Anda di halaman 1dari 6

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

KHUTBAH JUM‘AT

TAJUK : “TAUBAT, FAKTOR KEBERSIHAN HATI”


TARIKH: 22 NOVEMBER 2019 / 25 RABI’ AL-AUWAL 1441
َ َّ ُ َ
:‫ل‬
ۡ ِ ‫ٱلۡحمد ِلل ِه الۡقا ِئ‬
           

             
(Surah an-Nisa’: 18)

ُ‫ َو َأشۡ َه ُد َأ َن ُم َح َم ًدا َعبۡ ُد ۡه‬، ‫يك َل ُۡه‬ ُ ‫َأشۡ َه ُد َأن َ ّۡل إ َل ـۡ َه إ ََّل‬
َ ‫هللا َوحۡ َد ُۡه ََّل َشر‬
‫و‬
َ
‫و‬ ِ ‫و‬ ِ ِ
َ َ َ َ ُُ ُ ََ
‫ص ِل َو َس ِلمۡ َعلى َس ِي ِدنا ُم َح َم ٍد َو َعلى ِآل ِه َوأصۡ َح ِاب ِ ۡهﮮ َو َمن‬ َ ‫الل ُه َم‬ .‫ورسول ۡهو‬
.‫ين‬َ ‫َتب َع ُهم بإحۡ َسان إ َلى َي ۡوم الد‬
ِ ِ ِ ٍ ِِ َِ
َُ َ َ َ ُ ُ َ َ َ َُ َ َ َ ُ َ َ
‫ وَّل تموتن ِإَّل وأنتم‬،‫ ِاتقوا هللا حق تقا ِت ِ ۡهﮮ‬،‫ ف َيا ِع َب َاد هللا‬،‫أ َما َبعۡ ُد‬
َ
ۡ .‫ُّمسۡ ِل ُمون‬

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah  dengan


melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya.
Berpegang teguhlah kepada agama Allah  dengan menjaga dan

1
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
memelihara hubungan kita sebagai hamba-Nya dan juga hubungan
sesama insan. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah  di dunia dan di akhirat.

Firman Allah  dalam surah Ali ‘Imran ayat 103:

      


Maksudnya: Dan berpegang teguhlah kamu semua pada agama Allah,
dan janganlah berpecah belah.

Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk


“TAUBAT, FAKTOR KEBERSIHAN HATI”.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Taubat bermaksud kembali mentaati Allah  dengan rasa menyesal
terhadap dosa yang telah dilakukan. Setiap hamba yang melakukan
dosa wajib bertaubat agar tidak dimurkai Allah  dan diampunkan
dosanya. Hal ini supaya dia terselamat daripada api neraka dan
hidupnya diberkati Allah .

Taubat adalah satu sifat yang disukai oleh Allah . Firman Allah 
dalam surah al-Baqarah ayat 222:

      


Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan
menyukai orang yang menyucikan diri.

2
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

Janganlah berputus asa dalam bertaubat kerana Allah  sangat luas


pengampunan-Nya. Antara sifat pengampunan Allah  terhadap
hamba-Nya ialah apabila mereka melakukan maksiat, kemudian mereka
bertaubat. Kemudian mereka mengulangi lagi maksiat tersebut dan
bertaubat lagi, Allah  tetap akan menerima taubat mereka.

Sabda Rasulullah , dalam hadith Qudsi:


َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ُ َ َ َ َ ‫َ َ َ ُ ُل‬
‫ َيا ْاب َن‬:‫ال الل ُه ت َبا َر َك َوت َعالى‬ ‫ ق‬:‫قال رسو الل ِه صلى الله علي ِه وسلم‬
َ‫ يا‬،‫يك َوََّل ُأ َبالي‬
َ ‫ان ف‬ َ ‫َآد َم إ َن َك َما َد َع ْو َتني َو َر َج ْو َتني َغ َف ْر ُت َل َك َع َلى َما َك‬
ِ ِ ِ ِ ِ
ََ َ َ ُ ْ َ َ َْ َ ْ َ ْ َ ُ َ َ َ َ َ َ ُ ُ ُ ْ َ ََ ْ َ َ َ َ ْ
‫ وَّل‬،‫ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السم ِاء ثم استغفرت ِني غفرت لك‬
َ َ َ َُ َ َ َ ْ َ َ ُ َ ْ ََ ْ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ُ
‫ض خطايا ثم ل ِقيت ِني َّل‬ ِ ‫اب األر‬ِ ‫ يا ابن آد َم ِإنك لو أتيت ِني ِبقر‬،‫أب ِالي‬
ًَ ْ َ َ َ ُ َ َُْ َ ًْ َ ُ ْ ُ
.‫تش ِرك ِبي شيئا ألتيتك ِبقر ِابها مغ ِفر ۡة‬
Maksudnya: “Wahai anak Adam, sesungguhnya selagi kamu meminta
dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan ampunkan dosamu yang lalu
dan Aku tidak mempedulikannya lagi. Wahai anak Adam, sekiranya
dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon keampunan, nescaya
Aku ampunkan. Wahai anak Adam, sekiranya kamu datang kepada-Ku
dengan dosa sebesar isi bumi kemudian kamu menemui-Ku di akhirat
dalam keadaan kamu tidak mensyirikkan-Ku dengan yang lain, nescaya
Aku datang dengan keampunan sepenuh bumi kepadamu”.
(Hadith riwayat at-Tirmidzi)

3
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
Apabila kita mendekatkan diri kepada Allah  dengan pendekatan
ketaatan yang disukai-Nya, Allah  akan menyukai dan mencintai kita.
Apabila kita dicintai Allah , maka Allah  akan menutup segala cacat
cela kita.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,


Bertaubat hukumnya wajib. Hal ini berdasarkan firman Allah  dalam
surah an-Nur ayat 31:

        


Maksudnya: Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Firman Allah  seterusnya dalam surah at-Tahrim ayat 8:

       


Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada
Allah dengan sebenar-benar taubat.

Antara syarat taubat adalah:


1. Menyesali dosa yang telah dilakukan.
2. Berazam untuk tidak mengulanginya lagi.
3. Jika dosa tersebut terkait dengan orang lain dia wajib meminta
maaf.
4. Jika dosa itu berkaitan dengan harta maka hendaklah dia
mengembalikannya. Jika tidak dapat dilakukan, bersedekahlah
atas nama pemiliknya.

4
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
Orang yang sentiasa melakukan dosa dan kemaksiatan tetapi tidak
bertaubat adalah kerana dia tidak berasa berdosa dengan apa yang
dilakukannya. Malah dalam hatinya tidak timbul kegelisahan disebabkan
iman yang lemah. Segeralah bertaubat. Janganlah bertangguh-tangguh
dalam bertaubat kerana ditakuti kematian akan datang secara mengejut
dan kita masih tidak sempat lagi bertaubat. Firman Allah  dalam surah
an-Nisa’ ayat-18:

           

             

Maksudnya: Dan tidak berguna taubat itu kepada orang yang selalu
melakukan kejahatan, apabila salah seorang daripada mereka hampir
mati, dia berkata: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, (sedang
taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang yang
mati sedang mereka tetap kafir. Bagi mereka itu kami sediakan azab
yang sangat pedih.

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ,


Mengakhiri khutbah pada minggu ini, antara kesimpulannya ialah:
1. Setiap hamba yang melakukan dosa wajib bertaubat agar tidak
dimurkai Allah  dan diampunkan dosanya.
2. Allah  bersifat maha pengampun. Walaupun berulangkali
hamba-Nya melakukan dosa, Dia tetap menerima taubat mereka.

5
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬
3. Antara syarat untuk melakukan taubat ialah menyesali dosa
terdahulu, berazam tidak akan melakukannya lagi dan memohon
maaf serta mengembalikan hak kepada orang yang dizalimi.
4. Janganlah bertangguh-tangguh dalam bertaubat kerana ditakuti
kematian akan datang secara mengejut.

Firman Allah  dalam surah al-Zumar, ayat 53:

               

       


Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-Ku yang
telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan
maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah
jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

َ‫ َو َن َف َعني َوإ َّي ُاكم ب َما فيه من‬،‫هللا لي َو َل ُكم في ال ُقر َءان ال َعظيم‬ ُ ‫َبا َر َك‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َّ ‫نكم ت َال َو َت ُه إ َّن ُه ُه َو‬
‫الس ِم ُيع‬
ُ َ
‫م‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ َ
‫ل‬ ‫ب‬َّ ‫ َو َت َق‬،‫ات َوالذكر ال َحكيم‬ ِ
َ ‫اۡل‬
‫ي‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ِ
ۤ َ َ ُ ََ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َ ُ ُ ُ َ
‫ و ِلسا ِئ ِر‬،‫ أقو قو ِلي هذا وأستغ ِفر هللا الع ِظيم ِلي ولكم‬،‫الع ِليم‬ ‫ل‬
َ َ ََ ُ ُ َ َ َ ُ َ َ ُ َ َ ُ َ َ ُ
‫ فاستغ ِفروه فيا فوز‬،‫ات‬ ‫ن‬
ِ ِ‫م‬ ‫ؤ‬ ‫اۡل‬‫و‬ ‫ين‬ ‫ن‬
ِِ‫م‬ ‫ؤ‬ ‫اۡل‬‫و‬ۡ ، ‫ات‬
ِ ِ ‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫اۡل‬‫و‬ ‫ين‬ ‫م‬
ِ ِ ‫اۡل‬
‫ل‬ ‫س‬
َ ۤ َّ َ َ َ ‫اۡلُس َتغفر‬
ۡ ‫ين َو َيا ن َجاة التا ِئ ِب‬
. ‫ين‬ ِ ِ

6
‫بهاڬين ڤڠوروسن مسجد دان سوراو‬
‫جابتن حال احوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬

Anda mungkin juga menyukai