Anda di halaman 1dari 15

BBNG3103

IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN (DENGAN KEPUJIAN)

JANUARI 2021

BBNG3103

PERNIAGAAN ANTARABANGSA

NO. MATRIKULASI : 910224025112001


NO. KAD PENGENALAN : 910224-02-5112
NO. TELEFON : 011-14466693
E-MEL : mizbeel@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : Universiti Terbuka Malaysia, Alor Setar

0
ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK
dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University Malaysia
(OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.
BBNG3103
1.0 Pengenalan Kepada Perniagaan Antarabangsa Dan Signifikannya Kepada Ekonomi

Malaysia

Pada era dunia tanpa sepadan ini, tidak dinafikan lagi akan kepentingan perniagaan

antarabangsa yang pada asalnya terdiri daripada perdagangan antarabangsa. Semenjak 2000

tahun yang lalu, wujudnya perdagangan dalam masyarakat. Ini dapat dilihat melalui

masyarakat Afrika Utara telah mula berdagang buah kurma dan pakaian untuk ditukarkan

dengan rempah ratus dan minyak zaitun dari timur tengah. Perdagangan seperti ini mula

berkembang pada tahun-tahun berikutnya. Pada zaman kini pula perkembangan perniagaan

antarabangsa disebabkan oleh beberapa faktor seperti perkembangan pasaran, pembelian

sumber, tekanan persaingan, perubahan teknologi, perubahan sosial, perubahan dalam dasar

perdagangan dan pelaburan kerajaan.

Sejak lima abad yang lalu, aktiviti perniagaan antarabangsa telah mula berkembang

dengan pesat dan eksport dunia juga telah berkembang dengan amat pesat. Selain itu,

pelaburan asing juga menunjukan penigkatan arah aliran. Dengan peningkatan dua kali ganda

syer keseluruhan pelabur asing, ini menunjukan perkembangan perdagangan dan perlaburan

antarabangsa dengan menggambarkan kuasa ekonomi, politik dan teknologi sebagai

pendorong pasaran dan industri global.

Perniagaan berasal dari latin negotium, perkataan yang terdiri daripada ttm dan otium

yang boleh diterjemah sebagai ”’Apa yang tiada masa lapang”. Oleh itu, istilah ini merujuk

kepada kerja atau pekerjaan yang dijalankan untuk keuntungan. Kata sifat antarabangsa,

sebaliknya dikaitkan dengan yang memiliki atau relatif kepada dua atau lebih negara, kepada

negara selain daripada sendiri atau yang melangkaui sempadan negara. Perniagaan

antarabangsa merangkumi aktiviti komersial yang berlangsug lebih dari satu negara. Konsep

ini termasuk urusniaga kerajaan dan transaksi peribadi. Selain itu, perniagaan antarabangsa

bemaksud semua transaksi yang dilakukan oleh sebuah negara dengan negara yang lain.

1
BBNG3103
Sebagai contoh, perniagaan antarabangsa termasuklah membeli bahan mentah daripada

sebuah negara dan kemudian membawanya ke negara lain untuk diproses, mengeksport

produk ke negara lain untuk dijual dan membina kilang di negara asing untuk mendapat kos

buruh yang murah. Pihak yang terdiri daripada individu, syarikat dan perbadanan swasta serta

agensi kerajaan.

Apakah perbezaan diantara pemasaran domestik dan pemasaran antarabangsa?

Perniagaan domestik melibatkan transaksi komersial dalam negara sendiri manakala

perniagan antarabangsa berlaku menyeberangi sempadan sendiri. Basanya perniagaan

antarabangsa berlaku antara dua atau lebih negara. Perniagaan antarabangsa berbeza daripada

perniagaan domestik dari segi beberapa aspek antaranya kegunaan mata wang. Bagi

perniagaan antarabangsa, pelanggan yang membeli barangan dan perkhidmatan dari negara

asing, mereka perlu melakukan transaksi dalam matawang yang telah dipersetujui dalam

kontrak perdagangan manakala perniagaan domestik pula, pelanggan perlu menggunakan

mata wang tempatan rasmi negara itu. Sistem perundangan adalah penting dalam transaksi

perniagaan antarabangsa. Bagi firma yang mahu mengeksport atau mengimport sesuatu

produk tertentu dari negara asing, mereka perlu mematuhi Akta Kastam dan Akta

Perdagangan yang ditetapkan oleh negara tuan rumah serta perundangan antarabangsa. Bagi

perniagaan domestik pula firma perlu mematuhi undang-undang domestik yang berkaitan

dengan transaksi belian dan jualan. Budaya juga memainkan peranan amat penting dalam

transaksi perniagaan antarabangsa. Jika firma tempatan mahu membuat pelaburan langsung

di sebuah negara asing, ia harus memahami budaya negara tuan rumah. Ini kerana perbezaan

budaya mempengaruhi kelakuan dalam penggunaan dan pembelian produk dan perkhidmatan

dalam sesebuah pasaran asing. Bagi perniagaan domestik pula, firma hanya perlu memahami

budaya tempatan dalam usaha menarik minat pelanggannya untuk membeli produk. Yang

terakhir ialah sumber bahan mentah. Setiap negara mempunyai sumber bahan mentah yang

2
BBNG3103
berbeza disebabkan oleh perbezaan keadaan cuaca dan tanah. Kebanyakan negara maju

melabur di negara yang membangun untuk mendapatkan bahan mentah yang murah dan

banyak yang tidak terdapat di negara sendiri. Bagi perniagaan domestik, pengeluaran sesuatu

produk bergantung pada kesediaan bahan mentah yang boleh didapati dengan mudah dalam

negara.

Terdapat tujuh aktiviti perniagaan antarabangsa iaitu import dan eksport, pelaburan

langsung asing, franchais, kontrak pengurusan, kontrak pembuatan dan projek serah kunci.

Aktiviti yang pertama dalam perniagaan antarabangsa iaitu import dan eksport. Komponan

ini amat penting dan saling melengkapi anatara satu sama lain. Sesebuah negara perlu

mempunyai suatu produk ataupun bahan mentah untuk dikeluarkan ke negara lain yang

dikenali sebagai eksport. Pada masa kini, sektor perkhidmatan menyumbang pada lebih

daripada 60% pengeluaran domestik industri. Import pula melibatkan produk yang dibeli oleh

negara lain untuk kegunaan mereka sendiri. Pelaburan Langsung Asing merupakan aktiviti

perniagaan antarabangsa iaitu modal sesebuah negara dilaburkan di negara lain. Rugman &

Hodgetts, (2006) melaporkan bahawa FDI mewakili 50% daripada perdagangan dunia yang

melibatkan 500 buah syarikat terbaik di dunia. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu perniagaan

langsung asing dan pelaburan portfolio. Pelaburan langsung asing merupakan pelaburan yang

diimplimentasikan untuk mengawal harta atau operasi syariat yang bertempat di negara lain.

Manakala pelaburan portfolio melibatkan pembelian instrument kewangan atau sekuriti (syer,

bon dan sijil simpanan) untuk sebab tertentu selain kawalan. Slah satu sebab utama adalah

untuk meningkatkan nilai instrumen kewangan atau sekuriti tersebut.

Pelesenan juga diantara aktiviti perniagaan antarabangsa. Perlesenan berlaku apabila

syarikat dalam sebuah negara iaitu pemberi lesen memajak lesen bagi membolehkan syarikat

dari luar negara iaitu penerima lesen menggunakan harta interlek mereka seperti paten, tanda

perdagangan, jenama hak cipta teknologi atau rahsia perdagangan sebagai pulangan untuk

3
BBNG3103
royalti. Aktiviti perniagaan antara bangsa yang ke empat ialah francais. Terdapat dua pihak

yang terlibat dalam francais iaitu pemberi francais dan penerima francais. Pemberi francais

membenarkan penerima francais menggunakan produk mereka dengan jenama, logo serta

teknik operasi sesuatu produk atau perkhidmatan mereka. Sebagai balasan, pihak penerima

francais akan membayar royalti kepada pemberi francais. Contohnya McDonald menjual

francais restorannya di seluruh dunia.

Yang kelima ialah kontrak pengurusan. Kontrak pengurusan akan ditandatangani

apabila syarikat yang berkemahiran bersetuju mengendalikan operasi atau pengurusan di

negara lain dengan mengenakan caj tertentu. Selain itu, kontrak pembuatan juga merupakan

aktiviti perniagaan antarabangsa. Kontrak pembuatan perlu ditandatangani apabila sesebuah

firma memberi kontrak kepada firma lain supaya mengeluarkan produk mereka. Ini bertujuan

untuk mengurangkan kos pengeluaran dan sumber manusia. Dan aktiviti perniagaan

antarabangsa yang terakhir ialah projek serah kunci. Projek serah kunci bermula apabila

sebuah negara menandatangani kontrak dengan firma dari negara luar untuk menyiapkan

projek seperti pembinaan jejambat atau bangunan. Setelah projek siap, ia akan diserahkan

kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut. Sebaga contoh, jambatan Pulau

Pinang dibina oleh syarikat dari Korea Selatan dan apabila jambatan tersebut siap dibina, ia

diserahkan semula kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut. Syarikat Korea

tersebut dibayar mengikut kandungan kontrak yang dipersetujui sebelum mereka memulakan

projek.

2.0 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Perniagaan Antarabangsa

Setiap perniagaan yang ingin menceburi perniagaan antarabangsa akan menghadapi

pengaruh- pengaruh luar yang tentunya akan memberi kesan terhadap perniagaan

antarabangsa. Ini terjadi kerana organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen

persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah laku.

4
BBNG3103
Sebelum organisasi tersebut merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenal,

menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Terdapat

empat pengaruh-pengaruh luar yang mempengaruhi kejayaan perniagaan antarabangsa iaitu

dasar perundangan dan politik, faktur kebudayaan, kuasa ekonomi dan pengaruh geografi.

2.1 Dasar perundangan dan Politik

Organisasi yang ingin melabur di sesebuah negara asing haruslah prihatin dan peka

terhadap persekitaran politik dan undang-undang yang telah diamalkan oleh negara tersebut.

Ini kerana disetiap negara mempunyai sistem politik yang berbeza. Kuasa politik dan

perniagaan tidaj boleh dipisahkan. Hal ini demikian, mungkin akan menyulitkan aktiviti-

aktiviti organisasi perniagaan atau ia boleh menjadi satu peluang yang baik kepada organisasi

perniagaan. Ini dapat dilihat melalui kuasa politik dan perniagaan di mana pihak kerajaan

Malaysia mengenakan kadar cukai import yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti

komponen dan alat ganti kereta dari luar negara supaya melindungi kereta nasional atau

kereta buatan negara. Hal ini boleh dikaitkan dengan perniagaan dan politik. Tindakan

kerajaan Malaysia ini, memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan. Selain itu,

ia memberi tekanan kepada pengimport barangan luar negara tersebut. Contoh lain yang

dapat dilihat dengan jelas adalah kerajaan Malaysia membuat larangan terhadap syarikat-

syarikat Malaysia supaya tidak menjalani sebarang urusniaga dengan Negara Israil dan

negara-negara lain yang mempunyai konflik yang sama.

2.2 Faktor kebudayaan

Pemahaman terhadap budaya sesebuah negara penting bagi sebuah syarikat

antarabangsa. Setiap bangsa mempunyai kebudayaannya tersendiri. Perbezaan budaya boleh

menjadi penghalang pada perniagaan antarabangsa. Di dalam dunia perniagaan perkara yang

penting yang perlu dititik beratkan ialah penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya.

5
BBNG3103
Setiap negara di dunia ini mempunyai budaya tersendiri malah ia unik dan berlainan. Syarikat

yang ingin melabur perlulah memahami terlebih dahulu sistem dan budaya sesebuah negara

tersebut seperti corak kehidupan yag diamalkan. Ia termasuklah sikap, nilai sosial,

kepercayaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat perlu membuat perancangan yang sangat teliti

dan secara menyeluruh supaya produk yang hendak dipasarkan boleh diterima oleh negara

tersebut. Sebagai contoh, kita melihat negara kita sendiri iaitu Malaysia yang mempunyai

pelbagai kaum dan masyarakat seperti Melayu, India, China, Kadazan, Murut, dan lain-lain

lagi. Ini menunjukan setiap kaum di negara ini mempunyai nilai-nilai etika yang tersendiri.

Oleh itu, organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika dalam kalangan

masyarakat tersebut. Contoh yang terbesar yang boleh dijelaskan disini ialah keperluan dan

permintaan terhadap makanan halal untuk pasaran umat islam di Malaysia yang ingin dibawa

masuk haruslah mempunyai logo halal dari negara asal yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Sebagai contoh, McDonalds telah menyesuaikan menu restoran mereka bagi memenuhi

standard halal apabila beroperasi di negara Islam. Syarikat yang membuat penyelidikan yang

teliti terhadap perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah

masyarakat sedikit sebanyak membantu memajukan dan mengembangkan perniagaannya di

masa hadapan.

2.3 Kuasa Ekonomi

Pemahaman terhadap persekitaran ekonomi sesebuah negara dapat menjelaskan

bagaimana ekonomi mempengaruhi operasi perniagaan antarabangsa. Sesebuah syarikat yang

ingin mengembangkan perkembanganya ke sesebuah negara perlulah memahami sistem

ekonomi negara tersebut. Ia dapat menjelaskan berkenaan dengan kewujudan fenomena

negara tersebut. Contoh yang dapat dilihat dengan jelas ialah banyak negara yang menukar

barangan dan perkhidmatan mereka dengan negara-negara yang lain. Contoh kedua ialah

perbezaan produktiviti pengeluaran pertanian di negara maju lebih tinggi berbanding

6
BBNG3103
produktiviti pertanian di negara kecil. Hal ini terjadi kerana negara yang maju menggunakan

mesin-mesin pengeluaran yang lebih berkualiti dan mahal berbanding negara kecil yang

menggunkan mesin-mesin pengeluaran yang kurang berkualiti dan murah. Sesebuah negara

perlu meningkatkan infrastuktur di negara mereka supaya negara tersebut dapat bersaing

dengan negara maju seperti negara-negara yang memiliki infrastruktur yang canggih seperti

jalan raya bagi memudahkan sistem pengangkutan negara supaya setanding dengan negara

maju. Ini boleh dikaitkan dengan kuasa ekonomi iaitu negara tersebut perlu meminjam wang

dari bank dunia supaya boleh menambahbaikan infrastruktur tersebut.

2.4 Pengaruh Geografi

Faktor fizikal dan geografi sangat mempengaruhi keputusan syarikat untuk melabur di

luar negara. Faktor seperti cuaca yang baik dan kebolehdapatan sumber asli dalam sesebuah

negara merupakan kelebihan semula jadi yang diperimbangkan sebelum syarikat

multinasional membuat keputusan untuk pelaburan. Seorang usahawan perlu mengkaji

pengaruh geografi negara yang ingin dilabur. Terdapat sesetengah usahawan tidak mahu

melabur di negara –negara asing yang terletak di lokasi yang jauh kerana ia akan

meningkatkan kos pengangkutan terhadap usahawan tersebut. Oleh itu, lokasi yang strategik

dapat mempengaruhi geografi dalam pelaburan langsung asing. Usahawan perlu

mengenalpasti pengaruh geografi mengapa sesebuah negara mengalami hujan ribut,

kemarau, banjir, bencana alam dan lain-lain yang akan memberi kesan kepada perniagaannya.

Kebanyakkan syarikat antarabangsa lebih gemar berniaga dengan negara jiran bagi

memudahkan mereka untuk mengawal pelabur merek di negara tersebut.

3.0 Risiko-risiko yang dihadapi oleh firma-firma Malaysia yang terlibat dalam

perniagaan Antarabangsa

7
BBNG3103
Cabaran yang dihadapi oleh sesebuah firma di Malaysia yang beroperasi di peringkat

global adalah lebih rumit dan sukar jika dibandingkan dengan firma yang hanya beroperasi di

peringkat domestik. Hal ini disebabkan oleh beberapa risiko yang perlu ditangani dengan

berkesan kerana ianya secara langsung dapat mempengaruhi perniagaan antarabangsa

sesebuah syarikat multinasional tersebut. Terdapat beberapa risiko antaranya ialah risiko

ekonomi, risiko politik, kadar pertukaran wang, risiko kredit, pemilikan negara dan

penghantaran balik modal dan dividen.

3.1 Risiko Ekonomi

Risiko ekonomi merupakan antara risiko yang dihadapi oleh perniagaan antarabangsa.

Ia berlaku akibat perubahan dalam keadaan ekonomi sesebuah negara. Pemahaman yang baik

terhadap persekitaran ekonomi sesebuah negara akan membantu syarikat multinasional yang

ingin melabur di negara tersebut. Masalah perkembangan ekonomi seperti kemelesetan

ekonomi, inflasi, kos pengeluaran yang tinggi dan lain-lain isu berkaitan makroekonomi yang

memberi kesan kepada stategi perniagaan dan krisis ekonomi di Asia yang secara langsung

dapat mempengaruhi kejayaan perniagaan antarabangsa sesebuah syarikat multinasional.ia

kan memberi kesan kepada pengeluaran barang tersebut antaranya ialah kos pengeluaran

akan meningkat, permintaan juga akan menurun manakala jumlah eksport menurun.

Kemelesetan ekonomi akan menyebabkan permintaan berkurangan dan inflasi pula akan

mengakibatkan harga keluaran dalam pasaran meningkat kerana sebahagian permintaan yang

tidak dapat dipenuhi yang menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Pengamalan sistem

ekonomi yang berbeza seperti perancangan pusat, kapitalis dan ekonomi campuran perlu

dikenalpasti supaya operasi perniagaan tidak terjejas. Jika sesebuah negara mengamalkan

kapitalis, maka syarikat multinasional terpaksa menghadapi risiko bersaing dengan syarikat

yang mempunyai kuasa monopoli yang boleh menindas mereka. Sekiranya pendapatan

penduduk negara tersebut adalah tingi, maka peluang perniagaan syariat multinasional adalah

8
BBNG3103
lebih cerah kerana kuasa beli penduduk tinggi serta permintaan terhadap barangan akan

meningkat.

3.2 Risiko Politik

Risiko politik merujuk kepada sebarang tindakan kerajaan atau perkara-perkara yang

berlaku yang mempunyai motif politik yang boleh memberikan kesan kepada syarikat sama

ada dari segi nilai mahupun kesan jangka panjang seperti penurunan kadar keuntungan yang

diperolehi syarikat. Sistem pemerintahan sesebuah negara yang berbeza juga boleh

menjejaskan persekitaran perniagaan. Sebagai contoh perubahan dalam kepimpinan negara

atau kemerosotan pesat atau peningkatan dalam ekonomi negara boleh menjejaskan

persekitaran perniagaan. Perubahan peraturan yang berlaku oleh agensi kerajaan atau

perbincangan kerap perubahan pengawalseliaan juga menimbulkan risiko kepada perniagaan.

Begitu juga dengan perubahan perjanjian perdagangan yang dibuat oleh agensi pelbagai hala.

Akhirnya, rusuhan sosial semasa atau berlaku menyebabkan risiko utama kepada persekitaran

perniagaan negara. Ketidakstabilan keadaan politik disebabkan rusuhan, perubahan dan

tunjuk perasaan yang berterusan seperti tunjuk perasaan di Thailand dan Turki telah

membantutkan pembangunan perniagaan di negara tersebut. Selain itu, risiko politik juga

berkait dengan dasar keutamaan oleh kerajaan tempatan iaitu wujud peraturan perdagangan

yang ketat, syarat yang pelbagai untuk menggunakan bahan mentah tempatan dan juga cukai

korporat yang tinggi.

3.3 Risiko Kredit

Risiko kredit berkaitan dengan risiko untuk mendapatkan pembayaran dari luar

negara. Risiko yang perlu dihadapi oleh pengeksport apabila pengimport tidak membayar

wang bagi barang yang diterima. Pengimport tidak dapat membayar wang atas sebab tertentu

9
BBNG3103
seperti kemuflisan, kemelesetan ekonomi dan pergolakan politik. Kesan daripada risiko hredit

ilah pengeksport tidak dapat menanggung modal pengeluaran. Sebagai contoh, sebuah

syarikat multinasional beroperasi di sebuah negara yang mengalami masalah seperti

kemelesetan ekonomi, ketidakstabilan politik dan bencana alam. Maslah yang dialami oleh

negara tersebut akan menyebabkan syarikat yang membuat pinjaman tidak mampu untuk

membayar balik pinjaman bersama faedah yang dikenakan.

3.4 Pemilikan Negara

Risiko pemilikan negara merujuk kepada pengambilalihan sesebuah perniagaan

penting atau perniagaan asing oleh kerajaan tempatan yang memerintah. Ia sering berlaku di

negara yang mmengamalkan sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi perancangan pusat dan

negara komunis seperti negara China. Kesan daripada pemilikan negara ini ialah syarikat

hilang sebahagian atau semua modal atau operasi. Hal ini demikian kerana perkara seperti

pengambilalihan aset melalui expropriation atau confiscation boleh berlaku. Sebagai contoh,

perubahan pemerintahan demokrasi kepada pemerintahan komunisme menyebabkan negara

tuan rumah akan mengambil alih syarikat multinasional tanpa membayar sebarang pampasan.

3.5 Risiko penghantaran balik modal dan dividen

Risiko penghantaran balik modal dan Dividen berlaku apabila sesebuah negara

menggunakan pekerja asing milik syarikat asing. Apabila berlakunya kegawatan ekonomi,

terdapat sekatan bagi melindungi industri tempatan. Sebagai contoh, Malaysia mengehadkan

jumlah wang yang boleh dibawa keluar dari negara semasa menghadapi kegawatan pada

tahun 1997.

3.5 Kadar pertukaran wang

10
BBNG3103
Kadar penukaran wang asing sangat berisiko kerana kadar wang sering berubah- ubah

dan menyebabkan kadar pertukaran asing tidak stabil. Kadar pertukaran wang asing

menggambarkan nilai mata wang tempatan berbanding dengan nilai mata wang asing.

Syarikat perlulah meramal pergerakan tukaran mata wang pada masa hadapan yang memberi

kesan kepada perniagaan. Kesan daripada kadar pertukaran wang ialah kos operasi

perniagaan antarabangsa terjejas apabila terlalu bergantung kepada kegiatan import. Contoh

yang dapat dilihat antaranya ialah kenaikan dolar Amareka berbanding dengan ringgit

Malaysia menjejaskan operasi perniagaan syarikat elektronik yang mengimport komponen

dari luar negara.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, perniagaan antarabangsa merupakan aktiviti jual beli barang dan

perkhidmatan antara sesebuah negara dengan negara yang lain untuk tujuan mendapatkan

keuntungan. Kita dapat simpulkan beberapa faktor yang penting mempengaruhi kejayaan

firma-firma di Malaysia iaitu dasar perundangan dan politik, faktor kebudayaan, kuasa

ekonomi dan pengaruh geografi. Disebalik kejayaan perniagaan antarabangsa terdapat juga

risiko-risiko syarikat antarabangsa antaranya ialah risiko ekonomi, risiko politik, risiko

kredit, risiko pemilikan negara, risiko penghantaran balik Modal dan Dividen dan kadar

pertukaran wang.

11
BBNG3103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

1. blogsport. (2013, december 8). Retrieved from definisi dan peranan perniagaan
antarabangsa: http://perniagaanantarabangsa293.blogspot.com/2013/12/definisi.html
2. erf-est.org. (n.d.). Retrieved from erf-est.org: https://ms.erf-est.org/4296-negocios-
internacionales.html

3. vlee, n. (2014, jul 27). slide share. Retrieved from risiko syarikat multinasional,
pembayaran perdagangan dan mata wang asing:
https://www.slideshare.net/Nicholas940217/risiko-syarikat-multinasional-
pembayaran-perdagangan-dan-mata-wang-asing

4. wordpress.com. (n.d.). Retrieved from dunia pendidikan perdagangan:


https://perdagangank4.wordpress.com/teachers-notes/bab-4-perniagaan-antarabangsa/

12
BBNG3103

13

Anda mungkin juga menyukai