Anda di halaman 1dari 21

BAB 1

1.0 Pendahuluan

Laporan ini dilakukan adalah untuk melakukan penjelasan berkaitan Islam dan Buddha dari
segi persamaan dan perbezaan berkaitan penyucian jiwa. Oleh itu, dalam laporan ini menekankan
konsep perbandingan penyucian jiwa menurut dua agama iaitu Islam dengan Buddha. Penyucian
jiwa ini dilihat dari pelbagai aspek sama ada berkaitan cara kehidupan, amalan ibadat dan
sebagainya. Selain itu, definisi, sejarah, pembawa ajaran, kitab, konsep akidah, definisi penyucian
jiwa menurut agama Islam dan Buddha. Akhir sekali, dalam laporan ini juga akan menyatakan
kesimpulan hasil daripada kajian yang dibuat ini secara umum supaya dapat memberi kefahaman
berkaitan penyucian jiwa berdasarkan kedua agama ini.

1.1 PENGENALAN ASAS AGAMA ISLAM

1.1.1 Definisi Islam

Perkataan atau kalimat Islam ini diambil daripada kata kerja Salima yang bermaksud bebas
daripada kecacatan jasmani (fizikal) dan rohani (dalaman). Seterusnya, islam dari segi bahasa
bererti sejahtera, menyerah, dan taat. Selain itu, perkataan Islam juga bermaksud menyerah diri
sepenuhnya atau secara keseluruhannya kepada Tuhan yang maha Esa iaitu Allah S.W.T. Agama
Islam satu-satunya agama yang diterima oleh Allah S.W.T kerana ianya diturunkan khusus untuk
hambanya supaya tidak tersesat dan sentiasa berada dalam keadaan selamat di dunia mahupun
akhirat. Ini kerana hanya agama Islam yang benar serta sempurna (lengkap) berbanding agama lain
yang mempunyai banyak kelemahan dari segi peraturan yang terdapat dalam kitab mereka dan lain-
lain. Kebenaran agama Islam dapat dibuktikan melalui Surah Ali-Imran ayat 19 yang telah
dinyatakan pada bahagian bawah ini,

‫ِع‬ ‫ِم ِد‬ ‫ِك‬ ‫ِذ‬ ‫ِه‬ ‫ِع‬


‫ِإَّن الِّديَن ْنَد الَّل اِإْل ْس اَل ُمۗ َو َم ا اْخ َتَلَف اَّل يَن ُأوُتوا اْل َت اَب ِإاَّل ْن َبْع َم ا َج اَءُه ُم اْل ْلُم َبْغًي ا َبْيَنُه ْم ۗ َو َمْن َيْك ُف ْر‬
‫ِبآَياِت الَّلِه َفِإ َّن الَّلَه َس ِر يُع اْلِح اِب‬
‫َس‬

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih
orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena
kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka
sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
1
Pengertian Islam menurut Al-Quran sangat banyak diantaranya ialah Islam ialah sebuah
perkataan yang membawa maksud keihsanan dan kebaikan. Seterusnya, Islam juga bermaksud
menyerah diri dan taat kepada perintah Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan. Selain itu, Islam
membawa erti berserah diri secara jasmani (fizikal) semata-mata tanpa wujud keimanan, keyakinan,
dan kemantapan dari dalam hati tidak membawa sebarang faedah atau manfaat kepada penganut
agama Islam itu sendiri maka untuk mencapai Islam yang sebenar penganut agama tersebut perlu
yakin, taat, dan melakukan segala perintah serta meninggalkan segala larangan daripada Allah
S.W.T.

Menurut Hamka menyatakan bahawa islam ialah menyerah diri secara bersungguh-sungguh
kepada Tuhan iaitu Allah S.W.T dalam melakukan segala urusan di dunia. Seandainya seorang yang
beragama Islam tidah berserah secara keseluruhan kepada Allah S.W.T maka individu tersebut tidak
boleh digelar sebagai penganut Islam yang sebenar.

1.1.2 Sejarah Islam

Agama Islam adalah Antara agama yang bertempat dan bermula penyebarannya di timur
tengah iaitu Negara Arab. Agama ini mula diperkenalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W pada kurun
ke tujuh. Perkataan Islam diambil daripada perkataan arab yang berarti berserah yang menajdi asas
dalam agama ini sendiri.

Sejarah agama Islam dimulakan dengan kelahiran Rasul dan Nabi terakhir yang diutuskan
untuk umat di dunia iaitu nabi Muhammad S.A.W. Baginda dilahirkan di Kota Mekkah pada tahun
gajah, hari Isnin 12 rabiulawal. Baginda diberikan nama Muhammad oleh atuknya iaitu Abdul
Mutalib dan baginda datangnya daripada keturun Bani Hashim iaitu kaum yang disegani serta
dihormati di Mekkah pada ketika itu. Ayah kepada baginda telah meninggal dunia ketika berusia 2
bulan dalam kandungan manakala ibunya pula meninggal dunia setelah umur baginda mencecah 6
tahun serta sewaktu bermumur 8 tahun atuknya pula meninggal dunia maka disini jelas Allah ingin
melatih nabi Muhammad S.A.W supaya mempunyai keyakinan yang kuat kepada Allah S.W.T
semata-mata.

Nabi Muhammad S.A.W mula mendapat wahyu sewaktu duduk bersendirian di Gua Hirak
dan pada ketika itu umur baginda telah mencapai 40 tahun. Wahyu tersebut disampaikan melalui
malaikat Jibrail dengan cara menyuruh dan meminta supaya nabi membaca sebanyak 3 kali akan
tetapi nabi membalas dengan mengatakan bahawa baginda tidak pandai membaca maka wahyu
pertama yang nabi peroleh ialah berupa surah Al-Alaq ayat 1-5 yang telah diajarkan oleh malaikat
Jibrail sewaktu di gua Hirak.

2
Pada awal penyampaian dan penyebaran agama Islam, nabi menyampaikannya kepada
golongan yang dipercayai sahaja atau dengan kata lainnya ianya disampaikan secara rahsia kerana
dikhuatiri sekiranya disampaikan secara terbuka akan menyebabkan pergaduhan, menimbulkan
kemarahan, serta agama Islam itu akan dihancurkan dengan mudah oleh golongan yang
membencinya seperti individu yang mempunyai jawatan dan sebagainya. Antara individu yang awal
memeluk agama Islam ialah isteri baginda iaitu Siti Khadijah, Ali Bin Abi Talib iaitu anak saudara
nabi sendiri dan beberapa orang sahabat serta lain-lain. Semakin hari semakin ramai yang menerima
ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W kerana sikap baik, lemah lembut yang ditujukkan
oleh nabi Muhammad S.AW. sejak dari baginda kecil lagi sehingga digelar Al-Amin iaitu orang
yang jujur dan tidak pernah berbohong walaupun sekali.

Selepas 3 tahun nabi diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya menyampaikah dakwah
tentang Islam secara terbuka agar lebih ramai memeluk agama Islam. Meskipun nabi digelar Al-
Amin oleh penduduk Mekkah akan tetapi majoriti penduduk mekah terutama golongan bangsawan
dan berjawatan menolak serta membenci Baginda kerana dianggap membawa ajaran baru serta
mereka beranggapan bahawa nabi ialah seorang tukang sihir yang mampu memukau sesiapa sahaja
yang mendekati baginda. Oleh sebab itu, selepas nabi menyampai seruan dakwah Islam secara
terbuka mereka lebih memilih untuk menjauhi nabi supaya tidak terpengaruh dengan ajaran yang
disampaikan. Pada waktu yang sama, orang Islam yang kebanyakkannya daripada golongan yang
rendah dah lemah seperti golongan hamba selalu ditindas dan dizalimi oleh tuan mereka sendiri
supaya keluar daripada agama Islam. Selepas hampir 13 tahun Nabi menyampaikan agama Islam di
Mekkah maka Allah memerintahkan Baginda untuk berhijrah ke kota Madinah kerana disana lebih
aman dan selamat serta golongan penduduk di Madinah lebih mudah menerima agama yang dibawa
oleh Baginda.

Selepas berhijrah ke Madinah maka Islam semakin tersebar dengan meluas kerana Nabi
Muhammad S.A.W dilantik menjadi pemerintah dan dterima oleh majoriti penduduk Madinah. Ini
kerana penduduk Madinah mempercayai bahawa hanya Nabi sahaja yang mampu menjaga serta
mahir di dalam pengurusan sesebuah keluarga atau kaum. Selain itu, sewaktu berada di Madinah
juga umat Islam dibenarkan berperang untuk membela diri serta agama melalui penurunan ayat Al-
Quran berkaitan keizinan berperang. Melalui peperangan mampu menjadi medium penyampaian
dakwah Islam melalui etika peperangan yang ditonjolkan oleh Nabi dan tentera Islam pada ketika
itu seperti tidak membunuh golongan yang lemah sebagai contoh golongan wanita, anak kecil,
golongan yang menyerah kalah dan tidak merosakkan harta benda (tanaman, rumah, binatang).
Dakwah Islam berlaku selama hampir seuluh tahun di bumi Madinah.

3
Selepas Baginda wafat, maka sahabat yang dipilih melalui majlis syura akan menggantikan
tempat nabi menjadi seorang ketua atau khalifah dan mereka yang dipilih ini dipanggil sebagai
khalifah Ar-Rasyidin iaitu 4 orang yang dipersetujui menjadi khalifah iaitu, khalifah pertama ialah
Abu Bakar As-Siddiq, khalifah kedua adalah Umar Al-Khattab, khalifah ketiga ialah Uthman Bin
Affan, dan khalifah terakhir ialah Ali Bin Abi Talib. Penyampaian ini diteruskan melalui generasi
selepas itu dan ianya berlanjutan sehingga sekarang.

1.1.3 Pembawa Ajaran Islam

Pembawa ajaran Islam pada awalnya dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan disampaikan
kepada penduduk arab seperti Mekkah, Madinah serta Negara-negara arab lain. Nabi Muhammad
S.A.W membawa jaran ini dengan pelbagai strategi supaya ianya kekal terpelihara sehingga ke hari
ini. Antara strategi yang dapat dilihat secara jelas ialah melalui cara sembunyi, terang-terangan,
berhijrah ke Madinah, dan sebagainya. Baginda menggunakan kaedah penyampaian secara rahsia
supaya penganut baharu agama ini tidak akan ditindas dan dibunuh atau dengan kata lainnya nyawa
penganut agama Islam lebih terjamin sekaligus agama itu akan lebih selamat untuk disebarkan.
Seterusnya, kaedah kedua ialah secara terang-terangan dilakukan selepas Nabi Muhammad S.A.W
mendapat wahyu daripada Allah supaya menyebarkan agama ini secara jelas dan lebih terbuka agar
lebih ramai tertarik dengan agama ini. Selepas mendapat tentangan yang kuat daripada kaum arab di
Mekkah maka nabi mengambil strategi untuk berhijrah bersama umat Islam ke Madinah sekaligus
menjadi pemimpin Negara tersebut. Disebabkan nabi telah dilantik menjadi pemimpin di Madinah
maka Islam lebih mudah disebarkan kerana penduduk Negara tersebut telah yakin dengan sifat Al-
Amin yang ada pada Baginda sekaligus ianya memudahkan proses dakwah disampaikan kerana
tiada penindasan, kezaliman dan sebagainya. Perjuangan dakwah Baginda berterusan sehingga hari
ini.

1.1.4 Kitab Dalam Agama Islam

Kitab dalam agama Islam ialah Al-Quran yang di dalamnya terkandung pelbagai aspek
berkaitan cara, hukum, dan lain-lain yang berkaitan dengan manusia, haiwan, alam dan sebagainya.
Dengan kata lainnya, di dalam Al-Quran ini merangkumi semua yang berkaitan dengan kehidupan
di dunia dan diakhirat. Al-Quran ini bersifat Syumul (lengkap) dan sempurna serta ianya dijamin
akan kekal sesuai digunakan sehingga hari kiamat kerana yang menjamin kesempurnaannya ialah
Allah yang menciptakan segala-galanya. Oleh sebab itu, Al-Quran tetap relevan dan sesuai
digunakan sehingga hari ini meskipun ianya telah wujud pada zaman Nabi Muhammad S.A.W iaitu
ribuan tahun yang lampau. Walaupun Al-Quran telah diturunkan pada azaman Baginda akan tetapi
ilmu di dalamnya seperti Sains masih tidak mampu ditandingi oleh ilmu sains yang dikaji oleh

4
manusia pada zaman kini dan ini membuktikan Al-Quran bukanlah ciptaan manusia akan tetapi
ianya datang daripada Allah S.W.T.

1.1.5 Konsep Akidah Menurut Islam

Konsep akidah berdasarkan Islam ialah akidah dijadikan sebagai tapak atau asas untuk
membina jati diri seorang Islam yang sebenar. Akidah juga boleh disifatkan sebagai dinding
pertahanan yang paling kuat untuk menjaga serta mengawal segala aspek penyesatan,
penyelewengan, prasangka buruk dan sebagainya. Ini kerana dengan adanya akidah islam dalam diri
penganutnya akan dapat menghindarkan segala keburukan seperti penyelewengan sebagai contoh
rasuah, judi dan lain-lain lagi. Sesuatu penyelewengan sama ada dalam bentuk perbuatan,
pemikiran, mahupun percakapan berlaku kerana individu tersebut kurang memahami asas akidah
Islam secara mendalam.

Perkataan akidah dari segi bahasa ialah segala sesuatu yang berkaitan dengan keyakinan
serta anutan seseorang. Akidah juga berkait rapat dengan sebuah keyakinan tertentu yang disokong
serta dipegang oleh seseorang yang mukallaf.

Menurut Hassan Al-Banna, akidah dari segi istilah ialah semua hal yang berkaitan dengan
keyakinan dan kepercayaan dari dalam hati yang akan menyebabkan jiwa merasa bersih, tenang,
tidak bimbang daripada segala perasaan seperti syak wasangka terhadap manusia lain. Dengan ini,
akidah ialah melahirkan sebuah keyakinan yang teguh serta kuat dalam menghayati segala perkara
berkaitan amal ibadah dan kehidupan terhada Allah S.W.T. Menurut Haron Din, akidah dari segi
istilah adalah sesuatu yang bersifat tetap sepanajang waktu dan tidak berubah selama-lamanya.

Akidah ialah sebuah kekuatan yang paling utama untuk menguasai semua tindakan serta
tingkah laku seseorang. Oleh itu, setiap perbuatan dan perkataan atau percakapan yang dilakukan
oleh seseorang akan menunjukkan sejauh mana hatinya terikat dengan akidah (keyakinan) termasuk
perasaan, lintasan hati, dan bayangan yang bersifat khayalan. Disebabkan inilah akidah merupakan
permulaan sesuatu tindakan manusia yang beragama Islam sebagai contoh, sekiranya akidahnya
rosak maka perbuatannya akan turut mengalami kecacatan dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai kesimpulannya, akidah ialah keyakinan serta kepercayaan secara mendalam yang
wujud dari hati manusia berlandaskan kepada sumber yang betul dan ilmu serta ianya akan menjadi
pegangan dalam kehidupan dengan cara melakukan rukun-rukun iman tanpa sebarang keraguan.

1.1.6 Definisi Penyucian Jiwa Menurut Islam

Penyucian jiwa dianggap satu jalan yang paling berkesan untuk tujuan mendekatkan diri
seorang hamba kepada Allah S.W.T sekaligus memperoleh jaminan berupa kesenangan,
5
keselamatan, dan kesejahteraan dalam kehidupan sama ada di dunia mahupun akhirat. Dengan
keyakinan ini, manusia mempercayai telah melaksanakan sesuatu yang terbaik untuk mendapat
manfaat terhadap jasmani dan rohani mereka. Oleh sebab itulah Allah menurunkan Nabi dan Rasul
kepada seluruh umat untuk tujuan menjadi penunjuk jalan perlindungan terhadap Tuhan yang paling
kuasa iaitu Allah S.W.T.

Penyucian bermaksud membersihkan atau mensucikan manakala jiwa pula merujuk kepada
hati manusia maka penyucian jiwa boleh diertikan sebagai proses membersihkan jiwa dengan
beribat kepada Allah seperti melakukan taubat, solat, zikir, puasa dan sebagainya.

1.2 PENGENALAN ASAS AGAMA BUDDHA

1.2.1 Definisi Agama Buddha

Definisi agama Buddha adalah dengan mengambil nama daripada perkataan Bahasa sanskrit
iaitu Budh-Ta yang membawa maksud seseorang yang mendapat pencerahan. Ia berbeza dengan
definisi yang dikeluarkan oleh kamus dewan, yang mana kamus dewan memberi maksud Buddha
adalah satu agama yang telah diasaskan oleh Sidharta Gautama. Dan dapat difahami disini bahawa
kamus dewan memberikan definisi atau pencerahan bahawa agama Buddha adalah salah satu agama
yang dibina atau dibentuk oleh pengasasnya sendiri iaitu Sidharta Gautama. Kemudian, terdapat
juga satu definisi tentang agama Buddha yang telah dikeluarkan oleh kamus besar Indonesia.
Kamus besar Indonesia memberi definisi bahawa Buddha adalah satu agama yang telah dibawa
ajarannya oleh Sidharta Gautama dan dalam masa yang sama terdapat juga definisi lain yang
dikeluarkan oleh kamus besar Indonesia yang mana mereka memberi definisi bahawa agama
Buddha adalah satu agama yang mana penganutnya telah mendapat sepenuhnya kesempurnaan
Buddhisme.

1.2.2 Sejarah Agama Buddha

Justeru yang kita ketahui bahawa agama Buddha adalah salah satu agama yang wujud
sewaktu abad ke-6 dan agama Buddha ini dilahirkan di India yang juga merupakan satu agama baru
yang wujud selepas agama Hindu. Oleh yang demikian, ia juga merupakan satu tindak balas yang
telah dilakukan oleh masyarakat India pada ketika itu yang diberi keutamaan kepada golongan
kesatriya yang mana didalam golongan ini adanya mereka yang lahir dari anak-anak pemerintah
seperti raja untuk memberi tindak balas terhadap kekejaman ataupun lebih spesifik lagi adalah
kekerasan dan juga terhadap penindasan yang diberikan oleh golongan Brahmin. Walau
bagaimanapun, agama Buddha yang namanya ini sangat dikenali pada zaman kini sebenarnya asal

6
usulnya adalah terlahir daripada nama pengasasnya sendiri iaitu Sidharta Gautama dan dari sinilah
agama Buddha itu lebih masyhur atau lebih tersebar atau ternama dengan gelaran Buddha. Selepas
itu, terhasilnya nama Buddha itu adalah daripada proses mengembara yang dilakukan oleh
pengasasnya iaitu Siddharta Gautama selama 7 tahun atau hampir 7 tahun demi mencari satu titik
kebenaran dan proses ini telah dimulakan oleh beliau dari umur beliau seawal 29 tahun sehinggalah
hampir mencapai 35 tahun. Dan di penghujung proses mengembara itu, beliau telah mendapat satu
hikmat yang ditemukan dibawah satu pohon yang berada di Kota Gaya. Maka dari situlah Siddharta
Gautama ini menemukan satu idea untuk memberikan nama kepada agama ini iaitu agama Buddha.
Oleh yang demikian, agam Buddha juga adalah salah satu agama yang sangat menentang terhadap
ajaran serta kepercayaan yang ada dalam agama Hindu. Antara beberapa kepercayaan yang tidak
diterima adalah mereka tidak menerima sistem kasta dan juga konsep ketuhanan.

1.2.3 Pembawa Ajaran Buddha

Umum mengetahui bahawa sudah pasti setiap agama mesti ada yang membawa ajarannya.
Sebagai contoh yang umum semua tahu pembawa ajaran agama Islam sudah pasti baginda
Rasulullah S.A.W. Maka, berbeza dengan agama Buddha. Pembawa ajaran agama Buddha adalah
Sidharta Gautama. Yang mana Sidharta Gautama ini telah lahir dari kasta yang dinamakan sebagai
kasta Khsatriya yang berada pada abad ke-6 sebelum masihi ataupun boleh dibuat perkiraan yang
mana ia berada ketika tahun 563 sebelum masihi di India dan akhir kehidupan beliau sewaktu 483
sebelum masihi. Pembawa kepada ajaran agama Buddha ini iaitu Sidharta Gautama ada seorang
ayah yang diberi nama Sudhadana yang merupakan seorang raja yang mana beliau telah diberi
ramalan oleh ahli nujumnya yang beliau akan ada anak yang mana suatu hari nanti menjadi seorang
yang ternama dan Siddharta Gautama juga mempunyai mempunyai seorang ibu yang diberi nama
Maya. Sidharta Gautama ini sewaktu beliau hidup, beliau telah melihat beberapa peristiwa atau
perkara yang aneh seperti melihat orang yang menderita kerana sakit, kelemahan orang tua, melihat
pengusungan orang mati ke tempat pembakaran dan juga melihat tenangnya seorang rahib. Beliau
sangat pelik melihat peristiwa ini, kerana sebelum beliau mengembara beliau tidak pernah melihat
perkara sebegini.

1.2.4 Kitab Rujukan Agama Buddha

Umum juga mengetahui bahawa setiap agama sudah pasti akan ada kitab rujukan mereka.
Contohnya, di dalam agama Islam kitab rujukan mereka adalah Al-Quran dan Hadis. Maka, ia
berbeza dengan agama Buddha. Di dalam agama Buddha, kitab suci mereka dinamakan Tripitakan
yang membawa maksud tiga bakul kebijaksanaan. Oleh yang demikian, Tripitakan ini telah
dibahagikan kepada tiga iaitu yang pertama adalah Sutta-pittaka. Di dalam Sutta-pittaka ini,

7
terdapatnya beberapa isi atau elemen-elemen yang penting. Antaranya adalah perkara yang
berkaitan dengan disiplin dan juga meditasi yang mana ia dikhususkan hanya untuk penganut
agama Buddha sahaja. Kemudian, yang kedua pula adalah Vinaya-pittaka. Dan dalam Vinaya-
pittaka ini juga terdapat isi-isi penting seperti peraturan dan juga undang-undang sangha dan ia
khusus untuk rahib. Sangha adalah undang-undang tentang kehidupan seorang rahib. Yang ketiga
pula adalah Abidhama-pittaka. Antara elemen penting yang ada dalam Abidhama-pittaka ini adalah
tentang penjelasan dan juga huraian dhamma dan ia merupakan satu kitab tafsir yang khusus hanya
untuk golongan yang terpelajar.

1.2.5 Konsep Akidah Dalam Agama Buddha

Secara ringkasnya, konsep akidah dalam Aagama Buddha dinamakan sebagai Triatna.
Triatna ini merupakan satu istilah yang membawa maksud tiga permata atau dengan lebih jelas lagi
ia dikategorikan sebagai tiga pengakuan. Antara tiga pengakuan itu adalah yang pertama Buddham
saranam gacchami iaitu yang bermaksud saya berlindung dalam agama Buddha. Dalam hal ini, ada
suatu perkara yang sangat ditunggu oleh Buddha iaitu Amithaba kerana dalam Hasrat ingin menjadi
seorang Buddha, antara yang perlu dilakukan oleh mereka adalah dengan menjalani proses
kelahiran semula dan proses ini dicapai secara berperingkat. Pengakuan yang kedua adalah
Dhamman saranam gacchami iaitu saya berlindung dalam dhamma. Dalam dhamma ini, ada
beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh mereka kerana terdapat tiga dhamma iaitu dhamma
yang perlu mereka pelajari seperti pemahaman tentang ajaran Buddha. Kemudian, yang kedua
adalah dhamma yang perlu diamalkan oleh mereka seperti Latihan untuk badan dan dhamma yang
terakhir adalah mereka perlu mencapai dhamma ketika memperoleh keselamatan iaitu nirvana.

1.2.6 Definisi Penyucian Jiwa Menurut Agama Buddha

Dalam agama Buddha, proses penyucian jiwa adalah salah satu cara untuk mereka bebas
daripada tanha. Dan dalam proses penyucian jiwa ini terdapat lapan jalan atau jalan lapan lapis
mulia yang perlu mereka lakukan. Antaranya, yang pertama adalah mereka perlu ada kebenaran
terhadap pandangan mereka iaitu mereka perlu ada satu niat yang baik. Sebagai contoh, chong wei
ingin membuka satu pasaraya di Kuala Kangsar. Jalan yang kedua adalah, mereka perlu ada satu
kebenaran terhadap pemikiran mereka iaitu satu tujuan kepada niat yang baik. Sebagai contoh,
Chong Wei ingin membuka satu pasaraya kerana tiada pasaraya besar di Kuala Kangsar. Jalan yang
ketiga adalah mereka perlu ada kebenaran dalam percakapan mereka iaitu tidak menipu. Sebagai
contoh, Chong Wei tidak menipu sepanjang beliau membuka pasaraya di Kuala Kangsar. Jalan
yang keempat adalah perluanya ada kebenaran terhadap perbuatan mereka iaitu sentiasa membuat
kebaikan. Sebagai contoh, Chong Wei sentiasa jujur sepanjang beliau berniaga dan membuka

8
pasaraya tersebut. Jalan yang kelima adalah mereka perlu ada penghidupan yang benar iaitu dengan
sentiasa membuat kebaikan yang berganda. Sebagai contoh, Chong Wei sentiasa bersedekah
sepanjang beliau mendapat hasil atau keuntungan daripada berniaga. Jalan yang keenam adalah
mereka perlu wujudkan satu titik usaha yang benar dengan sentiasa melakukan perkara kebaikan
seperti tidak melakukan perkara-perkara dosa. Jalan yang ketujuh adalah mereka perlu ada
kebenaran dalam perhatian mereka dengan meninggalkan perkara-perkara dunia seperti zuhud dan
jalan yang terakhir iaitu yang kelapan adalah mereka perlu ada satu kebenaran dalam sifat
konsentrasi dengan mengasingkan diri serta tidak makan dan minum.

BAB 2

PERSAMAAN KONSEP PENYUCIAN JIWA ANTARA AGAMA ISLAM DAN AGAMA


BUDDHA

2.1 NAFSU SEBAGAI PENCETUS SIFAT-SIFAT NEGATIF ATAU PENDERITAAN.

Definisi nafsu menurut Imam Al-Ghazali, membawa dua pengertian iaitu pertama
bermaksud yang meliputi sifat marah dan hawa nafsu yang terbentuk dalam diri manusia yang
menjadi puncanya berlaku segala sifat kecelaan dalam diri manusia dan maksud yang kedua ialah
hakikat diri serta zat sebenar diri manusia itu sendiri. Ia merupakan suatu hasrat seseorang insan
untuk mencapai kemahuannya. Sedangkan dalam agama Buddha nafsu atau lebih dikenali sebagai
tanha yang bererti keinginan. Menurut Ajahn Brahm, nafsu bererti menginginkan sesuatu selain dari
apa yang sudah miliki.

Kedua-dua agama membawa erti nafsu yang sama iaitu keinginan untuk mendapatkan
sesuatu sama ada sesuatu yang buruk atau baik kerana setiap manusia dilahirkan mempunyai fitrah
semulajadi yang tersendiri yang ada kemahuan dan keinginan sesuatu dalam diri mereka. Kedua-
dua agama mengajar untuk melepaskan diri daripada kemahuan hawa nafsu ialah dengan
melakukan proses penyucian jiwa kepada Tuhan dengan melakukan amalan-amalan kebaikan.

2.1.1 Keinginan kepada Hiburan

Menurut agama Islam, berhibur hukumnya adalah harus dan perlunya kepada garis panduan
yang telah ditetapkan oleh agama agar ia tidak merosakkan akhlak dan maruah agama dan orang
Islam. Jika hiburan itu didalamnya ada unsur kemaksiatan ianya dilarang sama sekali dan boleh
jatuh hukumnya kepada haram. Berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian atau nyanyian

9
asalkan hiburan tersebut sama sekali tidak menyalahi hukum-hukum syara’ kerana Islam tidak
pernah menyekat naluri fitrah manusia selagi mana perkara tersebut tidak melalaikan dan
melaghakan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas ayat 55 :

‫ِا ِمَس‬
‫َو َذا ُعوا الَّلْغَو َاْع َرُض ْوا َعْنُه‬

Maksudnya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling
daripadanya.

Manakala menurut ajaran asal agama Buddha, berhibur memang tidak dibenarkan kerana
ianya termasuk dalam lima larangan yang perlu diikuti oleh penganut agama Buddha antaranya
termasuklah dilarang mendatangi tempat-tempat yang dipergunakan untuk hidupkan perkara
maksiat seperti tempat-tempat hiburan atau pertunjukan-pertunjukan. Mesej itu membawa maksud
bahawa agama Buddha melarang pengikut-pengikutnya hidup bermewahan dan suka berhibur. Hal
ini kerana hiburan akan menyebabkan manusia lalai dan melupakan tanggungjawabnya malah boleh
menjadikan seseorang itu tidak bermoral apabila terdapat aktiviti-aktiviti yang merosakkan ketika
berhibur.

Secara kesimpulannya, kedua-dua agama membolehkan untuk berhibur selagi mana hiburan
tersebut tidak melampaui batas dan hiburan itu juga jangan sampai kepada merosakkan maruah
manusia. Ianya perlu melihat kepada garis panduan agama yang telah ditetapkan sebelum berhibur
agar diri dan jiwa manusia ini terpelihara daripada perkara-perkara buruk.

2.1.2 Sifat Kesombongan

Secara pengertiannya sifat sombong adalah lahir daripada sifat ujub iaitu menggangap
dirinya sahaja yang betul dan meremehkan orang lain, merasa dirinya pandai dan tinggi dalam
semua perkara baik dari segi harta, pangkat atau kedudukan. Menurut agama Islam, Imam al-
Ghazali mengatakan sombong merupakan tingkah laku dan sifat yang memuji, mengagungkan dan
melihat diri sendiri sahaja yang lebih hebat daripada yang lain. Ia merupakan sifat mazmumah dan
tercela didalam agama sebaliknya orang yang memiliki sifat sombong ini, mereka mempunyai satu
penyakit iaitu penyakit hati. Berdasarkan al-Quran melalui surah Luqman ayat 18 :

ۚ ‫َواَل ُتَص ِّعْر َخ َّد َك ِللَّناِس َواَل ْمَتِش ىِف اَاْلْر ِض َم َرًح اۗ ِاَّن الّٰل َه اَل ِحُيُّب ُك َّل ْخُمَتاٍل َفُخ ْوٍر‬

Maksudnya : Dan janganlah kalian memalingkan wajah dari manusia(kerana sombong) dan
janganlah berjalan di bumi dalam keadaan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang
yang sombong dan memuji diri.

10
Manakala menurut agama Buddha, mereka juga melarang penganut agama mereka bersifat
sombong kerana dalam agama mereka mengajar dan mendidik manusia kepada kebaikan. Untuk
menghilangkan rasa sifat sombong dalam diri manusia, penganut Buddha disarankan untuk sentiasa
perbaiki diri dan menanamkan sifat kerendahan hati.

“ Bermeditasilah pada tanpa tanda(animitta) dan atasi kecenderungan kesombongan. Dengan


sepenuhnya memahami dan menghancurkan kesombongan engkau akan hidup dalam
kedamaian(tertinggi).” (Snp 2.11:Rahula Sutta)

2.2 SEGALA PERBUATAN YANG BURUK DALAM AGAMA.

Kedua-dua agama Islam ataupun Buddha telah menetapkan mana-mana manusia yang
melakukan perbuatan buruk akan mendapatkan balasannya. Bagi agama Islam balasannya adalah
dosa, manakala bagi agama Buddha akan dibalas dengan karma.

2.2.1 Meminum arak atau minuman yang memabukkan.

Arak atau minuman yang memabukkan adalah diharamkan, ianya bukan sahaja dalam
agama Islam bahkan menurut agama Buddha juga ianya dilarang. Menurut agama Islam, ianya telah
jelas dinyatakan dalam hadith Nabi SAW :

‫ُك ُّل َش َراٍب َأْس َك َر َفُه َو َح َراٌم‬

Maksudnya : “Semua yang memabukkan adalah haram”

Hadis Riwayat Bukhari(5263) dan Muslim(2001).

Sedangkan dalam agama Buddha juga melarang berkaitan arak kerana ia termasuk dalam
Lima Perintah(The Five Precepts) yang perlu diikuti ialah kesemua penganut agama Buddha iaitu
larangan meminum benda yang memabukkan.

Kedua-dua agama mengganggap bahawa arak atau minuman yang memabukkan boleh
memberi kesan kepada manusia lebih-lebih lagi melibatkan hati akan menjadi kotor dan fikiran
akan menjadi rosak serta mampu menghilangkan kesedaran dan kewarasan akal manusia. Oleh
sebab itulah kedua-dua agama melarang sekeras-kerasnya pengambilan arak atau minuman yang
memabukkan kerana akan memberi kesan yang buruk kepada manusia.

2.2.2 Homoseksual (LGBT)

11
Pengertian LGBT adalah singkatan daripada Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender.
Menurut Agama Islam, LGBT adalah satu perkara yang keji dan hina disisi agama kerana
disebabkan perbuatan itulah Allah SWT telah melaknat kaum umat Nabi Luth. Ianya adalah
perbuatan yang dilarang sekeras-kerasnya oleh agama Islam kerana ianya telah terpesong daripada
fitrah asal manusia. Islam dengan tegasnya melarang dan mengecam perbuatan yang tidak wajar
tersebut kerana bukan sahaja merugikan diri sendiri malah melahirkan sosial yang buruk di
kalangan manusia. Bukan itu sahaja ia boleh merosakkan hati dan jiwa manusia yang pada dasarnya
tetap dengan fitrah semulajadi tetapi disebabkan oleh hal-hal semasa mereka menjadi manusia yang
dilaknat oleh Allah SWT. Berpandukan hadis sahih daripada Nabi SAW :

‫ َفا ُلوا اْلَف اِع اْل ْف وَل ِبِه‬، ‫ِم ُلوٍط‬


‫َل َو َم ُع‬ ‫ْقُت‬ ‫َمْن َوَج ْد ُمُتوُه َيْع َم ُل َعَم َل َقْو‬

Maksudnya : “Jika kamu mendapati seseorang melakukan amalan kaum Lut, bunuhlah pelaku dan
orang yang dilakukan perlakuan itu.”

Menurut agama Buddha pula segala aktiviti LGBT tidak dibenarkan. Agama Buddha
memandang LGBT sebagai penyimpangan atau kelainan dari ajaran agama yang sebenar.
Homoseksual atau LGBT ini bertentangan dengan 8 sila dalam ajaran Buddha antara iaitu perlu
melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang sah bukannya sejenis dan songsang.

Menurut tokoh agama Buddha,

“LGBT itu perbuatan penyimpangan seksual. Ia adalah perbuatan jijik untuk dilihat dan
dalam kepercayaan kami ini sangat terlarang. Jadi kalau ianya perkara yang menyimpang maka
harus kita meluruskannya..”.(Buddha, 21 Juli 2017).

Secara kesimpulannya kedua-dua agama melarang keras perbuatan homoseksual atau LGBT
kerana padanya akan melahirkan manusia yang tidak bermoral dan terpesong daripada fitrah semula
jadi manusia yang diciptakan oleh Tuhan.

2.3 SEGALA PERBUATAN YANG BAIK AKAN DIBALAS DENGAN KEBAIKAN.

Kedua-dua agama menganjurkan umatnya untuk sentiasa melakukan kebaikan kerana setiap
amalan baik itu akan dibalas dengan kebaikan. Perbuatan yang baik akan mendidik akhlak dan
peribadi seseorang kearah yang lebih bermoral dan kehidupan yang diberkati. Disamping itu juga,
perbuatan yang baik mampu membersihkan hati dan jiwa manusia daripada kekotoran dosa.

2.3.1 Menerapkan akhlak dan moral yang baik.

12
Kedua-dua agama sangat mementingkan perilaku dan akhlak yang baik kerana ia merupakan
imej kepada agama masing-masing. Manusia yang berakhlak baik akan mencapai tahap
kesempurnaan jiwa yang bersih. Akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa manusia dengan
lahirnya perbuatan atau tingkah laku tanpa memerlukan kepada penelitian (Imam al-Ghazali, 2001).
Dalam agama Islam sangat menitikberatkan umatnya untuk mempunyai akhlak yang baik kerana
Islam sangat menjaga martabat dan maruah manusia melainkan manusia itu sendiri yang
merosakkannya. Masyarakat yang hidup tanpa akhlak akan merasai ketakutan dan tiada peluang
untuk bahagia (Asri, 2007).

Bagi penganut agama Buddha, manusia yang melakukan perbuatan buruk dan tidak
bermoral akan menjadikan seseorang itu jauh daripada ajaran Buddha yang tulen. Hal ini kerana
penganut agama Buddha adalah dikalangan mereka-mereka yang mempunyai sifat baik dan nilai
moral yang tinggi. Misalnya, sifat ihsan kepada manusia. Dalam ajaran Buddha menekankan sifat
ihsan kepada seluruh manusia tanpa melihat warna kulit, bangsa atau umur. Dengan penerapan sifat
ihsan tersebut akan membentuk sahsiah dan akhlak yang baik disamping mencapai kebahagiaan
dalam kehidupan.

2.3.2 Ibadah Puasa

Menurut agama Islam ibadah puasa adalah suatu kewajipan kepada setiap muslim yang
cukup syarat-syaratnya khususnya di bulan Ramadhan. Ia bertujuan sebagai melatih dan menahan
diri daripada percakapan yang sia-sia, melatih diri daripada melakukan hal-hal yang buruk, dapat
mengawal hawa nafsu serta dapat meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama.
Berpuasa juga dapat membentuk peribadi manusia yang sentiasa sabar dan mampu merawat jiwa
yang kotor.

Bagi pandangan Buddha pula untuk menyucikan diri dan memperbaiki diri adalah salah satu
caranya dengan melaksanakan puasa. Puasa dalam agama Buddha disebut dengan upasatha yang
bermaksud “masuk untuk berdiam” atau istilah lain ialah menahan diri. Tujuan berpuasa adalah
untuk mengawal diri manusia daripada tuntutan nafsu. Adapun juga berpuasa mampu
mengendalikan diri terhadap nafsu indera, dapat membersihkan fikiran dari hal-hal yang kotor
sehingga manusia itu merasai ketenangan dan kebahagiaan.

Secara jelasnya, kedua-dua agama menganjurkan umatnya untuk berpuasa dan merupakan
cara yang paling berkesan untuk menyucikan hati dan jiwa manusia. Walaupun kedua-dua agama
berpuasa dengan cara pengamalan yang berbeza tetapi dari segi matlamat dan tujuan kedua-duanya
adalah sama iaitu untuk menahan dan melatih diri manusia mengendalikan tuntutan nafsu serta
dapat membersihkan hati dan jiwa manusia daripada hal-hal keduniaan. Kedua-dua agama melarang
13
melakukan perbuatan yang buruk seperti bercakap bohong, berhibur, mencuri dan lain-lain lagi
ketika melaksanakan ibadah puasa.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak persamaan konsep penyucian jiwa antara agama
Islam dan agama Buddha kerana dalam setiap agama sudah ada jalan-jalan untuk mendekatkan diri
kepada Tuhannya. Ia bertujuan untuk membersihkan hati dan jiwa daripada segala kekotoran yang
boleh timbul penyakit hati jika ianya tidak dibersihkan dengan amal-amal kebaikan.

BAB 3

PERBEZAAN KONSEP PENYUCIAN JIWA ANTARA AGAMA ISLAM DAN AGAMA


BUDDHA

3.1 Perbezaan Kaedah/Cara Penyucian Jiwa Menurut Agama Islam dan Buddha

Menurut Agama Islam:

Agama Islam berkaitan kaedah penyucian jiwa adalah berdasarkan konsep ketuhanan yang
mempunyai dua ciri iaitu, yang pertama tentang Ketuhanan (Rububiyyah) dan yang kedua adalah
tentang Ketuhanan (Uluhiyyah). Jadi di sini dapat ditekankan bahawasanya manusia perlu kepada
Tuhan dalam kehidupan mereka. Ini adalah disebabkan oleh seseorang manusia itu yang
mempunyai fitrah semulajadi iaitu kepercayaan kepada sesuatu kuasa yang agung. Seterusnya,
melalui kepercayaan kepada Tuhan sahaja yakni Allah dapat menjadikan kehidupan seseorang
manusia itu lebih sempurna.

Adapun melalui kepercayaan kepada Tuhan yakni Allah akan menyebabkan seseorang
manusia akan menjauhkan diri dari segala perkara buruk. Maksud Rububiyyah di sini adalah
merupakan keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT yang memerintah serta
menguruskan semua perkara dan juga benda di atas dunia ini serta tiada pentadbir selain dari Allah
yang maha berkuasa lagi agung.

Adapun maksud Uluhiyyah di sini adalah tentang keyakinan dalam hati yang mutlak
bahawasanya Allah SWT yang maha agung dan patut disembah, ditaati serta dituruti seikhlas-
ikhlasnya. Jadi kaedah yang digunakan di sini adalah lebih kepada kaedah pengabdian diri kepada
Tuhan serta dalam melakukan Ibadat. Selain itu, terdapat juga pelbagai cara ataupun kaedah yang
dapat diguna pakai dalam bagi mencapai tahap penyucian jiwa menurut Islam.

14
Di antara cara atau kaedahnya adalah dengan melaksanakan ibadah yang diutuskan kepada
manusia melalui utusan Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW. Contoh ibadah yang boleh
dilakukan adalah melaksanakan solat, haji, zakat, puasa, sedekah, melakukan amal soleh dan
sebagainya. Perbuatan ini bukan sahaja dapat menyucikan jiwa seseorang manusia itu malah akan
disukai oleh Allah SWT dan mendapat rahmatNya di dunia mahupun di akhirat kelak.

Apabila seseorang itu melakukan solat dengan ikhlas serta mengamalkan zikir kepada Allah
maka dapat membersihkan hatinya dari segala perkara kotor yakni dosa-dosa yang lalu. Apabila
seseorang manusia itu melakukan amal yang baik contohnya menolong orang yang susah maka
akan tercatitnya pahala kepadanya serta akan membantu mereka membersihkan hati dan fikiran
mereka dari segala sifat-sifat buruk dan dosa-dosa, sehinggakan dapat lebih dekat dengan Allah
SWT dan dapat hidup dalam keberkatan.

Menurut Agama Buddha:

Agama Buddha yang berkaitan dengan penyucian jiwa adalah kaedah yang diguna pakai
lebih kepada melatih diri untuk menjadi insan atau manusia yang lebih baik. Dalam agama Buddha,
fokus atau tujuan mereka lebih tertumpu untuk melakukan sesuatu amalan yang melibatkan perkara
kebajikan dan yang membawa kepada kebaikan dalam kehidupan mereka. Terdapat banyak kaedah
penyucian jiwa yang dipraktikkan dalam agama Buddha. Oleh sebab itu, di sini akan tertumpu
kepada kaedah penyucian jiwa yang dilakukan oleh penganut agama Buddha yang menggunakan
kaedah Lapan Jalan atau Lapan Jalan Lapis Mulia (The Eight Fold Paths). Kaedah Lapan Jalan
Lapis Mulia ini membawa maksud jalan atau cara untuk keluar dan bebas daripada tanha. Di sini,
tanha membawa maksud keinginan, keperluan atau kemahuan iaitu yang menginginkan sesuatu
yang sentiasa tidak putus. Dalam kata lain, ia adalah nafsu yang selalu inginkan sesuatu. Jadi,
Lapan Jalan adalah seperti berikut:

a. Pandangan yang benar (Perkara baik yang perlu dibuat)


b. Pemikiran yang benar (Niat yang baik)
c. Percakapan yang benar (Tidak bercakap bohong)
d. Perbuatan yang benar (Amanah dalam perbuatan)
e. Penghidupan yang benar (Perkara baik seperti sedekah, wakaf)
f. Usaha yang benar (Proses penahanan diri dari melakukan dosa)
g. Perhatian yang benar (Hidup secara sederhana)
h. Meditasi / Konsentrasi yang benar (Meninggalkan urusan dunia)
Untuk itu, seandainya para penganut agama Buddha mengamalkan kaedah Lapan Jalan ini,
maka mereka akan sampai ataupun mencapai kepada suatu tahap penyucian atau ketenteraman jiwa

15
yang tinggi iaitu seperti yang telah dijanjikan oleh para ulama’ Buddha mereka yang dikenali
sebagai Bikkhu. Selain daripada itu juga, di dalam agama Buddha juga turut menekankan kaedah
menjaga kebajikan yakni melakukan perkara yang membawa manfaat bagi orang lain dan juga
melatih seseorang penganut itu menjadi seorang yang dermawan. Kaedah tersebut merupakan salah
satu kaedah untuk menyucikan jiwa yang dipraktikkan bagi menghindari dari segala sifat ego dan
angkuh dalam diri setiap penganut agama Buddha ini.

Di samping itu, kaedah penyucian jiwa menurut agama Buddha juga ialah dengan
melakukan tiga hal utama iaitu melakukan dipanggil Sila (moral), Samadhi (konsentrasi) dan Prajna
(kebijaksanaan). Adapun dengan melakukan tiga perkara tersebut, seseorang penganut itu akan
mencapai kepada keadaan penyucian jiwa yang disebut ‘Nirvana’. Nirvana di sini adalah
bermaksud tiada lagi kelahiran semula. Ia merupakan keadaan di mana seseorang itu bebas daripada
cengkaman hukum karma Samsara.

3.2 Perbezaan Matlamat Penyucian Jiwa di antara Agama Islam dan Agama Buddha

Menurut Agama Islam:

Dari pandangan ataupun perspektif agama Islam, penyucian jiwa ini dilakukan untuk
mendapat ganjaran yang dijanjikan olehNya serta untuk mendapat keredhaan dan rahmat Allah
SWT. Ini kerana jika hati atau jiwa seseorang itu bersih dari segala perkara buruk maka untuk
melakukan ibadah dan takwa kepada Allah SWT akan mudah untuk dilaksanakan. Allah SWT juga
telah menjanjikan ganjaran atau nikmat syurga yang tersergam indah dan mewah bagi golongan
manusia atau muslim yang sentiasa mencari jalan untuk mendapat redhaNya.

Apabila seseorang muslim itu mendapat redha atau rahmat Allah maka jalannya untuk
menuju ke syurga yang dijanjikan Allah SWT adalah berada pada jalan yang betul. Seperti yang
sudah sedia maklum, syurga merupakan sebaik-baik dan sebesar-besar ganjaran kepada umat Islam
yang tidak mengenal putus asa untuk mendapat keredhaan Ilahi.

Di samping itu juga, matlamat umat Islam yang menekankan aspek penyucian jiwa ini untuk
mendapat ganjaran syurga dari Allah SWT tidak akan sesekali terlepas dari perhatian yang Maha
esa. Di mana, setiap perbuatan yang dilakukan selari dengan niat yang Ikhlas pasti akan diberi
ganjaran oleh Allah SWT samada diberi di dunia atau lebih-lebih lagi di akhirat.

Oleh sebab itu, umat Islam perlu melatih diri masing-masing supaya menjauhi dari segala
sifat dan prasangka buruk kepada Allah SWT. Umat Islam harus pasakkan dalam hati mereka sifat
keyakinan dan kepercayaan yang penuh dalam hati mereka kepada Allah SWT. Ini adalah selari

16
dengan konsep penyucian jiwa untuk membersihkan hati dari segala perkara keburukan dan
mazmumah.

Selain itu juga, seperti yang sedia maklum syurga ini juga merupakan tempat yang kekal
abadi bagi golongan yang sentiasa istiqamah dalam melaksanakan ibadat mereka yang dilakukan di
dunia ini. Di sini, dapat diperhatikan bahawa setiap umat Islam masing-masing berlumba-lumba
dalam mengejar ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah berlipat kali ganda. Tujuannya adalah
tidak lain dan tidak bukan untuk mencapai syurga yang menjadi satu impian bagi setiap individu
Muslim. Untuk itu, di sini jelaslah bahawa setiap muslim mempunyai matlamat yang sama iaitu
untuk menggapai ganjaran syurga oleh Allah SWT.

Menurut Agama Buddha:

Dalam agama Buddha, ia adalah berbeza matlamatnya dengan agama Islam. Ini kerana
dalam ajaran agama Buddha ingin membawa atau menggerakkan penganutnya ke arah satu
destinasi yang dinamakan untuk mencapai Nirvana (puncak nikmat yang tertinggi). Selain itu juga
untuk mengelakkan dari segala penderitaan atau kesengsaraan serta mencapai pencerahan atau
kebijaksanaan yang sejati. Nirvana ini juga adalah keadaan di mana seseorang itu bebas daripada
cengkaman hukum karma Samsara (kelahiran semula).

Nirvana dalam agama Buddha ini juga diibaratkan sebagai perasaan puas hati, penuaian atau
pengabulan dalam sesuatu perkara. Yang mana perkara tersebut tidak dapat dijelaskan dan
diterangkan, tidak dapat dilihat serta dibayangkan. Untuk lebih faham bahawa Nirvana ini
merupakan satu proses atau keadaan di mana kelahiran semula yang dipercayai oleh agama Buddha
akan terhenti yang dipanggil juga sebagai situasi kepuasan dan pengabulan bagi penganut agama
Buddha.

Konsep Nirvana ini juga merupakan kebahagiaan dalam tingkat tertinggi dalam melibatkan
pencapaian bagi penganut agama Buddha. Ia juga dapat diumpamakan dengan sesuatu kebahagiaan
yang luar biasa yang dicapai oleh seseorang penganut Buddha itu. Konsep Nirvana juga terdapat
maksud yang khusus dalam menggambarkan akhir proses yang terjadi dalam diri seseorang manusia
itu. Hal ini juga kerana Nirvana ini berbeza jika dibandingkan dengan konsep syurga ataupun
neraka bagi umat Islam.

Untuk mudah faham, Nirvana adalah merupakan satu konsep dalam agama Buddha yang
merujuk kepada keadaan pencerahan dan pembebasan dari penderitaan. Ia adalah keadaan bebas
daripada semua keinginan dan keterikatan, mencapai rasa damai, kebahagiaan dan kebijaksanaan

17
yang mendalam. Dalam erti kata lain, ia merupakan matlamat akhir agama Buddha dan keadaan
kesedaran tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang manusia yang menganut agama Buddha ini.

3.3 Perbezaan Kaedah Puasa antara Agama Islam dan Agama Buddha

Menurut Agama Islam:

Setiap umat Islam wajib berpuasa jika sudah memenuhi syarat puasa. Puasa juga merupakan
antara salah satu kaedah dalam aspek penyucian jiwa menurut Islam. Puasa ini juga bertujuan untuk
menghalang seseorang itu dari hawa nafsu yang menghasut seseorang ke arah melakukan maksiat.
Oleh itu, puasa adalah untuk menjaga manusia menahan daripada melakukan dosa kepada Allah
SWT. Puasa ini juga merupakan salah satu strategi yang paling berkesan untuk melawan hawa
nafsu. Puasa juga melatih dan mendidik jiwa setiap muslim itu sifat sabar kerana sifat ini
merupakan antara yang disukai oleh Allah.

Adapun kaedah puasa bagi agama Islam contohnya melalui objektif puasa adalah yang mana
puasa menurut agama Islam bertujuan untuk membina kesabaran, taqwa dan untuk
memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT. Melalui amalan berpuasa yang dilakukan,
seseorang muslim yang memperbanyakkan amalan ibadatnya ketika berpuasa akan mendekatkan
dirinya lagi dengan Allah SWT. Puasa juga mengajar seseorang muslim itu menanam sifat taqwa
dalam diri mereka.

Seterusnya, kaedah yang lain juga ialah tentang jenis makanan yang diambil semasa berbuka
puasa yang mana menurut Islam, makanan yang diambil semasa berbuka puasa (iftar) tidak
mempunyai atau meletakkan had tertentu. Akan tetapi disarankan untuk mengambil makanan yang
ringan dan seimbang. Contohnya, berbuka dengan buah kurma dan segelas air sudah memadai.

Selain itu, dalam Islam waktu puasa dilakukan pada bulan Ramadhan, yang bermula pada
tarikh yang berbeza setiap tahun mengikut calendar Islam. Manakala cara berpuasa bagi umat Islam
ialah dengan menahan diri daripada makan, minum, berhubungan seksual dan melakukan
melakukan beberapa perbuatan lain bermula dari fajar hingga senja. Untuk mudah difahami, puasa
adalah untuk menahan diri kita daripada melakukan maksiat dan dosa. Dalam agama Islam, tempoh
puasa adalah berlangsung selama sebulan penuh (puasa wajib). Iaitu bermula dari fajar hingga senja
setiap hari selama bulan Ramadhan. Dan terakhir sekali, melibatkan pelaksanaan puasa yang mana
dalam Islam puasa dianggap sebagai kewajiban bagi setiap muslim dewasa yang sihat tubuh badan
dan mentalnya.

Menurut Agama Buddha:

18
Puasa merupakan salah satu perkara praktikal yang umum dilakukan dalam banyak agama,
ini termasuklah dengan agama Buddha. Dalam agama Buddha, pelaksanaan puasa dapat dianggap
sebagai salah satu bentuk upaya bagi mengendalikan dan membersihkan fikiran dan tubuh
seseorang manusia itu, sehingga dapat membantu dalam pelaksanaan meditasi dan dalam
pencapaian pencerahan.

Walau bagaimanapun, ada terdapat perbezaan dalam perlaksanaan puasa antara agama
Buddha dengan agama-agama lain. Dalam agama Buddha, puasa tidak dianggap sebagai kewajiban,
melainkan sebagai pilihan individu tersebut yang disandarkan kepada kebijaksanaan dan kesedaran
diri. Selain itu juga, puasa menurut agama Buddha tidak dianggap sebagai cara untuk memperoleh
berkat atau pahala, melainkan sebagai sebahagian dari usaha untuk memperoleh kebijaksanaan dan
pemahaman tentang Dhamma.

Dalam tradisi Theravada, puasa sering dilakukan sebagai sebahagian dari pelaksanaan
meditasi dan pembelajaran. Contohnya, pada bulan purnama, para biksu dan bikkhuni melakukan
uposatha, iaitu hari raya ketika mereka berkumpul untuk melakukan puasa, meditasi dan belajar
Dhamma. Selain itu, dalam pelaksanaan meditasi Vipassana, puasa dapat membantu mengurangi
gangguan fikiran dan meningkatkan konsentrasi. Puasa dalam agama Buddha juga diingatkan
bahawa puasa harus dilakukan dengan bijaksana dan seimbang. Tidak boleh dilakukan secara
berlebihan dan merugikan kesihatan tubuh badan.

Adapun objektif puasa dalam agama Buddha bertujuan untuk memperbaiki keseimbangan
rohani, mental dan fizikal, serta untuk mengembangkan kesedaran dan kawalan diri. Dalam agama
Buddha, makanan yang diambil semasa berbuka puasa tidak boleh mengandungi daging, ikan, telur,
bawang putih atau bawang besar. Seterusnya, waktu puasa dalam agama Buddha boleh dilakukan
pada bila-bila masa sahaja yang dipilih oleh individu tersebut. Adapun cara berpuasa bagi agama
Buddha ialah puasa bermaksud menahan diri dari daripada makan pada waktu tertentu, tetapi masih
boleh minum air. Kemudian, tempoh puasa bergantung kepada individu yang melakukan puasa,
boleh berlangsung selama beberapa jam atau beberapa hari.

Terakhir sekali, puasa dalam agama Buddha adalah pilihan dan dilakukan oleh orang yang
ingin meningkatkan kesedaran spiritual mereka. Secara kesimpulannya, meskipun kedua agama
mempunyai konsep puasa, namun terdapat perbezaan dalam pelaksanaannya. Puasa dalam agama
Islam lebih teratur dan mempunyai pengaruh sosial yang besar, sedangkan dalam agama Buddha,
puasa dilakukan secara individu dan lebih fokus pada tujuan spiritual.

19
20
KESIMPULAN

Islam adalah agama yang lengkap dari segi perbuatan, percakapan dan sebagainya atau dgn
kata lainnya islam agama yang mempunyai segala peraturan di dalam segala hal supaya
penganutnya selamat di dunia dan akhirat. Selain itu, islam mementingkan penyucian jiwa kerana
dengan cara ini dapat mendekatkan diri hambanya dengan sang pencipta. Oleh yang demikian,
terdapat banyak persamaan konsep penyucian jiwa antara agama Islam dan agama Buddha kerana
dalam setiap agama sudah ada jalan-jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya. Ia bertujuan
untuk membersihkan hati dan jiwa daripada segala kekotoran yang boleh timbul penyakit hati jika
ianya tidak dibersihkan dengan amal-amal kebaikan. Walaupun kedua-dua Islam dan Buddhisme
berkongsi beberapa persamaan dalam pendekatan mereka terhadap penyucian jiwa, terdapat juga
perbezaan yang ketara antara keduanya. Islam menekankan kepentingan mengikuti ajaran al-Quran
dan Nabi Muhammad, memohon keampunan untuk dosa seseorang, masyarakat dan tanggungjawab
sosial, iman dan kepercayaan kepada Allah, dan akhirat. Sebaliknya, agama Buddha menekankan
amalan meditasi dan kesedaran, konsep karma, pembangunan rohani individu, tanggungjawab
peribadi, dan mencapai pencerahan pada masa sekarang.

21

Anda mungkin juga menyukai