Anda di halaman 1dari 2

BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN

1.0 PENGENALAN

Pertandingan Bicara Berirama ini diharapkan akan dapat menggalakkan


dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku
dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid khasnya.

2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Sasaran
Pertandingan ini terbuka untuk murid Tahap 2 Sekolah Rendah.
Setiap kumpulan/pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Selain
itu, penyertaan mestilah gabungan murid lelaki dan perempuan.

2.2 Masa
Persembahan hanya dihadkan antara 7 hingga 8 minit.

2.3 Kumpulan
Setiap kumpulan/pasukan mestilah berjumlah 11 orang termasuk
seorang konduktor).

2.4 Teks/Skrip
2.4.1. Skrip adalah bertemakan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020:
Malaysia Prihatin sama ada dalam bentuk puisi atau prosa
yang dikarang/reka sendiri dan autentik.
2.4.2. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu
sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang.
2.4.3. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk
nota/bahan bercetak dan bertulis semasa persembahan.

2.5 Pakaian
Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah
(pakaian pengawas/pengawas pusat sumber dibenarkan). Hanya
konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.

2.6 Alatan
Penggunaan mikrofon adalah dibenarkan. Mikrofon tersebut
hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.

2.7 Sokongan
Sebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, latar
bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak tidak dibenarkan.
Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang
persembahan. Rakaman muzik ‘minus one’ dibenarkan pada
segmen permulaan dan penutup persembahan namun tiada markah.
1
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN
BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

2.8 Pentas
Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan
masing-masing. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga baris.
Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.

3.0 LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti


kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung.

4.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

4.1 Persembahan Ujaran (30 markah)


Idea cerita (idea berdasarkan Sambutan Bulan Kebangsaan 2020:
Malaysia Prihatin), kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa
atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.

4.2 Keseragaman persembahan (15 markah)


Formasi/gerakan badan berbentuk objek seperti bulatan, segi empat
dan sebagainya serta pergerakan setempat.

4.3 Penghayatan (15 markah)


Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh.

4.4 Kreativiti (10 markah)


Kesesuaian kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang
bermakna serta rakaman muzik ‘minus one’ yang sesuai.

4.5 Kesan bunyi (10 markah)


Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki
dan lain-lain lagi.

4.6 Konduktor (20 markah)


Keselarasan gerak tangan, mimik muka, bahasa badan yang bersopan,
tempo dan kepimpinan.

4.7 Penalti (tolak 10 markah)


Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi
had masa atau kurang dan persembahan yang keterlaluan.

5.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

6.0 HAL-HAL LAIN


Pertandingan akan dijalankan menerusi sistem juri.

1
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH DUNGUN

Anda mungkin juga menyukai