Anda di halaman 1dari 46

Teks Ceramah

Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah
sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan
aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif
dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas
kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif


anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada
kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat
ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan


remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang
kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun.
Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21
tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu,
secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu
ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada
mereka masih dalam alam persekolahan.

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk.


Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok
ini juga banyak.

Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di


negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman
(Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai
37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan.
Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan
remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada
1
jenayah kekerasan dan harta benda.

Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh
remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah,
mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).

Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya
atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara.
Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah berlaku sepanjang tahun
1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut
pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan
47 adalah remaja kaum India.

Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990
dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun
1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.

Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah.
Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993
(1485 kes).

Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara
tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856
orang (12.46%) adalah remaja.

Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca
mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut
Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar
(Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi.
Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes
pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.

Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang
sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular
2
digunakan kini adalah budaya lepak. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di
Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah
selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8%
remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac
1993).

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di


kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat
dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah Salah satu faktor yang
dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah.
Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang
miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada
keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.

Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama


adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa
atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan
dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa
atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain.
Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa
cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan


disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap
memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka
mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan
terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi
keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan
pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal
terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa
bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan
akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan


3
kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang
sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak
keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa
kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti
masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta
mengawal selia anak sepanjang masa.

Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk


perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai
dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya
menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi
keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan
video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan


yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam
akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang
bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar
daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat.
Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar


remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan
remaja ini. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri
atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan
masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan
bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu
4
bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak
mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak
terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-
prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang
mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu
bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti


berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.
Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti
penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar
kelas.

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di


peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di
samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa
dalam pengawasan disiplin.

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa


polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan
dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti


kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting
dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih
bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman
dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting.
Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan
khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran
daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama
5
KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI.

Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting:
ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah
keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang
diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini
sukar diatasi.

Sekian,terima kasih.

Isu dan masalah yang berkaitan dengan tingkah laku sosial dalam kalangan
remaja

Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi,
remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang
cemerlang. Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini benar-benar
mem-bimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini
menimbulkan pelbagai masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun
bahagian ini hanya membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di
kalangan remaja.

Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini mereka
terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya menje-
rumuskan kepada perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang
mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah
seperti salah laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin remaja
boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang
dilakukan oleh pelajar seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah, rogol,
samun, senjata api dan lain-lain manakala yang kedua ialah salah laku yang
melibatkan kesalahan ringan seperti ponteng termasuk salah laku seperti ponteng
sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas. Kategori tidak patuh arahan pula
6
mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada pelajaran, tidak
membuat kerja rumah, tidak membawa buku, tidur di dalam kelas dan tidak dapat
mengikuti pelajaran yang diajar manakala kategori gangguan pengajaran adalah
seperti membuat bising, merosakkan alat bantu mengajar, mengganggu kawan semasa
guru mengajar dan mempertikaikan ajaran guru. Tidak sopan pula merupakan salah
laku seperti berpakaian tidak kemas dan bercakap kasar dengan guru.

Kes jenayah di kalangan remaja menyebabkan fungsi sekolah dikritik dan di


anggap sebagai puca kepada peningktan jenayah dalam masayarakat. Pelbagai
masalah juvenil (jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di sekolah) seperti
menjadi samseng, menyertai geng motosikal, memeras ugut, menumbuk guru,
merosakkan harta sekolah, mencuri, menipu, merogol, berjudi dan mabuk
mencerminkan kelemahan institusi sekolah sebagai mekanisme pengawal sosial
remaja. Meningkatnya pelbagai gejala sosial dan jenayah remaja ini adalah
manifestasi krisis dan keruntuhan moral yang tinggi dalam masyarakat. Jenayah
remaja adalah produk sosial dan budaya masyarakat keseluruhannya. Sering juga
dikatakan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan
negara. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi
yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan
negara. Namun demikian, masalah akhlak remaja adalah ancaman kepada sumber
tenaga manusia yang merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala
masalah sosial yang dihadapi oleh remaja perlu dibendung dan diatasi supaya tidak
terus mengancam aset yang tidak ternilai ini.

Punca keruntuhan akhlak remaja ini, antaranya ialah mudah terikut-ikut dengan
perangai rakan merek. Zaman sekarang, remaja mula terdedah kepada alam yang luas
di luar rumah, malah persekitaran ini menjadi rumah kedua mereka. Remaja juga
mempelajari banyak perkara daripada persekitaran sosial di mana ia membesar.
Dalam tempoh-tempoh ini, remaja mula mengubah tingkah laku, sikap dan nilai.
Malahan, mengubah seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang
lebih matang dan dewasa. Zaman remaja adalah tempoh kehidupan yang diselubungi
harapan, cabaran dan ketegangan. Mengikut kajian yang dibuat ada tiga faktor yang
penyumbang kepada ketegangan dalam zaman remaja iaitu perubahan fizikal yang
cepat dan pencapaian kematangan jantina, kedudukan remaja sebagai manusia
7
pinggiran (manusia marginal) dan keperluan menyediakan diri untuk memasuki dunia
dewasa.

Perubahan fizikal yang cepat dan kematangan jantina ini boleh menimbulkan
beberapa perkara kritikal dalam hidup remaja seperti remaja perlu menyesuaikan diri
dengan perubahan dan kematangan fizikal yang berlaku pada diri mereka. Remaja
menjadi sensitif pada rupa dan bentuk badan. Perubahan fizikal dan perkembangan
jantina yang dialami dapat menimbulkan rasa tidak selesa, tidak yakin, tidak selamat,
malu dan segan. Konsep kendiri remaja kadangkala dipengaruhi oleh perubahan
fizikal dan perkembangan jantina. Remaja mungkin menggunakan mekanisme bela
diri bagi menjaga maruah.

Keperluan menyediakan diri untuk dunia dewasa. Keadaan ini menimbulkan


beberapa perkara kritis dalam hidup remaja iaitu mendapat pendidikan dan latihan
bagi mencapai tahap kebebasan ataupun ketidakbergantungan kepada ibu bapa dalam
aspek ekonomi dan kewangan. Memilih kerja yang sesuai dengan kebolehan, minat
dan keperluan masyarakat.. Bersedia menjalani kehidupan berkeluarga. Remaja
mestilah bersedia menghadapi masa depan yang mencabar dan juga mampu mencapai
kebebasan pertalian emosi dengan ibu bapa dan orang dewasa lain disamping itu juga
dapat berhadapan dengan harapan dan nilai hidup bertentangan yang menimbulkan
kekeliruan dan kekecewaan.

Keruntuhan akhlak remaja juga dapat dilihat daripada pelbagai sudut dan banyak
puncanya. Langkah mengenal pasti masalah ini penting kerana hanya dengan
mengetahui punca-punca, strategi penyelesaian yang berkesan dapat diatur dengan
rapi. Faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan
remaja. Proses urbanisasi iaitu kegiatan devian atau melencong dan keruntuhan moral
di kalangan remaja juga berpunca daripada proses urbanisasi dan industri yang kita
alami. Ini kerana kedua-dua proses itu mengendurkan kawalan sosial yang biasanya
wujud dalam masyarakat tradisi kita. Akibatnya, anggota masyarakat bebas
melakukan apa sahaja sesuka hati. Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara
anggota masyarakat begitu erat. Di dalam sebuah kampung misalnya, setiap orang
saling mengenali, tolong menolong dan mengambil berat antara satu sama lain
sehingga budaya ini meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung. Perhubungan ini
8
secara tidak langsung menjadi suatu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara
tingkah laku masyarakat. Perbuatan melanggar norma masyarakat kampung itu cuba
dielakkan kerana bukan sekadar nama diri sendiri malah nama keluarga juga turut
tercemar. Suatu masa dahulu, kempen remaja rukun tetangga diadakan bagi menjaga
keamanan di kawasan masing-masing. Tetapi malangnya, ramai yang menyalah
gunakan kempen ini. Ada yang sekadar menandatangani buku kedatangan ataupun
berborak dan bersembang kosong sehingga tiba masa pulang. Antara nilai yang dilihat
dalam persekitaran proses urbanisasi dan industrialisasi adalah nilai individualistik
dan materialistik yang menyebabkan setiap anggota masyarakat membawa diri
masing-masing dan tiada masa mengambil tahu hal orang lain. Sikap individualistik
ini menyebabkan tiada hubungan antara satu sama lain di dalam kawasan kediaman.
Jika ada sekalipun adalah pada tahap minimum.

Hubungan kekeluargaan juga merupakan factor yang dapat dikaitkan dengan


keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah. Remaja atau
pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada
keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai
latar belakang keluarga yang baik dan kaya. Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa
penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya
perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan
daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-
anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih
sayang dan masa bersama anak-anak. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan
perhatian bagi mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari sini, anak-anak
rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan
rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin kepada
pihak sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak walaupun
pihak sekolah memberitahu mereka berkenaan masalah disiplin anak-anak di sekolah.
Anak-anak ini meng-ambil peluang sikap tidak acuh ibu bapa mereka dengan
bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Akhirnya, pihak polis terpaksa
campur tangan dalam hal ini. Maka, tidak tepat apabila kita meletakkan masalah
disiplin di atas bahu guru sahaja sedangkan ibu bapa melepaskan tangan dalam hal ini.

Mengikut kajian yang dibuat berkaitan dengan faktor keluarga menyimpulkan


9
beberapa perkara yang tidak dititikberatkan oleh ibu bapa iaitu tidak menunjukkan
teladan yang baik kepada anak-anak, tidak mengambil berat pencapaian anak-anak,
ibu bapa tidak sefahaman di rumah, pendapatan ibu bapa yang rendah menyebabkan
anak malu ke sekolah kerana tidak mampu membayar yuran tidak mengambil tahu
aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak. Berdasarkan pemerhatian, ibu bapa yang
berstatus rendah di luar bandar lebih merelakan tindakan guru kerana bagi mereka,
tanggungjawab guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga mencorakkan anak
mereka supaya lebih bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Manakala, ibu bapa
berstatus agak tinggi sering mempersoalkan tindakan guru kerana anak mereka terlalu
dimanjakan di rumah dan lebih cenderung memberi alasan anak mereka tidak pernah
dipukul di rumah. Sepatutnya, mereka menyedari tanggungjawab yang berat perlu
dipikul kerana ibu bapa hanya mengawal beberapa orang ataupun seorang anak di
rumah sedangkan guru perlu menjaga 40 orang pelajar di dalam setiap kelas.
Tambahan pula, terdapat ramai guru muda yang tidak berpengalaman mendidik anak-
anak mereka berbanding ibu bapa yang lebih memahami sikap anak-anak mereka.
Justeru, dapat diandaikan bahawa punca keruntuhan akhlak adalah kemerosotan
asuhan, didikan, bimbingan dan kawalan ibu bapa ataupun penjaga.

Tekanan hidup, kesibukan kerja, mengejar kemewahan serta aktiviti sosial


menyebabkan ibu bapa dan anak tidak mempunyai masa ataupun kesempatan
bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain, malah jarang mempunyai
peluang bersua muka. Ibu bapa tidak dapat memberi asuhan dan didikan. Sementara
remaja pula tidak mendapat perhatian, bimbingan dan panduan hidup yang sempurna.
Remaja itu cenderung membawa cara hidup bersendiri. Keluarga yang terlalu mewah
juga menyebabkan keruntuhan disiplin anak remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang
terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang banyak. Ini
menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain supaya bersuka-suka.
Pergaulan bebas dan pengaruh rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak memburukkan
lagi keadaan. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat berkenaan kelakuan dan
pergaulan anak remaja mendorong remaja mempunyai akhlak yang rosak. Remaja
yang terdedah lebih awal kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang
kompleks tanpa bimbingan yang cukup daripada ibu bapa juga adalah faktor
keruntuhan akhlak remaja. Antara punca lain keruntuhan akhlak remaja yang
berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak
10
teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga,
keadaan sosioekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan
tidak tenteram serta ketidakupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh menyebabkan remaja rosak akhlak. Justeru, sebagai ibu bapa dan
anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita patut mempunyai kewajipan dan
peranan yang besar dalam merancang aktiviti, memberikan peluang dan bimbingan
serta menyediakan pelbagai kemudahan supaya golongan remaja mendapat panduan
yang cukup bagi menghadapi zaman dewasa.

Pengaruh persekitaran Pengaruh persekitaran luaran dan pengaruh media masa


juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah. Pelbagai dorongan
kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini dan seterusnya menyebabkan remaja
terikut-ikut dengan pengaruh berkenaan. Lantaran itu, bagi memenuhi perasaan ingin
tahu akibat dedahan persekitaran, mereka merayau-rayau di kompleks-kompleks
membeli-belah, pusat snuker, pusat permainan video dan sebagainya. Perbuatan
seperti ini selalunya mendorong kepada pergaulan yang kurang sihat. Selain daripada
pergaulan kurang sihat, remaja juga turut menuntut kebebasan secara melulu daripada
ibu bapa. Tuntutan seperti ini banyak dipengaruhi oleh media massa. Kemajuan dalam
komunikasi mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru yang belum pasti
baik bagi perkembangan diri. Pengaruh negatif ini dapat dilihat daripada majalah-
majalah hiburan, buku-buku yang mengandungi unsur-unsur lucah serta radikal,
televisyen dan tayangan-tayangan filem barat. Mengikut pemerhatian kebanyakan
akhbar mingguan, majalah hiburan dan buku-buku cerita di pasaran kini lebih
mengutamakan hiburan, keganasan dan fantasi kosong. Bahan-bahan ini mendorong
sikap negatif seperti suka mengelamun, berfoya-foya, boros dan pelbagai perlakuan
anti-sosial.

Pengaruh di sekolah dapat dibendung dengan disiplin iaitu asas utama mekanisme
pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak
dan standard tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang
berkesan, semua guru perlu menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi
menguatkuasakan disiplin. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca
keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru
tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi
11
adalah tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan
ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak
menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-
murid sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid nakal dan suka
melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang
melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak
mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka. Malah, murid-murid ini
berani mencabar kewibawaan guru yang tidak disukai. Bagi guru yang berasa
keselamatan mereka terancam mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja
apa yang dilakukan oleh murid-murid bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa
membodohkan diri sendiri, membutakan mata, membisu suara dan membenamkan
rasa kecewa mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa.
Sekiranya pada ketika dahulu guru mementingkan nilai kasih sayang dalam mendidik
pelajar, tetapi hari ini nilai kasih sayang sebegini jarang dapat dilihat dan kadangkala
terus hilang disebabkan kepentingan yang bersifat material. Tun Dr. Mahathir
Mohamad pernah menegur sikap guru yang tidak memberi pengajaran menyeluruh
kepada murid dan hanya menumpukan perhatian mengajar mata pelajaran yang
ditugaskan kepada mereka. Sehubungan itu, sistem pendidikan tidak boleh
dipersalahkan. Tetapi, sikap guru yang sekadar menyampaikan maklumat mata
pelajaran yang dipertanggung-jawabkan ke atas mereka perlu dibetulkan.

Di samping itu, ketidakseimbangan nisbah guru wanita dan lelaki yang kian
meruncing di sekolah rendah dan menengah menimbulkan isu di mana guru wanita
menyebabkan disiplin pelajar kian merosot. Sifat wanita yang lemah-lembut menjadi
isu di mana pelajar tidak takut kepada guru wanita. Ketidak-seimbangan bilangan
guru ini kian ketara bukan disebabkan Kementerian Pendidikan memberikan lebih
tempat kepada guru wanita, tetapi kekurangan golongan lelaki yang memohon. Walau
bagaimanapun, adakah semua tindakan disiplin hanya dapat dilakukan dengan
tindakan keras seperti merotan? Masyarakat merasa bimbang kerana guru lelaki lebih
ber-kemampuan mengambil tindakan tegas dan keras berbanding guru wanita. Guru
disiplin dapat mendisiplinkan pelajar dengan menggunakan kelembutan seperti
menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling serta mengenal pasti punca
masalah sebenar. Keadaan pelajar yang sesak di dalam bilik darjah yang kecil juga
boleh mendatangkan masalah tekanan dan disiplin di kalangan mereka. Begitu juga
12
dengan sikap guru yang mempunyai suara garang dan menggunakan kekerasan
mengikut perasaan dalam pengajaran harian. Bagi menyelesaikan masalah disiplin
pelajar di sekolah, setiap guru perlu meng-gunakan budi bicara yang luhur di samping
tatacara disiplin menyeluruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Masalah remaja juga boleh dikaitkan dengan kerjaya. Kebanyakan pelajar atau
remaja hari ini tidak faham hubungan antara pelajaran dan kerjaya. Akibatnya, mereka
berada di sekolah semata-mata ingin lulus dalam peperiksaan ataupun sebab ibu bapa
mereka mahu mereka ke sekolah. Secara tidak langsung, ramai yang kurang
bermotivasi di sekolah. Mereka tidak mempunyai matlamat hidup dan rancangan
masa depan. Cadangan mengatasi masalah ini berkisar dengan isu pelajar remaja.
Justeru, kebanyakan strategi penyelesaian yang dinyatakan di sini memberi tumpuan
pada golongan pelajar remaja. Pendekatan akademik Ini dapat dilakukan dengan
menambahkan lagi aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti
kegiatan ko-kurikulum di sekolah-sekolah. Begitu juga dengan cara perubahan teknik-
teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar
yang baru dan teknik pengajaran luar kelas, ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan
beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi oleh pelajar di
sekolah. Strategi ini dapat menarik minat pelajar remaja menghabiskan lebih
banyak masa di sekolah daripada di luar sekolah yang tidak memberi manfaat kepada
perkembangan mereka.

Aspek perundangan di sekolah perlu diberi tumpuan kerana ia dapat


mengurangkan penglibatan pelajar dengan kegiatan disiplin ataupun jenayah di
sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia dapat menimbulkan rasa
takut di kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab
pihak sekolah dan ibu bapa dalam mengawasi disiplin. Namun, ia perlu dikaji dengan
mendalam kerana cara ini mungkin melibatkan kos yang tinggi dalam menambahkan
unit kawalan tambahan. Ia juga mewujudkan tentangan daripada ibu bapa
memandangkan langkah hukuman itu mungkin terlalu berat dan tidak adil bagi anak
mereka. Perkara yang berhubung dengan aspek perundangan adalah penguatkuasaan
undang-undang oleh polis. Ini bermakna, bidang kuasa polis boleh diperluaskan
merangkumi kegiatan pelajar di sekolah-sekolah yang difikirkan menghadapi masalah
disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakan disiplin perlu ditubuhkan pada peringkat
13
daerah, kawasan, negeri mahupun negara supaya segala kegiatan pelajar di dalam dan
luar sekolah diawasi.

Khidmat nasihat Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam


membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu, kaunseling juga dapat
dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Guru
kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan kaunseling rakan sebaya di
kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik bagi membantu hubungan yang
sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab antara satu sama lain.
Menurut kajian, remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka kepada rakan
sebaya. Oleh itu, program ini bermanfaat apabila di-rancang dengan teliti dan
mengambil orang yang berpengalaman serta mempunyai asas-asas kaunseling remaja
bagi menganjurkan dan memantapkan program ini. Lanjutan daripada itu, golongan
remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman
pergolakan yang serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku semasa baligh banyak
mempengaruhi jiwa, perasaan dan fikiran remaja. Ini menyebabkan mereka
menghadapi banyak masalah menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan
membentuk identiti diri.

Tingkah laku keruntuhan akhlak di kalangan remaja dewasa ini, mempunyai


hubungan rapat dengan kemasukan elemen-elemen negatif dari luar yang tidak
terkawal ke dalam negara serta masyarakat dan budaya kita. Lantaran itu, kemasukan
aliran muzik songsang perlu disekat dengan mengharamkan kemasukan muzik
berunsur lucah. Pada masa yang sama, serbuan yang kerap perlu dilakukan ke atas
premis-premis yang menjual barangan seperti rokok, pistol dan sebagainya bagi
mengesan dalang yang mewujudkan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Usaha yang berterusan dapat membanteras jenayah di kalangan remaja hingga ke akar
umbi.

Bagi menangani masalah ini, pendekatan yang wajar adalah melalui ceramah-
ceramah sivik yang dapat dilakukan pada peringkat sekolah. Walaupun demikian,
wajar seandainya program ceramah sivik ini melibatkan ibu bapa. Contohnya, pada
Hari Ibu Bapa dan Guru yang diadakan setiap tahun, ceramah-ceramah dapat
memberikan keterangan yang jelas berkenaan peranan ibu bapa dalam usaha
14
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Di samping itu, pengetahuan agama perlu
ditekankan dalam ceramah-ceramah ini kerana lazimnya pengetahuan agama memberi
garis panduan kepada individu apabila bertindak. Di samping pengetahuan agama,
keterangan diri dan cara-cara bersosial perlu disampaikan kepada remaja dan ibu
bapa. Penglibatan ibu bapa penting supaya anak, pendidik dan ibu bapa berada pada
gelombang persefahaman yang sama dan dapat mengeratkan lagi hubungan.
Sehubungan itu, terdapat banyak surat pekeliling yang bertujuan memberi panduan
kepada guru besar dan guru-guru berkenaan pengurusan disiplin pelajar.

Namun begitu, secara umumnya, didapati disiplin pelajar di sekolah-sekolah


semakin merosot sejak kebelakangan ini. Mungkin surat-surat panduan ini tidak
diberikan perhatian yang serius. Terdapat juga guru-guru yang tidak bekerjasama
dalam menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan disiplin, kurang rasa
tanggungjawab dan hanya mempunyai tanggapan bahawa pelajar adalah punca utama
masalah disiplin. Mungkin sikap guru yang negatif juga mempengaruhi sikap dan
tanggapan pelajar pada konsep dan pelaksanaan disiplin. Justeru, pentadbiran sekolah
perlu me-mastikan sekolah menyalurkan maklumat itu kepada guru-guru menerusi
sesi-sesi perbincangan, bengkel dan seumpamanya bagi memastikan mereka faham
berkenaan hak-hak dan tanggungjawab mengambil tindakan disiplin yang betul.

Ada kalanya, sistem pendidikan negara dijadikan sasaran utama kerana ia adalah
wadah terbaik bagi menetapkan nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Pendidikan
moral memberi pengaruh besar dalam mencorakkan sikap dan akhlak remaja dan
seterusnya mempengaruhi nilai-nilai sosial. Oleh kerana pendidikan moral
disampaikan kepada remaja sejak kecil lagi, ia sedikit sebanyak dapat mewujudkan
sikap dan nilai positif kepada diri individu berkenaan. Oleh itu, para pelajar perlu
diberi penerangan yang jelas berkenaan alam remaja, masalah dan kesulitan yang
mereka hadapi sebelum mencapai dewasa. Ini dapat dilakukan melalui ceramah dan
majlis penerangan berkenaan masalah kehidupan remaja serta kempen memupuk
kesedaran sivik. Masalah jenayah pelajar bukan sahaja masalah pelajar, ibu bapa dan
guru tetapi masalah masyarakat. Dengan itu, pemimpin-pemimpin tempatan seperti
penggawa, penghulu, pemimpin politik, pemimpin belia dan orang-orang yang
berpengaruh perlu dihubungi bagi membantu dan bekerjasama menyelesaikan kes-kes
disiplin. Penglibatan semua pihak dari-pada anggota masyarakat umum kepada ketua
15
masyarakat adalah perlu kerana masalah akhlak remaja ataupun pelajar adalah
masalah masyarakat. Kawalan sosial perlu diwujudkan di kalangan penduduk dan
sikap tidak apa ataupun tidak ambil tahu perlu diubah demi kepentingan masyarakat.

Pusat kegiatan remaja merupakan satu lagi aspek pencegahan yang perlu diberi
perhatian adalah penglibatan remaja dalam pusat kegiatan belia di mana semua
aktiviti dirancang dengan teliti dan teratur. Dengan ini, program ataupun aktiviti yang
diadakan di pusat-pusat latihan belia remaja membekalkan kemahiran-kemahiran
supaya remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di
samping kemahiran, pusat-pusat ini juga boleh memberi ceramah-ceramah, kelas-
kelas bimbingan agama serta rekreasi-rekreasi sukan yang diperlukan dalam
perkembangan sahsiah remaja. Seterusnya, pertukaran belia antara negeri dan negara
yang diadakan dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman para remaja.
Kerjasama antara agensi Pada masa ini, sudah wujud satu jawatankuasa yang dibentuk
antara Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi memerhati
perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar dari masa ke semasa dan mengambil langkah-
langkah yang perlu sebelum pelajar-pelajar terjebak ke dalam apa-apa aktiviti yang
menyalahi undang-undang. Namun, keberkesanan jentera ini dapat dipertingkatkan
dengan membuat kajian dari semasa ke semasa berkenaan aktiviti, program serta
pelaksanaannya dalam menangani masalah keruntuhan akhlak remaja. Program
pemulihan dalam komuniti dan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu
dikaji dari semasa ke semasa supaya perancangan dan program-programnya selaras
dengan kehendak dan persekitaran remaja.

Peranan media juga perlu diberi perhatian yang serius dalam usaha membendung
gejala yang tidak sihat ini. Media cetak dan elektronik lebih mudah menganjurkan
program berkaitan personaliti remaja berjaya. Remaja yang berjaya dalam
lapangannya boleh memberi contoh yang positif kepada remaja secara
keseluruhannya. Di samping dapat menjadi daya penarik kepada para pembaca,
gambar-gambar remaja berjaya juga dapat merangsang pembaca remaja supaya turut
berjaya dalam kegiatan yang mereka ceburi. Oleh itu, pihak penerbit, terutamanya
yang mempunyai sasaran pembaca remaja perlu lebih sedar dan peka pada
tanggungjawab sosial dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan bercorak
pengetahuan bagi melahirkan golongan remaja yang bertanggungjawab dan
16
mempunyai sifat-sifat yang baik. Kesimpulan Matlamat utama Wawasan 2020 adalah
membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral.

Namun, apabila dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini,
terdapat jurang perbezaan yang besar di mana jumlah kes jenayah di kalangan pelajar
ataupun remaja hari ini semakin meningkat. Nampaknya, semakin maju negara,
semakin luntur nilai moral masyarakat. Justeru, dalam keghairahan merancang dan
merencana pelbagai projek raksasa supaya negara seiring dengan ledakan informasi
dan pembangunan industrialisasi yang mantap, kita juga tidak boleh meminggirkan
projek raksasa dalam membina insan.

17
Perlakuan-perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai salah perlakuan yang
bertentangan dengan peraturan dan undang-undang di Malaysia

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam
perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan skuter. Rempit merupakan satu
gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula merupakan seorang
pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat
Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan
raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan berlumba di tengah-tengah kota pada
malam hujung minggu.

Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan,
pergaduhan, vandalisme, kecurian dan buli.Kebanyakan motosikal yang digunakan
oleh Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak.

Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar
cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar
menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-
kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan
Indonesia.

Terdapat beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan gejala rempit ini.Salah
satu faktor ialah perasaan ingin mencuba.Hal ini disebabkan desakan naluri remaja
yang suka mencuba dan tidak takut kepada risiko yang bakal ditempuh, mereka berani
melakukan apa sahaja. Mereka mudah berasa seronok dan ingin mencuba apa-apa
yang dipaparkan oleh media.Selain itu,pengaruh rakan sebaya juga banyak
memainkan peranan di dalam menentukan pemilihan aktiviti yang gemar.Remaja
mudah terikut-ikut dengan apa-apa yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa
memikirkan risiko yang bakal ditempuhi.

Di samping itu,gaya hidup dan taraf pendidikan juga merupakan salah satu
faktor.Hal ini disebabkan,gaya hidup remaja itu sendiri juga merupakan pendorong
18
gejala Mat Rempit ini berlaku. Kebanyakkan remaja yang berpendidikan rendah
yang terlibat dalam kancah gejala Mat Rempit ini. Pergaulan mereka hanya
terdedah kepada kelompok yang sama dan memiliki pemikiran yang sama apatah lagi
masing-masing memberi galakan ke arah negatif antara satu sama lain seperti cabar
mencabar dan sebagainya. Keseronokan dan kepuasan merupakan tujuan utama dalam
diri mereka.

Kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa turut mempengaruhi tindakan
serta sikap remaja. Apabila mereka merasa bosan, mereka akan mengambil jalan
mudah dengan mencari hiburan di luar rumah bersama rakan-rakan yang lain. Lebih-
lebih lagi ibu bapa yang suka berleter apabila mereka berada di rumah. Hal ini
membuatkan diri mereka merasa bosan dengan sikap ibu bapa tersebut.

Jika dilihat secara kasar, gejala rempit ini banyak membawa kemudaratan kepada
masyarakat, bangsa dan negara. Rempit memberi impak yang besar terhadap
perkembangan sosial,ekonomi serta politik negara.Golongan mat rempit ini tidak
takut atau seram untuk menunjukkan kebolehan mereka di jalan raya malah mereka
berasa bangga apabila menonjolkan aksi-aksi ngeri yang berbahaya dan boleh
membawa maut itu di khalayak ramai. Aksi-aksi yang ditonjolkan bukan sahaja
membahayakan nyawa mereka malah membahayakan nyawa pengguna-pengguna
jalan raya yang lain.

Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit ini mengancam


ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Banyak juga rungutan yang dapat kita
dengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjin motosikal yang kuat
dan mengganggu mereka beristirehat.

Namun, apa yang paling membimbangkan adalah konsep pertaruhan anak-anak


gadis sebagai hadiah dalam perlawanan haram tersebut.Gadis-gadis inilah yang
menjadi pertukaran dengan pihak yang memenangi perlumbaan tersebut.
Justeru,langkah yang drastik dan efektif harus difikir dan dilaksanakan segera agar
kes pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai penyakit pembunuh seperti AIDS
dapat dielakan.

19
Manakala dari sudut ekonomi pula, mak rempit mensia-siakan waktu muda
mereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-
masing.Mereka tidak berminat dan berusaha bersungguh-sungguh bagi
membangunkan negara. Apa yang membimbangkan adalah sekiranya perkembangan
yang tidak sihat ini semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal, hal ini kerana rata-rata
mat rempit adalah mereka yang masih dalam usia remaja. Bahkan sebahagiannya
masih di bangku sekolah menengah.

Mereka masih bergantung kepada kewangan ibu bapa masing-masing. Untuk


menyertai lumba haram ini mereka memerlukan wang yang banyak khususnya untuk
pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol serta wang pertaruhan.
Bagi sesetengah remaja yang terlibat dengan dadah memerlukan lebih banyak wang
lagi. Oleh itu, apabila mereka terdesak untuk mendapatkan duit mereka mula
memeras ugut, meragut dan mencuri.Hal ini akan merugikan ekonomi negara kita.

Dari segi politik pula,generasi muda sekarang adalah merupakan tunggak pucuk
pimpinan pada masa hadapan. Namun apabila berlakunya gejala seperti ini secara
berleluasa masih adakah golongan yang masih mampu memimpin negara kita pada
masa hadapan?

Hal ini menjadi persoalan masyarakat kita sekarang. Kita perlukan anak pemuda
yang berani. Tetapi keberanian itu perlu diletakkan pada tempatnya. Kita tidak mahu
mereka yang berani mempertaruhkan nyawa di atas jalan raya yang akhirnya
memberikan kerugian kepada bangsa,agama dan negara kita sendiri.
Dengan demikian, virus Mat Rempit harus dibendung dengan segera sebelum
ia menjadi penyakit yang paling parah dalam masyarakat kita. Semua pihak harus
memikirkan apakah cara yang terbaik untuk mengatasi gejala sosial ini. Jika ia tidak
dibendung dengan segera, ditakuti ia akan menjadi virus yang paling merbahaya di
negara ini.

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi dan membendung virus Mat Rempit
ini daripada terus menular dalam masyarakat.Salah satu cara ialah peranan dan
tanggungjawab ibu bapa.Hal ini disebabkan, ibu bapa seharusnya menyedari bahawa
kasih sayang dan perhatian yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak
20
mereka agar mereka berasa diri mereka dikasihi dan dihargai. Luangkan masa
bersama dengan anak-anak dan mendengar luahan dan rintihan hati mereka.

Di samping itu,penguatkuasa undang-undang dengan lebih efektif memang perlu


untuk membendung virus ini.Disarankan ianya agar lebih tegas daripada undang-
undang yang sedia ada. Jangan biarkan mereka berasa lali dan tidak kisah dengan
hukuman yang bakal mereka terima.Selain itu,kita patut dekatilah Mat Rempit
dengan berhemah dan hikmah. Hal ini akan menyebabkan mereka berasa diri mereka
dihargai. Kata-kata motivasi dan kaunseling juga diperlukan untuk membendung virus
ini. Jangan terus memberi tekanan kepada mereka. Sepertimana kita ketahui zaman
remaja memang penuh dengan tekanan dan gelora. Mereka sentiasa inginkan
perhatian masyarakat. Oleh itu berinteraksilah secara matang dengan mereka.

Sebagai kesimpulannya, kita jangan terlalu menyalahkan dan menunding jari


kepada golongan remaja. Sebaliknya kita patutlah membantu golongan ini dengan
profesional dan matang. Dekatilah mereka agar mereka merasakan diri mereka
dihargai dan tidak tersisih daripada masyarakat.

Undang-undang/akta yang berkaitan dengan kes salah laku dalam kalangan


kanak-kanak dan remaja

Jenayah adalah fenomena sosial dan ekonomi dalam masyarakat.Jenayah berlaku


apabila individu gagal mematuhi pola sosial tingkah laku yang diterima oleh
masyarakat.Undang-undang berkaitan dengan jenayah dikenali sebagai undang-
undang jenayah. Istilah crime berasal daripada perkataan Greek krimos yang
bermaksud peraturan sosial.

Menurut Garafalo jenayah adalah an immoral and harmful act that is regarded
as criminal by public opinion. Ringkasnya, jenayah adalah tingkah laku antisosial
yang merbahaya dan bertentangan dengan nilai moral masyarakat. Jenayah adalah
21
tingkah laku yang dianggap salah kerana melanggar kepentingan sosial dan hak
awam.

Menurut House of Lords dalam kes Board of Trade v. Owen (1957), jenayah
adalah an unlawful act or default which is an offence against the public and renders
the person guilty of the act liable to legal punishment.Untuk melindungi hak awam,
kerajaan melalui undang-undang jenayah akan membawa pesalah ke muka
pengadilan.

Kesalahan jenayah berbeza mengikut masyarakat. Sikap masyarakat mengenai


persoalan moral mencerminkan perubahan pandangan masyarakat mengenai
kesalahan jenayah. Jenayah dari perspektif undang-undang sivil sangat relatif kepada
masa, tempat, keperluan, kehendak dan nilai-nilai dalam sesebuah masyarakat.

Berdasarkan prinsip undang-undang Latin, actus non facit reum, nisi mens sit
rea tiada jenayah kecuali dengan niat.Untuk mensabitkan jenayah tertuduh mesti
dibuktikan melakukan tindakan jenayah (actusreus) dan mempunyai niat
melakukannya (mens rea).

Umur tanggungjawab jenayah di Malaysia umumnya : 10 tahun ke atas seksyen


82 Kanun Keseksaan.Pengecualian : jika individu yang berumur 10 tahun ke atas
tetapi di bawah 12 tahun masih tidak sempurna akal seksyen 83 Kanun
Keseksaan.Peruntukan ini menunjukkan kanak-kanak boleh menjadi pesalah jenayah
(juvana).

Tertuduh boleh menggunakan peruntukan yang disediakan dari s. 76 hingga s.


106 mengikut kesesuaian kes.
Antara alasan dalam peruntukan tersebut:
Tidak berniat/tidak sengaja
Kanak-kanak bawah umur 10 tahun
Provokasi
Mabuk

22
Mempertahankan diri
Tidak sempurna akal

Pentadbiran undang-undang jenayah boleh dilihat dari 2 aspek utama


iaitu:Undang-undang substantif berkaitan dengan perilaku yang dikanunkan sebagai
kesalahan jenayah dan dinyatakan hukumnya : Kanun Keseksaan (KK) Undang-
undang prosidur berkaitan tatacara penyiasatan dan perbicaraan kes jenayah : Kanun
Acara Jenayah (KAJ).

Jenayah menurut KK meliputi kesalahan terhadap individu, harta benda dan


negara.
Terdapat beberapa akta lain yang relevan dengan jenayah seperti Akta Dadah
Merbahaya 1952 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Pengetahuan asas berkenaan
undang-undang dan prosedur jenayah penting kerana:Membantu seseorang
memahami hak dan tanggungjawabnya di sisi undang-undang jenayah.Mengelakkan
pihak berkuasa dari bertindak di luar batas undang-undang semasa menjalankan
penyiasatan atau penguatkuasaan undang-undang jenayah.

Jenayah yang ditetapkan oleh undang-undang


Kesalahan terhadap negara.
Kesalahan terhadap tubuh individu.
Kesalahan terhadap harta benda.
Kesalahan melibatkan pegawai kerajaan. Kesalahan terhadap kesihatan,
kepentingan dan keselamatan awam.
Kesalahan berkaitan dokumen.
Kesalahan melanggar kontrak perkhidmatan.

Jenayah Berat
Tingkah laku atau cubaan yang bertujuan mengancam keselamatan awam.
Mangsa terdedah kepada kecederaan fizikal.

Jenayah Profesional
Jenayah yang dilakukan oleh individu yang terlibat sepenuh masa dengan jenayah
23
jenayah sebagai kerjaya.Penjenayah mempunyai kemahiran dan kecekapan tertentu.

Jenayah Terancang
Operasi jenayah secara besar-besaran dan dirancang dengan teliti. Aktiviti
jenayah dijalankan oleh organisasi/sindiket besar.Membekalkan barangan atau
perkhidmatan yang sukar untuk diperolehi dengan cara yang dibenarkan undang-
undang.Amat bergantung kepada perbuatan pecah amanah dan amalan rasuah di
kalangan pegawai polis dan pegawai kerajaan lain untuk teruskan kegiatan.

Faktor-faktor yang mengundang kepada salah perlakuan

Gejala sosial merupakan satu masalah yang semakin berleluasa sejak dahulu
sehingga kini. Gejala sosial sering kali dikaitkan dengan golongan remaja. Namun
kita harus sedar bahawa tidak semua remaja terlibat di dalam gejala ini. Hanya
segolongan kecil sahaja yang sering melakukan perbuatan yang tidak mendatangkan
faedah ini.
Apa yang dimaksudkan dengan vandalisme? Sebagaimana yang kita tahu vandalisme
merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan atau merosakkan harta benda awam
dan harta benda orang lain. Perkataan vandalisme ini berasal daripada nama sebuah
puak di Eropah, iaitu Vandal.

Vandalisme juga merujuk kepada penambahan, penghapusan, atau pengubahan


dengan sengaja. Pada lazimnya, vandalisme dianggap sebagai satu bentuk jenayah,
tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan
oleh segolongan manusia yang tidak merasa berpuas hati terhadap keadaan
masyarakat.

Vandalisme biasanya merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam


24
seperti papan tanda, telefon awam, kerusi, dinding dan juga tandas awam. Kelakuan
seperti ini biasanya dilakukan oleh golongan remaja yang terlibat dalam budaya lepak.
Hal ini kian menular di negara kita saban hari. Harta benda awam telah dirosakkan
sewenang wenangnya. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini telah
mengundang pelbagai komplikasi dengan pelbagai pihak, dimana pihak kerajaan telah
membelanjakan berjuta juta ringgit untuk memperbaiki kemudahan awam yang
telah dirosakkan oleh individu yang tidak mempunyai perasaan memilik setiap
kemudahan yang telah disediakan.

Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya gejala vandalisme ini adalah


disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:

i) Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan


remaja biasanya lebih mudah terikut dan senang terpengaruh dengan rakan mereka.
Rakan sebaya merupakan individu yang paling rapat selepas ibu bapa. Pengaruh rakan
sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja
yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.

ii) Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa merupakan pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja.


Mengapa? Sebagai contoh, ketika bersiar-siar atau berjalan bersama keluarga,
didapati, ada sesetengah ibu bapa membuang sampah atau sisa makanan di merata-
rata di depan anak-anak mereka, maka berkemungkinan besar anak mereka juga akan
berkelakuan seperti itu. Selain itu, sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala
vandalisme ini berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme
dendam dilakukan oleh remaja yang inginkan kebebasan dan berlatar belakangkan
25
keluarga yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang
sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak di
dalam gejala negatif ini.

iii) Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh yang sangat kuat dan akan meninggalkan
kesan yang sangat kuat dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem
atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme
boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya
mudah untuk meniru dan mengikut apa yang dilihat di sekeliling termasuklah media
massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

iv) Sikap tidak peduli, Individualistik dan Materialistik Masyarakat

Remaja merupakan produk sistem sesebuah masyarakat. Sikap sesetengah


masyarakat kini yang hanya mementingkan soal kebendaan dan tidak mengambil
berat terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia ada.
Menurut kajian, masalah vandalisme banyak berlaku di bandar-bandar. Golongan
remaja amat gemar menconteng dan merosakkan harta benda awam yang ada. Mereka
bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar agak sukar untuk
dikawal. Di kawasan bandar, sesetengah penduduknya tidak mengambil berat
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, golongan remaja merasakan
diri mereka bebas untuk melakukan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa
tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Gejala vandalisme yang berlaku ini berpunca daripada kewujudan mereka yang
suka melepak tanpa sebarang haluan sehingga menjadikan kemudahan awam seperti
pondok menunggu bas, papan tanda dan telefon awam dijadikan sasaran. Perbuatan
ini bukan sahaja menyusahkan orang ramai tetapi secara tidak langsung
menggambarkan masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran sivik.

Tidak semua vandalisme dilakukan dengan kasar. Sebaliknya tidak semua


perubahan besar dan kontroversial merupakan vandalisme. Hal ini memerlukan
26
ketelitian untuk menentukan apakah satu data atau informasi baru itu benar atau ia
merupakan vandalisme. Sehubungan itu, orang ramai juga diharap dapat memberi
kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai
sebarang perbuatan vandalisme.
Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan
yang kekal, perbuatan ini mencemarkan tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana
kalau lakaran lucah dan perkataan yang memberahikan dibaca oleh golongan muda?
Ini sudah tentu akan menimbulkan imaginasi dan khayalan seks yang boleh
mendorong seseorang melakukan perbuatan jenayah seperti mencabul kehormatan,
rogol dan melakukan hubungan seks bebas. Selain itu, perbelanjaan yang tinggi
diperlukan untuk membersihkan tempat atau kawasan yang telah diconteng. Semua
usaha pembersihan dan pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak.

Perbuatan vandalisme tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sesetengah pihak tidak
mempedulikan perbuatan ini kerana menganggapnya sebagai fenomena sementara
yang akan terhenti dengan sendiri. Sejauh manakah kebenaran ini? Vandalisme
dilakukan secara berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Jika
perbuatan ini didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan lagi perbuatan
vandalisme ini.

Walaupun selama ini perbuatan vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan
tiada peruntukan undang-undang untuk mendenda atau menangkap para pelakunya,
remaja yang didapati melakukan vandalisme seharusnya dikenakan hukuman
kompaun. Kompaun ini dapat memberi pengajaran kepada mereka yang ingin
melakukan vandalisme, setidak-tidaknya mereka akan berfikir dahulu sebelum
berbuat demikian.

Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya
untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta
benda awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut
dianggotai oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Apabila menyedari hakikat bahawa
pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara
pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah
27
dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri
telah menganjurkan satu kempen yang diberi tajuk Harta Benda Awam Milikku-
Milikmu. Pertandingan seperti ini amat penting dan perlu dilakukan untuk
menanamkan sifat lebih bertanggungjawab dan secara tidak langsung dapat
menyemaikan perasaan sayang dan cinta terhadap harta benda awam.

Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dengan memberi
kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Contohnya,
ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja sepatutnya mendidik anak-anak
mereka dengan contoh tauladan yang baik serta mengasihi dan meluangkan masa
bersama anak-anak agar tidak menimbulkan fenomena kebosanan dan kekosongan di
hati mereka. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk
remaja yang berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa
kelak.

28
Kesan salah perlakuan terhadap pertumbuhan dan perkembangan
fizikal,mental,emosi dan sosial kanak-kanak dan remaja

Perkembangan atau pertumbuhan boleh diertikan satu proses yang bertahap,


yakni bermula dari bahan yang kecil menjadi besar mengikut tempoh-tempoh yang
tertentu sehingga menjadi matan.

Bermula dari alam Roh sehinggalah ke alam akhirat seseorang insan itu tidak
dapat tidak, mesti melalui beberapa pengalaman hidup, samada pahit atau manis.
Faktor-faktor pahit atau manis inilah yang akan mempengaruhi perkembangan serta
pertumbuhan individu itu samada dari aspek jasmaniah atau rohaniah. Apa yang
disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, Sesungguhnya lahirnya
seorang bayi itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka terserahlah kepada kedua
ibu bapa mereka untuk mencorakkannya sebagai yahudi, majusi atau nasrani. Apa
yang ingin pengkaji kaitkan di sini ialah faktor yang mana satukah yang lebih kuat
mempengaruhi seseorang insan itu, samada faktor Baka atau Persekitaran.

Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan

Kita menumpukan banyak masa dan tenaga untuk memberi perhatian dan
pendidikan kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah unik dan istimewa.
Zaman kanak-kanak adalah bermakna untuk menyediakan asas yang kuat untuk alam
dewasa. Dengan demikian, kita menghargai zaman kanak-kanak sebagai masa untuk
pertumbuhan dan perubahan. Dalam jangka waktu ini, kanak-kanak memperoleh
kemahiran baru dan menghadapi tugasan alam baru, jadi, setiap individu pernah
melalui kehidupan yang sama, belajar berjalan pada umur satu tahun, memasuki alam
fantasi permainan kanak-kanak, belajar perkataan baru semasa di tadika dan berdikari
apabila remaja.

Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

Setelah memahami bahawa pelbagai aspek pertumbuhan dan perkembangan tidak


29
berlaku serentak, kita perlu pertimbangkan beberapa prinsip berkaitan dengan
pertumbuhan dan perkembangan yang penting. Antara lima prinsip-prinsip tersebut
ialah:-

i- Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus.

ii- Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan kerumitan.

iii- Pertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza

iv- Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib.

v- Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur.

Teori-teori perkembangan (Teori Perkembangan Manusia)

Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari aspek


perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani yang dipengaruhi oleh dua
faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Konsep perkembangan
manusia. Jadual di bawah menghuraikan perkembangan manusia dari aspek jasmani,
mental, emosi dan sosial.

Aspek Perkembangan Pertumbuhan

Jasmani Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat,


mendengar, membuat kerja. Pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria, anggota.
Mental Kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, menganalisis.Bertambah
keupayaan berfikir.

Emosi Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Perasaan


seronok, gembira, duka, takut, bimbang, sedih.
Sosial Kemahiran didiplin dan penyesuaian diri dalam pergaulan dengan orang
lain.Meluaskan perhubungan, komunikasi dan pergaulan dengan orang lain.

30
Teori Perkembangan Biologi Arnold Gesell

Menurut Gesell, kematangan merupakan faktor yang penting dalam proses


pembelajaran. Setiap kali seorang kanak-kanak memasuki satu peringkat
perkembangan yang baru, kanak-kanak itu akan menunjukkan tingkah laku yang
stabil.

Menurut Gesell, terdapat lima peringkat perkembangan dalam masa lima tahun iaitu:

Peringkat pertama (0 hingga 1 tahun)

Ketika berumur satu bulan, bayi sudah menghasilkan tangisan yang berbeza
untuk menyatakan kehendak yang berlainan. Contohnya, tangisan bayi yang lapar
adalah berlainan dengan tangisan yang inginkan perhatian ibunya.

Peringkat kedua (1 hingga 2 tahun)

Pada peringkat ini, bayi sudah boleh bertatih dan dapat memahami perkataan
jangan apabila dilarang. Pada akhir peringkat dia boleh berjalan dan berlari serta
mula bercakap tetapi masih pelat.

Peringkat ketiga (2 hingga 3 tahun)

Kanak-kanak mula berjalan dengan dipimpin dan boleh makan sendiri serta
bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah.

Peringkat keempat (3 hingga 4 tahun)

Kanak-kanak peringkat ini berupaya untuk menunggang basikal beroda tiga serta
dapat menerima arahan daripada ibu bapa.

31
Peringkat kelima (4 hingga 5 tahun)

Kanak-kanak mula bersosialisasi serta berupaya mengemukakan soalan


berperingkat-peringkat. Bersedia untuk dihantar ke sekolah.

Setiap peringkat ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri mengikut kematangan


pada peringkat umur yang telah diklasifikasikan. Oleh itu, jika dilihat teori
perkembangan Gesell, terutamanya bagi murid yang bermasalah, kita perlu melihat
sejauhmana ianya ketinggalan daripada tahap yang sepatutnya dilalui pada peringkat
umur tertentu.

Teori Tugas Tugas Perkembangan Robert Havisghurst

Menurut Havisghurst aspek persekitaran amat penting dalam perkembangan


seseorang individu. Keperluan seseorang juga berkait rapat dengan kebudayaan
masyarakatnya. Misalnya, mengikut budaya Barat, cara seseorang bapa menunjukkan
kasih sayang terhadap anak-anak mereka ialah dengan memeluk mereka tanpa
mengira umur dan jantina. Amalan ini berbeza dengan budaya kita iaitu seorang bapa
dengan anak remaja perempuan adalah tidak digalakkan. Justeru itu, beliau telah
memperkenalkan tugas perkembangan iaitu tugas tugas atau fungsi fungsi yang
lahir pada satu masa dalam kehidupan seseorang.

Havighurst membahagikan peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga


peringkat.

Peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun)

Belajar makan makanan pejal, berjalan, bercakap, membuang najis dan membuat
penyesuian emosi.
Membezakan jantina
Membentuk konsep seperti betul dan salah.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak (6 hingga 12 tahun)

32
Membentuk kemahiran fizikal untuk permainan.
Membentuk konsep diri yang sihat.
Menguasai konsep moral, nilai dan kemahiran hidup.

Awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun)

Menjalin perhubungan baru yang lebh matang dengan rakan sebaya, terutama
dengan yang berlainan jantina.
Belajar dengan cara sendiri dan tidak mengikut emosi ibu bapa atau orang
dewasa.
Berusaha mencapai kesempurnaan kendiri.
Berdasarkan teori perkembanagn ini, kita dapat membantu murid-murid melalui
motivasi-motivasi supaya mereka tidak berputus asa jika pada satu peringkat
mereka akan gagal untuk mencapai sesuatu.

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Menurut teori Piaget, pemikiran kanak-kanak terbentuk melalui proses akomodasi


dan similasi. Melalui proses asimilasi, kita boleh membantu mereka dengan
menerapkan semula nilai ataupun ilmu kepada murid supaya mereka dapat
mengimbas kembali apa yang dipelajari. Melalui akomodasi pula, kanak-kanak
terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skima pemikiran yang sedia ada
kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan skima pemikiran lama. Menurut
Piaget, terdapat empat peringkat perkembangan intelek.

Peringkat deria motor (0 hingga 2 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak banyak mengunakan deria motor seperti


memegang untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Kanak-kanak juga
belum memperoleh kewujudan objek. Ini bermaksud apabila suatu objek yang pernah
33
dilihat disimpan, maka mereka akan beranggapan objek itu tidak ada lagi.

Peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun)

Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili objek-


objek yang dilihatnya. Kanak-kanak mula bertutur tetapi pertuturannya bersifat
egosentrik iaitu topik perbualan berkisar tentang dirinya.

Kanak-kanak juga belum memperoleh konsep pengekalan. Misalnya, dua biji


gelas yang diisi air dengan isi padu yang sama dalam bentuk yang tidak sama saiznya.
Mereka sebenarnya masih belum dapat membezakan isi padu air itu adalah sama dan
mengatakan gelas yang lebih tinggi pasti mempunyai isi padu air yang lebih banyak.

Peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun)

Kanak-kanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang melibatkan


peristiwa atau objek yang konkrit. Mereka sudah boleh menerima pendapat orang.

Peringkat operasi formal (11 hingga dan ke atas)

Penaakulan dan fikiran secara abstrak mula terbentuk. Mereka sudah boleh
menggunakan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak serta
membentuk hipotesis ketika menyelesaikan sesuatu masalah.

Di sini, guru akan memberi bantuan dengan memberi bimbingan dan


memberitahu sama ada apa yang difikirkan itu betul atau tidak.

Teori perkembangan Sigmund Freud

Jika kita melihat teori perkembangan Sigmund Freud, kita dapati dalam teori ini
terdapat 3 elemen penting iaitu id, ego dan superego. Jika kita melihat ketiga-tiga
elemen ini bertindak dengan betul dan saling bekerjasama, maka tindakan yang bakal
34
kita lakukan akan menjadi satu tindakan yang betul.

Sigmund Freud menyatakan perkembangan emosi fizikal manusia boleh dibahagikan


kepada 5 peringkat iaitu oral, anal, phallic, latency dan genital.

Oral (gigit dan hisap)

Pada peringkat pertama oral (gigit dan hisap) ia melibatkan bayi yang berumur 0
hingga 1 tahun. Pada peringkat ini perkembangan emosi fizikal manusia memiliki
ciri-ciri memperoleh kepuasan dan belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas
8 bulan.
Personaliti akan terbentuk melalui pengalaman yang dialami. Bagi kanak-kanak
yang tidak suka menggigit dan makan mereka akan memperoleh tingkah laku agresif
dan suka mengejek orang lain.

Anal (dubur)

Peringkat kedua ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 1 tahun hingga 3


tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan memperoleh kepuasan daripada aktiviti
pembuangan najis. Mereka sudah boleh membentuk sifat bersih, kemas dan berjimat
sekiranya dipupuk dengan cara yang sesuai. Mereka membentuk personaliti jenis
pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas. Namun, mereka mempunyai nilai tolak
ansur sekiranya diberi latihan tandas yang positif.

Phallic (Falik)

Pada peringkat ketiga ia melibatkan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6


tahun. Ciri-ciri perkembangan emosi fizikalnya ialah mereka akan memperoleh
keseronokan daripada organ kejantinaan. Anak lelaki akan lebih tertarik dengan ibu
yang dikenali sebagai konflik oedipus. Anak perempuan lebih tertarik kepada ayah
iaitu konflik elektra.

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula guna helah bela diri untuk
melindungi dirinya daripada perbuatan yang telah dilakukannya. Di samping itu,
35
timbul keinginan untuk meniru pekerjaan dan tingkah laku yang diamalkan oleh ibu
bapa dan orang yang berdekatan dengannya.

Latency (Pendaman)

Peringkat latency (pendaman) melibatkan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12


tahun. Mereka sudah mempunyai keinginan untuk cuba mengambil tahu tentang
rakan-rakan sebaya. Mereka mula menyimpan perasaan kasih sayang kepada orang
lain. Mereka juga mempunyai perasaan untuk menjauhkan diri daripada anggota
keluarga dan mengalirkan perasaan sentimen kepada orang lain.

Genital (Kejantinaan)

Peringkat ini melibatkan mereka yang mula masuk ke alam remaja yang berumur
12 hingga 19 tahun. Pada peringkat ini, sudah ada timbul minat dan menaruh
perasaan pada rakan yang berlainan jantina. Mereka gemar bersosialisasi dengan
rakan sebaya dan melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Adanya keinginan untuk
memilih kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat sekolah dan mula berfikir pada
perkara yang berkaitan dengan perkahwinan.

36
Langkah-langkah pencegahan salah perlakuan

Peranan remaja

* Mencari kawan sebaya (peers) yang betul. Umumnya, remaja banyak menghabiskan
masa di sekolah bersama rakan-rakan. Pemilihan rakan sebaya yang betul dapat
mengelakkan daripada terpengaruh dengan unsur-unsur yang salah. Rakan yang baik
adalah rakan yang mengingatkan kita semasa kita tersalah arah dan laku. Selalunya
rakan-rakan terdiri daripada orang yang sebaya dan bersependapat dalam banyak hal.
Maka remaja harus berhati-hati dalam memilih rakan.

* Mendapatkan bantuan jika ada masalah. Remaja perlu mendapatkan nasihat


daripada orang lain selain rakan sebaya jika menghadapi masalah di rumah atau
dengan rakan-rakan. Kebanyakan remaja lebih suka mendiamkan diri dengan masalah
mereka ataupun hanya menceritakan kepada rakan sebaya. Akibatnya, kadangkala
langkah yang diambil menjadi masalah kepada orang lain kerana tidak selari dengan
tuntutan agama dan undang-undang. Berbincang dengan kaunselor atau guru dapat
membantu sekiranya ibu bapa dan penjaga tidak memahami masalah remaja.

* Berusaha menjadi contoh yang baik. Sikap ini harus ada pada setiap remaja kerana
ia dapat membantu remaja untuk mengawal diri. Sekurang-kurangnya jika tidak boleh
menjadi contoh yang baik kepada orang lain, jadilah contoh dalam ahli keluarga
sendiri dan juga pada diri sendiri. rasa bersalah sekiranya melakukan kesalahan harus
dibayar dengan azam untuk tidak mengulanginya lagi dan tidak berharap orang yang
terdekat melakukannya.

Peranan sekolah

* Subjek yang diajar harus ada nilai tambah, iaitu menerapkan nilai-nilai murni dalam
setiap kelas. Kelas boleh dijalankan dengan interaktif supaya pelajar lebih berminat
untuk datang ke sekolah dan meneruskan kelas. Elemen subjek agama dan sivik
37
seharusnya ada dalam setiap subjek supaya remaja akan terdidik dengan nilai-nilai
murni dalam setiap apa yang dipelajarinya.

* Sentiasa berbincang dengan ibu bapa. Guru kelas boleh mengambil langkah yang
proaktif dengan menyelidik latar belakang pelajar-pelajar kelasnya dan menghubungi
ibu bapa untuk berbincang jika timbul apa-apa masalah yang boleh membawa kepada
perlakuan disiplin. Melabel murid jahat bukanlah penyelesaiannya, tetapi guru
seharusnya berusaha untuk memahami punca pelajar bertindak sedemikian. Guru
kaunseling juga harus ditambah kerana pelajar boleh merujuk kepada mereka di atas
apa-apa masalah yang mereka hadapi.

Peranan Keluarga

* Contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk diteladani.
Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang menyebabkan anak-
anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-
anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa seharusnya terlebih dahulu menunjukkan
teladan yang baik untuk diikuti. Selain itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan
serta rakan anak-anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.

* Berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan


masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan
psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan
psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus
berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan spiritual
supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini.

Peranan masyarakat dan media

* Masyarakat juga harus berperanan dalam hal ini. Membantu remaja-remaja yang
bermasalah seharusnya bermula dengan memahami situasi keluarga remaja
berkenaan. Jiran-jiran misalnya boleh membantu dalam mengenal pasti remaja yang
38
bermasalah dan cuba membawa mereka ke jalan yang baik melalui teguran yang
berhemah. Media massa juga dapat membantu dari segi pengisian rancangan di
televisyen, radio dan juga di suratkhabar. Program-program yang disediakan
seharusnya lebih berinformatif dan menjana pemikiran remaja.

Semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana. Aliran fahaman
remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya akan turut berubah. Ibu
bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus sentiasa menyumbang kepada
penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran globalisasi yang tiada sempadan ini
memungkinkan semua maklumat sama ada baik atau benar disalurkan secara terus
kepada remaja.Remaja mungkin mempunyai akses melakukan apa yang mereka
mahu, tetapi hanya dengan keimanan yang tinggi dan kesedaran sivik.

Cara-cara mendapatkan bantuan keselamatan

Zaman remaja merupakan alam persinggahan bagi setiap manusia di mana


seseorang remaja mula memberikan definisi kewujudan dirinya dalam keluarganya,
kumpulan rakan sebayanya dan masyarakat sekeliling. Remaja adalah satu fasa
kehidupan di mana remaja bergelut dengan proses transisi dari alam kanak-kanak ke
alam kedewasaan. Kanak-kanak bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa mereka
yang memberikan sokongan dan arahan dalam aspek emosi dan ekonomi. Alam
dewasa pula dianggap sudah mencapai tahap kemerdekaan dari sudut ekonomi dan
39
emosi dan perlu membuat pilihan terhadap pengajian mereka, pekerjaan dan
hubungan peribadi yang akan mengesani setiap aspek masa hadapan mereka secara
langsung.

Zaman remaja boleh menjadi zaman yang penuh cabaran bagi sebahagian remaja.
Pada waktu inilah mereka perlu berhadapan dengan perubahan fizikal yang berlaku
secara mendadak, tekanan untuk mematuhi trend semasa dan tidak-tanduk rakan
sebaya, serta pengharapan yang semakin tinggi daripada keluarga, guru-guru dan
orang dewasa yang lain. Remaja juga perlu menangani konflik yang dihadapi daripada
pihak yang berbeza kepentingan seperti ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya dan media.
Mereka sebenarnya turut berjuang dengan keperluan diri untuk diterima oleh sesuatu
pihak atau kumpulan. Pencapaian akademik dan sosial turut memberikan tekanan
kepada remaja.

Bagi sesetengah remaja pula, cabaran-cabaran di atas menjadi lebih rumit apabila
ditambah dengan situasi keluarga yang susah, perpisahan dengan salah seorang atau
kedua-dua ibu bapa (akibat kematian atau perceraian), suasana pembelajaran yang
tidak terkawal (akibat kekurangan guru atau saiz kelas yang terlalu besar), kawasan
kejiranan yang kurang prihatin atau selamat dan pendedahan kepada bahan-bahan
yang boleh membawa ketagihan seperti rokok, alkohol dan dadah. Tanpa bantuan,
sokongan dan panduan daripada orang dewasa, anak-anak muda remaja ini akan
terperangkap ke dalam lembah yang penuh berisiko ini.
Dalam masyarakat kita hari ini, perkara ini ditandai dengan gejala dibuang
sekolah, lari dari rumah, menyertai kumpulan anti sosial seperti samseng, Black Metal
dan kongsi gelap, penyalahgunaan alkohol atau dadah, terlibat dengan seks rambang,
bohsia dan bohjan, pembuangan bayi dan masalah jenayah juvana. Turut
menyedihkan sekiranya remaja hidup terumbang-ambing tanpa panduan akibat
terheret oleh masalah keluarga yang porak-peranda dan terhimpit oleh kemiskinan
yang mengakibatkan fenomena keciciran akademik, terpinggir daripada masyarakat
sosial dan kelakuan yang memusnahkan diri sendiri.

Cabaran Remaja Masa Kini

Lebih kurang setengah abad yang lalu, para remajanya tidak menghadapi
40
kesukaran yang bertubi-tubi yang dihadapkan dalam hidup mereka seperti remaja
masa kini. Kehidupan adalah lebih simple tanpa perlu belajar tinggi. Remaja
perempuan biasanya mengalami kedatangan haid pertamanya sekitar umur 14-16
tahun dan berkahwin menjelang usia 16-18 tahun. Alam perkahwinan memberikan
tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Remaja lelaki juga biasanya
mengakhiri zaman kanak-kanak mereka dengan akil baligh pada usia yang lebih lewat
sedikit dan berkahwin ketika berusia sekitar dua puluhan.

Fasa pembelajaran ditempuhi secara tidak formal seperti belajar membaca Al-
Quran, pengajian fardhu ain, belajar memasak dan menjahit bagi remaja perempuan
serta bertukang dan memburu binatang bagi remaja lelaki. Pembelajaran ini
menyediakan mereka ke alam tanggungjawab yang bakal dipikul sesudah
berumahtangga. Oleh kerana fasa remaja yang terlalu pendek, tidak ditemui gejala
sosial pada remaja zaman tersebut.

Hari ini, kanak-kanak menempuhi zaman remaja mereka dengan lebih awal iaitu
pada umur 11-13 tahun bagi remaja perempuan dan 13-15 tahun bagi remaja lelaki.
Tempoh pengajian yang lama yang mesti dihabiskan pula ialah sepanjang 11 tahun,
bermula umur tujuh tahun sehingga 17 tahun sebelum mereka dibenarkan memikul
tanggungjawab sebagai seorang dewasa. Kebanyakan keluarga sekarang juga tidak
membenarkan anak mereka berkahwin pada usia remaja dengan alasan perlu bekerja
dahulu atau menyambung pengajian di peringkat tertinggi.

Pada masa yang sama, naluri remaja mula bersifat kedewasaan dan memerlukan
tuntutan bagi menzahirkan kebebasan dan kematangan mereka. Remaja mula berasa
tidak senang diganggu oleh pertanyaan daripada ibu bapa. Kehidupan moden pula
menyediakan remaja dengan pelbagai pilihan dari segi kepercayaan, pegangan hidup,
karier, cara hidup dan kawan sekeliling. Cara hidup (lifestyle) sementara ini berpunca
daripada keterasingan daripada keluarga lanjutan (extended family) dan sikap
individualistik masyarakat hari ini. Oleh itu, hari ini kita lihat golongan remaja belia
memerlukan kebebasan terhadap cara berfikir dan cara bertindak daripada diwarnai
oleh ibu bapa dan masyarakat.

Sementelahan pula, infrastruktur sosial dan masyarakat hari ini amat meletakkan
41
pengharapan yang tinggi kepada golongan muda ini. Oleh itu, badan-badan tertentu
dalam masyarakat dan orang dewasa di sekelilingnya haruslah memainkan peranan
yang lebih proaktif dengan menawarkan bantuan sokongan kepada golongan muda ini
dengan perkhidmatan kaunseling, talian hotline, dan kursus jangka pendek untuk
remaja dan ibu bapa. Membantu remaja ke arah kematangan dan kemerdekaan diri
memerlukan ibu bapa memahami perkembangan remaja yang sihat dan menggali
bahan-bahan yang boleh membantu mereka sekiranya anak remaja bertindak di luar
batasan.

Panduan Keibubapaan Setelah Anak-anak Menginjak Alam Remaja

Semasa remaja, mereka mula mengambil tindakan yang berisiko dan


bereksperimen. Ini adalah titik permulaan bagi remaja untuk beralih dari alam yang
berpusat kepada keluarga (family-centered) kepada komuniti yang jauh lebih luas di
mana mereka mula tercari-cari identiti diri sendiri. Remaja mungkin akan memilih
kawan-kawan yang tidak disenangi oleh ibu bapa atau mencuba merokok, menghisap
dadah dan minum minuman beralkohol. Mereka turut bergaya dengan fesyen semasa,
membanding-bandingkan gaya hidup keluarga mereka dengan keluarga yang lain
serta melanggar peraturan rumah atau norma masyarakat.

Remaja berbuat demikian untuk menguji sejauh manakah kemampuan dan


keterbatasan mereka dalam melakukan sesuatu tindakan. Mereka ingin percaya
bahawa mereka boleh meneruskan hidup tanpa panduan atau kawalan ibu bapa.
Remaja juga mungkin cuba memindahkan keseimbangan kuasa dan otoriti ke pihak
mereka. Maka dengan itu, ramai ibu bapa yang bimbang dan dihantui dengan sikap
anak remaja mereka yang seolah-olah ingin berkonfrontasi dengan mereka. Ibu bapa
juga bimbang dengan tindakan berisiko tinggi yang diambil oleh anak remaja mereka.

Sebenarnya tiada jalan pintas dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa haruslah
melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan dari semasa ke semasa supaya
berlaku aliran komunikasi yang licin di antara ibu bapa dan remaja. Ibu bapa perlu
memahami keperluan emosi, fizikal dan mental remaja bagi membangunkan sahsiah
mereka sepenuhnya.

42
Panduan berikut boleh digunakan oleh ibu bapa dan orang dewasa yang ingin
menangani remaja keseluruhannya:

Didik diri anda dengan perkembangan anak-anak sebaik memasuki alam remaja.
Pelajari kelakuan dan tindak-tanduk yang biasa bagi remaja, perubahan fizikal,
biologi, emosi dan mental yang berlaku serta kesannya dan cara membantu anak
remaja anda menangani perubahan tersebut.

Kenangi semula zaman remaja anda; perasaan yang berubah-ubah (mood swing),
kemarahan terhadap pihak yang memegang kuasa (seperti ibu bapa, guru-guru dan
sebagainya), kebimbangan dan harapan anda. Lihat pula tingkah-laku anak remaja
anda dari sudut memori tersebut supaya anda dapat memahami perspektif mereka.

Daftarlah untuk kursus kemahiran keibubapaan yang berkesan. Keibubapaan


adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari dan ia tidak datang sendiri. Belajarlah
juga daripada ibu bapa lain yang berpengalaman dalam mendidik remaja yang
berjaya.

Dengarlah dan kurangkan bercakap. Anak remaja anda telah menghabiskan


sebahagian besar masa kanak-kanak mereka sebagai pendengar dalam kebanyakan
situasi. Ketika remaja inilah mereka mahu dan perlukan peluang untuk didengar dan
berkongsi perasaan dan pendapat mereka. Mereka mula menyemak semula pegangan
keluarga, adat tradisi dan agama yang sesuai dengan kehendak identiti mereka.

Didiklah anak remaja anda tentang asam garam kehidupan, dan kemanisan dan
kepahitan menyelesaikan masalah agar mereka tahu menikmati kegembiraan dan
menangani perkara yang buruk. Sedarkan remaja bahawa hidup ini tidak seindah
mimpi. Jangan dibuai remaja dengan harapan semuanya mudah dan indah kerana ini
akan menyebabkan remaja kecewa dengan realiti kehidupan. Jangan sempitkan ruang
lingkup pilihan yang ada. Misalnya, meminta anak belajar dengan rajin sekiranya
ingin menjadi seorang doktor. Realitinya ramai juga remaja yang pintar yang tidak
mendapat kursus pilihan masing-masing kerana persaingan yang sengit.

Gunakan kaedah peneguhan positif (positive reinforcement) untuk tingkah-laku


43
yang positif sekiranya munasabah; ia jauh lebih berkesan daripada kritikan (atau
kutukan) dan hukuman terhadap tingkah-laku yang negatif. Peneguhan positif diberi
dalam bentuk pujian, penghargaan, hadiah istimewa atau pergi melancong misalnya.
Perkataan yang memperkecilkan keupayaan dan kebolehan mereka boleh
menyebabkan kecederaan kepada penghargaan kendiri (self-esteem) remaja. Perkakas
yang paling berguna dalam mendidik remaja ialah kasih sayang, belas ihsan,
kepekaan, sanjungan, memahami dan komunikasi yang telus dan tulus.
Didik anak remaja anda bahawa hak-hak dan tanggungjawab berjalan seiringan.
Berikan tanggungjawab sedikit demi sedikit kepada anak remaja anda dengan tujuan
melatihnya seperti tanggungjawab menjaga keselamatan dirinya dan ahli keluarga
yang lain. Beri peluang kepada remaja untuk membantu kerja-kerja di rumah dan
terlibat dengan proses perbincangan bagi mencapai sesuatu keputusan dalam keluarga.

Dapatkan pandangan remaja dan bantu mereka agar memahami proses bagaimana
sesuatu keputusan dicapai. Berikan situasi di mana remaja diuji dengan kemahiran
membuat keputusan dengan sokongan orang dewasa di sekelilingnya. Jangan kritik
remaja sekiranya keputusan yang diambilnya tidak tepat atau tidak seperti yang
diingini.
Sebaliknya tunjukkan bahawa anda memahami dan berikan bantuan yang diperlukan.
Dengan ini, remaja akan belajar membuat keputusan-keputusan yang penting dalam
hidup mereka seperti keputusan samada hendak merokok atau tidak, hendak belajar
atau tidak dan sebagainya.

Bantu remaja agar tidak terlalu bergantung kepada orang di sekitarnya seperti ibu
bapa atau abang dan kakaknya. Keperluan remaja untuk memanifestasikan
kebebasan dan kematangan mereka mungkin berlaku pada masa yang berbeza dan
melalui wadah yang berbeza. Kadangkala sukar bagi ibu bapa untuk membiarkan
remaja melakukan keputusan bersendirian kerana risaukan keselamatan mereka.
Walau bagaimanapun, keupayaan remaja menangani tanggungjawab yang semakin
bertambah akan meningkat sekiranya ibu bapa mampu memberikan sokongan kepada
pilihan yang mereka buat dan menjadikan remaja bersedia menghadapi cabaran yang
menanti.

Berikan peluang kepada anak-anak untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.


44
Golongan muda sebenarnya sedang mencari-cari ruang untuk diri mereka di dalam
dunia ini. Melibatkan remaja dalam aktiviti komuniti dan masalah masyarakat akan
mengalihkan perhatian mereka terhadap diri sendiri dan menolong mereka
membangunkan kemahiran sosial mereka dengan perasaan dipunyai (belonging) di
samping memperkasakan remaja dalam menyelesaikan masalah masyarakat. Bantu
anak remaja yang bersekolah asrama untuk menyertai kelab-kelab remaja seperti
Kelab Remaja JIM (KRJ) atau program dakwah yang lain ketika cuti sekolah. Adakan
program ziarah kampung, memberi bantuan kepada fakir miskin dan sebagainya yang
boleh mengajar remaja tentang realiti kehidupan selain mengelakkan remaja terlibat
dalam gejala sosial.

Luangkan masa dari segi kualiti dan kuantiti terhadap anak remaja anda. Tidak
ada istilah masa berkualiti. Untuk mendapatkan kualiti dalam perhubungan, kuantiti
masa juga adalah kritikal. Zaman remaja inilah biasanya anak remaja anda semakin
jauh daripada keluarga dengan meluangkan lebih banyak masa di sekolah, dengan
rakan sebaya ataupun sudah bekerja. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa meluangkan
masa dengan anak remaja mereka kerana inilah kunci kepada kesejahteraan
perkembangan emosi dan sosial remaja.

Ambil peluang ketika remaja berada di rumah, sewaktu makan malam, solat
berjemaah di rumah atau surau serta menonton televisyen bersama untuk
mengukuhkan hubungan anda dengan remaja. Ambil tahu apakah minatnya dan
hobinya serta terlibat dengan minat tersebut. Ini boleh membantu mengukuhkan
sokongan anda terhadapnya serta memberi gambaran kepada anda tentang alam
remajanya.

Ada ketikanya ibu bapa merasa kecewa, marah, sedih atau putus asa terhadap
anak remaja mereka. Terimalah perasaan anda itu. Menjadi ibu bapa yang baik tidak
semestinya mesti segalanya sempurna. Tunjukkan bahawa anda mampu meminta
maaf kepada remaja sekiranya anda telah terkasar dengan mereka. Ini akan menjadi
contoh kepada remaja bahawa manusia juga melakukan kesilapan dan bermaaf-
maafan adalah suatu cara dalam memulihkan semula perhubungan yang retak oleh
tekanan dan ketidaksefahaman.

45
Dapatkan bantuan dan panduan untuk diri anda dalam menangani perubahan pada
diri anak remaja anda. Lihat tanda-tanda berlakunya krisis dan berbincanglah dengan
ibu bapa lain atau dapatkan bantuan pakar. Dengan ini, ibu bapa boleh memahami
apakah yang normal atau tidak normal pada seseorang remaja.

Kebanyakan remaja mempunyai masalah pada suatu masa tertentu. Ini


ditunjukkan dengan tingkah-laku memberontak secara tiba-tiba dan adalah normal
kepada remaja. Janganlah ibu bapa pula merasa malu di atas sikap remaja. Jangan
pula anggap bahawa setiap tingkah-laku anak-anak mencerminkan kualiti
keibubapaan anda. Anda sudah lakukan yang terbaik dan berusahalah agar tingkah-
laku negatif remaja tidak berpanjangan dan dibaiki segera.

Jangan paksa remaja menyelesaikan masalah mereka dengan drastik. Remaja juga
perlukan masa dan sokongan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.
Misalnya, berikan masa kepada remaja untuk membuang tabiat merokok dengan
mendedahkan semua maklumat yang perlu dan memberi bantuan profesional
kepadanya. Tunjukkan sokongan anda dan tidak berputus asa dengan mereka.

Sediakan peluang untuk mereka membesar dan mengharungi zaman remaja


dengan tindakan dan maklum balas yang positif. Berkongsi dengan anak remaja
tentang harapan anda terhadapnya, pelajarannya dan masa hadapannya. Muhasabah
tentang peranan mereka dan minta mereka muhasabah diri anda sebagai ibu bapa.
Sediakan peluang untuk mereka mengasah bakat dan minat mereka serta
mempertajamkan kemahiran mereka di samping memperkembangkan jati diri dan
daya saing.

46

Anda mungkin juga menyukai