Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2019/1441H


MASJID AL FIRDAUS, MELANG, KUALA PILAH
”NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA”
--------------------------------------------------------------------------------------
1.0 MUQADDIMAH
Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW telah mencorakkan
perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat Arab khususnya dan
masyarakat dunia umumnya, dari diselubungi kegelapan kepada cahaya
yang terang dan gilang gemilang. Hal ini telah dinyatakan oleh Allah SWT
yang bermaksud: “Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad)
melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”. (al Anbiya’:107)
Justeru sambutan Maulidur Rasul s.a.w. merupakan natijah daripada
perasaan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w. Begitu juga perasaan taat,
ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda,
sebagaimana Allah bangga terhadap baginda dengan memuji baginda
didalam Al-Quran: "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia"
(al-Qalam:4).

2.0 MATLAMAT
Masyarakat dapat menghayati peristiwa besar, kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w untuk membina akhlak, penampilan dan sahsiah sebagai ikutan terbaik
dalam kehidupan. Seterusnya, mengamal dan membudayakan ajaran Islam
dengan penuh keimanan dan ketaqwaan sepanjang hayat.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menilai dan menghargai pengorbanan Rasul Junjungan dalam
menyebarkan agama Islam.
3.2 Masyarakat dapat mengetahui dan menghayati perjalanan sirah Nabi
Muhammad Rasullah s.a.w.
3.3 Masyarakat dapat mengamalkan akhlak dan keperibadian Rasulullah
s.a.w.
3.4 Masyarakat dapat mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan
oleh Nabi Muhammad s.a.w.

4.0 PENYERTAAN
Semua masyarakat kariah Melang dan sekitarnya.
5.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 30 November 2019 bersamaan 3 Rabi’ul Akhir 1441H
Hari : Sabtu
Masa : 6.00 petang hingga 10 malam
Tempat : Masjid al Firdaus, Melang, Kuala Pilah

6.0 ANJURAN
Masjid al Firdaus, Melang, Kuala Pilah

7.0 AHLI JAWATANKUASA


JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI
HJ NOOR AZMI BIN ABDUL AZIZ

SETIAUSAHA
EN. AZNAM BIN HJ ALI

BENDAHARI
HJ JALALUDIN BIN ABU BAKAR

JURUACARA
EN ZAILY BIN MOHAMAD PERSIAPAN TEMPAT
ROSDI BIN ZAKARIA
MOHD RAZIB BIN HASSAN
BACAAN DOA
EN MUHAMMAD NAUFAL HADI BIN PA SISTEM
ABDUL HALIM HJ ALWI BIN MUSTAPA
JURUFOTO KAWALAN MAJLIS
EN AZNAM BIN HJ ALI EN ABDUL HAMID BIN HITAM
EN ZAILY BIN MOHAMAD PN MAIMON BIN KURDI
LAPORAN BERZANJI DAN CERAMAH
AFIFAH LIYANA BINTI HALIM EN ZAILY BIN MOHAMAD
JAMUAN
EN ABDULLAH BIN UJANG
PN AZIZAH BINTI AB GHANI

KEBERSIHAN
SEMUA AJK DAN JEMAAH MASJID AL
FIRDAUS MELANG, KUALA PILAH

-Memantau persiapan tempat dan ruang program


AJK Persiapan Tempat -Memastikan segala persiapan sebelum masjlis
diuruskan
-Menyusun susunan letak kereta untuk kelancaran
aliran trafik semasa program bersama AJK Kawalan
Majlis
AJK Kawalan Majlis -Mengawal jemaah muslimin dan muslimat
sepanjang majlis
-Memastikan anak-anak tidak terlalu bising ketika
program berlangsung
-Memastikan jemaah memenuhkan ruang solat
ketika majlis berlangsung
-Bersama dengan AJK Persiapan Tempat mengawal
mengurus kelancaran trafik semasa majlis

AJK Jamuan -Menguruskan makan minum program

-Memastikan makanan disediakan tepat pada


masanya mengikut susunan yang dipersetujui

-memantau susunan khemah makan dan


susunatur katering bersama-sama AJK Persiapan
Tempat

-Memastikan PA Sistem berfungsi dengan baik


AJK PA Sistem sepanjang program
-Menyediakan air mineral untuk penceramah dan
peserta berzanji

-Memastikan program dijalankan pada masanya


-Menguruskan penceramah, mendapatkan biodata
AJK Berzanji dan Ceramah dan pengisian penceramah
-Mendapatkan pembaca rawi Berzanji dan majlis
selawat

-Menyediakan laporan program untuk tujuan


AJK Laporan dokumentasi

-Menguruskan dokumentasi visual untuk tujuan


dokumentasi laporan program
Jurufoto -Menyediakan sepanduk program

8.0 PENUTUP
Jawatankuasa Masjid al Firdaus berharap program dapat dijalankan dengan
sebaiknya dan mencapai objektif.
Disediakan oleh; Disahkan oleh;

........................................................... .........................................................
(ZAILY BIN MOHAMAD) (HJ NOOR AZMI BIN ABDUL AZIZ)
BIRO DAKWAH PENGERUSI
MASJID AL FIRDAUS, MELANG MASJID AL FIRDAUS, MELANG
KUALA PILAH KUALA PILAH

Anda mungkin juga menyukai