Anda di halaman 1dari 3

implikasi piagam madinah…

1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan madinah.

- Penduduk madinah harus sama-sama pertahankan madinah tidak kira yang beragama islam atau bukan
islam daripada serangan musuh.

- Tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan musuh islam yang bertujuan menentang negara
islam di madinah.

- Semangat cinta akan kota madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagi menghindari permusuhan
sesama sendiri.

- Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat dalam negara.

2. Menjamin kebebasan kaum yahudi.

- Masyarakat di madinah di beri kebebasan untuk menganut dan mengamalkan ibadat agama mereka
sendiri.

- Ini untuk mengelakkan kaum yahudi menyebarkan agamma mereka di madinah dan mengelakkan
permusuhan kaum.

- Islam menghormati kebebasan beragama.

- Tiada paksaan dalam kepercayaan seseorang adalah antara perkara yang di persetujui oleh baginda
dalam piagam ini.

3. Terbentuk sebuah kerajaan islam yang kuat dan utuh.

- Masyarakatnya bebas berhimpun dan bermesyuarat untuk membincangkan masalah politik dan
pentadbiran negara.

- Ia mampu wujudkan satu masyarakat yang kuat dan bersatu padu, malah madinah adalah hak milik
bersama.

- Piagam ini mengakui hak dan mtanggungjawab penduduk madinah termasuklah orang bukan islam.

- Mendapat hak perlindungan dan keselamatan yang sama dari segi keadilan dan perundangan.

4. Kebebasan setiap pendudk.

- Amalan penindasan pada zaman jahiliah di hapuskan.


- Penduduk di beri hak asasi yang sama rata demi manjamin keharmonian semua penduduk madinah.

- Kebebasan ini meliputi aspek kebebasan diri, kebebasan beragama, kebebasan berfikit dan sebagainya.

5. Menyatupadukan masyarakat madinah.

- Hubungan baik di adakan dengan orang bukan islam madinah melalui sifat saling
menghormati,bertanggungjawab dan sebagainya.

- Menurut Orentalis Barat, Bernard Lewis, masyarakat yang di bina di bawah pelambagaan madinah
telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai tradisi jahiliah yang mementingkan
Muru’ah ( maruah diri dan kaum ) masing-masing kepada nilai-nilai persaudaraan islam.

6. Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemerintah yang tertinggi dan unggul di madinah.

- Merupkan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.

- Ketokohannya bukan saja dari aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.

- Baginda bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan atau perselisihan kaum yang terjadi antara
kaum.

- Baginda mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan di madinah.

- Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 dalam piagam madinah menjelaskan bahawa apabila timbul
perbezaan atau pertelingkahan, maka hendaklah di cari penyelesaiannya mengikut hukum Allah s.w.t
dan keputusan Rasulullah s.a.w

- Ia meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yang tertinggi.

7. Dapat atur hubungan kaum yahudi.

- Masyarakat yahudi bebas amalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan.

- Mereka tidak boleh paksa seseorang itu untuk menganuti agama mereka.

- Mereka juga tidak dibenarkan menindas.

- Mereka yang mematuhi perlembagaan ini akan di beri jaminan ZIMMAH iaitu, perlindungan dan
keselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.

8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk.

- P.M menetapkan persamaan antara semua orang tidak kira bangsa, keturunan, atau pemerintah dan
diperintah.
- Di buat untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.

- P.M meratakan kekayaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.

- Konsep keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan tanggungjawab mereka
dengan penuh kejujuran dan berlandaskan syiar islam.

- Tujuan keadilan untuk menolak dan menghindarkan keburukan dan member kebaikan serta hak
kepada seseorang berdasarkan syariat islam.

9. Perpaduan umat islam.

- Perlembagaan madinah menyeru agar penduduknya hidup dalam keadaan bekerjasama dan bersatu
padu.

- Umat islam di madinah terdiri daripada 2 kumpulan utama iaitu kaum Ansar dan Muhajirin.

- Turut melindungi pelbagai kaum yang lain seperti Quraisy, Parsi, Habsyi, Yahudi, Aus dan Khazraj.

- Mereka di asuh menjadi kumpulan satu kumpulan yang kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh
mengambil kesempatan ke atas perpecahan mereka.

- Konsep persaudaraan islam untuk mengerat dan menjalinkan hubungan persahabatan sesame islam
tanpa mengira keturunan, tempat tinggal, dan warna kulit.

10. Pemerintahan bercorak musyawarah.

- Semua kaum berhak bersuara dan mengemukakan pendapat mengenai masalah kaum mereka.

- Perlembagaan madinah melahirkan pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang di
panggil musyawarah.

Anda mungkin juga menyukai