Anda di halaman 1dari 14

PENGERTIAN TAUBAT

Taubat atau dalam Bahasa Arabnya juga ‫ت َْو َبة‬ (taubah) berasal dari
perkataan َ‫ب‬
َ ‫ت ََو‬ (tawaba) yang dari segi bahasa bermaksud kembali.
Seseorang itu dikatakan ‫تاب‬
ََ (taaba – telah bertaubat) sekiranya dia telah
kembali dari melakukan dosa atau telah meninggalkan dosa itu.

Adapun dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat
maksudnya dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap
Allah untuk dia mentaati Allah. Jadi jelas kaitan di antara maksud taubat
menurut bahasa dan juga istilah Syaraknya.

PERINTAH BERTAUBAT

Adapun tentang bagaimana perintah Syarak kepada kita sebagai manusia


untuk bertaubat, hal ini memang jelas dan banyak disebutkan dalam nas-nas
Al-Quran dan juga Sunnah. Antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

َ‫َّللاِ َج ِميعًا أَيُّ َها ْال ُمؤْ ِمنُونَ لَعَله ُك ْم ت ُ ْف ِل ُحون‬


‫َوتُوبُوا إِلَى ه‬
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang
beriman semoga kamu berjaya.” (Surah Al-Nur, 24: 31)

Dalam Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

‫َّللاَ يَ ْغ ِف ُر‬ ُ َ‫ِي الهذِينَ أ َ ْس َرفُوا َعلَى أ َ ْنفُ ِس ِه ْم ََل ت َ ْقن‬


‫طوا ِم ْن َر ْح َم ِة ه‬
‫َّللاِ إِ هن ه‬ َ ‫قُ ْل يَا ِعبَاد‬
‫الر ِحي ُم‬
‫ور ه‬ ُ ُ‫وب َج ِميعًا ِإنههُ ُه َو ا ْلغَف‬
َ ُ‫الذُّن‬
“Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas
diri mereka; janganlah kamu berputus harapan dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa-dosa. Sesungguhnya Dia
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Zumar: 53)

Dalam ayat ini Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang


melampaui batas ke atas diri mereka; melampaui batas iaitu dengan
melakukan dosa-dosa dan maksiat.
Juga firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-135,

‫َّللاَ فَا ْست َ ْغفَ ُروا ِلذُنُوبِ ِه ْم َو َم ْن‬


‫س ُه ْم ذَ َك ُروا ه‬ َ ُ‫ظلَ ُموا أ َ ْنف‬
َ ‫شةً أ َ ْو‬
َ ‫اح‬ِ َ‫َوالهذِينَ إِذَا فَعَلُوا ف‬
َ‫ص ُّروا َعلَى َما فَ َعلُوا َو ُه ْم َي ْع َل ُمون‬ َ ُ‫َي ْغ ِف ُر الذُّن‬
‫وب إِ هَل ه‬
ِ ُ‫َّللاُ َولَ ْم ي‬
“Dan mereka (orang-orang beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau
menzalimi diri mereka sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu meminta
keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat
mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak terus menerus dalam
perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan dan akibat
dari dosa itu).” (Surah Ali Imran: 135)

Jika dalam ayat sebelum ini Allah memilih perkataan mereka yang
‘melampaui batas’, dalam ayat ini pula Allah mengatakan mereka yang
telah ‘menzalimi diri mereka’. Mungkin kita tidak perasan; apakah maksud
orang yang menzalimi diri mereka? Orang yang menzalimi diri mereka adalah
orang yang melakukan dosa dan maksiat. Bagaimana dia menzalimi dirinya?
Dia menzalimi diri sendiri kadangkala tanpa kita sangka. Barangkali ketika
melakukan perbuatan maksiat itu dia bersuka ria dan berseronok dengannya.
Tetapi realitinya dia menzalimi diri sendiri kerana perbuatan itu
menambahkan dosanya dan paling tidaknya di Akhirat nanti dia mendapat
balasan buruk iaitu Api Neraka. Perbuatannya akhirnya membawa mudarat
dan binasa kepada dirinya. Itu yang dimaksudkan menzalimi diri.

Tiga ayat ini sudah memadai di mana faedah yang dapat diambil dari
ketiga-tiga ayat ini cukup banyak. Antara faedah yang dapat kita sebutkan;

1. Kewajipan Taubat.

Seperti mana firman Allah, ‫َوتُوبُوا ِإلَى ه‬


‫َّللاِ َج ِميعًا‬ (dan bertaubatlah kamu

sekalian kepada Allah). Sepertimana sedia maklum, para Ulama menjelaskan


bahawa sekiranya ada perintah dari Syarak sama ada dari Al-Quran atau
Hadis, bererti hukumnya adalah wajib. Jadi apabila Allah mengatakan
bertaubatlah kamu sekalian, itu merupakan satu perintah dan perintah
membawa makna wajib. Maka hukum bertaubat adalah wajib.

2. Taubat Menjadi Kunci Kejayaan.

Seperti mana Allah berfirman َ َ‫(لَ َعله ُك ْم ت ُ ْف ِل ُحون‬semoga kamu berjaya). Jadi
sesiapa yang ingin tahu apa kunci kejayaan untuk hidupnya di dunia apatah
lagi di Akhirat, jawapannya antara lain adalah dengan bertaubat.

3. Jangan Berputus Harapan Dari Rahmat Allah Walau Sebanyak Dan Sebesar
Mana Pun Dosa Yang Pernah Dilakukan.

Walau apapun maksiat yang kita lakukan, dari sekecil-kecilnya hinggalah


sebesar-besarnya, baik perkara-perkara maksiat, bidaah, khurafat yang
mungkin selama ini kita amalkan dan kita percaya, jangan berputus harapan
bahawa pintu taubat terus terbuka.

Bahkan walaupun perkara-perkara kufur atau syirik sekalipun, misalnya orang


kafir yang menyembah selain Allah, mensyirikkan Allah, tentu sahaja dia juga

boleh bertaubat. Ini kerana Allah berfirman, َ َ ُ‫َّللاَ َي ْغ ِف ُر الذُّن‬


‫وب َج ِميعًا‬ ‫( ِإ هن ه‬
Sesungguhnya Allah mengampunkan kesemua jenis dosa-dosa). Tidak ada
dosa yang dikecualikan dari pengampunan Allah. Jadi janganlah berputus
harapan dari mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

4. Sifat Orang Beriman Adalah Sentiasa Mengawasi Dirinya, Memerhatikan


Tindak Tanduknya, Atau Secara Ringkasnya Sentiasa Bermuhasabah.
Firman Allah, maksudnya: “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan
keji atau menzalimi diri mereka, mereka ingat kepada Allah.” Ingat kepada
Allah maknanya sentiasa muhasabah.

Dia tidak sibuk tentang orang lain, dia lebih pentingkan dirinya kerana dia
bertanggungjawab ke atas dirinya dulu sebelum orang lain. Dia sentiasa
muhasabah kerana dia mengetahui, yakin dan percaya bahawa sehebat
mana pun dirinya pasti dia ada kesalahan dan kesilapan seperti mana
disebut dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
‫َطا ٌء َو َخي ُْر ْالخ ه‬
َ‫َطائِيْنَ الت ه هوابُ ْون‬ ‫ُك ُّل بَنِي آدَم خ ه‬
“Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang
melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (Hasan. Riwayat
Ahmad)

Ini adalah sifat orang yang beriman kerana orang yang sesat lagi
menyimpang sifatnya terbalik sama sekali. Kita perhatikan apa sifat orang
menyimpang, semoga kita tidak tergolong dalam orang yang mempunyai
sifat ini. Firman Allah dalam Surah Al-Kahf ayat ke-103 hingga 104,

‫س ْعيَ ُه ْم فِي ْال َحيَاةِ الدُّ ْنيَا َو ُه ْم‬ َ َ‫س ِرينَ أ َ ْع َماَلً الهذِين‬
َ ‫ض هل‬ َ ‫قُ ْل ه َْل نُنَ ِبِّئ ُ ُك ْم ِباْأل َ ْخ‬
ُ َ‫سبُونَ أَنه ُه ْم يُ ْح ِسنُون‬
‫ص ْنعًا‬ َ ‫يَ ْح‬
“Mahukah kalian kami ceritakan tentang mereka yang telah rugi di dalam
amal perbuatan mereka? Iaitu mereka yang telah sesat lagi menyimpang
dalam usaha mereka semasa hidup mereka di dunia sedang mereka
menyangka apa yang mereka lakukan itu adalah baik.” (Surah Al-Kahfi. 18:
103-104)

Ini sifat orang-orang sesat. Adakah orang sesat lagi menyimpang mengaku
bahawa mereka sesat? Bahkan terbalik, semua orang yang sesat lagi
menyimpang mengatakan bahawa apa yang mereka buat adalah betul.
Bahkan mereka mengatakan apa yang mereka buat itu baik. Ini biasa kita
dengar.
Sedangkan realitinya ia tidak baik kerana ia menyalahi Syariat Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Ini adalah sifat orang yang tidak sedar diri, tidak sedar
akan kesalahan dan dosa yang mereka lakukan. Kalau tidak sedar, adakah
harapan untuk dia bertaubat? Jauh sekali kerana dia merasakan apa yang
dia buat itu betul. Inilah yang dapat kita lihat pada pelaku bidaah secara
khasnya. Mereka menyangka apa yang mereka lakukan adalah baik-baik
belaka.
5. Orang Yang Beriman Antara Sifatnya Apabila Melakukan Salah Silap, Dia
Akan Cepat Ingat Kepada Allah Dan Bertaubat Kepada Allah.

Ini kerana orang yang beriman mengetahui bahawa salah silap yang
dilakukan itu perlu kepada taubat dan taubat yang dilakukan itu tidak lain
dan tidak bukan hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia hanya
bertaubat kepada Allah dan sama sekali dia tidak akan kembali kepada
selain Allah.

Dia tidak akan meminta keampunan daripada mana-mana Syaikh atau wali,
dia tidak akan meminta keampunan daripada mana-mana orang yang telah
mati, nenek moyang atau sesiapa. Dia tidak akan mendatangi mana-mana
perkuburan untuk meminta keampunan.

Jika orang Kristian Katolik ada confession, di mana seseorang itu masuk ke
dalam sebuah bilik, paderi di sebelah, dia menceritakan dosanya dan paderi
itu pun mendengar, kemudian dosanya pun diampunkan, tetapi tidak ada
praktik sebegitu dalam Islam. Tidak ada mana-mana Ustaz, ulama dan
sebagainya yang dapat mengampunkan dosa sesiapa kerana itu hanya milik
Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan Nabi atau Rasul sekalipun tidak akan
mempunyai kuasa untuk mengampunkan dosa sesiapa pun. Kita sedia
maklum bahawa Nabi sendiri tidak dapat menyelamatkan bapa saudaranya.

6. Orang Yang Beriman Tidak Akan Terus Menerus Dalam Melakukan Dosa
Dan Salah Silap.
Sebaliknya dia akan cepat-cepat kembali ke pangkal jalan apabila
menyedari kesalahannya. Dia tidak akan terus melakukan kesalahan itu; baik
maksiat, bid’ah, khurafat, apatah lagi kufur dan syirik. Sebaliknya dia cepat-
cepat meninggalkannya, berhenti daripadanya dan berlepas diri
daripadanya.

Maka perlu kita ingat, kalau kita sudah sedar sesuatu kesalahan di mana
sebelum itu mungkin kita sangka betul, kita kena cepat berlepas diri
daripadanya. Contohnya muzik, bahkan ada satu istilah iaitu muzik Islam.
Kita telah tekankan banyak kali bahawa tidak ada istilah muzik Islam seperti
mana tidak ada istilah syaitan Islam. Muzik adalah alunan Syaitan, seperti
mana Al-Quran adalah Kalamullah. Tidak boleh disamakan antara Al-Quran
dengan muzik. Al-Quran itu daripada Allah, muzik itu daripada Syaitan. Al-
Quran itu pahala, muzik itu dosa. Tidak ada istilah dosa Islam, tidak ada istilah
Syaitan Islam, maka tidak ada istilah muzik Islam.

Perkara-perkara bidaah; kalau sebelum ini kita jahil, tidak tahu, tetapi pada
hari ini kita sudah tahu, contohnya yasinan, tahlilan, talqin, marhaban,
barzanji, dan macam-macam lagi perkara bidaah, kalau kita sudah sedar
bahawa ini semua tidak boleh dan bukan datangnya dari ajaran Islam,
tanggungjawab kita adalah jangan kita main-main lagi. Jangan kita kata
“aku duduk je” dalam majlis bidaah dan seumpamanya.

Siapa yang memberi keamanan kepada engkau bahawa rumah itu tidak
akan runtuh ke atas engkau, sedang engkau berada di majlis yang dimurkai
oleh Allah. Majlis-majlis seperti ini sudah tentu tidak diredhai oleh Allah. Maka
kalau dia sudah tahu, dia kena cepat-cepat berhenti dan berlepas diri
daripadanya.

CARA BERTAUBAT DAN BERLINDUNG DARI DOSA

1. Melakukan Amal Soleh


Jika dosa yang dilakukan itu adalah akibat dari kejahilan dan kealpaan,
kerana tidak tahu bahawa ianya dosa, atau sebelum itu dia menyangka
ianya baik, maka cara bertaubat daripadanya adalah dengan MENUNTUT
ILMU.
Adapun sekiranya dosa yang dilakukan itu adalah kerana tertewas dengan
nafsu syahwat atau kerana terikut dengan hawa nafsu, cara bertaubatnya
adalah dengan bersabar dan mengharapkan pahala dari kesabaran itu.

Lihat bagaimana Syarak memelihara seseorang itu dari terjebak dalam


kancah dosa atau maksiat. Syarak antara lain menuntut supaya seorang itu
BERWUDUK, ATAUPUN SOLAT, ATAUPUN BERPUASA.

Seperti mana dalam hadis di mana seorang itu kalau hendak menghindari
dirinya dari bertindak atas kemarahan yang tentunya akan membawa
kepada dosa, Syarak menuntut supaya dia berwuduk.

Solat juga mampu mengekang seseorang itu dari terjebak kepada dosa.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

‫ص ََل ِة‬ ‫َوا ْست َ ِعينُوا ِبال ه‬


‫صب ِْر َوال ه‬
“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat.” (Surah Al-
Baqarah, 2: 45)

Begitu juga dalam ayat yang lain, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

‫َاء َو ْال ُم ْن َك ِر‬


ِ ‫ص ََلة َ ت َ ْن َهى َع ِن ْالفَ ْحش‬
‫ِإ هن ال ه‬
“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar.” (Surah
Al-Ankabut: 45)
Ini semua untuk mengelakkan kita dari terjebak ke dalam kancah dosa dan
juga maksiat.
2. Berlindung Dengan Allah.

Ini kerana barangsiapa yang mencari perlindungan dengan Allah di mana


dia kembali kepada Allah, tentu sahaja Allah akan membantu dan
menolongnya untuk menewaskan dua musuh ketatnya yang sentiasa
berdamping dengannya untuk memusnahkan dirinya; iaitu nafsu dan juga
Syaitan. Seperti mana firman Allah,

‫وء‬
ِ ‫س‬ َ ‫س أل َ هم‬
ُّ ‫ارة ٌ بِال‬ َ ‫ِإ هن النه ْف‬
“Kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong kepada kejahatan.”
(Surah Yusuf, 12: 53)

Seperti kita sedia maklum, syaitan juga adalah musuh ketat manusia. Jadi
bagaimana kita hendak berlindung daripada dua musuh ini adalah dengan
kembali kepada Allah seperti mana firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat
ke-101,

ِ ‫ِى ِإلَى‬
‫ص َراطٍ ُّم ْست َ ِق ٍيم‬ َ ‫صم ِباهللِ فَقَ ْد ُهد‬
ِ َ ‫َو َمن يَ ْعت‬
“Dan barangsiapa yang berlindung dengan Allah, sungguh dia diberi
petunjuk ke jalan yang benar.” (Surah Ali Imran, 3: 101)

3. Perlu Ada Perasaan Takut Bahawa Akan Dipercepatkan Kepadanya


Balasan Perbuatan Dosanya Itu Di Dunia;
Iaitu dia mungkin diharamkan dari memperoleh rezeki kerana dosa yang
dilakukan, atau ditimpa kemiskinan dan penyakit sekiranya dia terus menerus
melakukan perbuatan dosanya itu.

4. Memperelokkan Makan Minumnya, Iaitu Hanya Menjamah Makan Dan


Minuman Yang Halal.
Ini sangat penting dan Alhamdulillah masyarakat kita memberi kepentingan
pada perkara ini, mereka sentiasa memastikan adanya tanda halal pada
makanan. Namun ini tidak menghalang kita untuk terus memperkemaskan
dan menjaga perkara ini. Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyebut,

‫ب‬
ِ ِّ ‫ب يَا َر‬ ِ ِّ ‫اء يَا َر‬
ِ ‫س َم‬‫ال ه‬ ‫ث أ َ ْغ َب َر يَ ُمدُّ يَدَ ْي ِه إِلَى‬ َ َ‫سفَ َر أ َ ْشع‬ ‫ذَ َك َر ه‬
‫الر ُج َل يُ ِطي ُل ال ه‬
‫اب‬ُ ‫ِب ْال َح َر ِام فَأَنهى يُ ْست َ َج‬ ‫ِى‬
َ ‫غذ‬ ُ ‫سهُ َح َرا ٌم َو‬ ُ ‫ط َع ُمهُ َح َرا ٌم َو َم ْش َربُهُ َح َرا ٌم َو َم ْل َب‬
ْ ‫َو َم‬
‫ِلذَ ِل َك‬
“Seorang lelaki yang dalam perjalanan jauh (bermusafir) sehingga rambutnya
menjadi kusut dan badannya berdebu (tertekan dan kesusahan), dia
mengangkat kedua tangannya ke langit lalu berdoa: “Wahai Tuhanku, wahai
Tuhanku.” Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya
haram dan rezekinya dari sumber yang haram, maka bagaimanakah Allah
akan memperkenankan doanya?” (Riwayat Muslim)

Ini doa secara umumnya, maka begitu jugalah dalam kita hendak bertaubat.
Bagaimana kita hendak meminta supaya Allah menerima taubat kita dan
mengampuni dosa kita kalau kita terus menerus bergelumang dalam dosa,
menjamah makanan dan minuman yang haram, pakaian haram, dan
sumber rezeki juga haram.

5. Menjaga Dengan Siapa Kita Berkawan Dan Bersahabat.


Kita perlu beri perhatian pada perkara ini kerana saya melihat adanya
kelalaian dalam perkara ini secara khasnya. Perlunya kita menjauhkan diri kita
dari teman-teman yang buruk. Ini kerana banyak keadaan di mana teman-
teman kita inilah yang membawa kita kepada dosa atau membuat kita terus
di dalam dosa.
Akibat tersalah memilih kawan, akibat duduk dengan kumpulan yang tidak
baik membuatkan kita terjebak dengan dosa dan sehingga kita terus
menerus di dalam dosa kerana kita mengekalkan kawan-kawan yang tidak
baik ini. Ini seperti mana yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim,

‫ام ُل ْال ِم ْس ِك ِإ هما‬ ِ ‫ام ِل ْال ِم ْس ِك َونَافِخِ ْال ِك‬


ِ ‫ فَ َح‬، ‫ير‬ ِ ‫س ْو ِء َك َح‬
‫صا ِلحِ َوال ه‬ ِ ‫َمث َ ُل ْال َج ِل‬
‫يس ال ه‬
ِ ‫ َونَا ِف ُخ ْال ِك‬، ً‫ط ِيِّ َبة‬
‫ير‬ َ ‫ َو ِإ هما أ َ ْن ت َ ِجدَ ِم ْنهُ ِري ًحا‬، ُ‫ع ِم ْنه‬
َ ‫ َو ِإ هما أ َ ْن ت َ ْبتَا‬، ‫أ َ ْن يُ ْح ِذ َي َك‬
‫ َو ِإ هما أ َ ْن ت َ ِجدَ ِري ًحا َخ ِبيثَة‬، ‫ِإ هما أ َ ْن يُ ْح ِرقَ ِث َيا َب َك‬
“Permisalan teman yang baik dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi
dan tukang besi. Adapun penjual minyak wangi, sama ada dia akan
menghadiahkan kamu wangiannya, atau kamu akan membeli darinya atau
kamu akan mendapat bau harum darinya. Adapun tukang besi, sama ada
dia akan membuat pakaianmu terbakar, atau kamu akan mendapat bau
yang busuk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka perhatikan teman kita, adakah dia seperti penjual minyak wangi atau
adakah dia seperti tukang besi. Penting bagi kita menjaga dengan siapa kita
bergaul. Adakah kita bergaul dengan orang-orang yang baik, orang saleh,
orang sunnah, atau adakah kita bergaul dengan orang-orang yang tidak
baik, orang-orang yang buruk, orang-orang yang melakukan maksiat, atau
orang-orang yang melakukan bid’ah, atau Khawarij.

Dari hadis yang disebutkan, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa


seseorang itu mudah terpengaruh dengan persekitarannya. Sekiranya
persekitarannya baik, dia akan mendapat faedahnya. Sepertimana kalau
persekitarannya buruk, kawan-kawannya buruk, kampung halamannya
buruk, kawasan tempat tinggalnya buruk, tidak ada masjid contohnya –
dukacitanya ini banyak berlaku di kawasan orang kaya-kaya. Rumah besar-
besar, kawasannya luas, tetapi masjidnya tidak ada.

ُ َ َ‫سبُونَ َأَنَّ ُه ْمَيُ ْح ِسنُون‬


َ‫ص ْنعا‬ َ ‫َو ُه ْمَ َي ْح‬
“Dan mereka menyangka bahawa mereka sedang hidup dengan sebaik-
baiknya.” (Surah Al-Kahfi, 18: 104)
Syarak menitik beratkan persekitaran. Oleh kerana itu, Syarak turut menegah
kita meniru orang kafir, seperti mana dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Imam Ahmad, sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,

َ‫شبَّهََ ِبقَ ْو ٍمَفَ ُه َوَ ِم ْن ُه ْم‬


َ َ ‫َو َم ْنَت‬
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia tergolong daripada
mereka.” (Sahih. Riwayat Ahmad)
Maka kalau seseorang itu menyerupai orang kafir, Rasulullah berkata dia
tergolong daripada kaum itu. Na’uzubillah.
Di situ terdapat tegahan dan larangan dari kita menyerupai orang kafir sama
ada dari segi tingkah laku, tatacara, bahkan pakaian sekalipun kita perlu
berhati-hati. Barangkali ada yang bertanya apa masalahnya? Kita katakan,
ia bermula secara zahir, tetapi akan memberi kesan kepada hati.
Barangkali pada mulanya kita menyerupai mereka dari segi tingkah laku,
contohnya orang kafir apabila bertemu sesama mereka mengucapkan “Hi!
Hello!” kita pun meniru mereka, melupakan memberi salam dan
mengucapkan Hi, Hello, Good Morning, Selamat Pagi dan sebagainya
menyerupai amalan orang kafir. Ia bermula dengan perkara sekecil itu tetapi
akhirnya akan terkesan dalam jiwa. Pada mulanya dia menyerupai orang
kafir secara zahir, tetapi percayalah, kalau dia tidak bertaubat daripadanya,
lambat laun dia akan menyerupai orang kafir secara batin. Dia menyerupai
orang kafir seperti mana orang kafir.
Begitu juga Syarak melarang orang Islam untuk tinggal di negara Kafir. Hal ini
seperti mana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Nabi sallallahu
‘alaihi wasallam mengatakan,
ْ ‫ظ ُه ِر‬
ََ‫َال ُم ْش ِر ِكين‬ ْ َ ‫َم ْنَ ُك ِِّلَ ُم ْس ِل ٍمَ ُمَِق ٍيمَبَيْنَ َأ‬
ِ ‫أَنَاَبَ ِري ٌء‬
“Aku berlepas diri daripada semua orang Islam yang tinggal bersama-sama
dengan orang-orang musyrikin.” (Sahih. Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis ini sangat jelas, tidak ada ruang untuk takwil. Ini sangat penting dan
sangat bahaya kerana dukacitanya kita melihat ramai yang mengambil
mudah hal ini. Berapa ramai orang Islam tinggal di negara orang kafir,
dengan gembiranya lagi. Kenapa dilarang umat Islam tinggal di negara
kafir? Sebabnya sama; kerana persekitaran akan memberi kesan kepada
seseorang itu.
Maka akhirnya kita melihat rata-rata orang Islam yang tinggal di negara
orang kafir adakah masyaAllah mereka menjadi orang-orang saleh belaka?
Jangan kita lihat pada minoriti. Dari persoalan kita, apa jadi kepada majoriti
orang Islam yang tinggal di negara orang kafir? Adakah janggutnya panjang,
memakai jubah, kopiah, wanitanya pula memakai purdah, jubah, anak-
anaknya pula menghafal Al-Quran, adakah begitu?
Jangan kita tipu diri kita. Majoriti mereka terbalik. Sekali pandang nampak
sama, si Ali sama dengan si John. Kita tidak tahu hendak bezakan. Kita
hendak beri salam pun kita tidak tahu orang itu Islam atau bukan Islam. Ini
realitinya.
Begitu juga Syarak menegah daripada duduk bersama dengan orang-orang
yang sesat lagi menyimpang. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam
Surah Al-An’aam ayat ke-68. Allah berfirman,
ْ ‫فَالََت َ ْقعُ ْدَبَ ْع َدَال ِذِّ ْك َرىَ َم َع‬
َّ ‫َالقَ ْو ِم‬
ََ‫َالظا ِل ِمين‬
“Dan janganlah kamu terus duduk bersama kaum yang zalim setelah datang
kepadamu peringatan.” (Surah Al-An’aam, 6: 68)
Ini juga perlu menjadi peringatan kepada kita khususnya kepada kita yang
cinta kepada Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, yang ingin mendokong
sunnah Nabi dan menjauhi perkara-perkara khurafat, bidaah dan
sebagainya.
Maka kalau kita sudah tahu bahawa perkara ini dilarang dalam Syarak,
perkara ini maksiat, perkara ini bid’ah, bercanggah dengan Sunnah Nabi,
maka jangan sama sekali kita ambil mudah lagi. Jangan kita duduk juga
dalam majlis tahlilan. Jangan kita masih lagi memberi alasan “aku tak tahlil,
aku duduk je”. Untuk apa kamu duduk, adakah untuk mendapat berkat?
Hendak ambil hati? Ambil hati siapa? Adakah kita ingin mengambil hati
orang-orang bid’ah dan menarik kemurkaan Allah? Adakah kita sanggup
buat begitu? Kerana apa yang pasti, Allah memurkai majlis-majlis yang seperti
ini, halaqah-halaqah yang seperti ini. Sekarang ada halaqah-halaqah baru;
halaqah Ya Hanana, Ya Banana. Ini apa? Mana ada majlis-majlis seperti ini
(dalam Islam). Apa yang pasti majlis-majlis seperti ini bukan majlis zikir, tetapi
lebih kepada majlis-majlis nyanyian dan joget yang dimurkai oleh Allah
Subhanahu wa Ta’ala.
Apakah kita masih lagi mampu merasa aman untuk duduk di dalam majlis-
majlis seperti ini? Dikhuatiri tidak semena-mena kita terikut-ikut dengan apa
yang dinyanyikan kerana betapa mudahnya kita terkesan dengan
persekitaran.
Dukacitanya, manusia tidak mengambil perhatian tentang hal ini. Dia
menjaga persekitaran, tetapi persekitaran zahir semata. Kita semua setuju
bahawa tidak ada siapa yang hendak duduk dengan penagih dadah
kerana khuatir nanti kita pun jadi penagih dadah. Anak-anak kita, adik-adik
kita, kalau ada orang hisap rokok kita kata jangan duduk dengan dia kerana
kita khuatir anak-anak dan adik-adik kita akan hisap rokok. Ini kita faham.
Sedangkan mudaratnya tidak lebih daripada mudarat fizikal. Adapun
mudarat kepada spiritual, akidah, agama, dan akhlak, kita tidak memberi
kepentingan. Sedangkan tentu sahaja mudarat agama jauh lebih bahaya
daripada mudarat fizikal seperti bergaul dengan penagih dadah dan
penghisap rokok.
6. Berlindung dengan Allah dari Syaitan yang direjam seperti mana dalam
surah Al-Fussilat ayat ke-36,
ْ ‫س ِمي ُع‬
َ‫َالعَ ِلي ُم‬ َّ ‫غَفَا ْست َ ِع ْذَبِاهللَِإِنَّهَُ ُه َوَال‬
ٌ ‫انَن َْز‬
ِ ‫ط‬َ ‫ش ْي‬ ِ ‫َوإِ َّماَيَنزَ َغنَّ َك‬
َّ ‫َمنَ َال‬
“Dan jika engkau dihasut dengan hasutan syaitan maka hendaklah engkau
meminta perlindungan Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” (Surah Al-Fussilat, 41: 36)
TIDAK ADA SOLAT SUNAT TAUBAT
Tidak ada istilah solat sunat taubat, seperti mana tidak ada istilah solat hajat.
Kerana apa yang pasti, para sahabat seperti mana dalam kisah Ka’ab bin
Malik dan dua rakannya yang tidak menyertai Rasulullah dalam peperangan
Tabuk, mereka bertaubat dan apa yang pasti Rasulullah tidak menyuruh
mereka melakukan solat sunat taubat.
Taubat itu adalah dengan kita meminta keampunan daripada Allah secara
umum. Tidak ada kaedah-kaedah tertentu atau waktu-waktu tertentu yang
dikhaskan. Walau bagaimanapun ada waktu-waktu yang mustajab di mana
dia boleh mengambil kesempatan dari waktu-waktu mustajab itu untuk
bertaubat; seperti ketika sujud, sepertiga malam yang terakhir, hari Jumaat,
dan seumpamanya.
TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA
Perlu kita ketahui bahawa taubat tidak cukup hanya dengan melafazkan
dan meminta taubat daripada Allah. Sebaliknya, taubat itu dianggap
sebagai taubat yang benar apabila disusuli dengan tindakan-tindakan yang
perlu diambil bagi menunjukkan seseorang itu benar-benar telah bertaubat.
Maka kita lihat, apakah tandanya bahawa taubat seseorang itu diterima;
Setelah bertaubat, seseorang hamba itu menjadi lebih baik daripada
sebelumnya. Ini tanda yang paling kuat dan jelas. Sesudah bertaubat,
keadaan orang itu berubah. Kalau sebelumnya dia melakukan maksiat,
setelah taubat dia menjadi orang yang saleh. Kalau sebelumnya dia
melakukan bidaah, sekarang dia melakukan perkara sunnah. Kalau
sebelumnya dia melakukan perkara khurafat atau kufur dan syirik, sekarang
dia mempraktikkan Tauhid dalam ertikata yang sebenarnya.
Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah
merasa aman dari siksa Allah walau sekelip mata. Jangan timbul perasaan
merasa cukup dengan taubat yang dilakukan, atau jangan terlintas dalam
fikiran bahawa aku sudah bertaubat maka habis cerita. Seolah-olah taubat
itu pasti sudah diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kita bertanya, dari
mana datang keamanan itu? Apakah kita pasti bahawa taubat kita telah
diterima?َ‫ز‬Tidak ada sesiapa yang boleh menjamin dan berkata kepada kita
“Ya, taubat engkau telah diterima.” Maka kerana itu, merasa aman dengan
taubat yang dilakukan perlu kepada taubat. Ini kerana perasaan seperti itu
sendiri merupakan satu dosa.
Berhenti dan berlepas diri dari dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan
rasa takut. Dia tidak mengulanginya lagi dan menyesal dengan dosa yang
dilakukan itu. Dia merasa sedih dengan apa yang telah dilakukan dan
berharap dia tidak pernah melakukan dosa itu.
Lembut hatinya setelah bertaubat. Hatinya merasa lunak dan merasa hampir
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
DEFINISI TAUBAT NASUHA
Taubat Nasuha adalah satu istilah bahasa Arab bahkan disebut dalam Al-
Quran. Nasuha berasal dari kalimah yang sama dengan ‘Nasihat’ yang
maknanya bersih, jujur lagi benar. Taubat Nasuha bererti taubat yang benar
lagi jujur, bukan kerana sebab yang lain tetapi semata-mata kerana hendak
bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hal ini disebut dalam Surah
Al-Tahrim ayat ke-8,

َ‫َربُّ ُك ْم َأَن َيُ َك ِفِّ َر َ َعن ُك ْم‬


َ ‫سى‬ ُ َّ‫يَاأَيُّ َها َالَّذِينَ َ َءا َمنُوا َتُوبُوا َإِلَى َهللاِ َت َ ْوبَة َن‬
َ ‫صوحا َ َع‬
ُ ‫يَم ْنَت َ ْح ِت َهاَاْأل َ ْن َه‬
َ‫ار‬ ِ ‫َويُ ْد ِخلَ ُك َْمَ َجنَّاتٍَت َ ْج ِر‬
َ ‫س ِيِّئَا ِت ُك ْم‬
َ
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah
dengan taubat Nasuha (taubat yang benar). Moga-moga dihapuskan dari
kamu dosa-dosa kamu dan kamu dimasukkan ke dalam Syurga yang
mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (Surah Al-Tahrim, 66: 8)
InsyaAllah, moga-moga kita tergolong di dalam golongan yang apabila
melakukan dosa mereka bertaubat dan moga-moga taubat kita adalah
taubat Nasuha, dan kita meminta daripada Allah semoga Allah menerima
taubat kita dan insyaAllah kita tergolong di dalam golongan yang terselamat
dari api Neraka di Hari Akhirat kelak dan terus masuk ke dalam Syurga.

Anda mungkin juga menyukai