Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU 

KAMPUS DARULAMAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA


(For Examiners Purpose Only)
PENTAKSIRAN AKHIR

(Question Number) Nombor Soalan


NOVEMBER- DISEMBER 2020

(2nd Examiner) Pemeriksa 2


(1st Examiner) Pemeriksa 1
PROGRAM
PISMP

(Total) Jumlah
(Programme)

AMBILAN
JUN 2020
(Intake)

SEMESTER
SATU 1
(Semester)
ANGKA GILIRAN
2020182340199 2
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN
011022-08-0026 3
(Identity Card No.)
KOD KURSUS
PIMK3023 4
(Course Code)
NAMA KURSUS PENGAJIAN TAFSIR AL-QURAN
5
(Course Title) DAN ULUM HADIS
TARIKH PEPERIKSAAN
17 DISEMBER 2020 6
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON JUMLAH


(Instructions to candidates) (Total)

1 Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan font
Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan
nombor angka giliran di sebelah kanan header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kiri
header.

2 Calon dikehendaki ‘save as’ nama fail menggunakan huruf besar. Contoh: KELAS NAMA
CALON KURSUS (PIM1 ALI BIN ABU EDUP3013).

3 Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi peraturan
penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

4 Calon hendaklah menjawab soalan  secara individu dan diingatkan agar tidak berbincang
dan meniru jawapan calon-calon lain. 
KOD KURSUS : PIMK3023                                                                                                  NO. AG:2020182340199

5 Calon hendaklah menjawab soalan  secara individu dan diingatkan agar tidak berbincang
dan meniru jawapan calon-calon lain. 

BAHAGIAN A

JAWAPAN SOALAN 1

 Tafsir bil matsur adalah tafsir yang berdasarkan kutipan-kutipan yang shahih
yaitu menafsirkan Al-Qur’an dengan Al-Qur’an, Al-Qur’an dengan Hadits Nabi
yang berfungsi untuk menjelaskan Kitab Allah, dan juga dengan perkataan
sahabat serta tokoh tabiin.

Contoh tafsir bil mathur:


1. Tafsir Al-Quran dengan Al-Qur’an
Tafsir Al-Qur’an dengan Al-Qur’an adalah satu ayat, kata atau
huruf dalam Al-Qur’an ditafsirkan dengan ayat yang lainnya.

2. Tafsir Al-Qur’an dengan Hadits Nabi SAW


Tafsir Al-Qur’an dengan Hadits Nabi SAW adalah satu ayat,
kata atau huruf dalam Al-Qur’an ditafsirkan dengan hadits
Nabi.

3. Tafsir Al-Qur’an dengan Perkataan Sahabat


Tafsir Al-Qur’an dengan perkataan sahabat adalah suatu ayat,
kata atau huruf dalam Al-Qur’an ditafsirkan dengan perkataan
sahabat.

4. Tafsir Al-Quran dengan pendapat Tabi’in


Pembahagian pentafsiran Al-quran mengikut kaedah
pendapat para Tabi’in r.h juga memberi penjelasan dan
makna yang tepat serta mengikut kehendak Rasulullah SAW
KOD KURSUS : PIMK3023                                                                                                  NO. AG:2020182340199

 Tafsir yang penjelasannya diambil berdasarkan ijtihad dan pemikiran mufassir


setelah dahulu mengetahui bahasa arab serta metodenya, dalil hukum yang
ditunjukkan, serta aspek penafsiran seperti asbabun nuzul, nasakh mansukh,
dan sebagainya.

 Contoh Tafsir bil Ra’yi:


a) Tafsir ayat Al-Qur’an dengan pendekatan Ra’yu adalah pada
َ َ‫ان فِي ٰ َه ِذ ِهۦٓ أَ ۡع َم ٰى َفه َُو فِي ٱأۡل ٓخ َِر ِة أَ ۡع َم ٰى َوأ‬
(Q.S. al Isra : 72) ٧٢ ‫ض ُّل َس ِبياٗل‬ َ ‫َو َمن َك‬
ayat tersebut menjelaskan bahawa setiap orang yang buta adalah celaka dan rugi
serta akan masuk neraka jahanam. Padahal yang dimaksud dengan buta pada ayat
tersebut adalah bukanlah buta mata, akan tetapi buta hati. Hal ini kemudian
didukung dengan penjelaasan ayat lainnya. Yakni Q.S. Al Hajj : 46. pada ayat ini
dijelaskan dengan tegas ”bukanlah matanya yang buta, akan tetapi yang buta ialah
buta hati.
KOD KURSUS : PIMK3023                                                                                                  NO. AG:2020182340199

JAWAPAN SOALAN 2

PERBANDINGAN ANTARA HADIS SAHIH DAN HADIS HASAN:

JENIS HADIS
HADIS SAHIH HADIS HASAN
ASPEK

ISTILAH Hadis yang diriwayatkan oleh Hadith Hasan juga adalah


perawi yang adil,sempurna hadith yang diketahui
ingatan,sanadnya sumbernya dan dikenali
bersambung,tiada ilah dan tiada perawi-perawinya atau hadith
syaz yang bersambung sanadnya
oleh perawi yang adil tetapi
kurang tahap hafalannya serta
terselamat daripada syaz dan
juga ‘illah (kecacatan)

SYARAT HADIS  Sanad yang bersambung  Sanad yang


 Perawi yang tsiqah (adil & bersambung
dipercayai)  Perawi yang tsiqah (adil
 Perawi yang sempurna & dipercayai)
dhobit - syarat dhobit ialah  Perawi yang dhobitnya
ingatan yang sempurna kurang dari perawi hadis
atau ada rujukan kitab sahih
yang sempurna  Tiada illat (tiada
 Tiada illat (tiada kecacatan)
kecacatan)  Tiada syaz (tidak
 Tiada syaz (tidak bercanggah dgn dalil yg
bercanggah dgn dalil yg tsiqah)
tsiqah)
Termasuk dalam hadith yang Wajib menerima dan beramal
HUKUM BERAMAL diterima dan boleh beramal serta dengannya serta ia adalah hujjah
di dalam agama berdasarkan
KOD KURSUS : PIMK3023                                                                                                  NO. AG:2020182340199

dijadikan hujjah. ijma’ ahli ilmu.

PEMBAHAGIAN  Sahih Lizatihi, hadis yang  Hasan Lizatihi, hadis


HADIS sahih dengan sendirinya yang dengan sendirinya
tanpa diperkuat dengan dikatakan Hasan, Hadis
keterangan lain. Contoh, ini ada yang sampai
"Tangan di atas {memberi} tingkat sahih lighairihi.
lebih baik dari tangan di
bawah {menerima}." (H.R  Hasan Lighairihi, hadis
Bukhari dan Muslim). yang Hasannya dibantu
keterangan lain.
 Sahih Lighairihi, hadis Contohnya,
yang sahihnya kerana "Sembelihan bagi bayi
diperkuat dengan haiwan yang ada dalam
keterangan lain. perut ibunya {janin}
Contohnya, "Kalau cukuplah dengan
sekiranya tidak terlalu sembelihan ibunya
menyusahkan umatku saja." (H.R beberapa
untuk mengerjakannya, Imam, antara lain
maka aku perintahkan Tirmizi, Hakim dan
mereka bersugi {siwak} Darimi).
setiap akan solat. " (H.R
Hasan).
KOD KURSUS : PIMK3023                                                                                                  NO. AG:2020182340199

JAWAPAN SOALAN 3

Antara langkah bagi mengatasi masalah penyebaran hadith-hadith dhaif ini


adalah umat islam khususnya perlulah bersikap peka dan mengambil berat terhadap
sebarang riwayat yang dikaitkan dengan Rasulullah.Hal ini demikian kerana apabila
umat islam bersikap sambil lewa terhadap autoriti ataupun martabat sesebuah
hadis,ini menyebabkan umat islam mudah terpesong daripada ajaran hadis yang
sebenar.Hal ini juga bagi memastikan keaslian hadis tersebut terpelihara daripada
tercemar dengan penyebaran hadis palsu ini.Sebaliknya,umat islam digalakkan
untuk merujuk kepada ulama ataupun agamawan untuk membendung penyebaran
hadis ini daripada lebih berleluasa.Seterusnya,kepada pihak yang berwajib adalah
disarankan untuk melancarkan gerakan bagi menterjemah kitab-kitab hadith dengan
lebih teliti oleh pakar-pakar ilmuan hadith.Hal ini demikian dapat memudahkan para
ulama untuk merujuk hadith yang sahih serta dapat mengelakkan daripada kecuaian
berlaku akibat tidak melakukan penelitian semasa menterjemah kitab hadith.Di
samping itu,para agamawan juga tidak digalakkan untuk menggunakan sandaran
hadis yang tidak diketahui status penilaiannya.Hal ini dibimbangi kerana hadith yang
disampaikan tersebut berkemungkinan adalah hadis palsu secara tidak langsung
mendedahkan kita kepada fitnah penyebaran hadis palsu.Umat islam juga
disarankan supaya berhati-hati semasa menularkan petikan hadis yang diterima
daripada apa jua medium seperti medium multimedia yang berkait rapat dengan
media sosial.Umat islam sebaliknya perlulah memastikan keaslian sesebuah hadis
tersebut serta baru menyebarkannya kepada masyarakat yang lain.
KOD KURSUS : PIMK3023                                                                                                  NO. AG:2020182340199

BAHAGIAN B

JAWAPAN SOALAN 1

Tafsir Al-Tabari ini merupakan salah sebuah tafsir yang sangat terulung dan
lengkap yang pernah di temui.Tafsir ini mengandungi banyak pendapat dari para
ulama dan telah berlaku pentarjihan diantara semua pendapat yang diberikan
manakah yang paling kukuh serta yang membincangkan tentang i’rab dan istinbat
hukum.

Kitab tafsir yang dihasilkan oleh Ibn Jarir merupakan kitab bi al-
Ma’thur,iaitu mentafsir Al-Quran dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W yang diakui
oleh semua Ulama sebagai kitab penting terutama bagi mereka yang ingin
mempelajari ilmu pengajian Tafsir Al-Quran dengan lebih mendalam.Menurut
cabang lain, kitab tafsir Al-Tabari telah diulas dengan lebih teliti serta melalui
banyak perbahasan yang mendalam dan cukup teratur, jauh dari kesamaran beserta
pendapat Ulama Salaf dengan sanad yang amat kukuh serta jauh dari unsur Bid’ah.
Dengan itu, ramai Ulama mengatakan Tafsir Al-Tabari merupakan Tafsir bi Al-
Mathur yang paling utama untuk dijadikan rujukan dan panduan berbanding dengan
kitab lain.

Antara metodologi penulisan tafsir Ibn Jarir adalah,Ibn Jarir meriwayatkan


nya dengan mengemukakan sanad yang lengkap.Hal ini demikian menyebabkan
beliau menggunakan tafsir Bi Al-mathur untuk mentafsir sesebuah ayat Al-Quran
dengan jalan riwayat yang bersandarkan kepada para sahabat dan tabi’in serta
diyakini tentang kesempurnaan sanadnya.Seterusnya,beliau akan mengemukakan
atau membentangkan kesemua riwayat yang berkaitan dengan ayat yang hendak
beliau tafsirkan. Setelah selesai mentafsir, beliau akan membicarakan tentang
riwayat tersebut dengan membandingkan diantara satu dengan yang lain. Akhir
sekali beliau akan membuat tarjih di antara satu dengan yang lain.
KOD KURSUS : PIMK3023                                                                                                  NO. AG:2020182340199

Dalam usaha penyusunan kitab Jami’al-Bayan, beliau juga memberi


penumpuan yang utama kepada permasalahan atau perkara yang berkaitan dengan
Qira’at. Beliau juga menyebutkan pelbagai jenis Qira’at serta menghubungkan setiap
Qira’at tersebut dengan lebih teliti. Ibn Jarir merupakan seorang yang sangat arif
dalam ilmu bahasa arab, maka ini menyebabkan Ibn Jarir dengan mudah dapat
menggunakan makna-makna yang tepat dan sesuai mengikut lafaz dan kedudukan
sesebuah ayat.Dalam konteks yang lain pula, Ibn Jarir akan menerangkan tentang
aspek i’rab serta mengistinbatkan sebahagian hukum serta membuat penelitian
terhadap pendapat-pendapat dan mazhab ilmu nahu yang telah digunakan secara
umum dan meluas..Selain daripada itu juga, Ibn Jarir turut bertindak menolak
terhadap segala riwayat yang tidak diyakini kesahihannya. Jesteru itu, setiap tafsir
yang di terima daripada tabi’in seperti Mujahid dan Al-Dahkak, beliau menjelaskan
dengan sanad yang cukup sempurna. Hal ini demikian supaya tidak timbul fitnah
dalam penyebaran sesebuah pentafsiran ayat di dalam kitabnya itu

Dalam mentafsir dan menyusun kitab tafsir, ada sesetangah ulama


mengatakan bahawa beliau tidak terlepas dari memasukkan atau mengambil hadis-
hadis yang tidak sahih dan juga tanpa membuat penjelasan bahawa sesetengah
hadis yang dimuatkan adalah tidak sahih.Dalam pada itu,hakikat yang sebenar
adalah Ibn Jarir memang ada menyebutkan bahawa sanad hadis itu sebenarnya
tidak sempurna dan beliau juga sendiri mengakui bahawa ada kelemahan dan
kekurangan dalam tafsirnya itu. Hal ini demikian menyebabkan beliau telah
membuka peluang kepada ulama lain dan pengkaji serta pembaca untuk membuat
penilaian sendiri berkaitan dengan kedudukan hadis yang telah ditafsir dalam
kitabnya itu.

Anda mungkin juga menyukai