Anda di halaman 1dari 28

PRA KATA PENULIS 1.0 Pendahuluan 1.1 1.2 2.

0 Objektif Kajian Skop Kajian

Pemindahan Atau Pendermaan Organ Manusia 2.1 2.2 Definisi Pemindahan Organ Syarat-Syarat Pemindahan Organ 2.2.1 Syarat-syarat pemindahan organ bagi orang yang masih hidup ke atas pesakit. 2.2.2 Syarat-syarat pemindahan organ bagi orang yang telah meninggal ke atas pesakit. 2.2.3 2.3 2.4 Syarat-syarat menurut aspek perubatan

Hikmah Pendermaan Organ Kesan Terhadap Penderma Dan Penerima Organ 2.4.1 2.4.2 Kesan Positif terhadap perdermaan dan penerimaan organ. Kesan Negatif terhadap perdermaan dan penerimaan organ

3.0

Pandangan Syarak Terhadap Pemindahan Dan Pendermaan Organ Manusia 3.1 Organ Insan Hidup Kepada Pesakit Yang Memerlukan 3.1.1 3.1.2 Pendapat Ulama Silam Pendapat Ulama Muktabar Pada Masa Kini 1

3.2 3.3 4.0

Perbincangan Ulama dan Dalil-Dalil Yang Digunakan Organ Kadaverik Kepada Pesakit Yang Masih Hidup

Penutup Bibliografi

FIQH PERUBATAN : KAJIAN MENGENAI PEMINDAHAN ATAU PENDERMAAN ORGAN MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM PRA KATA PENULIS Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan tercinta, Nabi Muhammad s.a.w.. Sekilas ingatan buat fuqaha Islam, peneraju al-Din tercinta, para syuhada, pembela agama dan seterusnya muslimin, muslimat, mukminin, mukminat, semoga sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t.. Untaian kesyukuran dirafakan buatMu, Rabb al-Jalil kerana dengan nikmat dan keizinanNya, dapat juga kami menyempurnakan kertas projek ini yang bertajuk Fiqh Perubatan : Kajian Mengenai Pendermaan dan Pemindahan Organ Manusia Menurut Perspektif Islam. Di kesempatan ini, sekalung penghargaan diucapkan buat penyelia kami, al-Fadhilah Dr. Zanariah Binti Noor selaku pensyarah bagi subjek Syariah dan Kehidupan ( dan para pensyarah di atas segala tunjuk ajar, nasihat dan sokongan kalian selama ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami, keluarga, rakan-rakan sekuliah dan semua pihak yang turut membantu dalam proses menyiapkan kertas projek ini. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua. Semoga hasil kertas projek ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. seterusnya dapat memberi manfaat kepada orang ramai, masyarakat dan negara. Di kesempatan ini insya-Allah kami akan cuba membincangkan mengenai masalah dan persoalan yang dihadapi dalam konteks perubatan pada masa kini iaitu permasalahan mengenai pemindahan atau pendermaan organ manusia menurut perspektif islam. 2

1.0

PENDAHULUAN

Manusia telah dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baik kejadian semata-mata untuk mengabdikan diri kepadaNya. Justeru itu, nyawa dan anggota tubuh badan yang dimiliki oleh manusia adalah milik Allah yang mutlak. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap insan untuk menjaga dan memelihara anugerah yang diberikan dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, begitu juga dengan yang sihat tidak akan selamanya sihat. Berdasarkan peredaran zaman yang sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat, kita sering kali dilaporkan dengan berita-berita mengenai pemindahan organ manusia. Terdapat banyak kes yang melibatkan pemindahan organ dewasa ini. Tentu semua masih ingat lagi mengenai salah satu kes pendermaan organ yang terkenal di Malaysia.Antaranya kes yang melibatkan Tee Hui Yee. Gadis yang hanya berumur 14 tahun ini mempunyai masalah jantung dan menderita selama 14 tahun sejak kelahirannya. Setiap hari, dia merasai kesakitan dan penderitaan akibat masalah jantung yang tidak berfungsi. Setiap manusia adalah manusia yang sempurna sekiranya mempunyai jantung.Walaupun Hui Yee masih hidup dengan pertolongan jantung mekanikal, tetapi tanpa jantung yang asli, dia menemui ajal. Di sini timbul satu persoalan, dalam tempoh 14 tahun ini,kenapa tiada orang menderma jantung kepada Hui Yee? Pelbagai masalah dan rintangan yang timbul tentang pendermaan organ telah menyebabkan anak ini menderita terseksa selama 14 tahun. Kesimpulannya, sebagai manusia, kita harus 3

membantu sesama sendiri dengan melaksanakan tindakan yang berfaedah. Salah satu cara untuk membantu ialah pendermaan organ. Jika di ukur pada kelibat sejarah pula, kejayaan hasil dari kecanggihan teknologi perubatan telah mula tercipta pada tahun 1954 di Hospital Peter Bent Brigham, Boston, Amerika Syarikat. Pada masa itu, seorang dari dua beradik kembar yang menghidap kegagalan ginjal telah menerima sebuah ginjal dari pasangannya dan ginjal yang dipindah itu berfungsi untuk beberapa tahun. Berpunca dari kejayaan itu, pemindahan organ-organ lain mula dijalankan. Namun disini, kami akan memfokuskan kajian ini lebih ke arah pendermaan organ dalam konteks perspektif islam, menurut pandangan syarak dan pendapat-pendapat yang telah digariskan serta dipersetujui oleh golongan ulama-ulama muktabar. 1.1 Objektif Kajian

Menyatakan definisi, syarat-syarat dan hikmah-hikmah serta kesannya terhadap penerima dan penderma organ

Mengetahui hukum-hakam dan dalil-dalil mengenai pemindahan organ serta pandangan ulama menurut perspektif Islam.

1.2

Skop Kajian

Sebagaimana yang telah diketahui, kajian terhadap fiqh perubatan mempunyai cakupan bidang yang luas. Namun, dalam menjalankan kajian (pemindahan dan pendermaan organ manusia menurut perspektif islam), kami hanya memfokuskan beberapa perkara utama sebagai tatapan. Apa yang dimaksudkan adalah mengenai definisi, syarat-syarat pendermaan dan pemindahan organ, hikmah, kesan dan hukumhukum yang melibatkan pemindahan dan pendermaan organ yang melibatkan orang hidup dan orang yang telah meninggal ( kadeverik ) kepada pesakit. 4

2.0 PEMINDAHAN ATAU PENDERMAAN ORGAN MANUSIA 2.1 Definisi Pemindahan Organ Manusia Menurut Kamus Dewan Edisi Baru, organ merupakan alat dalam tubuh manusia dan binatang dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai tugas yang penting. Seterusnya. Menurut Kamus al-Mujam al-Wasat organ ialah bahagian jasad manusia seperti tangan , kaki dan juga telinga Didalam Kamus Lisan al-Arab organ sebagai satu daripada organ biri-biri dan lain-lain. Pemindahan organ manusia adalah suatu proses dalam dunia perubatan yang melibatkan pengalihan organ dari penderma (donors) kepada penerima (recipient) untuk mengambil tempat organ yang rosak pada badan penerima. Dalam konteks di Malaysia pula pemindahan organ ialah sebagai mengganti organ yang gagal berfungsi dengan baik pada tubuh badan seseorang dengan organ baru daripada seseorang penderma. Rawatan pemindahan ini bertujuan untuk menyelamatkan pesakit yang hanya boleh disembukan dengan rawatan pemindahan tersebut sahaja. 2.2 Syarat-syarat Pemindahan Organ

Disebalik definisi pemindahan organ manusia, turut terdapat syarat-syarat yang membolehkan sesuatu pemindahan organ itu dilakukan. Syarat-syarat ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertamanya melibatkan orang yang masih hidup terhadap pesakit dan keduanya orang yang telah meninggal terhadap pesakit yang memerlukan. 2.2.1 I. Syarat-syarat pemindahan organ bagi orang yang masih hidup ke atas pesakit Pendermaan organ mesti mendapat keizinan daripada penderma dan penerima. Sebagaimana yang kita ketahui, badan manusia tertakluk kepada dua hak, iaitu merupakan hak Allah dan hak manusia itu sendiri. Hak Allah terasas pada konsep memudahkan. Manakala hak manusia pula diasaskan atas prinsip yang ketat. Oleh hal yang demikian, keadaan darurat tidak membatalkan hak-hak orang lain. Sekiranya telah dipastikan anggota-anggota badan tertentu insan tersebut menjadi satu-satunya penawar terhadap pesakit. Namun, suasana darurat yang menghimpit keadaan tersebut tidak mengharuskannya untuk meneruskan niat 5

memindahkan bahagian-bahagian badan selagi mana belum mendapat keizinan syariat penderma.Keizinan penderma dan penerima penting dalam menjadi syarat terhadap proses ini. II. Tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada penderma dan penerima1 Tujuan pengambilan anggota adalah untuk meraikan maslahah kesihatan kepada pesakit yang menerima organ disamping memelihara maslahah kesihatan terhadap penderma itu sendiri. Ini kerana objektif perubatan tidak mengharuskan pemindahan organ yangmana belum dapat dipastikan bagaimana kesan bahaya yang bakal menimpa atau kemudaratan terhadap penderma dan penerima akibat dari proses tersebut. Proses pemindahan organ ini tidak boleh dijalankan sekiranya telah diketahui melalui kajian dan bukti-bukti yang melibatkan kesan kemudaratan yang bakal menimpa akibat dari proses pemindahan ini. Selain itu juga, haram sama sekali memotong mana-mana organ penderma, sekiranya membawa kepada kematian penderma itu sendiri. Contohnya pemindahan jantung, walaupun mendapat persetujuan penderma itu sekalipun. Tidak boleh dilakukan proses pemindahan kerana manusia tidak mempunyai hak mutlak ke atas diri sewaktu hidupnya tanpa keisinan dari syarak sepertimana membunuh diri yang tidak berdosa secara sengaja. Berlainan dengan isu yang melibatkan organ-organ yang mana memotongnya tidak membawa kepada kematian kepada pihak penderma, organ-organ ini perlu dibezakan. Sebagaimana contoh kulit dan darah dalam badan manusia merupakan bahagian badan yang boleh membina semula disamping tidak menghalang manusia dari melaksanakan pekerjaannya. Perkara ini berbeza dengan organ-organ yang tidak boleh membina semula. Ianya melibatkan organ tunggal ataupun berpasangan. Jika organ itu tunggal, tidak harus memotongnya kerana akan menghilangkan fungsi organ tersebut daripada penderma. Begitu juga dengan organ organ berpasangan, tetap tidak harus didermakan sekiranya melibatkan anggota-anggota seperti tangan dan kaki kerana mengakibatkan kecacatan anggota zahir dan mencacatkan rupa penderma. Dalam kes ini, keperluan penderma lebih diutamakan. III.
1

Tiada unsur penjualan dan pembelian organ.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.

Proses pemindahan organ ini juga tidak boleh terlibat dengan urusan jual beli. Ini kerana, ijmak para fuqaha telah memutuskan bahawa bahagian-bahagian badan insan tidak boleh dijual beli2. Dengan kata lain, keharusan memperdagangkan bahagian-bahagian badan insan menyebabkan kemuliaan nilai-nilai kemanusiaan bakal menjadi medan pertumpahan darah. Selain itu, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

2.2.2 Syarat-syarat pemindahan organ bagi orang yang telah meninggal ke atas pesakit Sebagaimana syarat-syarat terhadap orang yang masih hidup kepada pesakit, syarat- syarat pemindahan organ bagi orang yang telah meninggal dunia juga mempunyai beberapa syarat. Antaranya : i. Keizinan penderma sebelum meninggal dunia Keizinan daripada penderma ( kadaverik ) semasa hayatnya menjadi syarat utama dalam proses pendermaan organ. Syarat ini secara jelas dan bukannya melalui paksaan mana-mana pihak. Oleh itu, tidak timbul isu di mana penderma organ ( kadaverik ) tidak mengetahui organ beliau akan diserahkan kepada orang lain selepas meninggal. Paksaan juga tidak boleh timbul melalui nilai tukaran wang ringgit atau memperoleh keistimewaan tertentu kepada penderma ( kadaverik ) sebagai upah terhadap kesudian dan kesediaannya untuk mendermakan organ3. Jika sekiranya penderma sewakktu hidupnya tidak
2

Basri Ibrahim (1999). Perubatan Moden Menurut Perspektif Islam. Darul Numan. Cetakan Pertama Cetakan hal 209
3

Basri Ibrahim (1999) Perubatan Moden Menurut Perspektif Islam. Darul Numan. Cetakan Pertama. Hal 190.

menginginkan organnya diambil. Maka, keputusan ini hendaklah dihormati dan tidak seorangpun boleh mencabul kehormatannya itu. Selain itu, dari aspek wasiat pula. Penderma yang mewasiatkan organnya untuk didermakan selepas kematiannya disyaratkan menepati syarat-syarat pewasiatan seperti akil dan baligh. Oleh itu, bagi mereka yang belum baligh meskipun telah mumayyiz tidak diterima pewasiatannya berdasarkan syarat-syarat wasiat yang telah termaktub dalam syariat. Dengan itu, jelaslah bahawa tidak sah bagi orang yang gila, berada dalam keadaan tidak sedar, mabuk kerana tidak mempunyai keahlian untuk berbuat demikian. ii. Memperoleh persetujuan keluarga Mendapat persetujuan daripada kaum kerabat simati menjadi syarat seterusnya dalam kes pendermaan dan pemindahan organ insan yang telah meninggal dunia. Kaum keluarga mempunyai hak ke atas si mati sebagai menjaga moral dan kehormatan hak terhadap ahli kerabat mereka. Ini bermakna, kegagalan mendapatkan hak ini membawa maksud telah berlakunya pencerobohan terhadap hak-hak kehormatan keluarga tersebut. Walaubagaimanapun, hak keluarga ke atas seseorang ahli keluarga mereka bukanlah pemilikan secara mutlak. Pemilikan ini hanyalah bersifat moral atas dasar pertalian darah dan hubungan keluarga yang mengikut seluruh ahli kerabat. Isu mengenai hak ini tidak timbul sewaktu penderma masih lagi hidup. Isu ini hanya akan timbul apabila insan itu telah meninggal dan hak ke atas organnya berpindah kepada ahli keluarganya samada untuk mengambil atau tidak bahagian-bahagian organ insan tersebut. 2.2.3 Syarat-syarat menurut aspek perubatan

Dalam melibatkan perkara ini. Terdapat dua syarat utama menurut aspek perubatan. Pertamanya melibatkan syarat terhadap penderma organ dan keduanya syarat terhadap penerima.

1.

Syarat-syarat terhadap penderma organ

Menurut Dato Dr. Zaki Murad4, terdapat beberapa syarat dalam mengkelaskan kategori Penderma dan penerima organ. Bagi kategori penderma, penderma hendaklah berada dalam keadaan sihat sejahtera. Ia tidak menghadapi masalah tekanan darah dan bukan pembawa penyakit yang melibatkan organ-organ dalaman seperti hepatitis B , batuk kering , AIDS , dan lain-lain. Dari segi umur pula penderma mestilah berusia kurang dari 60 tahun. Penderma juga tidak dihinggapi penyakit kanser dan penyakit berbahaya yang lain di peringkat awal. Penderma tidak menghadapi masalah buah pinggang dan sistem kencingnya dalam keadaan baik. Dengan perkataan lain buah pinggang penderma tidak mengalami jangkitan (pieconafritis) , batu karang (nefrolitiasis), kegagalan buah pinggang untuk berfungsi ,tiada radangan pada saluran yang mengalir air kencing daripada pundi kencing (uretris) dan tidak menghidap kencing manis ( Diabetes Mellitus). Selain itu, pendermatidak mengandung bagi perempuan. Penderma juga hendaklah mempunyai darah yang sama atau sesuai dengan pesakit serta bersih dari jangkitan penyakit anemia. Seterusnya, tisu-tisu penderma hendaklah sesuai dengan tisu-tisu penerima. Jika tidak sesuai , pemindahan organ tidak dapat diteruskan. 2. Syarat-syarat terhadap penerima organ

Pertamanya, penerima mestilah bersetuju terlebih dahulu untuk menerima rawatan pemindahan organ. Seterusnya, penerima bersetuju menjalani kesemua pemeriksaan kedoktoran yang berkaitan dengan dirinya. Persetujuan ini hendaklah dilakukan secara bertulis. Selain itu,persetujuan penerima hendaklah disaksikan oleh dua orangsaksi atau lebih.Penerima juga telah mendapatkan keterangan yang jelas tentang segala yang berkaitan dengan prosiding pemindahan organ ,sejauh mana kejayaan dan kemungkinan kemudaratan akan timbul supaya penerima berpuas hati. Dari segi organ pula, tisu-tisu dan jenis darah penerima hendaklah sama dengan tisu dan jenis besar kepada penerima. Selain itu, penerima tidak menghadapi sebarang penyakit berbahaya lain yang difikirkan bakal menimbulkan komplikasi ketika proses pembedahan dijalankan.

Zaki Murad. 2008. Kertas Kerja Rawatan Bagi Pemindahan Organ dan Isu Berkaitan. Kuala Lumpur.

2.3 HIKMAH PENDERMAAN ORGAN

1. Memelihara Maqasid syariah Pendermaan organ sesungguhnya telah memenuhi salah satu maqasid syariat iaitu memelihara jiwa manusia. Dalam sejarah Islam sendiri telah dibuktikan dalam peperangan Badar dan Uhud mata sahabat Nabi S.A.W Qatadah Ibn Numan yang terkeluar dimasukkan semula ke tempat asal. Begitu juga dengan tangan Muawiah ibn Afra dan Habeeb ibn Yusof yang terputus disambung semula. Ulama muktabar seperti imam Nawawi dan Asshirbini telah memberi pandangan yang membenarkan pemindahan gigi dan tulang. Keharusan pendermaan organ ini perlu menepati syarat syariat yang antara lain ia tidak boleh dijual beli demi menghormati kedudukan dan martabat manusia.

2. Pendermaan dikira sebagai sedekah jariah Menurut ulama terkenal, Syeikh Yusof al-Qaradhawi, pendermaan organ tercantum di bawah satu daripada tiga amalan yang akan memberikan pahala berterusan selepas seseorang itu meninggal dunia. Beliau mengkategorikan perbuatan menderma organ sebagai sedekah jariah. Beliau juga berhujah mengenai keharusan pendermaan organ dengan mengatakan bahawa daripada dibiarkan jasad dimamah tanah selepas kematian, adalah lebih baik organ yang boleh digunakan itu didermakan bagi tujuan menyelamatkan nyawa orang lain.

2.4 KESAN TERHADAP PENDERMA DAN PENERIMA ORGAN

Dalam kajian kami terhadap permasalahan pendermaan dan penerimaan organ.Terdapat beberapa kesan positif dan negatif yang membabitkan isu ini. 10

2.4.1 Kesan Positif terhadap perdermaan dan penerimaan organ I. Mewujudkan Hubungan Psikologi dan Kemanusiaan Yang Positif

Penderma organ dalam kalangan keluarga sudah pasti akan dapat merapatkan hubungan kekeluargaan bagi tanggungjawab sesama keluarga. Selain itu, pendermaan organ oleh individu yang tidak mempunyai pertalian darah pula akan membuka mata masyarakat tentang peri pentingnya sifat kemanusiaan. Seterusnya, hasil dari pendermaan organ ini, ia akan memberi harapan baru kepada pesakit. Pemindahan organ merupakan satu daripada cara terbaik untuk memberi harapan kepada pesakit untuk sembuh dan hidup secara normal serta aktif seperti orang lain.Sebagai contoh pemindahan organ tangan memberi peluang kepada pesakit kudung tangan untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Selain itu, contoh lain yang dapat dilihat adalah melalui pemindahan organ hati selalunya mengalami masalah untuk berfungsi dengan baik terutamanya terhadap kanak-kanak yang mempunyai hati yang telah rosak sejak dilahirkan. Dengan adanya organ hati yang baru akan dapat memberikan harapan kepada kanak-kanak ini untuk terus hidup.

II.

Meningkatkan Pemahaman Tentang Bidang Tertentu.

Kejayaan manusia dalam bidang sains hingga kini masih tidak dapat menyembuhkan penyakit kegagalan organ manusia untuk berfungsi secara normal.Ahli sains masih tidak mampu mencipta mesin-mesin atau kaedah- kaedah lain untuk menggantikan fungsi organ Namun dalam masa yang sama kejayaan-kejayaan pendermaan organ telah memperluaskan dan meningkatkan pemahaman pakar-pakar tentang bidang sel biologi, imunologi, dan rapeutic. Banyak kajian dibuat dan telah menghasilkan pengkhususan dalam beberapa bidang lain. Seterusnya memperluaskan aspek ilmu pengetahuan dalam diri insan itu sendiri.

11

2.4.2 Kesan negatif terhadap pendermaan dan penerimaan organ Disamping kesan-kesan positif hasil dari proses pendermaan dan penerimaan organ. Tidak dapat dinafikan terdapat juga kesan-kesan negatif dalam permasalahan ini. Antaranya ialah : I. Menghadapi tentangan dari masyarakat. Menghadapi tentangan hebat daripada masyarakat yang tidak bersedia untuk menjadikan pendermaan organ sebagai amalan hidup. Generasi lama kurang terbuka minda mereka untuk menerima amalan ini. Pada pandangan mereka proses pendermaan dan penerimaan organ tidak boleh diterima kerana menghina jasad mayat yang telah meninggal dan mencabul hak kesihatan terhadap penderma yang masih hidup.

II.

Komplikasi dari aspek perubatan Penderma akan menghadapi komplikasi akibat daripada kekurangan organ yang

sebelum ini sihat tanpa masalah. Selain itu, penderma terpaksa menghadapi risiko kesihatannya terancam. Dalam aspek lain, melibatkan penolakan. Walaupun diberi ubat-ubatan, penolakan tubuh pada `organ baru' masih boleh berlaku. Penolakan ini boleh berlaku sama ada hiper akut, penolakan yang berlaku pada masa organ dipindahkan ke tubuh atau antara dua hingga tiga hari selepas pemindahan. Seterusnya melibatkan jangkitan kuman. Apabila sistem pertahanan tubuh rendah akibat pemberian ubat-ubat antipenolakan, pesakit terdedah dengan sebarang jangkitan kuman. Terdapat juga kemungkinan organ baru yang dipindahkan rosak. Saintis masih mencari jawapan mengapa sesetengah organ baru yang dipindahkan tidak boleh berfungsi atau rosak, sekalipun sebelum itu organ tersebut boleh digunakan.

III.

Pencabulan Hak Asasi Penderma

12

Pencabulan Hak Asasi Pendermaan dilakukan sewenang-wenangnya terhadap individu yang telah meninggal dunia tanpa kebenaran daripada waris atau wasiat si mati. Pencabulan hak asasi manusia juga dilakukan terhadap banduan- banduan yang dihukum mati yang terpaksa mendermakan organ mereka setelah hukuman dilaksanakan. Sementara itu, isu yang dianggap sebagai terlepas pandang. Contohnya pengabaian soal kerelaan penderma dalam proses ini. Pengabaian soal kerelaan penderma sesungguhnya disebabkan faktor keadaan masyarakat yang terlalu menekankan tanggungjawab sosial. Oleh itu,wujud tekanan untuk menderma. Jika tidak, para penderma merasa takut disisih oleh keluarga atau institusi masyarakat.

IV.

Berleluasa urusan jual beli organ Timbulnya isu pemerdagangan organ. Dunia kini tidak lagi berasa pelik dengan

kejadian-kejadian seumpama ini. Buktinya kes-kes yang melibatkan penjualan bayi terhadap warga asing yang menjadi paparan utama akhbar kini. Pemerdagangan organ manusia tidaklah seberapa mustahil untuk dilakukan jika faktor ini diambilkira. Selain itu juga, akan wujud soal ganjaran dan bayaran yang harus diberi terhadap pengorbanan yang telah dilakukan bagi mereka yang rela mempertaruhkan nyawa demi wang .Hal ini menimbulkan kontroversi sesetengah pihak yang mengharapkan pendermaan dilakukan atas dasar sukarela tanpa mengharapkan ganjaran. Apa yang pasti, syariat melarang keras perlakuan seumpama ini.

V.

Kekurangan Penderma Organ Masalah kekurangan penderma organ tidak dapat dinafikan lagi. Masalah ini

dikenalpasti berpunca disebabkan prasangka ,agama,dan kurang jelas tentang pandangan agama masing-masing terhadap pendermaan organ. Disamping itu juga, bilangan pesakit yang menunggu rawatan pemindahan organ adalah ramai jika dibandingkan dengan bilangan penderma yang lebih terhad. Menurut maklumat dari Pusat Sumber Transplant Nasional, statistik terkini pada bulan februari 20115. Jumlah pendermaan organ sebenar seramai 9 orang,
5

Pusat Sumber Transplan Nasional. < http://www.agiftoflife.gov.my/pusat sumber transplan nasional/ Kementerian Kesihatan Malaysia>. Dipetik pada 27 Mac April.

13

manakala jumlah pengikrar pendermaan organ pula seramai 10,428.Sesuatu yang cukup membimbangkan bagi mereka yang benar-benar memerlukan jika dibandingkan dengan statistik sebenar penduduk Malaysia yang berjumlah seramai 23juta orang kini.

3.0 Pandangan Syarak Terhadap Pemindahan Dan Pendermaan Organ Manusia

3.1 Pemindahan Organ Manusia Yang Masih Hidup Kepada Pesakit Yang Memerlukan Proses pemindahan organ daripada manusia yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan merupakan suatu proses yang terdapat dalam dunia perubatan. Ia dilakukan secara memotong mana-mana bahagian anggota tubuh badan manusia yang masih bernyawa untuk dipindahkan kepada badan manusia lain yang memerlukannya.6 Proses ini telah dijalankan atas beberapa prinsip syarak dan proses perubatan, antaranya adalah untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Firman Allah s.w.t. :


Maksudnya : Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah ia telah menjaga keselamatan manusia seluruhnya.7 Berdasarkan nas tersebut, dapat dilihat bahawa Allah s.w.t. telah mensyariatkan agar setiap daripada manusia yang hidup atas muka buminya ini perlu saling tolong menolong antara satu sama lain dalam perkara yang membawa kepada kebaikan. Hal ini juga dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t.

......
6

Basri Ibrahim.1999. Op.cit. Halaman 196-197. Surah al-Maaidah, Ayat 32.

14

Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Kedua-dua dalil tersebut menjelaskan bahawa Allah s.w.t. tidak melarang manusia menolong manusia yang lain selagi mana ia tidak membawa kepada kemurkaan dan melanggari perintahNya selaku al-Khaliq. Walau bagaimanapun, dalam menjalankan proses pemindahan organ daripada manusia yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan, para ulama telah berbeza pandangan dan bercanggah pendapat dalam menentukan status hukumnya yang sebenar. Namun kita juga perlu sentiasa mengatahui bahawa Allah s.w.t. maha berkuasa dan maha sempurna dalam menciptakan sesuatu kejadian. Dialah yang menciptakan makhluk-Nya, sama ada yang normal mahupun yang kurang normal. Hal sedemikian semestinya menjadi bahan penelitian dan kajian yang mendalam oleh para ilmuwan untuk memecahkan teka-teki mengenainya. Antara pandangan ulama dan percanggahan pendapat yang terjadi dalam kalangan mereka adalah : 3.1.1 Pendapat Ulama Silam

Isu mengenai pemindahan organ yang dilakukan dalam kalangan manusia merupakan proses perubatan yang berlaku pada masa kini. Sekiranya diperhatikan pada kehidupan ulama silam seperti para ulama dalam mazhab empat dan ulama yang lain, proses perubatan yang melibatkan pemindahan organ dalam kalangan manusia tidak pernah berlaku. Namun, sekiranya diperhalusi dalam kitab karangan mereka, akan didapati bahawa mereka telah membincangkan mengenai masalah tersebut lebih awal lagi. Hal ini membuktikan bahawa ulama Islam silam merupakan orang yang cerdik dan pintar dalam perkara-perkara yang melibatkan perundangan syarak dalam kehidupan seharian manusia. i. Pandangan Ulama Hanafiah

Kebanyakkan daripada ulama Hanafiah berpandangan bahawa hukum pemindahan organ daripada manusia yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukannya adalah tidak harus. Ia dapat dilihat berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Sulaiman dalam bukunya yang bertajuk Majmuk al-Anwar Syarh Muntaqa al-Abhur. 15

Menurut beliau hukum menggunakan tulang temulang atau sebarang organ daripada badan manusia atau haiwan seperti khinzir dalam proses perubatan adalah haram secara mutlak. 8 Hal tersebut adalah disebabkan oleh mereka beranggapan bahawa manusia adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang paling mulia dan bukannya bahan yang boleh dipersia-siakan.

Perkara sedemikian juga turut disokong oleh Muhammad Amin Ibnu Umar Ibnu Abidin berdasarkan sumber yang dinyatakan oleh Abul Fadl dalam bukunya,9 iaitu manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia walaupun mereka adalah orang yang kafir. Oleh demikian, proses yang melibatkan pemindahan anggota tubuh badan manusia kepada manusia yang lain atau digunakan untuk sebarang aktiviti lain adalah tidak harus sama sekali. Selain itu, Basri Ibrahim juga turut memuatkan dalam bukunya tentang beberapa kenyataan yang dipetik daripada kitab Tabyin al-Haqaiq yang menyatakan bahawa hukum menggunakan anggota badan manusia dalam apa tujuan sekalipun adalah haram. Hal tersebut disandarkan kepada hukum membunuh diri sendiri yang sememangnya telah jelas diharamkan oleh Allah s.w.t.. Bagi penulis, hal seperti ini dapat dilihat berdasarkan kepada firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud Jangan Kamu Campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan.

ii. Pandangan Ulama Malikiah Menurut sebahagian daripada ulama Maliki, mereka juga berpendapat bahawa hukum memindahkan organ daripada manusia yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan adalah tidak harus untuk dilaksanakan. Hal sedemikian telah dibincangkan oleh Basri Ibrahim10 berdasarkan sumber yang dipetik daripada kitab Bugyah al-Salik Li Arabi alMasalik, iaitu Tidak harus menggunakan anggota badan manusia dalam apa jua urusan, sama ada semasa hidup atau mati. Pendapat inilah yang dipegang oleh kebanyakkan ulama
8

Abul Fadl Mohsin Ebrahim. Organ Trasnplantation, Euthanasia, Cloning and Animal Experimentation An Islamic View. The Islamic Faundation. 2001. Halaman 49.
9

Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 2001. Op.cit. Halaman 49. Basri Ibrahim. 1999. Op.cit. Halaman 199.

10

16

Maliki dalam menyatakan pendapat mereka. Selain itu, dalam al-Qawanin al-Ahkam alSyariyyah turut menjelaskan bahawa Tidak harus berubat dengan menggunakan perkara perkara yang dilarang sebagaimana tidak harus memakan tubuh anak Adam dalam apa jua keadaan sekalipun.

iii. Pandangan Ulama Syafiiyyah Abul Fadl (2001)11 menerangkan dalam bukunya bahawa sebahagian daripada ulama Mazhab Syafie menjatuhkan hukum haram secara qatie terhadap mana-mana individu yang memotong anggota tubuh badannya untuk diberikan kepada orang lain walaupun mereka amat memerlukannya. Begitu juga dengan sumber yang dipetik daripada Majmuk Syarh alMuhadhdhab yang menjelaskan bahawa para ulama telah bersepakat untuk tidak mengharuskan proses pemindahan organ dalam kalangan manusia hidup kepada pesakit yang memerlukannya. Hal sedemikian telah diqiaskan oleh sebahagian ulama mazhab Syafie kepada satu kenyataan iaitu Tidak harus kepada seseorang memakan daging pahanya sendiri walaupun ia berada dalam keadaan darurat. Selain itu diharamkan juga kepada seseorang memotong sebahagian daging badannya untuk diberikan kepada orang-orang yang berada dalam keadaan terpaksa, melainkan orang yang hendak diselamatkan itu adalah seorang Nabi.

iv. Pandangan Ulama Hanabilah Seperti mana pandangan yang dikemukakan oleh ulama-ulama mazhab lain, sebahagian daripada ulama Mazhab Hanbali juga turut mengharamkan sebarang bentuk pemindahan organ. Basri Ibrahim (1999) menerangkan dalam bukunya bahawa ulama Hanabilah berpendapat Tidak harus berubat dengan menggunakan sesuatu yang haram atau dengan
11

Abul Fadl Mohsin Ebrahim. 2001. Op.cit. Halaman 50.

17

sesuatu yang mengandungi unsur-unsur yang haram seperti susu keldai dan berubat dengan daging sesuatu yang diharamkan atau dengan meminum arak. Dalam hal ini, mereka telah menggunakan dalil yang diambil daripada hadis Nabi s.a.w. iaitu :


Janganlah anda berubat dengan sesuatu yang haram.

3.1.2

Pendapat Ulama Muktabar Pada Masa Kini

Organ merupakan salah satu daripada kurniaan Allah s.w.t. kepada manusia yang tidak ternilai harganya. Ia boleh diibaratkan sebagai nilai wang ringgit yang dapat melapangkan hidup orang yang memerlukan. Justeru itu, para ulama muktabar pada masa kini berbeza pendapat dengan ulama dahulu dalam menentukan hukum bagi pemindahan organ dalam kalangan orang yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan. Antara pendapat dan fatwa yang dikemukan oleh para ulama muktabar mengenai masalah tersebut adalah seperti : i. Fatwa Dr. Yusof al-Qaradhawi Menurut pandangan yang dikemukakan oleh Dr. Yusof al-Qaradhawi, hukum memindahkan organ dalam kalangan orang yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan adalah harus untuk dijalankan. Hal tersebut dijelaskan oleh beliau berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud Sesiapa yang memberi rahmat di bumi akan menerima rahmat dari Yang (Allah) berada di langit. Berdasarkan kepada hadis ini, beliau telah berfatwa bahawa tiada sebarang halangan dari sudut syarak bagi sesiapa yang terlibat dalam proses pemindahan organ kepada pesakit yang memerlukannya untuk mengubati penyakitnya. Menurut beliau lagi, proses pemindahan organ merupakan satu amal ibadah dan akan memperoleh ganjaran daripada Allah s.w.t. sekiranya ia diniatkan dengan niat sedekah. Sedekah tersebut pula

18

dianggap sebagai sedekah jariah yang berkekalan dan berterusan ganjarannya selagi mana si penerima mendapat manfaat daripadanya.12 ii. Fatwa Dr. Muhammad Syed al-Tantawi Seperti mana pandangan Dr. Yusof al-Qaradhawi, Dr. Muhammad Syed al-Tantawi juga telah mengeluarkan sebuah fatwa pada 5 Febuari 1989 mengenai keharusan untuk menjalankan proses pemindahan organ kepada pesakit yang memerlukan. Fatwa tersebut adalah sebagaimana berikut Sesungguhnya hukum mendermakan organ orang yang masih hidup adalah harus menurut jumhur ulama fiqh, tanpa dikira sama ada ia didermakan kepada saudara terdekat ataupun kepada orang luar, selagi mana ia dianggap sebagai sesuatu yang bermanfaat dari pihak doktor yang dipercayai.13 iii. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia14 telah memutuskan bahawa hukum pemindahan organ seperti mata dan jantung adalah dibenarkan dalam Islam. Namun begitu, proses pemindahan yang dilakukan mestilah mematuhi beberapa perkara yang telah ditetapkan. Antaranya adalah: 1. Proses pemindahan organ mestilah dijalankan dalam keadaan pesakit benar-benar memerlukannya. 2. Sekiranya ia melibatkan proses pemindahan jantung, doktor hendaklah terlebih dahulu mengesahkan bahawa penderma telah meninggal dunia. 3. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil oleh setiap pihak yang terlibat dalam proses pemindahan organ supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kes bunuh dan pemerdagangan organ.

12

Yusof al-Qaradhawi . Fataawa Muasarah. Darr Al-Wafa. Cetakan ketiga. Halaman 532 dan 537.

13

Pemindahan Organ Di Dalam Islam ; Fiqih dan Pelaksanaan Di Singapura. Majlis Ugama Islam Singapura. Cetakan Pertama. 2007. Halaman 8.
14

Ibid : Hal : 9-10

19

iv. Majlis Tertinggi Ulama Di Riyadh Majlis Tertinggi Ulama Di Riyadh telah memutuskan bahawa hukum memindahkan organ orang yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukannya adalah harus.15 Hal sedemikian adalah diqiaskan kepada hukum harus yang terdapat pada proses pemindahan organ orang yang telah meninggal dunia kepada orang yang masih hidup. Pelaksanaan hukum yang dibuat secara qias adalah dilihat berdasarkan kepada prinsip istihsan dan masalih al-Mursalah.

3.1.3

Pandangan Yang Terpilih Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa para ulama telah memberikan pendapat

yang pelbagai dalam menentukan hakikat sebenar hukum pemindahan organ dalam kalangan orang yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan. Tidak dinafikan bahawa mereka telah berhujah berdasarkan dalil-dalil yang mampu menguatkan pendapat mereka. Walaubagaimanapun, setiap pandangan dan dalil yang digunakan pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Wujudnya khilaf dalam permasalahan ini merupakan satu rahmat bagi umat islam disamping dapat memperluaskan lagi pengetahuan tentang ilmu agama secara mendalam dan terperinci terutamanya dalam bab yang telah dibincangkan.

Dalam memilih pendapat yang paling rajih penulis lebih tertumpu kepada pendapat yang dikemukakan oleh golongan yang kedua yang mengatakan bahawa hukum mendermakan atau memindahkan organ dalam kalangan orang yang masih hidup kepada pesakit yang memerlukan adalah harus. Hal tersebut disebabkan oleh pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh golongan ulama pada masa kini lebih releven dengan situasi dan suasana persekitaran umah pada zaman sekarang. Keadaan alam sekitar dan kekangan kerja menyebabkan kita semua sering terdedah kepada pelbagai jenis penyakit sehingga boleh membahayakan kesihatan. Tambahan pula, kehidupan pada masa kini sudah dilengkapi dengan pelbagai alatan perubatan yang canggih

15

Ibid : Hal : 8

20

untuk membantu dalam proses pemindahan organ dan sekali gus menjamin keselamatan pihak yang menjalani proses tersebut.

Selain itu, hukum syarak yang bersifat anjal dan sesuai dengan perubahan masa dan tempat, menguatkan lagi hujah yang dibawa oleh golongan kedua. Justeru itu, dalam menyatakan hal ini penulis sekali lagi menegaskan bahawa hukum yang rajih dan harus diguna pakai pada masa sekarang adalah hukum daripada golongan ulama pada masa kini. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud hukum yang ditetapkan oleh ulama dahulu adalah salah dan tidak boleh dipakai. Segala apa yang dilontarkan oleh mereka boleh dijadikan sebagai rujukan dalam membandingkan dan mencari jalan keluar terhadap sesuatu masalah yang timbul.

3.3 Definisi dan Pandangan Syarak terhadap pendermaan dan pemindahan organ kadeverik kepada pesakit yang masih hidup a) Definisi Pendermaan dan pemindahan organ kadeverik adalah pendermaan dan pemindahan organ orang yang telah meninggal dunia. Pendermaan dan pemindahan ini adalah digalakkan dan diutamakan di Negara kita. Malah ia tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadeverik terbahagi kepada dua jenis iaitu :

i. Kematian Otak Penderma yang kematian otak adalah penderma yang telah disahkan meninggal dunia. Kematian otak adalah satu keadaan di mana tiada peredaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan degupan jantung mati. Ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan otak yang menyebabkan 21

bengkak otak ataupun pendarahan dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya. Oleh itu, pendermaan organ dan tisu seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal), mata (kornea), tulang dan kulit hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakannya.

ii. Kematian Jantung Berhenti Berdegup kematian yang melibatkan jantung tidak berdegup adalah kematian yang normal dimana seseorang itu disahkan mati akibat daripada itu. Justeru itu, penderma yang mati kerana degupan jantungnya berhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja seperti mata (kornea), tulang, kulit dan injap jantung. Sekirannya ia meninggal di hospital ia boleh mendermakan kesemua tisunya itu. Malah, bagi mereka yang meninggal di rumah hanya boleh mendermakan mata (kornea). Itupun sekiranya pihak keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat untuk memperoleh tisu tersebut di rumah. Oleh itu, pemindahan organ manusia yang telah meninggal (kadeverik) telah menyetuskan persoalan mengenai keharusannya. Namun, sekiranya syariat mengharuskan pelaksanaan pemindahan organ itu dilaksanakan akan memberikan faedah kepada si penerima untuk terus hidup dan menyelamatkan nyawanya. Jika organ itu tidak dimanfaatkan akan menyebabkan organ yang terdapat pada tubuh manusia yang telah mati itu akan rosak di dalam tanah. Namun begitu, penjelasan ulama yang akan menentukan hukum.

b. Pandangan Ulama Islam dan Fatwa-fatwa berkaitan dengan isu pendermaan dan pemindahan organ kadeverik. Mengikut kepada pandangan ulama Islam yang telah dijelaskan di dalam sebuah hadis yang sahih berkaitan dengan pemindahan organ dari orang yang telah mati kepada pesakit yang masih hidup. Hal ini telah diriwayatkan oleh Malik dan Abu Dawud RA dari Aisyah RA dari Rasulullah SAW. Sabda Baginda : 22


Maksudnya : Mematahkan tulang mayat samalah dengan mematahkannya di masa hidupnya. Oleh yang demikian, hadith ini telah menjelaskan bahawa perbuatan mematahkan tulang si mati adalah berdosa kerana manusia merupakan makhluk yang mulia walaupun selepas meniggal dunia. Menurut Dr. Abduh Asy-Syawqi bahawa perbuatan mencincang atau menghodohkan jenazah seperti yang berlaku di zaman Jahiliyyah adalah dilarang oleh Rasulullah SAW. larangan ini adalah bertujuan untuk menghormati mayat. Hal ini telah dikemukakan oleh Al-Qardawi dalam Fatwa Semasa.16 Selain itu, merujuk kepada fatwa Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf berkaitan dengan pemindahan mata. Hal ini telah dikemukakan oleh Institusi Mata Mesir 1951. Beliau menjelaskan tujuan Institusi tersebut adalah untuk mendapatkan mata orang yang telah mati dan membendung kemudaratan insan yang hidup yang mengalami penyakit pada mata manusia. Hal ini merupakan tujuan yang baik, malah digalakkan oleh syariat Islamiah sebagai menjaga jiwa insan yang masih hidup. I. Fatwa Kebangsaan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada tahun 1970 telah memutuskan bahawa hukum pemindahan organ mata dan jantung orang yang telah mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan didalam Islam, hal ini berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan seperti berikut17 : Di dalam keadaan mendesak dan mustahak yang menyebabkan nyawa penerima bergantung kepada pemindahan organ tersebut dan ianya dianggap berjaya. Ketika pemindahan jantung, dimana si penderma disahkan meninggal terlebih dahulu sebelum jantungnya dipindahkan.

16

Basri Ibrahim. 1999. Op.cit. Halaman 188.

17

Zainab bt. Othman. Jurnal Pendidikan Islam: PEMINDAHAN ORGAN MANUSIA.Diterbitkan oleh JAKIM.Cetakan Pertama 1988.

23

Tindakan-tindakan yang sewajarnya perlu diambil berat supaya tidak ada kes mengenai pembunuhan manusia dan perdagangkan anggota-anggotanya. Kebenaran penderma perlu diperolehi sebelum pemindahan sebarang anggota tubuh badan di dalam kematian biasa ataupun akibat kemalangan dari kaum kerabat dan keluarganya. II. Majma Al-Fiqh Al-Islami : Menurut pandangan ini, pemindahan organ insan yang telah mati kepada insan yang hidup adalah dibolehkan kerana kehidupan penerima bergantung kepada penerimaan anggota tersebut. Hal ini hendaklah melalui keizinan si mati ataupun warisnya, sekiranya si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris, maka pemindahan tersebut mestilah melalui persetujuan masyarakat islam. III. Fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi : Menurut fatwanya, apabila seseorang berusaha untuk menghilangkan kemudaratan yang dialami oleh insan yang hidup seperti pemindahan jantung si mati kepada insan yang hidup, malah tiada larangan daripada mendermakan organ atau anggota mayat kepada pesakit yang memerlukannya untuk mengubati penyakitnya, dan menggantikan organnya yang tidak berfungsi Perbuatan ini dianggap sedekah jariah yang berkekalan dan berterusan ganjaranya selagi si penerima mendapat manfaat daripada organ si mati itu. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa sesiapa yang memberi rahmat di bumi akan menerima rahmat di akhirat nanti.18 IV. Majlis Fatwa Kuwait : Mengikut kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kuwait pemindahan organ si mati adalah diharuskan sama ada ia diwasiat ataupun tidak. Hal ini berdasarkan kepada kaedah darurat, dimana ia mengharuskan perkara yang dilarang untuk menyelamatkan nyawa insan yang memerlukannya. Maka pemindahan tersebut dibenarkan selagi mana keperluan dan darurat masih wujud.19
18

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.Fataawa Muasarah.Cetakan ketiga. Halaman 532 dan 537.

24

Berdasarkan kepada kaedah darurat, yang mana ia mengharuskan perkara yang haram. Seperti keharusan memakan bangkai, meminum arak untuk menghilangkan dahaga sekiranya tidak terdapat air disekitar itu, membedah mayat bagi mengeluarkan anak didalam perut sekiranya diyakini anak itu masih hidup, malah hal ini juga berpatutan dengan kaedah apabila seseorang itu berada dalam keadaan darurat. Keharusan melakukan perbuatan ini telah diakui oleh akal dan syarak. Hal ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis berkaitan dengan darurat iaitu:

.
Maksudnya: Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh memudaratkan

Disamping itu, fuqaha telah satu kaedah lain iaitu :

.
Maksudnya: kemudaratan hendaklah dihilangkan. Berdasarkan kepada kaedah ini, para fuqaha mengharuskannya, seperti mengambil mata insan yang mati, walaupun terpaksa menceroboh kehormatan si mati, namun bagi menyelamatkan mata-mata insan yang masih hidup diutamakan daripada memudaratkan buta dan penyakit kronik. Secara umumnya kaedah seperti ini seringkali dipakai iaitu hajat menduduki tempat darurat, baik secara umum ataupun secara khusus. Hal ini adalah kerana keperluan insan hidup dan dapat membendung kemudaratan penyakit dan bahayanya sekiranya diabaikan. Sesungguhnya kita ketahui bahawa Agama itu sangat mudah dan tiada kesukaran. Sebagaimana firman Allah SWT didalam surah Al-Haj:78


Maksudnya : dan ia tidak menjadikan bagi kamu pada agama itu sebarang kesukaran.

19

Keputusan yang ke-132 yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kuwait pada tahun 1979

25

Oleh itu, sekiranya membiarkan kemudaratan mata insan yang hidup itu akan menghilangkan ketajaman penglihatannya dan menyebabkan kemudaratan yang lebih besar lagi yang akan dihadapi oleh insan hidup apabila tidak dibendung. Sesungguhnya memudaratkan mayat lebih ringan daripada memudaratkan insan yang hidup. Justeru itu, tidak syak lagi bahawa pangambilan organ si mati adalah diharuskan oleh syarak berdasarkan kepada kadar yang diperlukan oleh darurat. Sebagai contoh, tidak harus bagi seseorang itu terpaksa memakan bangkai kecuali dengan kadar yang boleh menyelamatkan nyawanya.20

4.0 PENUTUP Pemindahan dan pendermaan organ adalah proses mendermakan sebahagian organ yang boleh diguna pakai untuk orang yang memerlukannya supaya ia dapat menghilangkan kemudaratan yang dialami oleh pesakit selama ini. Ia juga melibatkan satu proses pembedahan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan untuk berfungsi. Pendermaan organ dan tisu merupakan satu amalan kemanusiaan yang mulia. Sesungguhnya pendermaan organ adalah satu amalan ibadat yang terakhir sebelum jasad kita dikebumikan. Oleh itu, dengan mendermakan organ telah menyebabkan banyak nyawa dapat diselamatkan hasil daripada pemindahan organ tersebut. Secara umumnya kita ketahui bahawa pemindahan organ yang dilakukan adalah untuk menggantikan organ yang tidak berfungsi atau rosak, dengan tujuan merawati pesakit. Proses ini merupakan suatu cara perubatan yang diharuskan oleh Islam. Oleh yang demikian, para fuqaha telah memutuskan bahawa hukum pemindahan organ adalah harus. Ini bertepatan dengan matlamat Syara (maqasid Syariah) yang memandang berat terhadap kebajikan dan maslahat manusia, serta pemeliharaan nyawa manusia.
20

Zainab bt. Othman. 1988. Jurnal Pendidikan Islam: Pemindahan Organ Manusia. JAKIM.Cetakan Pertama. Halaman 194

26

sebagaimana firman Allah s.w.t didalam Surah Al-Ma'idah, ayat 32:

Maksudnya : sesiapa yang membunuh seorang manusia Dengan tiada alasan Yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah Dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa Yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah Dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Oleh yang demikian pemindahan organ adalah termasuk di dalam menjaga kehidupan manusia. Namun, pemindahan tersebut tidak boleh menyebabkan mudarat kepada orang yang diambil darinya organ untuk dipindahkan kepada orang lain. Ini berdasarkan kaedah di dalam Syara yang menetapkan bahawa sesuatu kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan cara menyebabkan kemudaratan kepada orang lain. Kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu kemudaratan tidak boleh dihindarkan dengan mendatangkan mudarat yang setimpal atau yang lebih besar darinya. Justeru itu, dalam kajian ini menjelaskan berkaitan pendermaan organ mengikut dua jenis keadaan iaitu pendermaan dari seseorang sewaktu hayatnya dan pendermaan dari seseorang yang telah meninggal dunia. Sehubungan dengan itu, pendermaan organ adalah dibolehkan di dalam Islam. Ia adalah sesuatu pemberian yang sangat bernilai, sepertimana wang ringgit dapat melapangkan kehidupan orang yang memerlukan. Begitu juga pendermaan organ yang akan melapangkan kepayahan yang dideritai oleh para pesakit selama ini dan Ini adalah kerana pendermaan organ merupakan salah satu cara yang dapat membantu pesakit serta dapat menyelamatkan nyawanya. 27

Disamping itu, para ulama telah mengharuskan juga pendermaan organ dari seseorang yang telah meninggal dunia kepada yang masih hidup, sekiranya si mati telah mengizinkan sewaktu hayatnya atau telah diizinkan oleh warisnya untuk pendermaan tersebut. Maka, Islam memberikan penekanan dalam membuat pilihan untuk menderma ataupun tidak sewaktu ia masih hidup. Oleh itu, seharusnya pemberitahuan kepada ahli keluarganya tentang pilihannya untuk menderma organ supaya ia dihormati selepas kematiannya.

28