Anda di halaman 1dari 11

Minggu 2 : Tajuk I Fiqh Amal Islami

MUQADDIMAH

Memahami Islam, perjuangan dan gerak kerjanya adalah suatu perkara yang sangat mustahak
bagi setiap orang yang mungkin menceburkan dirinya di dalam perjuangan Islam. Jika tidak,
mungkin kegiatan dan tindakannya akan bertentangan dan menyimpang jauh dari kehendak
Islam. Akhirnya gerakan menjadi hancur dan para pejuang menjadi mangsa.

Kertas ini cuba memberi gambaran ringkas berkenaan tajuk kefahaman agar setiap yang
terlibat dapat menilai dan membuat keputusan dan tindakan yang betul selaras dengan kehendak
Islam.

MEMAHAMI ISLAM

Semua yang terlibat di dalam gerakan Islam memahami:

a) Bahawa Islam itu agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia,
aqidah dan syariah, agama dan negara. Oleh kerana itu, ia mestilah bersedia untuk membetulkan
aqidahnya, ibadahnya dan lain-lain perkara supaya selaras dengan kehendak al-Quran dan as-
Sunnah.

b) Ia hendaklah memahami bahawa al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma dan al-Qias itu merupakan
rujukan bagi orang-orang Islam, pendapat sesiapa jua pun yang bertentangan dengan sumber-
sumber tersebut tidak boleh dihormati dan dipatuhi.

c) Oleh itu, pendapat pimpinan yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut
hendaklah dihormati dan dipatuhi sekalipun tidak sama dengan pendapat sendiri.

d) Perselisihan pendapat dalam masalah furu adalah perkara boleh dan tidak dapat dielakkan.
Oleh kerana itu, setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah ia menerima
pakai mana-mana pendapat alim ulama yang mutabar dan janganlah dijadikan berlainan
pendapat serta pandangan dalam masalah furu itu punca pertelingkahan dan perpecahan
dikalangan anggota.

e) Setiap anggota hendaklah faham, ia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua
kalimah syahadah selama mana ia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah
itu dan selama mana ia tidak mengeluarkan kata-kata yang menjadikan seseorang itu terkeluar
daripada Islam atau ia mengingkari sesuatu yang diketahui secara dharuri atau secara mudah dan
tidak payah berfikir di dalam Islam. Seperti ia mengingkari haramnya riba atau haramnya arak

1
atau ia mengingkari seperti wajibnya menjalankan syariat Islam dalam pemerintahan negara atau
selama mana ia tidak melakukan perbuatan yang boleh ditawilkan kecuali kufur, seperti ia
menyembah berhala atau seperti ia menghina kitab suci al-Quran al-Karim.

MEMAHAMI HAKIKAT PERJUANGAN ISLAM

Untuk memahami perjuangan Islam, kita haruslah merujuk kepada kandungan satu hadis Nabi
yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Suhain ar-Rumi. Antara isi kandungannya
ialah:

menyambung dan tali menali dari segi perjuangan yang pernah diperjuangkan oleh para anbiya
dan mursalin, bermula dari perjuangan Nabi Allah Adam a.s sampailah kepada perjuangan Nabi
Muhammad SAW yang disambung semula secara terus-menerus oelh para sahabat, tabiin dan
orang-orang yang datang selepas mereka hingga ke hari ini dan hari yang akan datang.

2) Perjuangan ini sering bermuwajahah dengan golongan yang berkuasa di dalam masyarakat
terutamanya para pemerintah yang tidak berdasarkan kepada Islam dan sekaligus menjadi
penghalang kepada kerja-kerja Islam. Hal ini boleh dilihat dengan jelas, bila kita cuba
mengingati perjuangan Nabi Ibrahim a.s yang ditentang oleh Namrud, Nabi Musa a.s ditentang
oleh Firaun dan lain-lain. Bukan sahaja ia menjadi penghalang tetapi juga berusaha sedaya
mungkin untuk mempertahankan dasar pemerintahannya. Hatta walaupun para pemimpin yang
ada itu pergi, namun mereka tetap mahu melihat bahawa dasar pemerintahannya itu terus wujud
dan kekal.

3) Untuk menjamin sistem pemerintahan yang mereka anuti itu kekal, bermacam-macam usaha
yang mereka lakukan. Antaranya mengadakan pasukan pertahanan yang kuat, pasukan
keselamatan yang rapi, sistem pendidikan dan pembelajaran bermatlamat, para petugas dan
pegawai yang terlatih kepimpinan masyarakat yang berkeyakinan, sumber ekonomi yang
terjamin dan sebagainya.

4) Pertentangan antara pejuang Islam dengan pihak yang berkuasa di dalam sesuatu masyarakat
itu bukan disebabkan oleh hal-hal yang berkaitan dengan peribadi, tetapi merupakan
pertembungan aqidah dan dasar. Hal ini jelas, bila kita mengingati kembali perhubungan di
antara Nabi Musa a.s dan Firaun, sebelum menjadi Nabi dan selepas ia diutus menjadi Rasul,
hubungan di antara Nabi Muhammad SAW dengan para pemimpin masyarakat Quraisy. Sebelum
diangkat menjadi Nabi, baginda disanjung tinggi oleh masyarakat Quraisy sehingga baginda
digelar Al-Amin. Hal ini berubah apabila baginda diisytiharkan menajdi Nabi. Gelaran al-Amin
itu bertukar menjadi ahli sihir, gila, pendusta dan lain-lain.

Di zaman kini juga, tidak kurang contohnya yang boleh diambil faham oleh para dai, khususnya
di dalam negara kita yang tercinta ini. Terdapat beberapa orang individu yang pernah dikenakan
tindakan undang-undang ke atas mereka sewaktu berada di dalam perjuangan Islam atas alasan
yang pelbagai tetapi orang yang sama mendapat sanjungan pihak yang berkuasa apabila
meninggalkan perjuangan Islam.

2
MEMAHAMI ISLAM DARI SUDUT GERAK KERJA UNTUK MENEGAKKANNYA

Untuk memahami Islam dari sudut ini pula, kita haruslah memerhatikan beberapa ayat yang
antara lainnya seperti firman Allah, maksudnya:

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras
terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka; kamu lihat mereka ruku
dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaanNya, tanda-tanda mereka nampak pada muka
mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka
dalam Injil, iaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan
tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah ia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu
menyenangkan hati penanam-penanamnya kerana Allah hendak menjengkelkan hati orang-
orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mumin). Allah menjanjikan kepada orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amal soleh di antara mereka ampunan dan pahala besar. (al-
Fath : 29)

Dari ayat ini, jelas proses perkembangan perjuangan Islam itu. Di mana ia bermula dengan hanya
seorang sahaja iaitu Nabi Muhammad SAW. Kemudian ia berkembang daripada seorang kepada
seorang yang lain sehingga menjadi suatu kekuatan yang tidak dapat dibendung lagi oleh para
penentangnya. Adapun proses perkembangan dan gerak kerja yang dilakukan oleh baginda boleh
kita dapati daripada pemerhatian kita akan ayat-ayat yang berikut:

Firman Allah, maksudnya:

Bacalah dengan menyebut nama Tuhan engkau yang mencipta. (al Alaq : 1)

Firman Allah, maksudnya:

Dan berikanlah peringatan kepada keluargamu yang terdekat.(as-Syuara : 214)

Firman Allah, maksudnya:

Dialah yang mengutuskan kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang
membacakan ayat-ayatnya kepada mereka kitab dab hikmah. Dan sesungguhnya mereka
sebelumnya benar-benar dalam kesesatan. (al-Jumuah : 2)

Firman Allah, maksudnya:

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada
Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
(al-Kahfi : 28)

Firman Allah, maksudnya:

3
Tidakkah engkau melihat kepada mereka yang dikatakan kepada mereka tahanlah tangan-
tanganmu dan dirikanlah sembahyang. (an-Nisa : 77)

Firman Allah, maksudnya:

Maka berterus teranglah dengan apa yang diperintahkan kepada kamu dan janganlah kamu
menghiraukan tindakan golongan musyrikin. (al-Hijr : 94)

Firman Allah, maksudnya:

Dan siapkanlah untuk mereka kekuatan semampu mungkin. (al-Anfaal : 60)

Firman Allah, maksudnya:

Diizinkan bagi mereka berperang (untuk melakukan sesuatu tindak balas) kerana mereka telah
di zalimi. (al-Hajj : 39)

Firman Allah, maksudnya:

Dan perangilah pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu. (al-Baqarah :
190)

Memerhatikan ayat-ayat yang diutarakan di atas dengan baik dan memahaminya dengan halus
dan lumat, saudara akan bertemu dengan makna dan maksudnya memahami Islam dari sudut
gerak kerja untuk menegakkannya. Bertambah terang lagi, apabila saudara membaca dengan
teliti keseluruhan yang tersurat dan yang tersirat di dalam perbincangan yang akan datang.

PERINGKAT KERJA YANG DILALUI OLEH JAMAAH MUSLIMIN

Gerakan Islam hari ini merupakan lanjutan daripada gerakan yang dipimpin oleh Rasulullah
SAW. Oleh kerana itu, ia mestilah mengambil kira apa yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, rasul penamat itu.

Gerakan Islam hari ini, hendaklah melalui tiga marhalah sepertimana yang dilalui oleh pimpinan
gerakan Rasulullah SAW iaitu marhalah at-Tarif, at-Takwin dan at-Tanfiz wal muwajahah.

Marhalah at-Tarif

Marhalah at-Tarif merupakan marhalah memperkenalkan Islam dan perjuangan Islam kepada
masyarakat umum. Marhalah ini adalah marhalah kesungguhan di dalam menyampaikan dawah
dan memperkenalkan jamaah kepada umat manusia sepertimana yang difirmankan oleh Allah,
menceritakan apa yang diucapkan oleh Nabi Allah Nuh a.s. Firman Allah, maksudnya:

4
Berkata Nabi Nuh a.s: Hai Tuhanku, sesungguhnya aku menyeru kaumku siang dan malam.
(Nuh : 5)

Marhalah ini bertujuan untuk memperkenalkan Islam dan jamaah kepada masyarakat. Ia boleh
dilakukan melalui syarahan-syarahan, ceramah-ceramah, hubungan secara individu, sebaran,
forum, kelas-kelas pengajian dan lain-lain.

Marhalah at-Takwin

Marhalah ini ialah merupakan marhalah pembentukan dan pembinaan untuk melahirkan tenaga
mahir supaya bekerja di dalam gerakan Islam atau Jamaah Muslimin.

Marhalah inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT, maksudnya:

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah
kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mengharapkan keredhaan Allah
semata-mata. Dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya
kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang
yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam
al-Quran, serta ia menurut hawa nafsu dan tingkah lakunya adalah melampaui kebenaran. (al-
Kahfi : 28)

Di dalam ayat ini, Allah mengingatkan baginda supaya sentiasa berdamping rapat dengan orang-
orang Islam (dalam bahasa gerakan; berdamping rapat dengan para anggota), sekalipun mereka
miskin. Di dalam surah lain Allah berfirman, maksudnya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi
Muhammad) yang menjadi sangat keberatan kepadanya sebarang kesusahan (yang ditanggung
oleh) kamu yang tamakkan kebaikan bagi kamu dan kepada orang-orang yang beriman pula ia
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayang. (at-Taubah : 128)

Ayat-ayat yang kita utarakan di atas, memberi perhatian yang berat kepada orang-orang yang
bertanggungjawab di dalam Jamaah Muslimin supaya bersabar di dalam membentuk dan
mendidik anggota-anggotanya.

Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan orang-orang yang bertanggungjawab di dalam gerakan


Islam supaya sentiasa memberi perhatian yang tidak putus-putus terhadap anggotanya dan
menjaga mereka serta mengambil berat tentang mereka.

Ayat-ayat tersebut juga mengarahkan pihak yang bertanggungjawab di dalan al-Amal Islami
supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dilemparkan kepada mereka oleh orang-orang jahil.
Sebagaimana Rasulullah tidak mengendahkan pendustaan dan lontaran batu yang dilakukan oleh
orang-orang kafir samada di Mekah mahupun di Thoif. Baginda menenangkan keluarga Yasir,

5
bersabarlah! Baginda tidak mengarahkan mereka bertindak balas kerana menunggu izin
daripada Allah.

TARBIYYAH DAN KEGIATANNYA

Untuk mencapai tujuan dan matlamat tersebut, maka kegiatan yang hendak dilakukan hendaklah
berdasarkan kepada waqi, kedudukan dan susunan anggota. Sebagaimana yang kita semua arif,
bahawa kedudukan anggota kita adalah berperingkat-peringkat seperti berikut:

i) Tarif

ii) Takwin

iii) Tanfiz

Peringkat Tarif

Tarbiyyah peringkat tarif bertujuan untuk memastikan bahawa setiap anggota memahami aqidah
dengan betul dan melakukan ibadah yang sah serta memberi wala yang sejahtera kepada
Jamaah.

Kerana itu penekanan diberi kepada keilmuan Islam secara senang difahami samada di bidang
aqidah, ibadah akhlaq dan lain-lain.

Penekanan juga diberi kepada usaha untuk membiasakan anggota dengan perkara-perkara seperti
berikut:

1) menghadiri perhimpunan umum

2) menghadiri perhimpunan khusus

3) mengeluarkan zakat kepada jamaah

4) membaca Al-Quran

5) sentiasa beramal dengan perkara-perkara yang sunat di samping yang wajib dan meninggalkan
yang makruh dan haram.

Peringkat Takwin

6
Matlamat tarbiyyah diperingkat ini ialah untuk melahirkan di kalangan pimpinan di marhalah
takwin pemuda dan muslimat yang mempunyai sifat-sifat seperti

1) cintakan Allah

2) rahmat sesama mumin

3) izzah terhadap kafirin

4) berjihad dengan mengorbankan yang murah dan mahal, harta dan nyawa dan memberi wala
yang tidak berbelah bagi kepada Jamaah.

Cara-caranya:

- Membiasakan diri supaya beriltizam dengan tuntutan dan keperluan di atas Membiasakan diri
untuk meneruskan pencapaian matlamat Memberikan taat yang tidak berbelah bagi dalam
perkara maruf . Penekanan kepada:

1) Program keselamatan

2) Program amar Maruf dan nahi munkar secara amali

3) Program untuk menarik sasaran ke dalam Jamaah dengan tidak memilih bulu

4) Program memimpin halawah, perhimpunan, tamrin dan lain-lain

5) Program memimpin usrah dan lain-lain tindakan yang diperlukan oleh Jamaah

Tanfiz (kepimpinan)

Tarbiyyah diperingkat ini bermatlamat untuk melahirkan di kalangan anggota sifat-sifat seperti:

- Benar

- Amanah

- Menyampaikan

- Cerdik

- Lembut

- Berhati-hati

7
- Suka berkhidmat

- Pemurah

- Berani dan lain-lain

Cara-caranya:

- Beriltizam dengan Islam zahir dan batin

- Beriltizam dengan pendapat/keputusan majoriti syura berpandukan kaedah yang dipakai oleh
Jamaah

Penekanan kepada dua perkara di atas hendaklah berpandukan kepada undang-undang tertinggi
di dalam harakah iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijma dan al-Qias.

Perlaksanaan

Untuk mencapai tujuan dan matlamat di atas, maka cara-cara berikut hendaklah digunakan:

1. Kuliah/usrah harian, mingguan dan bulanan. Pastikan semua anggota hadir

2. Usrah mingguan atau bulanan Mingguan peringkat cawangan Bulanan peringkat takwin /
tanfiz

3. Tamrin bulanan atau tiga bulan sekali Bulanan peringkat cawangan Tiga bulan sekali
peringkat takwin/ tanfiz

4. Jenis-jenis Tamrin

a) Tamrin Haraki

b) Tamrin Siyyasi

c) Tamrin Thaqafi

d) Tamrin Riadhi

Tamrin Haraki bertujuan untuk:

1. Meyakinkan para anggota tentang harakah ciri-ciri, matlamat dan cara

2. Penguasaan terhadap anggota dari segi harakah dan penguasaan terhadap masyarakat

8
3. Penguasaan terhadap harakah yang merangkumi:

i) Usul dan kaedah yang merangkumi fikrah, keperluan-keperluan, sudut-sudut, sifat- sifat dan
tabiat kerja

ii) Keselamatan yang merangkumi cara mengenal kawan dan lawan

Tamrin Siyyasi bertujuan untuk:

1. Memastikan para anggota memahami pergolakan politik negara, antarabangsa khasnya


rantau Asia Tenggara, seterusnya politik Islam dan pendekatan terhadap masalah

2. Memastikan para anggota dapat membuat pengolahan terhadap isu-isu semasa

3. Memastikan para anggota dapat bertindak dengan cekap dalam menghadapi setiap isu

Tamrin Thaqafi bertujuan untuk:

1. Memastikan supaya para anggota memahami dengan baik perkara yang berkaitan dengan
Islam

2. Memastikan bahawa para anggota memiliki keperluan asas dari segi ilmu pengetahuan demi
untuk menlayakkan mereka meneruskan perjuangan pada masa akan datang

Tamrin Riadhi

Bertujuan untuk memastikan bahawa para anggota sihat tubuh badanm pantas bergerak dan
mampu untuk mempertahankan diri ketika perlu.

Pengendalian

Pengendalian tamrin ada hubung kait yang rapat dengan jenis-jenis tamrin dan matlamatnya. Di
samping itu, ia pula berkaitan dengan tempat, tajuk, penceramah, keselamatan dan pengurusan.
Walau bagaimanapun tertakluk kepada matlamat dan masa, maka kadang kala dapat diadakan
sekaligus dengan cara mengatur program tamrin itu merangkumi matlamat-matlamat yang kita
utarakan di atas.

9
Secara umumnya matlamat terakhir bagi marhalah ini ialah melahirkan individu muslim,
keluarga dan masyarakat Islam.

Marhalah at-Tanfiz Perlaksanaan

Marhalah ini mempunyai tiga makna:

1. Makna yang umum

Tanfiz dengan makna yang umum merangkumi segala usaha dan tenaga yang dicurahkan keluar
dari diri sendiri demi untuk kepentingan dakwah Islamiyyah/gerakan Islam. Justeru itu, sebarang
usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk memperkenalkan Islam dinamakan Tanfiz.
Usaha yang dilakukan oleh seseorang anggota untuk pembentukan ke arah prinsip-prinsip Islam
dan supaya berakhlak dengan akhlak Jamaah juga merupakan sebahagian daripada marhalah
tanfiz.

2. Makna yang khusus

Tanfiz dengan makna yang khusus ialah pergerakan harian yang berbentuk jihad yang dilakukan
oleh anggota demi untuk melahirkan kejayaan di dalam mahalah-marhalah yang tertentu. Oleh
kerana itu, marhalah tarif, takwim dan tanfiz dapat berjalan beriringan.

3. Makna yang lebih khusus

Tanfiz dengan makna lebih khusus ialah yang berbentuk jihad yang tidak pernah mengenal penat
dan lelah setiap hari, yang mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan segala yang ada untuk
menjayakan cita-cita yang lengkap dan syumul. Ia merangkumi jihad harian dan persiapan untuk
menegakkan sebuah negara Islam.

Sudah menjadi sunnah Allah bahawa kerja yang dilakukan di dalam semua peringkat tersebut
akan bermuwajahah. Ini adalah disebabkan bahawa kerja-kerja ini akan melahirkan anggota
masyarakat yang beramal dengan tuntutan Islam yang sama sekali berbeza dengan amalann
anggota masyarakat yang sedia ada. Walaupun mereka menentang, tetapi ia terus berkembang.
Bagaimanapun sabarnya orang-orang Islam terhadap tindakan-tindakan yang dilakukan oleh
musuh-musuh Islam, namun demikian mereka tidak tahan sabar melihat perkembangan Islam. Di
sanalah akan berlaku muwajahah.

Para pejuang Islam haruslah mengingati dan memahami bahawa perjuangan ini adalah
bermuwajahah. Golongan berkuasa (pemerintah) apabila disebut pemerintah sudah pasti ia
memiliki bermacam-macam kekuatan. Untuk berhadapan dengan golongan ini kita hendaklah
memiliki sifat-sifat antara lain seperti berikut:

a) Tetap dan tabah

10
b) Berzikir kepada Allah

c) Taatkan Allah dan RasulNya

d) Tidak bertelagah sesama sendiri

e) Bersabar sehingga persiapan telah cukup dan mampu untuk bermuwajahah

Neraca Kemampuan

Berbeza pendapat di kalangan ulama Islam tentang neraca kemampuan. Setengah ulama
berpendapat paabila sampai bilangan ke angka mujahid Badar. Setengah pul berpendapat
bilangan yang selari denga firman Allah, maksudnya:

Jika terdapat dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, nescaya mereka dapat
mengalahkan dua ratus orang musuh. (al-Anfal:65)

Kita berpendapat apabila bilangan anggota yang layak berjihad berjumlah seperti yang tersebut
di dalam firman Allah, maksudnya:

Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka dapat mengalahkan dua
ratus orang dan jika di antara kamu ada seribu orang (yang sabar), nescaya mereka dapat
mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. (al-Anfal: 66)

11

Anda mungkin juga menyukai