Anda di halaman 1dari 4

1. Huraikan matlamat sesebuah tamadun.

1. Menjaga hubungan baik sesama manusia.


Sifat fitrah manusia sememangnya tidak mampu untuk hidup dengan
sendirian, lebih-lebih lagi untuk membina sebuah masyarakat yang bertamadun dan
berorganisasi. Oleh itu, sesebuah tamadun haruslah membuat peraturan dalam
membina hubungan yang baik sesama sendiri dengan menghayati segala sifat
mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah. Manusia haruslah menjaga kesejahteraan
sesama sendiri dalam memenuhi keperluan hidup. Aturan yang telah ditentukan oleh
Tuhan hendaklah diikut dalam menjaga hubungan antara manusia.
2. Mencari kekuatan material
Sesebuah tamadun digalakkan mencari kekuatan material supaya kegiatan
ekonomi dapat ditingkatkan. Unsur material yang dikurniakan oleh Tuhan hendaklah
digunakan sebaik-baiknya dan dijadikan modal dalam pembinaan tamadun. Oleh itu,
sesebuah masyarakat harus peka dengan keperluan kemajuan dan dengan kekuatan
material boleh dijadikan sebagai kekuatan ekonomi dari sudut kepesatan keindustrian,
penemuan kajian sains dan lain-lain oleh sesebuah tamadun.
3. Menjaga diri dan nyawa
Dalam membina sesebuah tamadun,kita diajar untuk menekankan penjagaan
nyawa manusia sebaik mungkin. Justeru, jiwa dan nyawa manusia milik mutlak Allah
swt, sedangkan manusia adalah pemilik secara nisbi sahaja. Maka mereka mestilah
memelihara nyawa sendiri dan orang lain. Penekanan ini menyebabkan Islam
mengharamkan membunuh diri dan melakukan pembunuhan kepada orang lain.
Sehubungan dengan itu, dalam membina kemajuandan peradaban, Islam juga
mengharamkan kemusnahan seperti pembinaan senjata nuklear dan kimia untuk
membunuh orang lain atau membawa kehancuran.
4. Menjaga hubungan antara makhluk dan alam
Dalam pembinaan dan pembentukan sesebuah tamadun, manusia juga diajar
supaya menjaga hubungan yang baik dengan makhluk yang lain. Sebagai contohnya,
Islam mengharamkan pembunuhan binatang tanpa sebarang sebab yang diharuskan
dengan cara yang zalim dan kejam. Terdapat contoh penentuan yang telah ditentukan

oleh Al-Quran sebagai sumber utama tamadun Islam dalam menjalin hubungan
harmoni ialah menerusi surah seperti berikut:
Hubungan dengan binatang (Surah Yasin)
Dan Kami menundukkan (haiwan haiwan) itu untuk mereka, lalu sebahagiannya
untuk menjadi tunggangan mereka dan sebahagianya untuk mereka makan
5. Menjaga keselamatan harta
Antara matlamat atau tujuan pembinaan sesebuah tamadun ialah untuk menjaga
keselamatan harta. Islam tidak menegah pengumpulan harta dan usaha untuk mencari
kekayaan kerana ia merupakan fitrah semula jadi manusia. Namun Islam menekankan
matlamat dan usaha tersebut mestilah selari dengan kehendak Islam, seperti mencari
hasil yang halal dan membelanjakan harta untuk tujuan yang baik dan diharuskan oleh
syarak. Dalam membina tamadun, Islam menekankan keselamatan harta. Justeru itu,
Islam tidak membenarkan sebarang bentuk penindasan dan pencerobohan terhadap
harta orang lain seperti mencuri, merompak atau urus niaga yang berasaskan riba.

2. Huraikan 3 punca keruntuhan tamadun analisa terhadap kisah kisah para nabi.
Terdapat beberapa punca sesebuah tamadun itu mengalami zaman kejatuhan. Puncapunca ini telah diambil berdasarkan analisa kisah-kisah nabi yang terdahulu. Punca yang
pertama ialah mengingkari perintah Allah SWT dan para Rasul. Allah SWT telah
mengutuskan para rasul untuk memimpin manusia ke jalan yang diredaiNya. Tetapi terdapat
segelintir kaum yang mengingkari perintah tersebut. Contohnya, Nabi Luth AS telah telah
diutuskan kepada masyarakat Sadum yang mempunyai akhlak yang terkutuk. Mereka
mengamalkan hubungan sejenis dalam kehidupan seharian mereka. Nabi Luth AS telah
mengajak mereka beriman dan beribadah kepada Allah SWT serta meninggalkan adat
kebiasaan mereka iaitu perbuatan homoseksual dan lesbian. Nabi Luth AS juga telah
menyatakan bahawa perbuatan tersebut melanggar fitrah asal manusia tetapi masyarakat
Sadum enggan menerima dakwah Nabi Luth AS. Malah Nabi Luth AS telah dibenci dan
diancam kerana mengajak mereka beriman. Allah SAW telah menurunkan hujan batu bagi
membinasakan kaum Nabi Luth dan menghilangkkan mereka dari muka bumi ini dengan cara
menterbalikkan bumi.

Punca kedua keruntuhan tamadun yang dianalisa daripada kisah kisah nabi adalah
berpunca daripada sikap sesebuah kaum. Sebagai contoh, Nabi Nuh AS telah berdakwah
selama 950 tahun dalam menyampaikan perintah Allah SWT untuk menyampaikan wahyu
kepada kaumnya yang enggan meninggalkan penyembahan berhala dan kembali kepada jalan
yang benar iaitu jalan Allah SWT. Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh
tidak berhasil menyedarkan dan menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima
dakwahnya dengan beriman, bertauhid dan beribadat kepada Allah kecuali sekelompok kecil
kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang, walaupun beliau telah melakukan
tugasnya dengan penuh kesabaran dan kesulitan menghadapi penghinaan, ejekan dan caci
maki kaumnya, dengan harapan bahawa kaumnya akan sedar diri dan akan mengakui
kebenaran akan dakwahnya. Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari
makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa tidak akan menebus ke dalam hati
mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblis. Lalu, Allah SWT telah
memerintahkan Nabi Nuh AS membina sebuah kapal untuk dirinya dan kaumnya yang
menurut segala perintah Allah bagi persiapan banjir besar yang bakal melanda seluruh kota
dan desa.
Akhir sekali, punca keruntuhan tamadun yang dianalisa daripada kisah-kisah Nabi
adalah pemimpin kejam dan sombong yang menindas rakyat. Nabi Musa diutus oleh Allah
SWT untuk memimpin kaum Israel ke jalan yang benar dan dilahirkan di Mesir pada
pemerintahan Maneftah (Merneptah) yang memiliki julukan Ramses Akbar atau
Thutmosis. Mesir diperintah oleh Raja Firaun yang sombong, zalim dan berkuasa. Dia
merasakan bahawa Dia adalah Tuhan. Rakyat hidup dalam keadaan sedih dan mereka
diperlakukan seperti hamba. Mereka dirantai dan dipukul dengan cemeti jika membantah.
Kaum Israel dipandang rendah dalam masyarakat dan hidup dalam keadaan melarat serta
miskin.

Semasa tahun kelahiran Nabi Musa, Firaun telah membuat peraturan untuk

membunuh tiap-tiap anak lelaki yang lahir kerana dia terpengaruh oleh tukang-tukang ramal
kerajaan yang menafsirkan mimpinya mengatakan kekuasaan Firaun akan jatuh ke tangan
seorang laki-laki dari bangsa Israel. Isteri Firaun iaitu Asiyah telah sangat menyukai bayi
yang ditemui dan bercadang untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Beberapa tahun
kemudian, berlaku perdebatan antara Nabi Musa dengan firaun dan ramai rakyat berasa teruja
dengan Nabi Musa itu. Firaun telah mengadakan pertandingan antara Nabi Musa AS. dengan
para ahli sihir dari serata pelosok negeri untuk menandingi Nabi Musa AS. Dia menjanjikan
anugerah kepada sesiapa yang memenangi pertandingan tersebut. Pada awalnya, ahli-ahli

sihir melemparkan tongkat mereka lalu ia kelihatan seperti ular dari jauh. Lalu, Nabi Musa
melemparkan tongkat baginda dan bertukar menjadi ular yang besar. Ular tersebut telah
memakan ular-ular ahli sihir tersebut. Selepas itu, Nabi Musa dan pengikutnya meninggalkan
Mesir. Firaun mendapat tahu kehilangan mereka, dia menjadi amat marah dan menghantar
bala tenteranya untuk mengejar mereka. Semasa Nabi Musa AS dan para pengikutnya dikejar,
Allah telah mewahyukan kepada Nabi Musa AS memukul laut dengan tongkatnya. Laut pun
terbelah dan Firaun dan para pengikutnya telah ditenggelami air laut yang bercantum dari
sebelah kiri dan kanan. Maka Firaun dengan bala tenteranya mengejar mereka, lalu mereka
ditutup oleh laut yang menenggelamkan mereka (Thaaha, 20:90-92). Jasad Firaun sehingga
kini masih elok bersemadi di Muzium Mesir sebagai tanda peringatan kepada manusia yang
derhaka.

Anda mungkin juga menyukai