Anda di halaman 1dari 8

Karangan

Bahagian A

1 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan
gambar tersebut. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

PENJAGAAN KESIHATAN

Makanan berkhasiat dan seimbang

Bersukan dan beriadah Rehat yang cukup

2 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan
gambar tersebut. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

GAYA HIDUP SIHAT

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 1 Bahasa Melayu SPM


Bersukan
Jauhi seks
dan bersenam
bebas
Bersukan dan bersenam Menjaga kebersihan

Jauhi seks bebas Makan makanan berkhasiat

3 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Tulis satu karangan tentang bahaya
kesan penyalahgunaan dadah. Panjangnya karangan anda hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 2 Bahasa Melayu SPM


4 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan
gambar tersebut. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 3 Bahasa Melayu SPM


PENCEMARAN

Asap dari kilang-kilang Sampah sarap dibuang ke dalam


longkang

Bahan toksik yang dibuang ke Bunyi dan asap kenderaan


dalam sungai

5 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah
–langkah dan kesan-kesan masalah merokok dalam kalangan remaja
.Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 4 Bahasa Melayu SPM


KEMPEN ANTI MEROKOK

Bahagian B

Tulis karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 5 Bahasa Melayu SPM


1 Banyak remaja mengadakan perlumbaan motosikal haram di kawasan tempat
tinggal anda. Situasi ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk
setempat. Selaku penduduk yang prihatin, anda bercadang menulis surat aduan
kepada pihak polis untuk memaklumkan hal tersebut.
Tulis surat aduan itu selengkapnya.

2 Rakan baik anda menghadapi masalah kewangan dan bercadang untuk berhenti
sekolah. Anda berhasrat untuk menasihati rakan anda agar tidak mengambil
keputusan yang terburu-buru.
Tulis surat itu selengkapnya.

3 Selaku pegawai di Kementerian Pelajaran, anda telah ditugaskan untuk membuat


satu kajian tentang gejala buli dalam kalangan murid-murid sekolah. Berdasarkan
kajian selama empat minggu itu, anda telah berjaya mengenal pasti sebab,
akibat, dan penyelesaian terhadap gejala tersebut.
Tuliskan laporan lengkap tentang hasil kajian anda itu.

4 Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah kian ketara sejak akhir-akhir


ini. Anda ditugaskan untuk mewawancara seseorang yang arif dalam bidang ini
untuk mengetahui punca-punca berlakunya masalah tersebut dan usaha-usaha
untuk mengatasinya.
Tulis wawancara anda selengkapnya.

5 Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam
jiwa anak-anak.
Sediakan rencana tentang peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai murni
dalam kalangan generasi muda.

6 Anda merupakan kaunselor di pusat komuniti di tempat anda. Sempena program


kesedaran sivik di kawasan tersebut, anda diminta menyampaikan ucapan
tentang punca-punca kesedaran sivik rakyat Malaysia yang masih berada pada
tahap yang kurang memuaskan.
Sediakan teks ucapan tersebut selengkapnya.

7 Sebagai ketua kampung, anda bercadang untuk menganjurkan program gotong-


royong membersihkan kampung. Sempena ucapan perasmian, anda diminta
menyampaikan ucapan alu-aluan.
Sediakan teks ucapan tersebut.

8 Sempena Bulan Patriotik, anda telah menyertai pertandingan syarahan peringkat


sekolah. Sebagai peserta, anda telah memilih tajuk yang bertemakan perpaduan.
Tajuk syarahan yang akan anda sampaikan ialah “Usaha-usaha untuk
Mewujudkan Perpaduan Kaum di Sekolah”.
Tulis teks syarahan tersebut selengkapnya.

9 Sempena Hari Kebangsaan peringkat daerah, satu pertandingan syarahan telah


diadakan. Anda mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Tajuk yang anda
pilih ialah “Peranan Pelajar untuk Mencapai Matlamat Wawasan 2020.”
Sediakan teks syarahan tersebut.

10 Sebagai guru Pendidikan Moral, anda diminta menyampaikan syarahan yang


bertajuk “Cara-cara Mewujudkan Perpaduan Kaum dalam Kalangan Masyarakat
Malaysia” sempena Minggu Perpaduan di sekolah anda.
Sediakan teks syarahan anda itu.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 6 Bahasa Melayu SPM


11 Sebagai pakar motivasi yang berpengalaman, anda telah dijemput untuk
memberi ceramah kepada ibu bapa di Karnival Keluarga di salah sebuah sekolah
di tempat anda. Tajuk ceramah anda ialah “Peranan Keluarga dalam
Pembentukan Sahsiah anak-anak”.
Tuliskan teks ceramah tersebut selengkapnya.

12 Sempena sambutan Hari Kesihatan Sedunia, anda diminta untuk menyampaikan


ceramah tentang kepentingan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran
dalam menjamin kesejahteraan masyarakat di negara ini.
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

13 Anda merupakan seorang pegawai belia peringkat negeri. Anda telah ditugaskan
untuk memberi ceramah tentang “Belia Cemerlang pada Alaf Baru.”
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

14 Sempena Kempen Pengguna Bijak di sekolah anda, diadakan satu pertandingan


pidato. Anda menyertai pertandingan yang dianjurkan dan memilih tajuk
“Pengguna Memainkan Peranan yang Amat Penting untuk Mengurangkan Kadar
Inflasi”.
Sediakan teks pidato tersebut selengkapya.

15 Anda bercadang untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato


sempena Minggu Ekonomi anjuran Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk
yang ditetapkan ialah “Peranan Generasi Muda Mengekalkan Kestabilan
Ekonomi Negara”.
Tulis teks pidato anda selengkapnya

16 Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas peringkat sekolah. Tajuk


perbahasan tersebut ialah “Kewujudan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Mendatangkan Banyak Kebaikan kepada Sistem Pendidikan Negara.”
Sebagai pencadang, sediakan hujah-hujah anda selengkapnya

17 Banyak tempat rekreasi telah dibina oleh pihak kerajaan dan pihak swasta.
Namun, ada pihak yang berpendapat bahawa usaha untuk menyediakan lebih
banyak tempat rekreasi bukan satu tindakan yang wajar.
Bahaskan penyataan tersebut.

18 Ledakan arus pembangunan dan pemodenan menyebabkan generasi muda hari


ini kurang berminat dalam bidang sastera.
Huraikan usaha-usaha yang patut dilaksanakan agar generasi muda meminati
bidang sastera.

19 Komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat membentuk


peribadi pelajar.
Bincangkan.

20 Kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan penggunaan


komputer dan teknologi maklumat (IT) dalam kalangan masyarakat.
Nyatakan kesan-kesan yang akan timbul akibat penggunaan tersebut dan
kemukakan langkah-langkah untuk mengatasi kesan buruk yang mungkin timbul.
21 Isu penyakit AIDS dan penyalahgunaan dadah merupakan salah satu daripada
masalah utama yang mengancam pembangunan negara.
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku dan langkah-
langkah untuk mengatasinya.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 7 Bahasa Melayu SPM


22 Remaja pada hari ini lebih rapat dan mempercayai rakan sebaya berbanding
dengan ibu bapa mereka sendiri.
Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang menyebabkan perkara
seumpama itu terjadi.

23 Kawasan hutan semakin pupus akibat kegiatan pembalakan haram. Oleh itu,
kegiatan pembalakan haram harus dihentikan dengan segera.
Berikan pendapat anda tentang penyataan ini.

24 Anda ingin menyertai pertandingan menulis cerpen sempena Minggu Nilai Murni
yang dianjurkan ole Jabatan Pelajaran Negeri. Pertandingan ini bertemakan nilai-
nilai murni dalam kehidupan seharian.
Tulis cerpen itu selengkapnya.

25 Anda telah berpeluang menyertai satu pertandingan memancing. Pertandingan


ini akan diadakan di kawasan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai pertandingan tersebut.

© Arah Pendidikan Sdn Bhd 8 Bahasa Melayu SPM

Anda mungkin juga menyukai