Anda di halaman 1dari 18

BUKU LOG

PENGAKAP
KANAK-KANAK

Nama Pengakap: _______________________________________


Sekawan: __________
Kumpulan: ___________ Negeri: SELANGOR
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUDA

ISI KANDUNGAN
Bi Tarikh Tajuk M/S TT Pemimpin
l
1 Biodata Ahli Pengakap 3
2 Lencana Keahlian 4
3 Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap 5
4 Prinsip Rukun Negara 7
5 Hormat dan Cogan Kata Pengakap 8
6 Sejarah Permulaan Pengakap 10
7 Cerita Hutan 14
8 Laung Agung 17
9

BIODATA AHLI PENGAKAP

Nama: ______________________________________________
2
Sekawan: ____________
Kumpulan: _____________
Negeri: SELANGOR
Sekolah: SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MUDA
Tarikh Lahir: ____________________
Tempat Lahir: _____________________
No. Sijil Kelahiran: ____________
No. K. Pengenalan: ___________________________
Alamat:
______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

No. Telefon: _______________ (R) / ________________ (B)


Cita-cita: ___________________
Hobi: _________________________
Nama Bapa: _____________________________________
Nama Ibu:
_____________________________________________________

3
LENCANA
KEAHLIAN
PENGAKAP

Tarikh: ____________________

4
Masa: ____________________
Tempat: _______________________
Tajuk: Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap
Pemimpin: ____________________________________________

1. Persetiaan Pengakap
BAHAWA DENGAN SESUNGGUHNYA SAYA BERJANJI DAN
BERSETIAN YANG SAYA DENGAN SEBERAPA DAYA UPAYA SAYA
AKAN,
 TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
 MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA
 MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP

2. Isyarat tangan Persetiaan Pengakap

3. Undang-undang Pengakap
 Dipercayai
 Taat
5
 Berguna
 Bersaudara
 Berbudi
 Kasihkan binatang
 Menurut perintah
 Tabah hati
 Berjimat
 Suci fikiran, perkataan dan perbuatan

6
Tarikh: _____________________
Masa: _______________________
Tempat: ________________________________
Tajuk: Prinsip Rukun Negara
Pemimpin: _________________________________________

1. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk


pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas
berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara.

2. Perisytiharan

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

o mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh


masyarakatnya
o memelihara cara hidup demokratik
o mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati secara adil dan saksama
o menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak
o membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden.
3. Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

7
Tarikh: 25 Februari 2011 (Jumaat)
Masa: 08.30 malam
Tempat: Dewan Terbuka
Tajuk: Hormat dan Cogan Kata Pengakap
Pemimpin: Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani

1. Hormat Pengakap dilakukan apabila:


 menemui ahli Pengakap lain, sama ada dalam atau luar negara yang
menunjukkan persaudaraan Pengakap.
 menemui Pemimpin Pengakap dan penolong-penolongnya serta Ketua
Kumpulan dan Ketua Patrol / Sekawan.
 semasa menerima sijil, anugerah dan sebagainya di dalam satu
istiadat.
 selepas bendera dikibarkan dalam Istiadat Bendera (Ladam Kuda)
 ketika menjalankan Istiadat Laung Agung.

2. Cara hormat Pengakap:

8
3. Makna hormat Pengakap:
 Tiga jari yang dirapatkan menunjukkan tiga persetiaan Pengakap, iaitu:
i. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
ii. Menolong orang pada setiap masa
iii. Menurut undang-undang Pengakap
 Ibu jari menunjukkan Undang-Undang Pengakap.
 Jari kelingking menunjukkan ahli Pengakap.
 Ibu jari bertaut pada jari kelingking, menunjukkan Pengakap adalah
bersaudara tanpa mengira pangkat, darjah atau pun keturunan.

4. Cogan Kata Pengakap:


 BUAT HABIS BAIK (Pengakap Kanak-Kanak)
 SELALU SEDIA (Pengakap Muda)
 BERKHIDMAT (Pengakap Remaja)
 PANDANG LUAS (Pengakap Kelana)

9
Tarikh: ____________________________
Masa: ___________________________
Tempat: _______________________________
Tajuk: Sejarah Permulaan Pengakap
Pemimpin: __________________________________________

Sejarah permulaan Pengakap oleh Pengasas Pengakap Dunia

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah


berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth
Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha
guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama
W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.
Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam
pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah.
Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.
BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13
dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua
Inspektor pada tahun 1903. Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun
1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di
medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.
Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam
pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah
menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak
lelaki. Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP
telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.
BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini
tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada
pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib
yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.

10
Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik
menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.
Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya.
Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam
segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-
anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan
bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah,
hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP
berehat setelah lama berbakti kepada dunia.
Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia.
Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan
pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis. Pergerakan
pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam
pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang
diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang
janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini
perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan
masyarakat biasa.
Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah
menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit.
Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.
Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri
kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha
mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.
Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang
khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang
dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan
Gunung Kenya. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah:
“TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU”.

11
Sejarah Permulaan Pengakap di Malaysia

Selepas dua tahun pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell di England,
seorang peneroka pengkap dari London bernarna E.G. Sands telah datang ke
Singapura pada tahun 1910 lain menubuhkan dua pasukan pengakap untuk anak-
anak orang Inggeris yang berada di Singapura. Pada tahun 1919, Kapten N.M.
Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff telah menubuhkan pasukan pengakap untuk budak-
budak Melayu yang tahu berbahasa Inggeris di Singapura.
Negeri Melayu yang mula-mula menubuhkan pasukan pengakap ialah
Pahang, iaitu di Pekan, yang ditubuhkan oleh G.M. Laidlow, tetapi apabila beliau
meninggal dunia, pergerakan pengakap di situ turut berkubur. Hanya pada tahun
1927 barulah dihidupkan semula oleh H.P. Hertslet yang kemudiannya diasaskan
pula oleh Wheeler dan Erisby dari Pejabat Pelajaran Pahang.
Di Pulau Pinang, pergerakan pengakap telah ditubuhkan oleh seorang ahli
pendidik yang termasyhur, iaitu H.R, Gheesman di Penang Free School pada tahun
1915. Gheesman telah berkhidmat selama 13 tahun dalam pergerakan pengakap di
Malaya, sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya.
Di Perak, pengakap telah ditubuhkan pada tahun 1926, iaitu di Maktab Melayu
Kuala Kangsar oleh I.R. Wheeler. Kemudian itu, banyak lagi sekolah di Perak
menubuhkan pasukan pengakapnya. Di Kedah, pergerakan pengakapnya bermula
pada tahun 1922. Peneroka pengakap di Kedah ialah E.G. Hicks, E.A.G. Stuart,
R.P.S. Walker dan G.W. Bloomfield. Di Johor, pengakap ditubuhkan pada awal taliun
1928, iaitu dengan kedatangan Gheesman dari Pulau Pinang. Kumpulan yang
pertama ditubuhkan ialah di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Johor
Bahru. Manakala pergerakan pengakap di Melaka dan Negeri Sembilan bermula
pada tahun 1926 oleh Brunstone.
Pada tahun 1926, Selangor pula menubuhkan gerakan pengakap dan orang
yang bertanggungjawab menubuhkannya ialah Ameen Akbar. Ini diikuti oleh
penubuhan pergerakan pengakap di Terengganu pada tahun 1927 oleh AJ. Grade
dan di Kelantan (1927) oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong. Negeri yang terakhir
di Semenanjung menubuhkan pergerakan pengakap ialah Perlis pada tahun 1931.
Sabah telah menubuhkan pergerakan pengakapnya di Sandakan pada tahun
1915. Sementara di Sarawak ia ditubuhkan pada tahun 1913, tetapi terhend
pergerakan pengakapnya sehinggalah pada tahun 1930 apabila ia bergiat semula.

12
Sebelum merdeka, Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu meliputi
semua negeri, dengan tiap-tiap sebuah negeri sebagai satu daerah pengakap.
Selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Malaya dan Singapura
dimasukkan menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Great Britain. Selepas
diadakan penyusunan semula, tiap-tiap negeri menjadi satu persekutuan yang terdiri
daripada beberapa daerah pengakap. Tiap-tiap daerah ada dengan persekutuan
pengakapnya.
Apabila Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, Persekutuan
Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli penuh dalam
Persidangan Pengakap Dunia. Dengan wujudnya Malaysia pada tahun 1963,
namanya bertukar menjadi Persekutuan Pengakap Malaysia dan keahliannya
menjadi besar kerana Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi anggotanya. Apabila
Singapura berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965, Persekutuan Pengakap
Singapura berhenti menjadi cawangan Persekutuan Pengakap Malaysia.
Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu
dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut
perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi
pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara
mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia.

13
Tarikh: _______________________________
Masa: __________________
Tempat: _________________
Tajuk: Cerita Hutan (Jungle Books)
Pemimpin: ____________________________________

MOWGLI
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang
tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam
sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.Pada suatu malam ketika
dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah
pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak
meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun
api menyala dengan maraknya.Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu
Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang
ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu
keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian
itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia
hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke
arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di
dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere
Khan tadi.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua.
Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak
takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain
menghisap susu Ibu Serigala.
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak
mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga
sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.Tetapi
tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui,
seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-
binatang lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak
kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika
harimau tempang itu memakan budak itu nanti.Bagaimanapun apabila Shere Khan

14
menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai
haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil
budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.Dengan
marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti
budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-
sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-
anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua
anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada
malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.Di sinilah
nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan
atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota
Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang
membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah
boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu
Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.Apabila semua
anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua
Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula
menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh
anggota-anggota Kumpulan.Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun
tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain
seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota
Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum
dari belakang batu besar."Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula
kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah
agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut
Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan
yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap
menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan."Siapakah antara

15
anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.Tidak
seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak
bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang
bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan
ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala
Undang-undang Hutan.Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di
tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai
anggota Kumpulan. Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli
memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi,
Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba
bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang
Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.Dia akan
menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan
tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota
Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai
anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera
itu.Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan
tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.Shere
Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan
kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak
mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu
hari kelak. "Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan
kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya”.

16
Tarikh: ________________________
Masa: ______________
Tempat: ______________________
Tajuk: ______________________
Pemimpin: __________________________________________

1. Akela berteriak 'Pek' semua Pengakap Kanak-kanak berdiri diam dalam


keadaan sedia.
2. Akela berteriak 'Pek!', 'Pek!','Pek!'.
3. PKK akan menyahut panggilan Akela 'Pek!!!!!!!!!!!' sambil berlari
mengelilingi Akela.
4. Akela mendepakan tangan untuk menandakan arahan kepada PKK
membuat bulatan besar. PKK lantas memegang tangan membuat bulatan
besar. Bila bulatan telah tersedia, PKK menjatuhkan tangan.
5. Akela mendepakan tangan sekali lagi, PKK mengangkat tumit, Akela
rapatkan tangan ke peha, PKK mencangkung dengan kedua-dua belah
tangan mencecah ke tanah, kepala diangkat dan terus berteriak 'Akela,
Kami Buat Habis Baik'
6. Sebaik sahaja perkatan Baik dilaungkan, PKK lantas bangun tegak dalam
keadaan sedia.
7. Petugas mencabar dengan hormat kepada Akela. Petugas berteriak
dengan intonasi mencabar.
8. ‘Kamu Buat Habis Baik?'
9. PKK berdiri hormat pada akela dan terus menjawab: ‘Kami Buat Habis
Baik.'
10. Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuhkan tangan mereka sehingga
Akela selesai membalas hormat.
11. Ketua sekawan membuat laporan kepada Akela.
12. Istiadat diteruskan dengan:
o Bacaan doa / Bertakafur
o Persetiaan Pengakap 
o Istiadat mengibarkan bendera 
o Ucapan dan arahan untuk meneruskan aktiviti.PKK keluar baris dan
bergerak kepada Sekawan untuk meneruskan aktiviti.

17
18

Anda mungkin juga menyukai