Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: 2023

Program & Ambilan: PISMP Ambilan Jun 2020

Semester/Tahun Semester 2 / Tahun 3

Nama Pelajar: Mohammad Ikmal bin Rosli

Angka Giliran: 2020272340101

Nombor Kad Pengenalan: 010330-03-0229

Kumpulan/Unit: PAI 1

Kod dan Nama Kursus: PIMK 3132

Pendidikan Inklusif

Jenis Tugasan: Tugasan 2 : Pembinaan Bahan

sdddddddddBantu Mengajar

Nama Pensyarah: Ustazah Zuhaida binti Abd Wahab

Tarikh Hantar: 16 Mac 2023

Tandatangan Pelajar:

Pengakuan penghantaran Tarikh: 16.03.2023

tugasan kepada pensyarah: Tandatangan Pensyarah:

Tarikh:
BAHAN BANTU MENGAJAR

Roket Ping-Pong or Fishing

1.0 Pengenalan

Dinamakan ”Roket Ping Pong & Fishing” kerana dalam bahan bantu mengajar ini
mengandungi dua permainan iaitu membaling bola ping pong ke dalam lubang dan memancing
ikan. Bahan binaannya adalah sangat ringkas. Yang pertama, ia memerlukan gelas polisterin
yang dirapatkan seperti gambar di atas. Yang kedua adalah satu bola ping pong. Yang ketiga
adalah set memancing yang bermagnet dan yang keempat adalah papan yang mengandungi
jawapan mengikut nombor.

1
BAHAN BANTU MENGAJAR

2.0 Cara menggunakan BBM

Berikut merupakan langkah penggunaan BBM ”Roket Ping Pong & Fishing”:

1. Selepas murid menonton video tentang adab tidur seperti yang dinyatakan dalam
Rancangan Pendidikan Individu (Tugasan 1), murid akan dipanggil oleh guru untuk ke
tempat yang selesa untuk bermain (sudut rehat di dalam kelas).

2. Guru meletakkan gelas-gelas polisterin di hadapan murid yang disertakan dengan bola
ping pong . Setiap gelas mempunyai angka-angka yang berlainan bermula daripada 1
hingga 10. Terdapat gelas yang tiada angka (Jalan mati).

3. Guru memasukkan ikan-ikan magnet ke dalam gelas yang mempunyai angka secara
random.

4. Guru menjarakkan murid dengan gelas polisterin sebanyak 200 sentimeter.

5. Guru memberikan arahan kepada murid, iaitu murid tersebut perlulah mengambil bola
ping pong tersebut dan melontarkan bola tersebut masuk ke dalam lubang pada gelas.

6. Sekiranya bola itu memasuki gelas yang mempunyai angka, maka murid perlulah
mengambil jawapan pada kotak jawapan mengikut angka pada gelas.

2
BAHAN BANTU MENGAJAR

7. Murid tersebut hendaklah membaca isi adab tidur tersebut dan menampalkannya pada
papan putih mini yang disediakan oleh guru sama ada di bahagian adab sebelum tidur
atau adab bangun dari tidur.

Adab sebelum Adab bangun


tidur dari tidur

8. Langkah di atas diulang menggunakan pemancing ikan pula secara bergilir-gilir. Hal ini
untuk mempelbagaikan aktiviti supaya dapat menarik minat murid tersebut untuk
bermain dan sekaligus menerima input pembelajaran.

3
BAHAN BANTU MENGAJAR

9. Sekiranya bola yang dibaling memasuki gelas yang tiada angka, maka dia perlu
mengulang semula dengan memancing ikan.

10. Setelah menampalkan jawapan pada papan putih mini, murid diminta untuk membaca
jawapan tersebut. Sekiranya salah, guru akan menegur murid itu dan
memperbetulkannya. Daripada perkara ini, guru dapat menilai pembelajaran murid
tersebut.

3.0 Tujuan BBM

Terdapat banyak tujuan mengapa BBM ini dicipta. Antaranya ialah:

a. Untuk menghasilkan pembelajaran sambil bermain kepada murid-murid ”Hyperactive”.


Hal ini kerana mereka sangat sukakan pergerakan dan permainan. Sekiranya guru
hanya mengajar menggunakan penerangan tanpa ada permainan, maka mereka tidak
akan fokus dan akan bermain-main di dalam kelas. Jadi, BBM ini adalah untuk
mengawal pergerakan buas murid tersebut.

b. BBM ini juga berperanan untuk melihat kemahiran analisis murid terhadap dua perkara
yang berbeza. Contohnya adab sebelum tidur dan bangun dari tidur. Daripada perkara
tersebut, guru dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid terhadap
pembelajaran dan sekaligus dapat menambah baik aktiviti-aktiviti di dalam kelas.

4.0 Rumusan

Sebagai kesimpulannya, penggunaan BBM ini sedikit sebanyak dapat membantu guru
dalam mengajar murid ADHD melalui cara belajar sambil bermain. Jadi, diharapkan supaya
dengan adanya BBM ini dapat memberikan pembelajaran yang berkesan dan efektif
terutamanya kepada murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Wallahu A’lam.

Anda mungkin juga menyukai