Anda di halaman 1dari 5

HIJRAH NABI DARI MEKAH KE MADINAH

Kita memasuki gerbang hijrah 1436. Namun, masih kedengaran cerita cerita yang
kurang tepat mengenai peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Mekah Al
Mukaramah ke Madinah Al Munawarah. Kita tidak lebih hanya mendengar dari
mulut-mulut mengenai peristiwa hijrah dan menerimanya tanpa tabayun dan rujuk
kepada hadis yang sahih.

Oleh itu, saya berasa amanah untuk menyampaikan sebuah hadis dari sahih bukhari
mengenai peristiwa hijrah ini. Saya petik kisah di awal permulaan hijrah baginda.

Ibnu Syihaab berkata, ‘Urwah berkata, ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha berkata, pada
suatu hari di tengah siang ketika kami sedang duduk di rumah Abu Bakr, tiba-tiba ada
orang yang datang dan berkata kepada Abu Bakr, “Ini ada Rasulullah Shallallaahu
‘alaihi wasallam datang pada waktu yang sebelumnya tidak pernah beliau datang
kepada kami.” Maka Abu Bakr berkata, “Ayah ibuku menjadi tebusan untuk beliau.
Demi Allah, tidaklah beliau datang pada waktu seperti ini melainkan pasti ada urusan
yang sangat penting.”

‘Aisyah berkata, Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam datang kemudian meminta


izin lalu beliau dipersilakan masuk. Beliau berkata kepada Abu Bakr, “Perintahkan
orang-orang yang ada di rumahmu untuk keluar.” Abu Bakr berkata, “Mereka itu dari
keluargamu juga, ayahku sebagai tebusanmu, wahai Rasulullah.” Beliau lalu berkata,
“Sunnguh, aku telah mendapat izin untuk keluar berhijrah.” Abu Bakr bertanya,
“Apakah aku akan menjadi pendamping, demi ayahku sebagai tebusanmu, wahai
Rasulullah?” Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Ya.” Abu Bakr
berkata, “Demi ayahku sebagai tebusanmu, ambillah salah satu dari unta
tungganganku ini.” Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “(Harus)
dengan harga.”
‘Aisyah berkata, maka kami mempersiapkan untuk keduanya dengan sebaik-baiknya
dan kami buatkan bagi keduanya bekal makanan yang kami simpan dalam bekas kulit.
Sementara Asmaa’ binti Abu Bakr memotong kain ikat pinggangnya menjadi dua
bagian, lalu satu bagiannya digunakan untuk mengikat bekas kulit itu. Dari peristiwa
inilah kemudian dia dikenal sebagai Dzatin Nithaqain (wanita yang mempunyai dua
potongan ikat pinggang).

‘Aisyah melanjutkan, kemudian Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam dan Abu


Bakr sampai di gua bukit Tsur. Mereka bersembunyi disana selama tiga malam.
‘Abdullaah bin Abu Bakr, seorang pemuda yang cerdik lagi cepat tanggap ikut
bersama keduanya bermalam disana. Pada waktu sahur (akhir malam), dia keluar
meninggalkan keduanya dan pada pagi harinya dia berbaur dengan orang-orang
Quraisy seperti layaknya orang yang bermalam di Makkah. Tidaklah dia mendengar
suatu rahasia yang dapat memperdaya keduanya (Rasulullah dan Abu Bakr)
melainkan dia akan mengingatnya hingga dia datang menemui keduanya dengan
membawa berita ketika hari sudah mulai gelap. Dan ‘Aamir bin Fuhairah, bekas
budak Abu Bakr menggembalakan kambing untuk diperah susunya dan diberikan
kepada keduanya sesaat setelah berlalu waktu ‘Isya’, maka keduanya dapat bermalam
dengan tenang yaitu dengan mendapat susu segar dari hasil perahan kambing itu
hingga ‘Aamir bin Fuhairah menggiring kambing-kambing tersebut untuk
digembalakan saat menjelang pagi. Dia melakukan ini pada setiap malam selama tiga
malam persembunyian itu.

Kemudian Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam dan Abu Bakr mengupah


seseorang dari suku bani Ad-Diil, yaitu suku keturunan Bani ‘Abd ‘Adiy sebagai
pemandu jalan. Orang itu adalah orang yang mengerti tentang jalur perjalanan. Dia
telah ikut bersumpah dengan keluarga Al-‘Aash bin Waa’il As-Sahmiy dan dia adalah
seorang yang beragama dengan agamanya orang-orang kafir Quraisy. Namun
Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam dan Abu Bakr mempercayainya dan
menyerahkan kedua unta tunggangannya lalu membuat perjanjian dengannya untuk
membawa kembali unta tunggangan tersebut di gua Tsur setelah tiga malam pada
waktu shubuh di malam ketiga. Kemudian ‘Aamir bin Fuhairah berangkat bersama
keduanya dan seorang pemandu jalan tadi. Pemandu jalan itu mengambil jalan di
pesisir bersama mereka.

[Sahih Al Bukhari no. 3906]

Berikut pula adalah hadis ketika Nabi Muhammad S.A.W dan Abu Bakar Asidiq
berada di gua thur. Juga riwayat Al Bukhari yang diasingkan dari hadis hijrah.

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullaah bin Muhammad, telah menceritakan


kepada kami Habbaan, telah menceritakan kepada kami Hammaam, telah
menceritakan kepada kami Tsaabit, telah menceritakan kepada kami Anas, ia berkata,
telah menceritakan kepadaku Abu Bakr -radhiyallahu ‘anhu-, ia berkata, “Ketika aku
sedang bersama Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam di gua (Tsuur), aku melihat jejak-
jejak kaki kaum musyrikin padanya. Aku berkata pada Nabi, “Wahai Rasulullah,
andaikan salah seorang dari mereka mengangkat kakinya, niscaya mereka pasti akan
melihat kita.” Nabi bersabda, “Tidakkah engkau menduga (wahai Abu Bakr) jika ada
dua orang, maka Allah-lah yang ketiganya.”

[Sahih Al Bukhari no. 4663]

Begitu lah peristiwa hijrah yang sahih menurut sahih bukhari dan sahih muslim.
Dibawah ini terdapat beberapa kisah yang masyhur tapi diragui kesahihannya kerana
tidak berasaskan riwayat yang sahih.

a. Kisah syaitan yang menyamar sebagai seorang tua (menghadiri mesyuarat


pembesar Quraish) tidak terdapat pada hadis Bukhari.
b. Didalam hadis Bukhari, Nabi Muhammad S.A.W telah memulakan hijrah bersama
Abu Bakar ra. pada waktu siang, dan bukan malam. Kisah ini terdapat didalam hadis
Bukari (3906)dibawah bab Hijrah Nabi S.A.W dan sahabat-sahabatnya ke Madinah.

c. Kisah Ali ra. di perintahkan oleh Nabi S.A.W menggantikannya dibilik tidurnya
didapati sanadnya dhaif. Malah didalam hadis Bukhari menceritakan peranan keluarga
Abu Bakr ra didalam penghijrahan Nabi S.A.W dan bukan Ali ra.

d. Tidak wujud langsung pengepungan Quraish di rumah Nabi S.A.W pada waktu
malam dan juga kaifiat melontar pasir berserta membaca surah Yasin ayat 9 bagi
mengkaburkan mata tentera Quraish.

e. Hadis yang menceritakan mengenai peranan labah-labah dan dua ekor merpati
adalah dhaef, sebagaimana kata Syiekh Nasyiruddin al-Albani didalam al-Silsilah al-
Dhaefah (3/339) dan Ahmad Shakir didalam Tahqiq al-Musnad, merujuk kepada
sanad hadith tersebut dhaef (lemah).

Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi menyatakan bahawa pengarang-pengarang sirah tidak


berapa teliti didalam menilai kesahihan sesuatu riwayat, malah hadith-hadith ini
banyak menerima kritikan dari ahli-ahli hadith. Kebanyakkan sumbernya di ambil
dari Tarikh Tabari dan Ibn Sa’ad.

al-Qaradhawi menjelaskan bahawa hijrah Nabi mendapat pertolongan dari tentera-


tentera ghaib sebagaimana firman Allah swt :-

“Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan
menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya.”
[Surah al-Taubah : 40]
Labah-labah dan merpati adalah makluk Tuhan yang nampak, jelas menunjukkan ia
bertentangan dengan ayat diatas yang merujuk kepada pertolongan tentera-tentera
ghaib kata al-Qaradhawi.

Ayuh lah kita menyampaikan semula peristiwa hijrah yang sahih ini supaya pewaris
kita tidak dimomokkan cerita yang sumbernya tidak diketahui. Tidaklah
menghairankan ada juga teori-teori yang menjelaskan akan terdapatnya jarum-jarum
Syiah didalam penyebaran kisah sirah yang seumpamanya, contohnya pergorbanan
pemuda yang bernama Ali ra. mempertarungkan diri menggantikan Nabi Muhammad
S.A.W.

Muhammad Nazirul Bin Mohamad Musidi

Sweileh, Amman, Jordan

31/10/2014

Anda mungkin juga menyukai