Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA MAJLIS JALINAN MESRA 2008

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN MAJLIS JALINAN MESRA PENDUDUK


JALAN TEKUKUR BANDAR PUTRA 2008

1.0 MUKADIMAH
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan oleh Tuhan, berbangsa-bangsa, bersuku-suku, berpuak-puak
adalah untuk mereka saling mengenal antara satu sama lain”. Tujuannya agar mereka memahami dan
menghormati masyarakat sekeliling mereka agar mereka mampu membentuk budaya hidup harmoni
dan sejahtera. Mereka yang kehilangan nilai-nilai murni tersebut, tidak mampu menjadi batu bata untuk
menyokong mengukuhkan asas-asas perpaduan yang telah dibina oleh generasi yang awal. Kami warga
Jalan Tekukur mengambil langkah cuba untuk mewujudkan suasana harmoni, menghormati budaya,
bangsa dan agama masyarakat sekeliling. Oleh sebab itu, kami merancang satu aktiviti yang dinamakan
sebagai Majlis Jalinan Mesra . Semoga program yang kami rancang ini akan menjadi satu contoh kepada
taman-taman yang lain

2.0 TEMA
Masyarakat Muhibah Asas Keharmonian

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif program yang akan dicapai oleh warga Jalan Tekukur ialah
a. Menanamkan sikap hormat- menghormati dalam kalangan penduduk Jalan Tekukur
b. Mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan penduduk Jalan Tekukur yang pelbagai bangsa
c. Melahirkan warga Tekukur yang bersatu padu, bersefahaman dan berkasih sayang.

4.0 SASARAN
Seluruh warga Jalan Tekukur

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Majlis dijalankan di Taman Permainan Jalan Tekukur berhadapan dengan Jalan Tekukur 1
yang dihadiri oleh penduduk Jalan Tekukur
5.2 Penduduk Jalan Tekukur diminta untuk menyumbangkan wang sebanyak RM20.00 untuk
membiayai majlis tersebut.
5.3 Gotong Royong membuat persiapan khususnya jamuan makan
5.4 YB Tn Haji KamurulZaman B. Ali dijangka akan merasmikan majlis yang akan berlangsung
5.5 Beberapa pertandingan dijalankan
5.6 Majlis Jamuan bersama warga Jalan Tekukur

6.0 TENTATIF PROGRAM


8.30 – 9.00 :Ketibaan dan Pendaftaran warga Tekukur
9.00-10.00 : Pertandingan mewarna
10.00-10.15 : Ketibaan YB Tn Hj Kamarulzaman B. Ali ADUN Bukit Permai
10.30-10.35 : Bacaan Doa
10.35-10.50 : Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk , Encik Samsuddin Aman
10.50-11.30 : Ucapan Perasmian YB Tn Hj Kamarul Zaman B.Ali
11.30-12.00 : Penyampaian Hadiah Pemenang dan Cabutan Hadiah Bertuah
KERTAS KERJA MAJLIS JALINAN MESRA 2008

12.00-2.00 : Jamuan
2.00 : Bersurai

7.0 PENGANJUR
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Jalan Tekukur, Bandar Putra

8.0 KANDUNGAN PROGRAM


8.1 Ucapan Perasmian YB Tn Haji Kamarul Zaman dan Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi En.
Samsudin B. Aman
8.2 Pertandingan Mewarna dan Penyampaian Hadiah
8.3 Penyampaian hadiah Cabutan Bertuah
8.4 Jamuan makan bersama

9.0 Anggaran Belanja


9.1 Sumber Kewangan
a. Sumbangan penduduk
b. Lain-lain

9.2 Perbelanjaan
1. Jamuan
2. Hadiah VIP
3. Lain-lain

10.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN TUGASAN


Pengerusi : En. Samsudin B. Aman
Timbalan Pengerusi : En Samad B. Jamal
Setiausaha : En. Mizan B.Ibrahim
Pen. Setiausaha : En. Mohamed Khairul B. Mohamed Amin
Bendahari : En. Ahmad Nizam B. Mohamad

Bil Jawatan dan AJK Bidang Tugasan


1 PENYELARAS PROGRAM -Merancang perjalanan majlis bersama AJK induk
En. Mizan B. Ibrahim (K) -Membentuk AJK kerja
En. Mohamed Khairul B. Mohamed -Membahagikan tugas dan perincian
Amin (P) -Menyediakan kertas kerja program
-Menyediakan surat menyurat
-Membuat laporan
2 PENDAFTARAN -Menyiapkan borang pendaftaran
En.Zamri (K) -mencatat kehadiran penduduk
En. Mahathir (P) -Menyediakan nombor untuk cabutan bertuah
-memastikan semua jemputan mendapat pamplet
3 PERSIAPAN TEMPAT -Memastikan kanopi dipasang mengikut kesesuaian
En. Am (K) -Menyediakan kerusi meja mengikut keperluan yang ada
En. Suhaimi Mustamam(P) -Menyediakan banner/backdrop
Megat
Rozaimi

4 FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI -memastikan peralatan kamera dan video disediakan


Kamarul (K) -mengambil gambar sepanjang majlis berlangsung
KERTAS KERJA MAJLIS JALINAN MESRA 2008

-menyimpan gambar dalam bentuk software untuk


koleksi

5. JURU ACARA MAJLIS - Mempengerusikan majlis berlangsung


Mohamed Khairul B. Mohamed -Menyediakan skrip
Amin

6. BACAAN DOA - Menyediakan teks doa yang sesuai untuk majlis


En. Omar -Membacakan doa pada awal majlis

7 KEBERSIHAN -Memastikan persekitaran majlis bersih sebelum dan


Azmi (K) selepas majlis.
Ragu (P) -menyediakan plastickhitam besar bagi menyimpan
Gan sampah sarap
7 JAMUAN -Memastikan menu yang hendak dimasak
Kak Sal (K) -Menyediakan tempat memasak yang sesuai
En. Ramli(P) -Memastikan peralatan memasak cukup
En. Rahman -Memastikan bahan-bahan untuk memasak cukup
Wan Amran -Memastikan makanan dihidang mengikut kesesuaian
Pak Tam -Memastikan tempat jamuan berada dalam keadaan
Zalmi bersih dan selesa
Ellen
Amran
Man
7 PERTANDINGAN SUKANEKA -menyelaras pertandingan yang dijalankan
Mustapha (K) -menyediakan hadiah yang sesuai untuk pemenang
Prabhakaran (P) -menyediakan hadiah cabutan bertuah
-menguruskan acara cabutan bertuah
-Menyediakan hadiah yang sesuai untuk VIP
-menyediakan tempat untuk meletak hadiah
-memastikan penyampaian hadiah berjalan dengan
lancer
7 HADIAH VIP DAN CABUTAN -menyelaras pertandingan yang dijalankan
BERTUAH -menyediakan hadiah yang sesuai untuk pemenang
En. Nizam -menyediakan hadiah cabutan bertuah
-menguruskan acara cabutan bertuah
-Menyediakan hadiah yang sesuai untuk VIP
-menyediakan tempat untuk meletak hadiah
-memastikan penyampaian hadiah berjalan dengan
lancer
Disediakan Di sahkan oleh,

…………………………….. …………………………………………..
(MOHAMED KHAIRUL BIN MOHAMED AMIN) (SAMSUDIN B. AMAN)
Penolong Setiausaha Pengerusi

Anda mungkin juga menyukai