Anda di halaman 1dari 36

Kandungan

1 Muqaddimah
3 Bab Satu

Definisi Hijrah Kelebihan dan Hukumnya

7 Bab Dua

Itibar dari Hijrah Al-Rasul

9 Bab Tiga

Ummatan Wasatan

19 Bab Empat
Aplikasi Hijrah

29 Penutup

MUQADDIMAH
staz Muhibuddin al-Khatib berkata:
Sesungguhnya jiwa Islam mahukan agama Islam
hidup dalam suasana berperaturan dan hukum bagi
memudahkan kefahaman hidayah Islam. Justeru, tempat yang
baik dan subur tanpa kekangan, tentangan dan sekatan berlaku
di kota Makkah tidak berlaku di kota Madinah. Bahkan penduduk
mereka saling berlumba-lumba untuk menolong dan infaq pada
jalan Allah SWT.
Dalam Hijrah ada ketenangan dalam ketegangan,
ada bantuan ketika kesusahan. Inilah roh Maal Hijrah
bersama hijrah yang kita sambut setiap tahun. Ia janji
bagi sebuah ketenangan dan kemenangan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:


Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka
sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum
kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah)
sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka
berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya:
Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama
kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram
kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan
1

tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah


menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah
dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang
tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.
(Surah al-Taubah: 40)
Syeikh al-Maghari dalam tafsirnya antara lain berkata,
sekali lagi Allah SWT mendorong kaum mukminin
supaya berjihad. Kemudian Dia menerangkan, bahawa
pertolonganNya akan diberikan kepada kaum Mukminin
ke atas musuh agamaNya, sama ada pertolongan itu
diminta atau tidak diminta.
Sempena dengan Sambutan Maal Hijrah Peringkat
Kebangsaan 1435 Hijrah ini, penulis merafakan kepada Ilahi
dengan tulus doa agar negara yang kita cintai ini sentiasa
dikurniakan dengan keamanan dan kemakmuran. Begitu
juga akan terwujudnya sifat mahmudah dalam masyarakat
yang menatijahkan ukhuwwah dan setia kepada negara
yang dicintai ini. Natijahnya Tonggak Kesatuan Ummah
akan bertambah kukuh dalam memacu pembangunan
n e g a r a . S e l a m a t m e n ya m b u t Ta h u n B a r u H i j r a h
1435 H.

Bab Satu

DEFINISI HIJRAH,
KELEBIHAN DAN HUKUMNYA
Wa kullu am wa antum bi khair.
ugaan yang dihadapi oleh kaum Muslimin
iaitu para sahabat Rasulullah SAW di Makkah
ialah penyeksaan, maki hamun, celaan yang
dilemparkan oleh kaum Musyrikin. Apabila mereka diberi
keizinan berhijrah, maka satu dugaan yang lain pula yang
melanda mereka iaitu dugaan meninggalkan tanah air,
harta benda, rumah tangga dan alat-alat kelengkapan
masing-masing. Dalam bab ini akan dibincangkan beberapa
perkara berkaitan hijrah antaranya:

DEFINISI HIJRAH
ada bahasa, ia memberi maksud perpindahan
dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia lebih
kepada gerakan fizikal. Kemudian, Rasulullah
SAW menukarkan makna fizikal kepada maknawi seperti

sabdanya yang bermaksud: Orang yang berhijrah itu ialah


dengan meninggalkan larangan Allah SWT.
Pada istilah terbahagi kepada dua, iaitu:

Berpindahnya Rasulullah SAW daripada Makkah ke


Madinah. Begitu juga yang dilakukan oleh sahabat
Baginda SAW. Perpindahan ini kerana semata-mata
agama bukan membabitkan laba dan keuntungan
duniawi.

Perpindahan dari negeri kufur ke negeri Islam. Jika


sekiranya niat kerana Allah SWT, maka hijrah itu
termasuk dalam hijrah syara.

Ibn Rajab al-Hanbali berkata: Asal perkataan hijrah


ialah meninggalkan Negara syirik dan berpindah ke
Negara Islam, sepertimana para muhajirin berhijrah
sebelum pembukaan Makkah dan Madinah. Sebelum
itu juga, sebahagian daripada mereka telah berhijrah
ke bumi Habsyah yang diperintah oleh al-Najasyi.

PEMBAHAGIAN HIJRAH
a l a m K i t a b a l - M a u s u a h a l - F i q h i y ya h
membahagikan hijrah kepada beberapa jenis.
Ini yang dinyatakan oleh Ibn Daqiq al-Id iaitu
nama perkataan hijrah diberi kepada beberapa bahagian
atau perkara:

Hijrah pertama ke Habsyah ketika golongan kufar


menyakiti para sahabat.

Hijrah kedua dari Makkah ke Madinah.

Hijrah ketiga iaitu hijrah pelbagai kabilah dan kaum


kepada Nabi SAW untuk mempelajari hukum syara.
Kemudian mereka pulang ke halaman masing-masing
dan mengajar kaum mereka sendiri.

Hijrah keempat iaitu hijrah siapa yang memeluk


Islam di kalangan penduduk Makkah yang datang
mengunjungi Nabi SAW kemudian pulang semula ke
Makkah.

H i j r a h k e l i m a i a i t u s e s i a p a ya n g b e r h i j r a h
daripada segala larangan Allah. (Lihat Ihkam
al-Ahkam 1/11)

Ibnu Qayyim menyebut: Hijrah terbahagi kepada dua:


Hijrah dengan tubuh badan dari sebuah negeri ke


sebuah negeri yang lain.

Hijrah dengan hati kepada Allah SWT dan RasulNya,


iaitu hijrah yang mengandungi (daripada) dan (kepada).
Iaitu hijrah dengan hatinya daripada cinta selain Allah
SWT kepada cinta kepada-Nya. Daripada ubudiyyah
selain-Nya kepada ubudiyyah Allah SWT. (Lihat
al-Risalah al-Tabukiah, hlm 24-25)

Bab Dua

ITIBAR DARI HIJRAH


AL-RASUL
ebenarnya terlalu banyak iktibar yang dapat kita
pungut dan ambil daripada peristiwa Hijrah
al-Rasul. Di sini dikemukakan beberapa iktibar
sebagai renungan bersama dan seterusnya penghayatan
dalam kehidupan kita, antaranya:

Keistimewaan Hijrah

Antara keistimewaan hijrah, ialah seseorang sudah


pasti mempunyai azam yang tinggi dalam kehidupan.
Lihatlah falsafah orang yang berjaya yang menongkah
arus serta memahami selok-belok badai kehidupan
menyebabkan Tajribatul Hayah atau pengalaman
kehidupan merupakan guru terpenting dalam
mendewasakan seseorang. Buktinya amat nyata.

Tawakkal Dan Bergantung Harap Kepada Yang


Maha Esa

Inilah ramuan terbaik bagi seseorang hamba tatkala


diasak dengan pelbagai ujian dan tribulasi dalam
menghadapi kehidupan maka pergantungan kepada
Tuhan merupakan prasyarat utama kejayaan. Inilah
7

yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang begitu


yakin dan Thiqah dengan janji Tuhan.

Pembinaan Masjid

Te r l a l u b a n ya k n a s d a n d a l i l m e n u n j u k k a n
keistimewaan masjid. Secara nyatanya masjid
berfungsi dalam menjalinkan tali ikatan yang
ampuh dan kukuh berkenaan dengan Habluminallah
(hubungan dengan Allah SWT) dan Habluminannas
(hubungan dengan manusia). Dengan dua ikatan
tersebut sudah pasti syaitan tidak dapat memasuki
untuk mempengaruhi, memperdaya dan menipu
umat Islam. Natijahnya akan jadilah masyarakat yang
sentiasa berkasih-sayang dan hidup dalam penuh
keharmonian.

Ukhuwwah Islamiyyah Tonggak Kesatuan

Betapa peri pentingnya ukhuwwah ini dimana ia


merupakan agenda utama Baginda SAW ketika sampai
ke Kota Madinah sama ada mempersaudarakan antara
Aus dan Khazraj yang dinamakan dengan Ansar.
Seterusnya mempersaudarakan antara Ansar dengan
penduduk Makkah yang berhijrah ke Madinah.
Mereka dikenali dengan Muhajirin. Antara matlamat
Baginda SAW yang dapat dikesan ialah supaya tiada
lagi unsur bersifat kekabilahan atau perkauman tetapi
ditukar kepada Ukhuwwah Islamiah.

Bab Tiga

UMMATAN WASATAN
mat Nabi Muhammad SAW yang disifatkan
sebagai wasata ini mampu dijadikan rujukan
dalam segala bidang aktiviti kemanusiaan buka
satu dakwaan kosong yang tidak berpijak di bumi, tetapi
satu hakikat yang dapat dilihat pada keseluruhan akidah
dan syariah ini, sama ada pada usul aqidah atau pada
cabang syariatnya.
Aqidah Tauhid sebagai contoh adalah adil dan sederhana
kerana letaknya di antara dua kefahaman yang keterlaluan,
iaitu kepercayaan kepada adanya berbilang Tuhan dan
kepercayaan kepada tanpa Tuhan. Gaya hidup dalam Islam
adalah adil dan sederhana kerana tidak keterlaluan pada
rohani. Islam tidak pernah melihat kepada roh sebagai
lebih penting dari benda dan benda lebih penting dari roh,
kedua-duanya perlu ditunduk kepada Allah SWT.
Cara berfikir dalam Islam juga adil dan sederhana
kerana awal-awal lagi menentang kejahilan sehingga tidak
mampu berfikir sendiri dan terpaksa bergantung pada
tenaga orang lain, tetapi pada masa yang sama juga Islam
tidak pernah memberi kuasa mutlak kepada orang berilmu
untuk memutuskan sesuatu.

Islam adil dan sederhana dalam pentadbiran


dan pemerintahan kerana menjadikan syura sebagai
penghubung di antara pemimpin dan rakyat. Sahsiah
rakyat tidak hancur dalam sahsiah Negara kerana masingmasing mempunyai nilai dan hak dua hala yang ditentukan
menerusi dasar syura yang memberi kebebasan kepada
rakyat yang bersuara.
Dasar wasata bagi umat yang wasati ini sangat sesuai
dengan usia dakwah yang telah berlalu selama tiga belas
tahun di Makkah. Kini, dakwah bukan lagi di tapak semaian,
tetapi di ladang yang buminya subur, udaranya nyaman,
kawasannya bersih dan bersedia menghasilkan buahnya
pada masa yang dikehendaki. Allah SWT berfirman yang
bermaksud:
Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan
izin Tuhannya.
(Surah Ibrahim: 25)
Bicara tentang Islam bagi umat yang adil ini adalah
seharusnya tidak dipisahkan daripada wasilah (jalan) dan
ghayah (matlamat). Amalan yang adil, sederhana dan
seimbang tidak syak lagi sebagai jalan menuju takwa yang
menjadi matlamat bagi setiap hukum dan ajaran dalam
syariat ini. Malah, seluruh kandungan kitab suci al-Quran
adalah pedoman para muttaqin.
Sungguh kerap perkataan taqwa yang menyusuli
hampir setiap hukum yang dibicarakan dalam al-Quran
10

terutama dalam juzuk kedua surah al-Baqarah ini. Sebagai


contoh, ayat-ayat yang membicarakan kewajipan qisas atau
bunuh balas, kewajipan puasa, kewajipan meninggalkan
wasiat harta sebelum mati, kewajipan mematuhi peraturan
ibadat haji, tanggungjawab membayar mutah atau saguhati
kerana menceraikan isteri semuanya menjurus ke arah
pembinaan para muttaqin. Ayat-ayatnya ditutup dengan
perkataan-perkataan seperti
atau
lain-lain perkataan yang berasal dari kata dasar yang sama.
Pada akhir-akhir ini, Islam dan umatnya dilabelkan
dengan pelbagai nama dan warna seperti Islam Liberal,
Islam pelampau, Islam pengganas, Islam jumud, Islam
moden, dan lain-lain. Golongan cendekiawan Islam
dan pemikir-pemikirnya juga kadang-kadang ikut
serta mempopularkan nama-nama baru ini di dalam
tulisan mereka. Islam sepanjang zamannya mempunyai
pengalaman yang cukup dengan nama dan warna
yang dipakai umatnya. Memadailah jika disebut di sini
Islam yang dibahagikan kepada Sunni dan Syiah yang
meninggalkan kesan yang begitu buruk terutama di negerinegeri seperti Iraq, Pakistan dan beberapa buah Negara
Arab yang lain.
Islam bukan agama baru dan umatnya bukan umat
yang terbaru, nama dan umat ini telah diperkenalkan
oleh Nabi Ibrahim AS bersama aqidah tauhid yang
diperjuangkannya. Firman Allah SWT dalam surah
al-Hajj, ayat 78 yang bermaksud:
11

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad


yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk
mengerjakan suruhan agamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu
menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara
agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: orangorang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini.
Islam tanpa nama, jenis dan warna inilah yang harus
digembelengkan tenaga yang dikumpulkan umat di bawah
payungnya. Jika ada celah dan ruang-ruang kosong dalam
barisan umat Islam, perlulah ditutupkan segera, masa
yang ada tidak lagi mengizinkan umat ini menambahkan
kelebaran jarak dan ruang yang sedia ada. Payung tauhid
yang diasas Nabi Ibrahim AS disambung oleh Nabi
Muhammad SAW sedia menampung untuk sesiapa sahaja
yang ingin berteduh di bawahnya.
Al-Sonhaji berkata: Jelas sudah bahawa umat Islam
yang digelar oleh Tuhan
bukan pelampau seperti
kaum Yahudi yang mencuai-cuaikan agamanya hingga ke
peringkat penghinaan, dan juga bukan pelampau seperti
kaum Nasrani yang memuja-muja Nabinya hingga ke
peringkat ketuhanan.
U m a t I s l a m i n i l a h k e l a k ya n g a k a n d i a m b i l
penyaksiannya pada hari akhirat terhadap umat-umat
yang lain, kemudiannya Nabi SAW akan diambil pula
penyaksiannya pada hari akhirat terhadap umat-umat yang
lain, kemudiannya Nabi Muhammad SAW akan diambil
pula penyaksiannya terhadap umat Islam tentang agama
12

yang telah disampaikannya kepada mereka. Nyata di sini


bahawa Allah SWT tidak akan menjadikan umat Islam itu
saksi pada hari akhirat kelak, melainkan sifat seorang saksi
itu adalah adil. Dan ini menunjukkan bahawasanya umat
Islam itu bukan sahaja sebagai umat yang pertengahan
tetapi juga sebagai umat yang adil.
Untuk mencapai ummatan wasata memerlukan kepada
mind set. Justeru, perubahan minda umat memerlukan
satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara
sistematik dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ini
memerlukan satu perubahan tasawwur (pandangan global)
seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup
sebagai pengabdian sebagai Tuhan dan konsep kerja
sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan
mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu
dititik beratkan, khususnya prinsip Maqasid al-Syariah
adalah berkaitan lima perkara seperti berikut:
Memelihara, memartabatkan dan memperkasakan
agama.
Memelihara, memartabatkan dan memperkasakan
akal.
Memelihara, memartabatkan dan memperkasakan
nyawa.
Memelihara, memartabatkan dan memperkasakan
harta.
Memelihara, memartabatkan dan memperkasakan
keturunan.
13

Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan


yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk pemikiran
yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan
kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan
jatidiri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap dan budaya
umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Konsep
jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas, meliputi aspek
kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai
sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti
ekonomi. Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan
dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan,
penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti
ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina
umat dalam zaman moden ini perlu diberi perhatian dan
diberikan pengiktiran.
Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam
yang membolehkan umat menghayati dalam mewarisi
wawasan ketamadunan global (
) untuk
memboleh umat berperanan secara berkesan diperingkat
global. Semangat persaudaraan (ukhuwwah Islamiyyah)
perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan
rangkain sosial yang mantap sebagai satu strategi ke arah
meningkatkan daya sains umat. Masyarakat Malaysia
perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan
mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain.
Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah
kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur
14

Islam. Umat perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat


mahu membina kemampuan bangsa dari segi peningkatan
penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran.
Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu
dalam semua bidang perlu dihayati. Perlu diperbetulkan
sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak
berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu
agama. Bahawa penguasaan sains dan teknologi serta
peningkatan kemahiran dan kepakaran merupakan
sebahagian daripada tuntutan Islam. Banyak ayat di dalam
al-Quran yang menyentuh penguasaan sains dan teknologi
yang perlu diberikan perhatian oleh umat. Sumbangan
tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa
kepada kelahiran Renaissance di Eropah wajib diketahui
oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan saintis Islam
yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu
diperbanyakkan.
Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan
dalam proses pengabdian manusia kepada Allah SWT
dengan menyempurnakan tanggungjawab fardhu kifayah
secara sempurna, jujur, telus dan amanah. Manusia tidak
mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik
jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat
sebagaimana mestinya, kerana alam dan fenomenanya
diciptakan dan ditundukkan oleh Allah SWT untuk manusia
yang diturunkan sebagai khalifah. Kerana itu, amatlah
penting untuk umat manusia itu diperlengkapkan dengan
15

ilmu pengetahuan dan kemahiran, supaya membolehkan


manusia menguasai dunia.
Amatlah penting umat Islam dipimpin supaya
memahami dan menghayati Islam sebagai sistem
kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan
suatu tamadun. Kehidupan menyeluruh yang bijak
mengimbangkan tanggungjawab dunia dan tanggungjawab
akhirat. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme
memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. Islam
mestilah dihayati sebagai sistem mengintegrasikan
kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Maksudnya: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan
yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala
dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari
dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah)
sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
berbuat kerosakan.
(Surah al-Qasas: 77)

Akhirnya, meminjam kata-kata Dr. Syeikh Muhammad
Abdul Latif al-Farfur di dalam bukunya al-Wasatiyyah
fi al-Islam: Terdapat lima noktah berhubung dengan
wasatiyyah:
16

Pertama: Tasawwur Islami ialah keadilan antara


wujdani dan aqli yang selari serta serasi antara rohaniah
dan maddiah, jamaiyyah dan fardiyyah. Ia merupakan
rahsia manhajnya yang khas dalam kehidupan
sama ada secara ilmu manhaj dan akhlak. Justeru, ia
menjadi model dan contoh kepada sekalian manusia
yang diseru kearahnya.

Kedua:Tasawwut merupakan asas pada umumnya


syariah dan segala juzuknya sama ada dalam
aqidah, usul, furu, qawaid fiqhiyyah dan nizam iqtisadi.
Tambahan daripada itu, ia merupakan asal yang sabit
termasuk dalam thawabit hayah dan juga thawabit Islam.

Ketiga: Teori nisbah merupakan asal dalam Islam


antara amalan dan taklif. Ia merupakan satu
kenyataan dan penting dalam asas teori wasatiyyah.

Keempat:Tasawwut dalam Islam merupakan asal


dan kaedah cenderung kepada salah satu daripada
pihaknya sama ada berlebihan atau berkurangan
pada hukum tasyri. Jika didapati ia hanyalah dalam
masalah pengecualian dengan sebab darurat atau
keperluan dan baginya sebab-sebabnya. Ia akan
hilang dengan hilangnya sebab tersebut.

Kelima: Setiap yang melampau atau cuai adalah


ditolak dalam syariat dan juga akal. Ia bukan daripada
Islam begitu juga dari logik insani yang sejahtera.
Akhirnya penulis menutup perbahasan ini dengan
17

meminjam kata-kata al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi


al-Lakhmi al-Gharnathi:
Maksudnya: Wasat merupakan sebesar-besar syariah dan
ummul kitab.
Semoga Allah SWT menjadikan kita di kalangan
ummatan wasatan yang dapat memacu Negara ke arah
kecemerlangan dan kegemilangan.

18

Bab Empat

APLIKASI HIJRAH
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai
Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi
sekalian alam.
(Surah al-Anbiya: 107)
Dr. Aidh al-Qarani dalam bukunya, Rahmatan li alAlamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya:
Baginda merupakan seorang manusia utusan Allah
SWT. Baginda diutuskan untuk membela nasib
umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan
terpenjara dengan pelbagai kezaliman. Baginda
datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga
setaraf dengan bangsa lain. Baginda membina satu
tamadun baru di antara sekian tamadun yang sedia
ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi
nilainya.
Rasulullah SAW telah mengeluarkan kita dari
Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya
sungai, kebun, mahupun tumbuh-tumbuhan,
menjelajahi seluruh pelusuk bumi.
19

Berdasarkan pengamatan penulis, jelas menunjukkan


hijrah mempunyai pelbagai kelebihan yang tiada tandingan
dan bandingan. Isu pengorbanan merupakan perkara
pokok dalam hijrah yang telah dijelmakan oleh Rasulullah
SAW dan para sahabatnya. Penulis menukilkan dari buku
Mengenali Rasulullah SAW antara lain menyebut: Allah
SWT mensyariatkan prinsip berkorban dengan harta dan
tanah air demi mepertahankan aqidah dan agama apabila
diperlukan.
Dengan pengorbanan ini sebenarnya umat Islam telah
memelihara harta, negara dan kehidupan walaupun
kelihatan pada awalnya mereka kehilangan segala-galanya.
Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran
Ilahi, ukhuwwah dan sikap saling membantu merupakan
asas pertolongan dan kemenangan umat Islam pada setiap
masa. Sebaliknya kecuaian dalam menjalankan perintah
Allah SWT, inilah merupakan punca kemerosotan umat
Islam dan perpecahannya. Hinggakan mereka seperti boleh
dikoyak-koyakkan oleh musuh Islam di mana pun mereka
berada.
Persoalannya, apakah cara untuk mendapatkan
semangat roh hijrah hingga mampu dijelmakan
dalam kehidupan sanubari kita? Penulis hanya ingin
membuka minda untuk sama-sama kita bermuhasabah
sejauhmanakah kita dengan tatacara kehidupan Rasulullah
SAW dalam mencapai mardhatillah (keredhaan Allah SWT).

20

Antaranya:

Hati dan nawaitu kita. Bagaimana kita mentahqiqkan


ubudiyyah yang mutlak kepada yang Maha Esa dalam
menjalani kehidupan ini.

Pembuangan segala sifat mazmumah seperti hasad


dengki, tamak haloba dan digantikan dengan segala
sifat mahmudah yang dianjurkan oleh agama Islam.

Prestasi ibadah kita, adakah masih pada tahap yang


sama sejak dahulu lagi atau terdapat peningkatan
sama ada khusyuknya, ikhlasnya dan benar mengikut
sunnah Nabi SAW dalam pengamalan ibadah
tersebut.

Sistem muamalah yang sentiasa kita berinteraksi


dalam masyarakat untuk urusan harian, apakah
menepati piawaian syarak yang selamat dari unsur
riba, khianat, penipuan dan sebaliknya mengikut
sistem Islam.

Berhubung dengan kekeluargaan Islam, apakah ia


benar-benar menjadi bait muslim yang melahirkan
sakinah, mawaddah, rahmah seterusnya melahirkan
zuriat soleh dan solehah yang menjadi khalifah Allah
SWT di muka bumi.

Dr Mustofa al-Sibaie berkata Sesungguhnya tentera


yang benar lagi ikhlas amat memerlukan kepimpinan
yang baik. Natijahnya dia sanggup berkorban untuk

21

pemimpinnya, ini kerana jika selamatnya pemimpin maka


selamatlah dakwah.

Hubungan sesama masyarakat dari yang paling


hampir seperti jiran tetangga, rakan taulan,
pemimpin, rakyat hatta siapapun dia, adakah
menepati seperti yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW ketika mengasaskan Kerajaan Islam yang
pertama di Madinah.

Meletakkan Piagam Madinah sebagai perlembagaan


m e r u p a k a n s a t u j a m i n a n b a h a wa s e b a r a n g
tindakan mesti mengikut lunas undang-undang.
Lantas memberikan hak semua warganegara hatta
dikalangan orang Yahudi dan bukan Islam sekalipun.

Memperkasakan peranan masjid. Bukan hanya


terbatas sebagai tempat beribadat sahaja, tetapi
hendaklah diperluaskan kepada yang lebih syumul
lagi menyeluruh antaranya:

- Tempat Ibadat seperti solat, zikir dan membaca


al-Quran.

- Tempat mempelajari ilmu. Bahkan masjid


merupakan universiti pertama yang melahirkan
graduan pahlawan dan pendakwah yang membuka
hati-hati hamba dan negeri dengan dakwah
Islam. Justeru itu, ia dianggap sebagai madrasah
Nubuwwah dan menara ilmu.

22

- Tempat Syura atau perbincangan. Dalam istilah


moden, ianya kelihatan seperti parlimen bagi
mendapatkan maklumat dan buah fikiran yang
terbaik.

- Sebagai pusat jaringan takaful dan tolongmenolong sesama muslim. Ketika itu, terbinalah
masyarakat yang begitu kukuh dan ampuh
hubungan ukhuwwah mereka. Ini kerana sikap
yang kaya menolong golongan miskin dan yang
susah dibantu akhirnya akan terbentuk rasa hormat
dan kasih sayang.

Akhirnya, marilah sama-sama kita mempelajari sirah


dan sunnah Nabi SAW untuk memahami segala selok-belok
yang berkaitan dengan Baginda agar dapat diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya, menjadikan
Rasulullah SAW sebagai qudwah dan uswah hasanah sudah
pasti membawa kebahagiaan yang hakiki sama ada di
dunia mahupun hingga ke akhirat.
Masyarakat madani yang dibina oleh Rasulullah SAW
berasaskan Hablumminallah (hubungan dengan Allah)
dan Hablumminnas (hubungan dengan manusia). Apabila
terpateri kukuh dua ikatan tersebut, sudah pasti suasana
keharmonian dan kebahagiaan yang terpamer dalam
masyarakat tersebut yang melayakkan negeri mereka
dikenali sebagai Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur.

23

KRONOLOGI HIJRAH
leh sebab hijratul Rasul SAW menjadi asas pelbagai
hukum Islam dan rujukan dalam melaksanakan
misi yang besar seperti hijrah, selayaknya kita
merenung dan menekuni perjalanan Baginda yang penuh
dengan cabaran, ujian dan tribulasi. Kronologinya adalah
seperti berikut:

Pakatan dan perancangan orang kafir di Dar alNadwah untuk membunuh Baginda yang melibatkan
semua wakil daripada kabilah Quraisy dalam menjaya
misi tersebut.

Allah telah mewahyukan kepada Baginda melalui


Jibril AS mengenai perancangan jahat kafir Quraisy.

Melalui wahyu tersebut, Allah memerintahkan


Baginda berhijrah ke Yathrib, yakni Madinah
Munawwarah.

Sehubungan itu, Baginda telah memerintahkan


Saidina Abu Bakar RA agar bersiap sedia untuk
berhijrah. Pemergian Rasulullah SAW bersama-sama
Abu Bakar RA tatkala ketika matahari panas terik
dan dengan menutupi kepala adalah tidak lain bagi
mengelakkan dikenali orang.
24

Semua keperluan logistik seperti unta dan bekalan


bagi keperluan hijrah telah disediakan oleh Abu
Bakar RA.

Pada waktu malamnya, pihak kafir Quraisy telah


mengepung rumah Baginda.

Namun, Baginda telah mengarahkan Saidina Ali bin


Abi Talib RA berbaring di tempat tidur Baginda.

Ayat ke-9 dari surah Yasin menjadi senjata awal


Baginda. Baginda membaca dan menghembuskannya
ke arah mereka yang terlibat dalam pengepungan
bagi mengelak dilihat dari pandangan mata mereka.

Pada malam itu juga, Baginda telah ke rumah Abu


Bakar RA. Mereka berdua keluar melalui pintu
belakang rumah Abu Bakar RA bagi mengelak
di kesan oleh musuh.

Setelah mendapati bukan Baginda yang berbaring


di tempat tidur Rasulullah SAW, tetapi Ali bin Abi
Talib RA. Mereka bertambah berang lalu memulakan
misi mencari dan memburu Rasulullah SAW dan Abu
Bakar RA sehinggalah menuju ke Gua Thur.

Rasulullah SAW dan Abu Bakar RA bersembunyi


selama 3 hari di dalam Gua Thur.

Sarang labah-labah dan sarang burung merpati


menjadi penyebab utama kafir Quraisy menyangka
tiada sesiapa yang berada di dalam gua tersebut.

25

Selepas 3 hari berada di dalam gua, Rasulullah SAW


dan Abu Bakar RA keluar meneruskan perjalanan
ke Madinah.

Peta perjalanan Hijrah: Mengikut Riwayat Ibn Ishaq


seperti berikut:

Apabila penunjuk jalan membawa mereka keluar,


dibawanya mereka melalui:

Jalan di bawah Makkah.

Kemudian, mereka terus ke persisiran pantai sehingga


jalan yang dilalui tadi berada bertentangan dari jalan
bawah Usfan.

Kemudian mereka merentasi jalan wadi Amaj. (Hari


ini dikenali sebagai Khulais)

Kemudian mereka menyeberangi jalan itu sehingga


kedudukan jalan bertentangan dengan mereka
selepas menyeberangi wadi Qudaid. Di situ terdapat
khemah Ummu Mabad.

Dari situ mereka menyeberangi jalan tersebut. Mereka


bertembung dengan Suraqah bin Malik berhampiran
dengan Manazil Bani Mudlij.

Mereka melalui al-Kharar.

Kemudian, mereka melalui jalan Thaniyyah


al-Murrah.

Kemudian wadi Laqfa.

Kemudian, mereka melintasi jalan Mudlajah Laqaf.


26

Mereka singgah di Mudlajah Majah (wadi Majah).

Kemudian, mereka melalui jalan Murajjih Muhaj.

Kemudian masuk ke Murajjih Dhi al-Ghadwain.

Selepas itu, mereka melalui Batn Zi Kashr.

Kemudian melalui al-Jadajid.

Seterusnya al-Ajrad.

Kemudian Zu Silm.

Daripada Batn Ada Mudlajah Tihin.

Dan al-Ababid.

Seterusnya melintasi al-Fajah.

Kemudian turun ke al-Araj melalui Thaniyyah


al-Air di sebelah kanan Rukubah sehingga turun ke
Batn Riim.

Dan akhirnya sampai ke Quba.

Setibanya di Quba, yang terletak di pinggiran kota


Madinah, Baginda bersama-sama Abu Bakar RA
membina sebuah masjid. Pembinaan masjid ini
adalah merupakan masjid yang pertama di dalam
sejarah Islam.

Dikatakan Baginda berada di Quba bersama Bani


Amr bin Auf bermula hari Isnin hingga Khamis dan
Baginda mengasaskan masjidnya. Ada pendapat
menyatakan nabi tinggal di Quba 14 hari .

Dari Quba, Baginda meneruskan perjalanan menuju


ke Madinah. Rasulullah SAW bersama-sama Bani
27

Salim menunaikan solat Jumaat. Inilah solat Jumaat


dan Khutbah Jumaat pertama dalam sejarah Islam.

Setibanya di Madinah, Baginda disambut meriah.


Penduduk di sana memuji-muji Baginda.

Apabila tiba di Madinah, penduduk Madinah berebutrebut mahu mempelawa Rasulullah SAW bermalam
dan seterusnya menetap di rumah mereka. Apapun,
bagi meraikan semua pihak, Baginda membiarkan
untanya berhenti di tempat yang disukai kerana itu
adalah tidak lain merupakan wahyu dari Allah SWT.

Akhirnya, unta Rasulullah SAW berhenti betul-betul


di hadapan rumah Abu Ayyub al-Ansari RA. Maka,
Baginda dijemput oleh Abu Ayyub agar menetap
dirumahnya sementara menunggu masjid Nabawi
siap dibina.

Setelah siapnya masjid Nabawi, Baginda menyatukan


golongan Ansar (Aus dan Khazraj) dan Muhajirin.

Baginda menjadi pemimpin Islam pertama setelah


tertubuhnya Negara Islam Madinah.

Maka dengan ini, termeterailah perjanjian ataupun


Piagam Madinah.

28

PENUTUP
l-Syeikh al-Khidri berkata: Dengan hijrah ini, telah
sempurnalah bagi Rasul kita SAW mengikut sunnah
saudaranya di kalangan para Nabi. Ini kerana sunnah
mereka adalah berhijrah dari tempat kelahiran mereka. Seperti
berlaku dari Ibrahim AS hingga kepada Nabi Isa AS.
Seperti kata Dr. Muhammad Abu Faris Sesungguhnya
hijrah sepenting-penting peristiwa dalam tarikh dakwah
Islamiyah. Ini kerana dengannya terbentuk kuasa politik bagi
umat Islam dalam menyebarkan agamanya serta mempertahankan
kemuliaannya.
Dalam penutup ini, penulis teringat ucapan Rasulullah
SAW ketika sampai ke Kota Madinah. Baginda diperhatikan
oleh khalayak penduduk Madinah termasuk orang Yahudi
dan pendita mereka seperti Abdullah bin Salam. Antara
ucapannya tatkala melihat wajah Baginda, seraya berkata:
Aku mengetahui yang wajahnya bukan wajah pendusta.
Kemudian Baginda berkhutbah: Hai manusia, sebarkanlah
salam, jamulah makanan, solatlah dikala manusia sedang tidur
pada waktu malam, nescaya kamu akan masuk syurga dengan
sejahtera.(Riwayat al-Tirmizi.)
Sesungguhnya hijrah merupakan kejayaan yang
pasti diperolehi apabila disertai dengan nawaitu untuk

29

mencari mardhatillah. Begitu juga hijrah adalah mukadimah


kemenangan sepertimana sunnah para Rasul sejak dahulu
lagi.
Sekiranya perintah Rasulullah SAW yang ringkas ini
dapat diaplikasi dalam masyarakat dan negara sudah
pasti menatijahkan keamanan, kebahagiaan dan juga
keharmonian yang membawa kasih sayang antara sesama
masyarakat.
Pada akhirnya penulis menyeru pada khalayak pembaca
supaya sentiasa mengkaji sirah Rasulullah SAW untuk
mengambil pelbagai iktibar dan istifadah yang boleh
diguna pakai dalam menghadapi pelbagai situasi ketika
menempuh kehidupan di alam fana ini.
Semoga bingkisan hijrah Nabi SAW benar-benar
memberi kesan dalam kehidupan masyarakat Islam untuk
menjadikan hijrah Nabi SAW sebagai titik tolak perubahan
kehidupan. Amiin.

30

BIBLIOGRAFI
Ahmad Farid. 1993M. Waqaafat tarbawiyyah maa
al-Sirah al-Nabawiyyah. Dar Taibah. Riyadh, Saudi.
Muhammad Sulaiman al-Mansurfuri. 1930M. Rahmah
Li al-Alamin. Hanith Bakadeodli.
Ibn Qayyim al-Jauziyah. 1928M. Zad al-Maad.
Al-Matbaah al-Misriyyah.
Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisham bin Ayyub
al-Himyari. 1928M. Sirah Ibn Hisham. Yang dikenali
dengan nama al-Sirah al-Nabawiyah. Mustafa al-Babi
al-Halabi.
Imam Ibnu Rajab al-Hanbali. 2007M. Himpunan Ilmu
Dan Hikmah. Kuala Lumpur. Pustaka Salam.
Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni. 2006M. Qissah
al-Risalah (Terjemahan). Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publisher.
Dr. Aidh bin Abdullah al-Qarni. 2006M. Rahmah li
al-Alamin (Terjemahan). Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publisher.
Dr. Mustafa al-Bugha & Muhyidin Mistu. 2003M.
Al-Wafi. Cet. 13. Dar al-Kathir.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi. 2010M. Halal & Haram Dalam
Islam (Terjemahan). Bangi: Darul Syakir Enterprise.
31

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2007M. Rasulullah SAW


Insan Agung. Kuala Terengganu: MAIDAM.
Muhammad al-Khudari. 1990M. Nur al-Yaqin fi Sirah
Sayyid al-Mursalin. Maktabah al-Ghazali. Damsyiq,
Syria.
Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri. 1988M. Al-Rahiq
al-Makhtum Bahs fi Sirah al-Nabawiyyah. Dar
al-Kutub al-Ilmiyyah.
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2007M. Ummatan
Wasata Sebaik-baik Umat yang Dilahirkan bagi
Faedah Umat Manusia. Kuala Terengganu: MAIDAM.
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2012M. Fiqh Al-Hijrah.
Nilai, Negeri Sembilan : Pustaka Cahaya Kasturi Sdn.
Bhd.

32

Anda mungkin juga menyukai