Anda di halaman 1dari 2

SUMBANGAN TAMADUN CINA TERHADAP TAMADUN MALAYSIA

DALAM ASPEK PENDIDIKAN

Sumbangan Tamadun Cina terhadap Tamadun Malaysia dari aspek


pendidikan ialah mengamalkan sistem peperiksaan. Dalam tamadun
China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan
kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus
peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu
peedidikan rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah,
pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan
ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya.
Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan
sastera, dan pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk
menterjemah buku suci. Pendidikan di China lebih terjurus kepada
kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga
tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap
ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap
kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan doktor
falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap
pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap
ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan
maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang
menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendiik.
Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem
peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

Disebabkan itu, sistem pendidikan di Malaysia ini menggunakan


sistem peperiksaan yang diamalkan oleh Tamadun Cina sebagai ukuran
tahap kebijaksanaan seseorang pelajar. Contoh peperiksaan awam di
Malaysia ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Sijil Pelajaran
Malaysia(SPM). Oleh itu, melalui sistem peperiksaan inilah banyak
melahirkan golongan cendekiawan dan intelektual di Malaysia hasil
daripada melalui proses peperiksaan. Oleh itu, dari sudut pendidikan,
Tamadun Cina memberikan sumbangan yang amat bernilai terhadap
Tamadun Malaysia.

SUMBANGAN TAMADUN CINA TERHADAP TAMADUN MALAYSIA


DALAM ASPEK SOSIAL

Sumbangan Tamadun Cina dari aspek sosial pula termasuklah Tamadun Cina
mengajarkan bahawa kita seharusnya mempunyai nilai dan budi bahasa yang tinggi
tidak kiralah ianya melibatkan manusia, haiwan mahupun alam sekitar. Ajaran
sedemikian diajar dalam Ajaran Konfusianisme. Ajaran tersebut mengajarkan
penganutnya agar bersikap adil terhadap alam sekitar. Ajaran ini mengatakan
bahawa ialah insan yang baik ialah insan yang mempunyai hubungan yang baik
dengan alam sekitar. Ajaran ini juga menekankan berkaitan dengan adab dalam
kekeluargaan. Anak-anak haruslah menghormati kedua-dua orang tua mereka.
Walaupun situasi masyarakat di Malaysia yang kebanyakannya menganut Agama
Islam, namun, nilai yang diajar oleh Konfusianisme ini merupakan nilai yang baik
dan tidak bertentangan dengan syara. Dalam Islam juga menekankan nilai-nilai
yang diajar oleh Konfusianisme. Jadi, Sumbangan Tamadun Cina ini dari aspek
sosial banyak mengajarkan nilai yang baik kepada Tamadun Malaysia. Hasilnya, kita
dapat lihat masyarakat Malaysia dapat hidup dengan aman walaupun berbeza adat
dan budaya kerana sikap tolak-ansur yang ada dalam diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai