Anda di halaman 1dari 30

UNIT SEJARAH, JABATAN SAINS SOSIAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN


BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
____________________________________________________________________________
MPU3122 : HUBUNGAN ETNIK
___________________________________________________________________________________
TOPIK 3: SEJARAH MASYARAKAT MALAYSIA

MASYARAKAT PLURAL DI ALAM MELAYU


1. Alam Melayu dicatatkan sebagai kawasan ketamadunan yang mempunyai tahap interaksi yang paling
tinggi di dunia pada zaman kegemilangannya. Interaksi yang tinggi ini didorong oleh keadaan iklim yang
baik sepanjang tahun di samping berada di tengah laluan antara timur dan barat. Alam Melayu terkenal
dengan sumber khasnya rempah ratus yang mempunyai nilai yang amat tinggi terutamanya di Timur
Tengah, India dan Eropah.
2. Justeru, kawasan Alam Melayu menjadi pusat tumpuan masyarakat dunia untuk berniaga dan
mendapatkan keperluan yang amat diperlukan oleh tamadun yang berbeza. Kawasan Alam Melayu kini
bertukar menjadi kawasan yang merupakan pusat perdagangan dan perniagaan terbesar di dunia.
Misalnya, Melaka berfungsi sebagai pelabuhan entreport yang mempertemukan para saudagar seluruh
pelusuk dunia untuk berdagang dan menjalankan perniagaan.
3. Oleh yang demikian, aktiviti perdagangan ini membentuk proses yang unik dan semula jadi dengan
kehadiran masyarakat dari timur dan barat yang akhirnya membentuk masyarakat plural. Kita dapat
menyaksikan masyarakat plural masih kekal di Melaka seperti kewujudan golongan Ceti, Baba dan
Nyonya, Portugis atau Serani, Arab dan sebagainya. Senario ini merupakan manifestasi sumbangan
proses pluraliti. Proses ini berlaku secara semula jadi tanpa paksaan.
4. Sementara itu, mungkin akibat ketamakan atau perasaan terdesak pedagang luar, menyebabkan proses
pluraliti tidak berhenti di sini sahaja. Kedatangan penjajah membawa campur tangan dalam aspek politik
dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu hingga mewujudkan keadaan masyarakat yang semakin
bercampur-aduk dengan kehadiran etnik dari negara Cina dan India. Kehadiran imigran ini telah
membentuk landskap baharu Tanah Melayu yang rencam.

3.1.1 Pembentukan Masyarakat dalam Alam Melayu


1. Sebelum penjajahan Barat, masyarakat dalam Alam Melayu terdiri daripada beberapa suku kaum atau sub
kaum Melayu yang berkulit sawo matang seperti Melayu, Jawa, Bugis, Minang, Batak, Dayak (Iban),
Dusun, Kelabit, Melanau, Bidayuh, Kadazan dan lain-lain lagi. Menurut Blumenbach (1975), kelompok
suku bangsa ini dapat dikategorikan dalam sub kategori ras Mongolian sebagaimana kata-kata beliau ,
“..the Malay race of a brown colour, from a clear mahogany to the darkest clove or chesnut brown is
considered to be a subcategory of the Mongolian race”.
2. Disebabkan oleh suku kaum ini mempunyai ciri-ciri sub budaya yang distingtif, maka kita dapat
mengatakan bahawa masyarakat Alam Melayu pada zaman sebelum kedatangan Barat menunjukkan ciri-
ciri pluraliti iaitu terdiri daripada lebih daripada sejenis kaum etnik yang sama. Namun begitu, kaum etnik
ini hanya berkongsi wilayah (dunia Melayu) tetapi tidak bernaung di bawah satu unit politik. Tambahan
pula, Alam Melayu merupakan sebuah kawasan kepulauan dan terdiri daripada ribuan pulau besar dan
kecil. Menurut rekod, terdapat 17,508 buah pulau di kawasan Alam Melayu dan menempatkan pelbagai
kelompok etnik yang mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza. Menurut Ghazali Basri (2004),
terdapat lebih daripada 300 dialek berbeza yang digunakan di Alam Melayu.

3.1.2 Pengaruh Tamadun China di Alam Melayu


1. Antara kerajaan yang berpengaruh di Asia Tenggara pada masa itu ialah kerajaan Siam. Namun begitu,
kerajaan China merupakan antara kerajaan terkuat di benua Asia. Mereka yang bernaung di bawah China
tidak akan diganggu oleh Siam. Justeru, kerajaan di Alam Melayu sudah lama membuat jalinan
perhubungan dengan kerajaan China. Menurut Liang Liji dalam bukunya bertajuk, „Hubungan Empayar
Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15 Masihi‰, hubungan antara Alam Melayu dengan kerajaan China sudah
lama wujud iaitu semenjak zaman Dinasti Han (140–117 S.M.) lagi. Sementara itu, terdapat dua orang
utusan kerajaan China yang pernah berkunjung ke Funan dan negerinegeri di Semenanjung Tanah
Melayu dan Kepulauan Melayu. Lawatan ini mewujudkan hubungan yang rasmi atau hubungan berbentuk
diplomatik antara kerajaan.

2. Pada zaman kerajaan Srivijaya, hubungan China dengan Alam Melayu semakin kukuh apabila
pemerintahan Alam Melayu menerima kedatangan para pedagang dan penuntut agama Buddha yang
belajar di Srivijaya. Srivijaya diiktiraf sebagai pusat pembelajaran agama Buddha. Menurut I-Ching, beliau
telah membuat kunjungan pertama dari China dan menceritakan pengalamannya singgah di Srivijaya
selama lapan bulan iaitu pada tahun 671M untuk belajar Bahasa Sanskrit dan Bahasa Melayu, serta
agama Buddha sebelum meneruskan perjalanannya ke India.

3. Menurut Hashim Musa (2002), beliau sempat menterjemahkan buku agama Buddha daripada bahasa
Sanskrit ke dalam bahasa Cina dan menulis dua buah buku tentang tamadun Melayu Srivijaya. Alam
Melayu merupakan laluan yang amat strategik bagi kerajaan China kerana berada di tengah laluan
mereka. Antara kerajaan yang penting dan mengadakan hubungan langsung dengan kerajaan China ialah
Langkasuka sekitar tahun 1300M. Menurut sejarah, Langkasuka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang
maju dan bertamadun tinggi, serta kaya dengan sumber bahan mentah.

4. Di Alam Melayu, tidak sah jika maklumat tentang kerajaan Melaka tidak disertakan sekali. Ini kerana
kerajaan China mengadakan hubungan yang amat rapat dengan kerajaan Melaka. Terdapat sumber
menyatakan Maharaja dari Dinasti Ming (1368–1643) telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Yin
Ching ke Melaka untuk mengadakan hubungan persahabatan dan hubungan diplomatik antara kerajaan.

5. Menurut rekod pada tahun 1407, Parameswara telah menghantar utusan ke China, sementara pada 1409,
Maharaja China pula telah menghantar Laksamana Cheng Ho untuk melawat Melaka. Kemudiannya pada
tahun 1411, Laksamana Cheng Ho membawa Parameswara dan keluarga dan bersama-sama 450 orang
pengikut ke negara China. Sebagai hadiahnya, Maharaja China telah menghadiahkan sebuah kapal untuk
beliau kembali ke Melaka (Wintedt, 1986).

6. Tujuan hubungan ini adalah untuk meminta perlindungan dari negara China daripada ancaman Siam.
Dasar ini kemudiannya diteruskan oleh pengganti beliau yang lain. Misalnya, Sultan Muhammad Syah (Sri
Maharaja) telah mengadap Maharaja China di Peking pada 26 Mei 1434 dan pulang ke Melaka pada 28
April 1435 dari Canton. Hubungan Melaka dengan negara China mewujudkan keadaan yang bersifat
pluraliti dalam kalangan masyarakat Melayu yang pelbagai.

7. Namun selepas lawatan ini, hubungan menjadi semakin dingin dan tiada hubungan perdagangan dan
lawatan dari negara China. Justeru, Raja Melaka iaitu Sultan Muhammad Syah mengambil inisiatif untuk
menguatkan kedudukan sebagai kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan di Nusantara. Hubungan antara
China dengan Alam Melayu menjangkaui aspek perniagaan. China hanya berminat dalam soal
perdagangan. Maka, pengaruh tamadun China tidak begitu ketara sebagaimana pengaruh tamadun India.
Pengaruh tamadun China tidak dapat dilihat dalam aspek seperti agama, kebudayaan, bahasa dan
kesusasteraan.

8. Menurut Hashim Musa (2002), keadaan ini menunjukkan tujuan kedatangan kerajaan China lebih
cenderung ke arah memupuk perasaan menghormati, memberi pengiktirafan dan mengenali
perbezaan budaya antara mereka. Kerajaan China tidak berminat untuk menguasai dan menjajah.
Pengaruh China dalam kebudayaan Melayu dapat dilihat melalui kelompok komuniti Baba dan
Nyonya di Melaka. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pengaruh dari China tidak memberikan
impak yang kuat ke atas tamadun Melayu, tidak sebagaimana tamadun India. Malahan, komuniti
China yang terbentuk dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat di Alam Melayu. Mereka
mengadaptasi budaya Melayu dalam kehidupan mereka. Justeru, budaya mereka dengan budaya
asal dari negara China amatlah berbeza.

3.1.3 Proses Indianisasi di Alam Melayu


1. Proses Indianisasi merujuk pada bagaimana kawasan di Alam Melayu menerima pengaruh yang
besar, khasnya daripada tamadun India dengan penerimaan budaya dan nilai dari India. Pengaruh
yang cukup besar meliputi kesan agama Hindu-Buddha, nama kerajaan dan kawasan yang
beridentitikan tamadun India,
2. sistem pentadbiran yang berkonsepkan Raja sebagai ketua negara sama dengan sistem kerajaan di
India dan pengaruh lain seperti bahasa Sanskrit dan kesenian dari India. Antara senarai kerajaan
Hindu-Buddha yang tercatat di Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Langkasuka, Angkor,
Srivijaya dan Majapahit yang wujud dalam sekitar abad ke-2 hingga abad ke-15 Masihi.
3. Sebenarnya, hubungan Alam Melayu dengan tamadun India sudah lama berlaku iaitu semenjak awal
tarikh Masihi lagi sebagaimana yang dinyatakan oleh Krom, seorang sarjana Belanda dalam buku
beliau yang bertajuk, Hindoe-Javaanshe pada tahun 1931. Dalam buku ini menyebut tentang
kedatangan orang India ke Alam Melayu yang berlaku pada abad pertama hingga abad ke-8 Masihi.
Mereka datang atas tujuan perdagangan dan membina penempatan yang penting untuk
perdagangan.
4. Menurut Krom, mereka terdiri daripada golongan saudagar atau dikenali dengan panggilan Vaisya
dalam sistem kasta masyarakat di India. Kenyataan ini disokong oleh G. Coedes dengan mengaitkan
kedatangan mereka tentang teori Vaisya. Golongan Vaisya ini juga telah berkahwin dengan gadis
tempatan dari keluarga yang ada pengaruh dalam masyarakat. Golongan Vaisya ini bukan datang
secara sendirian tetapi membawa kelompok Brahmin bersama mereka semasa pelayaran ke Asia
Tenggara.
5. Golongan Brahmin merupakan golongan yang mempunyai kedudukan kasta paling tinggi dalam
masyarakat di India. Mereka amat dihormati dalam masyarakat mereka. Kedatangan mereka
mendapat penghormatan dalam
6. masyarakat dan memberi kesan ke atas sistem sosio-politik masyarakat Melayu. Golongan Brahmin
diberikan peluang untuk mengajar dan menjadi guru kepada anak dalam masyarakat Melayu. Bukan
setakat itu sahaja, golongan Brahmin juga berperanan dalam penyusunan pentadbiran kerajaan dan
mewujudkan sistem beraja sebagaimana yang terdapat dalam tamadun India dipanggil sistem
Devaraja.
7. Raja berada pada kedudukan tertinggi dalam sistem pentadbiran masyarakat Melayu. Pembentukan
sistem sebegini merupakan manifestasi pembentukan empayar berasaskan sistem feudal. Dalam
sistem ini, raja berada di kemuncak kuasa kerajaan atau „piramid kuasa. Justeru, pengaruh golongan
Brahmin cukup besar dalam kerajaan di Alam Melayu.
8. Dari sini, bermulalah pengaruh India dalam aspek lain seperti undang-undang, hukum-hakam dan
upacara tertentu seperti upacara pertabalan raja dan kesusasteraan di India. Nilai dan sistem ini
menjadi pencetus penting ke atas pengukuhan kedudukan raja dan pembesar-pembesar Melayu.
Golongan ini berperanan penting dan menjadi penasihat dalam banyak perkara, termasuklah agama
Hindu dan Buddha. Lama kelamaan, masyarakat di Alam Melayu boleh menerima agama Hindu dan
Buddha; menjadi anutan masyarakat mereka. Keadaan ini merujuk pada proses yang dipanggil
Hindunisasi di Alam Melayu.
9. Namun begitu, proses Hindunisasi ini hanya berlaku di kawasan istana dan tidak merebak kepada
masyarakat umum. Ini kerana menjadi adat dan budaya agama Hindu bahawa kitab agama mereka
iaitu kitab Veda hanya boleh dibaca oleh kelompok kasta tertentu sahaja. Selain itu, kedatangan
masyarakat India juga membawa bahasa Sanskrit yang kemudiannya menjadi elemen penting dalam
memperkayakan perbendaharaan bahasa Melayu. Misalnya, nama anggota badan seperti leher dan
kepala diambil daripada bahasa Sanskrit.
10. Antara kesan teori Vaisya yang masih hidup hingga kini ialah kewujudan masyarakat Ceti di Melaka.
Mereka ialah warisan kedatangan datuk nenek moyang mereka dulu dari India dan membuka
petempatan di Alam Melayu.

3.1.4 Proses Islamisasi di Alam Melayu


1. Kedatangan Islam ke Alam Melayu dapat dikesan semenjak abad ke-7M. Proses Islamisasi merujuk pada
pengaruh agama Islam yang masuk secara besarbesaran dalam segenap kehidupan masyarakat di Alam
Melayu. Bagi sesetengah sarjana seperti Naquib al-Attas, proses Islamisasi merupakan zaman
pencerahan
2. di Alam Melayu. Ini kerana kehadiran Islam mengubah pandangan semesta masyarakat Alam Melayu.
Masyarakat mula beralih arah daripada kepercayaan yang bersifat animisme, dinamisme dan dewa ke
pentafsiran semula tentang Pencipta. Mereka belajar tentang Islam melalui peranan para ahli sufi yang
3. datang bersama-sama para pedagang.

4. Para ahli sufi ini dikaitkan dengan peranan para pendakwah yang mempunyai tanggunggjawab
mengembangkan agama Islam di Alam Melayu. Mereka dikaitkan sebagai golongan ulama yang
menguasai ilmu berkaitan agama Islam. Justeru, mereka merupakan kelompok penting yang memberikan
maklumat
5. tentang kebesaran agama Islam dan konsep bertauhidkan Allah. Antara tokoh sufi terkemuka di Alam
Melayu seperti Sheikh Ismail, Syed Abdul Aziz, Hamzah Fansuri dan lain-lain. Mereka memberikan
sumbangan yang besar untuk perkembangan Islam di Alam Melayu.

6. Aktiviti perdagangan merupakan indikator penting dalam pengembangan agama Islam di Alam Melayu.
Kekayaan yang ada di Nusantara menarik ramai masyarakat dunia untuk datang ke sini termasuklah
pedagang dari Tanah Arab. Kedatangan mereka membawa nilai Islamisasi ke dalam masyarakat Melayu.
Ini kerana aktiviti berdakwah tidak terhad kepada pendakwah dan ulama sahaja dalam Islam, tetapi setiap
orang Islam ialah pendakwah. Pedagang ini aktif menyebarkan agama Islam di Alam Melayu. Sesetengah
daripada mereka telah berkahwin dengan masyarakat tempatan dan mewujudkan darah kacukan yang
membentuk pluraliti masyarakat di Alam Melayu. Perkembangan agama Islam di Alam Melayu bermula
dengan tempat yang dikaitkan dengan perdagangan seperti Perlak (abad ke-9M), Pasai (abad ke-11
hingga abad ke-14M), Sulu (abad ke-13M), Melaka (abad ke-15 hingga abad ke-16M), Brunei (abad ke-
16M), Acheh (abad ke-17M) dan lain-lain lagi.

7. Kedatangan Islam memberikan impak yang penting bukan sahaja dari aspek pandangan semesta dan
mempercayai kewujudan pencipta iaitu Allah s.w.t., tetapi merentasi aspek material. Perubahan yang
paling jelas ialah konsep ketua negara iaitu pemerintahan yang diketuai oleh seorang raja bertukar
menjadi
8. fungsi sultan. Konsep raja dalam agama Hindu yang dikaitkan dengan konsep Devaraja (wakil Dewa di
dunia) dan konsep ini berubah menjadi konsep hablumminallah (berbuat baik kepada Allah) dan
hablumminannas (berbuat baik kepada manusia). Justeru, sistem politik, pemerintahan, undang-undang,
kesenian, sastera, ekonomi, sosial, adat dan cara hidup dikaitkan dengan pengaruh Islam dalam
kehidupan.
3.1.5 Melaka Sebagai Pusat Pertemuan Masyarakat
1. Ungkapan yang digunakan untuk merujuk pada fungsi Melaka ialah „The Venice of The East‰ yang
menggambarkan betapa sibuknya pelabuhan Melaka pada waktu itu yang memainkan fungsi sebagai
pelabuhan entreport. Terdapat ribuan kapal melalui Selat Melaka. Keadaan ini sudah cukup untuk
2. menggambarkan betapa sibuknya Melaka pada waktu itu. Namun begitu, perdagangan dapat diuruskan
dengan baik kerana Melaka mampu mengurus dan mentadbir dengan baik. Justeru, Melaka menerima
pelbagai masyarakat di segenap dunia yang datang untuk berdagang. Pada masa itu, tiada konflik yang
berlaku. Keadaan ini menunjukkan niat kedatangan mereka adalah untuk berniaga dan bukan menguasai
kawasan.

3. Malahan mereka yang datang boleh pula berakomodasi dengan para pedagang lain. Pada masa ini,
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau lingua franca sehingga membolehkan mereka yang
hendak berdagang menggunakan bahasa Melayu. Menurut rekod, terdapat lebih 80 bahasa dan dialek
pertuturan terdapat di Melaka pada waktu itu. Oleh itu, ciri penting yang uniknya pada masa kemuncak
kerajaan Melaka ialah fenomena kepluralitian budaya.

4. Antara kesan penting dalam pembentukan masyarakat hasil daripada proses Islamisasi dan aktiviti
perdagangan di Melaka ialah kewujudan masyarakat India Muslim. Masyarakat India Muslim ini dikaitkan
dengan perkahwinan campur. Proses Islamisasi juga berlaku di India dan sebahagian daripada mereka
juga ada yang berdagang terutama dari Goa, India. Penerimaan Islam menyebabkan masyarakat India
juga bergerak menyebarkan Islam di Alam Melayu.

5. Perkahwinan antara masyarakat pedagang dari India yang beragama Islam dengan warga tempatan
mewujudkan satu komuniti iaitu komuniti India Muslim. Nama Tanjung Kling di Melaka diberikan oleh
Portugis setelah mendapati kawasan tersebut terdapat ramai pekerja India. Kewujudan kelompok India
Muslim memainkan peranan penting dalam kerajaan Melaka.

6. Selain itu, kelompok masyarakat yang dianggap penting di Melaka selain India Muslim ialah masyarakat
Melayu-Arab, Masyarakat Cina Peranakan (Baba dan Nyonya) dan masyarakat Serani. Masyarakat
Melayu-Arab terhasil akibat perkahwinan darah kacukan masyarakat tempatan dengan pedagang dari
Tanah Arab. Masyarakat ini dapat dikenali dengan gelaran Syed atau Sayyid yang merujuk kepada
pengetua atau ketua suku, selain mempunyai ciri-ciri ras yang berbeza seperti berkulit cerah, tinggi dan
hidung yang mancung berbanding dengan masyarakat Melayu.

7. Masyarakat Cina Peranakan ialah sekelompok masyarakat yang unik di Melaka (lihat Rajah 3.2).
Kelompok ini terdapat di beberapa tempat sahaja di Asia seperti di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang.
Akan tetapi, biasanya mereka lebih ramai di Melaka. Kelompok ini dikaitkan dengan keturunan Puteri Hang
Li Po yang dihantar berkahwin dengan Sultan Mansur Shah sebagai tanda keakraban antara kerajaan
China dan Melaka semasa zaman Dinasti Ming.

8. Kelompok ini mengalami proses akulturasi dan asimilasi budaya di sini. Justeru, budaya mereka berbeza
berbanding budaya keturunan mereka di negara asal mereka iaitu China. Kelompok ini bilangannya kecil
dan membina perkampungan mereka sendiri di Melaka. Selain masyarakat Baba dan Nyonya
(berketurunan Cina), terdapat sekelompok masyarakat lagi di Melaka yang mengalami proses yang sama
iaitu masyarakat Ceti (berketurunan India).

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL ZAMAN KOLONIAL BRITISH


1. Pembentukan kategori etnik boleh terjadi melalui pelbagai cara. Antaranya seperti penaklukan, penjajahan,
perpindahan, pembentukan negara liberal demokratik dan perkembangan dalam kapitalisme dan
imperialisme. Jika kita rujuk pada konteks Malaysia, kita dapat lihat pengkategorian etnik ini melalui proses
penaklukan, penjajahan dan perpindahan.
2. Dalam bahagian ini, kita akan cuba memperincikan bagaimana proses pembentukan masyarakat berlaku
di Malaysia melalui dasar yang diwujudkan oleh British iaitu Dasar Pecah dan Perintah. Dasar British
membawa buruh dari luar dan mengekalkan fungsi ekonomi orang Melayu dalam sektor pertanian dan
perikanan menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu membentuk masyarakat majmuk dan rencam
sebagaimana dibincangkan oleh J. F. Furnivall.

3.2.1 Proses Penguasaan British ke Atas Negeri-negeri Melayu


1. Boleh dikatakan hampir kesemua negeri di Alam Melayu menerima pengaruh Barat. Bagi sesetengah
sarjana, mereka suka mengaitkan kedatangan Barat dengan proses pembaratan di rantau ini. Proses
pembaratan sering disamaertikan dengan modenisasi. Kedatangan Barat ke Alam Melayu membawa
matlamat tiga serangkai yang jelas iaitu keagamaan, kebudayaan dan kemegahan.

2. Justeru, kedatangan mereka bukan sahaja untuk berniaga malahan untuk menguasai dan mendominasi
rantau ini. Pada tahun 1511, orang Portugis menakluk Melaka dan berkuasa sehingga Melaka jatuh ke
tangan Belanda pada tahun 1641. Sepanyol menjajah Filipina pada tiga dekad terakhir abad ke-16
sehingga Amerika mengambil alih dalam peperangan Sepanyol dan Amerika pada tahun 1898. Kerajaan
Belanda menguasai Indonesia dari tahun 1605 hingga 1945.

3. British pula menguasai Tanah Melayu (Malaysia) bermula dari tahun 1786 hingga 1942. Tetapi sebelum
itu, Melaka pernah dikuasai oleh Portugis dan Belanda hingga termenterainya Perjanjian Inggeris-Belanda
tahun 1824. Tanah Melayu juga pernah dikuasai Jepun selama tiga tahun setengah dari 1942 hingga 1945
sebelum dikuasai semula oleh British pada tahun 1945 hingga 1957. Sementara itu, Sabah dan Sarawak
dibebaskan dari cengkaman penjajah British pada tahun 1963 apabila dua buah negeri tersebut menyertai
gagasan pembentukan Persekutuan Malaysia.

4. Ini merupakan satu kesilapan besar Raja Muda Abdullah kerana bersetuju memberikan peluang kepada
British untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri Perak. Sebenarnya, ketika Raja Muda Abdullah
membuat perjanjian ini, beliau sendiri tidak memahami isi perjanjian yang telah termeterai.

5. Apa yang penting bagi beliau ialah mengekalkan kedudukannya sebagai raja di Perak. Pada masa yang
sama, British sebenarnya amat berminat dengan Perak kerana Perak merupakan pengeluar bijih timah
utama di Tanah Melayu. Ketika itu,British sudah menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Oleh
yang demikian, British berada pada keadaan yang agak stabil.

6. Pada masa yang sama, Perang Larut berlaku antara dua kumpulan kongsi gelap iaitu Kongsi Gelap Ghee
Hin dan Kongsi Gelap Hai San untuk merebut lombong bijih dan mengganggu perniagaan bijih timah
British. Raja Abdullah meminta British campur tangan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut dan
meminta supaya Perak diletakkan di bawah naungan Inggeris.

7. Perjanjian Pangkor melibatkan perjanjian antara Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke mewakili
British dengan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar yang
menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Syahbandar, Raja Mahkota,
Laksamana dan DatoÊ Sagor.

8. Perjanjian ini membolehkan British berani bertindak dengan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di
Hulu Perak dan Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah di Larut Perak. Raja Ismail tidak
mengiktiraf perjanjian tersebut dan Raja Muda Abdullah telah diiktiraf sebagai sultan yang sah. J. W. W.
Birch telahdilantik menjadi Residen British yang pertama di Perak. Maka bermulalah campur tangan British
di negeri-negeri Melayu di Perak.
9. Peluang ini digunakan oleh British untuk membuka lombong bijih timah dan ladang getah di Perak.
Kemudian, penguasaan British mula menular ke atas negeri-negeri Melayu yang lain iaitu Negeri
Sembilan, Selangor, Pahang dan kemudian dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Justeru, di
negeri-negeri Melayu terdapat tiga bentuk pentadbiran iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang
menerima penasihat British, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri-negeri
Selat merupakan konsep negeri-negeri yang diwujudkan oleh British pada tahun 1826. Negeri-negeri ini
berada di bawah takluk British secara langsung. Negeri-negeri berkenaan termasuk Pulau Pinang, Melaka,
Singapura dan Dinding (Manjung) di Perak. Negeri-negeri Selat juga dikenali sebagai kawasan
Penempatan Selat yang merupakan gabungan kawasan yang dimiliki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI) di Asia Tenggara.

10. Justeru, sesiapa yang lahir di Negeri-negeri Selat dianggap sebagai rakyat British dan bukannya rakyat
raja. Sementara itu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu merujuk pada negeri-negeri seperti Johor,
Kelantan Terengganu, Kedah dan Perlis. Negerinegeri ini tidak berada di bawah jajahan takluk British.
Negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu berada di bawah pengaruh Siam.

11. Namun, pada tahun 1909, Siam menandatangani Perjanjian Bangkok untuk memindahkan hak mereka
terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Kemudian, pihak British memaksa Negeri-negeri
Melayu berkenaan untuk menandatangani perjanjian seperti perjanjian dengan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Sementara itu, pada tahun 1885, Johor juga terpaksa akur dengan Perjanjian Perlindungan
dengan British akibat tekanan untuk menerima Penasihat British pada tahun 1904. Bahkan, lengkap
penguasaan British ke atas negeri-negeri Melayu melalui

12. kewujudan Penasihat British sebagai penasihat untuk Raja-raja Melayu. Sering kali, raja-raja Melayu perlu
akur dengan nasihat yang dibawa oleh penasihat British berkenaan. Walaupun British menguasai negeri-
negeri Melayu, tetapi British tetap menjaga sovereignty (kedaulatan) dan menghormati kuasa pemutus di
tangan raja. Cuma, semasa membuat keputusan dalam hal-hal ekonomi, penasihat British tidak meminta
perkenan daripada raja kerana British berpendapat Melayu untuk orang Melayu.

13. Alasan ini menyebabkan para sarjana seperti Khoo Kay Kim, Zainal Kling dan sebagainya menyatakan
negeri-negeri Melayu tidak dijajah sehingga Perang Dunia Kedua. Kerajaan Melayu sebelum Perang Dunia
Kedua dipanggil Protected Malay State. Ini memberikan gambaran bahawa British menjaga dan
memberikan perlindungan kepada negeri-negeri Melayu.

3.2.2 Pembentukan Masyarakat Zaman Pendudukan British


Bermula pertengahan abad ke-19, kaum Cina dan India dibawa masuk oleh British ke negeri-negeri Melayu.
Langkah ini dikaitkan dengan perkembangan ekonomi apabila British ingin menggerakkan aktiviti
perlombongan dan pembukaan ladang yang luas untuk tujuan ekonomi kerajaan British. Tanah
Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentah. Peluang ini digunakan oleh British
untuk mengeksploitasi sepenuhnya kekayaan tersebut. Untuk menjayakan matlamat British ini, buruh yang
ramai telah dibawa masuk dari China dan India. Fenomena ini berterusan sehingga Perang Dunia Kedua.
Dasar yang diwujudkan oleh British ini dikenali dengan dasar „Pecah dan Perintah‰ (Divide and Rule). Dasar
ini melemahkan penglibatan kaum Melayu dalam pembangunan negeri-negeri dan dalam masa yang sama
penglibatan kaum imigran diberikan pengiktirafan. Dasar ini mengubah struktur dan landskap kependudukan
masyarakat di Tanah Melayu.

Kemasukan orang Cina meningkat pada awal abad ke-20, misalnya pada tahun 1941, kaum Cina merupakan
kaum yang terbesar di Tanah Melayu iaitu berjumlah 43 peratus berbanding dengan orang Melayu 41 peratus
sahaja. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22 peratus daripada jumlah orang Cina telah dilahirkan di Tanah
Melayu. Namun selepas Perang Kedua, orang Cina menyumbang pada 37.1 peratus jumlah penduduk di
Tanah Melayu. Ini kerana sebahagian besar orang Cina di Tanah Melayu balik ke negara asal mereka.

Keadaan di negara China yang tidak aman, serta masalah sosial dan ekonomi yang tidak stabil menjadi
pendorong kepada mereka untuk mencari peluang yang lebih baik di luar negara China. Keadaan ini ditambah
pula dengan perkembangan yang pesat di Tanah Melayu dari aspek ekonomi dan kestabilan politik yang
menarik minat mereka. Kemasukan mereka ke Tanah Melayu ialah melalui sistem tiket kredit, sistem
pengambilan personal dan sistem pengambilan rumah kongsi. Sub etnik Cina yang datang termasuklah orang
Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Mereka menjalankan fungsi ekonomi berdasarkan sub etnik.

Ramai orang Hokkien menjadi peniaga. Orang Kantonis dan Hakka menjadi pelombong dan tertumpu di
kawasan bijih timah. Orang Teochew tertumpu di kawasan pertanian seperti ladang gambir, lada hitam dan
tebu. Orang Hailam pula bekerja sebagai orang gaji di rumah orang British dan sesetangah mereka membuka
ladang getah dan kedai minuman. Kemasukan orang India ke Tanah Melayu lebih kecil berbanding dengan
kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu. Jumlah orang India di Tanah Melayu pada tahun 1911 adalah
seramai 267,159 orang. Pada tahun 1921, jumlah ini menunjukkan peningkatan seramai 470,099 orang di
Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu adalah seramai 621,847 orang.

Pada tahun 1921, lebih kurang 12 peratus daripada jumlah penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu dan
pada tahun 1957 lebih kurang 62.1 peratus orang India yang dilahirkan di Tanah Melayu. Pada tahun 1957,
jumlah bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695,985 iaitu mewakili 11 peratus daripada jumlah
penduduk di Tanah Melayu. Keadaan sosioekonomi di India yang kurang stabil dan bergolak mendesak
mereka mencari sumber pendapatan yang lebih baik.

Malahan, galakan daripada kerajaan British dan perkembangan perusahaan getah memberikan peluang
kepada orang India untuk mengubah nasib mereka di rantau ini. Kebanyakan orang India yang datang bekerja
dalam sektor perladangan dan jabatan kerajaan. Mereka masuk melalui sistem Negeri-negeri Melayu yang
disediakan oleh British seperti sistem buruh kontrak, sistem kangani dan buruh bebas. Kebanyakan yang
datang berbangsa Tamil dan menyumbang 32 peratus jumlah penduduk kaum India di Tanah Melayu pada
tahun 1931. Selain itu, terdapat juga sub etnik India lain seperti Malayali (6 peratus), Telegu (5 peratus) dan
kelompok India Utara seperti etnik Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerati, Parsis dan Marwaris. Kebanyakan
mereka terlibat dalam perniagaan manakala kelompok Sikh bekerja dalam sektor keselamatan seperti polis.

Oleh yang demikian, pembentukan masyarakat Tanah Melayu (Malaysia) selepas merdeka dibentuk oleh tiga
kaum terbesar iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu sebagai penduduk asal berada di kawasan
kampung atau di kawasan pedalaman. Mereka membentuk sebahagian besar jumlah penduduk di Tanah
Melayu melebihi 50 peratus penduduk dan juga terdiri daripada pelbagai sub etnik Melayu seperti suku Melayu,
Banjar, Bugis, Jawa, Champa, Jambi, Kerinchi, Mandailing, Aceh, Minang, Riau dan sebagainya. Selain itu,
penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli atau Orang Asal menyumbang kepada
pembentukan masyarakat Malaysia selepas merdeka. Mari kita rujuk Jadual 3.1.

Jika diperhatikan sebelum tahun 1848, seluruh penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu.
Namun, selepas perkembangan perusahaan bijih timah dan getah pada abad ke-19 dan abad ke-20, aktiviti
penghijrahan memainkan peranan penting dalam membawa penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah
Melayu. Menjelang tahun 1931, jumlah kaum imigran pernah mencatatkan jumlah yang besar melebihi
penduduk Melayu di Tanah Melayu. Kewujudan masyarakat yang mengekalkan budaya dan identiti masing-
masing membentuk masyarakat yang majmuk. Niat kaum imigran yang datang untuk mencari nafkah pada
awalnya bertukar dan memilih untuk menetap dan tinggal selesa di sini. Ini dibuktikan melalui usaha yang
dilakukan apabila kaum Melayu, Cina dan India yang duduk semeja untuk menuntut kemerdekaan negara ini
daripada British pada 31 Ogos 1957 dan pada 16 September 1963, apabila kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura menganggotai Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura pula keluar daripada Malaysia.
Malahan, Malaysia kekal hingga sekarang dan hidup dalam harmoni merangkumi Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia terdiri daripada tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina, India dan
Orang Asli atau orang peribumi. Sabah dan Sarawak pula terdiri daripada masyarakat peribumi seperti
Kadazan, Iban, Bidayuh dan sebagainya.

3.2.3 Kemerdekaan Tanah Melayu dan Kerjasama Pelbagai Etnik


Pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan zaman yang paling bermakna kepada masyarakat Melayu
khasnya. Ini kerana kezaliman Jepun telah membuka mata penduduk di Tanah Melayu betapa pentingnya
bangsa mereka sendiri memerintah dan mentadbir negeri ini. Penjajahan Jepun berlangsung selama tiga tahun
setengah iaitu bermula 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Apabila bom atom digugurkan di
Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 yang mengorbankan ratusan ribu penduduk negara Jepun, Jepun
mengundurkan diri daripada Tanah Melayu.

Ketika Jepun menyerah kalah, orang Melayu belum sempat menyusun langkah untuk menguasai Tanah
Melayu. Dalam tempoh dua minggu semasa pengunduran Jepun di Tanah Melayu, kuasa pemerintahan
dikuasai oleh Tentera Bintang Tiga atau dikenali dengan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang
dianggotai oleh orang Cina. Ramai orang Cina menganggotai MPAJA kerana layanan Jepun terhadap orang
Cina sangat zalim. Mengikut sejarah Jepun dan China pernah berperang dan dendam lama masih mekar
dalam kalangan tentera Jepun terhadap orang Cina. Oleh itu, Jepun melayan orang Cina dengan lebih zalim
berbanding kaum Melayu dan India. Semasa pendudukan Jepun, Tentera Bintang Tiga diresapi oleh ideologi
Komunis dan mempunyai matlamat untuk memerintah negara ini. Tentera Bintang Tiga kemudian dikenali
dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan secara rasmi pada 1930.

Sekembalinya British ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua pada September 1945, mereka
mengambil langkah untuk menubuhkan sebuah negara bangsa. British cuba menggabungkan negeri-negeri
Melayu dengan tanah jajahan British. Negeri-negeri Selat mempunyai jumlah orang Melayu yang rendah
berbanding dengan kaum lain. Hal ini merupakan strategi British untuk menggugat ketuanan Melayu.
Sekembalinya British, mereka memperkenalkan British Military Administration (BMA) yang menggabungkan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. Usaha ini
dilakukan melalui penubuhan Malayan Union. Ini kerana British mendapati kekalahan di tangan Jepun sebelum
ini disebabkan kelemahan dari segi pentadbiran yang mempunyai pelbagai peringkat pentadbiran. Ciri-ciri
Malayan Union adalah seperti berikut:

(a) Semua Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat
digabungkan, kecuali Singapura;
(b) Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England;
(c) Singapura diasingkan kerana kepentingan sebagai sebuah pelabuhan bebas;
(d) Memberikan taraf kewarganegaraan yang sama rata melalui prinsip Jus Soli;
(e) Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu yang hanya berkuasa dalam bidang adat istiadat
Melayu dan agama Islam; dan
(f) Seorang Pesuruhjaya Negeri akan dilantik untuk menjadi ketua pentadbir di setiap negeri.

Namun begitu, Malayan Union ditentang oleh orang Melayu kerana Malayan Union bererti kedaulatan raja-raja
Melayu dihapuskan, perlindungan untuk orang Melayu hilang dan masa depan orang Melayu tidak terjamin.
Oleh itu, Dato Onn bin Jaafar bersama Malay Civil Service bersatu dan menentang Malayan Union atas dasar
tujuan untuk mengembalikan kedaulatan orang Melayu dan buat pertama kali slogan Hidup Melayu dilaungkan.
Namun begitu, British berusaha mendapatkan sokongan daripada raja-raja Melayu, maka Sir Harold Mac
Michael dihantar untuk mendapat tandatangan tersebut. Tandatangan raja-raja Melayu diperolehi
menggunakan tipu helah dan ada juga melalui paksaan. Malayan Union akhirnya ditubuhkan secara rasmi
pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama. Namun begitu,
struktur baru ini mendapat tentangan kuat daripada orang Melayu yang diketuai oleh DatoÊ Onn. Orang
Melayu menentang Malayan Union di Tapah, Perak dan juga di Johor. Tentangan ini dapat mengumpulkan
seramai 10,000 orang Melayu untuk menunjukkan bantahan terhadap Malayan Union. Penentangan orang
Melayu berlaku di seluruh Tanah Melayu dan DatoÊ Onn muncul sebagai wira dalam kalangan orang Melayu
dan memperjuangkan „Hidup Melayu‰. Ini ialah perjuangan hidup mati orang Melayu buat pertama kali dalam
sejarah. Kesedaran yang wujud dalam kalangan orang Melayu membawa pada penyatuan bagi Melayu ketika
itu. Orang Melayu bersatu menentang Malayan Union yang menjurus kepada agenda perpaduan Melayu. Pada
1 Mac 1946, satu mesyuarat diadakan di Kelab Sulaiman Kuala Lumpur untuk membincangkan perpaduan
Melayu. Kemuncaknya, pada 11 Mei 1946, satu kata putus telah diperolehi dalam perhimpunan Melayu
terbesar di Istana Besar, Johor Bahru, Johor untuk penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu
(PEKEMBAR) atau kemudiannya lebih popular dengan bahasa Inggeris iaitu United Malay National
Organisation (UMNO). Dengan penubuhan ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa agenda DatoÊ Onn menjadi
agenda UMNO dan agenda UMNO telah menjadi agenda Melayu. British mulai sedar tanpa sokongan orang
Melayu mustahil Malayan Union dapat dilaksanakan. Maka, Malayan Union hanya bertahan selama tiga bulan
sahaja iaitu bermula pada 1 April 1946 hingga 1 Julai 1946 akibat penentangan yang hebat daripada orang
Melayu, UMNO dan raja-raja Melayu. Sir Edward Gent menjadi Gabernor Malayan Union yang pertama dan
terakhir. Pada tahun 1946, satu jawatankuasa kerja ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan ke arah
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan raja-raja Melayu, pemimpin UMNO dan pegawai
British untuk membincangkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Pada Februari
1948,Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan oleh British dan mengembalikan semula
kedudukan raja-raja Melayu. Ini bermakna kedaulatan Tanah Melayu dipulangkan semula kepada raja-raja
Melayu.

Pada Ogos 1951, UMNO dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menggantikan DatoÊ Onn yang
telah meletakkan jawatan. Ini kerana DatoÊ Onn kecewa kerana cadangan beliau untuk membuka keahlian
UMNO kepada semua kaum gagal. Beliau kemudian menubuhkan Independent Merdeka Party (IMP).

Idea beliau ini adalah sebagai menyahut saranan yang dibawa oleh Sir Malcolm Mac Donald, Pesuruhjaya
Tinggi British di Asia Tenggara yang mengutarakan kemerdekaan memerlukan kerjasama pelbagai kaum. Satu
Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee – CLC) ditubuhkan pada tahun
1949 yang berperanan untuk menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan ekonomi. Pemimpin pelbagai
golongan etnik berbincang secara terbuka dalam pelbagai isu. Kerjasama dalam CLC yang melibatkan etnik
utama ini mendorong pada cetusan idea satu parti untuk semua kaum. Ini menyebabkan, DatoÊ Onn
bercadang untuk membuka UMNO kepada semua kaum tetapi gagal.

Idea Tunku untuk mengekalkan UMNO untuk kaum Melayu dan bergabung dengan parti etnik lain diterima.
Justeru, satu gabungan yang melibatkan tiga etnik terbesar berjaya dibentuk dikenali dengan nama Parti
Perikatan untuk menghadapi pilihan raya pada 1955. Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan mendapat
kemenangan yang besar iaitu 51 dari 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Alasan ini digunakan oleh Tunku
untuk menunjukkan pada British bahawa pelbagai kaum di Tanah Melayu sudah siap sedia untuk mentadbir
negara ini dan mahu menuntut kemerdekaan dari British. Oleh yang demikian, satu rombongan dihantar ke
London pada 1956 untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tunku dan pemimpin
kaum yang lain. Pada 8 Februari 1956, menerusi Perjanjian London, kerajaan British bersetuju memberikan
kemerdekaan pada Persekutuan Tanah Melayu. Sekembalinya mereka dari London, sambutan diadakan pada
20 Februari 1956 yang diadakan di Hilir Melaka iaitu tempat pertama negara ini ditawan oleh penjajah Barat.
Tarikh kemerdekaan diumumkan pada masa itu iaitu pada 31 Ogos 1957. Pada tarikh ini, lahirlah sebuah
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan bendera Union Jack diturunkan. Tarikh kemerdekaan ini juga
merakam peristiwa yang mana kedaulatan berpindah daripada raja kepada rakyat. Situasi ini dapat dilihat
apabila rakyat berperanan dalam menentukan siapa yang akan memerintah negara ini melalui pilihan raya. Ini
merupakan satu bentuk pemodenan yang tidak ada sebelum ini. Penguasaan British ke atas Tanah Melayu
membentuk budaya yang penting iaitu budaya National League Institutional yang membolehkan kaum etnik
Melayu membangunkan negara.

Proses modenisasi dan mobiliti sosial berlaku dalam masyarakat dan dalam masa yang sama masih
berpegang kuat pada agama Islam. Antara peristiwa yang merupakan detik hitam dalam sejarah negara kita
ialah peristiwa 13 Mei 1969. Ia berlaku 12 tahun selepas Merdeka. Peristiwa ini merupakan rusuhan kaum
yang terbesar berlaku di Tanah Melayu sebagai respon sifat prejudis antara etnik dan jarak sosio ekonomi
yang ketara antara etnik. Peristiwa ini Mengorbankan 196 orang, 180 cedera akibat senjata api dan 259
cedera akibat senjata lain, sembilan ribu seratus empat puluh tiga orang ditangkap dan 5,561 daripadanya
didakwa di mahkamah. Enam ribu orang kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 211 buah
kenderaan dan 753 buah bangunan telah musnah dan rosak.

Jika dilihat dari aspek lain, peristiwa ini memberikan kesedaran kepada parti memerintah bahawa amat penting
menguruskan perpaduan antara etnik. Rentetan daripada peristiwa ini, undang-undang darurat diisytiharkan,
parlimen digantung dan Majlis Gerakan Negara ditubuhkan. Selain itu, untuk memantapkan lagi hubungan
etnik, kerajaan merangka Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat
serampang dua mata.

Pada tahun 1960, Tunku mengistiharkan untuk bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak. Dalam
cadangan asal Brunei juga dimasukkan dalam penggabungan ini, tetapi akhirnya negara itu menarik diri
disebabkan isu „Kekananan Raja‰ dan minyak yang tidak dapat diselesaikan. Selain itu, terdapat golongan
berhaluan kiri kuat dan menolak sistem pilihan raya. Penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Singapura,
Sabah dan Sarawak melahirkan sebuah negara yang diberi nama Malaysia pada 16 September 1963. Namun
begitu, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia pada tahun 1965 disebabkan isu „Malaysian Malaysia‰
yang dibawa oleh People Action Party (PAP) yang diketuai oleh Lee Kuan Yew. Kemudian, Singapura berdiri
sendiri sebagai entiti negara bangsa yang berasingan. Selepas Merdeka, Malaysia ditadbir secara bersama
melibatkan pelbagai etnik.

MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK


Hubungan etnik di Sabah dan Sarawak aman dan tidak menunjukkan berlakunya pergeseran etnik yang serius.
Ia bolehlah dirujuk sebagai satu model perhubungan etnik yang komprehensif di Malaysia kerana setiap kaum
menyumbang pada kewujudan hubungan etnik yang harmonis. Masyarakatnya walaupun begitu rencam tetapi
mereka boleh hidup sebagai sebuah keluarga dengan mengenepikan buruk sangka dan prejudis dalam
masyarakat. Unsur luar seperti isu masyarakat Suluk Tausuk yang menuntut wilayah mereka dari Sabah
adalah lebih besar jika dibandingkan dengan konflik yang sedia ada. Isu ini bukan berkait dengan hubungan
etnik tetapi lebih pada isu pensejarahan.

Proses Pembentukan Masyarakat Sabah


Menurut banci penduduk pada tahun 2010, penduduk Sabah berjumlah 3.2 juta orang dan terdiri daripada lebih
32 suku etnik yang bertutur dalam lebih 80 dialek tempatan. Masyarakat bumiputera merupakan kaum majoriti
diikuti oleh kaum lain seperti Cina dan lain-lain etnik. Terdapat juga rakyat asing yang berhijrah dari negara
jiran seperti Filipina dan Indonesia. Merujuk pada Jadual 3.2, etnik terbesar di Sabah ialah terdiri daripada etnik
Kadazan-Dusun, Murut dan Bajau. Selain itu, lain-lain kelompok etnik bumiputera ialah Bisaya, Kadayun,
Orang Sungai, Suang Latut, Melayu Brunei dan lain-lain.

Menurut Bilchar Bala (2007), masyarakat Sabah pada awalnya terdiri daripada beberapa suku etnik peribumi
sahaja, tetapi disebabkan oleh migrasi masyarakat telah berubah menjadi rencam. Pada awal abad ke-10M
berlaku migrasi dari negeri China, India, Filipina dan Sulu, kepulauan Cocos dan Maluku, Indonesia
dan lain-lain. Terdapat pelbagai suku etnik di Sabah yang dapat dikenali berdasarkan penempatan. Rujuk
Jadual 3.3 untuk mendapatkan maklumat terperinci.
Sebelum Sabah menyertai gagasan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Sabah dikenali sebagai Borneo
Utara di bawah Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu. Semasa Perang Dunia Kedua, Sabah ditadbir
oleh tentera Jepun. Setelah tamatnya perang, Sabah diserahkan kepada British pada tahun 1946 sehinggalah
mendapat kemerdekaan melalui gagasan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Kemasukan etnik Cina ke Sabah dikaitkan dengan alasan yang berbeza kerana faktor perlombongan bukan
menjadi tarikan penting dalam konteks orang Cina ke Sabah. Kemasukan orang Cina ke Sabah berlaku lebih
awal iaitu dalam sekitar 1880an untuk berniaga dan membuka kedai. Kemasukan mereka ke Sabah adalah
secara sukarela tanpa adanya desakan sesiapa. Namun begitu, jumlahnya kecil dan mereka terdiri daripada
kaum Hakka yang bertumpu di Kudat danSandakan. Bermula awal abad ke-20, kedatangan mereka dikaitkan
dengan galakan dan dorongan daripada syarikat tembakau dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara British pada
waktu itu. Ini kerana ladang tembakau mula dibuka di Sabah menjelang 1980an. Di samping itu,
perkembangan dalam sektor perladangan getah juga mula mendapat tempat di Sabah pada awal abad ke-
20.Terdapat lebih kurang 30 ladang getah di Sabah pada tahun 1930 dan hampir separuh daripada buruhnya
terdiri daripada orang Cina. Antara usaha Kompeni Berpiagam Borneo British untuk menggalakkan kemasukan
buruh dari China ke Sabah ialah dengan memujuk Kapitan Cina di Sandakan yang merupakan satu-satunya
ahli Majlis Borneo Utara (North Borneo Council) iaitu Fung Ming Shan untuk mengeluarkan surat galakan
melalui akhbar di Hong Kong. Fung Ming Shan juga diminta mewujudkan Lembaga Penasihat Orang Cina di
Sandakan yang bertindak untuk menasihati kerajaan dalam perkara yang berkaitan dengan orang Cina di
Sabah pada tahun 1890. Subetnik Cina terbesar di Sabah ialah kelompok Hakka dengan peratusan melebihi
50 peratus diikuti oleh orang Canton dan lain-lain. Sementara itu, orang Canton mewakili satu perlima daripada
jumlah penduduk Cina di Sabah. Kaum Hakka menjadikan pertanian sebagai aktiviti utama mereka dan dialek
Hakka dianggap utama bagi masyarakat Cina di Sabah. Orang Canton menjalankan aktiviti perniagaan
bersama-sama orang Hokkien dan Teochew di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan dan
Tawau. Sementara itu, orang India pula ialah kelompok minoriti di Sabah. Kebanyakan mereka bekerja dalam
sektor seperti pentadbiran, sokongan dan teknikal. Etnik India yang terlibat terdiri daripada kelompok etnik
Sikh, Pathan, Telegu dan Tamil. Mereka ditempatkan di jabatan kerajaan di bawah pentadbiran Kompeni
Berpiagam Borneo Utara British. Boleh dikatakan kaum India yang datang ke Sabah terdiri daripada kelompok
kelas menengah dan mereka dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik berbeza dengan kelompok India
yang datang ke Tanah Melayu dan bekerja di estet. Jadual 3.4 menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan
dengan bilangan orang India dalam jabatan antara tahun 1922 hingga 1936.

Penguasaan bahasa Inggeris yang baik oleh orang India membolehkan mereka diambil bekerja dalam sektor
kerajaan dan mereka kurang diambil bekerja sebagai buruh di ladang. Namun begitu, undang-undang
pengambilan buruh yang ketat menyebabkan kompeni kurang berminat dengan buruh dari India dan
kekosongan ini diisi oleh buruh yang diambil dari China dan Jawa. Antara sektor yang yang mempunyai jumlah
pekerja India teramai ialah sektor keselamatan. Kelompok etnik India yang menyertai sektor keselamatan
terdiri daripada orang Sikh, Punjabi dan Pathan. Kebanyakan mereka berkhidmat dalam sektor kepolisan di
Sabah. Sekitar tahun 1880an, hanya terdapat sekitar 50 orang polis di Sabah tetapi jumlah ini terus meningkat
pada tahun 1898 kepada 209 orang. Menjelang tahun 1909, terdapat 662 orang polis dari India dan 136 terdiri
daripada orang Sikh dan selebihnya Pathan dan Punjabi. Orang Sikh dan Pathan mewakili sebahagian besar
jumlah penduduk India di Sabah. Mengikut bancian, pada tahun 1901, terdapat lebih kurang 442 orang India
daripada 104,527 orang jumlah penduduk di Sabah. Kebanyakan mereka tinggal di kawasan Sandakan,
Tawau, Kudat, Pulau Banguay, Teluk Marudu dan Pantai Barat Sabah. Jumlah ini meningkat kepada 902
orang menjelang tahun 1911. Selain masyarakat Cina dan India, kaum dari Indonesia juga merupakan kaum
imigran terbesar di Sabah. Kebanyakan mereka datang dari Pulau Jawa. Rujuk Jadual 3.5 untuk melihat
peningkatan imigran dari Indonesia di Sabah. Jadual 3.5: Peningkatan Jumlah Imigran Indonesia di Sabah
Tahun Jumlah Imigran (orang) 1882 70
1911 5,510
1921 11,213
1931 10,014
Sumber: Ubah suai daripada Shamsul Amri Baharuddin et al. (2012) Kemasukan mereka yang ramai ini
didorong daripada ikatan perjanjian dengan Belanda untuk mengambil buruh kontrak dari Indonesia pada
tahun 1907 berikutan perkembangan pesat dalam sektor perladangan getah. Buruh yang datang dari Indonesia
bekerja di sektor perladangan dan selalu berulang alik antara tempat kerja mereka dan keluarga mereka di
Indonesia. Umumnya, struktur masyarakat Sabah kini dapat dibahagikan kepada tiga
kelompok besar iaitu:
(a) Bumiputera Melayu-Islam – Kaum Melayu, Brunei, Suluk, Bugis, Bisaya, Bajau, Idaham,
Banjar, Tidong, Orang Sungei, Iranum, Kadayan dan Cocos.
(b) Bumiputera Bukan Islam – Kadazan-Dusun, Murut, Kwijau, Lotud, Rungus, Tambanuo,
Dumpas, Maragang, Paitan, Minokok, Rumanau, Mangkak
dan juga Sino-Filipina.
(c) Bukan Bumiputera – Kaum Cina, India dan lain-lain.

3.3.2 Proses Pembentukan Masyarakat Sarawak


Mengikut banci penduduk pada tahun 2010, penduduk Sarawak berjumlah 2.4 juta orang dan terdiri daripada
lebih 27 suku etnik yang bertutur dengan dialek masing-masing. Setiap suku etnik mempunyai dialek, budaya
dan cara hidup yang tersendiri. Masyarakat utama di Sarawak terdiri daripada Iban, Melanau, Melayu, Bidayuh,
Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bisaya, Punan dan suku peribumi yang lain. Jadual 3.5 merupakan banci
penduduk yang dikeluarkan pada tahun 2010 berdasarkan etnik utama di Sarawak. Jadual 3.6: Jumlah
Penduduk di Sarawak Mengikut Pecahan Etnik Utama Etnik dan Suku Etnik Tahun 2010
Melayu 551,567
Iban 693,358
Bidayuh 192,960
Melanau 119,897
Bumiputera lain 152,074
Cina 560,150
India 7,188
Lain-lain etnik 8,873
Warga asing 113,772
Jumlah 2,399,839
Merujuk pada Jadual 3.6, masyarakat peribumi terbesar di Sarawak terdiri daripada Iban, Melayu, Melanau dan
diikuti oleh Bidayuh. Selain itu, lain-lain bumiputera merujuk pada kelompok etnik seperti Murut, Kayan,
Kenyah, Kelabit, Bisaya, Punan dan suku etnik peribumi yang lain-lain. Etnik bukan peribumi ialah etnik Cina
yang merupakan etnik terbesar di Sarawak dan sedikit etnik India. Penemuan arkeologi di Gua Niah, Sarawak
menunjukkan gua tersebut telah didiami oleh manusia sejak 40,000 tahun yang lampau. Pada tahun 600 S.M.,
sudah ada penemuan aktiviti perdagangan antara Sarawak dengan negara China. Pada abad ke-8M, Sarawak
menjadi tempat persinggahan para pedagang dari China dan India dengan penemuan patung Buddha di barat
daya Sarawak bertarikh antara abad ke-8 dan ke-9M. Pada abad ke-14, kerajaan Majapahit meletakkan
sebahagian dari Sarawak di bawah pengaruhnya.

Pada abad ke-15M dan abad ke-16M pula, sebahagian dari Sarawak berada di bawah pengaruh kerajaan
Johor dan kemudiannya menjadi sebahagian dari Kesultanan Brunei. Setelah kedatangan British, Sarawak
diserahkan kepada pemerintahan keluarga Brooke rentetan daripada kelemahan Kesultanan Brunei. Sarawak
diperintah oleh keluarga Brooke pada tahun 1841 hingga 1941. James Brooke ditabalkan sebagai Raja di
Sarawak oleh Kesultanan Brunei pada 24 September 1841 kerana berjaya mengalahkan pemberontakan di
Sarawak. Beliau diberikan gelaran raja pada 15 Ogos 1842 dan digelar Raja Brooke. Generasi Brooke
memerintah Sarawak selama tiga generasi. Kematian Brooke pada Ogos 1868 digantikan dengan anak
saudaranya, Charles Anthony Brooke. Beliau memerintah Sarawak selama hampir 50 tahun dan meninggal
dunia pada Mei 1917. Beliau kemudiannya digantikan dengan anak beliau iaitu Charles Vyner Brooke. Semasa
kedatangan Jepun ke Sarawak pada 1941, keluarga Brooke masih lagi berkuasa di negeri tersebut. Jepun
memerintah Sarawak untuk sementara sehinggalah kekalahan dalam Perang Dunia Kedua. Selepas itu,
Charles Vyner Brooke mengambil keputusan menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Sarawak kekal
menjadi tanah jajahan British hingga mendapat kemerdekaan dengan menyertai gagasan pembentukan
Malaysia pada 1963. Pada peringkat awal sebelum kedatangan British, penduduk peribumi Sarawak dikenali
dengan nama sungai tempat mereka tinggal seperti kami Skran‰, „kami Undup„ dan „kami Sariba. Pengaruh
persekitaran seperti bentuk muka bumi (sungai, jeram dan tanah tinggi) memisahkan kelompok etnik dengan
kelompok etnik yang lain. Justeru, setiap etnik mempunyai identiti budaya yang berbeza.

Begitu juga, dari segi bahasa, terdapat dialek tertentu mewakili setiap suku etnik. Namun begitu, masyarakat
Sarawak boleh dikategorikan ke dalam rumpun bahasa Austronesia, iaitu mempunyai persamaan dengan
bahasa Melayu asal yang dituturkan oleh masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia. Keadaan ini mungkin
berlaku ketika penghijrahan penduduk pada suatu masa dahulu. Kaum etnik peribumi di Sarawak biasanya
tinggal di kawasan tertentu seperti pesisir pantai, lembah sungai, kawasan tanah tinggi dan daerah pedalaman.
Kebanyakan masyarakat Sarawak tinggal di kawasan dataran pantai dan lurah bahagian barat Sarawak seperti
Kuching antara Sungai Kayan dan Mukah. Penerangan berkaitan etnik peribumi Sarawak boleh dilihat dalam
Jadual 3.7. Jadual 3.7: Suku Etnik dan Penerangan.

Suku Etnik Penerangan Iban Kebanyakannya tinggal di Saribas dan lembah Sungai Rejang. Mereka tinggal di
kawasan luar bandar, rumah panjang dan berdekatan dengan sungai. Melayu Kebanyakannya tinggal di
Kuching, Samarahan dan Sri Aman. Melanau Kebanyakannya tinggal di kawasan Muara Sungai Rejang dan
Baram. Namun begitu, ramai juga etnik Melanau yang tinggal di Sibu, Sarikei dan Bintulu. Masyarakat Melanau
yang tinggal di kawasan luar bandar dikenali dengan pengeluar sagu. Kebanyakan etnik Melanau beragama
Islam, tetapi terdapat juga yang beragama Likou (Pagan) dan Kristian. Mereka ini mempunyai gerakan politik
yang sama dengan orang Melayu. Bidayuh Kebanyakannya tertumpu di kawasan hulu iaitu daerah Lundu,
Bau, Kuching dan Serian.

Kenyah Mempunyai pertalian yang rapat dengan masyarakat Kayan walaupun bahasa mereka berbeza.
Mereka berasal dari wilayah Kalimantan, Indonesia dan berhijrah ke Sarawak pada abad ke-19M. Pada
peringkat awal, mereka tertumpu di kawasan Sungai Rejang dan Limbang. Akibat bermusuhan dengan
masyarakat Iban, mereka berhijrah ke Hulu Rejang, Balui, Baram dan Hulu Kemena. Kedayan Masyarakat
Kedayan mempunyai pertalian yang rapat dengan orang Brunei dan beragama Islam. Mereka mendiami
bahagian keempat dan kelima Sarawak.

Murut Mendiami kawasan terusan. Aktif dalam pengeluaran padi. Kelabit Mendiami kawasan Sungai Baram.
Masyarakat Kelabit dan Murut aktif dalam pengeluaran padi. Bisaya Mendiami kawasan Lembah Limbang.
Mereka menanam sagu dan padi. Penan Berselerak di kawasan pedalaman Hulu Rejang dan Baram. Mereka
masih mengamalkan cara hidup tradisi seperti memburu dan memungut hasil hutan.

Kedatangan etnik Cina dikaitkan dengan buruh Cina dari Foochow yang sampai ke Sungai Merah di Sibu pada
awal tahun 1900 akibat galakan daripada Kesultanan Brooke dengan pembukaan ladang getah di Sarawak.
Selain itu, orang Cina juga datang dari Canton, Fukien dan Kwantung. Kebanyakan etnik Cina mendominasi
aktiviti perniagaan di sekitar Kuching, Sibu, Miri dan Sarikei. Sebelum itu, jumlah orang Cina di Sarawak adalah
sedikit dan bekerja sebagai pedagang, pelombong emas dan bercucuk tanam. Menjelang tahun 1857, terdapat
kira-kira 4,000 orang Cina di bahagian barat Sarawak. Pada tahun 1908, jumlah orang Cina bertambah kepada
45,000 orang iaitu mewakili 10 peratus jumlah penduduk Sarawak. Kini, jumlah penduduk etnik Cina
merupakan antara etnik terbesar iaitu mewakili 29 peratus daripada jumlah penduduk Sarawak. Sub etnik
mereka terdiri daripada Hokkien, Foochow, Teochew, Kantonis dan Henghua. Kebanyakannya menetap di
bandar besar dan bertutur dialek Mandarin dan Hokkien. Selain itu, kelompok etnik India juga menyumbang
kepada kerencaman etnik di Sarawak. Jumlah mereka tidak ramai dan populasi mereka terdiri daripada suku
kaum Sikh dan Punjab yang datang untuk berkhidmat dalam sektor keselamatan di Sarawak.
Topik 4
 Hubungan Etnik dari Aspek Ekonomi

PENGENALAN
Pembinaan sesebuah negara adalah tidak statik atau kekal tanpa berlaku perubahan. Pembinaan negara
perlu merangkumi perubahan dan proses modenisasi dalam ekonomi. Ekonomi merupakan institusi yang
bersifat super structure dalam proses pembangunan negara. Tanpa institusi ekonomi, mustahil sesebuah
negara berkenaan akan pergi lebih jauh, terutamanya dalam menghadapi zaman globalisasi dan era teknologi
maya yang ada sekarang. Proses ini merupakan elemen yang seharusnya dilihat penting terutamanya dalam
mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Masyarakat pelbagai etnik terutama dalam kalangan akar umbi tidak mungkin bertemu dalam kapasiti yang
besar dalam bidang politik atau pentadbiran negara. Akan tetapi, mereka bergerak aktif di pasar atau di kedai
yang wujud di Malaysia sama ada di kampung atau di bandar besar. Oleh yang demikian, hubungan etnik
wujud secara tidak langsung melalui aktiviti ekonomi dalam kalangan masyarakat kita, terutama dalam
kalangan masyarakat peringkat akar umbi. Jika mengikut teorinya, mudah untuk kita membuat kesimpulan
bahawa jika makan minum masyarakat terjaga, maka mereka juga akan dapat hidup dalam keadaan aman.
Keamanan ini akan mendorong masyarakat pelbagai kaum untuk menjalankan aktiviti ekonomi seterusnya
menyumbang ke arah sistem ekonomi negara yang lebih baik. Dalam topik ini, kita akan membincangkan
bagaimana ekonomi memainkan peranan yang penting dalam konteks masyarakat pelbagai etnik di Malaysia
KONSEP MODENISASI EKONOMI Modenisasi merupakan istilah yang menggambarkan konsep masyarakat
dan negara membangun melalui proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan
masyarakat yang dialami oleh semua bangsa atau negara. Modenisasi seringkali dikaitkan dengan proses
pembaratan ( westernisation ).

Menurut Syed Husin Ali (1987), proses pembaratan melibatkan perubahan sistem dan nilai ke arah nilai
dari Barat. Biasanya, Barat dijadikan sebagai model untuk menjayakan proses modenisasi ini. Namun begitu,
pembangunan yang berlaku seharusnya membawa perubahan dalam masyarakat yang akan memajukan
manusia. Walau keadaan apa sekali pun, proses transformasi dan perubahan ini harus dilalui oleh semua
bangsa atau negara dalam segala aspek kehidupan. Perubahan ini berlaku secara berencana atau secara
tidak berencana. Menurut Shamsul Amri Baharuddin (1979), modenisasi berkait rapat dengan perubahan
berencana. Perubahan berencana merupakan proses yang mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan
ukuran pencapaian terlebih dahulu sebelum perubahan itu dilaksanakan. Perubahan berencana ini disebut
sebagai modenisasi atau pembangunan.

Proses modenisasi ini mengandungi dua aspek utama iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan
politik. Bagi Nels Smelser, modenisasi melibatkan beberapa perubahan dalam subsistem masyarakat iaitu
perubahan dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan, keagamaan, kekeluargaan dan sistem susun lapis
masyarakat.

Dalam bidang ekonomi, modenisasi dilihat dari aspek berikut: (a) Penggunaan teknologi mudah ( simple )
dan penggunaan teknologi bersifat saintifik; (b) Sistem pertanian bercorak sara diri dan bercorak komersial;
dan (c) Penggunaan tenaga manusia serta binatang; dalam proses pengeluaran kepada penggunaan mesin
dan jentera.

Dalam konteks Malaysia, perubahan ini boleh dilihat dalam aspek kegiatan ekonomi iaitu daripada
ekonomi bercorak tradisi ke arah ekonomi moden. Perubahan ini diklasifikasikan sebagai proses modenisasi.

Bidang ekonomi tradisi melibatkan bidang primary seperti perhutanan, perikanan atau pertanian yang biasanya
dilakukan di kawasan luar bandar atau desa. Keadaan ini berbeza dengan ekonomi moden yang melibatkan
sektor secondary dan tertiary . Sektor secondary melibatkan aktiviti seperti perkilangan, perindustrian,
perniagaan dan sebagainya yang biasanya melibatkan aktiviti pembuatan. Sementara itu, aktiviti tertiary
melibatkan bidang perkhidmatan. Konsep proses modenisasi yang berlaku di Malaysia dan berasal dari Eropah
ini dapat dijelaskan melalui Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Proses modenisasi di Eropah dan Malaysia

Antara pendekatan yang masih diguna pakai hingga kini untuk melihat perubahan masyarakat dan proses
modenisasi adalah pendekatan yang dibawa oleh W. W. Rostow tentang pertumbuhan tahap dalam
perkembangan ekonomi. Menurut beliau, proses perkembangan ekonomi berlaku dalam lima tahap iaitu:

(a) Tahap Masyarakat Tradisional


Tahap ini dapat diperhatikan melalui perkembangan ekonomi yang berlaku dengan terbatas dan berskala kecil
seperti aktiviti kegiatan ekonomi tradisi, antaranya pertanian dan perikanan. Dalam masyarakat sebegini,
pembangunan ekonomi dan sosial berlaku dalam kadar yang rendah. Struktur sosial masyarakat pula berada
dalam bentuk hierarki iaitu masyarakat mempunyai kadar mobiliti sosial yang sangat rendah. Dalam erti kata
lain, masyarakat cenderung untuk kekal dalam aktiviti ekonomi yang diturunkan oleh nenek moyangnya

(b) Tahap Persediaan


Tahap ini ditandai dengan kesedaran sesetengah masyarakat untuk memperolehi keuntungan dan melabur
semula keuntungan tersebut dalam pengeluaran. Masyarakat sudah mula melabur wang untuk mendapatkan
keuntungan yang lebih besar. Misalnya, sesetengah kita meletakkan pelaburan dalam pasaran saham seperti
saham pelaburan dalam penternakan dan sebagainya. Keadaan sedemikian menggalakkan pertumbuhan
ekonomi berlaku secara tidak langsung dalam masyarakat.

(c) Tahap Lepas Kandas


Tahap ini merupakan tahap yang paling penting bagi sesebuah negara dalam usaha untuk mencapai
kemajuan. Tahap ini memperlihatkan peningkatan dalam kadar pelaburan sehingga pendapatan per kapita
sebenar meningkat dengan jumlah yang besar. Tahap ini ditandai dengan tahap yang selesa apabila keperluan
asas masyarakat mencukupi seperti makan-minum, pakaian dan sebagainya. Malahan, sesetengah mereka
membuat pelaburan dalam unit amanah saham tertentu dan menunggu untuk mendapatkan dividen. Pada
tahap ini, produktiviti sesebuah negara akan meningkat dan membawa pada pertumbuhan kendiri. Untuk
sampai ke tahap ini, sesebuah negara itu perlu memperuntukkan 10 hingga 15 peratus daripada Keluaran
Negara Kasar (KNK) untuk pelaburan produktif.

(d) Tahap Kematangan


Tahap ini berlaku apabila pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan secara kendiri. Malahan, pada tahap ini
sesebuah organisasi dapat berdiri sendiri sebagai entiti ekonomi yang kuat tanpa mengharapkan bantuan dari
luar. Misalnya di Malaysia, terdapat RISDA dan FELDA yang boleh berdiri sendiri.

(e) Tahap Penggunaan Masa


Tahap ini merujuk pada pencapaian kemajuan ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya sehingga
mewujudkan keseimbangan dan kestabilan ekonomi sebagaimana berlaku di negara Barat.

Oleh yang demikian, apabila kita melihat kelima-lima tahap perkembangan tersebut, kita akan mendapati
bahawa sebuah negara akan mengalami proses modenisasi dalam ekonominya. Malaysia mengalami
pertumbuhan ekonomi yang pesat sejak merdeka seiring dengan perubahan struktur ekonomi yang beralih
daripada sektor pertanian ke perindustrian. Langkah ini bertujuan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi
supaya negara tidak terlalu bergantung pada satu atau dua komoditi sahaja. Antara strategi yang diambil
adalah melaksanakan dasar penggantian import dengan menggunakan sumber tempatan sebagai input dalam
kegiatan perindustrian.

Namun begitu, perubahan ini tidak membawa hasil yang menggalakkan. Akibatnya, dasar itu digantikan
oleh dasar yang berorientasikan eksport mulai tahun 1970an yang sebahagian besarnya bergantung pada
pelaburan asing untuk menyediakan modal, kepakaran, peluang pekerjaan dan kesampaian barangan ke
pasaran antarabangsa. Perubahan ini menghasilkan pertumbuhan pesat sektor pembuatan sehingga menjadi
penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak tahun 1980an dengan mengambil alih
tempat sektor pertanian. Perubahan struktur ekonomi Malaysia berlaku seiring dengan perubahan struktur
guna tenaga yang digambarkan oleh kemerosotan sumbangan sektor pertanian untuk guna tenaga. Perubahan
ini yang diimbangi oleh peningkatan pekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan yang
berlaku serentak dengan kemunculan sektor perindustrian sebagai sektor utama yang menawarkan peluang
pekerjaan. Pertumbuhan sektor perindustrian berlaku seiring proses perbandaran yang membantu
membekalkan tenaga buruh. Proses perbandaran yang pesat menggalakkan penghijrahan tenaga buruh dari
luar bandar ke bandar untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor pembuatan, pembinaan
dan perkhidmatan. Akibat daripada penghijrahan ini, jumlah penduduk bandar meningkat dengan pesatnya
sehingga menjadikan lebih separuh penduduk di Malaysia tinggal di kawasan bandar.

Masyarakat pelbagai kaum menjalin kerjasama dalam aspek politik mahupun sosioekonomi bagi menjamin
persekitaran negara agar sentiasa berada dalam keadaan stabil dan makmur. Proses perubahan ini berlaku
sejak negara mula mencapai kemerdekaan dari British walaupun masih terdapat jurang dalam perhubungan
antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya, pendidikan atau tempat tinggal. Jurang
pencapaian ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan
sehingga mencetuskan peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
yang berpunca daripada ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara
kumpulan etnik.

Perkembangan pesat sektor perindustrian mengubah struktur masyarakat Malaysia daripada masyarakat
desa menjadi masyarakat bandar. Selain proses perbandaran, pertumbuhan pesat ekonomi membolehkan
rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik apabila pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur dapat
diperluas meliputi banyak tempat. Hal ini membantu meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat, di samping
membaiki kualiti kehidupan.

Proses modenisasi yang dilaksanakan adalah untuk mencapai kemajuan. Kemajuan ini dilaksanakan
dengan mewujudkan masyarakat industri. Kaedah atau proses yang dilaksanakan untuk pembangunan
ekonomi dapat dilihat dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Kaedah dan Proses Pembangunan Ekonomi
Umumnya, ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi ialah pertumbuhan yang lazimnya diukur
dengan ukuran ekonomi seperti Keluaran Negara Kasar (KNK). Pada masa yang sama, proses pembangunan
ekonomi juga diharapkan akan membawa perubahan sosial yang menyeluruh dalam masyarakat iaitu daripada
kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada kehidupan maju dan moden. Perubahan sosial
tersebut dapat dilihat misalnya dalam aspek pekerjaan (sektor pertanian/sektor industri) dan aspek kehidupan
(cara hidup desa/cara hidup bandar).

4.1.1 Modenisasi di Eropah


Konsep dan proses modenisasi bermula di Eropah Barat akibat revolusi besar iaitu Revolusi Perancis dan
Revolusi Perindustrian. Modenisasi ini berdasarkan pada dua perkembangan iaitu pengetahuan dan maklumat.
Persoalan modenisasi dapat ditinjau dari dua segi iaitu falsafah dan praktikal sebagaimana yang dapat dilihat
dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Modenisasi dari Aspek Falsafah dan Praktikal

Sumber: Ubah suai daripada Mohd Sohaimi Esa, et al. (2011)

Modenisasi yang berlaku ini ialah kesan langsung daripada perkembangan dalam ilmu pengetahuan dan
maklumat. Oleh itu, untuk memahami modenisasi khasnya di Eropah, kita perlu melihat falsafahnya dari sudut
praktikal. Impak modenisasi ini ke atas masyarakat di Eropah mengubah masyarakat desa menjadi masyarakat
bandar. Selain itu, penggunaan teknologi tradisi seperti tenaga haiwan juga berubah apabila penggunaan
jentera dan mesin digunakan secara meluas. Modenisasi yang berlaku ini merupakan elemen penting yang
mencipta perubahan yang bermula di Eropah dan merebak ke seluruh dunia.

4.1.2 Penjajahan dan Imperialisme


Penjajahan dan imperialisme masyarakat Eropah Barat ke benua lain bermula sejak abad ke-16 dengan
kegiatan perdagangan seperti yang dilakukan oleh British East India Company dan Dutch East India Company.
Penjajahan ini dilakukan untuk memastikan jaminan bekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan
pasaran secara berterusan. Kedatangan tenaga buruh asing menyebabkan berlakunya perubahan dalam
kehidupan sosial, kebudayaan dan sistem politik masyarakat tempatan. Penjajahan juga dapat membentuk
pandangan dalam kalangan masyarakat Eropah Barat terhadap masyarakat yang dijajah. Masyarakat Eropah
yang mempunyai kelebihan dari segi ketenteraan dan industri pula ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih
maju dan moden. Jelaslah, penjajahan memberi kesan besar ke atas ekonomi dan sosial (termasuk juga dalam
bidang ilmu, budaya dan pendidikan).

4.1.3 Pemodenan dan Pembaratan


Pembangunan ekonomi dan politik Eropah Barat menjadi model bagi pembangunan di negara membangun.
Proses pemodenan merupakan proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses
perencanaan, pelaksanaan dan penilaian. Pembaratan ialah proses peniruan gaya hidup Eropah Barat untuk
mengubah gaya hidup lama menjadi gaya hidup yang moden tanpa disulami dengan perencanaan dan
pelaksanaan untuk mengubah aspek kehidupan yang lain. Selepas Perang Dunia Kedua, negara jajahan
termasuk Malaysia telah mencapai kemerdekaan daripada British. Negara baru ini memilih model Eropah Barat
sebagai contoh pembentukan negara. Dari segi politik, model yang dipilih ialah model negara bangsa dan
demokrasi politik. Dari segi ekonomi pula, model yang dipilih ialah sistem ekonomi yang berasaskan
kapitalisme, industri dan teknologi.

Menurut Barraclough (1978), terdapat tiga perkara yang menunjukkan jalinan ekonomi dunia, iaitu:

(a) Perkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi fizikal yang menghubungkan berbagai-bagai
wilayah di dunia, terutama melalui jaringan kereta api, perkapalan dan telegraf;

(b) Pertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh pola kebergantungan yang tinggi,
terutama antara negara industri Eropah Barat dengan negara lain; dan

(c) Pengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat
di negara bukan-industri.

Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara baru dalam hubungan politik dan ekonomi
antarabangsa sehingga akhirnya membentuk globalisasi. Dalam proses globalisasi, terdapat dua faktor yang
tidak menggunakan negara bangsa sebagai landasan aktivitinya. Dalam bidang ekonomi, golongan kapitalis
membentuk syarikat perbadanan multinasional ( multinational corporations atau MNC ).

MODENISASI DI MALAYSIA
Proses modenisasi merujuk pada bagaimana asas ekonomi orang Melayu berubah daripada aktiviti bercorak
tradisi menjadi sektor ekonomi moden. Proses ini melibatkan kehadiran dan pengaruh sistem ekonomi
penjajah, kemerdekaan dan penyusunan semula ekonomi dalam menuju ke arah masyarakat yang bersatu
padu.

4.2.1 Asas Sistem Sosioekonomi Orang Melayu


Modenisasi merupakan konsep yang digunakan untuk merujuk kemajuan dan perubahan dalam satu-satu
bidang yang umumnya dialami oleh sesebuah komuniti dan masyarakat di dunia. Modenisasi merangkumi
semua aspek kehidupan dengan manusia yang akan tertumpu pada idea dan cara hidup barat secara tidak
langsung. Proses ini juga akan mempengaruhi masyarakat dari pelbagai segi seperti sosial, cara hidup,
budaya dan sebagainya.

Masyarakat di Malaysia sebelum penjajahan adalah masyarakat berbentuk tradisi dengan ekonomi maritim (
maritime economy ) dan ekonomi tani ( peasant economy ) merupakan aktiviti ekonomi yang utama. Jadual 4.3
menunjukkan perbezaan antara aktiviti maritim dan aktiviti tani.

4.2.2 Sistem Sosioekonomi Semasa Penjajahan


Kedatangan penjajah mematikan aktiviti ekonomi maritim orang Melayu. Seperti yang diterangkan sebelum
ini, aktiviti ekonomi maritim adalah aktiviti ekonomi yang melibatkan atau dikuasai oleh golongan bangsawan
atau golongan istana Melayu. Kedatangan penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris telah
menghancurkan kegiatan ekonomi orang Melayu dan mereka sebenarnya mengambil alih kegiatan ekonomi
tersebut daripada tangan bangsawan Melayu. Kedatangan penjajah telah memperkenalkan bentuk ekonomi
baru yang dipanggil sistem ekonomi tunai ( cash economy ), yakni pengeluaran adalah untuk tujuan pasaran
( market ) dan bukan untuk sara diri.

Sistem ekonomi mempunyai dua motif iaitu untuk pasaran dan untuk sara diri. Maka sistem ekonomi yang
diamalkan ini disebut sebagai „sistem dwi-ekonomi ( dual-economic system )‰. Semasa pendudukan British
khasnya, mereka memperkenalkan tanaman tunai atau bercorak komersil seperti getah dan diusahakan secara
besar-besaran dalam sistem estet. Kekurangan tenaga buruh dalam sistem estet ini diatasi dengan membawa
masuk pekerja asing secara besar-besaran dari India dan China. Pekerja dari India dibawa masuk dan bekerja
di ladang getah. Sementara itu, pekerja Cina bekerja di sektor perlombongan yang diusahakan secara besar-
besaran oleh British akibat revolusi industri di Eropah dan desakan keperluan sumber bahan mentah seperti
getah dan timah.

Pengenalan sistem ekonomi tunai membuatkan penduduk di kawasan pedalaman dan di luar bandar
terserap dalam sistem ekonomi kapitalis melalui hubungan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis ini beroperasi
pada peringkat antarabangsa, serta peringkat nasional dan daerah. Dalam sistem ekonomi kapitalis, faktor
pengeluaran utama ialah modal dan penguasaan ke atas modal termasuklah penguasaan ke atas barangan
modal atau capital goods menjadi motif utama bagi semua pihak. Apabila penduduk diserap masuk ke dalam
sistem ekonomi kapitalis, maka struktur masyarakat mengalami perubahan besar. Perbezaan ekonomi antara
penduduk menjadi begitu ketara. Mereka yang menguasai modal berada pada hierarki yang tinggi dalam susun
lapis masyarakat ( social stratification ).

Semasa penjajahan British, kegiatan ekonomi masyarakat boleh dibahagikan pada dua sektor iaitu sektor
tradisi dan sektor moden.

(a) Sektor Tradisi Merangkumi kegiatan ekonomi bercorak kegiatan primary dalam bidang pertanian,
perikanan dan perhutanan.

(b) Sektor Moden Melibatkan kegiatan sektor secondary dan tertiary


(i) Sektor ekonomi secondary melibatkan kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pembuatan barangan,
perniagaan, perdagangan dan sebagainya.
(ii) Sektor kegiatan ekonomi tertiary pula melibatkan kegiatan ekonomi yang berupa bidang perkhidmatan,
pengangkutan, hiburan, pelancongan dan lain-lain.

Pada hakikatnya, kegiatan sektor tradisi membawa pulangan berkurangan ( decreasing returns ) dan
sektor moden membawa pulangan meningkat ( increasing returns ). Keadaan ini disebabkan oleh faktor berikut
iaitu hasil keluaran sektor tradisi tidak anjal, pengeluaran dalam sektor tradisi bersifat bermusim, alat
pengeluaran di sektor tradisi tidak boleh digunakan sepenuhnya, serta harga hasil keluaran sektor tradisi tidak
tetap dan selalu berubah-ubah mengikut permintaan di pasaran dunia. Faktor sebaliknya beroperasi bagi
sektor ekonomi moden.

Negara maju di dunia menumpukan sebahagian besar (iaitu lebih daripada 90%) daripada kegiatan
ekonomi mereka pada sektor moden, berbanding dengan negara mundur yang masih terikat dengan kegiatan
ekonomi dalam sektor tradisi (50 hingga 70%). Berdasarkan pernyataan ini, dapat disimpulkan bahawa
penduduk yang terlibat dalam kegiatan ekonomi moden mempunyai pendapatan lebih banyak (lima kali ganda)
dan taraf hidup mereka lebih tinggi daripada penduduk yang terlibat dalam kegiatan di sektor tradisi. Oleh itu,
jurang ekonomi dan kemajuan yang wujud antara sektor juga merupakan jurang ekonomi dan kemajuan antara
penduduk.
4.2.3 Sistem Sosio-ekonomi Semasa Era Menuju Kemerdekaan

Kita sedia maklum Malaysia atau Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957. Kedatangan masyarakat Cina
dan India ke Tanah Melayu membentuk polarisasi kaum bukan sahaja dalam bentuk etnisiti yang berasaskan
kaum tetapi juga berasaskan pekerjaan. Masyarakat Melayu tidak terlibat dalam sektor ekonomi moden dan
berada di kampung. Ini menyebabkan masyarakat Melayu ketinggalan jauh berbanding kaum lain dalam aspek
sosioekonomi. Berbanding kaum Cina dan India, kedudukan kaum Melayu rendah dalam aspek ekonomi.
Sementara itu, orang Cina terlibat secara langsung dalam aktiviti perlombongan dan pembukaan kawasan
bandar yang membolehkan sosioekonomi mereka meningkat.

Begitu juga, orang India yang terlibat secara langsung dengan aktiviti perladangan dan estet berasaskan
pengeluaran pada skala besar. Orang Cina dan India dikatakan lebih rajin berbanding orang Melayu. Benarkah
begitu? Sebenarnya ini merupakan dasar British dalam meneruskan cengkaman ke atas negara yang dijajah.
Keadaan ini dicipta supaya masyarakat asal lambat menyedari kekayaan negara mereka dikaut oleh pihak
penjajah.

Pada abad ke-18, pembukaan Pulau Pinang oleh Raffles telah melibatkan kedatangan buruh dari negara
China. Begitu juga, pembukaan Negeri-negeri Selat yang lain pada tahun 1826 yang melibatkan buruh dari
China. Situasi menjadi lebih ketara apabila bijih timah ditemui di Larut pada 1848. Buruh Cina amat diperlukan
untuk pembukaan di kawasan perlombongan. Kehadiran kongsi gelap Cina membentuk landskap baru apabila
berlaku perpecahan dalam kalangan pembesar Melayu. Di samping itu, wujud kelompok kongsi gelap yang
menyokong pihak tertentu dalam kalangan orang Melayu. Hal ini mengakibatkan berlakunya perpecahan
dalam kalangan orang Melayu dan berlakunya perang saudara yang membolehkan British mengambil
kesempatan dalam persengketaan ini.

Kebergantungan pembesar Melayu pada British menyebabkan ekonomi orang Melayu dikuasai British.
Kehadiran orang Cina dan India menjadikan situasi itu semakin parah apabila British lebih selesa memilih
orang Cina dan India untuk menggerakkan aktiviti ekonomi mereka. Masyarakat yang bersifat majmuk
didefinikasikan bukan sahaja mengikut kumpulan etnik tetapi setiap kaum itu hidup berasingan dan
mengekalkan cara hidup masing-masing. Kaum Cina terlibat secara langsung dalam bidang sektor ekonomi.
Masyarakat Cina terbahagi kepada tiga kelompok utama iaitu golongan atasan yang diwakili oleh peniaga
kaya, golongan pertengahan yang merupakan golongan profesional dan teknikal dan golongan buruh yang
menjadi tenaga mahir dalam segala bidang.
Orang India pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kelompok golongan profesional tetapi bilangannya
kecil dan mereka ini mendapat pendidikan barat. Mereka bekerja sebagai guru, peguam dan doktor dengan
kerajaan British dan biasanya berasal daripada kasta yang lebih tinggi berbanding kelompok kedua dan
mereka tinggal di kawasan bandar. Bagi kelompok kedua, sebahagian besar daripada mereka tinggal di estet
dan terdiri daripada kelompok buruh mahir dan tidak mahir dan mereka bekerja di ladang milik orang Eropah.

Sebahagian mereka terlibat dalam pembinaan dan membaiki jalan raya, landasan keretapi dan
mengedalikan kemudahan awam. Sementara itu, orang Melayu rata-rata terlibat dalam kegiatan ekonomi
tradisional seperti menjadi petani, nelayan dan pedagang kecil. Ini menyebabkan mereka ketinggalan kerana
tidak terlibat dalam aktiviti ekonomi yang membawa pulangan besar. Jadual 4.3 menerangkan kegiatan
ekonomi yang terperinci tahun 1957 oleh R. K. Vasil.

Jadual 4.3: Kegiatan Ekonomi Penduduk Berasaskan Kaum dan Industri Tahun 1957
Jadual 4.3 menerangkan dengan jelas tentang kegiatan ekonomi dan agihan guna tenaga yang tidak
seimbang.Secara kasar, boleh dikatakan kaum Melayu kebanyakannya menjadi petani dan nelayan secara
kecil-kecilan di kawasan luar bandar. Kaum India pula menjadi buruh kasar di sektor perladangan. Sementara
kaum Cina terlibat dalam sektor perlombongan dan peniagaan di bandar. Ketidakseimbangan ini merupakan
kesan langsung akibat dasar pecah dan perintah yang diamalkan British di Tanah Melayu. Impaknya ialah
jurang sosioekonomi yang luas antara etnik selepas merdeka. Hal ini adalah perkara utama dan penting yang
perlu ditangani oleh kerajaan iaitu dari aspek agihan dan kesamarataan.

Bumiputera, khususnya orang Melayu tidak digalakkan oleh penjajah untuk turut menceburkan diri dalam
sektor ekonomi moden atas alasan orang Melayu tidak berminat berbuat demikian. Malah, dalam ekonomi
sektor tradisi, orang Melayu tidak dibenarkan untuk mengubah bidang tumpuan mereka ke arah pertanian
(penanaman getah) yang lebih menguntungkan bagi mengelak persaingan terhadap sistem estet mereka.
Penduduk bumiputera dalam sektor tradisi juga tidak dibekalkan dengan prasarana fizikal dan kemudahan
sosial, perubatan dan lain-lain yang merupakan indikator kemajuan dan pembangunan.

Dari segi pendidikan, penjajah Inggeris juga mendiskriminasikan penduduk bumiputera dalam sektor tradisi
luar bandar dengan hanya memperkenalkan pendidikan 3M yang bertujuan untuk mengajar mereka supaya
menjadi petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa dan datuk nenek mereka. Pendidikan untuk
kemajuan dan mobiliti sosial hanya dikhaskan kepada anak bangsawan Melayu dan anak kaum bukan Melayu
yang bekerjasama dengan pihak penjajah Inggeris. Pada hakikatnya, jurang ekonomi antara sektor dan juga
antara penduduk ialah jurang perkauman, di mana kaum bukan bumiputera mempunyai kedudukan ekonomi
lebih baik dan kaum yang terperangkap dalam kemiskinan dan penderitaan ialah penduduk bumiputera atau
kaum Melayu.

4.2.4 Sistem Ekonomi Semasa Era Penyusunan


Dasar pecah dan perintah British menyebabkan ketidakseimbangan sama ada antara wilayah atau dalam
sektor pekerjaan. Ketidakseimbangan ini memberikan kesan pula pada agihan pendapatan, guna tenaga dan
pembahagian kerja yang berasaskan pada etnik tertentu. Impak jarak sosioekonomi ini membawa ketegangan
dan konflik perkauman yang berpanjangan dan mencapai kemuncaknya apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei
1969.

Selepas kemerdekaan pada 1957, terdapat satu jurang atau lompang yang besar apabila etnik Melayu
masih jauh ketinggalan dari segi sosioekonomi berbanding Cina dan India. Sementara itu, keadaan ini
berterusan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan hinggalah pembentukan Malaysia 1963.
Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura yang membentuk gagasan Malaysia menyebabkan kerajaan perlu
memikirkan wilayah yang lebih luas dan agihan yang lebih adil bagi semua kawasan dan etnik apabila
kebolehcapaian pada masa itu amatlah terbatas. Namun begitu, keadaan di Semenanjung Malaysia agak
kritikal berbanding dengan Sabah dan Sarawak.

Menurut kajian Snodgrass (1980) yang terdapat dalam buku Hubungan Etnik tulisan Abdul Halim Ramli
(2009), pada tahun 1957, pekerja Melayu kebanyakannya bekerja dalam sektor yang kurang maju berbanding
kumpulan kaum lain di mana 69 peratus pekerja lelaki Melayu dan 88 peratus pekerja wanita Melayu bekerja
dalam sektor pertanian. Kebanyakan pekerja Cina pula bekerja dalam sektor yang lebih maju dengan 66
peratus pekerja lelaki Cina dan 42 peratus pekerja wanita Cina bekerja dalam sektor di luar bidang pertanian.
Bagi pekerja India pula, mereka lebih banyak menumpukan perhatian dalam bidang pertanian eksport dengan
40 peratus pekerja lelaki India dan 90 peratus adalah pekerja wanita India. Menurut beliau lagi, pola
penumpuan kerja kaum wujud dalam banyak industri, misalnya orang Melayu banyak mendominasi pekerjaan
dalam pentadbiran awam dan penanaman padi, manakala orang Cina pula mendominasi industri
perlombongan dan perniagaan.

Selain itu, menurut Abdul Halim Ramli, didapati pemilikan kekayaan juga adalah tidak seimbang. Misalnya,
pada tahun 1970, lebih 70 peratus ladang getah dimiliki oleh syarikat yang dikuasai oleh pelabur asing. Syer
pemilikan warga Malaysia dalam syarikat perladangan pula kebanyakannya dimiliki oleh orang Cina.
Snodgrass mendapati wujudnya aspek ketidakseimbangan pemilikan ini apabila lebih 61 peratus daripada
sektor pertanian moden, industri dan perniagaan dikuasai oleh sektor korporat pelabur Eropah. Sementara itu,
majoriti terbesar dalam sektor perniagaan milik tempatan dikuasai oleh orang Cina.

Orang Melayu hanya terlibat dalam sektor tradisional seperti getah dan kelapa dalam skala yang kecil.
Selain itu, penyertaan orang Melayu sebagai nelayan juga secara kecil-kecilan dan hanya sedikit penyertaan
dalam syarikat pengangkutan dan lain-lain industri. Ternyata kedudukan sosioekonomi orang Melayu jauh
ketinggalan berbanding kaum lain iaitu kaum Cina dan India. Keadaan ini telah menjadi asas konflik
perkauman akibat perasaan tidak puas hati yang timbul terhadap agihan bahagian ekonomi antara etnik.

Terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk meningkatkan tahap penyertaan kaum Melayu dan
Bumiputera dalam ekonomi Malaysia. Antaranya pada tahun 1961, kerajaan menubuhkan Syarikat Pelaburan
Nasional yang bertujuan untuk membeli saham dalam syarikat pembuatan dan melibatkan diri dalam
perniagaan. Lebih kurang 50,000 orang kakitangan awam kaum Melayu telah dibenarkan untuk membeli
saham yang berharga RM 10,000 dalam syarikat tersebut. Namun begitu, usaha ini tidak mencapai matlamat
sebagaimana diharapkan.

Selain itu, kerajaan menubuhkan Rural and Industrial Development Authority (RIDA) pada tahun 1950.
Penubuhan RIDA adalah untuk membantu perniagaan orang Melayu dengan cara memberikan pinjaman skala
kecil untuk sektor luar bandar bagi tujuan perniagaan tani. Namun begitu, masalah yang dihadapi dalam RIDA
seperti masalah kekurangan dana, pengurusan yang lemah dan kerugian yang tinggi dalam perniagaan
menyebabkan RIDA ditutup pada 1966. Pada tahun 1955, dua pertiga daripada projek yang dibiayai RIDA
gagal dilaksanakan dan banyak pembayaran yang tertunggak.

Maka, usaha terus dilakukan oleh kerajaan untuk membantu orang Melayu supaya boleh bersaing dengan
kaum lain. Pada tahun 1965 dan 1968, Kongres Ekonomi Bumiputera diadakan dengan bertujuan mencari
penyelesaian permasalahan ekonomi orang Melayu, terutamanya di kawasan luar bandar. Kongres ini
menerima 69 cadangan, antaranya supaya kerajaan mencontohi apa yang dilaksanakan di Jepun semasa
pentadbiran Meiji iaitu dengan menubuhkan syarikat kerajaan dan menjualnya dengan harga yang murah
kepada orang awam.

Kongres kedua pada tahun 1968 menerima lebih banyak cadangan supaya kerajaan memainkan peranan
yang lebih besar untuk memajukan masyarakat Bumiputera. Hasil kongres ini tertubuhnya Bank Perniagaan
Melayu pertama yang dikenali sebagai Bank Bumiputra yang ditubuhkan pada 1965. MARA pula ditubuhkan
pada tahun 1966 untuk menggantikan peranan RIDA. Dari tahun 1966 hingga tahun 1970, jumlah pinjaman
yang diberikan berjumlah RM31 juta yang mewakili 4,800 pinjaman dalam pelbagai projek kepada orang
Melayu, antaranya ialah:

(a) Menubuhkan beberapa syarikat perniagaan dan industri;


(b) Membina premis perniagaan untuk peniaga Melayu;
(c) Menggalakkan kaum Bumiputera melibatkan diri dalam perniagaan sebagai pembekal, pemborong,
kontraktor bagi membekal barangan binaan; dan
(d) Menubuhkan syarikat bas.

Usaha ini ialah usaha kerajaan melalui MARA yang berperanan penting membantu orang Melayu.
Misalnya, penubuhan syarikat bas ketika sektor itu didominasi oleh kaum Cina merupakan kejayaan besar
kerana syarikat bas tersebut menjadi kukuh setelah lama ditubuhkan.

Di samping itu, kerajaan juga berperanan penting dalam penubuhan Federal Agricultural Marketing
Authority (FAMA) pada tahun 1952 untuk memperbaiki sistem pemasaran dan memastikan golongan petani
mendapat harga yang berpatutan dalam memasarkan produk pertanian. Selain itu, Bank Pertanian juga
ditubuhkan pada tahun 1969 bagi memberikan pinjaman untuk sektor pertanian, khususnya kepada orang
Melayu di luar bandar.

Selain itu, kerajaan juga menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada tahun 1956
untuk memberikan tanah baru kepada mereka yang tidak mempunyai tanah, khususnya dalam kalangan orang
Melayu dan juga kaum lain. Penubuhan FELDA merupakan kejayaan besar kerana institusi itu membawa
konsep penerokaan tanah secara besar-besaran yang sebelum ini dilakukan oleh pihak swasta. Hari ini,
FELDA merupakan sebuah organisasi ekonomi yang penting di peringkat dunia.

Walaupun pelbagai usaha dan penubuhan badan berkepentingan ekonomi ditubuhkan untuk membantu
Melayu sejak merdeka, tetapi kedudukan ekonomi kaum Melayu masih rendah. Keadaan dapat dilihat seperti
dalam Jadual 4.5 iaitu kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia.

Jadual 4.5: Kemiskinan di Semenanjung Malaysia Tahun 1970 dalam Peratus

Jadual 4.5 jelas menunjukkan masyarakat Melayu ketinggalan jauh selepas lebih tiga penggal dasar
pembangunan dilaksanakan bermula tahun 1956. Kadar kemiskinan masih tinggi di luar bandar yang terdiri
daripada orang Melayu. Justeru, satu dasar baru diperkenalkan pada tahun 1971 yang dikenali dengan Dasar
Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat.

RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGARA DAN DASAR EKONOMI


Rancangan Pembangunan Negara ialah rancangan yang mengambil kira dua perkara iaitu Rangka
Rancangan Jangka Pendek seperti pelaksanaan dalam tempoh lima tahun bermula dari Dasar Ekonomi Lama
iaitu Rancangan Malaya 1 dan 2 serta Rancangan Malaysia 1 hingga 10. Selain itu, dasar khusus yang
merupakan Rangka Rancangan Jangka Panjang seperti DEB, Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020
mempunyai matlamat yang jelas untuk perpaduan kaum.

4.3.1 Rancangan Pembangunan Lima Tahun


Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara ialah dokumen yang menyediakan matlamat
pembangunan ekonomi negara dengan melihat lima tahun sebelum dan lima tahun yang akan datang serta
mengandungi dasar khusus untuk tujuan ekonomi dan pembangunan Malaysia. Rancangan Pembangunan
Lima Tahun Negara yang pertama telah dilaksanakan semasa era transisi dengan pentadbiran British di Tanah
Melayu pada 1956 yang dikenali dengan Rancangan Malaya Pertama (1956ă1960) dan Rancangan Malaya
Kedua (1961ă1966).

Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menyertai gagasan pembentukan Malaysia pada
tahun 1963, Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara dikenali dengan Rancangan Malaysia. Rancangan
Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga tahun 1970. Seterusnya, diikuti dengan Rancangan-
rancangan Malaysia yang lain dalam kiraan lima tahun. Sehingga kini, Rancangan Malaysia telah mencapai
kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) iaitu dari 2011 hingga 2015.

Pada keseluruhannya, matlamat Rancangan Malaya Pertama (RM1) dan Rancangan Malaya Kedua
(RM2) adalah untuk membangunkan ekonomi dalam sektor perladangan di kawasan luar bandar. Objektif
Rancangan RM1 dan RM2 tidak banyak berubah. Antaranya ialah:

(a) Menyediakan kemudahan dan peluang bagi penduduk luar bandar bagi memperbaiki taraf
sosioekonomi dan kebajikan mereka;

(b) Menyediakan pekerjaan untuk penduduk;

(c) Meluaskan lagi jenis pengeluaran, menumpukan pembangunan terhadap keluaran pertanian
yangsesuai sebagai tambahan penghasilan getah dengan memberikan galakan yang sesuai ke arah
pembangunan industri;

(c) Meninggikan output per kapita dan mempertahankannya daripada kesan buruk yang mungkin berlaku
akibat kejatuhan getah; dan

(e) Memperbaiki dan memperkembangkan perkhidmatan sosial yang diperlukan bagi menyediakan
peluang pekerjaan dan pelajaran serta kesihatan.
(Abdul Halim Ramli, 2009)

Dengan adanya Rancangan Malaysia, negara kita meletakkan matlamat perpaduan negara sebagai
matlamat utama dalam pelaksanaan dasar, selain matlamat pertumbuhan ekonomi, pembasmian kemiskinan,
penyusunan semula masyarakat, pembangunan sumber manusia dan lain-lain.

Jadual 4.6 menunjukkan secara umum berkaitan dasar yang telah dijalankan di Malaysia.
Aktiviti Maritim Aktiviti Tani
 Aktiviti elit Melayu yang didalangi oleh pembesar  Keadaan ini disebabkan oleh jumlah kawasan
dan golongan istana  tanah yang luas belum diterokai 
 Nadi aktiviti perekonomian orang Melayu   Lebih berkait rapat dengan masyarakat yang
Tertumpu di kawasan kota perdagangan seperti tinggal di kawasan pedalaman dan kampung
Melaka yang merupakan pusat perdagang atau desa 
entreport utama di Alam Melayu.  Kegiatan utama adalah bersifat kecilkecilan
 Berlaku dengan kadar yang amat tinggi antara dan sederhana.Tujuan pengeluaran hanya untuk
penduduk tempatan dengan pedagang dari sara diri  Contoh aktiviti ekonomi tani adalah
China, India dan Timur Tengah  seperti
 Melaka menjadi pusat perdagangan yang Pertanian;
penting  Perikanan; dan
 Kebanyakan yang terlibat dalam aktiviti ini terdiri Perhutanan.
daripada golongan bangsawan  Terlibat dengan sistem ekonomi tukar barangan
 Kedatangan kuasa Barat menghapuskan atau dipanggil sistem barter/barter trade atau
dominasi masyarakat Melayu dalam aktiviti lebih tepat kita panggil pertukaran komoditi.
maritim.  Misalnya, dalam kalangan masyarakat Melayu
suatu masa dulu, mereka membuat pertukaran
beras dengan garam. Garam ini banyak
diperolehi di kawasan berpantai, sementara
beras di kawasan pedalaman. 
 Tanah menjadi faktor pengeluaran utama 
 Tanah dapat dibuka dengan mudah bergantung
kepada keperluan dan tenaga.
 Organisasi tenaga kerja dalam masyarakat tani
berlandaskan keluarga dan komuniti setempat 
Tenaga kerja komunal dapat dizahirkan melalui
aktiviti seperti institusi berderau, seraya,
gotongroyong dan sebagainya 
 Masyarakat tani banyak memperlihatkan ciri-ciri
sama rata (egalitarian) dan tidak menunjukkan
ciri-ciri perbezaan kelas yang ketara

RMK10 adalah dasar ekonomi yang terbaru dengan meletakkan lima teras utama iaitu:

(a) Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara;


(b) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama;
(c) Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan;
(d) Meningkatkan tahap dan kemampuan hidup; dan
(e) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan dasar.

Jika dilihat dengan lebih lanjut, RMK10 masih berjalan. Amnya, matlamat akhir dasar ekonomi adalah
untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan pelbagai etnik. Antara dasar yang jelas memainkan peranan
yang penting dalam matlamat perpaduan nasional ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan
semenjak RMK2 hingga RMK5.

4.3.2 Elemen Perpaduan dalam Dasar Ekonomi


Dasar ekonomi merujuk kepada dasar yang berkaitan dengan pembangunan dalam sesebuah negara.
Namun begitu, dalam konteks Malaysia dasar ini menjurus pada aspek yang lain iaitu untuk perpaduan.
Sesetengah dasar bukan sahaja mempunyai nilai ekonomi, tetapi mempunyai matlamat sosial iaitu untuk
perpaduan. Khususnya, terdapat tiga dasar yang dilihat di sini untuk perpaduan iaitu:

(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)


DEB merupakan kesan langsung daripada implikasi peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini memberikan
kesedaran dalam kalangan parti pemerintah untuk menggubal dasar yang membantu orang Melayu. Ini kerana
jurang sosioekonomi antara kaum Melayu dan bukan Melayu memungkinkan berlakunya ketegangan dan
konflik etnik sekali lagi. DEB ialah sejenis dasar afirmatif. Justeru, DEB digubal adalah untuk mewujudkan
hubungan etnik yang lebih baik di samping memupuk perpaduan dalam kalangan etnik. Seperti yang
diterangkan dalam seksyen terdahulu, matlamat DEB bersifat serampang dua mata iaitu membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Membasmi kemiskinan akan dapat dicapai melalui peningkatan pendapatan dalam kalangan pelbagai etnik
di Malaysia dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor. Sementara itu, penyusunan
semula masyarakat dapat dilakukan melalui migrasi penduduk di kawasan luar bandar ke bandar. Migrasi ini
penting kerana dapat mewujudkan keseimbangan di kawasan bandar antara orang Melayu dan bukan Melayu.
Dalam usaha menjayakan matlamat DEB, kerajaan melaksanakan program untuk membasmi kemiskinan
seperti kemudahan pemasaran, kredit dan pinjaman, perkhidmatan lanjutan dan penyelidikan. Antara usaha
kerajaan untuk menjayakan rancangan ini ialah penubuhan FAMA (1965), Lembaga Pertubuhan Peladang
(1973) dan MARDI (1968).

Langkah yang diambil ini dilihat mensasarkan masyarakat luar bandar iaitu orang Melayu yang masih
miskin dan akan dapat meningkatkan pendapatan mereka serta sekali gus mengurangkan kemiskinan. Selain
itu, kerajaan juga menekankan kegiatan yang mempunyai pengeluaran yang lebih tinggi. Kegiatan yang
mempunyai pengeluaran yang lebih rendah digantikan dengan pengeluaran pada skala yang lebih tinggi agar
ia memberikan keuntungan yang berlipat ganda kepada petani.

Dalam usaha menyusun semula masyarakat, kerajaan terlebih dahulu mengenali masalah yang wujud. Ini
kerana ketidakseimbangan berlaku dalam aspek sektor, kaum dan kawasan. Dari segi sektor, didapati sektor
tradisi merupakan sektor pekerjaan yang mempunyai tahap pendapatan paling rendah. Selain itu, terdapatnya
perbezaan pendapatan antara etnik disebabkan oleh kegiatan ekonomi yang diceburi. Pembahagian kawasan
kemiskinan kebiasaannya merujuk pada kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar terdiri daripada orang
Melayu yang bekerja sebagai petani, pesawah dan nelayan.

Antara usaha yang dilaksanakan melalui DEB dalam membantu masyarakat luar bandar adalah:
(i) Menerapkan kaedah pertanian moden;
(ii) Memberikan pendidikan yang terbaik; dan
(iii) Membantu masyarakat luar bandar melalui program perbandaran dengan menempatkan
perusahaan moden di luar bandar.

Selain itu, kerajaan juga melakukan usaha memodenkan kawasan luar bandar melalui pembukaan tanah
baru seperti Jengka, Pahang Tenggara dan juga rancangan Perairan Muda, Kemubu dan Besut. Akhir sekali,
kerajaan juga berusaha membentuk masyarakat pengusaha Melayu di mana kerajaan memberikan bantuan
khas untuk memastikan mereka berjaya dalam perniagaan. Kerajaan berharap dalam tempoh 20 tahun
perlaksanaan DEB, Malaysia akan mempunyai 30 peratus ekuiti saham dalam perdagangan dan perusahaan
yang menjadi hak milik orang Melayu. Jika orang Melayu dibantu, masyarakat kaum lain juga terbela. Oleh itu,
Malaysia diharap berada dalam keadaan aman.
Dasar Penswastaan Dasar Penswastaan diperkenalkan pada bulan Mac tahun 1983 oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada asasnya, Dasar Penswastaan
melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan ke dalam sektor swasta. Penswastaan membawa
makna penjualan saham milikan negara atau milikan awam kepada sektor swasta yang akhirnya menyebabkan
ekuiti dikuasai oleh sektor swasta.

Dasar tersebut bertentangan dengan pemiliknegaraan


( nationalisation ), iaitu proses yang menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam
ekonomi. Sebelum ini, sektor awam bukan sahaja terlibat dalam menyedia dan menentukan arah
dasar utama, tetapi turut menyediakan perkhidmatan serta terlibat secara aktif dalam aktiviti ekonomi
dan perdagangan di Malaysia. Terdapat lima tujuan Dasar Penswastaan seperti yang dapat dilihat
dalam Rajah 4.2.

Umumnya, Dasar Penswastaan menyumbang kepada


kepesatan pertumbuhan ekonomi serta membantu dalam usaha mencapai matlamat penyusunan
semula masyarakat serta meningkatkan penyertaan golongan orang Melayu dan Bumiputera ke dalam
sektor korporat. Di samping itu, kesan Dasar Penswastaan juga telah mengurangkan beban
kewangan dan pentadbiran kerajaan dan membolehkan kerajaan membantu sektor yang lebih kritikal.
Selain itu, dasar ini telah berjaya mewujudkan persaingan dalam sektor pelaburan, tenaga dan
telekomunikasi.
(b) Wawasan 2020
Wawasan 2020 merupakan wawasan yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad pada 28
Februari 1991. Matlamat wawasan ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian
yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 dari pelbagai aspek iaitu material dan bukan material. Wawasan
ini bukan sahaja mempunyai nilai dari aspek ekonomi, malahan juga dari aspek perpaduan nasional. Wawasan
2020 yang ingin dibina adalah Bangsa Malaysia yang maju berdasarkan acuan tersendiri.

Justeru, matlamat wawasan ini ialah sebuah bangsa yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang
berkeyakinan, mempunyai nilai moral dan etika, hidup dalam sebuah masyarakat yang demokratik, liberal,
toleran, penyayang, adil dan saksama dari segi ekonomi, progresif dan makmur, serta memiliki sepenuhnya
ekonomi berdaya saing, dinamik, teguh dan tidak luntur.
(c) Matlamat atau cabaran Wawasan 2020 dapat dijelaskan secara umum seperti berikut:

(i) Cabaran mewujudkan sebuah negara Bangsa Malaysia yang bersatu padu;
(ii) Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bebas dan terjamin;
(iii) Cabaran bagi memupuk dan memajukan sebuah masyarakat demokrasi yang matang;
(iv) Cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika tinggi;
(v) Cabaran bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang matang, liberal dan toleran;
(vi) Cabaran untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif;
(vii) Cabaran untuk membentuk sebuah masyarakat penyayang dan berbudaya penyayang;
(viii) Cabaran untuk mewujudkan masyarakat adil dari segi ekonomi; dan
(ix) Mewujudkan sebuah masyarakat makmur yang memiliki ekonomi berdaya saing, dinamik, kuat dan
tidak mudah luntur.

Jelaslah, Wawasan 2020 adalah dasar ke arah persediaan sebuah negara maju. Dalam konteks ini,
negara bangsa yang ingin diwujudkan adalah dengan mengurangkan jurang pendapatan antara etnik, melalui
peruntukan peluang yang sah, kesetaraan perkhidmatan sosial dan infrastruktur yang lebih rapat,
pembangunan budaya ekonomi yang sesuai dan pembangunan sumber manusia sepenuhnya bagi mencapai
matlamat tersebut.

KESIMPULAN

Perbincangan dalam topik ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman kita bahawa dalam
konteks Malaysia, matlamat pembangunan ekonomi yang utama ialah untuk mencapai perpaduan nasional.
Perpaduan ini digabung jalin ke dalam dasar dan matlamat dasar yang akhirnya membawa pengertian
perpaduan dan kesepaduan masyarakat dalam konteks negara Bangsa Malaysia.

Namun begitu, proses ini dibina dengan mengambil jangka masa yang lama semenjak merdeka
hingga kini. Jika pembangunan ekonomi baik dan setiap kaum akan menikmati ekonomi dengan adil, maka
Malaysia akan terus aman tanpa berlaku pergolakan etnik yang melampau dan mengancam kesepaduan
masyarakat yang terbina.
Modenisasi ialah perubahan dalam kehidupan manusia. Berlaku dalam dua bentuk iaitu:

 Modenisasi dalam politik; dan


 Modenisasi dalam ekonomi.
 Berlaku secara berencana dan tidak berencana.
 Proses modenisasi secara berencana mempunyai matlamat, kaedah dan penetapan ukuran
pencapaian terlebih dahulu sebelum sesuatu perubahan itu dilaksanakan. 
 Modenisasi ekonomi di Malaysia berlaku apabila terdapat perubahan tumpuan aktiviti ekonomi,
misalnya dalam bentuk penggunaan binatang kepada penggunaan teknologi mesin dan jentera.
 Perubahan ekonomi daripada ekonomi bercorak tradisi seperti pertanian dan perikanan ke arah
ekonomi moden seperti perkilangan, perniagaan dan perkhidmatan.

Anda mungkin juga menyukai