Anda di halaman 1dari 13

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK

KUALA LUMPUR

ASAS EKONOMI
UFE 1113

SEMESTER 1/2023

KAJIAN KES
(TUGASAN BERKUMPULAN)

PERDAGANGAN ANTARABANGSA

NAMA PELAJAR : IQMAL HAKIMI BIN KAMARUZAMAN

NO. IC : 050804-14-0363

PROGRAM : PERAKAUNAN- 1 DVM BAK

NAMA PENSYARAH : PUAN NORFARAHANA BINTI NORDIN

TARIKH HANTAR :

1
ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA


SURAT
1 1.0 PENGENALAN 3

2 2.0 OBJEKTIF 4

3 3.0 DEFINISI PERDAGANGAN ANTARABANGSA


3.1 definisi perdagangan antarabangsa
5-7
3.2 kesan perdagangan antarabangsa
3.2.1 kesan positif
3.2.2 kesan negatif

4 4.0 IMPORT DAN EKSPORT


4.1 definisi import
4.1.1 komposisi import utama Malaysia 8-11
4.1.2 negara import utama Asean

4.2 definisi eksport


4.2.1 komposisi eksport utama Malaysia
4.2.2 negara eksport utama Asean

5 PENUTUP 12

6 RUJUKAN 13

2
1.0 PENGENALAN

Dalam kajian kes ini, kami akan menerangkan sedikit sebanyak tentang
perdagangan antarabangsa. Perdagangan antarabangsa terdiri daripada tiga
bentuk iaitu import, export dan entreport. Di dalam kajian kes ini, kami akan
menerangkan tentang apa itu perdagangan antarabangsa, kesan – kesan
perdagangan antarabangsa dan sedikit maklumat tentang import serta export.

3
2.0 OBJEKTIF

2.1 Menerangkan perdagangan antarabangsa


2.2 Menjelaskan komposisi eksport dan import

4
3.0 DEFINISI PERDAGANGAN ANTARABANGSA

3.1 DEFINISI PERDAGANGAN ANTARABANGSA

 Perdagangan antarabangsa adalah interaksi antara negara dalam bentuk jual


beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang atau alatan lain
untuk memunuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan
tempat yang sesuai bagi mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan
melalui kesepekatan bersama. Perniagaan seperti ini melibatkan operasi
merentasi sempadan negara yang bertujuan untuk mencapai objektif individu
dan organisasi.
 Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, yang menerangkan definisi
perdagangan antarabangsa di mana barangan import dari sesebuah negara
tidak akan dikenakan sebarang bentuk sekatan, seperti kuota atau kadar tarif.
Perdagangan ini melibatkan tiga cabang iaitu import, export dan entreport.

3.2 KESAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA


 3.2.1 KESAN POSITIF
I. Memperolehi barangan yang tidak dihasilkan di dalam negara
- Perbezaan sumber semula jadi seperti iklim dan tanih membolehkan
negara mengimport barangan yang tidak dikeluarkan di negara sendiri.
- Contohnya, Malaysia hanya boleh mendapat epal dan anggur serta berlian
( besi dan keluli ) melalui perdangan antarabangsa.
II. Memperoleh barang dengan lebih murah
- Perdagangan antarabangsa menggalakkan sesebuah negara
mengkhususkan dalam pengeluaran barang yang mempunyai faedah
berbanding.
- Kesannya, kos pengeluaran barang tersebut menjadi lebih rendah dan
output setiap negara yang berdagang bertambah dan akhirnya output
dunia bertambah.
- Contohnya, Malaysia mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran
minyak kelapa sawit dan perdagangan antarabangsa membolehkan
Malaysia mengeksport komoditi tersebut.

5
III. Memperluas pilihan pengguna
- Perdagangan antarabangsa dapat memenuhi cita rasa pengguna yang
pelbagai iaitu pengguna dapat memilih sama ada barang tempatan atau
barang import. Kesannya, taraf hidup rakyat bertambah.
- Contohnya, penduduk Malaysia dapat membuat pilihan sama ada
membeli kereta Proton ( kereta nasional ) atau kereta import seperti
Ferrari atau Mercedes Benz.
IV. Menggalakkan perkongsian pengetahuan dan teknologi
- Perdagangan antarabangsa membolehkan perkongsian pengetahuan,
maklumat dan teknologi antar negara. Kesannya, daya pengeluaran
negara tersebut meningkat dan dapat mengurangkan kos pengeluaran.
- Contohnya, jika Malaysia mengimport teknologi Baharu atau bekerjasama
dengan negara Jepun, dalam industry pengeluaran peralatan elektronik,
maka kedua-dua negara dapat memperoleh manfaat daripada teknologi
tersebut.
V. Menggalakkan pelaburan
- Perdagangan antarabangsa menggalakkan aliran masuk pelaburan
langsung asing (FDI) dan aliran keluar pelaburan langsung ke luar negara
(DIA). Pelaburan langsung asing dapat menambahkan peluang pekerjaan
dan mengurangkan pengangguran dan meningkatkan daya asing serta
membaiki imbangan pembayaran.
- Contohnya, Malaysia menerima kemasukan pelaburan langsung asing,
terutamanya dari Singapura, Jepun dan Hong Kong . Aliran keluar
pelaburan langsung Malaysia ke luar negara adalah dalam sektor
perkhidmatan, iaitu sektor kewangan dan insurans.

6
 3.2.2 KESAN NEGATIF
i. Merugikan negara membangun
- Perdagangan antarabangsa merugikan negara membangun yang
mengeksport bahan mentah sebaliknya menguntungkan negara maju
yang mengeksport barang perkilangan yang mempunyai harga tinggi.
- Wujud perbezaan kekayaan antara negara maju dengan negara
membangun.
ii. Mengamalkan pengkhususan berlebihan
- Negara yang mengamalkan pengkhususan berlebihan terdedah kepada
risiko seperti :
a) Kejatuhan harga barang eksport
b) Negara pesaing menjadi semakin cekap dalam industry sama
c) Wujud barang pengganti yang kompetitif di pasaran dunia
(contohnya, getah tiruan yang lebih murah).
iii. Kurang mobility sumber
-apabila permintaan terhadap barang eksport sesebuah negara berkurang,
buruh hadapi masalah mobility pekerjaan sebab pengalaman dan
kemahirannya dalm industry tertentu tidak dapat diserap untuk kegunaan
industry lain.
iv. Mengamalkan dasar perlindungan
- Kebebasan eksport dan import dihalang oleh sekatan perdagangan yang
dikenakan untuk melindungi industry tempatan sesebuah negara.
v. Menimbulkan masalah lambakan
- Sesetengah negara pengeksport boleh melakukan lambakan. Lambakan
ialah menjual barang keluaran dengan harga yang lebih rendah daripada
keluaran industry tempatan. Tujuannya adalah untuk menghabiskan
lebihan penawaran dalam negeri atau mengusir pesaing supaya wujud
monopoli di pasaran.

7
4.0 IMPORT DAN EKSPORT

4.1 Definisi import

4.1.1 Komposisi import utama Malaysia

 Import ialah barangan yang dibeli oleh sesebuah negara dari luar negara
 Komposisi import terbahagi kepada dua iaitu import barang Nampak (fizikal)
dan import barang tak Nampak (perkhidmatan).

IMPORT BARANG NAMPAK IMPORT BARANG TAK NAMPAK


a) Barang perantaraan a) Pengangkutan
- Barang yang harus - Rakyat Malaysia yang
diproses menjadi barang menggunakan
akhir. perkhidmatan
- Contoh : bahan kimia, perkapalan,penerbangan
alat ganti pengangkutan dan insurans negara asing.
dan tebu mentah. b) Perjalanan
b) Barang pelaburan - Rakyat Malaysia melancong
- Barang modal yang dan membuat perbelanjaan
digunakan untuk di luar negara.
membantu proses c) Urus niaga Kerajaan
pengeluaran. - Terdiri daripada
- Contoh : jentera, mesin perbelanjaan jabatan-
dan kelengkapan jabatan Kerajaan Malaysia
pengangkutan yang bertempat di negara
c) Barang penggunaan asing.
- barang akhir yang boleh - Contoh : perbelanjaan
digunakan terus oleh kedutaan Malaysia di
pengguna negara asing.
- contoh : computer, jam d) Perkhidmatan lain
tangan dan kamera - Terdiri daripada bayaran
kontrak dan khidmat

8
professional yang diterima
negara asing

4.1.2 Negara import utama Asean


 Thailand
 Vietnam
 Singapura
 China
 Jepun
 Taiwan
 Korea Selatan
 Indonesia
 Jerman
 Amerika syarikat

9
4.2 Definisi eksport

4.2.1 komposisi eksport utama Malaysia

 Eksport ialah barangan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dan dijual ke
luar negara
 Komposisi eksport terbahagi kepada dua iaitu eksport barang Nampak
(fizikal) dan eksport barang tak Nampak (perkhidmatan)

EKSPORT BARANG NAMPAK EKSPORT BARANG TAK NAMPAK


a) Barang perkilangan a) Pengangkutan
- Barang elektrik dan - Rakyat asing menghantar
elektronik, keluaran kimia barang-barang dengan
dan plastic, pakaian dan menggunakan
kasut. pengangkutan udara MAS
b) Barang galian dan pengangkutan laut
- Petroleum, gas asli dan MISC.
biji timah. b) Perjalanan
c) Barang pertanian - Rakyat asing melancong
- Minyak sawit, kayu balak, dan membuat
getah dan koko perbelanjaan di Malaysia.
c) Urus niaga Kerajaan
- Perbelanjaan jabatan-
jabatan Kerajaan asing
yang bertempat di
Malaysia
- contoh: perbelanjaan
kedutaan dari luar negara.
d) Perkhidmatan lain
- Terdiri daripada bayaran
kontrak, yuran pengurusan

10
yang diterima oleh
Malaysia.

4.2.2 Negara eksport utama Asean.

 Jepun
 Amerika Syarikat
 China
 Singapura
 Thailand
 Taiwan
 India
 Australia
 Korea Selatan
 Indonesia

11
PENUTUP

Kesimpulannya , perdagangan antarabangsa merupakan perkara yang penting bagi


sesebah negara. Ini kerana, aktiviti perdagangan antarabangsa dapat membantu
sesebuah negara dalam meningkatkan ekonomi dan memajukan industry mereka.
Jadi, ini adalah sedikit sebanyak pengetahuan kami berkaitan perdagangan
antarabangsa.

12
RUJUKAN

 panitia ekonomi asas (2023). SCRIBD. Diperoleh pada 2023, oct 15 di


https://www.scribd.com/doc/17123628/Komposisi-Eksport-Dan-Import

 Direktorat Jenderal Kerja Sama ASEAN, Kementerian Luar Negeri RI (2023)


Diperoleh pada 2023, oct 15 di https://setnasasean.id/potensi-dan-peluang-
bisnis/read/malaysia

 DeaconPigeon737(2021). Course hero. Diterbitkan pada 2021, Januari 22,


https://www.coursehero.com/file/78548903/konsep-perdagangan-
antarabangsadocx/

 Hui.S.C (2023), SCRIBD. Diperoleh pada 2023, oct 15 di


https://www.scribd.com/document/329452222/Nota-Eko-P3-Kesan-Positif-
Perdagangan-Antarabangsa

 PeiruzZ (2023), SCRIBD. Diperoleh pada 2023, oct 15 di


https://www.scribd.com/doc/19613074/Keburukan-Perdagangan-
Antarabangsa

13

Anda mungkin juga menyukai