Anda di halaman 1dari 24

BAB II

KONSEP AKAUNTABILITI DALAM ISLAM DAN HINDU

2.1 PENGENALAN

Bab kedua ini akan membicarakan tentang konsep ketuhanan dari sudut definisi. Selain
daripada itu, bab ini juga akan membincangkan tentang pandangan agama tentang Tuhan.
Antara agama-agama yang akan membincangkan tentang konsep ketuhanan ini termasuklah
kepercayaan agama Islam, agama Hindu, agama Taoisme, agama Animisme dan agama
Kristian. Maksud akauntabiliti adalah sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan,
justifikasi dan sebagainya yang diperlukan.

Oleh yang demikian, terdapat pelbagai definisi Tuhan yang berbeza mengikut anutan
agama masing-masing. Maksud Tuhan sebenarnya mempunyai dua maksud yang utama.
Pertama adalah sesuatu iaitu seperti dewa dan sebagainya yang dipuja oleh golongan manusia
yang agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kepada Tuhan yang Esa.
Kedua ialah Allah yang mencipta alam semesta. Tuhan yang Maha Satu iaitu tunggal1

Oleh itu, Katavul adalah bermaksud Tuhan2. Tuhan adalah seseorang atau sesuatu
dewa, betara atau dewata yang disembah dan dianggap mempunyai kuasa diatas alam ini dan
mengawal urusan manusia lalu dilambangkan dalam bentuk kayu, batu dan lain-lain. Tuhan
juga dikenali sebagai pencipta dan pemerintah seluruh alam. Tuhan adalah Allah s.w.t3.

Oleh yang demikian, Tuhan ialah makhluk atau kuasa halus yang dipercayai
mempunyai kuasa ke atas semua alam tabii dan mengawal semua hal ehwal manusia. Dewa
turut dikenali sebagai Tuhan. Istilah Tuhan turut digunakan dalam berbagai-bagai agama
terutama sekali agama Kristian, Yahudi serta Islam4. Menurut Kamus Am, Tuhan merupakan
sesuatu seperti dewa yang dipuja oleh golongan manusia yang agama kepercayaan mereka
tidak berasaskan kepada Tuhan yang Maha Esa. Kedua, Allah s.w.t atau Tuhan merupakan
pencipta yang mencipta alam semesta5.
1
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Perpustakaan Negara Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan
Keempat 2013.

2
Kamus Tamil Melayu. Perpustakaan Negara Malaysia. Kamus Dewan Cetakan Pertama 2013.
3
Kamus Dwibahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka 1979. Cetakan kesepuluh 1995
4
Oxford Fajar. 2000. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
5
Kamus Am. 1995. Crescent News (KL) Sdn. Bhd
Selain itu, Allah juga merupakan Tuhan pencipta sekalian alam. Dewa atau Tuhan
ialah sesuatu yang dipuja oleh golongan yang tidak percaya kepada Tuhan yang Maha Esa 6.
Dewa adalah Tuhan yang didalam bentuk patung berhala manakala Tuhan itu Allah s.w.t
menurut penganut agama Islam7.

Berdasarkan makna-makna diatas jelas menunjukkan bahawa maksud Tuhan


mempunyai dua makna yang berbeza. Pertama adalah maksud Tuhan menurut penganut
agama Islam dan yang kedua adalah maksud Tuhan menurut mereka yang menyembah dewa
dan sebagainya. Ia digambarkan dalam keadaan yang mempunyai bentuk, warna serta
berjisim sedangkan Allah s.w.t ialah Tuhan yang mencipta manusia serta seluruh alam tidak
berjisim dan menyerupai apa-apa sekalipun. Allah s.w.t itu Maha Satu dan Maha Kuasa
kerana mampu mencipta segalanya serta menyempurnakan sesuatu dengan kudrat-Nya.

2.2 KONSEP AKAUNTABILITI MENURUT PANDANGAN AGAMA

Kepelbagaian agama di muka bumi ini memberikan definisi yang berbeza didalam
mendefinisikan tentang Tuhan-tuhan mereka. Mereka mempercayai Tuhan berdasarkan
ajaran agama mereka. Lalu disenaraikan beberapa pendapat agama-agama tentang Tuhan
yang mereka percayai dan anuti secara umum. Selain itu, pandangan agama Islam dan Hindu
secara khususnya akan dijelaskan secara menyeluruh berdasarkan kepada fokus utama kajian.

2.2.1 KONSEP AKAUNTABILITI ISLAM

Islam merupakan satu-satunya agama yang benar didunia ini. Agama ini merupakan ajaran
Tauhid Allah s.w.t yang disebarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada seluruh umat
manusia. Firman Allah s.w.t didalam kitab-Nya:

           
        

Maksudnya:

“Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: "Sekali-kali tidak akan masuk syurga
kecuali orang-orang (yang beragama) Yahudi atau Nasrani". demikian itu (hanya) angan-
angan mereka yang kosong belaka. Katakanlah: "Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu
adalah orang yang benar”
6
Kamus Pelajar Delta. 1988. Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd
7
Kamus Inggeris Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka 1995. Cetakan Kedua 1997
Al-Baqarah (2): 111

        


       

Maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan
janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata
bagimu”

Al-Baqarah (2): 208

          
           
     

Maksudnya:

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih
orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka,
kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat
Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya”

Ali Imran (3): 19

SEJARAH PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM

Agama Islam bermula daripada masyarakat Arab sebelum Islam. Penduduk Arab
sebelum Islam menganut pelbagai kepercayaan dan agama. Agama yang dianut terdiri
daripada agama samawi, iaitu Kristian dan Yahudi, ajaran Nabi Isa dan Musa a.s serta agama
hanif hasil ajaran Nabi Ibrahim a.s. Manakala kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan
adalah seperti menyembah berhala, api, matahari, pokok, patung-patung dewa dan sebagainya
yang dipanggil amalan jahiliah. Mereka mengamalkan cara hidup bebas. Berzina, minum
arak, berjudi dan perbuatan-perbuatan haram yang lain sudah menjadi darah daging.
Kehidupan mereka diselubungi kegelapan sepanjang masa.
Perkataan jahiliah dari sudut etimologinya berasal daripada kata kerja bahasa Arab
jahila bererti jahil, bodoh dan tidak berilmu pengetahuan. Dari segi terminologinya pula,
perkataan jahiliah merujuk kepada kejahilan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam dari
sudut akhlak serta keagamaan kerana di dalam bidang-bidang lain seperti perniagaan, binaan,
kesusasteraan dan sebagainya telah pesat membangun. Istilah ini juga sememangnya sinonim
dengan masyarakat Arab yang digelar sebagai masyarakat Arab jahiliah.

Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w lahir pada 12 rabiul awal tahun gajah dari kalangan
bangsa Arab Quraisy. Sifatnya yang jujur dan amanah menyebabkan Baginda dikenali
sebagai al-amin iaitu yang jujur di kalangan masyarakat ketika itu. Pada 17 ramadhan
Baginda menerima wahyu yang pertama daripada Allah s.w.t sekaligus perlantikan rasmi
Baginda sebagai Pesuruh-Nya. Kemunculan Nabi Muhammad s.a.w yang diutus oleh Allah
s.w.t sebagai Pesuruh-Nya menyampaikan risalah agama yang benar ke seluruh alam.
Sebelum Baginda menyebarkan dakwah kepada masyarakat, Baginda berdakwah kepada ahli
keluarga, saudara rapat dan kenalan akrabnya terlebih dahulu secara rahsia. Antara mereka
yang didakwah oleh Baginda adalah isteri Baginda, Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi
Talib, Zaid bin Harith dan lain-lain.

Oleh yang demikian, selepas berdakwah secara rahsia, Baginda mula menjalankan
kegiatan dakwah secara terang-terangan. Baginda berusaha menjalankan dakwah di Makkah
yang bertemakan Tauhid iaitu mengesakan Allah s.w.t dan menentang segala bentuk syirik
atau khurafat. Selepas menyebarkan dakwah di Makkah, Baginda menuju ke Madinah dan
menyampaikan dakwah disana pula. Di Madinah, usaha-usaha dakwah Rasulullah s.a.w
mencapai kejayaan apabila dakwah Baginda diterima oleh masyarakat setempat. Lalu
Baginda menggariskan beberapa perkara penting untuk mencapai kehidupan selesa dan
kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Perkara-perkara tersebut adalah membina dan
menyusun masyarakat serta negara Islam. Kemudian memelihara serta mempertahankan
masyarakat dan negara Islam. Bagi melaksanakan usaha-usaha tersebut, Baginda
menggariskan dua perjanjian iaitu perjanjian Aqabah pertama dan perjanjian Aqabah kedua.
Antara isi kandungan perjanjian Aqabah pertama adalah masyarakat Madinah berikrar tidak
mensyirikkan Allah s.w.t dengan sesuatu yang lain, mencuri, berzina, membunuh anak
perempuan dan sebagainya. Manakala isi kandungan perjanjian Aqabah termasuklah
mempersaudarakan orang Muhajirin dan Ansar. Baginda turut meletakkan prinsip dan dasar
pemerintahan Islam iaitu pembentukan Piagam Madinah.
Sehubungan itu, segalanya berjalan lancar seperti yang telah dilakukan. Selepas
kewafatan Nabi Muhammad s.a.w kegiatan dakwah masih berjalan lancar kerana disambung
oleh sahabat-sahabat Baginda yang digelar Khulafa’ ar-Rashidin. Mereka turut memimpin
dan menganggotai urusan pentadbiran hal ehwal negara. Berkat usaha Baginda dan sahabat-
sahabat Baginda itulah Islam masih lagi kukuh dan terus bersinar sehingga ke hari ini8

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Agama Islam merupakan agama yang berlandaskan Tauhid. Tauhid menurut Islam
ialah Tauhid I’tiqad-ilmi iaitu keyakinan dan Tauhid amali-suluki bermaksud tingkah laku
praktis. Istilah lain adalah dua ketauhidan yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama yang
lain, iaitu Tauhid dan bentuk ma’rifat bermakna pengetahuan, istbaat bermaksud penetapan
dan i’tiqaad adalah keyakinan, qasd adalah tujuan serta iradah adalah kehendak.

Oleh itu, keimanan seseorang tidak akan diterima di sisi Allah selama tidak
mentauhidkan Allah swt dengan yakin, bermaksud beriman bahawa Allah swt itu Satu, yang
Esa dalam Zat melalui sifat-sifat dan perbuatan- perbuatanNya. Tidak ada sekutu dan tidak
ada yang menyerupai-Nya serta tidak beranak dan diperanakkan.

Oleh yang demikian, ilmu Tauhid dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian.
Antaranya Tahuhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah serta Tauhid Asma’ Wa Sifat. Tahuhid
Rububiyyah ialah keyakinan bahawa Allah adalah Tuhan langit dan bumi, pencipta semua
makhluk dan penguasa seluruh alam. Tidak ada sekutu dalam kekuasaan-Nya dan tidak ada
pembuat dalam hukum-hukum-Nya. Hanya Dia satu-satunya Tuhan bagi segala sesuatu, satu-
satunya pemberi rezeki kepada semua makhluk serta pengendali segala urusan. Hanya Dia
yang mengangkat dan menjatuhkan martabat manusia. Pemberi manfaat dan pembawa
bencana. Dia yang menganugerahi kemuliaan dan kehinaan. Tidak aka nada yang mampu
memberi manfaat dan mudarat kepada diri sendiri mahupun orang lain kecuali atas izin dan
kehendak-Nya.

Konsep Tauhid Rububiyyah ini hanya diingkari oleh orang-orang materialistik iaitu
golongan yang tidak percaya akan wujud Allah seperti ad-dahriyyin, atau istilahnya adalah
atheism pada masa lalu dan komunisme adalah gelaran pada masa sekarang. Fahaman ini
ialah fahaman yang sama aliran dengan materialism serta merupakan aliran dualism. Firman
Allah s.w.t:

8
Universiti Malaya. 2001.Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya. Hlmn. 39-40
         
       

:Maksudnya

“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan
langit dan bumi?" tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah : "Segala puji bagi
Allah" tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”

Luqman (31): 25

Seterusnya, Tauhid Uluhiyyah ialah pengesaan Allah s.w.t dalam peribadatan,


kepatuhan, dan ketaatan secara mutlak. Tidak menghambakan diri kepada selain daripada
Allah serta tidak pula mempersekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain. Sama ada yang di
bumi mahupun yang ada di langit. Ketauhidan tidak akan tercapai selagi ianya tidak
bergabung dengan tauhid rububiyyah. Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah harus
digabung untuk mencapai ketauhidan yang sebenar9. Kalam Allah s.w.t:

           
     

Maksudnya:

“Kuasa Allah yang demikian itu, adalah kerana sesungguhnya Allah, dialah (Tuhan)
yang Haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain dari Allah itulah yang batil,
dan sesungguhnya Allah, dia lah yang Maha Tinggi lagi Maha besar”

Al-Hajj (22):62

Sehubungan itu, Tauhid Asma’ Wa Sifat adalah keyakinan yang benar akan nama-
nama dan sifat-sifat Allah s.w.t. Konsep Asma’ Wa Sifat menjelaskan tentang keterangan
nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t tanpa keraguan yang disampaikan oleh Allah melalui
utusan-Nya iaitu Rasulullah s.a.w. Kemudian penerangan bahawa nama serta sifat Allah s.w.t
itu harus merujuk pada apa yang telah Dia tetapkan dan tidak dibenarkan menyamakan nama
dan sifat-Nya dengan sesuatu yang lain. Malahan, manusia juga tidak dibenarkan sama sekali
9
Prof. Dr. Yusuf Qardhawi. 2002. Hakikat Kewujudan Allah. Yayasan Dakwah Islam Malaysia. 132-134
untuk menggunakan nama atau sifat yang hanya layak untuk Allah yang Maha Satu sahaja.
Sesungguhnya Allah s.w.t itu akan menafikan jika ada sesuatu yang menyerupai-Nya dan Dia
menetapkan bahwa Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Maka Dia diberi nama
dan disifati dengan nama dan sifat yang Dia berikan untuk diri-Nya sahaja serta nama dan
sifat yang disampaikan oleh Rasul-Nya.

Oleh yang demikian, dengan menghayati serta mendalami akan konsep Tauhid Allah
s.w.t ini jelas menunjukkan bahawasanya Dia lah Tuhan sekalian alam yang hanya layak
disembah dan tiada satu apa pun yang boleh menyerupai akan kekuasaan-Nya. Sesungguhnya
Allah s.w.t itu Maha Agung dan Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya. Beriman
dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t akan dapat meningkatkan tahap keimanan
kepada Allah s.w.t sekaligus mengubati jiwa-jiwa manusia di saat mereka hanyut dan lalai
dengan nikmat dunia.

KONSEP AJARAN

Agama Islam mengandungi dua sumber rujukan utama. Pertama adalah al-Quran. Para
ulama’ telah mendefinisikan al-Quran sebagai Kitab Allah s.w.t yang mempunyai mikjizat,
diturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w dalam bahasa Arab lalu ditulis didalam bentuk
mushaf, dimulai dengan surah al-Fatihah serta diakhiri dengan surah an-Nas. Seterusnya
disampaikan kepada manusia daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain secara
berperingkat sehingga ia diyakini bebas daripada sebarang keraguan sama ada dari sudut
penambahan atau kekurangan. Malahan, tindakan membacanya sekalipun tanpa niat tetap
dianggap sebagai ibadat10. Sememangnya Al-Quran menjadi rujukan utama manusia
khususnya masyarakat yang beragama Islam dalam aspek ekonomi, sosial, akidah, akhlak,
tauhid, perkahwinan dan sebagainya.

Sehubungan itu, sumber rujukan yang kedua merupakan Sunnah ataupun Hadis
Rasulullah s.a.w. Ulama’ bersepakat menyatakan bahawa Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai
setiap perkara yang berasal daripada Rasullulah s.a.w selain daripada al-Quran. Ia hadir
dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun perakuan Baginda yang boleh menjadi asas

10
Artikel Sumber-sumber Hukum Islam yang Disepakati melalui Al-Quran dan Sunnah
kepada penentuan hukum. Kesahihan Sunnah sebagai sumber hukum telah ditegaskan sendiri
oleh Allah s.w.t dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t:

       


           
          

Maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri
di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar
beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih
baik akibatnya”

An-Nisa’ (4):59

Ajaran aqidah Islam menerapkan konsep rukun Islam serta rukun Iman di dalam hati
umatnya. Rukun Islam mengandungi lima prinsip utama. Pertama adalah mengucap dua
kalimah syahadah. Mengucap dua kalimah syahadah ialah pengakuan seseorang Muslim
bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w
itu pesuruh Allah. Ia adalah kunci pembuka bagi seorang manusia yang terbuka pintu hati
menerima Islam sebagai cara hidupnya. Syahadah juga prinsip yang wajib diimani oleh setiap
Muslim11

Seterusnya adalah solat lima waktu. Secara etimologinya solat bererti doa. Solat
merupakan ibadat yang merangkumi perkataan dan perbuatan, dimulakan dengan takbiratul
ihram sehingga diakhiri dengan ucapan salam. Ritual agama Islam ini sangat agung
kedudukannya dan balasan yang setimpal akan dikenakan bagi mereka yang mengingkarinya.
Firman Allah s.w.t:

        


        

Maksudnya:

11
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2008. Apa Itu Islam. PTS Islamika Sdn Bhd. Hlmn. 8-9
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan
solat dan menunaikan zakat. Dan yang demikian itulah agama yang lurus”

Al-Bayyinah (98): 5

Prinsip ketiga adalah berpuasa di bulan ramadhan. Dari sudut terminologi, puasa
adalah menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa. Salah satunya ialah makan
dan minum di siang hari dengan sengaja, bersetubuh, muntah dengan sengaja, keluar haid dan
nifas serta sebagainya. Islam menganjurkan umatnya berpuasa kerana hikmahnya yang
bermanfaat terhadap umatnya. Antara perkara-perkara tersebut termasuklah puasa melatih
Muslim untuk menyemai sifat sabar dan tabah dalam hati sekaligus meninggalkan hawa nafsu
yang buruk serta tidak baik. Kemudian dengan kehadiran bulan ramadhan juga menggalakkan
umat Islam supaya beribadat dengan lebih khusyuk dan tawadhu’. Dengan kehadiran solat
tarawih dan malam nuzul al-Quran menguatkan lagi hubungan rohani antara hamba dengan
Allah s.w.t Tuhan yang Maha Agung. Firman Allah s.w.t:

        


     

Maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana


diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”

Al-Baqarah (2): 183

Seterusnya, zakat merupakan prinsip kepercayaan rukun Islam yang keempat.


Etimologi zakat adalah berkembang dan bertambah. Manakala maksud zakat adalah
membersihkan dan memperbaiki harta yang dikeluarkan dengan tujuan untuk berzakat.
Dengan berzakat bukan sahaja boleh menambahkan harta kepada penderma malahan
penderma akan menjadi bersih dari dosa, mendapat keampunan daripada Allah s.w.t serta
ganjaran yang baik diterima sama ada di dunia dan akhirat. Allah berfirman:

       


Maksudnya:

“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'”

Al-Baqarah (2): 43

       


          

Maksudnya:

“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan
dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu
(menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha mendengar lagi Maha
Mengetahui”

At-Taubah (9): 103

Oleh itu, prinsip terakhir rukun Islam adalah menunaikan haji bagi yang mampu.
Definisi haji etimologinya ialah sengaja menuju. Dari sudut terminologi pula sengaja menuju
kota Makkah untuk menunaikan ibadah dengan cara-cara, waktu serta syarat-syarat tertentu.
Ulama bersepakat bahawa menunaikan haji hukumnya wajib bagi mereka yang
berkemampuan, sekali seumur hidup serta menunaikan haji merupakan landasan kepada
agama Islam12. Firman Allah didalam kitabnya:

          


            
    

Maksudnya:

“Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim.


Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah Dia; mengerjakan haji adalah
kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan
12
Artikel Rukun Islam Universitas Islam Madinah
ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka Sesungguhnya Allah Maha
Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam”

Ali Imran (3): 97

Sehubungan itu, rukun Iman menggariskan enam elemen penting sebagai


mengaplikasikan rukun bagi orang yang beriman kepada Allah s.w.t. Prinsip pertama rukun
Iman adalah beriman kepada Allah s.w.t. Percaya kepada Allah s.w.t bererti kita
mempercayai Allah s.w.t itu ada dan ia adalah Maha Esa, Maha Tunggal serta tiada satu apa
pun yang menyerupainya13. Di dalam al-Quran Allah s.w.t menjelaskan:

             
    

:Maksudnya

“Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada
seorangpun yang setara dengan Dia”

Al-Ikhlas (112): 1-4

Seterusnya, antara rukun Iman yang mesti dipercayai oleh setiap muslim adalah
beriman kepada malaikat. Malaikat ialah sejenis makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t
daripada cahaya dan boleh menjelma dalam berbagai-bagai bentuk serta rupa yang baik.
Jantinanya pula bukan lelaki ataupun perempuan. Golongan malaikat juga tidak makan dan
minum namun Allah kurniai mereka akan akal fikiran. Di samping itu para malaikat
mempunyai pelbagai tugasan. Antara tugasan-tugasan tersebut ialah sentiasa beribadat
kepada Allah s.w.t, menjaga alam semesta serta manusia dan sebagainya. Manusia wajib
beriman kepada malaikat Allah s.w.t kerana para malaikat adalah makhluk yang senantiasa
taat terhadap Allah s.w.t. Para malaikat mempunyai tugas yang pelbagai. Ada diantaranya
bertugas sebagai pemantau serta pencatat amalan harian manusia. Para malaikat yang
ditugaskan untuk mencatat amalan-amalan manusia ialah malaikat Raqib yang mencatat
segala amalan baik manusia serta malaikat Atid mencatat segala amalan jahat. Selain itu, ada
juga malaikat yang sentiasa berdoa dan memohon rahmat daripada Allah s.w.t supaya

13
Dato’ Dr. Harun Din. 2007. Ada Apa Dengan Islam. PTS Millenia Sdn.Bhd. Hlmn. 65
diampunkan dosa orang-orang yang beriman serta mereka yang bertaubat kepada-Nya. Ini
dijelaskan sendiri oleh Allah s.w.t di dalam kitab-Nya:

        


 

Maksudnya:

“Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (Malaikat-malaikat) yang mengawasi


(pekerjaanmu),yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka
mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Al-Infitaar (82): 10-12

Oleh yang demikian, Allah s.w.t menurukan beberapa buah kitab kepada para rasul
sebagai panduan kepada golongan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar dan
diredhai-Nya. Antara kitab rujukan utama golongan muslim adalah al-Quran. Al-Quran al-
Karim merupakan mukjizat teragung yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada Nabi
Muhammad s.a.w. Al-Quran yang padat dengan wahyu Tuhan adalah umpama sinaran
cahaya yang menerangi hidup manusia di dunia serta di akhirat. Seterusnya kitab-kitab
pandua lain yang turut digunakan adalah 4 buah kitab iaitu kitab Taurat yang diturunkan
kepada Nabi Musa. Kemudian kitab Zabur kepada Nabi Daud, kitab Injil kepada Nabi Isa
serta al-Quran kalamullah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kalam Allah s.w.t di dalam
al-Quran:

     

Maksudnya:

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan”

Al-Qadr (97): 1

Justeru itu, beriman kepada rasul dan nabi adalah rukun iman yang keempat. Manusia
wajib beriman kepada rasul dan nabi kerana golongan ini bukan sahaja penyampai wahyu
Tuhan malahan tanggungjawab mereka juga adalah untuk membimbing manusia kearah jalan
yang benar. Justeru, mereka menyampaikan terus kepada umat manusia apabila menerima
perintah daripada Allah s.w.t. Manusia juga boleh berhubung terus dengan para rasul dan
nabi sekiranya terdapat kemusykilan terhadap sesuatu masalah. Di sinilah peranan besar
mereka sebagai pembimbing, pendakwah serta penasihat kepada umat manusia. Allah s.w.t
telah berfirman:

         
      

Maksudnya:

“Mereka kami utus selaku rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi
peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya
rasul-rasul itu. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”

An-Nisa’ (4): 165

Selepas itu, beriman kepada hari akhirat adalah salah satu prinsip rukun Iman. Hari
akhirat merupakan hari akhir kewujudan dunia. Seluruh alam akan hancur serta semua
hidupan akan mati. Seterusnya Allah s.w.t menggantikan pula dengan alam yang baru dan
menghidupkan semula segala hidupan terutamanya manusia untuk dihisab dan dinilai segala
amalan yang dilakukan sewaktu hidup di dunia. Manusia wajib beriman kepada hari akhirat
kerana hari akhirat ini adalah hari di mana segala yang ada di muka bumi ini musnah dan
mati lalu tiba masanya untuk menerima balasan baik ataupun buruk berdasarkan amalan yang
telah dilakukan di dunia dahulu. Kalam Allah s.w.t akan kebenaran hari akhirat:

         


          
          
 

:Maksudnya

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya kegoncangan hari


kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari ketika
kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang
disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam
keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat
kerasnya”

Al-Hajj (22): 1-2

Demikian itu, beriman kepada qada’ dan qadar Allah adalah prinsip rukun Iman yang
terakhir. Qadar ialah ketetapan Allah s.w.t terhadap sesuatu perkara sejak azali lagi manakala
qada’ adalah perlaksanaan apa yang telah ditetapkan sejak azali. Gandingan qada’ dan qadar
adalah suatu ketetapan yang dilaksanakan Allah s.w.t terhadap makhluk-Nya sejak azali.
Segala yang berlaku sama ada perkara baik ataupun buruk, untung ataupun rugi adalah
tertakluk kepada qada’ dan qadar-Nya. Ujian, takdir, musibah dan sebagainya merupakan
antara isi kandungan qada’ dan qadar. Namun, kebanyakan umat Islam masa kini salah faham
mengenai maksud ujian yang Allah s.w.t berikan. Ini berikutan mereka hanya memahami
ujian itu berbentuk musibah, bencana, kesusahan dan sebagainya lalu menyebabkannya
berada dalam keadaan serba kesusahan. Wujud juga segelintir manusia yang beranggapan
tujuan kehidupan ini hanyalah untuk bersuka-ria dan bersenang-lenang semata-mata
sedangkan senang dan susah itu adalah antara beberapa siri ujian yang diberikan kepada
semua manusia. Ujian yang hadir sebenarnya sebagai ukuran tahap keimanan seseorang
kepada Allah s.w.t, berjaya atau tidak bergantung kepada individu tersebut untuk
menghadapinya14. Firman Allah s.w.t:

         


  

Maksudnya:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan
keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada kami-
lah kamu dikembalikan”

Al-Anbiya’(21): 35

Secara ringkasnya, prinsip rukun Islam serta rukun Iman mengukuhkan lagi
ketauhidan manusia terhadap Allah s.w.t yang Maha Agung lagi Maha Mengasihani. Sebagai
umat Islam yang beriman dengan akidah yang benar selayaknya menghayati, menyelami dan

14
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2008. Apa Itu Islam. PTS Islamika Sdn Bhd. Hlmn. 25-71
menanam subur prinsip rukun Islam dan rukun Iman sebagai pelaksaan ibadat yang diredhai-
Nya di dalam menuju kehidupan yang diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan di akhirat.

2.2.2 KONSEP AKAUNTABILITI HINDU

Agama Hindu merupakan satu agama yang berwarna-warni dan penuh dengan pelbagai
kepercayaan. Menurut pemerhatian ahli-ahli antropologi dan sejarah, agama ini adalah satu-
satunya agama yang tertua di muka bumi dan telah wujud semenjak beribu-ribu tahun dahulu.
Malah dipercayai telah wujud sebelum agama-agama besar yang lain seperti agama Buddha,
Yahudi, Kristian serta Zoroastrianisme.

Oleh yang demikian, agama ini merupakan agama agama tertua antara agama-agama
besar di dunia, maka sangatlah sukar untuk menjejaki sejarah awal dan titik-titik
perkembangan agama ini. Majoriti sarjana berpendapat bahawa mereka tidak dapat
menentukan siapakah pembawa dan penyampai pertama ajaran ini di benua India. Tambahan
pula tidak terdapat catatan-catatan yang jelas mengenai hal ini dalam kitab-kitab agama
Hindu beserta manuskrip-manuskrip awal berkenaan agama ini.

Namun begitu, jika dilihat kepada teks-teks suci agama ini terdapat banyak nama
yang disenaraikan yang seolah-olah mewakili diri mereka sebagai pembawa ajaran agama ini
yang terawal. Ini dapat diteliti daripada kisah-kisah epic dalam Hinduisme dan beberapa
perenggan dalam Veda sendiri. Namun, hal ini masih lagi disangsikan para sarjanawan
termasuklah ahli-ahli sejarah juga. Oleh itu para sarjana Hindu mengembalikan hakikat asal
ajaran Hindu kepada Brahman iaitu tuhan pencipta semesta alam semesta ini melalui
kefahaman kepada kewujudan dharma yang awal dan abadi (philosophia perennis) malah
lebih awal daripada agama-agama lain di dunia.

SEJARAH PERKEMBANGAN AGAMA HINDU

Mengikut kajian fakta sejarah, agama ini wujud hasil pertembungan antara dua bangsa yang
berbeza iaitu Bangsa Darvida yang merupakan penduduk asal lembah Indus dan bangsa Arya
yang merupakan satu bangsa dari Persia yang datang ke lembah Indus. Bangsa Arya pada
ketika itu telah pun mempunyai struktur agama mereka yang dikenali sebagai Arya Dharma.
Dharma bermaksud jalan hidup atau agama, lalu istilah Arya Dharma bererti “Jalan Hidup
Arya”. Bangsa ini juga hanya mempercayai akan satu tuhan sahaja.
Selepas itu, mereka berpindah dan menjejaki lembah Indus iaitu bangsa Dravidia.
Lalu kepercayaan mereka mula bercampur dengan kepercayaan di lembah Indus itu. Menurut
catatan sejarah dan kajian ketamadunan, penduduk di lembah tersebut sememangnya didapati
mempercayai kepercayaan politeisme iaitu suatu kepercayaan yang mengamalkan
penyembahan dan menganuti kewujudan banyak dewa atau tuhan di alam ini. Hasil daripada
percampuran ini lahirlah dan berkembangnya agama Hindu.

Tambahan pula, perkataan Hindu itu sebenarnya berasal daripada perkataan Sindhu
atau Indus iaitu sebuah sungai yang terdapat di India. Nama ini diambil bersempena dengan
kedudukan asal pengamal kepercayaan ini di sekitar lembah Indus. Malah agama Hindu juga
pernah menjadi amalan dan kepercayaan rasmi bagi tamadun India yang berpusat di lembah
Indus.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Secara umumnya, agama Hindu merupakan agama politeisme iaitu mempercayai kewujudan
banyak Tuhan. Politeisme juga berasal dari dua gabungan perkataan Greek iaitu polus. Polus
bermaksud banyak dan theos adalah tuhan yang bermaksud banyak tuhan. Manakala agama
politeisme (polytheistic religion) pula merujuk kepada agama yang mempercayai kewujudan
banyak tuhan. Dengan perkataan lain, agama politeisme ini menyembah banyak tuhan.

Misalnya, penganut agama Hindu mempercayai tuhan Brahma, Vishnu dan Siva.
Selain daripada tuhan-tuhan ini, agama Hindu juga mempercayai kewujudan beribu-ribu
dewa yang dianggap mempunyai kuasa seperti Surya bermaksud Dewa Matahari, Agni ialah
Dewa Api Suci, Indra ialah Dewa Perang, Waruna ialah Dewa Alam Angkasa, Werta adalah
Dewa Jahat, Candra ialah Dewa Bulan serta Wayu ialah Dewa Angin serta banyak lagi.

Sistem atau konsep ketuhanan agama Hindu berdasarkan konsep Trimurti. Mereka
mempercayai wujudnya tiga tuhan di ala mini dan setiap mereka mempunyai tugas-tugas
tertentu. Tuhan yang pertama ialah Brahma yang merupakan Tuhan pencipta yang telah
menciptakan segala makhluk. Tuhan yang kedua ialah Vishnu yang bertugas sebagai penjaga
alam ini. Tuhan yang ketiga adalah Shiva yang merupakan tuhan pemusnah yang
menyebabkan berlakunya malapetaka dan kemusnahan alam ini. Setiap tuhan-tuhan ini
mempunyai pasangan isteri masing-masing. Sistem ini disebut Trisakhti. Isteri Brahma ialah
Sarasvati yang dikenali sebagai tuhan ilmu pengetahuan. Vishnu mempunyai dua isteri iaitu
Prithi sebagai tuhan bumi dan Lakshmi sebagai tuhan kebaikan. Manakala Shiva
memperisterikan Durga yang mempunyai dua penjelmaan atau personaliti iaitu sebagai
Parvati sebagai tuhan ibu yang baik dan penyayang dan Kali iaitu tuhan yang agresif.

Namun begitu, dalam keadaan tertentu ada juga sarjana yang menisbahkan konsep
henotheisme kepada agama Hindu. Henotheisme berasal daripada perkataan Greek heis theos
iaitu satu tuhan yang merujuk kepada agama yang mempercayai kewujudan banyak tuhan
seperti politeisme tetapi menyembah satu tuhan yang dianggap paling agung. Mereka
mempercayai kesemua tuhan-tuhan tersebut, akan tetapi mereka meletakkan hierarki
ketuhanan dalam penyembahan mereka kepada tuhan-tuhan tersebut. Dengan kata lain,
mereka mempercayai bahawa ada tuhan yang paling berkuasa di antara banyak tuhan yang
mereka sembah itu. Di sini dapat disimpulkan bahawa tahap kuasa tuhan-tuhan mereka
adalah berbeza. Ada tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan ada juga tuhan yang berkuasa
sederhana malah ada juga tuhan yang agak lemah berbanding tuhan-tuhan yang lain15

KONSEP AJARAN

Agama Hindu mempunyai kitab suci sebagai sumber rujukan penganutnya. Ia terbahagi
kepada dua kategori iaitu kitab wahyu atau dipanggil sebagai Sruti dan kitab tradisi yang
digelar sebagai Smriti. Kitab Sruti dipercayai merupakan wahyu yang diajar oleh Brahma
iaitu tuhan kepada Rishi. Rishi merupakan wali ataupun orang suci. Manakala kitab Smriti
pula telah wujud beribu tahun lamanya pada tahun 2000 sebelum masihi, iaitu pada zaman
sebelum kemunculan kitab Taurat.

Tambahan pula, kitab suci penganut Hindu ini turut dikenali sebagai kitab Veda.
Sesungguhnya kitab Veda inilah yang menyatukan penganut agama Hindu dan menjadi
sumber rujukan paling penting buat mereka. Kitab Veda terbahagi kepada empat bahagian.
Bahagian pertama bernama Rig Veda, yang mengandungi syair-syair pujian. Kitab kedua
Yajur Veda berperanan sebagai kitab tentang amalan ritual. Seterusnya kitab ketiga iaitu
Samar Veda sebagai kitab rujukan untuk amalan penyembahan dan yang terakhir Atharva
Veda, kitab yang membincangkan tentang ilmu-ilmu pengetahuan.

Tambahan lagi, kitab Smriti dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Upanishad
adalah kitab yang menceritakan tentang rahsia-rahsia dan doktrin agama. Manakala

15
Mohd Rosmizi Abd Rahman & Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali. 2011. Agama-agama di Dunia.
Universiti Sains Islam Malaysia. Hlmn. 36-44
Bhagavad Gita menulis tentang teks-teks agama dan Kitab Manu pula membahaskan tentang
peraturan, undang-undang serta sistem kasta.

Seterusnya, Ashrama merupakan salah satu prinsip keagamaan penganut Hindu.


Ashrama mempunyai beberapa pembahagian peringkat dasar kehidupan manusia. Setiap
peringkat kehidupan ini perlu diikuti oleh tiga golongan kasta teratas iaitu Brahmin, Ksatria
serta Vaisya. Ianya merupakan satu kewajipan yang perlu dipatuhi oleh ketiga-tiga golongan
kasta tersebut. Oleh itu, sistem ashrama mempunyai empat bahagian utama. Tahap pertama
adalah pelajar. Setiap golongan harus meluangkan masa untuk mempelajari kitab suci dan
pelajaran agama Hindu. Mereka juga akan dilatih supaya menghormati guru-guru mereka.
Peringkat ini lebih dikenali sebagai peringkat pembelajaran.

Oleh yang demikian, berkeluarga merupakan satu kewajipan kepada golongan-


golongan ini. Tujuannya adalah untuk membolehkan mereka membayar hutang kepada ibu
bapa, nenek moyang dan guru-guru mereka dengan melahirkan anak yang akan
melaksanakan sembahyang serta doa kepada nenek moyang dan guru-guru tersebut.

Walaubagaimanapun, pengasingan atau penyendirian juga perlu dilaksanakan di dalam


ashrama setelah mereka berkahwin dan beranak cucu. Ini bertujuan untuk mengasingkan diri
daripada kehidupan duniawi lalu menyendiri dengan melakukan pertapaan di tempat-tempat
yang jauh dan sunyi daripada masyarakat.

Selepas itu, tahap terakhir adalah tahap penolakan dilakukan di mana tahap ini adalah
tahap paling mencabar penganut Hindu. Pada tahap ini akan dilakukan penolakan secara
menyeluruh, segala apa yang ada di dunia ini serta tidak perlu menghiraukan lagi apa-apa
yang berlaku di persekitaran mereka. Mereka juga tidak akan makan dan minum sehingga ada
yang terlalu kurus berisikan kulit semata-mata. Oleh itu mereka yang ada pada tahap ini
dianggap sebagai bangkai bernyawa menanti masa untuk meninggalkan dunia.

2.3 KEPERCAYAAN AGAMA-AGAMA LAIN

2.3.1 KEPERCAYAAN TAOISME

Agama Tao, juga disebut Taoisme lebih merupakan pemikiran falsafah yang tertua dari benua
China yang masih subur hingga hari ini.

Tao adalah jalan menuju Kebenaran, maka “Tao” itulah Kebenaran Mutlak. Daripada
“Tao” terpancarlah alam semesta dan segala yang ada. Konsep “Tao” ini menyerupai konsep
wahdatul wujud dan juga sama dengan konsep pantheism yang menganggap Tuhan berada
pada segala yang ada iaitu makhluk16.

2.3.2 KEPERCAYAAN ANIMISME

Agama Animisme merupakan antara agama yang turut mempunyai kepercayaan terhadap
Tuhan yang tersendiri. Semua kelompok agama animisme mempercayai tentang adanya
tuhan namun ia berbeza dari sudut sebutannya.

Contohnya, orang Semai menyebut tuhan dengan nama Nyenaang atau Jenaang,
orang Temuan dan Mahmeri menamakannya Moyang. Orang Betek dan Chewong pula
menyebut Tohan dan Jah Hut menyebutnya Peruman. Walau bagaimanapun, kepercayaan
terhadap wujudnya dewa-dewa atau ‘orang halus’ sebagai pembantu Tohan adalah hampir
dengan kehidupan mereka yang boleh mengganggu ketenteraman hidup seperti banjir, rebut
taufan dan lain-lain perlu diberi perhatian. Oleh itu, peranan halak iaitu bomoh dan penjagaan
pantang larang menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka17

2.3.3 KEPERCAYAAN KRISTIAN

Agama Kristian mengamalkan konsep ketuhanan yang satu. Konsep Monoteisme adalah asas
ajaran Nabi Isa. Monoteisme adalah ajaran yang menyembah satu Tuhan. Oleh itu, Nabi Isa
menyeru kaumnya yang sudah menyimpang pada waktu itu kepada menyembah Tuhan yang
satu seperti kepercayaan dalam seluruh agama samawi dan yang diajarkan oleh nabi-nabi
sebelum Isa al-Masih.

Quran membuktikan kenyataan di atas melalui jawapan yang diberikan oleh Nabi Isa
semasa oleh Tuhan mengenai ajaran yang dibawa oleh beliau. Firman Allah s.w.t di dalam
kitab-Nya:

          
           
         

Maksudnya:

16

17
Ghazali bin Basri. 2013. Ilmu Perbandingan Agama; Suatu pengenalan. Akademi Kajian Ketamadunan Kolej
Dar al-Hikamh. Hlmn. 30
“Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan
kepadaku (mengatakan) nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah
Aku menjadi saksi terhadap mereka, selama Aku berada di antara mereka. Maka setelah
Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang Mengawasi mereka. dan Engkau adalah Maha
menyaksikan atas segala sesuatu”.

Al-Maidah (5): 117

Menurut Bible, Nabi Isa ditanya oleh seorang kaum Yahudi mengenai hukum yang
manakah paling utama. Lalu Nabi Isa menjawab, “Hukum yang terutama ialah dengarlah hai
orang Israel, Tuhan Allah kita dan Tuhan itu Esa. Kasihani lah Tuhan, Allahmu, dengan
segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu serta dengan segenap akal budimu dan segenap
kekuatanmu18

2.4 HUBUNGAN TUHAN DENGAN MANUSIA

Manusia merupakan makhluk yang terindah, terbaik dan paling sempurna. Manusia berasal
daripada setitik air mani yang amat halus. Kemudian, selang 40 hari akan berubah menjadi
segumpal darah dan 40 hari kemudian menjadi segumpal daging. Lalu diberi kerangka
tulang-belulang dan urat-saraf. Seterusnya ditiupkan roh ke dalamnya dan berubah menjadi
makhluk yang hidup, bergerak di tempat sempit di dalam rahim ibu kita. Akhirnya kita akan
lahir ke dunia lalu mulai hidup di alam yang luas. Bayi ini merupakan anak bayi yang kecil
dan lemah. Lama-kelamaan semakin besar dan kuat dan semakin bertumbuh akal dan fikiran.
Sehingga mencapai umur 18 tahun kita akan menjadi manusia yang sempurna segalanya. Ada
di antara kita yang meninggal di waktu masih muda dan ada pula yang mencapai sehingga
umur 70 atau 80 tahun lebih.

Bermula daripada setitik air mani yang amat halus sehingga ke akhir nafas, kita selalu
dihujani rahmat dan nikmat oleh Tuhan yang menciptakan dan menghidupkan. Tidak pernah
satu detik sekalipun manusia akan putus rahmat dari Tuhan. Pelbagai rahmat dan nikmat yang
datang daripada pelbagai sudut kehidupan yang tidak pernah putus-putus Allah kurniakan.
Segalanya demi memenuhi segala keperluan hidup seharian manusia. Firman Allah s.w.t:

            
    

18
Maksudnya:

“Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu
mohonkan kepadanya. dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu
menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat
Allah)”

Ibrahim (14): 34

         
        

Maksudnya:

“Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh


habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami
datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".

Al-Kahfi (18): 109

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t bukan sahaja menciptakan kita
tetapi saban detik daripada kehidupan kita, Allah selalu menghubungi kita dengan bermacam
rahmat dan nikmat yang Allah tidak pernah putuskan daripada pemberian-Nya.

Nikmat Tuhan yang merupakan bumi dan segala isinya termasuklah matahari, bulan,
bintang, air, udara dan sebagainya yang menjadi keperluan seharian amatlah penting yang
merupakan hanya sebahagian kecil anugerah Allah kepada hamba-Nya. Apatah lagi nikmat
seperti anggota badan yang terdiri daripada tangan, kaki, mata, telinga, jantung dan lain-lain
tidak dapat dinilai dengan sesuatu yang lain seperti mas dan perak walaupun seberapa banyak
yang boleh.

Sebagai manusia yang bersyukur seharusnya menghargai dan menjaga kurniaan Allah
ini sebaiknya dan kita harus mengingatinya dengan melakukan perkara-perkara mahmudah
sebagai balasan kebaikan kepada Tuhan.

Sebagai contoh, alangkah sengsaranya seorang manusia yang cacat anggota seperti
tangan, kaki, telinga dan sebagainya. Jika kita dapati seorang manusia itu cacat anggota
badan, itu adalah sebagai salah satu peringatan kepada semua manusia agar selalu
menghargai serta menyedari betapa pentingnya kurniaan Tuhan. Oleh itu, selagi terdaya dan
mampu, lakukanlah segala amal kebaikan untuk bekalan di dunia dan akhirat sebelum segala
nikmat yang diberikan diambil semula oleh-Nya.

Oleh yang demikian, segala nikmat yang Allah berikan itu begitu besar nilainya.
Namun masih ada lagi manusia yang tidak menghargai apa yang telah Allah kurniai. Manusia
seperti inilah yang digelar manusia yang zalim, iaitu manusia yang ganas dan ingkar.
Manusia seperti ini juga dikenali sebagai manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah s.w.t,
malahan merupakan manusia yang terbuka mata dan telinganya tetapi sebenarnya tertutup
pintu hatinya terhadap Tuhan. Mereka bukan sahaja lalai dengan nikmat dunia malahan
melupakan nikmat dan kebahagiaan kehidupan di akhirat.

Oleh itu, jadilah hamba yang menjaga hubungannya dengan Tuhan. Hargailah dan
sayangilah nikmat dan kurniaan yang telah diberi dengan melakukan perkara yang boleh
membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sekiranya Allah s.w.t memberikan yang
terbaik untuk hambanya, mengapa tidak kita? Semua manusia berkemampuan menjadi
hamba yang soleh berlandaskan niatnya yang suci dan ikhlas melakukan kebaikan kerana-
Nya.

2.5 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, semua agama mempunyai kepercayaan terhadap Tuhan. Namun yang
berbeza dalah cara mereka mempersepsikan-Nya melalui ritual peribadatan agama masing-
masing.

Agama Tao mendefinisikan Tuhan kepada segala yang ada iaitu makhluk. Agama ini
bermaksud bahawa Tuhan itu ada di mana-mana dan segalanya adalah Tuhan. Sebagai
contoh, agama ini menyembah pengasas mereka iaitu Lao Tze. Ini jelas menunjukkan mereka
menyembah Tuhan mereka juga dalam kalangan makhluk seperi penganut agama Tao.

Oleh itu, agama Islam pula menjelaskan Tuhan merupakan pencipta makhluk dan
segala yang ada di muka bumi ini. Ajaran Islam menerapkan konsep Tauhid Rububiyyah dan
Tauhid Uluhiyyah sebagai persepsi terhadap Tuhan yang disembah. Kedua-dua konsep ini
harus digabungkan untuk mencapai Tauhid yang sebenar. Agama Islam adalah satu-satunya
ajaran yang sentiasa berada di landasan yang sebenar.
Seterusnya, agama Hindu membahagikan Tuhan itu kepada tiga bahagian iaitu
Brahma, Vishnu dan Siva. Mereka juga mempunyai isteri yang bernama Sarasvati, Prithi dan
Durga. Setiap satu daripada mereka mempunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing di
dalam mengaplikasikan konsep ketuhanan bagi masyarakat Hindu.

Selain itu, penganut Kristian pula mempercayai akan konsep ketuhanan monoteisme.
Mereka sebenarnya menyembah Jesus iaitu Tuhan mereka yang mereka menggelarnya
sebagai juru selamat. Gelaran ini diberikan kepada Jesus kerana kematian Jesus di kayu salib
adalah bagi tujuan mahu melepaskan manusia daripada terus dibelenggu dalam dosa warisan.
Justeru, untuk membolehkan manusia dapat melakukan penebusan dosa ialah dengan cara
beriman dengan ajaran Jesus.

Walau bagaimanapun, agama animisme mempunyai banyak gelaran terhadap Tuhan.


Mereka mempercayai adanya Tuhan namun mereka tidak menolak akan kuasa halak iaitu
pembantu Tohan di dalam penjagaan pantang larang memandangkan amalan ini merupakan
amalan tradisi masyarakat animism.

Sesungguhnya hubungan Tuhan dan manusia itu mudah. Patuhilah segala suruhan-
Nya dan jauhilah segala larangan-Nya. Oleh itu, hargailah segala nikmat kurniaan Allah s.w.t
untuk kebahagiaan yang abadi.

2
Ghazali bin Basri. 2013. Ilmu Perbandingan Agama; Suatu pengenalan. Akademi Kajian
Ketamadunan Kolej Dar al-Hikamh. Hlmn. 34

3
Prof. Dr. Yusuf Qardhawi. 2002. Hakikat Kewujudan Allah. Yayasan Dakwah Islam Malaysia.
Hlmn. 132-135

4
Mohd Rosmizi Abd Rahman & Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali. 2011. Agama-agama di Dunia.
Universiti Sains Islam Malaysia. Hlmn. 39-40
5
Ghazali bin Basri. 2013. Ilmu Perbandingan Agama; Suatu pengenalan. Akademi Kajian
Ketamadunan Kolej Dar al-Hikamh. Hlmn. 30
6
Mohd. Rosmizi Abd. Rahman. 2004. Empat Agama Monoteisme. PTS Publications & Distributors
SDN BHD. Hlmn. 68-69

Anda mungkin juga menyukai