Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA MY REWARD BOOK

SK BAGAN DATOH,
36100 BAGAN DATUK, PERAK

1.   Pendahuluan

Pencapaian akademik yang baik mampu hasilkan individu untuk berjaya.


Bagi meningkatkan kecemerlangan murid dalan akademik, Unit akademik
dan bimbingan kaunseling berserta barisan Guru Penyayang SK Bagan
Datoh telah merangka satu program yang dinamakan My Reward Book.
Pelaksanaan program ini adalah melalui beberapa kriteria yang ditetapkan
bagi merealisasikan matlamat program ini.

2.   Rasional

Program ini dijalankan dengan cara memberi peneguhan positif atau


ganjaran kepada murid untuk meningkatkan inisiatif mereka dalam
menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru secara tidak langsung melaluii
cara ini, murid akan bertindak secara proaktif untuk melibatkan diri dalam
PdPc, dan membentuk sahsiah diri yang positif di samping berusaha untuk
mencapai kejayaan dalam bidang akademik

3.   Objektif

 Melahirkan murid aktif dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan

 Menerapkan nilai-nilai murni ke dalam diri murid.

 Menghargai pelajar-pelajar yang menunjukkan ciri peribadi yang

cemerlang atau perubahan sikap dari negatif kepada positif.


4.   Kumpulan Sasaran

Semua murid SK Bagan Datoh

5.   Jawatankuasa Pelaksana

PENGERUSI : Pn Hjh Tijah Binti Shamsuddin


Guru Besar SK Bagan Datoh

TIMBALAN PENGERUSI : En Holili Bin Muhamad


PK Pentadbiran SK Bagan Datoh

NAIB PENGERUSI 1 : En Azman bin Mohamed Yusof


PK HEM SK Bagan Datoh

NAIB PENGERUSI 2 : En Fadzlil Alia bin Ghazali


PK KOKURIKULUM SK Bagan Datoh

PENGURUS PROGRAM : Pn Noor Shizan Binti Ibrahim


SU TS25

SETIAUSAHA : Pn Izatul Aziera binti Shamsudin


SU Kurikulum

BENDAHARI : Pn Sari Jamilah Binti Mohamed Amran


SU HEM

AHLI JAWATANKUASA : Barisan Guru Matapelajaran

6.   Tempoh Pelaksanaan
Oktober - Disember 2020

7. Latar Belakang Program

Ganjaran diberi mengikut kriteria yang ditetapkan, iaitu berdasarkan


pencapaian murid dalam dua kategori:
7.1  Kriteria Pelaksanaan Program

Perkara Kriteria Ganjaran


Akademik 1 bintang
1.  Hantar kerja tepat pada masanya

2. Ejaan/tugasan/Latihan betul semua (setiap 1 bintang


bahagian).
1 bintang
3. Kumpulan yang terbaik dalam
setiap aktiviti kolabaratif yang
dijalankan (setiap ahli kumpulan).
Sikap 1.Menunjukkan sikap baik seperti 1 bintang
rajin,menghormati pelawat, membantu guru
tanpa disuruh, dll yang wajar pada
pertimbangan profesional guru

7.2 Waktu Pelaksanaan

Dijalankan pada waktu Pdpc (untuk nilaian bahagian akademik) dan


pada waktu persekolahan (untuk nilaian sikap)

7.3 Cara Ganjaran diberikan

Murid boleh menebus hadiah apabila jumlah sticker/bintang mereka


telah mencapai jumlah 20, 30 atau 50.

 Nilaian hadiah mengikut bilangan Sticker:


 20 Sticker hadiah bernilai RM1.00
 30 Sticker hadiah bernilai RM2.50
 50 Sticker hadiah bernilai RM3.50

 Tiada had masa untuk penebusan ganjaran.

 Murid boleh menebus hadiah di Kedai Buku Sekolah pada


waktu rehat

8. Cadangan Peruntukan Kewangan

Sumber
Senarai Anugerah Harga Jumlah
Kewangan
20 Sticker RM 1.00 X 80 RM80.00 TS25

30 Sticker RM 2.50 X 50 RM125.00 TS25

50 sticker RM3.50 X 30 RM105.00


TS25
Sticker RM 2.50 x 20 RM 50.00 TS25

JUMLAH KESELURUHAN RM 360.00

9.   Penutup

Program ini diharap dapat memberi ruang kepada murid-murid untuk

mempamerkan ketekunan, sikap murni dan mengambil peluang daripada

persekitaran yang menyokong pembinaan sahsiah cemerlang dan intelek.

Program ini pada akhirnya diharap dapat melahirkan murid yang cemerlang

dari segi akademik, dan sahsiah diri.


10. Lampiran

10.1  Cadangan Kad Bintang

MY REWARD BOOK

Disediakan Oleh, Diluluskan oleh,


………………. ………………………
(NOOR SHIZAN BINTI IBRAHIM) (PN HJH TIJAH BINTI SHAMSUDDIN)
SU TS25 GB SK BAGAN
DATOH
SK BAGAN DATOH

Anda mungkin juga menyukai