Anda di halaman 1dari 25

ASAS EKONOMI :

PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
TUGASAN BERKUMPULAN : IRFAN , FIEDA DAN AISYAH
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
01
PENGENALAN
PENDAHULUAN

Perdagangan boleh ditafsirkan sebagai proses pertukaran yang berlaku berdasarkan persetujuan bersama
pihak-pihak yang terlibat di dalamnya. Negara-negara di dunia belum dapat menghasilkan semua barang dan
keperluan mereka sendiri, mereka mesti mendapat bantuan dari negara lain. Proses ini kemudian menjadi
aktiviti perdagangan antara negara, atau kegiatan eksport dan import. Perdagangan antara negara disebut
perdagangan antarabangsa . Dari penjelasan ini dapat disimpulkan bahawa pengertian perdagangan
antarabangsa adalah aktiviti jual beli yang dilakukan oleh satu negara dengan negara lain, di mana ini berlaku
sebagai hasil sumber daya negara yang terhad. Perdagangan antara negara memainkan peranan penting
dalam memenuhi kebutuhan negara yang tidak dapat dihasilkan di negara itu, baik kerana keterbatasan
sumber daya alam, sumber daya manusia, modal, atau kemahiran.
 
 
0BJEKTIF KAJIAN
01 02
MENJELASKAN KESAN
MENGHURAIKAN MAKSUD
PERDAGANGAN ANTARABANGSA
PERDAGANGAN ANTARABANGSA
TERHADAP EKONOMI NEGARA

03 04
MENGHURAIKAN MAKSUD MENERANGKAN KOMPOSISI UTAMA
EKSPORT DAN IMPORT DALAM IMPORT DAN EKSPORT
MALAYSIA
DEFINISI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
Maksud perdagangan antarabangsa ialah merupakan urusan import dan eksport barang perkhidmatan antara satu negara dengan
negara lain . Perdagangan antarabangsa dilakukan oleh sesebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka . Pengeluaran
sesuatu barang dan perkhidmtan yang banyak serta yang melebihi penggunaan dalam negeri membolehkan barang dan
perkhidmatan tersebut dieksport ke luar negara . Barang dan perkhidmatan yang tidak dikeluarkan atau tidak cukup untuk
memenuhi permintaan dalam negeri pula boleh diimport . Sebagai contoh , Malaysia mengeksport petroleum , gas asli cecair ke
Singapura dan Jepun serta mengimport jentera serta kelengkapan pengangkutan dari negara luar seperti Jepun serta mengimport
jentera serta kelengkapan pengangkutan dari negara luar seperti Jepun dan Jerman .
02
KESAN-KESAN
PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
TERDAPAT DUA KESAN PERDAGANGAN
ANTARABANGSA IAITU KESAN POSITIF DAN
KESAN NEGATIF . ANTARA KESAN POSITIF
IALAH :
KESAN POSITIF :

1. MEMPERLUAS PASARAN
 
Apabila Malaysia mengadakan kegiatan eksport , pasaran keluaran tempatan dapat diperluas ke negara-
negara asing . Seterusnya menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran dalam industri eksport . Sektor
eksport dapat menikmati ekonomi bidangan dapat mengeluarkan barang pada kos purata lebih rendah .
Hasilnya kerjasama ekonomi ini meningkatkan pendapatan negara .

2. MENGGALAKKAN PENGUNAAN TEKNOLOGI

Perdagangan antarabangsa memungkinkan sesebuah negara mengimport mesin-mesin dan alat-alat yang
lebih moden untuk digunakan dalam pengeluaran . Dengan mengimport teknologi yang lebih canggih ,
negara tersebut dapat meningkatkan daya pengeluarannya dan menggalakkan perkembangan industry-
industri tempatan .
3. PERTAMBAHAN BEKALAN WANG

Kegiatan eksport menyebabkan pengaliran masuk mata wang asing dan seterusnya tambah bekalan wang
dalam negara . Pertambahan ini, mengurangkan kadar bunga pinjaman , tingkatkan pelaburan & keluarga
negara dapat menggalakan pertumbuhan ekon . arus globalisasi juga membawa masuk modal pelabur
asing ( FDI ) yang dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi tempatan

4. DAPAT IMPORT PENGELUARAN ( BARANG YANG TAK DIHASILKAN DALAM NEGARA SENDIRI )

Malaysia dapat import pengeluaran penting yang taka da dalam negara dari negara luar contohnya , seperti
besi dan keluli dan sekaligus melancarkan proses pengeluaran dan pertumbuhan ekonomi dalam negara
akan berterusan terjamin dengan adanya bekalan input dari negara luar .
5. MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN RAKAN DAGANG

Perdagangan antarabangsa dapat menggalakan persefahaman dan kerjasama antara rakan dagang . Hal ini
dapat mewujudkan hubungan dan memupuk semangat saling membantu antara satu dengan yang lain .

KESAN NEGATIF :

1. MERUGIKAN NEGARA MEMBANGUN

Perdagangan antarabangsa merugikan negara membangun yang lazimnya mengeksport bahan mentah atau
keluaran utama yang mengalami kejatuhan harga dalam jangka panjang . Sebaliknya , negara maju
mengekport barang perkilangan yang mempunyai harga yang tinggi . Hal ini bermakna , negara membangun
akan memperoleh hasil eksport yang rendah tetap membayar barang import yang lebih tinggi .
2. TERLALU BERGANTUNG PADA SEKTOR EKSPORT ATAU IMPORT

Apabila sesebuah negara terlalu bergantung pada sector eksport atau import , ekonomi negara tersebut akan
terdedah kepada ketidakstabilan ekonomi seperti peperangan . Sebagai kesannya , pengguna di negara
pengimport tidak dapat menikmati barang itu dan terdedah kepada ketidakstabilan ekonomi negara
pengeksport . Negara menghadapi risiko yang tinggi juga jika terlalu bergantung pada sektor import . Hal ini
demikian kerana negara asing boleh menghentikan urus niaga pada bila-bila masa sebagai tindakan sabotaj .

3. KURANG MOBILITI ( PERGERAKAN ) SUMBER

Apabila permintaan terhadap barang eksport sesebuah negara berkurang , buruh menghadapi masalah mobiliti
pekerjaan kerana pengalaman dan kemahirannya dalam industri tertentu tidak dapat diserapkan untuk
kegunaan industry lain . Selain itu , buruh turut menghadapi masalah mobiliti geografi kerana pelbagai sekatan
yang dikenakan oleh sesebuah negara seperti perlu memohon permit kerja dan visa sebelum dibenarkan
berkerja di negara lain .
4. MENGAMALKAN PENGKHUSUSAN YANG BERLEBIHAN

Sesebuah negara yang mengamalkan pengkhususan yang berlebihan dalam sesuatu industri tujuan pasaran eksport
akan mengalami masalah pengecutan pasaran apabila negara pesaingnya menjadi semakin cekap dalam industrI
yang sama . Sebagai contoh , kecekapan Jepun mengeluarkan kereta di pasaran dunia telah menjejaskan industri
kereta terutamanya di Eropah . Selain itu , wujud ciptaan barang pengganti yang kompetitif di pasaran dunia seperti
penciptaan getah tiruan yang lebih murah berbanding getah asli . Hal ini telah menjejaskan ekonomi negara yang
mengkhusus dalam pengeluaran getah asli untuk tujuan eksport .

5. MENGAMALKAN DASAR PERLINDUNGAN

Sesetengah negara mengamalkan dasar perlindungan ( sekatan ) dengan tujuan untuk mengurangkan import . Oleh
itu, negara yang dikenakan sekatan akan bertindak balas dengan mengenakan sekatan terhadap importnya . Hal ini
akan menyebabkan perdagangan antarabangsa terjejas . Tambahan pula , perlindungan yang diberikan kepada
industry tempatan akibat daripada persaingan dengan firma asing akan menyebabkan industri tempatan yang
berkaitan menjadi tidak cekap . Oleh itu , ketidakcekapan dalam pengagihan sumber akan juga berlaku
IMPORT DAN
EKSPORT
DEFINISI IMPORT :
DEFINISI IMPORT

Di dalam ekonomi,import adalah merupakan apa-


apa barangan (contohnya satu komoditi) atau
perkhidmatan yang dibawa ke dalam sebuah negara
dari negara lain di dalam satu kaedah yang
disahkan oleh undang-undang, biasanya bagi
kegunaan di dalam perdagangan. Import barangan
atau perkhidmatan diberikan kepada pelanggan
tempatan oleh penghasil. Satu import di dalam
negara penerima adalah satu eksport kepada
negara penghantar.
KOMPOSISI IMPORT UTAMA MALAYSIA

IMPORT BARANG
PENGGUNA

 Membeli barang berbentuk fizikal dari negara luar. Pembelian barang berbentuk fizikal dari luar
negara merupakan import nyata.
 Import barang pengguna semakin berkurangan sejak tahun 1965 kerana usaha Malaysia
memajukan industri penggantian import untuk mencapai tingkat mampu diri.
 Barang pengguna - kasut
 Barangan pelaburan atau modal - mesin
 Barangan perantaraan
 Barangan import untuk dieksport
IMPORT BARANG
PELABURAN

 Membeli perkhidmatan yang ditawarkan oleh negara luar. Import tak nyata merupakan pembelian
perkhidmatan yang ditawarkan oleh luar negara.
 Import barang pelaburan (terutamanya jentera dan kelengkapan) dan barang perantaraan
(terutamanya untuk perkilangan dan pembinaan) meningkat selaras dengan perkembangan sektor
perkilangan di Malaysia.
 Import barang pelaburan dan barang perantaraan pada masa kini ialah 80%-90% daripada jumlah
import selaras dengan dasar perindustrian Malaysia.
 Barang pelaburan seperti jentera pengangkutan dll, Barang Perantaraan seperti bahan mentah,
bahan api, bahan kimia dll dan Import Bagi Eksport Semula.
 Import bagi eksport semula Malaysia terdiri daripada bijih timah dan gas asli. Arah aliranya turun
naik.
NEGARA IMPORT UTAMA MALAYSIA
DEFINISI EKSPORT

PENGEKSPORTAN DITAKRIFKAN SEBAGAI


MENGAMBIL ATAU MENYEBABKAN BARANG ATAU
KOMODITI DIBAWA KELUAR DARI MALAYSIA
MELALUI DARAT, LAUT ATAU UDARA,
MENGGUNAKAN VESEL, KENDERAAN ATAU
PESAWAT UNTUK TUJUAN PERDAGANGAN.
MENGEKSPORT ADALAH CARA YANG BAIK UNTUK
MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN ANDA DAN JIKA
DILAKUKAN DENGAN BIJAKL, DAPAT
MENINGKATKAN LAGI KEUNTUNGAN PERNIAGAAN
ANDA DENGAN KETARA.
KOMPOSISI EKSPORT UTAMA MALAYSIA

EKSPORT
BARANG
NAMPAK

 BARANG-BARANG SAHAJA
 DI MALAYSIA TERBAHAGI KEPADA KOMODITI UTAMA:
-HASIL PERTANIAN
• MINYAK KELAPA SAWIT,KAYU BALAK,GETAH,KOKO & LADA HITAM
-BARANG GALIAN
• MIYAK MENTAH,GAS ASLI CECAIR
-BARANG PERKILANGAN
• BARANG ELEKTRIK
• TEKSTIL,PAKAIAN DAN KASUT
• KAYU DAN GETAH
• BESI, KELULI DAN GALIAN BUKAN LOGAM
• PETROLEUM,KELUARAN MAKANAN,MINUMAN DAN TEMBAKAU SERTA KELENGKAPAN
PENGANGKUTAN
EKSPORT
BARANG TIDAK
NAMPAK

 PERJALANAN
 PENGANGKUTAN • MENGEKSPORT PERKHIDMATAN APABILA
• MENGHANTAR BARANG MENGGUNAKAN RAKYAT ASAING DATANG KE NEGARA INI
PENGANGKUTAN: • CONTOH EKSPORT PERKHIDMATAN
-PENGANGKUTAN UDARA SEPERTI SISTEM PERJALANAN:
PENERBANGAN MALAYSIA (MAS) -PERJALANAN TERMASUK PERBELANJAAN
-PENGANGKUTAN LAUT SEPERTI OLEH PERLANCONGAN ASING DI MALAYSIA
PERBADANAN PERKAPALAN -PERBELANJAAN OLEH PELAJAR ASING
ANTARABANGSA MALAYSIA (MISC) YANG BELAJAR DI KOLEJ SWASTA DI
 PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
TURUT DIEKSPORT APABILA RAKYAT -PERBELANJAAN AHLI SUKAN ASING YANG
NEGARA ASING MENGINSURANSKAN MENYERTAI ACARA SUKAN YANG
BARANG-BARANGNYA DENGAN DIANJURKAN OLEH MALAYSIA
SYARIKAT INSURANS TEMPATAN
EKSPORT
BARANG TIDAK
NAMPAK

 URUS NIAGA KERAJAAN


-KERAJAAN MENGEKSPORT PERKHIDMATAN  PERKHIDMATAN LAIN
DI BAWAH URUS NIAGA KERAJAAN APABILA -EKSPORT PERKHIDMATAN LAIN
RAKYAT ASING MENGGUNAKAN TERMASUKLAH PENERIMAAN BAYARAN
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KONTRAK SYARIKAT MALAYSIA DI LUAR
NEGARA KITA. NEGARA, PERKHIDMATAN PROFESSIONAL,
-ANTARA CONTOH EKSPORT URUS NIAGA YURAN PENGURUSAN DAN AGENSI,
KERAJAAN TERMASUKLAH PERBELANJAAN ROYALTI ATAS BUKU ATAS CAKERA PADAT,
KEDUTAAN NEGARA ASING DAN BANTUAN DAN YURAN FRANCAIS YANG DITERIMA
TEKNIKAL YANG DIBERIKAN OLEH MALAYSIA DARI LUAR NEGARA.
KEPADA NEGARA ASING.
NEGARA EKSPORT UTAMA ASEAN
KESIMPULAN

Ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun persekitaran luar lebih mencabar


denganpertumbuhan global yang sederhana. Ini dapat dibuktikan dengan
pertumbuhan eksport Malaysiayang kukuh dan melepasi jangkaan dari tahun ke
tahun. Pada tahun 2014, kenaikan nilai eksportiaitu RM 46.14 bilion, 6.4%,
berbanding tahun sebelumnya iaitu 2013. Begitu juga pada tahun2015, eksport
berkembang sebanyak 4.1% yang bernilai RM 66.53 bilion. Peningkatan eksportke
negara-negara tertentu seperti Republik Rakyat China (RRC), Amerika Syarikat
(AS),Keatuan Eropah (EU), Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina, Australia dan
Taiwan telahmenyokong pertumbuhan eksport Malaysia. Peningkatan eksport akan
mengukuhkan lagi sektorluar negeri yang seterusnya akan meningkatkan daya tahan
ekonomi domestik.

Anda mungkin juga menyukai