajaran telah mengubah kurikulum dan sukatan Pelajaran bahasa
Melayu. dengan memasukkan komponen sastera dalam pembelajaran.

Bagaimanakah peranan institusi pendidikan dapat memupuk minat pelajar


terhadap karya sastera?.
Memasukkan komponen sastera dalam pembelajaran.pengajaran guru di dalam
kelas,penglibatan paelajar dalam aktiviti yang bercorak sastera .

Contoh
Aktiviti lakonan dan drama yang terdapat dalam komponen sastera, pertandingan
deklamasi sajak, syair dan pantun.

Rumusan/penegasan isii
Natijahnya,Institusi Pendidikan dapat menyemarakkan minat pelajar terhadap
karya sastera.

2.4 Isi 4 : Peranan ibu bapa

Apakah usaha-usaha untuk memupuk m inat pelajar terhadap karya sastera?.


Peranan ibu bapa melalui pendidikan tidak formal.

Mengapakah peranan ibu bapa penting dalam menarik minat pelajar terhadap
karya sastera?.
Ibu bapa merupakan asas permulaan pembentukan sahsiah dan peribadi anak-
anak.
Bagaimanakah peranan ibu bapa dapat memupuk minat pelajar terhadap karya
sastera?.
Melalui pendidikan tidak formal di rumah. Pendedahan meminati karya sastera
sejak kecil

Contoh
Membeli bahan bacaan yang sesuai,menyediakan perpustakaan mini di
rumah,membacakan buku-buku cerita sastera.

Rumusan/Penegasan isi
Tegasnya, peranan ibu bapa sememangnya penting untuk menyemai minat
pelajar terhadap karya sastera.

3.0 Kesimpulan

KARANGAN CONTOH

Kesusasteraan Melayu dapat ditakrifkan sebagai hasil seni dalam bentuk


prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri kelebihan yang tertentu.Melalui karya
sastera keindahan bahasa Melayu mampu ditonjolkan dan diketengahkan selaras
dengan peranannya sebagai bahasa perantaraan atau ‘lingua franca’ pada suatu
ketika dahulu di kawasan Asia Tenggara.Namun,pada era globalisasi dan
teknologi moden, remaja khususnya pelajar tidak lagi berminat dan
mengendahkan karya sastera. Mereka lebih mengagungkan budaya Barat dan
menganggap karya sastera sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Seperti kata
hiikmat ’Hilang bahasa,lenyaplah bangsa”, justeru, untuk mengelakkan karya
sastera terus dipinggirkan, pelbagai usaha perlu dilaksanakan.

Penglibatan pihak swasta dan kerajaan sangat penting untuk memupuk


minat pelajar terhadap karya sastera.Hal ini demikian kerana pihak tersebut
mampu melaksanakan usaha-usaha untuk menarik minat pelajar terhadap karya
sastera. Salah satu badan yang terlibat ialah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Usaha ini dapat direalisasikan melalui penganjuran pertandingan-pertandingan
untuk pelajar seperti pertandingan menulis cerpen, mencipta sajak serta
mendeklamasikan sajak dan sayembara puisi yang dapat menarik minat mereka
terhadap karya sastera.Sebagai intensif untuk menarik minat pelajar terhadap
karya sastera, hadiah-hadiah yang ditawarkan haruslah lumayan.Pihak DBP
misalnya boleha mengesan dan mengasah pelajar-pelajar yang berbakat daalam
bidang sastera.Pelajar perlu diberi bimbingan dan pendedahan agar bakat itu
tidak dipersia-siakan.Oleh itu, jelaslah bahawa peranan pihak swasta dan
kerajaan mampu melahirkan generasi yang meminati karya sastera.

Seperti yang kita sedia maklum, media massa merupakan wadah informasi
penyebaran maklumat.Oleh itu, peranan media massa amat penting untuk
memupuk minat pelajar terhadap karya sastera. Media massa dapat dibahagikan
kepada dua jenis, iaitu media cetak dan media elektronik.Melalui saluran ini
banyak malklumat yang berkaitan dengan sastera dapat dipaparkan untuk
tontotan semua lapisan masyarakat khususnya pelajar.Sebagai contoh,
penyiaran filem-filem lama arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee seperti Hang
Tuah dan Semerah Padi.Slot-slot sastera seperti pembacaan pantun dan
deklamasi sajak yang diselitkan selepas siaran Berita Jam 6 dan sebelum azan
maghrib di RTM mampu menyerapkan nilai-nilai sastera dalam diri pelajar.Selain
itu, pembikinan filem-filem animasi yang menyelitkan kisah-kisah legenda seperti
‘Silat Legenda” dan ‘Putih” merupakan salah satu alternative untuk menarik
minat pelajar terhadap karya sastera.Tuntasnya, melalui penggunaan teknologi
moden dan canggih mampu menarik minat pelajar terhadap karya sastera.

Pendidikan merupakan elemen terpenting dalam usaha menarik minat


pelajar terhadap karya sastera.Melalui institusi pendidikan, Kementerian
Pelajaran telah mengubah kurikulum dan sukatan Pelajaran bahasa Melayu
dengan memasukkan komponen sastera dalam pembelajaran. Kreativiti guru
amat penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran komponen
sastera menarik dan mampu memupuk minat pelajar terhadap karya
sastera.Sebagai contoh,melakukan aktiviti lakonan berdasarkan drama yang
terdapat dalam komponen sastera,mendeklamasikan sajak, syair dan pantun
dapat menyemarakkan minat pelajar terhadap karya sastera.Tegasnya,melalui
usaha ini secara tidak langsung dapat membantu pelajar memahami sastera dan
membangkitkan perassan bangga terhadap karya sastera itu sendiri.

Tidak dapat dinafikan bahawa peranan ibu bapa juga amat penting dalam
memupuk minat pelajar terhadap karya sastera.Pendidikan tidak formal di rumah
adalah penting untuk menyemai minat pelajar terhadap karya sastera sejak
kecil.hal ini demikian kerana, ibu bapa ialah orang yang bertanggung jawab
mencorakkan minat dan kecenderungan pelajar terhadap karya sastera. Sebagai
contoh, ibu bapa membeli bahan-bahan bacaan yang sesuai untuk menjadi
santapan minda anak-anak,mewujudkan perpustakaan mini di rumah serta
membacakan buku-buku sastera kepada anak-anak. Dengan adanya minat
ini,anak-anak terutamanya pelajar akan mengikut jejak langkah ibu bapa, bak
kata pepatah ‘benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau’.
Justeru,jelaslah bahawa peranan Ibu bapa sangat penting untuk memupuk minat
pelajar terhadap karya sastera.

Konklusinya,usaha-usaha yang berterusan perlu dilaksanakan dan


dipantau oleh semua pihak bagi memastikan karya sastera mampu menarik
minat para pelajar.Ibarat kata pepatah’ berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing’.Sesungguhnya karya sastera dapat membentuk jati diri pelajar agar
menjadi insan yang berakhlak mulia dan seimbang dari segi jasmani.
emosi,rohani dan intelek.Justeru, melalui usaha ini, ungkapan ‘ Sastera
Gambaran Masyarakat’ dan ‘Sastera Asas kemajuan Negara’ mampu
direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai