Anda di halaman 1dari 1

NOTA PERSEFAHAMAN DI ANTARA

SMK MUNSHI ABDULLAH


DAN
KRT TAMAN DESA KULAI

Kerjasama ini bertujuan untuk memupuk kerjasama yang erat untuk bersama-sama
membentuk murid-murid yang bersahsiah terpuji dan pencapaian akademik yang
cemerlang. SMK Munshi Abdullah dan KRT Taman Desa Kulai bersetuju secara bersungguh-
sungguh dalam membangunkan hala tuju dalam membentuk kemenjadian murid dan
mewujudkan sekolah berkualiti yang memberi manfaat bagi kedua-dua belah pihak
berdasarkan persetujuan yang berikut;

(a) Membantu ibu bapa agar anak-anak mereka dapat mengikuti kelas pdpr/pdpc yang
dijalankan oleh pihak sekolah.
(b) Bersama-sama menyebarluaskan tentang kelas pdpr/pdpc kepada komuniti
setempat.
(c) Merancang membangun dan melaksanakan program-program meningkatkan sahsiah
murid-murid.
(d) Bekerjasama dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid.
(e) Menjalankan lain-lain aktiviti atau apa sahaja projek-projek usaha sama yang
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Nota Persefahaman ini ditandatangani di Bilik Wawasan SMK Munshi Abdullah pada 20
September 2021 dan sah untuk tempoh 3 tahun (20 September 2021 hingga 20 September
2024). Nota persefahaman ini boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak dengan notis
bertulis sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tarikh penamatan.

Untuk dan bagi pihak Untuk dan bagi


pihak

________________________ ________________________

NOORAZLINA BINTI MOHD SALLEH CHAN YOU YOU


Penolong Kanan Pentadbiran/ Pengerusi KRT Taman Desa
Pemangku Pengetua Kulai, Johor
SMK Munshi Abdullah Kulai

Anda mungkin juga menyukai