Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM DAN PERISTIWA

SMK BANDAR PUTRA


TAHUN 2009

1.PROGRAM : KEM JATI DIRI KECEMERLANGAN PMR KELAS RK DAN KAA

2.BIDANG : KURIKULUM DAN HEM

3.TARIKH : 3 – 5 JULAI 2009

4.TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM , JPNJ

5.SASARAN : MURID KELAS RK DAN KAA ( 110 ORANG )

6.PERINGKAT : SEKOLAH

7.TENTATIF : SEPERTI LAMPIRAN

8.MATLAMAT :

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar kelas RK dan
KAA tentang perubahan sikap kea rah mencapai matlamat diri melalui kecemerlangan
akademil dan kokurikulum serta sahsiah diri kea rah insane cemerlang, gemilang dan
terbilang.

9.LAPORAN RINGKAS :

Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar dan mendapat komitmen
yang tinggi daripada semua peserta. Program ini berjalan selama tiga hari dua malam
bermula 3 Julai dan berakhir pada 5 Julai tahun 2009.Pendaftaran program bermula pada
jam 3.30 petang di Pusat Kokurikulum Johor Bahru. Selepas pendaftaran murid-murid dan
guru pengiring diberi taklimat terlebih dahulu oleh para pegawai pusat kokurilum.Selesai
sahaja sesi taklimat tersebut, murid-murid dibenarkan untuk memasang khemah bersama
ahli kumpulan masing-masing.Selesai memasang khemah , murid-murid sekali lagi diberi
taklimat ringkas oleh Kem Komanden berkenaan beberapa perkara penting yang mesti
dipatuhi sepanjang program ini berlangsung.Pada sebelah malamnya program ini diteruskan
dengan ice breaking yang dikendalikan oleh guru penyelaras program.

Pada hari kedua, Program dimulakan dengan Malaysia cergas dan sarapan pagi . dan
diteruskan dengan aktiviti pendidikan luar yang dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-
pegawai yang bertugas di pusat Kokurikulum tersebut.Antara aktiviti yang dijalankan ialah
berkayak,flying fox dan beberapa aktiviti luar yang lain . Murid-murid dibahagikan kepada 3
kumpulan besar . Setiap satu kumpulan ada aktiviti masing-masing dan ianya berjalan
serentak mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kokurikulum. Murid-
murid kelihatan begitu gembira dan ceria terutamanya ketika aktiviti berkayak.Pada sebelah
malamnya, program diteruskan dengan ceramah motivasi kecemerlangan PMR yang
disampaikan oleh Tn.Haji Ismail bin Rusdi, pengetua SMK Taman Daya, Johor Bahru.
Pada hari ketiga, program dimulakan dengan qiamullail yang diketuai oleh Ustaz
Ariffin bin Zakaria. Murid-murid mengikuti program tersebut hingga waktu subuh.Seterusnya
selesai sahaja Malaysia cergas dan sarapan pagi murid-murid di arahkan supaya
membersihkan kawasan perkhemahan dan mengemas khemah masing-masing.Selepas
minum pagi aktiviti diteruskan dengan cetusan hati minda ayahanda oleh ayahanda
pengetua, En. Azman bin Adnan.Beliau begitu berharap agar murid yang berada didepannya
akan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang terutamanya dalam
peperiksaan PMR pada penghujung Oktober nanti.Seterusnya majlis penutup sekali lagi telah
disempurnakan oleh En. Azman bin Adnan, pengetua SMK Bandar Putra bertempat di Pusat
Kokurikulum tersebut dengan jayanya.

10.KEKUATAN :

10.1 Aktiviti dapat menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid KRK dan KAA
10.2 Aktiviti yang dijalankan dapat menguji jati diri murid-murid
10.3 Sikap kerjasama dalam kumpulan dapat diterapkan dalam kalangan perserta
10.4 Komitmen murid menjayakan semua aktiviti adalah tinggi
10.5 Membantu murid meneroka potensi diri dan menggunakannya dengan berkesan
10.6 Membantu murid menjadi individu penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain

11. KELEMAHAN :

11.1 Masa kursus singkat


11.2 Tidak semua murid KRK dan KAA terlibat dalam kem ini atas sebab-sebab tertentu.

12. REFLEKSI :

12.1 Pada masa akan dating setiap kelemahan akan diperbaiki dan ditambahbaikkan

13. LAMPIRAN :

13.1 Senarai jawatankuasa induk dan pelaksana


13.2 buku program
13.3 Senarai nama pelajar
13.4 Gambar bercetak
13.5 CD gambar

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

------------------------- -------------------------
(NIK NORZIANA BT NIK YUSUF) (AZMAN BIN ADNAN)
Setiausaha Program Khas Sekolah Pengetua SMK Bandar Putra

Anda mungkin juga menyukai