Anda di halaman 1dari 30

INSITUSI

MASYARAKAT DALAM
ISLAM
TUGASAN BERKUMPULAN : IRFAN,FIEDA DAN
AISYAH
01
PENGENALAN
CLO 2 : MENGHURAIKAN KEPENTINGAN
INSITUSI ISLAM DALAM PEMBANGUNAN
MASYARAKAT HARI INI MELALUI PEMBENTANGAN
BERKUMPULAN
PENGENALAN
Perkataan masyarakat bererti “Kumpulan manusia yang hidup Bersama di satu tempat dengan aturan dan cara tertentu” .
Aturan dan cara tertentu tidak akan dapat direalisasikan tanpa pemimpin dan rakyat . Ini kerana aturan perlu diwujud dan
dikuatkuasakan . Oleh itu , perkataan masyarakat hamper sama ertinya dengan negara “Suatu masyarakat yang
menduduki Kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan” . Walau bagaimanapun perkataan masyarakat lebih umum
daripada perkataan negara . Ini kerana masyarakat digunakan untuk kelompok-kelompok tertentu seperti masyarakat
kampung , masyarakat bandar , masyarakat Melayu , masyarakat Arab dan lain-lain . Dalam erti yang luas masyarakat
dimaksudkan dengan keseluruhan hubungan dalam hidup Bersama dengan tidak diabatasi oleh lingkungan bangsa dan
lain-lain . Dalam erti yang sempit masyarakat dimaksudkan dengan manusia yang dibatasi oleh aspek-aspek tertentu
seumpama territorial , bangsa , golongan dan sebagainya .
AYAT AL-QURAN TENTANG MASYARAKAT

‫ࣖ ِا َّن َما ْالمُْؤ ِم ُن ْو َن ا ِْخ َوةٌ َفاَصْ لِح ُْوا َبي َْن اَ َخ َو ْي ُك ْم َوا َّتقُوا هّٰللا َ لَ َعلَّ ُك ْم ُترْ َح ُم ْو) َن‬

Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua
saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.

Surah Al-Hujurat Ayat 10


KONSEP
MASYARAKAT
DALAM ISLAM
KONSEP MASYARAKAT DALAM ISLAM
Masyarakat dalam konteks Islam ialah gabungan manusia yang diwujudkan atas ikatan syariah rabbani yang
bermatlamatkan kehidupan yang sejahtera serta aman damai. Masyarakat Islam juga merangkumi keseluruhan hubungan
kemasyarakatan yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu, masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang
beragama Islam, mengamalkan ajaran Islam dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Masyarakat Islam yang pertama ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di Madinah.
Umat Islam yang berada di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. telah melaksanakan tugas yang berlandaskan
nilai-nilai Islam dengan cekal, gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi
contoh bagi masyarakat Islam selepasnya.
Tegasnya, walaupun masyarakat Islam terdiri daripada pelbagai kelompok manusia seumpama lelaki, perempuan,
bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, namun perbezaan ini tidak menyekat masyarakat Islam daripada mengenali atau
berinteraksi antara satu sama lain. Uniknya, masyarakat Islam dari segi definisinya bukanlah kerana perbezaan warna,
kulit, bangsa, bahasa dan negara, tetapi sejauhmana masyarakat itu tunduk dan patuh kepada Allah s.w.t. Ketakwaanlah
yang menjadi ukuran penting dalam menentukan konsep masyarakat Islam.
CIRI-CIRI MASYARAKAT
ISLAM
CIRI-CIRI MASYARAKAT
DALAM ISLAM

 MASYARAKAT YANG DIBINA ATAS AKIDAH TAUHID

 MASYARAKAT YANG BENAR

 MASYARAKAT YANG DIKUKUHKAN DENGAN PERSAUDARAAN (UKHWAH)

 MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN ILMU PENGETAHUAN

 MASYARAKAT YANG BOLEH BERTOLERANSI


MASYARAKAT YANG DIBINA ATAS AKIDAH TAUHID

Allah SWT mengutuskan para rasul untuk membebaskan manusia daripada syirik iaitu menyembah Tuhan selain
Allah. Tauhid menjadi intipati utama dakwah para rasul khususnya para rasul yang tergolong sebagai Ulul Azmi.
Misalnya, Nabi Ibrahim AS berdakwah kepada kaumnya (Raja Namrud), begitu Nabi Nuh AS, Nabi Musa AS, Nabi
Isa AS sehinggalah Nabi Muhammad SAW.

Misi Rasulullah SAW di Mekah selama 13 tahun adalah membebaskan masyarakat Arab Jahiliah daripada perbuatan
syirik. Ayat-ayat Makiyyah menyeru kepada mengesakan Allah. Dalam Surah al-Kafirun misalnya menegaskan
bahawa orang-orang yang beriman amat berbeza dengan orang kafir. Sifat utama orang beriman adalah beriman
kepada Allah, para malaikat, kitab, para rasul, hari kiamat, qodho’ dan qodar. Mereka membuang segala perbuatan
yang menyerupai orang-orang kafir. Percaya dan yakin bahawa peranan mereka adalah sebagai hamba dan khalifah
Allah dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan rasul.
MASYARAKAT YANG BENAR

Daripada diri mukmin yang benar dan bersih, akan melahirkan keluarga dan ahli masyarakat yang
baik. Tauladan ini boleh diambil daripada kisah-kisah para solihin yang telah melahirkan generasi
gemilang kerana mengamalkan Islam (bersih) dalam kehidupan. Contohnya, Maryam, ibu Nabi Isa
AS. Seorang wanita yang suci dan bersih dan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Keturunan
seorang soleh bernama Imron, anak saudara Zakaria dan Yahya AS. Daripada generasi anbiyai ini
lahirlah Nabi Isa AS. Kisah para ulama masa kini, ibubapa mereka adalah orang-orang yang benar
dan bersih. Contoh lain, kisah Badiuzzaman Sa’id Nursi, bapanya seorang yang warak dan hanya
memberi makanan yang halal kepada anak-anak termasuk binatang ternakannya juga dipastikan
makan rumput yang halal. Manakala Ibu Sa’id Nursi hanya menyusukan anak-anaknya dalam
keadaan bersih dan berwudhuk . Begitu juga para imam seperti Imam Syafie, Imam Ibnu Taimiyah
dan Imam Ghazali, semuanya lahir daripada kehidupan yang mengamalkan kebenaran Islam.
MASYARAKAT YANG DIKUKUHKAN DENGAN
PERSAUDARAAN (UKHWAH )
Allah SWT menciptakan manusia daripada tubuh yang satu iaitu Nabi Adam AS. Justeru, percaturan fitrah manusia
seperti bentuk fizikal, naluri dan perasaan, kecenderungan adalah sama sahaja. Malah, Allah telah berfirman yang
bermaksud Allah tidak menilai seseorang itu berdasarkan keturunan, bangsa, warna kulit tetapi hanya sifat taqwa.
Justeru, kebersamaan itulah yang mengikat manusia untuk tunduk kepada Allah SWT sebagai Pencipta dan Tuhan
sekalian alam.

Sesiapa yang beriman kepada Allah SWT maka ia telah disatukan dalam persaudaraan Islam. Malah baginda SAW
pernah mengatakan bahawa orang-orang beriman itu ibarat satu tubuh, jika salah satu anggotanya sakit maka
sakitlah seluruh tubuh. Tauladan dipetik daripada peristiwa hijrah yang telah menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar
di Madinah. Umat Islam di zaman Rasulullah SAW bersatu mempertahankan akidah. Berkongsi pemilikan harta
bahkan jiwa demi memuliakan anjuran ukhwah.
MASYARAKAT YANG MEMENTINGKAN
ILMU PENGETAHUAN
Ilmu adalah perkara pertama yang diajarkan Allah SWT kepada Nabi Adam AS. Firman Allah SWT dalam surah al-
Baqarah:31 bermaksud: Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama benda seluruhnya. Daripada ayat yang
berikutnya, Nabi Adam AS telah mengajarkan pula kepada malaikat (al-Baqarah: 33). Ini membuktikan Allah SWT
menaikkan taraf manusia berbanding para makluk lain termasuk malaikat hanya dengan akal fikiran yakni ilmu
pengetahuan. Bahkan ketika Rasulullah SAW diangkat menjadi nabi, wahyu pertama yang diberikan kepada baginda
SAW adalah Iqra iaitu membaca. Malaikat Jibril AS sendiri yang menjadi guru kepada Rasulullah SAW.

Manusia, secara umumnya menjadi kuat apabila menguasai ilmu pengetahuan. Tamadun-tamadun awal manusia iaitu
Yunani, Rom, Parsi, Cina dan India masyhur kerana penguasaan ilmu pengetahuan meliputi falsafah, teknologi dan
kemahiran. Bangsa Rom menjadi hebat kerana pengetahuan mereka terhadap ilmu binaan, bangsa Parsi terkenal
dengan kecerdikan mereka di medan peperangan, bangsa Cina agung dengan budaya perniagaan, perubatan dan
teknologi (kertas), bangsa Yunani dan India pula terkenal dengan falsafah. Justeru, kala Allah SWT memunculkan
Islam, maka seiring itu jugalah Dia membentangkan ilmu pengetahuan yang berlunaskan syariat yang semuanya
terkandung dalam al-Quran dan Sunnah.
MASYARAKAT YANG BOLEH
BERTOLERANSI
Salah satu ciri Islam adalah memudahkan umatnya. Sabda Rasulullah SAW: bermaksud; Sesungguhnya agama itu mudah.

Mudah yang dimaksudkan ialah Islam melorongkan hak yang boleh memenuhi fitrah kemanusiaan manusia. Contohnya,
Islam membenarkan perkahwinan di antara lelaki dan wanita dengat syarat yang mudah, Islam membenarkan umatnya
menjadi kaya dengan jalan usaha yang benar. Islam memudahkan umatnya yang bermusafir bahkan seluruh hukum Islam
(yang tidak berkait dengan akidah) boleh disesuaikan mengikut keadaan zaman dan persekitaran.

Hari ini, apabila negara-negara Islam diserapi pengaruh penjajahan terutama Barat (Eropah) dan berlangsung lebih
daripada 500 tahun, Islam masih kukuh dan meresapi jiwa penganutnya sehingga di abad 21, Islam menjadi satu tamadun
yang paling ampuh melawan tamadun Barat yang mulai dihakis kerosakan. Malahan, umat barat mulai takut dengan
budaya Islam yang mula menyerapi warga Eropah hingga menyingkirkan budaya sekular yang menjadi pegangan barat.
Misalnya, di Belanda, filem Fitna yang dihasilkan bagi tujuan memburukkan Islam dengan mengaitkan keganasan kepada
Islam adalah interpretasi daripada kebimbangan mereka terhadap asakan pengaruh Islam.
ANAN DAN
ENTINGAN
SYARAKAT ISLAM
PERANAN DAN KEPENTINGAN
MASYARAKAT ISLAM

○ Keadilan Mutlak
-Keadilan sama ada terhadap musuh dengan mengenepikan perasaan pilih
kasih & tidak terikat dengan orang yang berpengaruh & berpangkat.
○ Kemerdekaan
-kemerdekaan berfikir & berbicara, bebas memilih kepercayaan beragama
serta tiada paksaan menganut sesuatu agama.
○ Persaudaraan
-Persaudaraan Islam adalah mengikat & menyatukan tujuan serta menguat
barisan & mengajak bekerjasama atas dasar kebaikan & kasih sayang.
○ Persatuan
-Islam mengharamkan perpecahan & pertikaian antara orang Islam.
○ Tolong Menolong
-dasar tolong menolong untuk mencapai kebaikan & keunggulan, menjauhi
yang haram, membasmi kemungkaran & kejahatan.
○ Menjauhi Segala Yang Haram
-Islam mengharamkan yang keji secara lahir @ batin, mengharamkan
mengambil yang bukan hak.
○ Menghiasi Diri Dengan Akhlak
-menegakkan masyarakat atas dasar budi pekerti & etika kemanusiaan
yang tinggi seperti larangan menghina & mencaci, berburuk mencari aib
sesama sendiri.
○ Kebaikan & Kasih Sayang
-menegakkan masyarakat atas dasar kebaikan, kasih sayang serta cinta
mencintai.
○ Musyawarah
-mendorong masyarakat kepada sistem demokrasi dalam memilih ketua
yang soleh untuk menegakkan perintah Allah malah masyarakat menjadi
pengawas kepada pemimpin yang terpilh.
CABARAN MASA KINI
MASYARAKAT ISLAM
CABARAN MASA KINI
ISLAM agama samawi terakhir diturunkan Allah. Sebagai agama terakhir sudah tentu ia paling lengkap
dan sempurna. Islam berada di kemuncak kecemerlangan pada zaman Rasulullah (s.a.w.). Ia
berkembang pesat sehingga pernah menguasai satu pertiga dunia. Wilayahnya memanjang dari selatan
China di Timur dan ke pantai Lautan Atlantik di Barat, dari selatan Paris membawa ke Irian Jaya di
Indonesia. Umat Islam dikurniakan Allah mendiami kawasan paling subur dan paling kaya di dunia.
Mereka juga berada di tengah laluan antarabangsa yang menjadikan rantau Islam ini idaman semua
pihak.

Jatuhnya Khalifah Uthmaniah Turki yang menjadi induk umat Islam dan mansuhnya sistem khalifah,
hasil perancangan jahat yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk, berketurunan Yahudi berasal dari
Salonika dan tewasnya kerajaan ini dan sekutunya dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan wilayah
umat Islam difaraidkan oleh penjajah sebagai rampasan perang. British, Perancis, Itali, Sepanyol,
Belanda dan lain-lain mendapat habuan masing-masing. Islam dan umatnya hasil daripada
perancangan teratur musuhnya serta disokong dengan kelemahan dalaman yang sedia ada telah
diasak dari dalam dan luar oleh penjajah dan tali barut mereka menyebabkan umat Islam berada di
tahap paling lemah dalam sejarahnya.
Namun begitu, umat Islam tidak perlu pasif kerana Allah menjanjikan Islam tetap unggul.
Rasulullah menegaskan, akan tetap ada sekumpulan daripada umat Islam yang terus
mempertahankan kebenaran daripada gugatan musuh. Belajar daripada kesilapan lampau
dan dengan kepemimpinan ulama yang mukhlisin, umat Islam bangun semula dalam
asakan dan serangan yang bertali arus itu. Umat Islam menapak semula untuk bangun dan
mengambil semula tempatnya di persada dunia. Namun ia tidak semudah yang
diungkapkan kerana terlalu banyak cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi.

Penulis dan pemikir Islam sudah banyak menulis mengenai cabaran yang dihadapi umat
Islam. Abdul Kadir Awdah, seorang pakar undang-undang Mesir yang gugur syahid di tali
gantung pada zaman Jamal Abdel Nasir, pernah mengungkapkan antara cabaran ummah
ialah kejahilan ummah itu sendiri dan kelesuan ulama. Dr Muhammad Sayyid al-Wakil,
profesor sejarah Islam di Universiti Islam Madinah al-Munawwarah pula menyentuh
perancangan jahat musuh dan kejahilan umat Islam sendiri mengenai Islam.

Kefahaman dan penghayatan umat Islam berbeza-beza mengikut taraf hidup dan latar
belakang mereka. Secara umumnya terbahagi kepada dua. Pertama, golongan kurang
terpelajar atau tidak terpelajar. Golongan ini kadang-kadang tidak memahami langsung akan
Islam kecuali maklumat asas mengenai aspek ibadat dalam agama. Keislaman mereka
sekadar pak turut semata-mata. Mereka mewakili bahagian terbesar daripada keseluruhan
umat Islam. Mereka ini mudah terpengaruh dengan golongan yang pada pandangan mereka
adalah terpelajar.
Kedua, golongan yang mendapat pendidikan Barat atau yang terpengaruh dengannya. Rata-
rata golongan ini dianggap terpelajar di kalangan umat Islam. Mereka mendapat pendidikan
daripada sistem pendidikan yang tidak berteraskan wahyu tetapi mereka mempunyai kedudukan
yang baik dalam masyarakat. Kelemahan golongan ini berpunca daripada kejahilan mereka
mengenai Islam sebagai ad-Din. Berpunca daripada golongan inilah kedengaran suara sumbang
seperti Islam tiada hubungan dengan hukum-hakam, syariat Islam sudah tidak sesuai dengan
kehidupan zaman moden, sesetengah ajaran Islam payah dan sukar hendak dilaksanakan dan
sebagainya.
Bagi golongan yang faham Islam pula, mereka memahami Islam sebagai satu sistem hidup yang
sempurna dan menyeluruh yang diturunkan Allah. Mereka inilah yang berusaha
melaksanakannya dalam kehidupan kerana meyakini Islam tetap sesuai pada setiap zaman dan
tempat kerana ia milik Allah Yang Maha Mengetahui.

Umat Islam juga sentiasa menghadapi cabaran daripada musuh. Musuh umat Islam adalah
daripada kalangan yang tidak kelihatan seperti nafsu dan syaitan dan ada juga daripada
kalangan manusia. Daripada kalangan manusia, Allah menegaskan dalam firman-Nya: Orang-
orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang dengan kamu sehingga kamu mengikuti millah
mereka. (Surah al-Baqarah: 126). Bertitik tolak daripada sikap tidak senang dengan umat Islam
inilah, mereka melakukan pelbagai usaha untuk merosak dan menghancurkan umat Islam.
Sejarah menyaksikan pertentangan kedua-dua pihak ini mencetuskan peristiwa, tragedi dan
kejadian pahit manis di kalangan umat Islam.
Sasaran utama mereka adalah akidah umat Islam, al-Quran, hadis, Rasulullah dan hukum Islam.
Oleh itu pelbagai pendekatan digunakan, bermula daripada pertentangan bersenjata yang
tergambar melalui beberapa siri Perang Salib yang silih berganti, namun mereka tidak berjaya
menghapuskan umat Islam. Kaedah baru dicari selepas cara pertama kurang berhasil.
Bermulalah era serangan pemikiran. Ternyata cara ini sedikit sebanyak berjaya memerangkap
umat Islam. Mereka berselindung di sebalik pelbagai wadah, institusi penyelidikan dan badan
yang mereka bentuk untuk menjadi boneka mereka.

Musuh Islam juga mengeksport pelbagai pemikiran dan ideologi kepada umat Islam. Serangan ini
berterusan walaupun negara umat Islam dapat membebaskan diri daripada cengkaman
penjajahan fizikal tetapi masih dijajah di segi pemikiran. Yahudi dan Nasrani menggunakan
pelbagai saluran bagi mencapai hasrat mereka termasuk media, pakej bantuan dan kebajikan
yang berselindung di sebalik pelbagai tabung dan dana, misi kemanusiaan dan seumpamanya.
Tujuan utama mereka untuk menghancurkan Islam ke akar umbinya.

Selain itu, umat Islam turut menghadapi bebarapa cabaran dalaman. Antaranya masalah
kemiskinan, krisis nilai dan jati diri, pertentangan sesama sendiri dan kegagalan institusi ulama
memainkan peranan sebagai pewaris nabi yang menjadi pemandu ummah.Faktor ini cukup untuk
menjadikan umat Islam sebagai golongan lemah dan terkial-kial untuk meneruskan survival diri
dan ummah. Kalau tidak kerana jaminan Allah yang akan tetap membela dan melindungi mereka
yang beriman, sudah tentu perkara yang lebih teruk akan dihadapi umat Islam.
Setelah mengenali secara umum beberapa cabaran umat Islam, kita dapat mengenal pasti
faktor yang menghalang umat daripada bangkit semula mengambil tempatnya sebagai
guru dan pemimpin dunia. Adalah menjadi tanggungjawab kita yang prihatin dan peka
dengan masa depan umat untuk melakukan muhasabah dan belajar daripada sejarah
lampau untuk membolehkan kita menyusun langkah teratur dalam menuju masa depan
yang gemilang.

Kita perlu menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada generasi
lalu dan melihat ke hadapan dengan perancangan teratur bagi membolehkan umat Islam
terus melangkah dengan yakin dan bertawakal kepada Allah. Imam Malik r.a. berkata:
“Tidak akan baik golongan yang terakhir darpada umat ini kecuali dengan apa yang sudah
baik umatnya yang terdahulu.”
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI CABARAN
1. Memandangkan kewajipan dakwah adalah besar dan berat untuk
menangani kes kemelut akidah,tambahan pula krisis akidah yang
melanda masyarakat Islam kini bersifat sejagat, maka peranan
institusi dakwah Islam wajar dinilai dan dikaji semula dari
segi objektif dan matlamatnya, pendekatan atau teknik
dakwahnya, media atau peralatan dakwahnya dan sasarannya untuk
memastikan keberkesanannya dan kejayaan peranannya. Bilangan
pendakwah perlu ditambah dan mereka diberikan latihan
sewajarnya supaya mereka dapat menghadapi masyarakat dengan
penuh hikmah dan bijaksana dalam memberikan bimbingan dan
pendidikan agama.
2. Dalam konteks pendidikan Islam, ada dua peringkat yang perlu
diberi perhatian.

a)Pada peringkat pendidikan Islam yang dikendalikan pihak di


luar sistem formal yang memerlukan tinjauan dan pengukuhan
dari sudut kurikulum, metodologi, buku teks, Latihan keguruan,
proses penilaian, kewangan dan pengurusan. Kelemahan yang ada
perlu diperbaiki segera supaya selaras dengan objektif
Pendidikan asas untuk melahirkan sumber modal insan bermutu
yang mampu menghadapi berbagai-bagai cabaran semasa.

b)Pada peringkat kedua, tinjauan harus dibuat secara


komprehensif dalam sistem Pendidikan Islam yang formal. Apakah
asas agama yang ditawarkan mampu memberikan kesan penghayatan
yang baik kepada para pelajar? Ini kerana banyak asas syariah
menyentuh perkara ghaib. Memberi faham perkara ghaib ini
memerlukan pendekatan tersendiri dan artikulatif sifatnya. Ini
supaya pendidikan Islam selama 11tahun itu akan mampu
memberikan kekuatan rohaniah dan fikriah kepada pelajar.
3. Pendidikan tidak formal khusus untuk orang awam:

a)Menggubal satu kurikulum pendidikan Islam khusus untuk orang


awam agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran Islam,
terutamanya pendidikan ilmu akidah sebagai perisai kukuh
menghadapi ancaman ajaran yang menyeleweng.

b)Memanfaatkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat penyebaran


ilmu dan juga pusat Pendidikan lanjutan Islam di kalangan umat
Islam agar mereka tetap terus menghayati Islam sebagai cara
hidup yang lengkap dengan memperbanyakkan kelas pengajian
agama di masjid dan surau supaya umat Islam dapat memantapkan
pengetahuan ilmu Islam

c)Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan


berterusan yang wajib dihadiri oleh masyarakat Islam,
terutamanya golongan lepasan sekolah dan graduan universiti.
Ini kerana pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada umur
tertentu atau disyaratkan atas kedudukan sosio-ekonomi
tertentu. Sebaliknya tradisi pendidikan Islam diamalkan
sepanjang hayat,dalam segala keadaan dan diceburi oleh semua
anggota masyarakat.
JANGKAAN MASA
DEPAN TERHADAP
INSITUSI
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Perkataan masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dan mempunyai peraturan tertentu.
Masyarakat lebih umum daripada negara yang bermaksud
masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh
kerajaan dengan suatu undang-undang yang berdaulat. Manusia
perlu hidup bermasyarakat kerana keperluan jasmani dan rohani atau
dunia dan akhiratnya tidak mampu diusahakannya seorang diri. Hidup
bermasyarakat dalam Islam bermaksud hidup dalam satu organisasi
yang berpaksikan Islam sebagai suatu cara hidup. Survival seorang
insan sebagai individu muslim mu‘min tidak akan mantap tanpa
masyarakat Islam. Ini kerana hanya masyarakat Islam sahaja yang
boleh menjamin jalinan erat antara hubungan manusia dengan Allah,
hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungan manusia
dengan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai